UNIT 2 PEMBELAJARAN

BAB 5 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

Pengenalan
Psikologi pendidikan ialah ilmu yg mengkaji bagaimana teori-teori psikologi boleh diaplikasikan dalam bilik darjah (Borich & Tombari, 1997). Fokus utama kajian ahli psikologi pendidikan ialah proses pengajaran dan pembelajaran dlm seting pendidikan. Mereka memerhati, mengkaji dan membina teori tentang bagaimana menjadikan proses p & p lebih berkesan.

3.1 Pembelajaran
Pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku di mana seseorang yg telah mengalami proses pembelajaran akan menunjukkan tingkah laku yg berlainan drp sebelumnya, spt drp tidak boleh membaca kpd boleh membaca.

sambungan……

Masalah yg dihadapi oleh guru pada hari ini ialah bagaimana hendak mengajar pelajar supaya dapat menguasai maklumat, konsep dan kemahiran yg berguna utk mereka apabila dewasa kelak (Slavin, 1997).

3.1.1 Definisi Pembelajaran
Pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yg disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Perubahan akibat perkembangan (spt mengalami pertambahan ketinggian) bukanlah pembelajaran.

Stalling (1973) berpendapat pembelajaran berlaku berdasarkan tiga kriteria penting iaitu: Pembelajaran harus, (i) menampakkan perubahan dlm tingkah laku. (ii) melibatkan sesuatu pemikiran, dan (iii) menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan.

Pendapat Stalling selari dgn pendapat Woolfolk (1998) yg mengatakan, “…….learning occurs when experience causes a relatively permanent change in an individual’s knowledge or behavior. The change may be deliberate or unintentional, for better or for worse.”

Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah; ---pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. ---melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. ---berlaku dlm percubaan individu utk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kpd situasi baru.

Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yg melibatkan ketrampilan kognitif, iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek (Rahil Mahyuddin et al. 2000).

sambungan……

Ilmu dibina drp maklumat melalui pemikiran. Ilmu harus dibina oleh pelajar sendiri semasa mencari pemahaman tentang maklumat yg diterima.

3.1.2 Ciri dan Proses Pembelajaran Pembelajaran biasanya berlaku setelah seseorang itu terdedah kpd persekitaran. Bermula drp ransangan yg diterima melalui pancaindera.

sambungan……

Ransangan dibawa ke otak utk diberi makna dan disimpan dlm ingatan sebagai pengalaman. Apabila pengalaman digunakan semula dlm bentuk yg baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku (pembelajaran).

Proses Pembelajaran
Persekitaran

Tingkah laku

Ransangan

Ingatan

Ciri-ciri pembelajaran: Pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku yg kekal. Perubahan tingkah laku adalah akibat mendapat kefahaman drp maklumat baru, latihan, pengalaman, celik akal atau cuba jaya.

sambungan……

Berlaku secara disedari atau tidak disedari. Proses berterusan yg berlaku sepanjang hayat. Pembelajaran adalah satu proses dan berlaku selari dgn perkembangan kognitif spt yg diutarakan oleh Teori Perkembangan Kognitif Piaget.

Proses pembelajaran:
Rangsangan drp persekitaran. Rangsangan yg sesuai dipilih oleh organ deria. Rangsangan dibawa ke otak utk diberi makna dan diterima (pemikiran dan penerimaan).

sambungan……

Pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan. Mengamalkan pengalaman atau pengetahuan dalam satu situasi yg sesuai dan sepadan. Perubahan tingkah laku (pembelajaran).

3.1.3 Jenis Pembelajaran (a) Pembelajaran formal (b) Pembelajaran informal (c) Pembelajaran nonformal

(a) Pembelajaran Formal Pembelajaran formal adalah pendidikan yg diterima secara langsung drp institusi –institusi tertentu spt sekolah, maktab atau universiti.

Ciri-ciri pembelajaran formal: Diterima secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliah dan dilembagakan. Berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yg telah digubal oleh Kementerian Pelajaran dan dilembagakan.

sambungan……

Diwajibkan kpd semua kanakkanak biasa di negara ini drp umur 7 tahun hingga 13 tahun. Biasanya dilaksanakan dlm bangunan yg siap prasarananya spt bilik darjah, kerusi, meja dll. Dilaksanakan oleh guru-guru terlatih dan bertauliah.

sambungan…..

Melibatkan penilaian pada tiaptiap tahap yg dilalui dlm bentuk formatif, sumatif dan peperiksaan awam. Menekankan pendidikan bidang kognitif (intelek), emosi (afektif), rohani dan jasmani (psikomotor).

(b) Pembelajaran Informal
Pembelajaran informal (tidak formal) merupakan perlakuan pelajar yg terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar.

sambungan…..

Pelajar mendapat pengetahuan drp didikan dan asuhan ibu bapa di rumah, pergaulan dgn rakanrakan, menghadiri seminar, menonton televisyen, mendengar radio dll.

Ciri-ciri pembelajaran informal: Diterima secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran. Diserap secara tidak sedar dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman.

sambungan…..

Merupakan proses pembelajaran yg berterusan dan berlaku sepanjang hayat. Berlaku setiap masa tanpa melibatkan tempat tertentu.

sambungan……

Semua pengetahuan dan kemahiran didapati dan dikuasai melalui pengalaman yg diperolehi secara tidak langsung. Tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan pelajaran yg perlu dikuasai.

sambungan……

Pembelajaran tidak memerlukan guru terlatih atau pakar. Tidak melibatkan sebarang penilaian dan pelajar tidak diberi sijil yg diiktiraf.

(c) Pembelajaran Nonformal
Pembelajaran nonformal adalah bentuk pembelajaran yg berlaku secara sampingan dan bertujuan menambah dan melengkapkan pembelajaran formal.

sambungan…..

Biasanya pembelajaran nonformal memerlukan perancangan secara teliti dan pengendalian yg dilakukan oleh pendidik dan pakar-pakar tertentu.

Ciri-ciri pembelajaran nonformal: Diadakan apabila wujud keperluan utk mempertingkatkan kepakaran pelajar dlm bidang tertentu. Sesebuah institusi mengadakan kursus-kursus pendek, ceramah, forum, bengkel dsb utk tujuan tersebut.

sambungan……

Kursus mungkin melibatkan beberapa jam dlm sehari atau beberapa hari. Biasanya bayaran minimum dikenakan kpd pelajar utk bayaran saguhati kpd penceramah dan perbelanjaan makan dan minum.

sambungan……

Kursus biasanya diadakan di tempat formal spt di dewan sekolah, di bilik darjah, di pusat latihan dll. Kandungan kursus pembelajaran nonformal biasanya lebih mendalam dan berkaitan dengan kandungan pembelajaran formal.

3.1.4 Prinsip Pembelajaran Merujuk kpd dasar yg menerangkan cara pembelajaran boleh berlaku secara berkesan seperti: (b) Kesediaan (d) Motivasi Pembelajaran (e) Objektif (b) Pengalaman Pembelajaran (c) Unsur Jenaka (f) Menyusun Pengajaran

(a) Kesediaan Pembelajaran Mempunyai kesediaan fizikal, mental dan emosi sebelum belajar. Pembelajaran berkesan berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pelajar memberi perhatian sebelum guru memulakan pengajaran.

(b) Pengalaman Konsep konstruktivisma menggalakkan murid “belajar melalui membuat” (learning by doing). Galakkan murid mengguna seberapa banyak organ deria untuk pembelajaran berkesan.

(c) Unsur Jenaka Berjenaka supaya suasana pembelajaran menjadi lebih seronok. (d) Motivasi Menarik dan mengekalkan perhatian pelajar disepanjang pengajaran melalui peneguhan positif dan peneguhan negatif.

(e) Objektif Pembelajaran
Pelajar diberitahu objektif pembelajaran supaya mereka bekerjasama dengan guru utk mencapai objektif tersebut.

(f) Menyusun Pengajaran Guru perlu menyusun pengajaran dan penerangannya dengan cara; (i) drp yg diketahui kpd yg tidak diketahui. (ii) drp senang kpd susah. (iii) drp dekat kpd jauh. (iv) drp konkrit kpd abstrak.

3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN Ingatan dan Lupaan Persepsi dan Penanggapan Kesediaan Pembelajaran Pemindahan Pembelajaran Gaya Kognitif Kemahiran Berfikir Kecerdasan

3.2.1 Persepsi dan Penanggapan Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kpd ransangan yg diterima oleh derianya (Slavin, 1997). Seterusnya individu membuat penanggapan iaitu membentuk konsep drp maklumat yg dirasakan penting.

Ahli psikologi gestalt berpendapat dlm persepsi, manusia cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan drp bahagianbahagian yg menjadi keseluruhan. (whole units rather than pieces of sensation, that the whole of a sensation is more than its parts).

Ahli-ahli psikologi gestalt mengemukakan enam prinsip pengamatan (persepsi) dikenali sebagi Hukum Pragnanz spt berikut: (a) Prinsip Kedekatan (b) Prinsip Bentuk dan Latar (c) Prinsip Kesamaan (d) Prinsip Simetri (e) Prinsip Lengkapan (f) Prinsip Terangkum

(a) Prinsip Kedekatan Ransangan-ransangan yg terletak dekat antara satu sama lain akan terkumpul bersama dalam bidang pengamatan kita.

(b) Prinsip Bentuk dan Latar. Bidang pengamatan individu terbahagi kpd dua komponen iaitu bentuk dan latar. Apabila sesuatu objek menjadi bentuk atau fokus pemerhatian kita, yg lain akan menjadi latar.

(c) Prinsip Kesamaan
Pengamatam manusia cenderung utk mengumpulkan ransangan yg sama dalam satu kumpulan. (d) Prinsip Simetri Dalam pengamatan kita lebih mudah mengingati bentuk yg simetri (sama ukuran) drp bentuk yg tidak simetri.

(e) Prinsip Lengkapan Individu cenderung utk melengkapkan sesuatu yg tidak lengkap dalam pengamatan mereka. (f) Prinsip Terangkum Individu cenderung melihat bentuk yg lebih besar walaupun ada bentuk kecil di dalamnya.

Selepas persepsi, pelajar akan membuat penanggapan. Penanggapan ialah proses membentuk konsep. Menurut Bruner, utk membentuk konsep yg baik pelajar perlu tahu ciri-ciri konsep.

Bruner mengemukakan tiga jenis konsep yg relevan dengan pembentukan konsep iaitu: (i) konjuntif---dua atribut yg tergabung, cth: buku tebal (ii) disjunktif---dua atribut ditambah satu lagi cth: buku tebal dan mahal (iii) hubungan---ciri konsep yg mempunyai hubungan cth: hari hujan dan sejuk

Faktor-faktor yang mempengaruhi penanggapan:
(a) Pengalaman (b) Imaginasi (c) Kecerdasan (d) Penguasaan Bahasa (e) Contoh-contoh

(a) Pengalaman Pengalaman membantu seseorang membentuk konsep. (b) Imaginasi Imaginasi ialah kebolehan mental seseorang utk membayangkan sesuatu walaupun objek tidak ada di hadapan matanya.

(c) Kecerdasan Kecerdasan merujuk kpd kebolehan mental utk mengubah (shaping) persekitarannya supaya memenuhi keperluannya (Piaget, 1950). Melibatkan pemikiran peringkat tinggi spt menganalisis, mensintesis pengalaman lama dengan baru, membuat penilaian dsb.

(d) Penggunaan Bahasa Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat. (e) Contoh-contoh Utk membolehkan pembentukan konsep yg baik, perlu mengetahui segala ciri konsep drp contoh yg banyak. (Kamarudin, 1993: 73-76)

3.2.2 Ingatan dan Lupaan
(a) Ingatan

Ingatan bermaksud maklumat yg dapat disimpan dlm ingatan jangka panjang dan boleh dikeluarkan semula apabila dikehendaki.

Proses yg terlibat dlm membentuk ingatan ialah: (i) pengkodan (encoding), (ii) penyimpanan (storage) dan (iii) pengeluaran (retrieval) (Melton, 1963 dalam lll, ms 262).

(b) Lupaan Lupaan bermaksud kegagalan mengingat sesuatu fakta yg pernah diketahui sebelum ini. Mungkin kerana maklumat dlm ingatan jangka pendek hilang sebelum sempat diproses dan disimpan dlm ingatan jangka panjang, atau gagal utk memanggil (recall) dari ingatan jangka panjang (Slavin, 1997).

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Lupaan: Keusangan (decay) Gangguan (interference) Tekanan (suppress) Kebimbangan (anxiety) Minat Perubahan alam sekitar Masa yang tidak mencukupi Maklumat yang tidak lengkap

Cara Meningkatkan Ingatan Pelajar (i) Bahan pembelajaran bermakna dan berkaitan dengan kehidupan pelajar. (ii) Memeringkatkan isi pembelajaran. (iii)Menggunakan mnemonik dan ayat. (iv)Menggunakan pelbagai alat

sambungan…..

Membimbing pelajar cara belajar yg betul. (iii) Membuat latih tubi atau hafalan. (vii) Menyusun topik-topik supaya berkaitan. (viii)Melakukan atau mempraktis sesuatu yg dipelajari akan meningkatkan ingatan (Cohen, 1989). (ix) Pengumpulan (chunking).
(i)

3.2.3 Kesediaan Pembelajaran Menurut Piaget, kesediaan pembelajaran ialah “the level of mental development necessary to benefit from experiences.” Kanak-kanak tidak akan dapat memahami sesuatu konsep, jika tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu.

sambungan……

Kanak-kanak perlu mempunyai kesediaan mental, fizikal (psikomotor), afektif (emosi dan sikap) sebelum berupaya menghasilkan pembelajaran yg berkesan. Piaget mengemukakan teori perkembangan kognitif untuk panduan dalam merancang objektif dan aktiviti pembelajaran.

sambungan…..

Piaget membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat peringkat: (a) Peringkat deria motor: 0-2 tahun (b) Peringkat praoperasi: 2-7 tahun (c) Peringkat operasi konkrit:7-11 tahun (d) Peringkat operasi formal:12 tahun

(a) Peringkat Deria Motor
Pada peringkat ini (lahir hingga 2 tahun), bayi mengkordinasi maklumat deria dgn kebolehan motor utk membentuk skema tingkah laku yg membolehkan mereka “bertindak” dan “mengetahui” persekitarannya.

sambungan……

Kanak-kanak membuat pelbagai aksi kpd objek di sekitarnya spt memegang, memicit, menendang, menumbuk, memasukkan kedlm mulut dsb, semasa meneroka persekitarannya dan membina struktur kognitif.

sambungan……

Kanak-kanak pada peringkat deria motor juga berkebolehan membuat imitasi (imitation) dan memahami konsep pengekalan objek (object permanence). Imitasi: Menurut Piaget kanakkanak (18-24 bulan) boleh melakukan imitasi terhadap tingkah laku yg dilihatnya.

sambungan…..

Pengekalan objek: Menurut Piaget kanak-kanak (8-12 bulan) menyedari bahawa objek atau peristiwa tidak hilang, walaupun tidak dapat dikesan oleh semua alat derianya.

(b) Peringkat Praoperasi Pada peringkat ini (2-7 tahun), berlaku perkembangan drastik dlm penggunaan simbol mental (perkataan dan imej) utk menyatakan objek, orang dan peristiwa yg dialami oleh kanakkanak.

sambungan……

Piaget membahagikan peringkat ini kpd dua bahagian iaitu: (i) Peringkat pemikiran prakonsep (preconcept thinking) (ii) Peringkat pemikiran intuitif (intuitive thinking)

(i) Peringkat pemikiran prakonsep

(2-4 tahun). Bermula dengan kebolehan fungsi simbolik, iaitu satu perkataan utk satu objek. Boleh tonjolkan permainan bayangan (pretend play). Bersifat egosentrik iaitu melihat dunia hanya dari perspektif dirinya.

(ii) Peringkat pemikiran intuitif (4- 7 tahun). Pemahaman mengenai objek bergantung kpd ciri utama yg nampak nyata (salient perceptual feature) iaitu bukan drp proses pemikiran logik atau rasional.

(c) Peringkat Operasi Konkrit Pada peringkat ini (7-11 tahun), kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dlm proses operasi kognitif, iaitu aktiviti mental dalaman yg membolehkan kanak-kanak mengubah suai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yg logik.

sambungan……

Pada peringkat operasi konkrit kanak-kanak mula beransur memahami konsep pengekalan, terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori, juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).

Kanak-kanak peringkat operasi konkrit dapat menguasai konsep:
(i) Proses kebalikan (reversibility)

-berupaya berfikir tentang bentuk asal sesuatu objek. Cth. Sekiranya pinggan pecah, dia boleh ingat semula bentuk pinggan yg asal.

sambungan……

(ii) Pengekalan isipadu (conservation of volume) -berupaya berfikir yg isipadu tidak berubah, walaupun saiz bekas berbeza. (iii) Percampahan (decentration) -boleh berfikir tentang beberapa dimensi masalah dan perkaitan antaranya secara serentak. Cth. Tinggi bekas dan isipadunya.

sambungan……

(iv) Perkaitan logik kuantitatif (quantitative logical relationship) -berupaya berfikir secara logik apabila diberi syarat berbentuk kuantitatif. Cth. Berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah.

sambungan…..

(v) Klasifikasi(classification) -berupaya berfikir utk mengkelaskan objek. Cth. Mengkelaskan rajah mengikut bentuk dan warna.

(d) Peringkat Operasi Formal Pada peringkat operasi formal (12 tahun ke atas), kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea, fakta atau andaian (propositions). Boleh memikir tentang proses hipotetikal dan peristiwa secara logik, walaupun asasnya bukan realiti.

sambungan…..

Ciri pemikiran penting kanakkanak pada peringkat operasi formal ialah mereka berkebolehan dalam: (i) penaakulan deduktif hipotetikal dan (ii) berfikiran seperti saintis.

(i) Penaakulan deduktif hipotetikal Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran drp yg am kpd yg khusus. Berkebolehan membina hipotesis atau memikirkan alternatif baru utk menyelesaikan masalah.

(ii) Berfikir seperti saintis Kanak-kanak pada peringkat operasi formal juga berfikiran induktif, iaitu berfikir drp aspek khusus kpd generalisasi yg luas. Pemikiran induktif ini sering dilakukan oleh saintis di mana mereka membina hipotesis dan mengujinya secara sistematik melalui eksperimen.

3.2.4 Pemindahan Pembelajaran Pembelajaran yang terhasil drp sesuatu situasi dapat digunakan dlm situasi yg lain. Boleh berlaku secara: -positif iaitu pembelajaran dlm situasi A dapat membantu pembelajaran dlm situasi B -negatif iaitu pembelajaran dlm situasi A mengganggu pembelajaran dlm situasi B

Syarat untuk pemindahan pembelajaran positif: Kefahaman- faham ttg konsep yg telah dipelajari sebelum boleh menggunakannya dlm situasi baru Kesamaan- dua situasi yg hendak diaplikasikan konsep perlu ada kesamaan Kemahiran- menguasai kemahiran sebelum

sambungan…..

Motif- berkeinginan atau bermotif utk memindahkan konsep atau kemahiran kpd situasi baru. Celik akal- telah celik akal dlm konsep, prinsip atau kemahiran dlm sesuatu situasi utk memindahkan pembelajaran kpd situasi lain.

3.2.5 Gaya Kognitif Woolfolk(1998) Gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitarannya. Gaya pembelajaran ialah pendekatan individu kpd cara belajar.

Gaya Kognitif Borich dan Tombari(1997) mengaitkan gaya pembelajaran dgn gaya kognitif. Gaya kognitif ialah cara individu memproses dan berfikir mengenai perkara yg dipelajarinya.

Contoh-contoh gaya kognitif:
(a) Gaya bebas medan (field

independence) dan lawannya Gaya bersandar medan (field dependence) (b) Gaya impulsif (impulsive) dan lawannya Gaya reflektif (reflective)

(a) Gaya Bebas Medan Dan Bersandar Medan Konsep gaya kognitif bebas medan dan bersandar medan diperkenalkan oleh Herman Witkin dan Goodenough(1977).

sambungan…..

Ujian mencari bentuk geometri dlm gambar rajah dlm jangka masa yg ditetapkan. Embedded Figures Test -Ujian utk individu. Group Embedded Figures Test -Ujian utk kumpulan.

Ciri Pelajar Gaya Bebas Medan Dan Bersandar Medan
Bebas Medan Mengamati konsep secara analitikal dan melihat komponen konsep Fokus kpd fakta dan prinsip Bersandar Medan Mengamati konsep secara global

Menghubung konsep kpd pengalaman individu (personalized concept) Suka berinteraksi secara Suka berinteraksi secara formal dgn guru informal dgn guru

Bebas Medan Suka bertanding dan kerja bersendirian Suka menyusun sendiri maklumat Suka mata pelajaran Sains dan Matematik Matlamat pembelajaran drp punca dalaman

Bersandar Medan Suka bekerjasama dan suka kerja berkumpulan Suka maklumat yg telah disusun guru Suka mata pelajaran Sejarah dan Sastera Matlamat pembelajaran drp punca luaran (ibu bapa atau guru)

Bebas Medan

Bersandar Medan

Suka merancang sendiri Suka pembelajaran cara pembelajaran terancang dan berstruktur Keyakinan tinggi dlm membuat tugasan bersendirian Motivasi berlokus kawalan dalaman Kurang keyakinan dlm membuat tugasan bersendirian Motivasi berlokus kawalan luaran

Strategi Pengajaran Pelajar Bebas Dan Bersandar Medan
Bebas Medan Guru perlu formal dlm interaksi dgn pelajar. Guru dianggap orang yg berpengalaman dan pakar dlm bidangnya Bersandar Medan Pelajar perlukan pendekatan mesra dlm interaksi, menyediakan pengalaman fizikal dan lisan. Guru merupakan pakar rujuk Perlukan motivasi bukan Perlukan motivasi sosial sosial (spt gred, bintang, yg konkrit (spt hadiah pelajar terbaik) atau pujian)

Bebas Medan Gunakan strategi pembelajaran individu (spt pembelajaran berasaskan web, pembelajaran arah kendiri atau pembelajaran masteri) Suka maklum balas berbentuk pembetulan

Bersandar Medan Gunakan strategi pembelajaran berkumpulan spt pembelajaran koperatif

Minimumkan maklum balas berbentuk pembetulan

Bebas Medan Bersandar Medan Pelajar suka buat projek Benarkan interaksi gurusecara bebas murid semasa pengajaran pembelajaran Benarkan pelajar menstrukturkan projek, nota dan latihan. Rancangkan pengajaran, projek atau latihan yg berstruktur

Peranan guru adalah Peranan guru adalah sebagai konsultan, sebagai pengajar, pendengar dan fasilitator penunjuk cara dan pemberi markah

(b) Gaya Kognitif Impulsif dan Reflektif Menurut Slavin(1997), • Gaya impulsif merujuk kpd gaya kognitif seseorang yg: -gemar memberi respons secara cepat. -biasanya tidak menitikberatkan ketepatan.

sambungan……

Gaya reflektif merujuk kpd gaya kognitif seseorang yg: -sentiasa menganalisis diri dan pemikiran sendiri.

Ciri-ciri Pelajar Impulsif Membuat kerja dgn cepat tetapi membuat banyak kesilapan. Belajar ikut gerak hati (mood). Kajian menunjukkan mereka menjadi lebih reflektif apabila umur meningkat (Borich & Tombari, 1997).

Strategi Pengajaran Pelajar Impulsif: Perlu diperkenalkan dgn pengajaran kendiri (self instruction). Guru perlu bimbing pelajar merancang cara membuat latihan dan menyemak sendiri jawapan.

sambungan……

Jika terdapat kesilapan, dia dikehendaki membuat pembetulan sendiri. Bandingkan hasil kerjanya dgn hasil kerja pelajar lain yg dibuat dgn lebih baik dan teliti supaya dia menyedari kesilapannya.

Ciri-Ciri Pelajar Reflektif:
Lambat menyiapkan sesuatu tugasan yg diberi tetapi membuat kurang kesilapan. Lebih mementingkan ketepatan jawapan atau kesempurnaan tugasan drp menepati masa yg ditetapkan. Lambat menyiapkan tugasan kerana perasaan kurang yakin diri

Strategi Pengajaran Pelajar Reflektif:
Guru harus dedahkan maklumat yg tepat dan terperinci tentang tajuk pelajaran untuk elakkan pelajar membuang masa mencari jawapan yg tepat kpd soalan latihan. Pelajar perlu diberi kemudahan buku, majalah, pita video dll.

Kajian Lepas:
Sekiranya guru dan pelajar mempunyai gaya kognitif yg sama, pencapaian akademik pelajar adalah lebih baik (Saracho & Spodek). Guru perlu tahu gaya kognitif pelajar dan cuba merancang pengajaran dan bahan bantu mengajar yg dapat memenuhi kehendak gaya kognitif pelajar (Ramlah & Mahani, 2002: 85)

3.2.6 Kemahiran Berfikir
(a) Kemahiran Berfikir Kritikal - kecekapan dan keupayaan menggunakan minda utk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea atau pendapat.

sambungan…..

Contoh proses berfikir kritikal: - membanding dan membeza - membuat andaian - membuat inferens - membuat urutan - membuat perkaitan

(b) Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Kreativiti
Kreativiti ialah: “ Aktiviti keseluruhan otak yg melibatkan minda secara sedar (conscious mind) dan minda secara terpendam (subconscious mind) utk mencabar andaian, mengenal pola, melihat dgn cara yg baru, melihat hubungan, mengambil risiko dan merebut peluang atau kemungkinan”. (Ned Herrmann dlm Abdul Fatah Hasan,1998)

“Pemikiran yg imaginatif, baru dan asli dlm menyelesai masalah atau menghasil produk baru” (Woolfolk, 1998). Kesimpulannya kreativiti ialah keupayaan utk menghasilkan atau merekacipta sesuatu objek

• Kreativiti ialah:

Ciri-ciri kreativiti (Abdul Fatah Hasan,1998): Suatu proses utk mencari dan meneroka berbagai alternatif. Kemahiran, bakat dan teknik yg dikelolakan utk sesuatu tujuan tertentu.

sambungan…..

Melibatkan usaha utk meneroka sesuatu yg baru dan bernilai yg belum pernah difikirkan oleh orang lain sebelumnya. Kemahiran yg dipelajari sama spt kemahiran berenang, bermain badminton dll.

(c) Metakognisi Metakognisi adalah aktiviti mental yg di gunakan utk memantau, mengawal dan merancang utk penyelesaian masalah, kefahaman, ingatan dan proses kognitif yg lain (Campione dan Brown,1977).

sambungan…..

Metakognisi adalah cara individu mengguna strategi kognitif utk mencari dan mengumpul maklumat dan tahu bila dan di mana menggunakan strategi kognitif tersebut (Borich dan Tombari 1999).

sambungan…..

Metakognisi juga dikenali sebagai berfikir tentang berfikir (thinking about thinking). Kita mengurus apa yg perlu difikirkan oleh minda.

Tiga jenis pengetahuan metakognitif menurut Flavel (dalam Henson, 1999): Pengetahuan personal Pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan diri. Cth: Seseorang tahu dia lebih suka membaca pelajaran pada waktu pagi drp waktu malam.

sambungan……

Pengetahuan tugas Pengetahuan tentang variasi cara sendiri dalam melaksanakan tugas. Cth: Cara menyelesaikan masalah matematik berlainan drp cara membuat karangan.

sambungan…..

Pengetahuan strategi Pengetahuan tentang strategi tertentu yg lebih berkesan drp strategi lain dlm menyelesaikan sesuatu masalah.

Contoh soalan:
Anda diberikan dua helai daun hidup. Bandingkan dan bezakan antara keduaduanya.
Soalan Metakognisi Apakah langkah yg anda fikirkan sesuai utk mencari persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B? Bagaimanakah anda membezakan daun A dan daun B? Soalan Kognisi Senaraikan ciri persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B. Bandingkan corak umum urat daun A dan daun B.

Sambungan…
Soalan Metakognisi Mengapakah anda menggunakan kaedah itu? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan yg anda perolehi? Soalan Kognisi Daun manakah yg lebih: ii) lebar? iii) panjang?

3.2.7 Kecerdasan (a) Definisi Kecerdasan Definisi oleh Piaget(1950), Kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran.

sambungan…..

Definisi oleh Kalat(1999), Kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis.

sambungan……

Definisi oleh Weschler(1975), Kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran hidup.

Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner:
Menurut Gardner(1983), Kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya(seperti menggubah lagu, mencipta puisi atau koreograf tarian).

9 jenis kecerdasan dalam Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner
Kecerdasan logik-matematik Kecerdasan bahasa-linguistik Kecerdasan muzikal Kecerdasan visual-ruang-spatial Kecerdasan kinestetik-badan Kecerdasan interpersonal Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan naturalis Kecerdasan eksistensial

TEORI PELBAGAI KECERDASAN GARDNER OLEH

HOWARD GARDNER

PENGENALAN
Diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner. Dilahirkan di Seranton pada 1943. Berketurunan Jerman. Pengarang 18 buah buku dan ratusan artikel. Cth:The Discipline Mind; what all students should understand (1999).

Konsep Kecerdasan
Gardner(1983): Kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya (spt menggubah lagu, mencipta puisi atau koreograf tarian) Gardner menentang ujian IQ untuk mengenal pasti kecerdasan Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah Individu menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk.

Tanggapan mengenai Teori Kecerdasan
1) Tanggapan Salah - Kecerdasan adalah tetap. - Setiap individu hanya mempunyai satu jenis kecerdasan sahaja. 2) Fakta Sebenar - Kecerdasan boleh dipelajari dan sentiasa berubah. - Sekurang-kurangnya, individu mempunyai 9 jenis kecerdasan.

Prinsip-prinsip Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner
- Terdapat pelbagai kecerdasan dalam diri setiap individu. - Mempunyai campuran kecerdasan yg unik dan berubah. - Kecerdasan setiap individu adalah berbeza. - Kecerdasan bersifat dinamik. - Latar belakang peribadi adalah penting dalam membentuk pengetahuan, kepercayaan dan

CIRI-CIRI KECERDASAN
KECERDASAN
1)

CERDAS DLM Tulis karangan, puisi, pantun dll. Menaakul, kiraan, membuat analisis. Mencorak, melukis Cipta lagu, menyanyi dll

PEKERJAAN Penulis, penceramah.

BahasaLinguistik LogikMatematik Ruang/Spatial Muzik

2)

Saintis, jurutera dll.

3) 4)

Pelukis dll. Penyanyi, pencipta lagu dll Atlet, penari dll Guru, ahli politik, peniaga

5) 6)

Kinestetikbadan Interpersonal

Tarian, sukan dll Perhubungan manusia

CIRI-CIRI KECERDASAN(sambungan)
7) Intrapersonal Nilai murni, falsafah. penyajak, ahli falsafah.

8) Naturalis 9) Eksistensial

Minat kepada alam semula jadi.

Doktor haiwan, saintis dll.

Minat tentang hayat, Guru-guru agama. evolusi manusia & kematian.

9 jenis kecerdasan dalam Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner:
i. Kecerdasan logik-matematik ii. Kecerdasan bahasa-linguistik iii. Kecerdasan muzik iv. Kecerdasan visual-ruang-spatial v. Kecerdasan kinestetik-badan vi. Kecerdasan interpersonal vii. Kecerdasan intrapersonal viii.Kecerdasan naturalis ix. Kecerdasan eksistensial

i. KECERDASAN LOGIKMATEMATIK
- Mahir memanipulasi nombor dan pengiraan. - Mampu menyatakan sesuatu secara deduktif atau induktif. - Mampu menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya. - Menganalisis komponen masalah sebelum menyelesaikannya secara sistematik - Contoh tokoh: Albert Einstein,Madam Curie dan Barbara MacIntoch.

Ciri-ciri pelajar logik-matematik:
dapat selesaikan masalah matematik dengan cepat. - suka menggunakan komputer. - suka permainan yg memerlukan strategi - memberi sebab kepada sesuatu peristiwa secara logik - melakukan eksperimen kepada perkara-

ii. KECERDASAN BAHASALINGUISTIK
Merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri atau bahasa asing. - Mempunyai kebolehan berpuisi, bercerita dan mudah mempelajari bahasa lain, termasuk bahasa isyarat.
-

Contoh tokoh: Usman Awang, Shahnon Ahmad, Robert Conrad dan Pearl S.Buck.

Ciri-ciri pelajar bahasalinguistik:
- suka menulis dan bercerita - mengeja perkataan dengan mudah dan tepat - mempunyai ingatan yg baik bagi nama tempat, tarikh atau lirik. - suka membaca buku - suka pada permainan bahasa.

iii. KECERDASAN MUZIK
- Kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada elemenelmen yg melibatkan perasaan. - Komposer dan pemuzik - Suka mendengar kicauan burung - Menghargai irama Contoh tokoh: P. Ramlee, Yehudi Menuhin, Mozart dan Elvis Presley.

Ciri-ciri pelajar muzik:
- boleh bermain alat muzik. - mudah mengingati melodi lagu - boleh kenal pasti note muzik. - perlu muzik apabila belajar. - punya koleksi kaset CD lagu - suka menyanyi untuk diri sendiri.

iv. KECERDASAN VISUALRUANGSPATIAL
- Mempunyai keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej mental - Diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan - Suka melihat geraf, carta dan gambar apabila membaca buku teks - Membuat peta minda - Memenuhi ruang kosong pada kertas dengan corak - Boleh menawan atau meneroka lautan luas,

v. KECERDASAN KINESTETIKBADAN
- Melibatkan penggunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan perasaan. - Olahragawan, pakar bedah, penari, gimnastik dan orang yg menghasilkan kraftangan yg bermutu tinggi Contoh Tokoh: Babe Ruth, Tiger Woods, Nurulhuda Abdullah dan Faiznur Miskin

Ciri-ciri pelajar kinestetik-badan:
Menyukai aktiviti sukan Tidak boleh duduk diam di atas kerusi Menyukai aktiviti-aktiviti yg mencabar Menyentuh orang bila bercakap Boleh demonstrasi kemahirann dalam bidang kraftangan, pertukangan kayu atau menjahit - Bijak meniru mimik muka atau tingkah laku orang lain - Terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang, menunggang motosikal atau berkasut roda.
-

Keupayaan memahami niat orang lain Pendorong orang lain untuk bekerja Pemimpin yg dapat bekerja dan berhubung secara berkesan dengan pekerjanya - Membantu ibu bapa, guru, ahli politik, pakar jiwa dan juru jual dalam menjalankan tugas mereka Contoh tokoh: Anne Sullivan iaitu guru kepada Helen Keller yg buta, pekak dan bisu
-

vi. KECERDASAN INTERPERSONAL

Ciri-ciri pelajar interpersonal:
- Mempunyai ramai kawan - Boleh berempati dan memahami

perasaan orang lain - Menyukai permainan berkumpulan dengan rakan-rakan - Menyertai aktiviti kumpulan selepas waktu sekolah - Bijak bersosialisasi sama ada di sekolah atau dalam masyarakat

vii. KECERDASAN INTRAPERSONAL
- Mempunyai pengetahuan tentang diri

sendiri yang melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup - Sukar dinilai Contoh tokoh: Sigmund Freud dan Ebbinghaus

Ciri-ciri pelajar intrapersonal:
Mempamerkan kebolehan untuk berdikari Memberi reaksi dengan pendapat bernas kepada sesuatu tajuk yg kontroversi Mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi Mahu menjalani hidup dalam suasana privacy Suka bersendirian dalam mengejar matlamat, hobi atau projek.

iix. KECERDASAN NATURALIS
-

Dimiliki oleh mereka yg menyintai alam

semulajadi. - Mudah mengenal dan mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan haiwan - Gemar meneroka hutan, atau memelihara binatang - Cenderung bekerja sebagai pengawal hutan atau di jabatan perhutanan, pekerja zoo, doktor haiwan dan para

Ciri-ciri pelajar naturalis:
- Suka kumpul spesis rama-rama yg dikeringkan atau kulit siput - Boleh kenal pasti nama tumbuhan dan haiwan dengan cepat - Suka pelihara kucing, burung, arnab dll - Suka tanam bunga, pokok dan membuat perhiasan menggunakan bahan dari alam semula jadi

- Dimiliki oleh mereka yg mempunyai kepekaan dan keupayaan untuk menjawab persoalan yg berkaitan dengan kewujudan manusia dan kematian. - Memiliki sensitiviti yg kuat terhadap permasalahan manusia di sekelilingnya - Mereka yg taat kepada ajaran agama masingmasing Contoh tokoh: Guru agama Islam, Imam, bilal, bomoh tradisional, sami Buddha dan Hindu, padri dan saintis

ix. KECERDASAN EKSISTENSIAL

Ciri-ciri pelajar eksistensial:
-

Berminat mengkaji hal keagamaan Gemar menghafal kitab-kitab agama Berminat mendidik kanak-kanak tentang keagamaan - Kerap berfikir tentang kerohanian dan falsafah hidup - Sensitif kepada kepercayaan ahli masyarakat

Implikasi kepada proses p&p
Guru perlu memberi peluang kpd semua pelajar yg berpotensi mengikut kecerdasan masing2. Guru perlu membina semula kefahaman pelajar2 secara aktif. Guru yg bertanggungjawab membentuk pelajar,sesuai dgn kecerdasan yg dimiliki. Guru perlu merancang aktiviti yg berguna serta relevan yg dapat bantu proses P&P.

KESIMPULAN
Teori pelbagai kecerdasan melengkapi teori asas utk menentukan perbezaan kebolehan & bakat pelajar. Kecerdasan setiap pelajar tidak dapat dilihat secara langsung atau dikira. Pendekatan & penilaian pembelajaran dlm perkara ini mendapati pembelajaran berlaku secara meluas, seterusnya menyebabkan kejayaan pelajar ketika proses pmbelajaran dlm bilik darjah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful