You are on page 1of 2

Konsep perubahan dalam pendidikan

Bidang Pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan
manusia menghadapi cabaran masa depan dan perubahan ini juga tidak dapat dielakkan
yang menyebabkan setiap individu perlu sentiasa bersedia dari semasa ke semasa.

JENIS PERUBAHAN
Terdapat 4 jenis perubahan di dalam pendidikan...
1. PERUBAHAN KE ARAH PENINGKATAN
Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu
dalam organisasi seperti:
- Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
- Memperkenalkan teknologi baru.
- Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan
komitmen & produktiviti staf.

2. PERUBAHAN STRATEGIK ORGANISASI


Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
- Mendefinisikan semula peranan organisasi.
- Perubahan nilai teras organisasi.
- Pembentukan semula misi.
- Perubahan struktur & strategi organisasi.

3. PERUBAHAN REAKTIF
Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak
berkepentingan (stakeholders) .
- Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika
memerlukan organisasi melakukan perubahan.
- Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.

4. PERUBAHAN AKIBAT DARIPADA JANGKAAN


Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya
kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan
organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan
adalah:
- Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
kehendak pelanggan.
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.
PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS
Perubahan dikaitkan dengan 2 proses:
1. EVOLUSI
* perubahan yang hasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang
* perubahan yang ketara dalam status quo
2. REVOLUSI
* perubahan yang pantas
* perubahan yang meninggalkan kesan yang membinasakan

You might also like