You are on page 1of 18

SIJIL PENGURUSAN KOPERASI

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

ENT 361
KEUSAHAWANAN KOPERASI

DISEDIAKAN UNTUK
ENCIK HAMIZAH MOHD NADZIR

DISEDIAKAN OLEH
DAYANG HASIMAH AWG MADIAN (S2009-10-47)
NAMA DAYANG HASIMAH NO. MATRIK S2009-1047
BTE AWG MADIAN

MODUL 3 PUSAT MKM SARAWAK

TUGASAN ENT 361 KEUSAHAWANAN KOPERASI

ARAHAN:

I. Kertas soalan tugasan ini


mengandungi SATU (1)
soalan . bagi tugasan ini
ialah 25 markah.

II. Panajang tigasan adalah


maksimum 10 mukasurat

TARIKH AKHIR PENYERAHAN TUGAS

TARIKH PENERIMAAN TUGASAN

NAMA PENSYARAH EN. HAMIZAH MOHD NADZIR

SOALAN MARKAH ASAS MARKAH DIPEROLEHI

Individu 25

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENJADI SEORANG USAHAWAN

2
Pengenalan

Bidang keusahawanan bukan lagi menjadi suatu bidang yang asing bagi
masyarakat Malaysia. Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman
Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang
asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukarkan struktur
sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan cara ini,
kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan disektor pertanian, kaum Cina berkerja
dilombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja disektor perladangan.
Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dalam soal perniagaan berbanding dengan
kaum Melayu dan kaum India.

Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya


keusahawan kepada individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh
menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah
mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang. Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua
pihak mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan
di Malaysia.

Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan


memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh
menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995, kerajaan menubuhkan
Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan
mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut
telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Keusahawanan merupakan satu proses mencipta, merebut peluang dan


mengejar sumber –sumber semasa yang dikawal dan biasanya memerlukan visi,
ketekunan, komitmen dan motivasi untuk menyebarkan visi berkenaan disamping
memerlukan keupayaan untuk menanggung risiko kepada kedua-dua pihak, individu
dan kewangan (Rahmah Ismail,2006).

Keusahawanan turut melibatkan penciptaan dan pengagihan nilai dan faedah


untuk individu, kumpulan, organisasi dan masyarakat. Oleh sebab itu, bidang

3
keusahawan jarang mendapat kejayaan dalam masa yang singkat. Kejayaan dan
kegagalan seseorang usahawan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti
sikap usahawan itu sendiri dan faktor persekitaran dimana dan sikap seseorang
usahawan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan akan mempengaruhi
kejayaannya untuk bersaing atau merebut segala peluang yang ada.

Schumpter (1911), mengemukakan satu teori psikologi yang mengutarakan


pandangan bahawa fungsi tunggal usahawan ialah pembaharuan yang tidak akan
membiarkan sistem ekonomi berada dalam keadaan beku meliputi pengubahan
teknologi dasar dan parameter permintaan yang berkait dengan ekonomi. Dengan
kata lain seseorang usahawan yang berjaya adalah seorang pemimpin perniagaan,
mempunyai keupayaan dari segi fizikal dan mempunyai kemahuan untuk mengatasi
cara berfikir yang primitif serta berkemampuan untuk menangkis tentangan sosial
dan persaingan yang wujud di persekitarannya.

Definisi Usahawan

Usahawan merupakan satu kumpulan individu yang mampu mempamerkan


tahap keyakinan yang tinggi dalam membuat keputusan (Teal dan Carrol, 1999).
Menurut Kueh dan Lambing (2000), perkataan entreprenuer berasal daripada
bahasa Perancis iaitu entreprende yang bermaksud ‘perantara’ atau ‘pengambil’.
Usahawan di lihat sebagai perantara bagi pembekal dan pelanggan di samping
menjadi pengambil risiko untuk berjaya dalam perniagaannya.

Menurut Zimmerer dan Sacrborough (1998), usahawan merupakan individu


yang mewujudkan perniagaan baru, berhadapan dengan risiko dan ketidakpastian
untuk mendapat keuntungan dan pertumbuhan melalui peluang dan sumber-sumber
di sekelilingnya. Usahawan sering dikaitkan sebagai pengasas. Ini kerana menurut
Manimala (1999), usahawan merujuk kepada satu proses apabila manusia, wang,
pasaran, kelengkapan pengeluaran dan pengetahuan di gabungkan bersama untuk
mencipta perusahaan yang tidak pernah wujud sebelum ini. Selain itu, usahawan
juga didefinisikan sebagai seorang individu yang mempunyai satu keperluan atau
keupayaan untuk membina dan mencipta sesuatu yang baru (Corman dan
Lussier, (2001).

4
Moha Asri (1999) mendefinisikan usahawan sebagai golongan yang bekerja
kuat, mempunyai idea-idea baru, mempunyai daya cipta dan kreativiti yang tinggi,
sanggup menghadapi risiko kehilangan harta benda dan berusaha meningkatkan
operasi perniagaan mereka. Definisi di atas adalah hampir sama dengan apa yang
telah dinyatakan oleh Zaidatol dan Habibah (1997). Menurut mereka, usahawan
merupakan seorang yang memulakan, memiliki dan mengurus perniagaannya
sendiri serta sanggup menanggung risiko perniagaan. Selain itu, usahawan juga
dikenali sebagai seorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat
keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.

Menurut Zaidatol dan Habibah (1997) usahawan adalah individu yang


menubuhkan perniagaan baru. Usahawan perlu mengambil risiko, melaburkan
sejumlah wang, usaha dan masa serta menggunakan kreativiti untuk menguruskan
perniagaannya. Biasanya, usahawan di katakan sebagai pengurus yang mempunyai
tingkah laku yang positif dan dapat merancang serta mempraktikkan pengurusan
yang strategik dalam perniagaan. Dengan itu, usahawan juga dianggap sebagai
seorang pendaki gunung. Gambaran ini menunjukkan keadaan yang tidak menentu
dan usahawan perlu menghadapi pelbagai risiko dengan baik.

Menurut Sarkom (1995), seorang usahawan adalah seseorang yang memiliki


ciri-ciri seperti:
a) mempunyai kecekapan dalam menjalankan sesuatu perniagaan
b) mempunyai kebolehan untuk melihat, mengenal pasti, merebut dan
mewujudkan peluang-peluang perniagaan
c) berusaha menggembleng faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan
keuntungan
d) seseorang yang sanggup menerima cabaran, cekap membuat keputusan dan
berani serta sanggup menanggung risiko
e) dapat melihat peluang di dalam bencana Usahawan adalah seorang yang
mengamalkan sikap ketekunan di dalam melaksanakan kerja. Mereka
mempunyai keyakinan diri kepada apa yang dihajati serta keupayaan
meletakkan arah kepada destinasi yang dituju (Sabri, 2002).

5
Keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses

dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang

menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau

menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses

mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan

mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari

segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:

1. Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan


tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana
proses tersebut dibangunkan.
2. Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha
yang dilakukan.
3. Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di
dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan,
psikologi dan sosial.
4. Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan.
Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan
peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit
menunjukkan simbol kejayaan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu

proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam

sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan,

pendidikan dan kelembagaan (institution).

6
Perkataan keusahawanan muncul daripada perkataan usahawan yang
bermaksud pengusaha. Usahawan ini juga boleh didefinisikan sebagai mereka yang
bekerja sendiri. Mereka mempunyai perniagaan sendiri sama ada secara kecil-
kecilan atau sederhana atau perniagaan berskala besar. Secara umumnya,
keusahawanan yang didirikan secara kecil-kecilan kerana pemilik juga merupakan
pengurus perniagaan, pemilik yang menggunakan wang sendiri untuk pembentukan
perniagaan dan pasaran dihadkan kepada tempatan sahaja (Hutt,1994).

Keusahawanan juga merupakan satu seni atau proses memasuki, mengurus


perniagaan sendiri (Hutt,1994). Mereka muncul sebagai peniaga atas usaha sendiri
dengan mempunyai sifat, sikap dan minat untuk bekerja sendiri, maka mereka di
katakan mempunyai semangat keusahawanan iaitu mahu meneruskan kerjaya
sebagai seorang usahawan. Keusahawanan merupakan proses mencipta sesuatu
yang baru (kreatif) atau sesuatu yang berbeza (inovatif) yang memberi kebaikan dan
menambah nilai kepada individu dan masyarakat (Low & Tan, 1996). Ini melibatkan
ciptaan nilai melalui pembentukan sesebuah organisasi (Bird, 1989).

Kao dan Stevenson (1984) pula mendefinisikan keusahawanan sebagai


usaha untuk mencipta nilai melalui pengiktirafan dalam bidang perniagaan,
pengurusan dalam pengambilan risiko yang sesuai terhadap peluang dan melalui
kemahiran komunikasi dan pengurusan untuk menggerakkan individu, kewangan
dan keperluan sumber bahan untuk menghasilkan projek.

Menurut Ronstadt (1984), keusahawanan adalah sebagai satu proses yang


dinamik dalam mengumpul harta kekayaan dan harta kekayaan tersebut di kumpul
oleh seseorang yang berisiko besar dalam terma seperti ekuiti, masa, kerjasama
dalam kerjaya ataupun memenuhi nilai sesetengah produk atau perkhidmatan.

Morrison (2000), menyatakan bahawa keusahawanan berpunca daripada


gerak hati dan dalam diri seseorang itu sendiri, masyarakat serta budaya. Ia
merupakan sesuatu yang lebih penting berbanding fungsi mudah ekonomi serta
mewakili satu gabungan material dan bukan material, pragmatisme dan idealisme.
Asas keusahawanan merujuk kepada pengaplikasian proses inovasi serta

7
penerimaan terhadap suatu fungsi menanggung risiko, berorientasikan perubahan
terhadap kedua-dua aspek sosial dan ekonomi. Ringkasnya, hasil daripada inovasi
tersebut akan memberikan kesan yang positif.

Barjoyai Bardai (2000) pula menyatakan bahawa keusahawanan merujuk


kepada sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan seseorang itu
mampu dan cekap untuk mencari, mengenal, merebut peluang dan
menterjemahkannya kepada strategi dan usaha perniagaan bagi mendapatkan
keuntungan.

Menurut Ab. Aziz (2000) pula, keusahawanan merupakan aktiviti yang unik
yang dijalankan secara bersendirian atau berkumpulan sebagai satu kerjaya atau
mempunyai matlamat lain yang tersendiri. Bagi menjayakan matlamat ini, usahawan
perlu menggabungkan aset ketara (tangible) seperti modal, kemudahan fizikal,
teknologi maklumat dengan aset tidak ketara (intangible) iaitu jaringan dengan
pelanggan, pembekal, peminjam, pengedar, pekerja, pemasar, pesaing dan pihak-
pihak lain yang ada kaitan dengan perniagaan yang dijalankan.

Left (dalam Siropolis, 1982) mendefinisikan keusahawanan sebagai ruang


untuk inovasi, pelaburan dan pengembangan pasaran, pengeluaran produk dan
teknik baru. Aspek keusahawanan melibatkan tugas-tugas seorang usahawan iaitu
menanggung risiko dan membuat pelaburan terhadap sumber-sumber untuk
mengeluarkan sesuatu yang baru atau pun membentuk pasaran dan cara baru
terhadap sesuatu yang telah ada.

Kebaikan Dan Keburukan Menjadi Seorang Usahawan-

Menjadi usahawan berjaya adalah impian setiap individu yang menjalankan


perniagaan. Namun begitu, berbagai cabaran harus ditempuhi sebelum mencapai
kejayaan yang diharapkan. Kejayaan dan kegagalan merupakan satu lumrah
kehidupan sebagai usahawan. Kejayaan dan keburukan boleh juga dilihat sebagai

8
kebaikan dan keburukan apabila digelar sebagai usahawan. Terdapat banyak faktor
kebaikan dan keburukan menjadi seorang usahawan.

Kebaikan

1. Boleh Berdikari

Keinginan untuk berdikari boleh menjadi faktor yang mendorong seseorang


menceburkan diri dalam keusahawanan. Berdikari bermaksud berdiri di atas kaki
sendiri. Ini bermakna seorang usahawan bebas membuat keputusan dan berusaha
sendiri ke arah masa depan kehidupannya. Ini menurut Teal dan Carrol, 1999,
mengatakan usahawan sebagai satu kumpulan individu yang mampu mempamerkan
tahap keyakinan yang tinggi dalam membuat keputusan. Berdikari juga
membolehkan seseorang itu menentukan garis panduan peraturan dan masa
bekerjanya sendiri.

2. Memupuk Bakat Kepimpinan Dan Disiplin Diri Yang Tinggi

Bakat kepimpinan dan disiplin diri dapat dibentuk melalui pengalaman


mengurus dan mengendalikan usaha niaga sendiri. Bakat kepimpinan terbina
setelah dia sendiri menjadi majikan yang menentukan perjalanan kerjaya yang
diceburi.

3. Nilai Estetik Tersendiri

Menurut Yep Putih (1985), keusahawanan adalah tenaga atau kualiti manusia
yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan
menggunakan faktor-faktor pengeluaran Seorang usahawan bukan sahaja boleh
mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri, tetapi juga dapat membangunkan
ekonomi dengan pesat serta memberikan sumbangan kepada orang lain. Beliau
mengaitkan keusahawanan sebagai satu bidang kegiatan ekonomi yang mempunyai
keindahan, kemegahan, kemuliaan dan keunikan yang tersendiri. Penglibatan
seseorang individi dalam k eusahawanan seharusnya dianggap sebagai satu bidang
yang mempunyai nilai estetik yang tersendiri.. Nilai tersebut telah membawa kepada
kemakmuran masyarakat dan negara bukan sahaja dari segi ekonomi bahkan juga
kemajuan negara.

9
4. Kepuasan Bekerja

Ramai yang berpendapat bahawa bekerja untuk orang lain tidak memberi
kepuasan dalam kehidupan mereka. Antara alas an yang diberikan termasuklah
terpaksa melakukan kerja-kerja yang tidak digemari atau diminati, peluang kenaikan
pangkat terbatas, jangka masa kerja ditetapkan, pengurusan tidak cekap,
ketidakadilan dalam kenaikan pangkat, terlalu banyak kerenah birokrasi dan jumlah
pendapatan yang rendah. Kesemua faktor ini boleh menimbulkan kekecewaan dan
melemahkan semangat bagi golongan yang inginkan pembaharuan dan mempunyai
daya kreatif tinggi. Menurut Khairuddin, 1996, menjalankan usaha niaga sendiri
membolehkan mereka menentukan corak pengurusan dan kepimpinan yang diyakini
sebagai yang terbaik. Mereka juga bebas mengamalkan corak pengurusan yang
diinginkan dan meninggalkan amalan-amalan yang tidak sesuai.

Banyak kajian menyokong dakwaan bahawa stress sering dikaitkan dengan


kesan negatif kepada individu dan organisasi. Stress juga dikatakan memberi kesan
kepada tahap kepuasan kerja. Pekerja yang mengalami stress dikatakan
mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah, Cooper & Smith (1985). Kajian-
kajian yang dijalankan oleh Jamal (1984), Kahn, Wolfe, Quinn, Snoek & Rosentghal
(1984) menunjukkan perkaitan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja.(

Menurut M.M. Zafir dan M.H. Fazilah dalam kajiannya “Stres di tempat kerja
dan kesannya terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan” , Stres di tempat
kerja terjadi apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan kebolehan, sumber, dan
kehendak pekerja. Ia boleh memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi manusia.
Seseorang individu yang berasa tertekan dengan kerja yang dilakukan akan
menunjukkan kemurungan yang berpanjangan. Apabila rasa tertekan, psikologi akan
terganggu dan pekerja gagal membuat keputusan dengan baik. Situasi ini boleh
menjejaskan prestasi kerja mereka dan menggugat produktiviti organisasi. Masalah
paling dibimbangi adalah stres di tempat kerja boleh menyebabkan penyakit
berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan melemahkan sistem
pertahanan badan terhadap penyakit. Stres di tempat kerja juga boleh menyebabkan
kemalangan di tempat kerja, peningkatan kos keselamatan dan kesihatan pekerjaan,
gangguan trauma kumulatif, menjejaskan prestasi kerja serta mengganggu
kehidupan sosial individu.
10
Justeru, sebagai seorang usahawan, kejayaan dalam perniagaan akan
mendatangkan rasa kepuasan dan keseronokan yang akan mempengaruhi
kehidupan seseorang usahawan menjadi lebih positif..

Menurut Dr Fadzilah Kamsah, bila kita seronok bekerja, kita akan :


 sihat mental dan fizikal
 mempamerkan air muka yang sangat-sangat ceria

 lebih produktif

 menjadi lebih kreatif

 senang berkawan, aura keseronokan memancar pada orang lain

 jadi lebih positif

Apabila seseorang individu memilih untuk menjadi seorang usahawan,


bermakna pilihan tersebut merupakan satu kerjaya yang amat diminati dan
menjadi usahawan adalah satu kepuasan dan keseronokan bagi dirinya.
Keseronokan dan kepuasan timbul bilamana segala apa yang diusahakan adalah
untuk dinikmati oleh dirinya sendiri dan kesannya, boleh menjadikan seseorang
itu bebas kewangan.

5. Masa Bekerja Yang Fleksibel

Sebagai seorang usahawan, peniagaan adalah dimilikinya sendiri. Ini


bermakna sebagai seorang ushawan, masa dan waktu bekerja adalah mengikut
jadual usahawan itu sendiri. Apa yang diperlukan hanyalah kecekapannya
merancang perjalanan perniagaannya sendiri. Sebagai contoh dia boleh
merancang cuti bila-bila masa atau mengambil anak dari sekolah tetapi,
perjalanan atau operasi perniagaan tetap diteruskan dengan merancang tugas
setiap pekerjanya.

6. Boleh Menikmati Cara Hidup Mewah

11
Tidak dinafikan bahawa majikan akan menerima ganjaran yang lebih besar
daripada pekerjanya. Usahawan sebagai orang yang sanggup menanggung
segala risiko kerugian, sanggup mempertaruhkan harta sebagai modal,
mengorbankan masa dan tenaga seharusnya diberikan ganjaran yang setimpal
dengan usahanya sebagai seorang usahawan. Lebih besar ganjaran kewangan
yang diterima, maka lebih besarlah peluang untuk menikmati kehidupan mewah
(Khairuddin, 1996)

Rasullulah S.A.W pernah bersabda bahawa sembilan persepuluh rezeki


adalah dalam bidang perniagaan. Mencari nafkah yang halal menerusi bidang
perniagaan memang dialu-alukan dan ianya dipraktikkan oleh para ambiya’
sebelum Rasullah lagi.

7. Perubahan Status Sosial

Selain itu, bidang keusahawanan juga dianggap sebagai jalan kepada


perubahan status sosial terutama sekali jika seseorang itu telah menjadi seorang
usahawan yang berjaya. Sebagai contoh Jutawan Melayu pertama iaitu, Syed
Mokhtar Al Bukhari. Beliau berasal dari keluarga yang miskin, tetapi telah
menjalani kehidupan mewah sekaligus mengubag status sosial tinggi sebagai
seorang jutawan.

Seorang ahli koporat juga boleh hidup mewah apabila dia berjaya menerajui
syarikatnya. Seorang ushawan akan menjadi seorang yang dihormati, disegani
oleh masyarakat kerana berpengaruh. Kualiti penghidupan sebagai ushawan
juga tinggi dari segi ekonomi contohnya berkereta mewah, memiliki rumah yang
besar daripada sumber pendapatan yang besar dan menguntungkan.

8. Mencipta Peluang Pekerjaan

Peranan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sering diperkatakan sebagai


salah satu ejen pembangunan ekonomi negara. PKS mampu mempertingkatkan

12
pengeluaran negara, mewujudkan peluang pekerjaaan, integrasi antara firma,
menjana eksport serta mampu membantu dalam proses pengeluaran beberapa
industri berskel sederhana mahupun besar. PKS serta IKS sebagai antara
penyumbang utama perkembangan ekonomi Malaysia telah dikaji secara mendalam
oleh Ishak Shari dan Wook Endut (1989). Kajian ini meliputi sumbangan PKS dari
aspek perkembangan ekonomi, penawaran tenaga kerja serta beberapa
permasalahan yang timbul dalam memperluaskan PKS di Malaysia.

Justeru, sebagai usahawan beliau dianggap sebagai agen perubahan


masyarakat disamping menjadi pemangkin kepada perubahan masyarakat yang
dinamik selaras dengan wawasan 2020. Seorang ushawan itu mengusahakan
perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai.
Dapat memenuhi keperluan orang ramai dan bersedia membuat pembaharuan untuk
meningkatkan daya pengeluaran. Mempunyai prakasa (inisiatif) dalam mewujudkan
peluang-peluang ekonomi dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan
seterusnya menyelesaikan masalah sosial yang timbul daripada pengangguran dan
kemiskinan.

9. Sumbangan Terhadap Pembangunan Dan Keluaran Dalam Negara Kasar


(KDNK)

Memetik ucapan oleh Datuk Yahya Hus-sin, selaku Menteri Pertanian dan
Industri Makanan Negeri di Putatan, Sabah (New SabahTimes), Enterprise Kecil
dan Sederhana (EKS) berperanan penting terhadap pembangunan dan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) serta pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Ini
berdasarkan kajian Majlis Pembangunan EKS Kebangsaan, EkS mewakili 90
peratus daripada semua firma perniagaan di Malaysia dan menyumbang 32
peratus terhadap jumlah pengeluaran secara keseluruhan (New Sabah Times
2009). Dasar Kerajaan turut meletakkan EKS sebagai teras penting untuk
memaju dan memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Jadi, jelaslah kepada kita bahawa bidang keusahawanan memberi peluang


kepada setiap usahawan untuk berbakti dan memastikan ekonomi negara
berada dalam keadaan yang stabil melalui keusahawanan.

13
Keburukan

Keburukan sebagai usahawan dapat dilihat apabila ianya menyumbang kepada


kegagalan seseorang usahawan dalam bidang yang diceburinya. Keburukan boleh
dilihat daripada masalah-masalah yang perlu dihadapi oleh seorang usahawan.
Menurut Rohaizat (2000), berdasarkan satu kajian oleh Lussier terhadap seratus
orang usahawan Amerika Syarikat yang telah gagal dalam perniagaan mereka.
Diantara faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan tersebut adalah:

 Kurang modal dan kos tetap yang tinggi


 Pengurusan yang tidak cekap

 Aktiviti ekonomi yang perlahan

 Masalah dengan peminjam

 Masalah dengan rakan kongsi

 Terlebih belanja

Keburukan yang dipetik dari laman sesawang menyenaraikan beberapa keburukan


apabila menjadi seorang usahawan. Diantaranya adalah:

1. Jadual dan masa bekerja yang tidak menentu

Jadual bekerja sebagai usahawan tidak menentu dan tetap. Ada kalanya bila
timbul masalah yang diluar jangka perlu ditangani segera dan kadangkala
mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Bagi perniagaan yang baru
bermula, ia memerlukan masa kerja yang tidak menentu dan kadang-kadang
menyebabkan usahawan tersebut terpaksa bekerja lebih masa dan pulang
lewat malam.Keadaan akan menjadi buruk jika isteri atau suami tidak
memahami tugas dan komitmen pasangan mereka sebagai usahawan.
Perbalahan dan pertelingkahan kadang-kadang berlaku.

2. Kesukaran Memperoleh Pinjaman


14
Masalah begini sering dihadapi oleh usahawan yang baru dalam
bidang perniagaan. Menurut Lee-Gosselin & Grise (1990), masalah yang
kerap dihadapi oleh usahawan wanita semasa memulakan perniagaan ialah
kekurangan keyakinan daripada pihak bank, pembekal dan pelanggan,
kekurangan modal permulaan dan masalah keluarga.

3. Risiko Kegagalan

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kegagalan sesuatu


perniagaan. Dalam bidang keusahawanan, keberangkalian untuk gagal dalam
perniagaan tidaklah mustahil. Kegagalan mungkin berpunca dari kekurangan
modal pusingan, persaingan pasaran, kurang pengalaman dan latihan yang
mencukupi. Apabila seseorang usahawan berhadapan dengan risiko
sebegini, dan tidak dapat menjana pendapatan seperti yang diharapkan,
maka akan timbul pula konflik pada diri usahawan tersebut. Apabila berlaku
kurkurang modal atau aliran wang tunai, gaji pekerja, bayaran sewa premis,
pinjaman dari pihak bank perlu diselesaikan.

Pekerja pula akan mengabaikan tugas dan tanggungjawab apabila


menyedari kebajikan mereka tidak dipedulikan. Begitu juga dengan pihak
bank. Kegagalan menjelaskan pinjaman mengikut masa yang ditetapkan akan
menyebabkan usahawan berkenaan berhadapan dengan tindakan undang-
undang oleh pihak bank. Usahawan seterusnya akan disenaraihitamkan dan
kesannya beliau sukar menerima mana-mana pinjaman atau pembiayaan dari
institusi kewangan lain.

4. Pemasaran Produk

Grazely (1990) memberi nasihat bahawa kejayaan dalam perniagaan


memerlukan latihan yang rapi. Latihan yang dimaksudkan adalah seperti
pemasaran produk perniagaan. Tanpa pemasaran, lambakan produk
mungkin berlaku. Usahawan perlu berkemahiran memasarkan produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan.

5. Pengurusan

15
Sebagai pemilik perniagaan, semua keputusan perlu dibuat sendiri
oleh usahawan. Kesilapan memberi keputusan yang tepat akan
mengakibatkan kerugian kepada perusahaannya sendiri. Sikap usahawan
sebagai pengurus banyak mempengaruhi perjalanan pengurusannya.
Sebagai contoh, pengurus yang perihatin akan masalah dan kebajikan
pekerjanya akan melahirkan pekerja atau tenaga kerja yang setia.
Sebaliknya sikap pengurus yang panas baran, mementingkan diri, akan
menyebabkan pekerja terbaik berpaling tadah atau mengkhianati majikannya.
Justeru, usahawan perlu mempelajari teknik mengawal emosi. Keburukan
yang dihadapi usahawan selaku pengurus apabila beliau mengaji pekerja
yang bersikap seperti gunting dalam lipatan. Sikap terlalu mempercayai
pekerja akan mengundang padah kepada usahawan itu sendiri.

6. Karenah Birokrasi

Sebagai usahawan mereka akan berhadapan dengan berbagai


kerenah birokrasi dan prosidur yang adakalanya rumit dan kurang releven. Ini
masalah begini sering dihadapi semasa memohon bantuan perniagaan dan
sebagainya. Selain itu, usahawan yang tidak mengikut latihan keusahawanan
tidak memahami prosidur-prosidur yang perlu diikuti semasa membuat
permohonan. Kesilapan yang sedikit ini akan menyebabkan mereka gagal
mendapat sebarang bantuan.

Kesimpulan

Dengan melihat kepada kebaikan dan keburukan tadi, maka jelaslah kepada
kita kejayaan atau kegagalan dalam perniagaan dipengaruhi oleh faktor peribadi
usahawan itu sendiri. Apa yang penting mereka perlu menjalani latihan secukupnya
sebelum menceburkan diri dalam bidang keusahawan. Bachemin (1989)
mengatakan bahawa kejayaan usahawan adalah bergantung kepada mengenali
peluang dan bertindak dengan tegas supaya kerja lebih efektif, mempunyai
wawasan dan kreativiti untuk mengalihkan idea ke dalam perniagaan supaya
mendatangkan untung.

16
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kejayaan usahawan termasuk
pengalaman dalam bidang keusahawanan seperti penyertaan dahulu ke atas
pekerjaan baru serta tahap pengurusan yang pernah dialami. Seorang usahawan
perlu belajar daripada kegagalan, kebolehan memimpin dan bertindak dengan
pantas (Zimmerer, 1996).

Rujukan

17
1. Md. Ninggal, Mohd. Tajudin (2005) Penyelidikan Ke Atas Alat Ukur Pengujian
Psikologi di Malaysia: Kajian Kesahihan dan Kebolehan Skala Ujian Stress.
Project Report. Faculty of Education, Skudai, Johor. http://eprints.utm.my
2. Laman sesawang
http://www.communityhealthjournal.org/pdf/Vol12%281%29-Zafir.pdf)

3. Laman sesawang. http://wiki.answers.com/


4. New Sabah Times. http:www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/21126

5. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kajian Kes: Pesisiran Pantai Timur
Semenanjung Malaysia1(http://phuakl.tripod.com/pssm/conference/day211.pdf
6. Laman sesawang. http://shueqry.blogspot.com/2007/09/dr-fadzilah-kamsah-
keseronokan-bekerja.html

7. Rahmah Ismail et al. Daya Saing Usahawan dan Syarikat Melayu Dalam
Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan (2006). DBP. Kuala Lumpur.

8. Wan Mohd Nazif dan Fszilah Ibrahim.Formula Menjadi Usahawan Berjaya


(2007). PTS Professional.Kuala Lumpur.

18

You might also like