You are on page 1of 10

Pendidikan Sivik Tingkatan 2

Kraftangan Tradisional

Disediakan oleh: En.Muhamad Hafiz b. Muhamad Shukri

Labu Sayong

Labu Sayong merupakan pasu berbentuk labu Cina yang lazimnya berwarna hitam dan biasanya digunakan untuk menyimpan dan menyejukkan air. Negeri Perak amat terkenal dengan jenis pasu ini.

Terenang

Bentuk Terenang bersegi-segi dan ia bersegiselalunya digunakan oleh penduduk di Negeri Pahang dan Terengganu untuk menyimpan air. Ianya mempunyai leher yang cengkung dan badan yang cembung.

Songket

Kain songket dihasilkan secara anyaman menggunakan benang emas. Pada masa dahulu, kain yang mewah dan indah ini melambangkan taraf kedudukan seseorang Melayu bangsawan.

Pua Kumbu

Pua Kumbu diperbuat daripada benang-benang yang benangdicelup secara individu menggunakan alat penenun tradisional. Corak menarik pada kain ini diilhamkan dalam mimpi tukang tenun dan dipengaruhi kepercayaan animis yang purba. Corak-corak yang diilhamkan adalah Corakmerupakan gabungan antara yang azali dengan yang mistik.

Tekat

Tekat adalah seni menjahit benang emas ke atas kain dasar, yang lazimnya baldu, pada asalnya digunakan bagi menghias pakaian kahwin Melayu tradisional.

Kerongsang

Set tiga biji kancing yang digunakan bagi menyemat bahagian depan baju kebaya. Kerongsang lazimnya terdiri dari tiga bentuk kancing, iaitu satu kancing ibu, yang lebih besar dan berat, serta dua kancing anak yang lebih kecil dan ringan yang disusun di bawah kancing ibu.

Cucuk Sanggul

Penyemat rambut tradisional yang digunakan untuk mengemaskan rambut wanita dan membentuk sanggul di atas kepala mereka. Penyemat ini, yang lazimnya diperbuat dari emas atau perak dalam set tiga, lima atau pun tujuh, kini dipakai ketika hari perkahwinan atau digunakan oleh para penari tradisional dengan pakaian persembahan mereka.

Sejenis tali pinggang berukir yang digunakan untuk mengemaskan samping dengan pakaian baju Melayu yang merupakan pakaian tradisi bagi kaum lelaki. Pada masa dahulu, pending ini mencerminkan taraf dan kekayaan pemakainya.

The End

You might also like