You are on page 1of 11

SISTEM KEWANGAN ISLAM DDW 3253

RUJ. TAJUK M/S


A PENGENALAN 2
B SUKUK 3
C SAHAM KONVENSIONAL 5
D JENIS- JENIS SUKUK 6
E TREND DAN KEADAAN SUKUK DALAM 9
PASARAN ANTARABANGSA
F RUJUKAN 11

A. PENGENALAN

Kewangan Konvensional merupakan satu fenomena baru yang muncul pada kurun
16M dengan tertubuhnya bank yang pertama di Venice, Itali. Istilah bank boleh didefinisikan

Page 1 of 11
SISTEM KEWANGAN ISLAM DDW 3253

sebagai institusi kewangan yang berteraskan riba iaitu penerimaan deposit dengan kontrak
pemberian premium atau faedah dan penyediaan hutang atau pembiayaan dengan
dikenakan faedah. Perbezaan antara kadar faedah dan pembiayaan adalah keuntungan
kepada bank. Bentuk keuntungan yang diperolehi bank seperti aset cair iaitu wang. Wang
boleh diklasifikasikan sebagai komoditi yang mempunyai harga dimana pihak yang memberi
pinjaman berhak mendapat pulangan prinsipal dan premium di atas wang yang dipinjamkan.
Pelbagai produk yang dikeluarkan oleh pihak bank konvensional yang terdiri daripada
gadaian, kad kredit, overdraf dan pembiayaan peribadi untuk dalam jangka masa pendek.
Bagi produk jangkamasa panjang pula termasuklah seperti bon, bil perbendaharaan dan
saham keutamaan. Kesemua produk – produk yang dihasilkan oleh bank konvensional ini
boleh dikatakan mempunyai unsur – unsur riba. Ini kerana segala produk yang dijalankan di
institusi ini berasaskan keuntungan yang melibatkan bunga atau interest. Jadi timbul
pelbagai persoalan yang menyelubungi minda kita elok atau tidak kita menggunakan produk
tersebut. Tidak dinafikan terdapat gharar (ragu-ragu) di dalam semua produk- produk bank
konvensional ini. Sebagai contoh Amanah Saham Bumiputera.
Bagi Sistem Kewangan Islam pula sememangnya terbukti dengan jelas bahawa ianya
bebas daripada isu riba, tiada gharar yang ingin dibahaskan dan bebas daripada maysir.
Berbanding dengan Sistem Kewangan Konvensional, sistem ini juga terdapat pelbagai
produk yang bercirikan Islam sebagai contoh Mudharabah, Musyarakah, Bai Bithaman Ajil
dan pelbagai lagi. Sebagai contoh kita ambil satu produk iaitu prinsip Mudharabah.
Mudharabah bermaksud kontrak yang berlaku di antara dua pihak yang melibatkan pemberi
modal dengan pengusaha. Sebagai contoh bank bertindak sebagai pemberi modal kepada
pengusaha yang mengusahakan perniagaan. Keuntungan pula dibahagikan mengikut kadar
yang dipersetujui manakala kerugian pula ditanggung oleh pengeluar modal.

B. SUKUK

Page 2 of 11
SISTEM KEWANGAN ISLAM DDW 3253

Untuk pengetahuan umum, sukuk atau obligasi syariah ini bukanlah istilah yang baru
dalam sejarah Islam. Istilah tersebut sudah dikenali sejak dari abad pertengahan lagi. Umat
Islam menggunakannya dalam konteks perdagangan antarabangsa.
Sukuk merupakan bentuk jamak dari kata sakk. Ia digunakan oleh para pedagang
pada masa itu sebagai dokumen yang menunjukkan bukti kewangan yang timbul dari usaha
perdagangan dan aktiviti perniagaan lain. Namun demikian, sejumlah penulis Barat yang
mengambil berat terhadap sejarah Islam dan bangsa Arab, mereka menyatakan bahawa
sakk inilah yang menjadi akar kata “cheque” dalam bahasa latin. Pada zaman sekarang
‘cheque’ telah menjadi sesuatu transaksi yang menjadi kebiasaan yang digunakan dalam
transaksi dunia perbankan moden.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Inggeris pula menerangkan sukuk bermaksud “Sakk
(certificate) are participation certificates against a single asset /a pool of asset . ‡ Each sukuk
represents proportionate beneficial ownership of an asset for a define period when the risk
and the return associated with the cash flow generated by the underlying asset / pool of
asset and passed to the sukuk holder”. Ini bermaksud, sijil bernilai sama dengan sebahagian
atau keseluruhan dari kepemilikan harta berwujud untuk mendapatkan hasil dan jasa di
dalam kepemilikan asset dari projek tertentu atau aktiviti pelaburan khusus, sijil ini berlaku
setelah menerima nilai sukuk , disaat jatuh tempoh dengan menerima dana sepenuhnya
sesuai dengan tujuan sukuk tersebut.
Sukuk juga boleh dikenali sebagai Bon patuh Syariah. Terdapat beberapa persamaan
antara sukuk dengan bon konvensional. Persamaan tersebut ialah ia  selalu mempunyai
tempoh matang (term maturity), mempunyai kupon profit, serta boleh dijual beli pada harga
hasil (yield price). Walaubagaimanapun perbezaan utama antara sukuk dengan bon
konvesional ialah bon konvensional merupakan klaim seorang pelabur pada aliran wang di
masa hadapan kepada pihak yang menerbitkan bon tersebut. Kontrak antara pelabur
dengan penerbit adalah kontrak seorang penghutang dan pemiutang. Sebagai contoh
seorang pelabur melanggan bon bernilai RM 1000 dan setiap tahun akan diberikan faedah
sebanyak RM 100 sekiranya kadar faedahnya 10% sehingga tempoh matang. Setelah Bon
itu matang pelabur akan diberikan faedah tahun itu serta dibayar semula harga hasil bon
tersebut iaitu RM 1000.
Bagi sukuk pula, metod pengiraan profit adalah serupa dengan bon konvensional,
akan tetapi di dalam kontrak sukuk, klaim seorang pelabur bukan pada aliran wang tunai
semata-mata, akan tetapi klaim seorang pelabur adalah pada manfaat sebuah aset yang
digunakan oleh wang yang dijana melalui kaedah pembiayaan sukuk. Di dalam kontrak
sukuk, wang yang dijana daripada terbitan sukuk akan digunakan untuk membeli sesebuah
aset. Kemudian pemegang sijil sukuk mempunyai klaim ke atas manfaat yang dijana aset
tersebut mengikut kadar pelaburan pelabur tersebut. Contohnya sekiranya pelabur

Page 3 of 11
SISTEM KEWANGAN ISLAM DDW 3253

melanggan RM 1000 dengan perjanjian kadar profit margin 10%, pelabur akan menerima
RM 100 setiap tahun dan RM 1100 pada tempoh matang.
Tambahan lagi, Islamic Jurispudence Council (IJC) kemudian mengeluarkan fatwa
yang menyokong perkembangan sukuk. Hal tersebut mendorong Bahrain Monetary Agency
(BMA) untuk melancarkan salam sukuk yang mempunyai nilai matang selama 91 hari
dengan nilai 25 juta dolar AS pada tahun 2001. Kemudian Malaysia pada tahun yang sama
melancarkan global corporate Sukuk di dalam pasaran kewangan Islam antarabangsa.
Untuk makluman umum, inilah sukuk global yang pertama kali berada dalam pasaran
antarabangsa.
Sukuk juga telah distruktur dimana terbitannya bukan pertukaran antara wang
dengan dengan sijil semata-mata akan tetapi ianya berdasarkan kepada pertukaran aset
yang telah diluluskan dengan beberapa timbangan pembiayaan di mana akan membolehkan
pelabur menerima keuntungan daripada transaksi tersebut. Satu lagi aspek yang
membezakan antara sukuk dan bon konvensional ialah di dalam situasi di mana penerbit
bon tidak dapat membayar balik hutang dan faedah kepada pelabur/ pemiutang pelabur
akan kehilangan kesemua pelaburannya kerana kontrak bon biasanya tiada jaminan aset
yang boleh dicagar untuk mendapatkan semula pokok pelaburan. Di dalam sukuk pula, tidak
boleh tidak di dalam kontrak sukuk mesti terdapat jaminan bahawa wang yang dijana
daripada pelabur digunakan untuk membeli sebuah aset yang mana keuntungan pelabur
datang daripada manfaat aset tersebut. Sekiranya situasi buruk berlaku, pelabur masih
dapat pampasan sebahagian pelaburan mereka dengan mencagarkan aset yang menjadi
jaminan kepada kontrak sukuk tersebut.
Seterusnya, penerbitan sukuk di dalam pasaran antarabangsa semakin mendapat
perhatian mata dunia. Melalui penerbitan ini, ia telah menambat hati pemerintahan Islam
sendiri. Sebagai contoh, pada tahun 2002 kerajaan Malaysia menerbitkan sukuk dengan nilai
600 juta dolar AS dan mendapat perhatian yang luar biasa, bahkan sehingga berlakunya
over subscribe. Begitu pula pada Disember 2004, kerajaan Pakistan menerbitkan sukuk di
pasaran global dengan nilai 600 juta dolar AS. Ini juga mendapat perhatian banyak pihak
dan sukuk yang dikeluarkan hanya dalam sekelip mata sahaja sudah habis dijual.

C. SAHAM KONVENSIONAL

Page 4 of 11
SISTEM KEWANGAN ISLAM DDW 3253

Saham biasa atau konvensional amat popular dalam khalayak ramai kerana ia adalah
satu pelaburan biasa yang dilakukan oleh banyak syarikat yang berstatus tinggi. Jika kita
sebut shaja bon, bil perbendaharaan, saham utama mahupun saham biasa. Semua jenis
saham konvensional ini boleh dikatakan semua masyarakat tahu mengenainya.

Saham konvensional terdapat dalam pelbagai jenis seperti :

i Bon ialah sejenis sijil pelaburan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan ataupun pihak
perbadanan swasta yang mempunyai penyata kewangan yang kukuh untuk
membayar dividen kepada pemegangnya. Ia juga menerangakan bahawa sejumlah
wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik beserta faedah.
ii Saham Biasa merupakan elemen di bawah bahagian ekuiti di dalam kunci kira- kira.
Ekuiti pula adalah milikan seseorang di dalam sesuatu syarikat. Pada
kebiasaanyapemegang saham ini adalah terdiri daripada pemilik syarikat yang diberi
kuasa untuk mengundi dan mempengaruhi keputusan lembaga pengarah syarikat.
Sebagai contoh Chief Executive Officer (CEO). Keuntungan bagi pemegang saham
biasa dibayar dalam bentuk dividen dan nilainya berdasarkan kepada kedudukan
syarikat.
iii Saham Keutamaan adalah sejenis sekuriti kacukan di antara saham biasa dengan
bon. Ekuiti ataupun peratusan saham yang dipegang oleh pemegang dalam syarikat
tersebut pada nilai peratusan yang rendah. Keuntungan akan dibayar dalam bentuk
dividen tetapi nilai yang dibayar adalah tetap. Berbeza dengan pemegang saham
biasa yang dibayar dividen pada nilai yang berubah- ubah. Sebaliknya pemegang
saham keutamaan tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan dan mengundi
semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kelak.
iv Bil Perbendaharaan ialah salah satu daripada instrumen hutang yang dikeluarkan
oleh kerajaan. Sijil ini merupakan sekuriti yang dikeluarkan pada jangka masa
pendek. Pada kebiasaanya, kerajaan akan mengeluarkan sijil ini pada harga
diskaun. Pemilik akan dibayar pada harga nilai muka ketika menebus balik sijil ini.

Berbalik kepada konsep asal saham konvensional ini, jelas menunjukkan berlakunya
riba dalam proses ini. Dividen yang dibayar kepada pemegang saham adalah bergantung
kepada faedah yang diperolehi oleh pihak syarikat yang melaburkan wang hasil dari jualan
bon ataupun saham- saham tadi.

D. JENIS- JENIS SUKUK

Page 5 of 11
SISTEM KEWANGAN ISLAM DDW 3253

Terdapat pelbagai jenis sukuk yang diterbitkan di bursa seluruh negara. Daripada
pelbagai jenis sukuk yang diterbitkan, ada beberapa sukuk yang popular dalam kalangan
pelabur- pelabur tempatan mahupun luar negara. Tetapi, sebagai perkongsian ilmu antara
kita semua, kami telah sertakan tujuh jenis sukuk yang terdapat pada bursa. Antaranya
adalah seperti :

1. Sukuk Ijarah (‫)اجاره‬


2. Sukuk Salam (‫)سالم‬
3. Sukuk Musyarakah (‫)مشا ركه‬
4. Sukuk Mudharabah (‫)مضا ربه‬
5. Sukuk Wakalah (‫)وا كله‬
6. Sukuk Al- Musaqa (‫)المو سقا‬
7. Sukuk Murabahah (‫)مرا بهه‬

Antara contoh- contoh sukuk di atas yang paling popular adalah Sukuk Ijarah, Sukuk
Salam, Sukuk Musyarakah, dan Sukuk Mudharabah.

i. SUKUK IJARAH (‫)اجاره‬


Sukuk Ijarah merupakan satu kontrak yang berlaku berdasarkan pembelian
sesuatu aset dan menyewa aset tersebut kepada pelanggan atau pemegang sijil/
kontrak dan hasil yang diterima adalah melalui bayaran sewa. Tempoh dan
segala bayaran yang berkaitan dengan sewa yang berlaku sepanjang tempoh
penyewaan tersebut adalah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua- dua belah
pihak. Ciri- ciri asas yang perlu dititikberatkan oleh kontrak jenis ini adalah
pemegang sijil kontrak adalah bukan pemilik aset tersebut. Sewaan berlaku
apabila ada penglibatan orang ketiga.

ii. SUKUK SALAM (‫)سالم‬

Page 6 of 11
SISTEM KEWANGAN ISLAM DDW 3253

Sukuk Salam pula adalah menerangkan tentang sijil pelaburan yang diterbitkan
pada nilai yang sama bertujuan untuk menggerakkan modal yang dibayar
semata- mata pada bayaran muka dan komoditi akan dihantar dan diterima
kemudian. Dengan kata lainnya, pemegang sijil ini akan mengeluarkan modal
terlebih dahulu dan hasilnya akan diperolehi pada waktu- waktu tertentu yang
telah ditetapkan. Pemegang – pemegang sijil ini berhak ke atas komoditi ketika
komoditi tersebut dihantarkan kepada mereka.

iii. SUKUK MUDHARABAH (‫)مضا ربه‬


Sukuk Mudharabah adalah sebuah sukuk pelaburan yang memiliki sebahagian
daripada pemilikan ekuiti Mudharabah. Ekuiti Mudharabah adalah pemilik aset
tersebut menyerahkan asetnya kepada seseorang yang bertanggungjawab untuk
menguruskannya. Keuntungan yang diperolehi akan diagihkan mengikut
perjanjian di antara dua pihak. Sekiranya berlaku kerugian, ia akan ditanggung
oleh pemilik aset tersebut. Ia akan didaftarkan pada nama pemegang kerana
atas dasar pemilikan penuh saham dan pulangan yang akan diperolehi oleh
pemegang- pemegang saham tersebut akan diagihkan berdasarkan peratus (%)
yang dilaburkan ke dalam pemilikan tersebut. Tujuan saham jenis ini diwujudkan
adalah untuk menggalakkan peningkatan dalam penyertaan masyarakat untuk
melibatkan diri dalam projek- projek yang mempunyai pelaburan besar.

iv. SUKUK MUSYARAKAH (‫)مشا ركه‬


Sukuk Musyarakah menerangkan sukuk pelaburan yang mewakili ekuiti
Musyarakah. Ekuiti Musyarakah disini bermaksud, ekuiti yang berlaku hasil
daripada perkongsian pemilikan yang melebihi dua orang untuk menubuhkan
sesuatu perniagaan yang berteraskan keuntungan dan dibahagikan samarata
mengikut kadar pemilikan. Sekiranya berlaku sebarang kerugian, ia juga akan
dibahagikan mengikut nisbah- nisbah kadar pemilikan saham di dalam
perkongsian tersebut. Tujuan sukuk ini diwujudkan adalah untuk mendapatkan
dana yang bertujuan untuk membuat projek baru. Selain itu, ia juga digunakan
untuk mempertingkatkan lagi projek yang telah sedia ada dan digunakan juga
sebagai pembiayaan kegiatan yang diusahakan oleh perkongsian tersebut.

v. SUKUK WAKALAH (‫)وا كله‬

Page 7 of 11
SISTEM KEWANGAN ISLAM DDW 3253

Dalam konteks pelaburan ini, ia melibatkan kontrak yang memberikan kuasa


untuk seseorang bagi mencalonkan dan melantik orang lain untuk bertindak atas
namanya selama dia masih hidup mengikut tempoh masa dan keadaan yang
telah diperuntukan. Kontrak ini amat unik kerana ia melibatkan dua keadaan.
Kontrak ini yang pada asalnya bermula dengan hanya sebagai Akad Ijarah tetapi
pada penghujung tempoh sewaan tersebut, pemajak (lessee) akan membeli aset
yang disewakan tersebut dengan harga yang ditetapkan. Segala penerbitan dan
perdagangan sukuk ini adalah dikira aset Sukuk Hybrid. Sukuk Hybrid adalah
sukuk yang melibatkan gabungan dan campuran di antara Sukuk Istisna’, Sukuk
Murabahah, dan Sukuk Ijarah.

vi. SUKUK MURABAHAH (‫)مرا بهه‬


Sukuk Murabahah pula menerangkan keadaan pembelian yang dilakukan oleh
pembeli dari komoditi yang melibatkan perolehan dana adalah merupakan kos
pembelian komoditi. Para pelabur yang mempunyai komoditi Murabahah
mempunyai hak ke atas harga akhir jualan komoditi. Sijil pelaburan ini juga
membawa nilai yang sama dan diterbitkan oleh pengilang atau pembekal dengan
tujuan untuk mendapatkan dana yang diperuntukkan untuk menghasilkan
sesuatu produk baru pada kebiasaannya. Ia juga turut melibatkan Sukuk Istisna’
sekiranya melibatkan projek yang berinsfrastruktur besar.

vii. SUKUK AL- MUSAQA (‫)المو سقا‬


Sukuk Al- Musaqa adalah sukuk yang diwujudkan bertujuan untuk penggunaan
dana yang diperolehi melalui pelanggan ataupun pemegang sijil ini. Aktiviti yang
berkaitan dengan sukuk ini adalah pembinaan sistem pengairan dan saliran,
segala kos- kos penyelenggaraan tanaman yang dalam kategori tanaman
berbuah yang dikeluarkan untuk menjaga tanaman tersebut. Pada kebiasaannya
adalah tanaman padi. Sukuk ini mempunyai kaitan dengan Komoditi Murabahah
kerana pengilang ataupun pembekal tersebut yang akan menerbitkan saham
jenis ini. Pemegang saham ini berhak ke atas hasil tanaman dengan mengikut
perjanjian yang telah dipersetujui oleh pihak yang terlibat.

E. TREND DAN KEADAAN SUKUK DALAM PASARAN ANTARABANGSA

Page 8 of 11
SISTEM KEWANGAN ISLAM DDW 3253

Dalam arena pasaran modal antarabangsa, istilah Sukuk adalah semakin


popular dalam kalangan pelabur kerana kelebihan yang ada pada sijil pelaburan ini.
Boleh dikatakan ramai pelabur yang berminat untuk melabur melalui kaedah ini
berbanding dengan kaedah pelaburan konvensional. Jelas diketahui bahawa, dalam
Islam sesuatu perniagaan itu akan lengkap akadnya sekiranya terdapat barang atau
perkhidmatan yang diurusniagakan. Begitu juga dengan pelaburan ini. Ia melibatkan
aset yang menjadi barang pertukaran. Dengan pelbagai jenis Sukuk yang ada,
pelabur dapat membuat pilihan yang terbaik untuk melabur.
Tidak ketinggalan juga negara- negara luar dari sistem kewangan Islam.
Mereka turut memberi sokongan dan komitmen yang begitu luar biasa mengenai sijil
pelaburan Sukuk ini. Sebagai contoh :

i. UNITED KINGDOM
Selama dua tahun terakhir institusi kewangan yang berpusat di London
telah menetapkan lebih dari sedozen penerbitan Sukuk atas nama
pelanggan Timur Tengah, semuanya berstruktur dalam bidang kuasa
luar persisiran pantai. Sukuk pertama yang berdaftar dalam Bursa
Saham London ialah bernilai USD 200 juta yang telah diterbitkan oleh
National Central Cooling Company (Tabreed) PJSC. Perkembangan ini
harus diketengahkan lagi supaya Sukuk dapat disenaraikan dalam
pasaran Eropah pada masa hadapan. Sukuk sebelumnya telah tercatat
di Luxembourg dan Dublin. Inggeris ditetapkan untuk memperkenalkan
rangka peraturan-peraturan baru dan reformasi cukai untuk
menyokong penerbitan Sukuk domestik pada masa akan datang.

ii. UNITED STATES OF AMERICA (USA)


Sebuah syarikat AS telah memasuki pasaran Sukuk buat pertama
kalinya dengan Syarikat East Cameron Gas. Sukuk yang diterbitkan
pada nilai USD 166 Juta adalah bertujuan mendapatkan dana
pembangunan untuk mengukuhkan lagi aset mereka iaitu ladang gas.
Sukuk juga merupakan ikatan Islam yang pertama menggunakan
cadangan Hidrokarbon sebagai kelas aset.

iii. CHINA

Page 9 of 11
SISTEM KEWANGAN ISLAM DDW 3253

Kuwait Finance House telah dipertanggungjawabkan untuk


melancarkan bon Islam pertama iaitu Sukuk di negara China.
Sebanyak USD 200 Juta Sukuk telah diterbitkan untuk sebuah firma
swasta bagi tujuan untuk membiayai pembinaan pusat penjanaan
elektrik.

iv. JEPUN
Japan Goverment’s Bank for International Cooperation (JBIC) dengan
kerjasama Bank Negara Malaysia, dan bank- bank swasta lain telah
menerbitkan Sukuk untuk menarik kecairan Timur Tengah. Setelah
menjadi kenyataan, Jepun akan menjadi kumpulan dari Group’s of
Seven untuk menerbitkan bon Islam. JBIC telah menghimpunkan
penasihat yang terdiri daripada empat Sarjana Syariah dari Arab
Saudi, Malaysia dan Pakistan. Bank of Tokyo- Mitsubishi UFJ Ltd.
bersekutu dengan Malayan Bank (MAYBANK) dan CIMB Group Bhd
telah berpakat untuk menjual perkhidmatan kewangan termasuk
Japanese Potential Corporate of Sukuk.

F. RUJUKAN

Page 10 of 11
SISTEM KEWANGAN ISLAM DDW 3253

http://en.wikipedia.org
http://www.investopedia.com
http://www.bnm.gov.my
http://sukuk.me
http://www.islamicfinancetraining.com/pdnov.php
http://www.scribd.com
http://mohamadsofee.blogspot.com
http://www.utusan.com.my
http://www.bharian.com.my

Page 11 of 11

You might also like