You are on page 1of 38

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

1. KAEDAH ABJAD

1. 1 Pengenalan

Kaedah ini merupakan kaedah yang tertua dijalankan semenjak kerajaan Greek dan
Rom. Ianya juga dikenali sebagai kaedah klasik dimana kaedah abjad ini adalah sangat
popular digunakan oleh guru pada peringkat permulaan mengajar membaca kepada
murid-murid. Kaedah abjad ini lebih mementingkan pada pengenalan nama-nama huruf
dan bunyi huruf-huruf itu.

1.2 Langkah-Langkah Pengajaran

1.2.1 Pengenalan Abjad


a. Murid diperkenalkan dengan kesemua 26 huruf.
b. Murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad : a b c .... x y z.
c. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z.
d. Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu
menghafal setiap lambang abjad.
e. Setelah murid-murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar
kepada murid.
f. Murid akan diajar dengan huruf kecil dahulu seterusnya barulah diikuti
dengan huruf besar.
g. Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar.
h. Latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar.
i. Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan
sesuatu bunyi huruf vokal seperti contoh berikut :
* Ayam
* Api
* Adik
* Awan

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 1


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

j. Seterusnya murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula


dengan huruf konsonan seperti contoh berikut :
Bola
Buku
Batu
Besi

Langkah ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid


hubungan antara bunyi huruf dan perkataan.

1.2.2 Penggabungan Bunyi Vokal Dan Konsonan


a. Setelah murid-murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi
huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca sukukata.
Contohnya seperti berikut:
ba be bi bo bu
ca ce ci co cu hingga ke huruf za ze zi zo zu

1.2.3 Membentuk Perkataan Mudah


a. Murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata
Contoh: Bu bu
Ba ba
b. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah.
Contoh: baju , saya , dadu

1.2.4 Membentuk Ayat Mudah


a. Seterusnya murid dibimbing mengenal untuk membentuk ayat mudah.
Contoh : Bibi buka buku
Bibi baca buku
Buku Bibi baru
b. Murid selanjutnya diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan seterusnya
diajar membaca.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 2


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

1.3 Kelebihan Kaedah Abjad

1.3.1 Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada
suku kata yang hampir tetap bunyinya.

1.3.2 Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baru walaupun


belum pernah dipelajari kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan
membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.

1.3.3 Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.

1.3.4 Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta member keyakinan kepada
murid-murid.

1.4 Kelemahan Kaedah Abjad

1.4.1 Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami
apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran
membaca.

1.4.2 Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan


mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.

1..4.3 Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi
murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.

1.4.4 Ianya boleh mendatangkan kebosanan kepada murid-murid terutama apabila


mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 3


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2. KAEDAH SUKU KATA

2.1 Definisi

Menurut Daniel Jones kaedah suku kata adalah satu deretan bunyi yang
mengandungi satu puncak kelantangan;
Contoh :
a Ɨ ku, du Ɨ duk

Menurut R.H. Robins pula kaedah ini merupakan “Satu kumpulan konsonan dan
vokal yang mempunyai status unit, iaitu sebagai satu unit yang boleh diduduki di
awal kata, di tengah kata dan di akhir kata.” Ujaran yang paling minimum,
Contoh :
ah, a.

Kaedah suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.


Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-
sama dengan konsonan.

Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata yang didengarkan
pada kehadiran vokal. Setidak-tidaknya satu suku kata terdiri daripada satu
buah vokal atau satu vokal dan satu konsonan. Mengacu kepada bunyi akhir, s
suku kata dibahagi kepada 2 iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
Suku kata terbuka adalah suku kata yang diakhiri oleh vokal. Suku kata tertutup
adalah suku kata yang diakhiri oleh konsonan.

2.2 Jenis Suku Kata:


(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V +
KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV +
KVK (bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V +
PGSR BM AMBILAN NOV 2008 4
WAJ 3104 LITERASI BAHASA

KV (kaedah).
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)

2.2.3 Kebaikan Kaedah Suku Kata


a) Murid-murid mahir mengeja. Ini disebabkan mereka dilatih mengeja tiap-
tiap perkataan yang dibacanya.
b) Kaedah ini memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerjanya. Tidak
berkehendakkan alat-alat mengajar yang banyak.

2.2.4 Keburukan Kaedah Abjad


a) Murid-murid tidak lancar membaca. Kaedah ini menjadikan murid sibuk
mengeja kerana tumpuan mereka kepada huruf semata-mata.
b) Murid-murid tidak faham apa yang dibacanya. Oleh kerana terlalu
mementingkan ejaan dan sebutan , fahamman langsung tidak dihiraukan.
c) Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak memperdulikan
rangkaikata dan tempat-tempat berhenti.
d) Tidak membangkitkan perasaan gemar membaca kerana kaedah ini
bertentangan dengan pendapat Ilmu Jiwa iaitu cara kanak-kanak menguasai
sesuatu ialah daripada keseluruhannya membawa kepada bahagian-
bahagiannya.
e) Mengelirukan kanak-kanak kerana nama huruf-huruf tidak menepati bunyi
huruf-huruf itu.

3. KAEDAH FONIK

3.1 Definisi

Kaedah fonik ialah kaedah pengajaran membaca yang membimbing murid tentang
perkaitan antara abjad bagi bahasa bertulis (grafim) dengan bunyi individu (fonem) bahasa
pertuturan. Fonetik (fon’etik) ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan
kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonetik itu adalah satu bidang bahasa
PGSR BM AMBILAN NOV 2008 5
WAJ 3104 LITERASI BAHASA

yang begitu luas yang mencakupi ciri-ciri fizikal sesuatu bunyi; antara lainnya frekuensi
dan bagaimana bunyi terhasil. Kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim
yang mewujudkan bentuk ucapan. Kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat
bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).

3.2 Cara Pengajaran

Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan


mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik
ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap
abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada
satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.

Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan


konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan
mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan
perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan
sy.

Kesedaran Fonemik - Bunyi Fonik - Abjad Apabila mendengar sebutan perkataan


“buku”, murid boleh memberitahu bahawa bunyi awal perkataan itu ialah /b/ (b ē) .
(tersendiri - isolation) Apabila mendengar sebutan perkataan “buku”, murid boleh
memberitahu bahawa abjad awal perkataan itu ialah /b/ dan ikuti oleh /u/, /k/ dan /u/.

3.2.1 Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain,
Contohnya : ba, tang, = batang

Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan


akhirnya perkataan,
Contohnya :
A = aaaa E = e’h
E = eh I = iiiii O = oooo
PGSR BM AMBILAN NOV 2008 6
WAJ 3104 LITERASI BAHASA

U = uuuu
B = beh
C = ceh
D = deh F = feh G = geh H = heh
J = jeh
K = keh L = el M = em N = en P = peh
Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh
Y = yeh
Z = zez

b (beh), a (ah) = ba
t (teh), u (uh) = tu
ba + tu = batu

3.3 Kebaikan Kaedah Bunyi

3.3.1 Sesuai dengan susuk kata Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu adalah
terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.

3.3.2 Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataa-perkataan baharu


walaupun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka.

3.3.3 Jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh
membaca dalam apa jua bahasa.

3.3.4 Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata
tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan
perkataan sehingga selesai satu perkataan.

3.4 Keburukan Kaedah Bunyi

3.4.1 Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyai

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 7


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

makna yang nyata pada mereka.

3.4.2 Bacaan murid-murid tidak licin, ini disebabkan perhatian murid-murid itu
tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.

4. KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

4.1 Definisi

Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh
membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah
ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia.
Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola
sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk
dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh
diterima hafal oleh anak kecil kita.

4.2 Cara Pengajaran

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad
imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di
atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di
atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan
cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto
“photographic memory “. Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang
diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.

Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk
antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa
Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah
pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan
PGSR BM AMBILAN NOV 2008 8
WAJ 3104 LITERASI BAHASA

ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi
dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-
• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
• ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)

4.3 Proses Kaedah pandang dan sebut

4.3.1 Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya.


Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak jyga dieja, tetapi terus disebut
perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang
disampaikan mengikut kaedah ini diserta dengan gambar.

4.3.2 Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecamterus ayat-
ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang
terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca.

4.3.3 Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

4.3.4 Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata
dan kaedah ayat.

4.3.5 Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan Jawi
terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja.

4.4 Kelebihan Kaedah Pandang dan Sebut.

4.4.1 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari
sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.

4.4.2 Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu
daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya.
4.4.3 Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Dengan itu kanak-kanak dari mula
mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka.
PGSR BM AMBILAN NOV 2008 9
WAJ 3104 LITERASI BAHASA

4.4.4 Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama
ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.

4.5 Kelemahan Kaedah Pandang dan Sebut.

4.5.1 Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataa, rangkai kata dan ayat-
ayat yang telah diajarkan sahaja.

4.5.2 Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal.
Lambat mengenal bunyi dan suku kata.

4.5.3 Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka
membaca sendiri.

4.5.4 Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.

5. DEFINISI TULISAN

TULISAN adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi,. Jika


tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa.Tulisan adalah alat untuk melahirkan
fikiran dan perasaan.Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai
kata dan ayat-ayat.Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan
orang lain melalui butiran-butiran tulisannya.Oleh itu pelajaran menulis sangatlah penting
kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan
buah fikiran seseorang.

Tulisan berhubung rapat dengan membaca.Kedua-duanya mementingkan teknik


dan akal.Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga di
sebaliknya.Seseorang itu menulis karangnya kerana ada yang membacanya.Seseorang
itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 10


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Di sekolah-sekolah ,pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang


terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang
selari.Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi ada
kalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke sekolah.Ini tidaklah
merisaukan,kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaba.Bagaimanapun harus
diingat,tidak elok kanak-kanak disuruh menulis sebelum dia tahu membaca.

5.1 TUJUAN TULISAN

5.1.1 Tujuan serta merta;

a) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis


dengan baik,cekap dan pantas.
b) Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan dengan pantas dan
menyusun ayat–ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
c) Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan
yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi
bacaannya.
d) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna
dalam bentuk tulisan.
e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.Ramai orang mempunyai
bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk
melahirkannya.
f) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan
g) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 11


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

5.1.2 Tujuan Lanjut;

a) Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi


penulisan. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan
perasaan. Misalnya, seorang penulis, penyajak atau pengarang dapat
menggambarkan sesuatu melalui penulisannya. Mereka melaporkan sesuatu
yang telah berlaku, mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang berlaku,
membuat ramalan ramalan peristiwa masa depan dan sebagainya.

b) Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi


kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri
sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

6. JENIS-JENIS KEMAHIRAN TULISAN

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran
tulisan. Pertama kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk
pelahiran (mental).

6.1 Kemahiran Menulis Secara Mekanis


.
Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya
murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti
tulisan seperti membuat corak,menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah
penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan
supaya berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya
seperti menulis huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Latihan-latihan
mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah di
antaranya :

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 12


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

a) Latihan pergerakan tangan ,otot,jari dan membentuk atau membuat garisan-


garisan, bulatan,segi-segi, bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya.
b) Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir,di papan tulis dan
sebagainya.
c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin,menyusun benda-benda dan
melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.
d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf,menulis perkataan dan ayat.
e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk ,saiz,tegak atau condong,jarak
kekemasan, kebersihan dan lain-lain.
f) Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca.
g) Melatih menulis cepat.

6.2 Kemahiran Menulis Untuk Pelahiran (Mental)

Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak


mendapat kemahiran mekanis.Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-latihan
mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk pelahiran ialah:

a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.


b) Latihan pernyataan perasaan.
c) Latihan pernyataan kehendak.
d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.

7. PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga :

a) Peringkat pramenulis (persediaan)


b) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)
c) Peringkat untuk pelahiran.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 13


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

7.1 Peringkat Pramenulis

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pramenulis sekiranya ia sudah


mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta
sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam
benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan
teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain
itu latihan-latihan kordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-
kanak dapat meniru bentuk–bentuk yang dilihat.

Pada peringkat pramenulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih


pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui
lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak. Menurut
Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh
melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis;

i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke


belakang.
ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometrid an garisan putus.
iii. Menyambung titik-titik di atas kertas.
iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah,
dan dari bawah ke atas.
v. Melukis bulatan lawan arah bulatan jam, garis melengkung, dan bulatan arah
jarum jam.
vi. Melukis garis condong .
vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk , dan
viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan
bentuk huruf-huruf tersebut .

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 14


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

8.0 PENULISAN MEKANIS

8.1 Peringkat Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis )

Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pramenulis dan dapat


melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik, maka guru sudah boleh
memperkenalkan pengajaran kemahiran menulis pada mereka. Aktiviti awal adalah
tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong kertas petak,
dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan cara memegang pensel yang
betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru
hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah dan teknik untuk mengajar kanak-kanak
menulis.

8.2 Peringkat Mendirikan Asas

Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang


pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk
lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di
kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan,
barulah dilatih membentuk huruf-huruf pada halaman yang bergaris . Apabila murid mula
membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Aktiviti ini
harus bermula daripada garisan yang lebar hingga lembaran satu garis. Di bawah ini
adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke akhir lembaran satu garis itu .

9. PEMULIHAN MEMBACA

9.1 Pengenalan

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk


penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Justeru,

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 15


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai
kemahiran ini. Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat
membaca:

a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)


Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan
berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada.

c) Faktor yang ada pada bahan bacaan


Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata,
panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan
organisasi bahan grafik.

9.2 Aktiviti Pemulihan Bacaan

9.2.1 Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik
dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan
akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah
ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti:
Bibir
Gigi
Gusi
Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Lidah
Rongga tekak
Rongga mulut

9.2.2 Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid. Melalui aktiviti
pemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan menghafal

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 16


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

huruf ‘a’ sehingga ‘z’ dengan urutan yang betul. . Justeru, guru perlu melaksanakan
aktiviti berikut:
Nyanyian lagu A,B,C,..
Menayangkan huruf satu persatu secara berulang
Padanan abjad
Menyebut huruf satu persatu secara berulang.

9.2.3 Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan oleh
guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. Latihan ini juga
melibatkan penggunaan gambar untuki merangsang murid supaya bertutur.

9.2.4 Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai kemahiran
membaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklah
permainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf,
permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv,
kvk, kv+kv, dan kv+kvk.

9.2.5 Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan
asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan
bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan,
membina, menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah
menarik, dan memenuhi keperluan pancaindera.

9.3 Analisis Aktiviti Pemulihan Bacaan

Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi


kebolehbacaan murid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat membantu
perancangan dan penyediaan proses pengajaran. Pengetahuan dan pemahaman guru
dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan
kefahaman. Aktiviti pemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakan
pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asas
kemahiran berbahasa iaitu membaca.
PGSR BM AMBILAN NOV 2008 17
WAJ 3104 LITERASI BAHASA

10.0 PEMULIHAN TULISAN

10.1 Cara-Cara Pelaksanaan Rancangan Pemulihan

Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain akan
diasingkan untuk diajar oleh guru pemulihan. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan
untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Guru pemulihan yang
ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya
pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut.

Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama


sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran
pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama
saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang
kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu
bidang sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan
memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya
untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

10.2 SARINGAN DAN DIAGNOSIS

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan


menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Berbagai-bagai cara telah
dikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis.
Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam
buku latihan, atau ringkasan. Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana
ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga
mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan. Dengan itu, cara yang
dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik. Cara berikut
untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis mudah digunakan
oleh guru bilik darjah.
PGSR BM AMBILAN NOV 2008 18
WAJ 3104 LITERASI BAHASA

10.2.1 Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua syarat
berikut:
a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana
kerumitan mengeja.
b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh
murid.

10.2.2 Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal
semua kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat
tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.

10.2.3 Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang
sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga
minit, guru akan menyuruh mereka berhenti dan mengutip tulisan tersebut.

10.2.4 Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-perkara


berikut:-
a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.
b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan
ujian yang menghadkan masa.
c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut:
Jumlah perkataan dibahagi dengan masa).

10.2.5 Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan.
a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang
masanya dihadkan.
b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak
mengehadkan masa.
c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat.
d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu
besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 19


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya
memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan
yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya.
Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian ini satu skel
purata disediakan yang dapat diperkaitkan dengan darjah murid. Dengan menggunakan
Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh-¬contoh skel ini
ialah ‘Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale for Handwriting
(Gettysburg Edition) ‘,`American Handwriting Scale', dan 'Minneapolis Handwriting Scale'.
Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dan
tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.

Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan,


guru harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan murid
tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan
membaca tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau
yang memerlukan penelitian kali kedua.

Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid.
Perkara ini mudah dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis
of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan
murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat
dibaca. Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf
didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan t
menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%.

Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan
yang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti cl,
o seperti a dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L Oleh
kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca,
adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis
bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang
memuaskan di kalangan murid sekolah rendah.
PGSR BM AMBILAN NOV 2008 20
WAJ 3104 LITERASI BAHASA

10.3 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-
peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh
yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara
individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi
ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh
murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-
lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh
banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan
harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan
lagi untuk menggunakan getah pemadam.

10.4 KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA

Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika
murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah. Latihan
permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon.
Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:

10.4.1 Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut.
Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang
mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang
bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan
sahaja.

10.4.2 Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan
bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus
dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 21


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

10.4.3 Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari
dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang
dan selesa.

10.4.4 Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hamper dengan
mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

10.4.5 Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari
telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di
kedudukan yang betul.

10.5 LATIHAN SEBELUM MENULIS

Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan


jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji
dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. Bentuk-bentuk
yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan serta
kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan,
dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.

10.6 RUMUSAN

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-
peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh
yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara
individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Pendekatan dan strategi pengajaran yang
fleksibel dan inovatif akan membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar.
Bahan yang diberi juga hendaklah terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran
terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan. Walau bagaimanapun, peruntukan

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 22


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar
dapat menguasai kemahiran tersebut.

Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-
cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan
teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan
oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan
individu. Jika pengajaran dan pembelajaran guru menarik, murid-murid akan bermotivasi
untuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 23


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

11.0 PERMAINAN DALAM PENGAJARAN BAHASA

Dr. John Samuel dalam artikelnya yang berjudul Standard of English: Compari-
son Not Valid (1987) menyatakan bahawa seorang guru yang baik seharusnya tidak
menghadapi kesulitan dalam memotivasikan pelajar-pelajamya. Ia boleh dilakukan melalui
pendekatan-pendekatan yang positif. Menggunakan permainan bahasa dalam pelajaran
bahasa boleh diangggap sebagai satu pendekatan yang positif. Permainan bahasa bersifat
komunikatif dan menyeronokkan. la merupakan satu kaedah mempelajari bahasa secara
tidak langsung. la menyediakan kepelbagaian dan membantu mengekalkan minat di dalam
bilik darjah. Pelajar belajar lebih banyak melalui aktiviti kerana memberikan Iebih banyak
peluang kepada pelajar itu melibatkan diri dalam komunikasi. Oleh itu, aktiviti menjadikan
sesuatu bahasa itu menarik untuk dipelajari. Sewaktu pembelajaran berlangsung, pelajar
bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat , idea dan menggunakan
sebahagian besar bahasa untuk perbincangan, mengemukakan cadangan, menerima,
menolak, menyatakan persetujuan, membetulkan dan sebagainya.

Kajian awal mengenai latihan bermain dan belajar pernah dilakukan oleh Skinner
seorang tokoh psikologi pembelajaran yang terkenal. Beliau telah mengkaji dan
membincangkan dengan jelas proses pembelajaran bahasa melalui rangsangan dan gerak
balas. Beliau telah melatih dua ekor merpati bermain ping pong untuk melihat bagaimana
latihan secara bermain dapat mengajar kedua-dua merpati itu bermain dengan cekap.
Penyelidikannya mendapati latihan secara bermain telah berjaya mengajar burung merpati
itu bermain ping pong dengan baik melalui rangsangan dan gerak balas yang berulang-
ulang.

Terdapat pelbagai aktiviti permainan bahasa yang boleh dilakukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Permainan bahasa yang dilakukan di bilik darjah
bukan setakat berakhir di bilik darjah, tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar
hingga ke luar bilik darjah. Ia juga menggalakkan pembelajaran kendiri.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) melalui Pusat Perkembangan Kurikulum


telah menerima aktiviti permainan bahasa sebagai salah satu teknik pengajaran bahasa
PGSR BM AMBILAN NOV 2008 24
WAJ 3104 LITERASI BAHASA

yang penting, guru-guru bahasa disarankan agar memilih teknik-teknik yang sesuai
dengan kebolehan, minat, pencapaian, dan latar belakang pelajar-pelajar supaya
pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang menarik dan tidak
membosankan.

11.1 PERMAINAN BAHASA UNTUK KEMAHIRAN MEMBACA

Permainan bahasa untuk kemahiran membaca lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti


membaca pada peringkat permulaan, iaitu latihan mengecam dan menyembunyikan huruf
atau perkataan, mengeja, mengenal perkataan dan ayat, serta aktiviti membaca yang
mudah. Permainan bahasa bagi kemahiran membaca bertujuan untuk melatih pelajar
membaca dalam suasana yang menyeronokkan dan mudah.

Penggunaan permainan bahasa dalam pengajaran kemahiran membaca akan


mempercepatkan proses penguasaan bacaan kanak-kanak kerana segala proses
penguasaan permainan tersebut akan menumpukan perhatian kanak-kanak tersebut
kepada proses mengeja membaca arahan, dan membaca perkataan serta ayat yang
terdapat pada permainan. Antara permainan yang sesuai dengan kemahiran membaca
adalah bingo, domino, teks kata, teka silang, menyesuaikan gambar dengan cerita, kad
cantuman , melengkapkan kata, posmen, dan sebagainya. Di dalam tugasan ini, jenis
permainan yang dipilih ialah permainan bahasa yang menyerupai permainan Bingo tetapi
telah dibuat sedikit perubahan dari segi peraturan permainannya.

11.2 PERMAINAN BINGO

11.2.1 TUJUAN PERMAINAN

Permainan ini bertujuan supaya pelajar boleh mengenal huruf besar dengan cepat
dan tepat.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 25


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

11.2.2 BAHAN / SET PERMAINAN (Rujuk lampiran)

a) Papan Bingo (2 buah)


b) Kad semak (35 keping)
c) Kad huruf besar (36 keping)

11.3 CARA MENGHASILKAN ALAT PERMAINAN

Gambar atau grafik yang terdapat di papan Bingo dan kad huruf serta kad semak di
reka menggunakan komputer. Kemudian ianya dicetak menggunakan kertas Glossy untuk
mendapatkan kesan cetakan yang lebih baik. Untuk mengelakkan peralatan permainan ini
daripada cepat rosak, papan Bingo dan kad semak telah dilapis dengan ”laminating film”,
manakala kad huruf pula dilapis dengan kertas tebal berukuran 2 milimeter.

11.4 CARA BERMAIN

Permainan ini boleh dimainkan secara berkumpulan (2 kumpulan) atau individu


(satu lawan satu). Untuk melibatkan ramai pemain atau kumpulan, guru hendaklah
menambah set permainan Bingo seperti yang dinyatakan dalam perkara 2.

11.5 LANGKAH

11.5.1 Berikan Papan Bingo kepada setiap kumpulan.


11.5.2 Bahagikan kad huruf (36 buah) sama banyak kepada dua bahagian dan berikan
kepada setiap kumpulan.
11.5.3 Seorang murid akan mengambil kad satu persatu dari himpunan Kad Semak
yang ada dan menyebutkan huruf tersebut.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 26


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

11.5.4 Ahli-ahli dalam kumpulan akan menyemak sama ada huruf yang disebutkan tadi
ada pada kumpulan masing-masing. Jika ada huruf tersebut diletakkan pada
Papan Bingo.
11.5.5 Cabutan Kad Semak akan terus dilakukan. Kumpulan yang berjaya
memadankan semua kad huruf di Papan Bingo dan menyebut “Bingo” terlebih
dahulu akan dikira sebagai pemenang.
11.5.6 Kocok semula Kad Semak dan Kad Huruf (lakukan seperti yang dinyatakan
dalam bahagian 4.2 dan 4.3) untuk meneruskan permainan bagi pusingan
kedua.

11.6 CADANGAN

Guru juga boleh menggunakan cara permainan ini untuk tujuan mengenal suku
kata, dan perkataan dengan cara mengubahsuai paparan pada Kad Huruf, Kad Semak
dan Papan Bingo.

11.7 RUMUSAN

Dalam permainan, bukanlah mudah bagi guru mendapat tindak balas yang tepat,
daripada pelajar. Oleh itu, guru tidak seharusnya terlalu 'rigid' dengan mengkehendaki
pelajar menguasai sesuatu kemahiran serta-merta. Dalam permainan, aktiviti-aktiviti
dirancangkan khusus untuk membolehkan pelajar menggunakan segala sumber yang ada
pada mereka untuk berkomunikasi. Oleh itu, permainan mendorongkan penggunaan
bahasa dan fungsi bahasa yang agak luas sewaktu pelajar-pelajar berinteraksi. Dalam
permainan, pelajar biasanya menggunakan beberapa mekanisme misalnya berbincang
atau meneka. Ini secara tidak langsung mendorongkan mereka memilih bentuk struktur
bahasa yang di luar jangkaan kita.

Penekanan permainan sebenarnya menekankan semangat bekerjasama dan


bukannya pertandingan. Para pelajar bekerjasama dalam menyempurnakan tugas-tugas
PGSR BM AMBILAN NOV 2008 27
WAJ 3104 LITERASI BAHASA

tertentu yang mendorong mereka untuk berkomunikasi. Permainan adalah satu cabaran
untuk mencapai satu-satu matlamat atau melaksanakan beberapa tugas yang menarik
dengan jayanya. Oleh itu, permainan harus berupaya memberi motivasi yang tinggi dan
bukan hanya sekadar bertanding semata-mata. Permainan harus dapat memperkayakan
pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan dan rasa bosan dalam bilik
darjah. ia harus mampu memantapkan proses bahasa dengan menimbulkan keseronokan
dan suasana yang lebih harmoni. Jadi guru tidak seharusnya melemahkan fungsi
permainan yang sebenar. Sebelum memulakan permainan, pelajar harus diberi arahan
tentang cara-cara bermain untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti permainan dengan jelas. Ini
bertujuan untuk memastikan tiada masalah yang timbul semasa permainan bila dijalankan.
Jika pelajar memahami tugas dan peranan masing-masing, maka aktiviti-aktiviti dapat
dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Pada masa permainan , guru beralih
dari satu pasangan ke satu pasangan atau dari satu kumpulan ke satu kumpulan sambil
mencatatkan masalah atau kesilapan biasa yang dilakukan. Masalah dan kesilapan ini
boleh dibincangkan kemudiannya dalam kelas. Guru harus cuba untuk tidak mengganggu
permainan sama ada membuat teguran atau membetulkan kesalahan-kesalahan kecil.

Selepas aktiviti, guru harus mendapatkan maklum balas daripada pelajar. Ini dibuat
dalam satu sesi yang membincangkan masalah dan kesukaran yang dihadapi.
Kemungkinan masalah atau kesukaran yang dihadapi itu tidak dapat dilihat atau dikesan
oleh pelajar, atau kemungkinan juga ia berkaitan dengan aspek bahasa. Item-item bahasa
tertentu boleh disemak semula sekiranya ia merupakan satu kelemahan yang serius di
kalangan pelajar.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 28


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

GAMBAR 1:

Latihan menulis dari kiri ke kanan.

GAMBAR 2:

Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 29


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

GAMBAR 3:

Latihan membentuk bulatan di udara. Di atas meja, pasir,


lantai tanpa menggunakan alat tulis.

GAMBAR 4:

W Z
V
Latihan membentuk garis lurus.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 30


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

GAMBAR 5:

Latihan membentuk corak campuran bulatan


Dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

GAMBAR 6:

Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 31


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

GAMBAR 7:

Latihan

membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan


yang terkawal.

GAMBAR 8:

a b c d e f
Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua/tiga.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 32


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

GAMBAR 9:

a b c d e f
Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

GAMBAR 10:

Aa Bb Cc Dd Ee Ff
Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 33


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

GAMBAR 11:

Papan Bingo

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 34


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

GAMBAR 12:

Muka hadapan Kad Semak

Muka belakang Kad Semak

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 35


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Gambar 13

Kad Huruf

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 36


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

BIBLIOGRAFI

Buku

1. Azman Wan Chik (1993). Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1: Perkaedahan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

2. Marohani Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Kamaruddin Hj. Husin, Pedagogi Bahasa, Longman Malaysia.

4. Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Bt. Abdul Aziz( 1996), Permainan Bahasa Untuk
Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Internet

5. Siti Nurfazira Ramli (2009). Pemulihan Tulisan . Dilayari pada 10 Oktober 2009 dari
laman http://ctfazira.blogspot.com/

6. Siti Nurfazira Ramli (2009). Pratulisan. Dilayari pada 25 September 2009 dari laman
http://ctfazira.blogspot.com/

7. Mohd Nor Izwan Sulaiman (2009). Aktiviti Pemulihan Penulisan. Dilayari pada 12
Oktober 2009 dari laman http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 37


WAJ 3104 LITERASI BAHASA

8. Norhaidi Bin Hj. Sarponen (2009). Bahan Bantu Mengajar. Dilayari pada 30 Oktober
2009 dari laman http://cikguhaidi.wordpress.com/

PGSR BM AMBILAN NOV 2008 38

You might also like