You are on page 1of 31

A

AHLI KUMPULAN
A

“SATU BAHASA SATU


MALAYSIA”
-JENIRI AMIR-
MAJALAH : PELITA BAHASA
(OGOS 2010)
OBJEKTIF KAJIAN

Menganalisis dan menghuraikan


ciri-ciri wacana yang terdapat dalam
artikel “Satu Bahasa Satu Malaysia”
BATASAN KAJIAN

 Pengkaji akan mengenalpasti ciri-ciri


wacana yang terdapat dalam artikel yang
bertajuk “Satu Bahasa Satu Malaysia”.
 Setiap ciri yang diperoleh disertakan dengan
tiga contoh.
 Bagi ciri yang tidak mempunyai contoh yang
banyak, pengkaji hanya menyertakan contoh
yang ditemui sahaja.
KONSEP WACANA
ASMAH HAJI OMAR (1986)

 Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis.


 Pelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada
sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan
pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang
bermakna dalam berkomunikasi.

HARIMURTI (1982)

 Wacana boleh direalisasikan dalam bentuk karangan


yang utuh.
 Contoh: novel, buku, siri ensaiklopedia, paragraf, kalimat
atau kata yang membawa amanat yang lengkap.
CIRI-CIRI WACANA
TAUTAN
S

Unit paling kecil dalam wacana.


Dikenali dengan konsep kohesi.
Penting dalam sesuatu wacana
Sbb: Boleh mewujudkan kesinambungan
antara bahagian-bahagian teks dengan
bahagian yang lain sehingga terbentuk 1
kesatuan
1

ISI: Penggantian Kata Ganti Nama Diri ke-3


CONTOH:
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,
budaya, dan agama perlu bergerak ke hadapan, seiring dan
sejalan, senada dan seirama. Mereka perlu mempunyai
semangat nasionalisme dan patriotisme serta mendukung
konsep setia kepada negara tanpa rasa berbelah bahagi.
(m/s 8)
HURAIAN:
Penulis menggantikan Kata Ganti Nama ke-3 (KGND3)
iaitu Rakyat Malaysia dengan menggunakan KGND3
dalam kumpulan yang sama iaitu mereka.
1

ISI: Penggantian frasa


CONTOH:
Di negara ini, bahasa Melayu yang termasuk dalam
senarai 20 bahasa utama dunia, memikul tugas dan
tanggungjawab yang besar dan penting untuk memecahkan segala
tembok sosial, psikologi dan emosi dalam kalangan rakyat
pelbagai kaum. Bahasa Inggeris dan dialek suku kaum lain tidak
mungkin dapat memikul fungsi tersebut dengan berkesan .(m/s 9)

HURAIAN:
Dalam ayat ke-2, penggunaan frasa memikul fungsi
tersebut telah digunakan bagi menggantikan tugas bahasa
Melayu seperti dalam ayat 1.
1

ISI: Penggantian frasa


CONTOH:
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bahasa
Melayu ialah wahana untuk memupuk perpaduan yang
paling ampuh. Bahasa itu merupakan senjata yang
berkesan untuk memastikan agar konsep Satu Malaysia
dapat dicapai. (m/s 10)

HURAIAN:
Dalam kedua-dua ayat di atas, berlaku tautan apabila
penulis telah menggantikan perkataan bahasa Melayu
kepada bahasa itu dalam ayat 2.
RUNTUTAN 1

 Dikenali sebagai koheren.


-Kesinambungan sesuatu idea yang terdapat dalam
sesebuah wacana.
-Menjadikan wacana tersebut sebuah teks yang
ada makna dan dapat difahami.
-Koheren merupakan sesuatu perkara yang
bersamaan atau berkisar dengan tema.
Asas dalam pembinaan wacana.
Sbb:Sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks
tersebut mempunyai makna yang dapat difahami.
1

ISI: Wujud kesinambungan idea antara dua ayat.


CONTOH:
Persoalan besar yang dihadapi oleh pemimpin dan pendidik selepas Perang
Dunia Kedua ialah mencari formula yang terbaik untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang
mempunyai keinginan dan keazaman untuk hidup bersama dalam
keadaan damai. Masyarakat yang dihasratkan ialah masyarakat yang ke
bukit sama didaki ke lurah sama dituruni, iaitu masyarakat yang saling
bekerjasama, berkorban dan bersatu hati dalam segala hal. (m/s 10)

HURAIAN:
Ayat 1: Menjelaskan formula untuk melahirkan masyarakat Malaysia
yang bersatu padu .
Ayat 2: Menjelaskan formula untuk melahirkan masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dengan lebih terperinci iaitu masyarakat yang
saling bekerjasama, berkorban, dan bersatu hati dalam segala hal.
1

ISI: Wujud kesinambungan idea bagi ayat pertama dalam ayat kedua.

CONTOH:
Dalam konteks Satu Malaysia, perhubungan atau interaksi antara
masyarakat pelbagai kaum amat penting, justeru perlu
digalakkan. Maka masyarakat perlu mempunyai
pengetahuan yang luas tentang bahasa, loghat, jargon, slanga,
gurauan, cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya. (m/s 11)

HURAIAN:
Ayat1: Menjelaskan interaksi antara masyarakat pelbagai kaum
amat penting, justeru perlu digalakkan.
Ayat 2: Diterangkan bagi mewujudkan interaksi tersebut, masyarakat
perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang bahasa,
loghat, jargon, slanga, dan sebagainya.
1

ISI: Kesinambungan idea antara ayat 1 dan ayat 2.

CONTOH:
Perdana Menteri menjelaskan bahawa Satu Malaysia mempunyai matlamat untuk
mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang terbukti
telah menjadi tonggak kekuatan negara ini bagi menghadapi pelbagai cabaran
dan ancaman dalaman dan luaran sejak merdeka. Satu daripada wahana atau
alat penting bagi menjamin kejayaan Satu Malaysia ialah penggunaan bahasa
Melayu sebagai alat perhubungan, komunikasi dan interaksi dalam pelbagai
ranah dan bidang, secara meluas dalam kalangan rakyat pelbagai kaum pada
semua peringkat di negara ini. (m/s 9)

HURAIAN:
Ayat 1: Perdana Menteri ingin menjelaskan berkenaan dengan
: matlamat Satu Malaysia iaitu untuk mengekalkan dan meningkatkan
perpaduan.
Ayat 2: Diterangkan langkah untuk menjamin kejayaan Satu Malaysia
tersebut iaitu dengan cara menggunakan bahasa Melayu sebagai
wahana atau alat penting untuk mengekalkan matlamat tersebut.
TUJUAN
1

Tujuan sesuatu wacana itu adalah


ditentukan oleh penulis ataupun
pembicaranya.
Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan.
-menimbulkan interaksi yang komunikatif.
Tujuan akan menentukan jenis wacana
yang digunakan.
1

 Menyatakan kepentingan bahasa Melayu dalam


membentuk gagasan Satu Malaysia.
 Bahasa Melayu sebenarnya menjadi lambang
penyatuan suara dan aspirasi, serta alat yang
berfungsi untuk menyatupadukan rakyat yang
berbilang kaum.
 Juga menjelaskan konsep Satu Malaysia yang
digagaskan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri
Mohd Najib Abdul Razak.”
PENERIMA/KHALAYAK
1

 Sesuatu wacana sama ada bentuk tulisan mahupun


bentuk lisan perlulah mempunyai pembaca ataupun
pendengar kerana pembaca ataupun pendengar
merupakan golongan penerima/khalayak sesuatu
wacana.
 Wacana yang melibatkan khalayak pendengar
merupakan hubungan antara penutur dengan
pendengar manakala khalayak pembaca pula ialah
hubungan antara penulis dengan pembaca.
1

 Penerima/khalayak untuk teks ini adalah tidak


terhad kepada satu golongan sahaja.
 Teks ini disampaikan kepada semua golongan
termasuklah golongan tua dan muda juga kepada
semua kaum iaitu Cina, Melayu dan India yang
termasuk dalam Gagasan Satu Malaysia.
 Sasaran penerima adalah rakyat Malaysia yang
terlibat secara langsung dengan Gagasan Satu
Malaysia.
MAKLUMAT
1

 Merupakan perkara yang penting dalam wacana.


 Terbahagi 2 jenis, iaitu:
Maklumat Lama

Maklumat Baru
1

Dengan tercetusnya Gagasan 1 Malaysia, soal kesatuan dan


perpaduan menjadi satu daripada agenda utama pemimpin.
Pemimpin kita makin sedar akan betapa pentingnya
perpaduan diperkukuh dan dipertahankan. (m/s 9)

HURAIAN:
Ayat 1 adalah maklumat lama kerana ayat tersebut telah
dinyatakan pada peringkat awal dan diulang2 dalam konteks
yang berikutnya.
Ayat 2 adalah maklumat baru kerana pendengar baru sahaja
mengetahui perkara tersebut.
1

Cara yang paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang


kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu yang digunakan
dengan meluas dalam kalangan penduduk pelbagai kaum di negara ini,
berbanding dengan masa atau dialek yang lain, termasuk bahasa Inggeris,
merupakan pilihan yang terbaik untuk merealisasikan gagasan Satu
Malaysia. (m/s 10)

HURAIAN:
Ayat 1 menjelaskan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan adalah maklumat lama kerana telah
dinyatakan pada peringkat awal dan diulang2 dalam konteks
yang berikutnya.
Ayat 2 adalah maklumat baru kerana pembaca baru
mengetahui perkara tersebut.
KEADAAN
1

 Berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu


wacana itu relevan dengan situasi ujaran itu.
 Sesuatu wacana yang diujarkan itu perlulah sesuai
dengan keadaan dan juga pemeran yang ditujukan
wacana itu.
 Untuk menjadikan wacana itu sesuai dengan keadaan
pemilihan kata, frasa, atau ayat adalah penting.
 Sesuatu wacana perlu berlandaskan hubungan antara
penghasil wacana dengan khalayak.
S

Teks ini berlandaskan hubungan antara:


penulis dengan pembaca, maka hubungan yang
wujud adalah hubungan yang tidak langsung
kerana penulis dikenali oleh pembaca tetapi
penulis tidak mengenali pembaca.
Laras bahasa yang digunakan adalah laras
bahasa formal kerana penulis mensasarkan teks
kepada orang yang belum dikenali.
INTERTEKS
1

Sesuatu wacana itu bergantung kepada


wacana yang lain yang memainkan peranan
penting bagi membantu seseorang itu
memahami sesuatu wacana yang sedang
dibaca ataupun didengarinya.
Kefahaman seseorang itu terhadap sesebuah
wacana banyak bergantung pada
pengetahuannya terhadap perkara yang
sedang dibaca ataupun didengarinya.
1

“Kamus Dewan mentakrifkan perpaduan sebagai


penggabungan,peleburan,penyesuaian, kecocokan
atau perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu,
sepakat atau sebagainya.”

HURAIAN:
Dalam teks tersebut, wujudnya teks dari Kamus
Dewan. Dengan kemasukan definisi daripada
kamus tersebut membolehkan khalayak lebih
memahami makna sebenar perpaduan yakni
dijelaskan dalam teks tersebut.
KESIMPULAN

• Kesimpulannya, wacana mengandungi tujuh


ciri utama iaitu: Tautan

Runtutan

Tujuan

Khalayak

Matlamat

Keadaan

Interteks
SAMBUNGAN…
 Ketujuh-tujuh ciri tersebut penting dalam penghasilan
sesuatu wacana.
 Tidak semua teks mengandungi ketujuh-tujuh ciri tersebut.
 Namun, ketujuh-tujuh ciri tersebut terdapat dalam teks yang
dikaji.
 Ciri yang paling banyak ditemui dalam teks ialah:

Tautan Runtutan

 Hal ini membuktikan bahawa artikel ini mempunyai wacana


yang utuh dalam konteks wacana bahasa Melayu.
BIBLIOGRAFI

(1)Jeniri Amir. 2010. Pelita Bahasa. K: Dewan


Bahasa dan Pustaka.
(2) Noresah et al. 2007. Kamus Dewan Edisi
Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

You might also like