You are on page 1of 149

UNIT 2

PEMBELAJARAN

BAB 5
PSIKOLOGI
PEMBELAJARAN
Pengenalan
Psikologi pendidikan ialah ilmu yg
mengkaji bagaimana teori-teori psikologi
boleh diaplikasikan dalam bilik darjah
(Borich & Tombari, 1997).
Fokus utama kajian ahli psikologi
pendidikan ialah proses pengajaran dan
pembelajaran dlm seting pendidikan.
Mereka memerhati, mengkaji dan
membina teori tentang bagaimana
menjadikan proses p & p lebih berkesan.
3.1 Pembelajaran

Pembelajaran berlaku apabila


adanya perubahan tingkah laku di
mana seseorang yg telah
mengalami proses pembelajaran
akan menunjukkan tingkah laku
yg berlainan drp sebelumnya, spt
drp tidak boleh membaca kpd
boleh membaca.
sambungan……

Masalah yg dihadapi oleh guru


pada hari ini ialah bagaimana
hendak mengajar pelajar supaya
dapat menguasai maklumat,
konsep dan kemahiran yg
berguna utk mereka apabila
dewasa kelak (Slavin, 1997).
3.1.1 Definisi Pembelajaran
Pembelajaran biasanya
didefinisikan sebagai perubahan
individu yg disebabkan oleh
pengalaman (Slavin, 1997;
Mazur, 1990; Rocklin, 1987).
Perubahan akibat perkembangan
(spt mengalami pertambahan
ketinggian) bukanlah
pembelajaran.
Stalling (1973) berpendapat
pembelajaran berlaku berdasarkan
tiga kriteria penting iaitu:
Pembelajaran harus,
(i) menampakkan perubahan dlm
tingkah laku.
(ii) melibatkan sesuatu pemikiran, dan
(iii) menghasilkan perubahan melalui
pengalaman atau latihan.
Pendapat Stalling selari dgn
pendapat Woolfolk (1998) yg
mengatakan,
“…….learning occurs when
experience causes a relatively
permanent change in an
individual’s knowledge or
behavior. The change may be
deliberate or unintentional, for
better or for worse.”
Menurut Crow dan Crow (1983),
pembelajaran adalah;
---pemerolehan tabiat,
pengetahuan dan sikap.
---melibatkan cara baru membuat

sesuatu kerja.
---berlaku dlm percubaan
individu utk mengatasi
rintangan atau menyesuaikan
diri kpd situasi baru.
Pembelajaran merupakan
perubahan tingkah laku yg
melibatkan ketrampilan kognitif,
iaitu penguasaan ilmu dan
perkembangan kemahiran intelek
(Rahil Mahyuddin et al. 2000).
sambungan……

Ilmu dibina drp maklumat melalui


pemikiran.

Ilmu harus dibina oleh pelajar


sendiri semasa mencari
pemahaman tentang maklumat yg
diterima.
3.1.2 Ciri dan Proses Pembelajaran

Pembelajaran biasanya berlaku


setelah seseorang itu terdedah
kpd persekitaran.

Bermula drp ransangan yg


diterima melalui pancaindera.
sambungan……

Ransangan dibawa ke otak utk


diberi makna dan disimpan dlm
ingatan sebagai pengalaman.

Apabila pengalaman digunakan


semula dlm bentuk yg baru, ia
dianggap sebagai perubahan
tingkah laku (pembelajaran).
Proses Pembelajaran
Persekitaran

Tingkah laku Ransangan

Ingatan
Ciri-ciri pembelajaran:
Pembelajaran berlaku apabila
adanya perubahan tingkah laku
yg kekal.

Perubahan tingkah laku adalah


akibat mendapat kefahaman drp
maklumat baru, latihan,
pengalaman, celik akal atau cuba
jaya.
sambungan……
Berlaku secara disedari atau tidak
disedari.
Proses berterusan yg berlaku
sepanjang hayat.
Pembelajaran adalah satu proses
dan berlaku selari dgn
perkembangan kognitif spt yg
diutarakan oleh Teori
Perkembangan Kognitif Piaget.
Proses pembelajaran:
Rangsangan drp persekitaran.

Rangsangan yg sesuai dipilih oleh


organ deria.

Rangsangan dibawa ke otak utk


diberi makna dan diterima
(pemikiran dan penerimaan).
sambungan……

Pembentukan pengalaman atau


pengetahuan dalam ingatan.

Mengamalkan pengalaman atau


pengetahuan dalam satu situasi
yg sesuai dan sepadan.

Perubahan tingkah laku


(pembelajaran).
3.1.3 Jenis Pembelajaran

(a) Pembelajaran formal

(b) Pembelajaran informal

(c) Pembelajaran nonformal


(a) Pembelajaran Formal

Pembelajaran formal adalah


pendidikan yg diterima secara
langsung drp institusi –institusi
tertentu spt sekolah, maktab
atau universiti.
Ciri-ciri pembelajaran formal:

Diterima secara langsung dan


dikendalikan oleh sesuatu institusi
bertauliah dan dilembagakan.

Berasaskan sukatan pelajaran


atau kurikulum yg telah digubal
oleh Kementerian Pelajaran dan
dilembagakan.
sambungan……

Diwajibkan kpd semua kanak-


kanak biasa di negara ini drp
umur 7 tahun hingga 13 tahun.

Biasanya dilaksanakan dlm


bangunan yg siap prasarananya
spt bilik darjah, kerusi, meja dll.

Dilaksanakan oleh guru-guru


terlatih dan bertauliah.
sambungan…..

Melibatkan penilaian pada tiap-


tiap tahap yg dilalui dlm bentuk
formatif, sumatif dan peperiksaan
awam.

Menekankan pendidikan bidang


kognitif (intelek), emosi (afektif),
rohani dan jasmani (psikomotor).
(b) Pembelajaran Informal

Pembelajaran informal (tidak


formal) merupakan perlakuan
pelajar yg terlaksana secara tidak
langsung atau secara tidak sedar.
sambungan…..

Pelajar mendapat pengetahuan


drp didikan dan asuhan ibu bapa
di rumah, pergaulan dgn rakan-
rakan, menghadiri seminar,
menonton televisyen, mendengar
radio dll.
Ciri-ciri pembelajaran informal:

Diterima secara tidak langsung


tanpa berasaskan sebarang
sukatan pelajaran.

Diserap secara tidak sedar dari


persekitaran melalui pemerhatian,
perbualan dan pengalaman.
sambungan…..

Merupakan proses pembelajaran


yg berterusan dan berlaku
sepanjang hayat.

Berlaku setiap masa tanpa


melibatkan tempat tertentu.
sambungan……

Semua pengetahuan dan


kemahiran didapati dan dikuasai
melalui pengalaman yg diperolehi
secara tidak langsung.

Tidak menetapkan isi pelajaran


atau bahan pelajaran yg perlu
dikuasai.
sambungan……

Pembelajaran tidak memerlukan


guru terlatih atau pakar.

Tidak melibatkan sebarang


penilaian dan pelajar tidak diberi
sijil yg diiktiraf.
(c) Pembelajaran Nonformal

Pembelajaran nonformal adalah


bentuk pembelajaran yg berlaku
secara sampingan dan bertujuan
menambah dan melengkapkan
pembelajaran formal.
sambungan…..

Biasanya pembelajaran nonformal


memerlukan perancangan secara
teliti dan pengendalian yg
dilakukan oleh pendidik dan
pakar-pakar tertentu.
Ciri-ciri pembelajaran nonformal:
Diadakan apabila wujud
keperluan utk mempertingkatkan
kepakaran pelajar dlm bidang
tertentu.

Sesebuah institusi mengadakan


kursus-kursus pendek, ceramah,
forum, bengkel dsb utk tujuan
tersebut.
sambungan……

Kursus mungkin melibatkan


beberapa jam dlm sehari atau
beberapa hari.

Biasanya bayaran minimum


dikenakan kpd pelajar utk
bayaran saguhati kpd
penceramah dan perbelanjaan
makan dan minum.
sambungan……

Kursus biasanya diadakan di


tempat formal spt di dewan
sekolah, di bilik darjah, di pusat
latihan dll.

Kandungan kursus pembelajaran


nonformal biasanya lebih
mendalam dan berkaitan dengan
kandungan pembelajaran formal.
3.1.4 Prinsip Pembelajaran
Merujuk kpd dasar yg
menerangkan cara
pembelajaran boleh berlaku
secara berkesan seperti:
(b) Kesediaan (d) Motivasi
Pembelajaran (e) Objektif
(b) Pengalaman Pembelajaran
(c) Unsur Jenaka (f) Menyusun
Pengajaran
(a) Kesediaan Pembelajaran
Mempunyai kesediaan fizikal,
mental dan emosi sebelum
belajar.
Pembelajaran berkesan
berasaskan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada.
Pelajar memberi perhatian
sebelum guru memulakan
pengajaran.
(b) Pengalaman

Konsep konstruktivisma
menggalakkan murid “belajar
melalui membuat” (learning by
doing).
Galakkan murid mengguna
seberapa banyak organ deria
untuk pembelajaran berkesan.
(c) Unsur Jenaka
Berjenaka supaya suasana
pembelajaran menjadi lebih
seronok.

(d) Motivasi
Menarik dan mengekalkan
perhatian pelajar disepanjang
pengajaran melalui peneguhan
positif dan peneguhan negatif.
(e) Objektif Pembelajaran

Pelajar diberitahu objektif


pembelajaran supaya mereka
bekerjasama dengan guru utk
mencapai objektif tersebut.
(f) Menyusun Pengajaran
Guru perlu menyusun
pengajaran dan penerangannya
dengan cara;
(i) drp yg diketahui kpd yg tidak
diketahui.
(ii) drp senang kpd susah.
(iii) drp dekat kpd jauh.
(iv) drp konkrit kpd abstrak.
3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
PEMBELAJARAN
Ingatan dan Lupaan
Persepsi dan Penanggapan
Kesediaan Pembelajaran
Pemindahan Pembelajaran
Gaya Kognitif
Kemahiran Berfikir
Kecerdasan
3.2.1 Persepsi dan Penanggapan
Persepsi bermaksud seseorang
membuat interpretasi atau
memberi makna kpd ransangan yg
diterima oleh derianya (Slavin,
1997).
Seterusnya individu membuat
penanggapan iaitu membentuk
konsep drp maklumat yg dirasakan
penting.
Ahli psikologi gestalt berpendapat
dlm persepsi, manusia cenderung
mempersepsi sesuatu secara
keseluruhan drp bahagian-
bahagian yg menjadi
keseluruhan. (whole units rather
than pieces of sensation, that the
whole of a sensation is more than
its parts).
Ahli-ahli psikologi gestalt
mengemukakan enam prinsip
pengamatan (persepsi) dikenali
sebagi Hukum Pragnanz spt
berikut:
(a) Prinsip Kedekatan
(b) Prinsip Bentuk dan Latar
(c) Prinsip Kesamaan
(d) Prinsip Simetri
(e) Prinsip Lengkapan
(f) Prinsip Terangkum
(a) Prinsip Kedekatan
Ransangan-ransangan yg terletak
dekat antara satu sama lain akan
terkumpul bersama dalam bidang
pengamatan kita.
(b) Prinsip Bentuk dan Latar.

Bidang pengamatan individu


terbahagi kpd dua komponen iaitu
bentuk dan latar.

Apabila sesuatu objek menjadi


bentuk atau fokus pemerhatian
kita, yg lain akan menjadi latar.
(c) Prinsip Kesamaan
Pengamatam manusia cenderung
utk mengumpulkan ransangan yg
sama dalam satu kumpulan.

(d) Prinsip Simetri


Dalam pengamatan kita lebih
mudah mengingati bentuk yg
simetri (sama ukuran) drp bentuk
yg tidak simetri.
(e) Prinsip Lengkapan
Individu cenderung utk
melengkapkan sesuatu yg tidak
lengkap dalam pengamatan
mereka.

(f) Prinsip Terangkum


Individu cenderung melihat
bentuk yg lebih besar walaupun
ada bentuk kecil di dalamnya.
Selepas persepsi, pelajar akan
membuat penanggapan.

Penanggapan ialah proses


membentuk konsep.

Menurut Bruner, utk membentuk


konsep yg baik pelajar perlu tahu
ciri-ciri konsep.
Bruner mengemukakan tiga jenis
konsep yg relevan dengan
pembentukan konsep iaitu:
(i) konjuntif---dua atribut yg
tergabung, cth: buku tebal
(ii) disjunktif---dua atribut ditambah
satu lagi cth: buku tebal dan mahal
(iii) hubungan---ciri konsep yg
mempunyai hubungan cth: hari
hujan dan sejuk
Faktor-faktor yang
mempengaruhi penanggapan:
(a) Pengalaman
(b) Imaginasi
(c) Kecerdasan
(d) Penguasaan Bahasa
(e) Contoh-contoh
(a) Pengalaman
Pengalaman membantu
seseorang membentuk konsep.

(b) Imaginasi
Imaginasi ialah kebolehan mental
seseorang utk membayangkan
sesuatu walaupun objek tidak ada
di hadapan matanya.
(c) Kecerdasan
Kecerdasan merujuk kpd kebolehan
mental utk mengubah (shaping)
persekitarannya supaya memenuhi
keperluannya (Piaget, 1950).

Melibatkan pemikiran peringkat


tinggi spt menganalisis, mensintesis
pengalaman lama dengan baru,
membuat penilaian dsb.
(d) Penggunaan Bahasa
Pembentukan konsep
memerlukan perbendaharaan
kata dan pengungkapan ayat.

(e) Contoh-contoh
Utk membolehkan pembentukan
konsep yg baik, perlu mengetahui
segala ciri konsep drp contoh yg
banyak.
(Kamarudin, 1993: 73-76)
3.2.2 Ingatan dan Lupaan

(a) Ingatan
Ingatan bermaksud maklumat yg
dapat disimpan dlm ingatan
jangka panjang dan boleh
dikeluarkan semula apabila
dikehendaki.
Proses yg terlibat dlm membentuk
ingatan ialah:
(i) pengkodan (encoding),
(ii) penyimpanan (storage) dan
(iii) pengeluaran (retrieval)
(Melton, 1963 dalam lll, ms
262).
(b) Lupaan
Lupaan bermaksud kegagalan
mengingat sesuatu fakta yg
pernah diketahui sebelum ini.
Mungkin kerana maklumat dlm
ingatan jangka pendek hilang
sebelum sempat diproses dan
disimpan dlm ingatan jangka
panjang, atau gagal utk
memanggil (recall) dari ingatan
jangka panjang (Slavin, 1997).
Faktor-Faktor Yang Menyebabkan
Lupaan:
Keusangan (decay)
Gangguan (interference)
Tekanan (suppress)
Kebimbangan (anxiety)
Minat
Perubahan alam sekitar
Masa yang tidak mencukupi
Maklumat yang tidak lengkap
Cara Meningkatkan Ingatan Pelajar
(i) Bahan pembelajaran bermakna

dan berkaitan dengan


kehidupan pelajar.
(ii) Memeringkatkan isi
pembelajaran.
(iii)Menggunakan mnemonik dan
ayat.
(iv)Menggunakan pelbagai alat
sambungan…..
(i) Membimbing pelajar cara
belajar yg betul.
(iii) Membuat latih tubi atau hafalan.
(vii) Menyusun topik-topik supaya
berkaitan.
(viii)Melakukan atau mempraktis
sesuatu yg dipelajari akan
meningkatkan ingatan (Cohen,
1989).
(ix) Pengumpulan (chunking).
3.2.3 Kesediaan Pembelajaran

Menurut Piaget, kesediaan


pembelajaran ialah “the level of
mental development necessary to
benefit from experiences.”
Kanak-kanak tidak akan dapat
memahami sesuatu konsep, jika
tahap pemikirannya belum
sampai ke tahap itu.
sambungan……
Kanak-kanak perlu mempunyai
kesediaan mental, fizikal
(psikomotor), afektif (emosi dan
sikap) sebelum berupaya
menghasilkan pembelajaran yg
berkesan.
Piaget mengemukakan teori
perkembangan kognitif untuk
panduan dalam merancang
objektif dan aktiviti pembelajaran.
sambungan…..

Piaget membahagikan tahap


perkembangan kognitif kepada empat
peringkat:
(a) Peringkat deria motor: 0-2 tahun
(b) Peringkat praoperasi: 2-7 tahun
(c) Peringkat operasi konkrit:7-11
tahun
(d) Peringkat operasi formal:12 tahun
(a) Peringkat Deria Motor

Pada peringkat ini (lahir hingga 2


tahun), bayi mengkordinasi
maklumat deria dgn kebolehan
motor utk membentuk skema
tingkah laku yg membolehkan
mereka “bertindak” dan
“mengetahui” persekitarannya.
sambungan……

Kanak-kanak membuat pelbagai


aksi kpd objek di sekitarnya spt
memegang, memicit,
menendang, menumbuk,
memasukkan kedlm mulut dsb,
semasa meneroka
persekitarannya dan membina
struktur kognitif.
sambungan……
Kanak-kanak pada peringkat
deria motor juga berkebolehan
membuat imitasi (imitation) dan
memahami konsep pengekalan
objek (object permanence).

Imitasi: Menurut Piaget kanak-


kanak (18-24 bulan) boleh
melakukan imitasi terhadap
tingkah laku yg dilihatnya.
sambungan…..

Pengekalan objek: Menurut


Piaget kanak-kanak (8-12 bulan)
menyedari bahawa objek atau
peristiwa tidak hilang, walaupun
tidak dapat dikesan oleh semua
alat derianya.
(b) Peringkat Praoperasi

Pada peringkat ini (2-7 tahun),


berlaku perkembangan drastik
dlm penggunaan simbol mental
(perkataan dan imej) utk
menyatakan objek, orang dan
peristiwa yg dialami oleh kanak-
kanak.
sambungan……

Piaget membahagikan peringkat


ini kpd dua bahagian iaitu:
(i) Peringkat pemikiran prakonsep
(preconcept thinking)

(ii) Peringkat pemikiran intuitif


(intuitive thinking)
(i) Peringkat pemikiran prakonsep
(2-4 tahun).
Bermula dengan kebolehan
fungsi simbolik, iaitu satu
perkataan utk satu objek.
Boleh tonjolkan permainan
bayangan (pretend play).
Bersifat egosentrik iaitu melihat
dunia hanya dari perspektif
dirinya.
(ii) Peringkat pemikiran intuitif
(4- 7 tahun).
Pemahaman mengenai objek
bergantung kpd ciri utama yg
nampak nyata (salient
perceptual feature) iaitu bukan
drp proses pemikiran logik atau
rasional.
(c) Peringkat Operasi Konkrit
Pada peringkat ini (7-11 tahun),
kanak-kanak mengalami
perkembangan pesat dlm proses
operasi kognitif, iaitu aktiviti
mental dalaman yg membolehkan
kanak-kanak mengubah suai dan
menyusun semula imej dan
simbol dalam membuat rumusan
atau keputusan yg logik.
sambungan……

Pada peringkat operasi konkrit


kanak-kanak mula beransur
memahami konsep pengekalan,
terutamanya isipadu dan berat,
mengklasifikasi dan
mengkategori, juga berupaya
membuat perkaitan logik
(relational logic).
Kanak-kanak peringkat operasi
konkrit dapat menguasai konsep:

(i) Proses kebalikan (reversibility)


-berupaya berfikir tentang bentuk
asal sesuatu objek. Cth.
Sekiranya
pinggan pecah, dia boleh ingat
semula bentuk pinggan yg asal.
sambungan……
(ii) Pengekalan isipadu
(conservation of volume)
-berupaya berfikir yg isipadu
tidak berubah, walaupun saiz
bekas berbeza.
(iii) Percampahan (decentration)
-boleh berfikir tentang beberapa
dimensi masalah dan perkaitan
antaranya secara serentak. Cth.
Tinggi bekas dan isipadunya.
sambungan……

(iv) Perkaitan logik kuantitatif


(quantitative logical relationship)
-berupaya berfikir secara logik
apabila diberi syarat berbentuk
kuantitatif. Cth. Berbaris
mengikut ketinggian, dari tinggi
ke rendah.
sambungan…..

(v) Klasifikasi(classification)
-berupaya berfikir utk
mengkelaskan objek. Cth.
Mengkelaskan rajah mengikut
bentuk dan warna.
(d) Peringkat Operasi Formal
Pada peringkat operasi formal (12
tahun ke atas), kanak-kanak
boleh melakukan proses mental
ke atas idea, fakta atau andaian
(propositions).
Boleh memikir tentang proses
hipotetikal dan peristiwa secara
logik, walaupun asasnya bukan
realiti.
sambungan…..

Ciri pemikiran penting kanak-


kanak pada peringkat operasi
formal ialah mereka berkebolehan
dalam:
(i) penaakulan deduktif hipotetikal
dan
(ii) berfikiran seperti saintis.
(i) Penaakulan deduktif hipotetikal

Penaakulan deduktif bermaksud


pemikiran drp yg am kpd yg
khusus.
Berkebolehan membina hipotesis
atau memikirkan alternatif baru
utk menyelesaikan masalah.
(ii) Berfikir seperti saintis
Kanak-kanak pada peringkat
operasi formal juga berfikiran
induktif, iaitu berfikir drp aspek
khusus kpd generalisasi yg luas.
Pemikiran induktif ini sering
dilakukan oleh saintis di mana
mereka membina hipotesis dan
mengujinya secara sistematik
melalui eksperimen.
3.2.4 Pemindahan Pembelajaran
Pembelajaran yang terhasil drp
sesuatu situasi dapat digunakan
dlm situasi yg lain.
Boleh berlaku secara:
-positif iaitu pembelajaran dlm
situasi A dapat membantu
pembelajaran dlm situasi B
-negatif iaitu pembelajaran dlm
situasi A mengganggu
pembelajaran dlm situasi B
Syarat untuk pemindahan
pembelajaran positif:
Kefahaman- faham ttg konsep yg
telah dipelajari sebelum boleh
menggunakannya dlm situasi
baru
Kesamaan- dua situasi yg
hendak diaplikasikan konsep
perlu ada kesamaan
Kemahiran- menguasai
kemahiran sebelum
sambungan…..
Motif- berkeinginan atau bermotif
utk memindahkan konsep atau
kemahiran kpd situasi baru.
Celik akal- telah celik akal dlm
konsep, prinsip atau kemahiran
dlm sesuatu situasi utk
memindahkan pembelajaran kpd
situasi lain.
3.2.5 Gaya Kognitif
Woolfolk(1998)
Gaya kognitif ialah cara individu
mempersepsi dan menyusun
maklumat mengenai
persekitarannya.

Gaya pembelajaran ialah


pendekatan individu kpd cara
belajar.
Gaya Kognitif

Borich dan Tombari(1997)


mengaitkan gaya pembelajaran
dgn gaya kognitif.

Gaya kognitif ialah cara individu


memproses dan berfikir mengenai
perkara yg dipelajarinya.
Contoh-contoh gaya kognitif:
(a) Gaya bebas medan (field
independence)
dan lawannya
Gaya bersandar medan (field
dependence)

(b) Gaya impulsif (impulsive)


dan lawannya
Gaya reflektif (reflective)
(a) Gaya Bebas Medan Dan
Bersandar Medan

Konsep gaya kognitif bebas


medan dan bersandar medan
diperkenalkan oleh Herman
Witkin dan Goodenough(1977).
sambungan…..
Ujian mencari bentuk geometri
dlm gambar rajah dlm jangka
masa yg ditetapkan.

Embedded Figures Test -Ujian utk


individu.

Group Embedded Figures Test


-Ujian utk kumpulan.
Ciri Pelajar Gaya Bebas Medan Dan
Bersandar Medan
Bebas Medan Bersandar Medan
Mengamati konsep Mengamati konsep
secara analitikal dan secara global
melihat komponen
konsep
Fokus kpd fakta dan Menghubung konsep
prinsip kpd pengalaman
individu (personalized
concept)
Suka berinteraksi secara Suka berinteraksi secara
formal dgn guru informal dgn guru
Bebas Medan Bersandar Medan
Suka bertanding dan Suka bekerjasama dan
kerja bersendirian suka kerja berkumpulan

Suka menyusun sendiri Suka maklumat yg telah


maklumat disusun guru

Suka mata pelajaran Suka mata pelajaran


Sains dan Matematik Sejarah dan Sastera

Matlamat pembelajaran Matlamat pembelajaran


drp punca dalaman drp punca luaran (ibu
bapa atau guru)
Bebas Medan Bersandar Medan
Suka merancang sendiri Suka pembelajaran
cara pembelajaran terancang dan
berstruktur

Keyakinan tinggi dlm Kurang keyakinan dlm


membuat tugasan membuat tugasan
bersendirian bersendirian

Motivasi berlokus Motivasi berlokus


kawalan dalaman kawalan luaran
Strategi Pengajaran Pelajar Bebas Dan
Bersandar Medan
Bebas Medan Bersandar Medan
Guru perlu formal dlm Pelajar perlukan
interaksi dgn pelajar. pendekatan mesra dlm
Guru dianggap orang yg interaksi, menyediakan
berpengalaman dan pengalaman fizikal dan
pakar dlm bidangnya lisan. Guru merupakan
pakar rujuk
Perlukan motivasi bukan Perlukan motivasi sosial
sosial (spt gred, bintang, yg konkrit (spt hadiah
pelajar terbaik) atau pujian)
Bebas Medan Bersandar Medan
Gunakan strategi Gunakan strategi
pembelajaran individu pembelajaran
(spt pembelajaran berkumpulan spt
berasaskan web, pembelajaran koperatif
pembelajaran arah
kendiri atau
pembelajaran masteri)
Suka maklum balas Minimumkan maklum
berbentuk pembetulan balas berbentuk
pembetulan
Bebas Medan Bersandar Medan
Pelajar suka buat projek Benarkan interaksi guru-
secara bebas murid semasa
pengajaran
pembelajaran

Benarkan pelajar Rancangkan


menstrukturkan projek, pengajaran, projek atau
nota dan latihan. latihan yg berstruktur

Peranan guru adalah Peranan guru adalah


sebagai konsultan, sebagai pengajar,
pendengar dan fasilitator penunjuk cara dan
pemberi markah
(b) Gaya Kognitif Impulsif dan
Reflektif
Menurut Slavin(1997),
• Gaya impulsif merujuk kpd gaya
kognitif seseorang yg:
-gemar memberi respons secara
cepat.
-biasanya tidak menitikberatkan
ketepatan.
sambungan……

Gaya reflektif merujuk kpd gaya


kognitif seseorang yg:
-sentiasa menganalisis diri dan
pemikiran sendiri.
Ciri-ciri Pelajar Impulsif
Membuat kerja dgn cepat tetapi
membuat banyak kesilapan.

Belajar ikut gerak hati (mood).

Kajian menunjukkan mereka


menjadi lebih reflektif apabila
umur meningkat (Borich &
Tombari, 1997).
Strategi Pengajaran Pelajar
Impulsif:

Perlu diperkenalkan dgn


pengajaran kendiri (self
instruction).
Guru perlu bimbing pelajar
merancang cara membuat latihan
dan menyemak sendiri jawapan.
sambungan……

Jika terdapat kesilapan, dia


dikehendaki membuat
pembetulan sendiri.
Bandingkan hasil kerjanya dgn
hasil kerja pelajar lain yg dibuat
dgn lebih baik dan teliti supaya
dia menyedari kesilapannya.
Ciri-Ciri Pelajar Reflektif:
Lambat menyiapkan sesuatu
tugasan yg diberi tetapi membuat
kurang kesilapan.
Lebih mementingkan ketepatan
jawapan atau kesempurnaan
tugasan drp menepati masa yg
ditetapkan.
Lambat menyiapkan tugasan
kerana perasaan kurang yakin diri
Strategi Pengajaran Pelajar
Reflektif:
Guru harus dedahkan maklumat
yg tepat dan terperinci tentang
tajuk pelajaran untuk elakkan
pelajar membuang masa mencari
jawapan yg tepat kpd soalan
latihan.
Pelajar perlu diberi kemudahan
buku, majalah, pita video dll.
Kajian Lepas:
Sekiranya guru dan pelajar
mempunyai gaya kognitif yg sama,
pencapaian akademik pelajar adalah
lebih baik (Saracho & Spodek).
Guru perlu tahu gaya kognitif pelajar
dan cuba merancang pengajaran dan
bahan bantu mengajar yg dapat
memenuhi kehendak gaya kognitif
pelajar (Ramlah & Mahani, 2002: 85)
3.2.6 Kemahiran Berfikir
(a) Kemahiran Berfikir Kritikal
- kecekapan dan keupayaan
menggunakan minda utk
menilai kemunasabahan dan
kewajaran sesuatu
idea atau pendapat.
sambungan…..

Contoh proses berfikir kritikal:


- membanding dan membeza
- membuat andaian
- membuat inferens
- membuat urutan
- membuat perkaitan
(b) Kemahiran Berfikir Kreatif Dan
Kreativiti
Kreativiti ialah:
“ Aktiviti keseluruhan otak yg melibatkan
minda secara sedar (conscious mind) dan
minda secara terpendam (subconscious
mind) utk mencabar andaian, mengenal
pola, melihat dgn cara yg baru, melihat
hubungan, mengambil risiko dan merebut
peluang atau kemungkinan”.
(Ned Herrmann dlm Abdul Fatah
Hasan,1998)
• Kreativiti ialah:
“Pemikiran yg imaginatif, baru
dan asli dlm menyelesai masalah

atau menghasil produk baru”


(Woolfolk, 1998).

Kesimpulannya kreativiti ialah


keupayaan utk menghasilkan
atau merekacipta sesuatu objek
Ciri-ciri kreativiti (Abdul Fatah
Hasan,1998):

Suatu proses utk mencari dan


meneroka berbagai alternatif.
Kemahiran, bakat dan teknik yg
dikelolakan utk sesuatu tujuan
tertentu.
sambungan…..

Melibatkan usaha utk meneroka


sesuatu yg baru dan bernilai yg
belum pernah difikirkan oleh
orang lain sebelumnya.
Kemahiran yg dipelajari sama spt
kemahiran berenang, bermain
badminton dll.
(c) Metakognisi
Metakognisi adalah aktiviti mental
yg di gunakan utk memantau,
mengawal dan merancang utk
penyelesaian masalah,
kefahaman, ingatan dan proses
kognitif yg lain (Campione dan
Brown,1977).
sambungan…..

Metakognisi adalah cara individu


mengguna strategi kognitif utk
mencari dan mengumpul
maklumat dan tahu bila dan di
mana menggunakan strategi
kognitif tersebut (Borich dan
Tombari 1999).
sambungan…..

Metakognisi juga dikenali sebagai


berfikir tentang berfikir
(thinking about thinking).
Kita mengurus apa yg perlu
difikirkan oleh minda.
Tiga jenis pengetahuan metakognitif
menurut Flavel (dalam Henson,
1999):
Pengetahuan personal
Pengetahuan tentang kekuatan
dan kelemahan diri.
Cth: Seseorang tahu dia lebih
suka membaca pelajaran pada
waktu pagi drp waktu malam.
sambungan……

Pengetahuan tugas
Pengetahuan tentang variasi cara
sendiri dalam melaksanakan
tugas.
Cth: Cara menyelesaikan masalah
matematik berlainan drp cara
membuat karangan.
sambungan…..

Pengetahuan strategi
Pengetahuan tentang strategi
tertentu yg lebih berkesan drp
strategi lain dlm menyelesaikan
sesuatu masalah.
Contoh soalan:
Anda diberikan dua helai daun hidup.
Bandingkan dan bezakan antara kedua-
duanya.
Soalan Metakognisi Soalan Kognisi
Apakah langkah yg anda Senaraikan ciri
fikirkan sesuai utk persamaan dan
mencari persamaan dan perbezaan antara daun
perbezaan antara daun A dan daun B.
A dan daun B?
Bagaimanakah anda Bandingkan corak
membezakan daun A umum urat daun A dan
dan daun B? daun B.
Sambungan…
Soalan Metakognisi Soalan Kognisi

Mengapakah anda Daun manakah yg lebih:


menggunakan kaedah ii) lebar?
itu? iii) panjang?

Adakah anda berpuas


hati dengan keputusan
yg anda perolehi?
3.2.7 Kecerdasan

(a) Definisi Kecerdasan


Definisi oleh Piaget(1950),
Kecerdasan adalah kebolehan
individu berfikir atau menaakul
dalam usahanya menyesuaikan
diri dengan persekitaran.
sambungan…..

Definisi oleh Kalat(1999),


Kecerdasan adalah gabungan
antara kebolehan umum dan
kemahiran praktis.
sambungan……

Definisi oleh Weschler(1975),


Kecerdasan ialah kebolehan
seseorang individu memahami
alam sekitarnya, dirinya dan
kepakaran yang dimilikinya untuk
membantunya menghadapi
cabaran hidup.
Teori Pelbagai Kecerdasan
Gardner:
Menurut Gardner(1983),
Kecerdasan melibatkan
kebolehan seseorang untuk
menyelesaikan masalah atau
mencipta sesuatu hasil kerja
dalam konteks budayanya(seperti
menggubah lagu, mencipta puisi
atau koreograf tarian).
9 jenis kecerdasan dalam Teori
Pelbagai Kecerdasan Gardner
Kecerdasan logik-matematik
Kecerdasan bahasa-linguistik
Kecerdasan muzikal
Kecerdasan visual-ruang-spatial
Kecerdasan kinestetik-badan
Kecerdasan interpersonal
Kecerdasan intrapersonal
Kecerdasan naturalis
Kecerdasan eksistensial
TEORI PELBAGAI
KECERDASAN GARDNER
OLEH

HOWARD GARDNER
PENGENALAN
Diperkenalkan oleh Dr.
Howard Gardner.
Dilahirkan di Seranton
pada 1943.
Berketurunan Jerman.
Pengarang 18 buah buku
dan ratusan artikel.
Cth:The Discipline Mind;
what all students should
understand (1999).
Konsep Kecerdasan
Gardner(1983):
Kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk
menyelesaikan masalah atau mencipta sesesuatu
hasil kerja dalam konteks budayanya (spt
menggubah lagu, mencipta puisi atau koreograf
tarian)

Gardner menentang ujian IQ untuk mengenal pasti


kecerdasan
Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah
Individu menggunakan beberapa set proses kognitif
untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan
produk.
Tanggapan mengenai Teori
Kecerdasan
1) Tanggapan Salah
- Kecerdasan adalah tetap.
- Setiap individu hanya mempunyai satu
jenis
kecerdasan sahaja.
2) Fakta Sebenar
- Kecerdasan boleh dipelajari dan
sentiasa
berubah.
- Sekurang-kurangnya, individu
mempunyai 9 jenis kecerdasan.
Prinsip-prinsip Teori Pelbagai
Kecerdasan Gardner

- Terdapat pelbagai kecerdasan dalam diri


setiap
individu.
- Mempunyai campuran kecerdasan yg unik
dan
berubah.
- Kecerdasan setiap individu adalah
berbeza.
- Kecerdasan bersifat dinamik.
- Latar belakang peribadi adalah penting
dalam
membentuk pengetahuan, kepercayaan dan
CIRI-CIRI KECERDASAN
KECERDASAN CERDAS DLM PEKERJAAN

1) Bahasa- Tulis karangan, puisi, Penulis, penceramah.


Linguistik pantun dll.

2) Logik- Menaakul, kiraan, Saintis, jurutera dll.


Matematik membuat analisis.

3) Ruang/Spatial Mencorak, melukis Pelukis dll.

4) Muzik Cipta lagu, menyanyi dll Penyanyi, pencipta


lagu dll

5) Kinestetik- Tarian, sukan dll Atlet, penari dll


badan
6) Interpersonal Perhubungan manusia Guru, ahli politik,
peniaga
CIRI-CIRI KECERDASAN(sambungan)

7) Intrapersonal Nilai murni, falsafah. penyajak, ahli


falsafah.

8) Naturalis Minat kepada alam Doktor haiwan,


semula jadi. saintis dll.
9) Eksistensial Minat tentang hayat, Guru-guru agama.
evolusi manusia &
kematian.
9 jenis kecerdasan dalam Teori
Pelbagai Kecerdasan Gardner:
i. Kecerdasan logik-matematik
ii. Kecerdasan bahasa-linguistik
iii. Kecerdasan muzik
iv. Kecerdasan visual-ruang-spatial
v. Kecerdasan kinestetik-badan
vi. Kecerdasan interpersonal
vii. Kecerdasan intrapersonal
viii.Kecerdasan naturalis
ix. Kecerdasan eksistensial
i. KECERDASAN LOGIK-
MATEMATIK
- Mahir memanipulasi nombor dan pengiraan.
- Mampu menyatakan sesuatu secara deduktif
atau induktif.
- Mampu menggunakan corak-corak abstrak dan
perhubungannya.
- Menganalisis komponen masalah sebelum
menyelesaikannya secara sistematik

- Contoh tokoh: Albert Einstein,Madam Curie dan


Barbara MacIntoch.
Ciri-ciri pelajar logik-matematik:
- dapat selesaikan masalah
matematik
dengan cepat.
- suka menggunakan komputer.
- suka permainan yg memerlukan
strategi
- memberi sebab kepada sesuatu
peristiwa secara logik
- melakukan eksperimen kepada
perkara-
ii. KECERDASAN BAHASA-
LINGUISTIK
- Merangkumi pembacaan, penulisan dan
-

perbualan dalam bahasa sendiri atau


bahasa asing.
- Mempunyai kebolehan berpuisi, bercerita
dan mudah mempelajari bahasa lain,
termasuk bahasa isyarat.

Contoh tokoh:
Usman Awang, Shahnon Ahmad, Robert
Conrad dan Pearl S.Buck.
Ciri-ciri pelajar bahasa-
linguistik:
- suka menulis dan bercerita
- mengeja perkataan dengan
mudah dan
tepat
- mempunyai ingatan yg baik bagi
nama
tempat, tarikh atau lirik.
- suka membaca buku
- suka pada permainan bahasa.
iii. KECERDASAN MUZIK
- Kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi
serta bertindak balas kepada elemen-
elmen yg melibatkan perasaan.
- Komposer dan pemuzik
- Suka mendengar kicauan burung
- Menghargai irama
Contoh tokoh:
P. Ramlee, Yehudi Menuhin, Mozart dan
Elvis Presley.
Ciri-ciri pelajar muzik:
- boleh bermain alat muzik.
- mudah mengingati melodi lagu
- boleh kenal pasti note muzik.
- perlu muzik apabila belajar.
- punya koleksi kaset CD lagu
- suka menyanyi untuk diri
sendiri.
iv. KECERDASAN VISUAL-
RUANG-
SPATIAL
- Mempunyai keupayaan untuk menghasilkan
ruang
pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej
mental
- Diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan
dan
kejuruteraan
- Suka melihat geraf, carta dan gambar apabila
membaca
buku teks
- Membuat peta minda
- Memenuhi ruang kosong pada kertas dengan
corak
- Boleh menawan atau meneroka lautan luas,
v. KECERDASAN KINESTETIK-
BADAN
- Melibatkan penggunaan tubuh untuk
menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu
serta menyatakan idea dan perasaan.
- Olahragawan, pakar bedah, penari, gimnastik
dan orang yg menghasilkan kraftangan yg
bermutu tinggi
Contoh Tokoh:
Babe Ruth, Tiger Woods, Nurulhuda Abdullah
dan Faiznur Miskin
Ciri-ciri pelajar kinestetik-badan:
- Menyukai aktiviti sukan
- Tidak boleh duduk diam di atas kerusi
- Menyukai aktiviti-aktiviti yg mencabar
- Menyentuh orang bila bercakap
- Boleh demonstrasi kemahirann dalam
bidang kraftangan, pertukangan kayu atau
menjahit
- Bijak meniru mimik muka atau tingkah
laku orang lain
- Terlibat dalam aktiviti fizikal seperti
berenang, menunggang motosikal atau
berkasut roda.
vi. KECERDASAN
INTERPERSONAL
- Keupayaan memahami niat orang lain
- Pendorong orang lain untuk bekerja
- Pemimpin yg dapat bekerja dan
berhubung secara berkesan dengan
pekerjanya
- Membantu ibu bapa, guru, ahli politik,
pakar jiwa dan juru jual dalam
menjalankan tugas mereka
Contoh tokoh:
Anne Sullivan iaitu guru kepada Helen
Keller yg buta, pekak dan bisu
Ciri-ciri pelajar interpersonal:
- Mempunyai ramai kawan
- Boleh berempati dan memahami
perasaan orang lain
- Menyukai permainan berkumpulan
dengan rakan-rakan
- Menyertai aktiviti kumpulan selepas waktu
sekolah
- Bijak bersosialisasi sama ada di sekolah
atau dalam masyarakat
vii. KECERDASAN
INTRAPERSONAL
- Mempunyai pengetahuan tentang diri
sendiri yang melibatkan perasaan, niat
dan matlamat hidup
- Sukar dinilai

Contoh tokoh:
Sigmund Freud dan Ebbinghaus
Ciri-ciri pelajar intrapersonal:
Mempamerkan kebolehan untuk berdikari
Memberi reaksi dengan pendapat bernas
kepada sesuatu tajuk yg kontroversi
Mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi
Mahu menjalani hidup dalam suasana
privacy
Suka bersendirian dalam mengejar
matlamat, hobi atau projek.
iix. KECERDASAN NATURALIS
- Dimiliki oleh mereka yg menyintai alam

semulajadi.
- Mudah mengenal dan mengingati nama

tumbuh-tumbuhan dan haiwan


- Gemar meneroka hutan, atau
memelihara binatang
- Cenderung bekerja sebagai pengawal
hutan atau di jabatan perhutanan,
pekerja zoo, doktor haiwan dan para
Ciri-ciri pelajar naturalis:
- Suka kumpul spesis rama-rama
yg dikeringkan atau kulit siput
- Boleh kenal pasti nama tumbuhan dan
haiwan dengan cepat
- Suka pelihara kucing, burung, arnab dll
- Suka tanam bunga, pokok dan membuat
perhiasan menggunakan bahan dari alam
semula jadi
ix. KECERDASAN
EKSISTENSIAL
- Dimiliki oleh mereka yg mempunyai kepekaan
dan keupayaan untuk menjawab persoalan yg
berkaitan dengan kewujudan manusia dan
kematian.
- Memiliki sensitiviti yg kuat terhadap
permasalahan manusia di sekelilingnya
- Mereka yg taat kepada ajaran agama masing-
masing
Contoh tokoh:
Guru agama Islam, Imam, bilal, bomoh
tradisional, sami Buddha dan Hindu, padri dan
saintis
Ciri-ciri pelajar eksistensial:
- Berminat mengkaji hal keagamaan
- Gemar menghafal kitab-kitab agama
- Berminat mendidik kanak-kanak tentang
keagamaan
- Kerap berfikir tentang kerohanian dan
falsafah hidup
- Sensitif kepada kepercayaan ahli
masyarakat
Implikasi kepada proses p&p
Guru perlu memberi peluang kpd semua pelajar
yg berpotensi mengikut kecerdasan masing2.
Guru perlu membina semula kefahaman
pelajar2 secara aktif. Guru yg bertanggungjawab
membentuk pelajar,sesuai dgn kecerdasan yg
dimiliki.
Guru perlu merancang aktiviti yg berguna serta
relevan yg dapat bantu proses P&P.
KESIMPULAN
Teori pelbagai kecerdasan melengkapi teori
asas utk menentukan perbezaan kebolehan &
bakat pelajar.
Kecerdasan setiap pelajar tidak dapat dilihat
secara langsung atau dikira.
Pendekatan & penilaian pembelajaran dlm
perkara ini mendapati pembelajaran berlaku
secara meluas, seterusnya menyebabkan
kejayaan pelajar ketika proses pmbelajaran dlm
bilik darjah.

You might also like