You are on page 1of 69

NE 4010

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN


SISA TOKSIK

PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN


FAKULTI SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAMPUS KUALA LUMPUR
SEJARAH PENGURUSAN SISA PEPEJAL
 Di zaman purba, pengurusan sisa pepejal adalah melalui
cara yang sesuai dengan lokasi, kebudayaan, kepercayaan
dan juga kemajuan teknologi yang ada pada masa itu.
 Di Mesir pada 2100 sebelum Masihi, orang kelas atasan
membuang sisa pepejal ke dalam Sungai Nil manakala
orang kelas bawahan pula, membuang sisa pepejal di
hadapan rumah mereka.
 Tempat pembuangan sisa pepejal yang pertama telah
dibina pada tahun 500 SM di Athen dan Rom (Chisea,
1981). Kedua-dua tempat ini berfungsi untuk mengumpul
sisa pepejal dan telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
 Pada penghujung abad pertengahan, sistem pelupusan
sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan dan ini telah
memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Terdapat
binatang peliharaan seperti khinzir berkeliaran mencari
makanan dari sisa pepejal yang berlonggokan di lorong-
lorong belakang dan di tepi jalan raya.
 Keadaan ini mula berubah apabila terbentuknya undang-
undang pengurusan sisa pepejal yang telah
dikuatkuasakan di negara tersebut.
 Negara China pula mempunyai sejarah yang panjang
mengenai pengurusan sisa pepejal. Sejak 4000 tahun
dahulu, rakyatnya telah menggunakan sisa pepejal
sebagai baja di ladang mereka untuk meningkatkan tahap
kesuburan tanah (Chung, 2002).
 Perubahan besar yang pertama ke atas pengurusan sisa
pepejal telah dimulakan semasa Revolusi Perindustrian.
 Pertumbuhan penduduk yang pesat tanpa sistem
pengurusan sisa pepejal yang bersistematik telah
memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian
mereka.
 Bermula 1880-an penduduk-penduduk telah mula
menitikberatkan isu kebersihan alam sekitar demi
menjamin kesihatan sejagat.
 Teknologi baru mula direka untuk menguruskan sisa
pepejal. Tapak pelupusan dan pengasingan sisa pepejal
juga telah diperkenalkan.
 Pembakaran sampah secara tertutup telah dilakukan pada
tahun 1885 buat kali pertama manakala projek kitar
semula yang pertama diperkenalkan di New York pada
tahun 1895 (Menke-Gluckert,1985).
 Pada tahun 1920-an, bilangan tapak pelupusan sanitari
mula bertambah. Di antara cara untuk mengurus sisa
pepejal ketika itu adalah menebus guna tanah paya untuk
pembuangan sampah.
 Kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1930-an
membawa perubahan ketara terhadap penggunaan lori
sampah dan kawalan kebersihan tapak pelupusan sisa
pepejal.
 Pada tahun 1950-an, masyarakat lebih suka membuang
sisa pepejal tanpa mengasingkannya.
 Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bertambah dengan
pesat dan amalan kitar semula semakin dilupakan.
 Syarikat-syarikat besar yang dipertanggungjawabkan
terhadap sistem pengurusan sisa pepejal telah ditubuhkan
pada tahun awal 1960-an.
 Kempen kitar semula dan pengurangan sisa pepejal
diwujudkan semula sekitar 1970-an.
 Kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap
pengurusan sisa pepejal kerana menyedari akan kesan
buruknya bukan sahaja terhadap alam sekitar malah
kepada tahap kesihatan mereka sendiri.
DEFINISI
HIRARKI PENGURUSAN SISA PEPEJAL

 Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang


cekap dan berkesan amat penting bagi memastikan
kualiti hidup yang tinggi dan alam sekitar yang bersih,
sihat dan selamat.
 Sehubungan dengan itu, Pelan Perancangan Strategik
Nasional untuk Pengurusan Sisa Pepejal (2005)
menggariskan pengurusan sisa pepejal hendaklah
berteraskan kepada hirarki pengurusan sisa pepejal.
 Hirarki ini terdiri daripada elemen-elemen berikut yang
disusun mengikut keutamaan:
Pengurusan alam sekitar yang efektif melalui
pengurangan penghasilan sisa pepejal

Bahan atau produk yang digunakan secara berulang-


kali

Penghasilan bahan-bahan berguna daripada sisa pepejal

Apabila turutan langkah-langkah diatas diamalkan, kuantiti sisa akan


dapat dikurangkan. Baki sisa akan dihantar ke pusat rawatan
perantaraan di mana isipadunya akan dikurangkan/dimampatkan.

Lebihan sisa pepejal akan dihantar ke tapak pelupusan


sanitari
SISA PEPEJAL TERKAWAL
 Terdapat 8 Jenis Sisa Pepejal Terkawal iaitu :-

Sisa Pepejal Isi Rumah


Sisa Pepejal Awam
Sisa Pepejal Import

Sisa Pepejal Khas Sisa Pepejal Komersial

Sisa Pepejal Pembinaan


Sisa Pepejal Institusi Sisa Pepejal Perindustrian
SISA PEPEJAL ISI RUMAH

 Definisi (Mengikut Akta 672)


 Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi
rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh
atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni
sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman.
 Contoh Sisa Pepejal Isi Rumah

 Sisa makanan, kertas, kadbod, plastik, tekstil, kulit, sisa


taman, kayu, kaca, bahan logam seperti tin aluminium
dan sebagainya.
SISA PEPEJAL AWAM

 Definisi (Mengikut Akta 672)


Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh tempat awam,
yang di bawah penyeliaan atau kawalan mana-mana pihak
berkuasa tempatan.
Contoh Sisa Pepejal Awam
Sampah yang terdapat di jalan-jalan dibawah senggaraan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sisa landskap, sisa
dari taman permainan, pantai dan kawasan rekreasi yang
lain.
Punca Sisa Pepejal Awam
Pembersihan jalan Pihak Berkuasa Tempatan, sisa
landskap, sisa dari taman permainan, pantai dan kawasan
rekreasi yang lain.
SISA PEPEJAL IMPORT

 Definisi (Mengikut Akta 672)


Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh negara lain
dan diimport ke negara kita untuk diproses atau
dilupuskan.
 Contoh Sisa Pepejal Import
Kertas, kadbod, tin, kaca dan lain- lain bahan yang
diimport dari luar untuk digunakan oleh industri
pembuatan sebagai bahan mentah dan dikitar semula.
Punca Sisa Pepejal Import
Sisa yang telah dihasilkan di negara luar yang diimport
ke Malaysia.
SISA PEPEJAL KHAS

 Definisi (Mengikut Akta 672)


Apa-apa jenis sisa pepejal terkawal yang ditetapkan
samada:-
 Berbahaya atau boleh membahayakan kesihatan awam
 Sukar untuk diolah, disimpan
atau dilupuskan

 Contoh Sisa Pepejal Khas


Sisa industri yang merbahaya yang tidak boleh
dilupuskan di tapak pelupusan biasa
 Punca Sisa Pepejal Khas
Premis perindustrian.
SISA PEPEJAL INSTITUSI

 Definisi (Mengikut Akta 672)


Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh :-
 Mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk
digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya bagi maksud
sembahyang atau bagi khairat.
 Mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana Jabatan
Kerajaan Persekutuan atau Negeri, mana-mana Pihak Berkuasa
Tempatan atau mana-mana badan berkanun.
 Mana-mana premis pendidikan.

 Mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuklah hospital,


klinik dan pusat kesihatan.
 Mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam, muzium
awam, perpustakaan awam dan rumah anak yatim.
 Contoh Sisa Pepejal Institusi
Apa-apa jenis sisa yang dijanakan hasil dari aktiviti
harian institusi yang disebutkan di atas dan ini adalah
tidak termasuk sisa pepejal khas yang memerlukan cara
pelupusan yang berasingan.
 Punca Sisa Pepejal Institusi
Sekolah, universiti, hospital, penjara dan bangunan
kerajaan.
SISA PEPEJAL KOMERSIAL

 Definisi (Mengikut Akta 672)


Ialah merangkumi sisa pepejal yang dihasilkan daripada
apa-apa aktiviti komersial.
 Contoh Sisa Pepejal Komersial
Kertas, kadbod, plastik, kayu, sisa makanan, restoran,
kaca, logam dan apa-apa jenis sisa yang terhasil dari
aktiviti komersial yang tidak termasuk dalam sisa
pepejal khas.
 Punca Sisa Pepejal Komersial
Stor, restoran, pasaraya, hotel, rumah tumpangan, kedai
percetakan, stesen-stesen perkhidmatan, dan sebagainya.
SISA PEPEJAL PEMBINAAN

 Definisi (Mengikut Akta 672)


 Merupakan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan
daripada apa-apa aktiviti pembinaan atau perobohan
termasuk kerja pemajuan,
penyediaan, pembaikan atau pengubahan.
 Contoh Sisa Pepejal Pembinaan
Kayu, papan lapis, konkrit, besi, drywall, permaidani,
kadbod, gentian kaca, tanah dan lain- lain sisa yang
dihasilkan dari aktiviti di atas.
 Punca Sisa Pepejal Pembinaan
Kawasan pembinaan baru, kerja-kerja pengubahsuaian
atau perobohan bangunan dan sebagainya.
SISA PEPEJAL PERINDUSTRIAN

 Definisi (Mengikut Akta 672)


Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan
daripada apa-apa aktiviti perindustrian.
 Contoh Sisa Pepejal Perindustrian
Sisa yang terhasil dari proses pengilangan tidak
termasuk sisa pepejal khas.
 Punca Sisa Pepejal Perindustrian
industri fabrik, industri pembuatan makanan, industri
ringan, industri berat dan sebagainya.
JENIS-JENIS TONG SAMPAH
JENIS-JENIS TONG KITAR SEMULA

 Terdapat 3 tong kitar semula yang disediakan oleh


kerajaan untuk membuang sisa yang boleh dikitar
semula.
 Tong-tong ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi
melambangkan kegunaan yang berbeza.
 Tong kitar semula terdapat di dalam saiz 80 liter, 120
liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter.
PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MALAYSIA
 Sehingga tahun 1998, pengurusan sisa pepejal di
Malaysia telah diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) masing-masing. Kepesatan pembangunan negara
yang berterusan turut meningkatkan kuantiti sisa pepejal
yang dijana setiap tahun, menyebabkan kos pengurusan
sisa pepejal turut meningkat.
 Keadaan ini amat membebankan sebahagian besar PBT
dengan meningkatnya kos kutipan dan pembinaan fasiliti
untuk merawat dan melupus sisa pepejal.
 Pada masa yang sama, masyarakat semakin peka ke atas
isu-isu alam sekitar menyebabkan masalah sisa pepejal
mendapat perhatian umum.
 Pada bulan Oktober 1994, Kerajaan menyarankan kepada
syarikat swasta untuk membuat tawaran bagi penswastaan
pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti
pengurusan sisa pepejal.
 Pada 6hb September 1995, Kabinet telah bersetuju untuk
menswastakan pengurusan sisa pepejal di Semenanjung
Malaysia.
 Pada Disember 1995, Kerajaan Persekutuan telah
menawarkan kontrak secara interim kepada 4 buah
syarikat.
 Penswastaan interim pengurusan sisa pepejal dibuat
mengikut kawasan geografi iaitu Kawasan Tengah dan
Timur, Kawasan Utara, Kawasan Selatan, Sabah, Sarawak
dan Wilayah Persekutuan Labuan.
 Penswastaan secara interim telah dilaksanakan mulai pada
8 April 1998 sebelum penswastaan sepenuhnya
dikuatkuasakan.
 Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan
tanggungjawab pengurusan sisa pepejal daripada PBT kepada kerajaan
pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).
 Di bawah Akta ini Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa eksekutif
berhubung dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di
Semenanjung Malaysia. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
(JPSPN) telah diwujudkan sebagai agensi yang bertanggungjawab
untuk membuat dasar, peraturan-peraturan, garis panduan, merangka
pelan perancangan strategik, mengeluarkan lesen, dan seumpamanya.
 Pada tahun 2007 juga, Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan
Pembersihan Awam (Akta 673) telah diwartakan bagi menubuhkan
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
(PPSPPA).
 PPSPPA ditubuhkan sebagai agensi untuk menguatkuasakan Akta 672
serta peraturan-peraturan di bawahnya, melaksanakan pelan
perancangan strategik, mengawalselia perjanjian konsesi serta operasi
fasiliti-fasiliti pengurusan sisa pepejal di seluruh negara.
ELEMEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

 Pengurusan sisa pepejal bersepadu merupakan sistem


yang menggabungkan 6 elemen penting yang sejajar
dengan konsep pembangunan mapan dari segi kesihatan
awam, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, nilai
artistik, kesedaran awam serta persekitaran. Elemen yang
dimaksudkan adalah seperti di bawah:
1) Penjanaan
2) Penstoran
3) Kutipan
4) Pengangkutan
5) Rawatan Perantaraan
6) Pelupusan
PENJANAAN SISA PEPEJAL

Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, jumlah sisa pepejal


yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari
pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005.

Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020.
Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia menjanakan sebanyak 0.8
kilogram sisa pepejal sehari. (Sumber : Kementerian Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan, 2008).

Komposisi sisa pepejal

Kadar komposisi sisa pepejal adalah berbeza di antara kawasan kerana ia dipengaruhi
oleh beberapa faktor, di antaranya sosio ekonomi dan gaya hidup seseorang.
Secara puratanya komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia adalah seperti berikut:
( Sumber : Rancangan Malaysia Ke - 9)
PENSTORAN
Penstoran sisa pepejal yang sistematik adalah penting bagi mengelakkan gangguan dari binatang
seperti anjing dan kucing serta mengelakkan pembiakan lalat, tikus atau serangga-serangga yang
boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan persekitaran. Selain itu, ianya juga
bertujuan memudahkan kutipan sisa pepejal tersebut.

Terdapat pelbagai jenis penstoran digunakan di premis kediaman pada masa ini:

Rumah Kediaman
Bagi premis atas tanah biasanya tong sampah digunakan sebagai penstoran di setiap premis.

Rumah Bertingkat Kos Rendah Dan Sederhana


Tong communal digunakan di rumah bertingkat kos rendah dan sederhana sebagai tempat penstoran
berpusat. Penghuni perlu membawa sisa yang dikumpul ke tempat penstoran.

Pangsapuri dan kondominium


Rumah sampah disediakan di pangsapuri dan kondominium untuk menempatkan Tong communal.
Penghuni pangsapuri perlu membawa sisa masing-masing ke tempat penstoran manakala bagi
kondominium kebuk sampah disediakan di setiap tingkat.
Sisa akan dipungut oleh pihak pengurusan bangunan dan dikumpulkan di rumah sampah. Pintu rumah
sampah dibina berhampiran jalan bagi membolehkan kutipan sisa pepejal dilakukan.
Spiral Waste Bin (SWB)

Merupakan salah satu tong penstoran sisa pepejal berkapasiti tinggi dimana sisa
pepejal akan dimampatkan. Dengan cara ini kapasiti sisa pepejal boleh disimpan
adalah lebih banyak. Ia sesuai digunakan di kawasan yang mempunyai kuantiti
penjanaan sisa pepejal yang tinggi seperti di kondominium dan pangsapuri.

Gambarajah skematik SWB


DEEP COLLECTION SYSTEM

Sistem ini menggunakan ruang bawah tanah untuk menyimpan sisa. Sebahagian besar
tong ditanam di bawah tanah dan sebuah karung yang diperbuat daripada HDPE
diletakkan di dalam tong tersebut untuk menyimpan sisa.

Karung ini akan diangkat menggunakan kren untuk memindahkan sisa ke dalam
kenderaan pemungut.

Sistem ini dapat mengelakkan keperluan membina rumah sampah dan menjimatkan
penggunaan ruang, serta kos pembinaannya lebih murah. Ia sesuai ditempatkan di
kawasan bebendul jalan dan direkabentuk supaya sesuai menjadi sebahagian daripada
landskap.

Suhu bawah tanah yang rendah dapat melambatkan pereputan sisa.

Sistem itu juga mempunyai penutup yang dapat melindungi sisa yang disimpan dari air
hujan.

Sistem ini telah digunakan secara meluas di luar negara tetapi di Malaysia sistem ini
masih dalam peringkat pembangunan.
Kedalaman tong dari aras lantai
Sistem Vakum

Sistem Vakum adalah satu sistem automatik yang menggunakan sesalur buangan
(refuse chute) dan kaedah sedutan.

Bukaan disediakan di setiap tingkat untuk membuang sisa ke dalam sesalur buangan.

Sisa pepejal yang dibuang disedut melalui sistem sesalur bawah tanah menggunakan
vakum untuk dikumpulkan di pusat pengumpulan.

Sisa akan dikutip oleh lori dari pusat pengumpulan.

Kos bagi membina sistem ini adalah tinggi tetapi ia lebih bersih dan efisien. Ia sesuai
digunakan di kondominium dan kompleks komersial.

Di Malaysia sistem ini telah digunakan di KLIA, Kompleks Kastam Kelana Jaya dan
Kompleks Maju Junction.
Gambarajah menunjukkan bagaimana pengutipan sisa pepejal dilakukan
menggunakan sistem vakum
Gambarajah menunjukkan trak
yang digunakan untuk menyedut
sisa
KUTIPAN

Kutipan merupakan proses mengutip atau mengumpul sisa pepejal domestik, sisa pukal
atau bahan kitar semula di tong setiap premis atau punca janaan sisa pepejal dan
dimasukkan ke dalam kutipan.

Kenderaan kutipan kemudiannya akan membawa sisa pepejal ini samada ke stesen
pemindahan, insinerator, Kemudahan Bahan Api Terbitan (Refuse Derived Fuel
(RDF), Kemudahan Perolehan Semula Sumber (Material Recovery Facilities (MRF)
atau terus ke Tapak Pelupusan.
Kaedah Kutipan

Kaedah kutipan terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:

Kutipan di bebendul jalan — Kutipan yang dilakukan ke atas tong yang diletakkan di
tepi jalan sebagai contoh tong sampah di perhentian bas dan tempat awam.

Kutipan berpusat — Kutipan dilakukan di kawasan yang dikhaskan untuk pengumpulan


sisa contohnya rumah sampah dan tong komunal. Pengguna perlu membawa sisa ke rumah
sampah atau tong komunal. Kaedah ini digunakan di pangsapuri, kondominium, pasar,
premis komersial dan seumpamanya.

Kutipan Dari Premis Ke Premis — Pekerja akan mengutip sisa dari premis ke premis
dan dibuang ke dalam kenderaan kutipan. Ini merupakan cara yang paling banyak
diamalkan di Malaysia.
PENGANGKUTAN BAGI KUTIPAN SISA PEPEJAL

Pengangkutan merupakan satu aktiviti mengangkut sisa pepejal dari tempat penstoran
untuk dihantar ke pusat rawatan perantaraan atau terus ke tapak pelupusan dengan
menggunakan kenderaan kutipan yang dikhaskan.

Berikut adalah jenis -jenis lori yang biasa digunakan untuk kutipan sisa di Malaysia:

Lori Kompaktor

Lori Terbuka (Open Lorry)

Lori RORO(Roll On Roll Off Lorry)

Long Haulage Vehicle

Motorsikal beroda tiga (Tricycle)


1. Lori Kompaktor

Lori Kompaktor digunakan untuk mengutip sisa pepejal di kawasan perumahan,


komersial, institusi dan industri kecil dan sederhana. Ia terdiri daripada
pelbagai saiz mengikut kapasiti yang mampu dibawa oleh lori tersebut sebagai
contoh kompaktor 4 tan, 7 tan dan 12 tan. Lori ini mempunyai sistem
pemampatan yang membolehkan lebih banyak sisa dapat dimuatkan ke dalam lori
tersebut. Selain itu ia juga mempunyai tangki leachate bagi mengelakkan
tumpahan ketika aktiviti pengutipan dan pengangkutan.
2. Lori Terbuka (Open Lorry)

Lori terbuka sesuai digunakan mengangkat bahan kitar semula, sisa kebun dan sisa
pukal (bulky waste).
Ia terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kemampuan sisa yang dapat dimuatkan ke
dalam lori tersebut sebagai contoh lori 3 tan, 5 tan dan 10 tan.
Lori ini mempunyai pintu pada bahagian belakang yang memudahkan proses
mengutip dan membuang sisa.
Ia perlu ditutup dengan kanvas selepas pengutipan agar tiada sisa yang tercicir.
3. Lori RORO(Roll-On Roll -Off)

Lori RORO digunakan untuk mengangkat tong RORO yang biasanya digunakan di
pangsapuri, kondominium, pasar, industri dan kawasan pembinaan.
Ia menggunakan sistem hidraulik bagi mengangkat tong RORO dan membuang sisa.
Ia perlu ditutup dengan kanvas selepas pengutipan agar tiada sisa yang tercicir.
4. Motor beroda tiga (Tricycle)

Motor beroda tiga sesuai digunakan untuk mengutip sisa di kawasan yang mempunyai
laluan yang sempit di mana kenderaan pengangkutan lain tidak boleh melaluinya,
sebagai contoh di kawasan kampung.

Kenderaan ini akan mengutip sisa dari premis ke premis dan membawanya ke pusat
pengumpulan yang kebiasaannya terletak di tepi jalan utama.
5. Long Haulage Vehicle

Long Haulage Vehicle digunakan untuk mengangkat sisa yang telah dimampatkan
daripada stesen pemindahan ke tapak pelupusan seperti yang digunakan oleh
Stesen Pemindahan Taman Beringin yang bermuatan bersih 20 tan dapat memuatkan
sisa daripada 5 buah lori kompaktor 4 tan.

Ia dapat menjimatkan kos pengangkutan sisa bagi kawasan yang terletak jauh daripada
tapak pelupusan.

Selain daripada itu masa yang dijimatkan oleh kompaktor untuk menghantar sisa secara
terus ke tapak pelupusan boleh dimanfaatkan untuk membuat kutipan di kawasan lain.
RAWATAN PERANTARAAN

PENGKOMPOSAN

Pengkomposan merupakan salah satu cara untuk mengitar semula sisa organik (dari
tumbuh-tumbuhan dan haiwan) bagi mengurangkan kuantiti sisa yang perlu dilupuskan
di tapak pelupusan, oleh itu jangkahayat tapak pelupusan dapat dipanjangkan.

Ia adalah proses penguraian semulajadi oleh mikrob ke atas bahan-bahan organik (dari
tumbuh-tumbuhan dan haiwan) menjadi bahan yang menyuburkan tanah dipanggil
kompos.

FAEDAH PENGKOMPOSAN

1 Mengubah bahan organik yang boleh reput menjadi bahan yang stabil
2 Membunuh mikrob pathogen, telur serangga dan organisma lain
3 Menyediakan nutrien yang boleh menyuburkan tanah
ASAS PENGKOMPOSAN

Pengkomposan yang baik dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk perkembangan mikrob
seperti bakteria dan fungus. Semasa proses pengkomposan mikrob memerlukan air, udara dan
makanan. Perkembangan sains membolehkan kita mengawal ramuan bahan yang hendak dikompos,
memantau perubahan suhu, nilai pH, kandungan kelembapan serta keperluan udara semasa proses
pengkomposan bagi menjamin kualiti kompos yang terhasil.

Air
Kelembapan bahan-bahan organik yang hendak dikompos mestilah sesuai supaya mikrob-mikrob
tersebut dapat hidup dan melakukan proses pengkomposan. Walaubagaimanapun kandungan air yang
terlalu tinggi, akan menyebabkan partikel kompos berkenaan menjadi lembap dan akan mengurangkan
kandungan udara. Oleh itu, proses pengkomposan menjadi perlahan. Pekara yang sama akan berlaku
jika tahap kelembapan terlalu rendah. Kelembapan optima biasanya adalah pada kadar 50%- 60%
daripada berat bahan yang dikompos.

Udara
Kandungan air dan udara yang seimbang adalah penting untuk proses pengkomposan. Udara diperlukan
oleh mikrob untuk melakukan penguraian. Bahan-bahan yang dikompos perlu mempunyai banyak
rongga (tidak mampat) untuk membolehkan udara meresap ke dalamnya. Pada peringkat permulaan,
kandungan oksigen yang diperlukan pada kadar 15% - 20% daripada rongga udara ( pore spaces ).
Sekiranya kandungan purata oksigen kurang daripada 5%, bakteria anerobik akan membiak dan ia akan
membebaskan gas berbau busuk. Untuk proses pengkomposan aerobik, kandungan udara optima yang
diperlukan adalah melebihi 10% .
Makanan
Mikrob memerlukan bahan-bahan yang mengandungi karbon (C) dan nitrogen (N) sebagai makanannya.
Bahan organik mengandungi C yang tinggi dinamakan sebagai bahan perang (brown) dan N sebagai
bahan hijau (green). Bahan perang membekalkan tenaga kepada mikrob manakala bahan hijau
membekalkan nutrien. Untuk menghasilkan kompos, nisbah di antara C dan N adalah penting, iaitu pada
kadar 30:1. Apabila bahan-bahan organik berkenaan menjadi kompos C:N berubah menjadi 10:1 hingga
20:1.
Contoh bahan perang — jerami, rumpai, daun kering, kertas, serpihan kayu atau
serbuk kayu. Bahan- bahan ini mengandungi molekul gula yang menjadi sumber tenaga
kepada mikrob.

Contoh bahan hijau — rumput hijau, sisa makanan dapur,(buah-buahan, sayur-


sayuran dan ikan), daun hijau, kopi,teh dan sisa binatang. Bahan-bahan ini
mengandungi protein yang menjadi sumber nutrien kepada mikrob.
APA YANG SESUAI DIKOMPOS DIRUMAH?

Najis binatang ternakan


Kertas
Kopi dan teh
Kain kapas
Kulit telur
Abu kayu
Serbuk kayu
Buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang
Rumput, lalang, daun, jerami, sekam, ranting kayu dan serbuk kayu
Rambut, kulit binatang yang kering dan bulu binatang.
Apa Yang Tidak Sesuai DiKompos DiRumah?

Arang batu atau abu kayu arang


- boleh mengandungi bahan-bahan yang berbahaya kepada tumbuh- tumbuhan

Bahan Tenusu
- boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Tumbuh-tumbuhan berpenyakit
- penyakit pada tumbuh-tumbuhan mungkin tidak musnah dan boleh berjangkit
kepada tumbuhan lain.
Lemak, minyak dan gris.
boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Daging
- boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Najis binatang peliharaan (anjing, kucing dan sebagainya)


- kemungkinan mengandungi parasit bakteria patogen dan virus yang berbahaya
kepada manusia

Sisa tumbuh-tumbuhan yang telah disembur dengan racun.


- boleh membunuh mikrob yang penting untuk proses pengkomposan.
MEMANTAU PROSES PENGKOMPOSAN
Semasa proses pengkomposan, berlaku perubahan pada ciri-ciri fizikal, kimia dan biologi bahan yang
dikompos.

FASA FASA TERMOFILIK


MESOFILIK FASA MESOFILIK

3 FASA PENGKOMPOSAN TERMOFILIK


KOMPOS
MENGENALPASTI MASALAH PENGKOMPOSAN

Kita dapat mengetahui masalah proses pengkomposan dengan memantau gejala-gejala


berikut serta membuat tindakan pembetulan;

Gejala Masalah Penyelesaian


Timbunan kompos basah dan berbau •Kandungan udara tidak mencukupi •Membalik-balikkan timbunan
busuk kompos.
•Terlalu banyak bahan N •Tambah bahan C dan balik-balikkan
kompos.
•Kelembapan terlalu tinggi •Tambah bahan C dan balik-balikkan
kompos.
Timbunan kompos tidak panas •Saiz timbunan kompos terlalu kecil •Besarkan saiz timbunan

•Kelembapan tidak mencukupi •Tambah air semasa membalik-


balikkan timbunan kompos

Kandungan timbunan kompos lembap •Kurang bahan N •Tambah sumber bahan N


dan berbau masam manis tetapi tidak
panas
Timbunan kompos menarik perhatian •Terdapat sisa daging yang telah •Asingkan sisa daging daripada
binatang dicampur-adukkan dalam timbunan timbunan kompos
kompos •Tutup timbunan kompos dengan
kain
•Sisa makanan tidak dikambus dengan •Kambus sisa makanan dengan
sempurna sempurna dengan bahan perang
seperti dedaun kering atau serbuk
kayu
KESAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG
TIDAK SISTEMATIK

Kebanyakan sisa pepejal mempunyai kesan yang negatif kepada alam sekitar.
Pencemaran dari sisa pepejal terjadi daripada pengurusan yang tidak cekap.

Tanpa pengurusan yang sistematik, kita akan berdepan dengan masalah yang
memberi kesan buruk kepada alam sekitar, kesihatan manusia dan
sosial(komuniti).

Kesan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Tidak Sistematik:

 Impak kepada alam sekitar


 Impak terhadap sosial
 Impak kepada kesihatan manusia
IMPAK KEPADA ALAM SEKITAR
1. Pencemaran udara
Pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara.
Pembakaran terbuka melepaskan gas dioxin yang merbahaya ke persekitaran.
Gas dari tapak pelupusan (hasil daripada proses pereputan sampah) boleh
meletup jika dibiarkan berkumpul dalam permukaan tertutup. Metana (salah satu
daripada gas tapak pelupusan) lebih efektif dari karbon dioksida sebagai gas
rumah hijau yang boleh membawa kepada peningkatan suhu dunia.Pembakaran
di tapak pelupusan boleh mengakibatkan pencemaran udara dan pengurangan
jarak penglihatan semakin berkurangan. Letupan dan kebakaran boleh merebak
ke kawasan berdekatan.

2. Pencemaran air bawah tanah atau permukaan air


Air tercemar (leachate) yang mengalir dari tapak pelupusan sampah
mengakibatkan pencemaran sumber air yang serius. Sisa kimia (terutamanya
organik yang tidak terurai) boleh membawa maut dan mempunyai kesan yang
serius jika disentuh atau dihidu.

3. Pencemaran tanah
Pencemaran tanah terjadi apabila bahan kimia atau bahan — bahan lain yang
mangubah komposisi semulajadi tanah. Jenis pencemaran ini terjadi apabila air
tercemar daripada tapak pelupusan atau membebaskan secara terus sisa
industri seperti petroleum hidrokarbon, cecair, racun serangga, plumbum dan
logam berat yang lain ke dalam tanah.
IMPAK KEPADA SOSIAL

Penimbusan secara terbuka atau pembuangan sampah secara haram di


tempat yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada
komuniti setempat dan seterusnya mengundang penyakit.

Sisa atau sampah yang tidak dibuang atau diuruskan dengan sempurna akan
meninggalkan kesan yang kurang selesa seperti bau yang busuk dan keadaan
persekitaran yang kotor.

Sisa atau sampah yang tidak dikutip selalunya akan tersumbat di longkang —
longkang lalu mengakibatkan banjir.

Meningkatkan kos penyelenggaraan.

Tapak pelupusan yang tidak mencukupi.


IMPAK KEPADA KESIHATAN MANUSIA

Kumpulan yang berisiko tinggi untuk mengalami gangguan kesihatan terdiri


daripada populasi yang tidak mempunyai pengurusan sisa yang sistematik.

Terutama sekali kanak — kanak, pekerja, pengangkut sampah dan pekerja


kilang bahan toksik dan bahan mudah berjangkit.

Kumpulan berisiko tinggi yang lain adalah populasi yang menetap


berhampiran kawasan tapak pembuangan sampah serta sumber air yang
telah tercemar akibat pembuangan sampah sarap atau tapak pelupusan yang
bocor.
Jangkitan penyakit

Jangkitan penyakit kulit dan darah terjadi akibat daripada sentuhan secara
langsung dengan sisa (sampah).

Jangkitan mata dan pernafasan terjadi apabila terdedah kepada debu


terutama sekali ketika operasi tapak pelupusan.

Vektor pembawa penyakit yang mengakibatkan wabak penyakit :

a. Lalat yang membiak di kawasan ini merupakan vektor yang efektif


dalam penyebaran penyakit

b. Nyamuk yang membiak di air takungan bekas-bekas sampah


menyebarkan penyakit malaria dan denggi

c. Tikus yang tinggal dan mencari makanan di tapak pelupusan


menyebarkan penyakit dan merosakkan kabel elektrik
Penyakit kronik

Terdapat gas-gas yang dilepaskan semasa proses penguraian sisa pepejal di


tapak pelulusan sampah seperti SO2 , NOX , Dioxin ,Sulfur ,CO ,Amonia dan
lain-lain.

Gas ini apabila masuk ke dalam tubuh manusia akan bertindakbalas dengan
kimia yang terdapat dalam organ manusia dan mengghasilkan toksin yang
merbahaya kepada manusia. Ini seterusnya akan berpotensi menyebabkan
penyakit kronik seperti berikut :-

Hepatotoxicity

Nephrotoxicity

Pulmonary toxicity

Neurotoxicity

Immunotoxicity
•Hepatotoxicity
Hepatotoxicity (daripada hepatic toxicity) terjadi akibat daripada kerosakan
hati akibat tindakan bahan kimia. Hati merupakan organ penting yang
memainkan peranan untuk menapis bahan kimia di dalam badan mudah
mengalami kerosakan akibat bahan ini.

•Nephrotoxicity
Nephrotocity (dari perkataan greek : nephros “ginjal”) terjadi akibat kesan
keracunan beberapa jenis bahan kimia atau ubat yang merosakkan ginjal.
Terdapat pelbagai jenis ketoksidan dan tidak harus dikelirukan dengan kesan
sampingan pengambilan ubat untuk merawat gangguan renal (heparin).

•Pulmonary toxicity
Pulmonari toxicity bermaksud kerosakan pada paru — paru. Kebanyakan kes
ini berlaku akibat bahan kimia dan bahan-bahan zarah.
•Neurotoxicity
Neurotoxity terjadi apabila terdedah kepada bahan toksid buatan ataupun
semulajadi yang dikenali sebagai neurotoxin yang mampu mengubah fungsi
aktiviti normal sistem saraf. Penyakit ini akan memusnahkan neuron dan sel-sel
yang paling penting di dalam fungsi otak dan bahagian saraf yang lain. Simptom
— simptom yang ketara ialah lemah anggota badan atau rasa kebas, hilang
ingatan, penglihatan atau pemikiran, sakit kepala, masalah perlakuan kognitif
dan masalah sikap dan masalah seksual. Individu dengan penyakit tertentu
mudah dijangkiti neurotoxin.

•Immunotoxicity
Immunotoxin adalah sejenis bahan kimia yang menyebabkan kegagalan sistem
imun apabila berlakunya pendedahan. Apabila sistem imun lemah risiko
jangkitan penyakit dan kanser adalah tinggi. Immunotoxin boleh menyebabkan
autoimmune disease, satu penyakit dimana sistem imun berada pada tahap
terlebih aktif dan mula memusnahkan sel-sel badan.

*Penyakit kronik terjadi apabila leachate mengandungi logam berat mencemarkan sumber
air dan secara tidak langsung menganggu rantaian makanan manusia.
PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN
 Sekian terima kasih.

 Gunakanlah bahasa kebangsaan kita.

 Sumber : www.sisa.my
Edit secara poyo oleh
Mohamad Saiful Nordin

Pelajar paling bermasalah


di UKM. Sekian.

psuedo-interlektual

You might also like