You are on page 1of 16

1.

PENDAHULUAN

Program mentor – mentee merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk
membantu murid dalam bidang akedamik dan memajukan diri dalam pelajaran melalui bimbingan dan
pemantauan guru yang dikenali sebagai mentor. Oleh itu program ini boleh didefinisikan sebagai satu
sistem yang melibatkan guru untuk membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan serta galakan
dalam memupuk potensi pelajar supaya berkembang dan meningkat, bukan sahaja dari segi akademik
tetapi juga sahsiah dan JERI pelajar.

Sistem Mentor berfungsi sebagai satu saluran di mana para murid dapat menyatakan kehendak
dan keperluan masing-masing manakala guru-guru dapat menyuarakan permintaan dan harapan mereka
demi mencapai matlamat sekolah dan pendidikan. Oleh itu, guru sebagai mentor dapat membantu dan
membimbing para pelajar di bawah jagaannya (mentee) dengan cara yang sistematik dan berkesan
melalui perjumpaan yang dirancang dan berobjektif.

Program Mento Menti ini juga merupakan program untuk meningkatkan keyakinan murid Tahun
Enam yang bakal menduduki UPSR bagi sesi persekolahan 2010. Murid-murid akan bertindak sebagai
anak angkat kepada guru-guru di sekolah ini. Hal ini membolehkan guru membimbing dan membantu
murid dengan lebih telus serta memberi tunjuk ajar dan motivasi agar murid berkenaan mencapai
kecemerlangan dalam UPSR.

2. RASIONAL

Program sebegini amat wajar dijalankan kerana murid perlu diberi pendedahan dan bimbingan
dalam mengetahui potensi diri untuk berjaya dalam bidang akademik. Melalui cara ini, ia dapat
meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak. Oleh sebab
itu, dengan adanya program ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan motivasi, berfikiran positif,
membuat keputusan dan mengukuhkan kasih sayang dalam diri mereka dalam usaha melahirkan pelajar
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Selain itu, kejayaan yang diraih memerlukan pengorbanan. Justeru untuk berjaya murid-murid
perlu berusaha gigih dan cekal dalam menghadapi sebarang cabaran. Ibu bapa dan keluarga merupakan
orang paling dekat dengan murid-murid selain guru-guru yang mampu membantu motivasi dan keyakinan
diri murid dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.
3. OBJEKTIF

Pembentukan program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah:


 Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara murid mentee tahun 6 dengan guru-guru yang
menjadi mentor.
 Memberi kesedaran kepada calon-calon dan Ibubapa/penjaga akan pentingnya mencapai
kejayaan dalam UPSR nanti.
 Menaikkan semangat calon-calon untuk berusaha dengan gigih dan membaiki kelemahan-
kelemahan yang masih ada.
 Membimbing calon-calon secara individu untuk membuat persediaan yang betul dalam tempoh-
tempoh tertentu sebelum menjelangnya UPSR.
 Dapat membantu murid mencari kaedah-kaedah mengulangkaji yang sesuai dengan diri mereka.
 Membimbing murid menjadi insan yang berilmu, berpengalaman, berakhlak mulia dan
berwawasan
 Membina keyakinan murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan, ia hasil bimbingan mentor
yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan pelajar.
 Mengurangkan tekanan akibat sesuatu konflik(diri/rakan sebaya/guru/keluarga) dengan wujudnya
hubungan yang mesra antara guru dengan murid
 Membina hubungan yang baik antara guru dan pelajar untuk mewujudkan budaya sekolah yang
sihat bagi meningkatkan pencapaian akademik.
 Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada pelajar-pelajar, demi kemajuan dalam
bidang akademik.
 Melatih pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin, mempunyai sifat-sifat
kepimpinan dan pengikut yang baik.
 mengenalpasti kelemahan dan dapat mengatasinya melalui ujian dan peperiksaan dalaman.
 Menyemai rasa kasih dan sayang kepada keluarga
 Mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berusaha untuk berjaya.

4. MATLAMAT
i. Meningkatkan pencapaian peratusan setiap matapelajaran UPSR.
ii. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid dalam setiap matapelajaran.
iii. Melahirkan murid yang beriman dan beramal soleh.
iv. Memberi motivasi kepada murid agar mencapai kejayaan dalam UPSR.

5. PEMILIHAN MENTOR
Mentor terdiri daripada Pentadbir Sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan guru-guru SK
Kem Iskandar. Diharap mentor dapat bersikap positif, memahami latar belakang mentee, bertolak ansur,
bertimbang rasa, amanah, ikhlas, terbuka serta peka terhadap masalah dan perasaan pelajar.

6. PENYESUAIAN MENTOR DAN MENTEE

Mentee diagihkan kepada mentor berdasarkan rawak mengikut kesesuaian. Sekiranya selepas
beberapa pertemuan, mentor dan mentee berkenaan tidak dapat meneruskan perhubungan yang lebih
mesra kerana konflik peribadi, pertukaran bolehlah diuruskan dengan membincangkan hal berkenalan
dengan Jawatan kuasa Penyelaras Mentor.

7. PERJUMPAAN

Mentor boleh menentukan tarikh dan tempat pertemuan yang sesuai dengan mentee. Dicadangkan
perjumpaan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau sebulan dua kali. Kekerapan perjumpaan
antara mentor dan mentee amat digalakkan kerana semakin banyak sesi pertemuan dan perhubungan
antara mentor dan mentee, maka semakin erat kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain.
Laporan perjumpaan perlu diserahkan kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kurikulum atau Guru
Bimbingan dan kaunseling sebaik sahaja perjumpaan telah dijalankan. Ini bertujuan untuk rekod
perjalanan dan keberkesanan program ini.

8. CADANGAN TEMPAT /AKTIVITI KUMPULAN

 Tempat untuk menjalankan akltiviti kumpulan perlulah selesa dan bersesuaian, tiada gangguan
bising oleh faktor luaran.
 Mesti bersih, kemas dan tidak panas
 Terang dan mempunyai edaran yanga baik
 Etika kumpulan
 Amanah dan menyimpan rahsia rakan mentee
 Menerima rakan mentee tanpa syarat (bagi guru yang mempunyai lebih bagi seorang mentee)
 Mematuhi norma dan peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli kumpulan
 Ikhlas, tulen (tidak berpura-pura) dan bersikap terbuka.

9. CIRI-CIRI MENTOR YANG MENOLONG


 Pendengar yang baik
 Menerima tanpa syarat
 Mesra dan peramah
 Tidak melabel
 Peka
 Menyimpan rahsia
 Model dari aspek kelakuan dan sikap

10. BIDANG TUGAS MENTOR

Antara bidang tugas seorang mentor kepada menteenya ialah :

a. Menjaga, mendidik dan bertindak sebagai ibu bapa angkat kepada mentee-menteenya.
b. Menyimpan rekod peribadi mentee hasil daripada perkongsian maklumat semasa perjumpaan.
c. Memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada mentee-mentee.
d. Menyelia dan mengawasi perkembangan pelajaran mentee.
e. Bekerjasama dengan guru kelas dalam merancang, mengadakan dan mengawasi kegiatan-
kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani, intelek dan sosial yang sihat di
kalangan mentee-mentee.
f. Mengadakan perjumpaan rasmi sekurang-kurangnya sekali untuk setiap bulan dan laporan
hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan.
g. Sedia berbincang dengan ibu bapa mentee berhubung dengan sebarang masalah yang serius
mengenai mentee-mentee di bawah jagaannya (berbincang dahulu dengan Guru Besar / Guru
Penolong Kanan Kurikulum sebelum berjumpa dengan ibu bapa)
h. Merekod perkembangan terkini dan pastikan tahap penglibatan mereka sesuai dan wajar.
i. Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir mengenai maklumat tertentu
contohnya seperti kes-kes serius yang mungkin akan membahayakan diri mentee dan orang lain.
11. TANGGUNGJAWAB MENTOR

Mentor akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada mentee-mentee di bawah jagaannya semasa


menjalankan sesi perbincangan. Antaranya ialah :

a. Susun aturkan setiap perjumpaan secara mantap iaitu sebaik-baiknya disempurnakan dengan
sesi perkenalan diikuti dengan tujuan perbincangan itu. Semasa mengendalikan perjumpaan
kelompok, kedudukan mentee berbentuk bulatan atau face to face.
b. Gabungjalinkan secara sempurna sesi perkenalan, perbincangan tajuk-tajuk yang ditetapkan
dan boleh dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman semasa sesi berlangsung.
c. Membahagikan masa dengan terancang agar masa yang diperuntukkan mencukupi.
Anggapkan sebagai task oriented bagi mentor dan mentee, ini penting bagi proses yang
berterusan bagi sesi yang akan datang.
d. Wujudkan setting climate yang berbentuk keberanian, keterbukaan, kemesraan sehingga
dengan sendiri mereka ingin mencuba dan secara langsung mendorong untuk mempelajari
kemahiran-kemahiran baru dan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada.
Lebih-lebih lagi dalam kemahiran berkomunikasi.
e. Bertindak sebagai motivator yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai (reliable &
trustworthy), bertanggungjawab, berpengetahuan, berkemahiran dan tepat masa.
f. Menjadi contoh kepada kemahiran-kemahiran yang akan dipraktik dan dibincangkan.
g. Sentiasa mengingatkan matlamat program dan perjumpaan, mengaitkan teori/pengetahuan
dan pengalaman mentor mentee.
h. Mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara mentor dan mentee supaya dengan ini,
mentee jelas dan faham input-input yang dibincangkan dan dapat sesuatu yang bermakna
selepas perjumpaan.
i. Sentiasa sensitif dan peka terhadap wujudnya perbezaan di kalangan mentee sama ada dari
segi penyertaan, keperluan dan cara berfikir.
j. Seharusnya enjoy himself, di mana mentee mempelajari sesuatu dan mendapat manfaat
daripada program yang dijalankan.
k. Menggalak dan mewujudkan situasi di mana mentee-mentee berinteraksi secara dinamik dan
elakkan mentor berperanan sebagai memberi taklimat.
l. Mentor harus membuat rumusan kepada perbincangan yang diadakan dan
memperjelaskannya dengan kata-kata perangsang yang berbentuk kontrak diri.

12. PANDUAN MENTOR

Antara panduan yang boleh diikuti oleh mentor semasa perjumpaan ialah :

a. Membuat persediaan serapi mungkin supaya dengan ini mentee akan merasai
kepentingan perjumpaan dan agak selesa dengan program ini.
b. Ambil sedikit ruang waktu dalam sesi awal aktiviti untuk mengenali mentee-mentee dan
memberi ruang untuk mentee mengenali antara satu sama lain. Wujudkan bentuk
kelompok pembelajaran yang sangat releks. Dengan harapan kelompok dapat diterokai,
sebarang permasalahan dapat dibincang dengan penuh keterbukaan oleh mentee-mentee.
c. Wujudkan suasana agar mentee-mentee merasa sangat selesa dan rasa selamat berkongsi
perasaan, pengalaman dan pengetahuan masing-masing.
d. Memaklumkan dengan jelas sesuatu topik perbincangan dan kawal mentee yang cuba
mendominasikan pengalaman/perbincangan dalam kelompok.
e. Fleksible dengan aktiviti yang dirancang, wujudkan budaya kelompok yang saling
menerima dan memahami betapa setiap individu itu adalah berbeza.
f. Perhatikan pergerakan non verbal/body language/clues mentee supaya dapat memberi
respon terhadap kefahaman dan persepsi mereka terhadap kejadian dalam kelompok.
g. Wujudkan situasi agar mentee-mentee merasakan mereka dipunyai sense of belongings
dan mereka mempunyai kumpulan dan bukan klik.
h. Sentiasa memberi rangsangan dan semangat serta memberi tumpuan kepada apa yang
berlaku here and now.
i. Tunjukkan minat yang mendalam kepada kumpulan, sentiasa bertanyakan
pendapat/pandangan ahli kumpulan serta be yourself.
j. Mentor harus menjadi pendengar yang aktif.

13. PROSES PERJALANAN PERJUMPAAN


Berikut adalah etika perjumpaan yang menjadi panduan mentor dalam menjamin keberkesanan
sesi:

a. Bertanyakan khabar dan perasaan ahli-ahli.


b. Menyatakan perjalanan kelompok yang merangkumi;
- Tujuan sesi
- Perjumpaan untuk kepentingan ahli
- Perbincangan adalah rahsia terutama perkara-perkara yang terlalu peribadi.
- Perlu kepada penglibatan ahli secara aktif, dinamik dan kolektif.
- Kehadiran mentor adalah sebagai pemangkin sahaja.
- Sumbangan idea sangat digalakkan
- Ketepatan masa sangat dititikberatkan
- Ahli perlu berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
- Beri peluang kepada semua ahli.
c. Proseskan maklumat dan idea yang dikemukakan kepada kelompok.
d. Dapatkan pandangan daripada mentee-mentee sebelum membuat rumusan dan
pandangan.
e. Isi kelompok hendaklah dibincang dengan mendapat persetujuan bersama.
f. Perhubungan mentor mentee adalah perhubungan profesional.
g. Perkongsian idea dan perbincangan sesuatu tajuk perlu dimanfaatkan di luar kelompok.
h. Rumuskan idea yang dibincangkan.
i. Ingatkan tarikh pertemuan yang akan datang kepada mentee-mentee.

14. ETIKA PERJUMPAAN

a. Penerimaan tanpa syarat


b. Kerahsiaan
c. Bersama-sama mentee semasa dan sepanjang sesi berlangsung
d. Ketepatan masa
e. Tidak menghukum
f. Kepercayaan
g. Kejelasan komunikasi
h. Membantu menyelesaikan persoalan-persoalan kelompok dan mentee
i. Sekiranya didapati mentee yang benar-benar bermasalah, sila rujukkan kepada guru
bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling individu.
j. Sebagai model setiap aspek.

15. AKTIVITI
Antara cadangan aktiviti ialah:
Pertemuan pertama
 Suai Mesra
 Mengenali dan menyediakan maklumat diri mentee
 Beramah mesra
 Perbincangan masalah pembelajaran di sekolah
 Perbincangan masalah pembelajaran di rumah
 Perbincangan pembentukan nilai-nilai murni dan sikap positif
 Membuat sambutan perayaan dan kelahiran
 Perbincangan matlamat/sasaran peperiksaan

Pertemuan kedua
 Bimbingan sahsiah
 Perlakuan positif (teruskan)
 Perlakuan negatif (bimbingan)
 Perjumpaan dengan ibu bapa
 Perbincangan mengenai persiapan menghadapi peperiksaan.

Pertemuan ketiga
 Akedemik/matapelajaran
 Masalah pembelajaran
 Pengurusan masa/jadual waktu
 Sasaran/target UPSR
 Persiapan menghadapi peperiksaan
 Memberi idola (role model)

16. ISU-ISU PERBINCANGAN


a. Isu-isu perbincangan hanya dicadangkan kepada mentor. Mentor boleh menggunakan isu-isu
yang dicadangkan ataupun memilih sendiri isu-isu semasa yang difikirkan relevan untuk
dibincangkan bersama mentee. Jangan terlalu terikat dengan isu-isu yang dicadangkan.
b. Galakkan mentee menyuarakan pendapat. Mentor berperanan sebagai
fasilitator/pemangkin/pemudahcara dalam sesi perbincangan. Perbincangan perlu diakhiri dengan
rumusan yang dilakukan oleh mentor atau pun mentee agar perkara penting yang dicapai bersama
dikenalpasti dan penamatan tidak tergantung.
c. Contoh isu adalah seperti berikut :

ISU INPUT DAN KAEDAH


PERBINCANGAN
Penerokaan kendiri  Dimulakan dengan berkongsi maklumat diri mentor (ice
breaking).

ISU INPUT DAN KAEDAH


PERBINCANGAN
 Mendapat maklumat tentang diri mentee seperti latar
belakang.
 Wujudkan kemesraan
 Wujudkan kejelekitan
 Wujudkan sense of belongings di kalangan mentee
Potensi diri  Kekuatan/keistimewaan dan kelemahan ahli
 Kejayaan/anugerah dan pencapaian yang telah diperolehi
 Ciri-ciri positif dan negatif
Pengurusan masa  Kemahiran dalam pengurusan masa seharian di
sekolah/rumah.
 Bijak menggunakan masa untuk program kendiri
 Programkan masa untuk akademik
 Agihkan masa dengan penjadualan yang mantap bagi
pelajaran, kegiatan ko kurikulum tugas-tugas lain.
 Peruntukkan masa untuk beribadat.
Perkembangan sahsiah  Kenapa perlunya penyuburan akhlak dan sahsiah
 Minta mentee senarai ciri-ciri penyuburan sahsiah.
Bincangkan.
 Kaitkan dengan tokoh-tokoh
 Pastikan kelompok beroperasi secara dinamik
 Kongsikan program yang boleh membantu dalam
perkembangan sahsiah
 Pertanyaan secara dinamik perlu digalakkan di
kalangan ahli

ISU INPUT DAN KAEDAH


PERBINCANGAN
Teknik-teknik Belajar  Kepentingannya
 Cara belajar berkesan
 Teknik menjawab soalan mengikut format UPSR
 Kemahiran membuat nota/cara membaca cepat
 Cara memahami fakta dengan cepat
 Cara mengingat fakta
 Cara memahami soalan-soalan
Pengaruh Kelompok  Kesan negatif/pengaruh rakan sebaya yang boleh
mendorong kepada unsur negatif dielakkan
 Meniru budaya negatif
 Menganggotai klik
 Anti establishment
 Engkari disiplin sekolah
 Bincangkan bagaimana untuk mengatasi
 Contohi sikap yang positif
Perhubungan Kemanusiaan  Cara-cara dan etika untuk untuk berhubung dengan rakan
sebaya, guru dll.
 Cara bergaul/komunikasi untuk acara rasmi/tidak rasmi
dan prosedurnya
 Cara saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Carta aliran perlaksanaan Program

Senaraikan nama murid


Menyenaraikan pentadbir, guru
SK Kem Iskandar sebagai mentor

Menyusun mentor-mentee berdasarkan


keperluan

Menyediakan Buku Panduan Mentor , senarai


nama, borang laporan pertemuan

Membuat penerangan kepada guru berkaitan


program
.

Membuat persiapan majlis pelancaran

Perlaksanaan pelancaran dan perjumpaan pertama

Pemantauan pertemuan mentor-mentee

Memungut laporan perjumpaan untuk mengetahui


keberkesanan program

17. CADANGAN PELAKSANAAN


Hari : Rabu
Tarikh : 21 April 2010
Masa : 11.00 pg – 1.10 ptg
Tempat : Dewan Sri Perkasa,
Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar
SASARAN
Semua murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR 2010 seramai 36 orang.

PENYERAHAN
Penyerahan akan dilakukan oleh Puan kamariah binti Jaid, Guru Besar SK Kem Iskandar dan YDP PIBG
(mengikut kesesuaian).
JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM MENTOR
MENTEE MENTOR 2010
PENASIHAT
PN KAMARIAH BINTI JAID
(GURU BESAR)

PEN.PENASIHAT
EN. MOHD SHAARI BIN EMBONG
(GPK I)

PENGERUSI
EN. MOHD BAKRI BIN
(GPK HEM)

NAIB PENGERUSI
EN. AHMAD TASHIM BIN
(GPK KO-KU)

AJK
PN. HASANIAH BINTI OMAR
PN. YUSNIZA BINTI JAAFAR
PN. FARIDAH BINTI
PN. DIANA A/K ROBERT ULIE
(KETUA PANITIA MATAPELAJARAN TERAS)

PENYELARAS
PN. NORHAIZA BINTI ABD RAZAK

SETIAUSAHA
PN. LILY PREEMALA MICHAEL

AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU SK KEM ISKANDAR

JAWATANKUASA PELAKSANAAN
AHLI GURU BIDANG TUGAS
JAWATANKUAS
A
Pengerusi Majlis Guru Bertugas
PA Sistem Ustaz Mohd Sallehuddin bin Ramli
Disiplin murid Semua guru
Bacaan Doa Ustaz Mohd Haza bin Hamsi
Pemplet Pn. Norhaiza binti Abd Razak
Dokumentasi Pn. Lily Preemala Michael
Jurugambar En. Khairulnasyarudie bin Mohd Wazir
En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar
Backdrop Pn. Wan Suhaibah binti Wan Omar
Pn. Sabaria binti Sarponen
Jamuan Pn. Rusmawati binti Ahmad

RANCANGAN PERBELANJAAN
 Peralatan - RM 30.00
 Fail RM 0.60 x 36 Mentor) - RM 21.60
 Jamuan ( RM 2.50 x 6 orang VIP) - RM 15.00
_________
RM 66.60
SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling

ATUR CARA MAJLIS

11.00 pagi - Semua murid tahun 6 & guru berhimpun di dewan


11.10 pagi - Bacaan Doa
11.15 pagi - Aluan Pengerusi Majlis
Guru Bertugas
11.20 pagi - Ucaptama & Perasmian
Pn. Kamariah binti Jaid
Guru Besar SK Kem Iskandar
Ucapan YDP PIBG
Ucapan Unit Ajar Kem Iskandar
11.40 pagi - Taklimat Penyerahan mentee
Pn. Norhaiza binti Abd Razak
12.00 pagi - Majlis Penyerahan Mentee
12.30 pagi - Perjumpaan Mentor Mentee
(Perlasanaan Isu Pertama)
1.10 pagi - Majlis Tamat

PENUTUP

Program mentor mentee merupakan satu sistem sokongan dan bimbingan yang baik, diharapkan
agar para murid akan dapat mempertingkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan perkembangan
kendiri selaras dengan Misi SK Kem Iskandar untuk menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2010.
Di samping itu, mentor dapat mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan dan profesionalismanya dalam
pengurusan personalia pelajar.

SENARAI MENTOR MENTEE SK KEM ISKANDAR SESI 2010

BIL MENTOR MENTEE


Pn. Kamariah binti Jaid
En. Mohd Shaari bin Embong
En. Mohd Bakri bin Hj. Md Nor
En. Ahmad Tashim bin Salleh
1. Pn. Hasaniah binti Omar Justina ak Wales
Robertho Carloss Apui Lukas
Nur Amirah binti Mohd Radi
2. Pn. Norhaiza binti Abd Razak Nurfatin Nabilah binti Osman
3. Pn. Noormala binti Hamzah Nurizzati Syahida binti Amran
4. Pn. Siti Nor Hanim binti Ismail Amy Natasha ak Roysion Endit
5. Pn. Norsusilawati binti Jamaluddin Nur Syazwani Alia binti Abd Rani
6. En. Muhammad Elmi bin Abu Bakar Abu Khairi bin Ahmad Shaoumaruddin
7. En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar Muhd Hasmal Azim bin Mahmud
8. Cik Annaha binti Ibrahim Anas Safwan bin Mohamad Zaki
Nur Ain Nabila binti Mohd Dahalan
9. Cik Salbiah binti Ibrahim Galebert Lee ak Lugom
10. Cik Safiah binti Mahat DD Rich Veron b. Robert
11. Pn. Siti Sara binti Mustafa Muhammad Yusof Izzudin bin Yaa’kob
12. Pn. Rusmawati binti Ahmad Nuratiqa binti Duharis
13. Cik Wan Suhaibah binti Wan Omar Muhammad Afiq Danial bin Mohd Ridhuan
14. Pn/ Lily Premala Michael Muhammad Khairul Azwa bin Ammajud
15. Pn. Faridah binti M Yusof Lauryn Sue Anak Jerlanie
16. Pn. Maizatulakmal binti Mustapha Nurul Nazirah binti Shamsudin
17. En. Mohd. Khairulnasryarudie bin Mohd Wazir Valerie Alex Majjihil
18. En. Mohd Haza bin Hamsi Zulhelmi bin Zulkefli
19. Cik Nuradibah binti Mispani Nur Atilea Fatia binti Ahmad Asairi
20. Pn. Yusniza binti Jaafar Awang Nur’aim Sufi b. Awang Sulaiman
Siti Umairah binti Jasni
21. Pn. Siti Fatimah binti Mahmud Muhammad Nur Azri bin Anuar
22. Pn. Azita binti Aziz Muhammad Syukri bin Mohd Yazid
23. Pn. Nor Akmar binti Abdul Talib Muhamed Zuheel bin Zaid
24. Pn. Zalinah binti Yunos
25. Pn. Rhona ak Piji Siti Fatimah binti Ahmad
26. Pn. Rohani binti Salleh Nurmastika binti Khalizman
27. En. Mohd Sallehuddin bin Ramli Mohd Norhaffis bin Rathuwan
28. Pn. Hellendi ak Ridi Maria Natasha binti Jamri
29. Pn. Siti Nujum @ Siti Masniah binti Talib Wendy ak Jais
BIL MENTOR MENTEE
30. Pn. Bibian ak Nicholas Siti Nur Afiqah binti Mohd Satar
31. Pn. Diana Robert Ulie Siti Roziana binti Burhanuddin
32. Pn. Sabaria binti Sarponen Nur Atifah binti Che Nor

You might also like