You are on page 1of 4

GELATIN

PENGENALAN
Gelatin adalah protein dan tidak mengandungi karbohidrat mahupun lemak. Ia ditapis
dari kolagen semulajadi dari tisu haiwan. Pengilangan gelatin di kemudahan yang moden
mememuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang tinggi.

Gelatin diperbuat daripada kulit lembu, khinzir dan ikan, bahagian (splits) lembu dan
tulang khinzir, lembu dan ayam. Contoh ikan adalah keli (cat fish) dan tilapia.

Gelatin dikategorikan sebagai bahan mentah di dalam makanan dan bukan sebagai bahan
tambah makanan (aditif), oleh itu, ia tiada kod ‘E number’.

Gelatin adalah salah satu contoh jenis colloid dan mempunyai asid amino tak perlu yang
tinggi (glycine dan proline), tetapi kekurangan asid amino perlu (asid amino yang tidak
boleh disintesiskan oleh badan.

Pembuatan gelatin mula diketahui oleh orang Greek dan Mesir pada zaman pertengahan.
Denis Papin, seorang warga Perancis dengan periuk stimnya memulakan resipi kegunaan
gelatin. Aktiviti komersil hanya bermula dikurun abad ke-20.

PENGELUARAN GELATIN DUNIA 2004, METRIK TON DAN PERATUS

Ikan
1%
Tulang
27%
Kulit Khinzir
43%

Kulit Lembu
29%

 Kulit Khinzir 124,400


 Kulit Lembu 84,400
 Tulang 79,200
 Ikan 3,000
Jumlah 291,000
NEGARA-NEGARA PENGELUAR GELATIN

 Eropah Barat- 39%


 Utara Amerika -20%
 Amerika Latin -17%
 Eropah Timur – 2%
 Lain-lain negara -22%
(Pengeluaran yang diusahakan oleh orang Islam tidaklah melebihi 1%.)

PROSES PENGELUARAN GELATIN KOMERSIL

 Proses- Proses Penyediaan Bahan Mentah


 Proses Asid (Jenis gelatin- A) –untuk semua jenis bahan mentah
 Proses Alkali (Jenis gelatin B) – untuk tulang

 Proses Utama
Pengekstrakan, Penulenan dan Pengeringan Gelatin
1. Pengekstrakan dibuat dengan air suling yang suhunya di kawal.
2. Cecair gelatin di tapis, demineralise dan dipekatkan.
3. Disterilkan menguna pensterilan UHT,
4. Disejukan dan dipicit keluar berbentuk mihun.
5. Dikeringkan dan dikisar
6. Diadunkan mengikut spesifikasi
7. Diuji kualiti bakteriologi, kekentalan, kelikatan (viscosity) dan lain.

APLIKASI UMUM GELATIN

Ramuan makanan -62%


Farmaseutikal & kosmetik -24%
Foto dan bahan industri -14%

APLIKASI GELATIN – DALAM RAMUAN MAKANAN

Gelatin adalah bahan ramuan makanan. Gelatin digunakan terutamanya kerana sifat-sifat
fungsinya dan kerana keupayaannya bagi memekat, menstabilkan, mengudarakan,
mengeraskan dan menghasilkan sebatian yang baik.

Ciri istimewa gelatin yang tidak boleh diganti dengan bahan lain adalah keupayaan
membentuk ‘thermo-reversible gels’ dan lebur pada suhu badan (27°C ).

Contoh produk yang mengandungi gelatin:

a) Konfeksi: marshmallows, fruit chews, toffee


b) Jeli : produk- produk makanan pencuci mulut
c) Produk roti dan kek : pelbagai produk
d) Produk daging : makanan tin, sosej
e) Produk tenusu : aiskrim, yogurt, marjerin
f) Produk minuman buah-buahan dan wine

APLIKASI GELATIN – FARMASEUTIKAL & KOSMETIK

Digunakan :
- Sebagai pengembang plasma darah
- Kapsul gelatin keras, kapsul lembut untuk ubat-ubatan dan makanan supplemen
- Agen pembentukan dan salutan tablet & pil
- Asas vaksin dan juga span pembedahan
- Bahan campuran losyen, krim dan kosmetik

APLIKASI GELATIN –NUTRASEUTIKAL

Gelatin dan hydrolysatenya digunakan untuk pengayaan protein.

Mengapa Gelatin Berkhasiat?


Protein semulajadi gelatin mengandungi asid amino glycine and proline dalam
consentrasi 10 hingga 20 kali ganda dari protein-protein lain. Asid amino inilah yang
membina tisu-tisu penghubung. Bekalan asid amino yang tidak mencukupi akan
mengakibatkan sakit sendi (Arthritis), kuku, rambut dan tulang akan menjadi rapuh
(Osteoporosis). Kajian telah membuktikan yang gelatin berdaya pencegahan dan
pertumbuhan semula keatas tulang, rawan, tendon dan ligamen.

APLIKASI GELATIN – FOTOGRAFI

• Gelatin digunakan sebagai gel sokongan untuk salutan negatif filem, kertas
fotografi dan filem sinaran –X (x-ray). Gel sokongan ini berisi pewarna dan
sebatian yang sensitif kepada cahaya.

• Bahan imaging bagi holografi dan salutan kertas ink-jet.

APLIKASI GELATIN – INDUSTRI- INDUSTRI

Gelatin digunakan sebagai gel sokongan atau salutan di industri:

Percetakan:
Matawang kertas, sijil, bon dan dokumen sekuriti.

Industri Kertas:
Salutan carbonless paper, sokongan kepingan kotak (plies), ketahanan kertas dan kotak
salutan kertas pasir
Industri Mancis:
Salutan mancis

Electrometallurgy:
Proses electrorefining logam (copper, zinc, cadmium), agent galvanoplasty, pelekat dan
ketahanan lasak.

Plastik dan getah:


Pembuatan polyvinyl chloride (PVC), sokongan kepada produk getah

Bahan bina:
campuran bagi sokongan plaster, sokongan simen, dan autoglacing tiles.

Industri kayu:
pelekat kayu lapis, produk kayu, dan penutup cork.

KESIMPULAN

Gelatin adalah satu ramuan yang mempunyai banyak kegunaan dan fungsi dalam
industri-industri. Gelatin adalah satu anugerah yang tiada tolok banding dari Allah SWT.
Bahan ini serba sempurna dalam pelbagai aspek. Persoalannya, adakah sumber gelatin
yang di guna pakai itu datang dari punca yang halal atau sebaliknya. Iaitu samada dari
haiwan atau tumbuhan, samada dari haiwan halal atau haiwan tidak halal, atau samada
dari haiwan halal yang disembelih secara halal atau sebaliknya.

Sedangkan pengeluaran gelatin dunia oleh pengusaha Muslim sehingga kini adalah
kurang daripada 1% sahaja.

Firman Allah Ta’ala SWT :-

“ Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) daripada apa yang telah Allah
kurniakan kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan
nikmat Allah, sekiranya kamu benar-benar hambaNya..”
An-Nahl: Ayat 114

You might also like