You are on page 1of 12

Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

 Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.


 Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.
 Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari
menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

 Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan
3 bahagian Persetiaan.
 Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan.
 Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.
RAM SAM SAM
Ram sam sam, Ram sam, sam
Goolie 4 x Ram sam sam                         2 X
Aravi , Aravi
Goolie 4 x Ram sam sam
Piza Hut, Piza Hut , KFC and a Piza Hut
Mac Donald, Mac Donald ,KFC and a Piza Hut
Mee Rebus, Mee Rebus , Chow Kuea Theow
and  Mee Rebus
Capati , Capati
Chow Kuea Theow and Mee Rebus
JAPANESE DRUM SONG
Okina tai  kong dong ! dong!
Chi  sana tai  kong tong-tong-tong!
Okina tai kong , Chi  sana taikong
Dong! Dong ! , Tong-Tong-Tong!
Bendera Malaysia

KETERANGAN LAMBANG-LAMBANG PADA BENDERA MALAYSIA 

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar, 
tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan,
Melaka, 
Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, 
Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. 
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas 
jalur merah yang kelima melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia.
 Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya
 Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. 
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang 
Maha Mulia Raja-Raja Melayu
 
LAMBANG MALAYSIA
 
 Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan
 bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
 Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor,
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
 Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah
kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah
sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.
 Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam
dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan
kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
 Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di
sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah
kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.
 Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.
 Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan
tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi
Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
  Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya
dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat
kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
Bendera Malaysia dan bendera-bendera negeri hanya boleh dikibarkan pada upacara-upacara
rasmi seperti keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Ulang Tahun Hari
Kemerdekaan, perayaan-perayaan Persekutuan dan Negeri-negeri, lawatan-lawatan rasmi, di
kedutaan-kedutaan Malaysia luar negeri serta upacara-upacara rasmi negara (seperti Majlis
Tilawah, SukanNegara).
 bendera Malaysia berkibar bersama-sama dengan bendera negara-negara lain di hadapan
bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Bendera Malaysia juga telah
berkibar dengan megahnya di puncak Gunung Kala Pattar setinggi 5,856 m di Banjaran
Himalaya pada tepat jam 1.00 tengah hari pada 11 Januari, 1984 lalu, apabila
serombongan 12 orang rakyat negara Malaysia berjaya mendaki puncak gunung tersebut
dalam satu ekspedisi bersejarah. 
 Pada 25 Ogos 1985, Syarikat Singer telah mengadakan Promosi Bendera Gergasi Hari
Kemerdekaan Malaysia di Kuala Lumpur Plaza. Bendera tersebut berukuran 32.5 m x
16.4 m. Usaha tersebut menunjukkan kerjasama dan interaksi rakyat Malaysia dari
berbagai kaum. Begitu juga bendera terbesar Malaysia yang telah dinaikkan di Bangunan
Angkasapuri berukuran 97.5 m x 24.3 untuk menyambut Hari Kebangsaan 1988.
Upacara menaikkan bendera adalah acara kemuncak Semarak pada 21 Ogos1988 di Melaka.
 Sejajar dengan kempen Setia dan Semarak, Pameran Bulan Bendera telah diadakan di
Pasar Budaya. Begitu juga dengan kempen Kibarkan Bendera (Jalur Gemilang) dan
kempen Cinta Negara adalah usaha yang dilaksanakan untuk memupukkan semangat
cinta dan setia kepada negara. 
 Bendera Malaysia dan bendera negeri-negeri Malaysia yang mempunyai lambang
tersendiri pada keseluruhannya adalah berpegang kepada konsep Rukunegara iaitu: 

 Kepercayaan Kepada Tuhan

 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 

 Keluhuran Perlembagaan 

 Kedaulatan Undang-Undang 

 Kesopanan Dan Kesusilaan. 


REFLEKSI (MINGGU 8)

Minggu ini saya mempelajari lagu- lagu pandu puteri iaitu lagu ‘ram sam sam’
dan lagu ‘japanese drum song’.saya berasa seronok mempelajari lagu –lagu
tersebut kerana ia mengembirakan. Selain itu, saya juga mempelajari tanda- tanda
mengesan yang boleh digunakan apabila kita tersesat dalam hutan atau
perkhemahan. Ini amat membantu saya meluaskan pengetahuan perkhemahan
serba sedikit. Saya juga mempelajari melafazkan mesej kecemasan apabila tersesat
dengan menggunakan tanda –tanda mengesan yang dipelajari. Secara keseluruhan,
perjumpaan minggu ini amat bermakna.
REFLEKSI (MINGGU 9)

Minggu ini perlantikan kadet pandu puteri telah diadakan. Semua ahli telah
bersiap sedia untuk perlantikan tersebut. Upacara bermula dengan mengambil
kedatangan dan pembentukan Ladam Kuda. Selepas itu, kenaikan panji- panji
pandu puteri dijalankan. Seterusnya , perlantikan kadet pandu puteri dimulakan
dengan lafasan ikrar di hadapan pemimpin- pemimpin. Selepas itu, setelah ikrar
dilafazkan, beberapa soalan berkaitan dengan undang- undang ditanya dan dijawab
oleh ahli. Selepas itu , lencana pandu puteri telah disematkan oleh pemimpin-
pemimpin di atas ‘woggle’. Saya berasa bangga kerana dilantik dan mengambil
ikhtibar akan mematuhi undang- undang pandu puteri dan “TOS” (tolong orang
selalu).
REFLEKSI (MINGGU 10)

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM DI IPDA

Minggu ini kami sepasukan telah dibawa ke IPG Kampus Darul Aman di Jitra
untuk Perkhemahan Badan Beruniform. Pasukan pandu puteri kadet telah diberi
tempat untuk membina perkhemahan. Inilah kali pertama saya membina khemah
dalam kehidupan saya. Ini merupakan pengalaman manis yang tidak boleh
dilupakan dan saya juga belajar membuat khemah sendiri. Malah nilai kerjasama
dan tolong – menolong dapat diaplikasikan dalam aktiviti tersebut.
Teknik – teknik membina khemah dapat dikongsikan bersama ahli –ahli patrol
yang lain.
Selain itu , kebersihan khemah juga dipentingkan. Saya selalu membersihkan
persekitaran khemah dengan menyapu dengan pencakar. Selain itu, pelbagai
aktiviti dijalankan seperti permainan kim , kawad kaki antara badan – badan
beruniform yang lain. Permainan kim menguji kecerdasan deria- deria seperti rasa,
hidu, sentuh dan mendengar. Pengalaman ini memberi pendedahan yang baru
kepada saya.
Seterusnya, pengenalan dengan ahli- ahli yang baru juga member pengalaman
yang manis. Kenalan sahabat handai yang baru membantu saya berkongsi pendapat
antara satu sama lain. Ini memberi saya mempelajari ilmu yang tidak boleh
diperolehi melalui dara yang lain.
Secara keseluruhannya, saya berasa gembira dan belajar berdikari denga
menyertai aktiviti perkhemahan ini.
AKTIVITI “BACKWOODS COOKING”

You might also like