You are on page 1of 4

(ii) jalan

– Tolong tunjukkan jalan ke Tasik Titiwangsa.


– Jalan cerita filem yang baru ditontonnya itu membosankan.
(iii) lama
– Penggambaran sesebuah filem memakan masa yang lama.
– Buku-buku lama itu disimpannya di dalam almari

B SINTAKSIS

Set 1

Tukar perbualan di bawah semula dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

Mak Jah : Abang handak ke mana? Tergesa-gesa hendak keluar nampaknya.


(Pak Ngah hanya membisu.)
Mak Jah : Abang hendak ke mana?
Pak Ngah : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Jah : Kalau sibuk dengan kerja pun, makanlah dulu, nanti lapar.
Pak Ngah : Saya hendak meletakkan jawatan sebagai drebar bas koperasi.
Mak Jah : Sudah tu, abang hendak kerja apa?
Pak Ngah : Minta pinjaman daripada MARA. Beli sebuah bas.

Mak Jah bertanyakan arah tuju suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak
keluar. Pak Ngah hanya membisu. Mak Jah terus mengulangi pertanyaannya itu. Pak Ngah mengatakan
bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Jah menyarankan suaminya
makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar. Pak Ngah
memberitahu isterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai drebar bas koperasi. Mak Jah bertanyakan
pekerjaan yang akan dilakukan oleh suaminya setelah berhenti kerja. Pak Ngah menjelaskan bahawa dia hendak
memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Set 2

Tulis petikan di bawah semula dalam bentuk perbualan dengan mengekalkan maksud asalnya.

Leman memberitahu Murad bahawa dia tidak bersetuju. Perkara itu dianggapnya sebagai tidak
adil. Murad bertanya kepada Leman tentang perkara yang tidak dipersetujuinya dan dikatakannya
tidak adil itu. Leman menyatakan pendapatnya bahawa ada orang yang menghasut penghulu
agar membatalkan pembinaan gelanggang sepak takraw di padang di hujung jalan itu. Murad
menjelaskan bahawa sebenarnya tiada sesiapa pun yang mempengaruhi keputusan penghulu,
sebaliknya penghulu mahu menjadikan padang itu sebagai gelanggang silat. Leman memberitahu
Murad bahawa dia akan berjumpa dengan penghulu untuk mengetahui kedudukan yang
sebenarnya. Murad mengajak Leman ke rumah penghulu pada masa itu juga.

44
Leman : Saya tidak setuju! Perkara ini tidak adil!
Murad : Eh, Leman! Apa hal yang kamu tidak setuju dan kamu kata tidak adil?
Leman : Saya fikir, ada orang yang menghasut penghulu agar membatalkan pembinaan gelanggang sepak
takraw di hujung jalan itu.
Murad : Sebenarnya tiada sesiapa pun yang mempengaruhi keputusan penghulu, sebaliknya dia mahu
menjadikan padang itu sebagai gelanggang silat.
Leman : Saya akan berjumpa dengan penghulu untuk mengetahui kedudukan yang sebenarnya.
Murad : Jika begitu, kita ke rumah penghulu sekarang.

Set 3

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Dalila mengundang Amira dan Zakiah ke rumah bagi meraikan majlis hari jadi adik bongsunya.
Amira dan Zakiah diundang oleh Dalila ke rumah bagi meraikan majlis hari jadi adik bongsunya.
(ii) Saya menyimpan telefon bimbit itu di dalam laci di dalam bilik.
Telefon bimbit itu saya simpan di dalam laci di dalam bilik.
(iii) Pasukan Tingkatan 4 Budiman memperoleh markah tertinggi dalam pertandingan kuiz Matematik.
Markah tertinggi dalam pertandingan kuiz Matematik diperoleh pasukan Tingkatan 4 Budiman.

Set 4

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Pemilihan Hisham sebagai bendahari Persatuan Sejarah disokong sebulat suara oleh semua ahli.
Semua ahli sebulat suara memilih Hisham sebagai bendahari Persatuan Sejarah.
(ii) Kesesakan lalu lintas di bandar itu disebabkan oleh sistem pengangkutan yang kurang berkesan.
Sistem pengangkutan yang kurang berkesan menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.
(iii) Peralatan tajam seperti pisau dan gunting serta kotak ubat diletakkan di tempat yang tinggi oleh
Puan Alin.
Puan Alin meletakkan peralatan tajam seperti pisau dan gunting serta kotak ubat di tempat yang tinggi.

Set 5

Tukar ayat-ayat di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Syarikat pengedar komputer di Malaysia tumbuh dengan pesat kini.
Tumbuh dengan pesat kini syarikat pengedar komputer di Malaysia.
(ii) Sudah dua tahun Azman menjadi jurutera setelah menamatkan pengajian di universiti.
Setelah menamatkan pengajian di universiti sudah dua tahun Azman menjadi jurutera.
(iii) Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan itu.
Untuk memenangi pertandingan itu kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Set 6

Tukar ayat-ayat songsang di bawah kepada ayat biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Indah nian pemandangan sawah padi pada waktu petang.
Pemandangan sawah padi pada waktu petang indah nian.
(ii) Di bawah pokok jambu mereka berehat sambil berbual.
Mereka berehat sambil berbual di bawah pokok jambu.
(iii) Masih kurang pelanggan datang ke kedainya selepas seminggu dibuka.
Selepas seminggu dibuka masih kurang pelanggan datang ke kedainya.

45
Set 7

Baca petikan di bawah dengan teliti dan gabungkan ayat-ayat dalam petikan tersebut menjadi tiga ayat sahaja
dengan mengekalkan susunan dan maksud asalnya.

Main puteri ialah kaedah perubatan yang amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu
di Kelantan. Cara pengamalannya berkait rapat dengan kepercayaan animisme, hasil pengaruh
Hindu. Mereka percaya bahawa kuasa ghaib mampu menyembuhkan penyakit. Main puteri
merupakan jalan terakhir setelah kaedah perubatan lain tidak berkesan. Kini, main puteri hanya
digunakan oleh sebilangan masyarakat luar bandar. Permainan ini sedikit demi sedikit hilang
akibat pengetahuan masyarakat tentang ajaran agama Islam.

(i) Main puteri ialah kaedah perubatan yang amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu di Kelantan
yang cara pengamalannya berkait rapat dengan kepercayaan animisme, hasil pengaruh Hindu.
(ii) Mereka percaya bahawa kuasa ghaib mampu menyembuhkan penyakit dan main puteri merupakan jalan
terakhir setelah kaedah perubatan lain tidak berkesan.
(iii) Kini, main puteri hanya digunakan oleh sebilangan masyarakat luar bandar kerana permainan ini sedikit
demi sedikit hilang akibat pengetahuan masyarakat tentang ajaran agama Islam.

Set 8

Baca petikan di bawah dengan teliti dan pisahkan ayat-ayat dalam petikan di bawah kepada enam ayat dengan
mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Langkah kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan amatlah dialu-


alukan. Barangan tempatan mempunyai mutu yang setanding dengan barangan import, cuma
mentaliti segelintir rakyat yang belum berubah. Barangan tempatan seperti kenderaan, pakaian,
alat elektrik, dan kraf tangan mempunyai nilai komersial yang mampu memberi kepuasan
kepada pelanggan dan patut dikekalkan penggunaannya.

(i) Langkah kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan amatlah dialu-alukan.
(ii) Barangan tempatan mempunyai mutu yang setanding dengan barangan import.
(iii) Mentaliti segelintir rakyat belum berubah.
(iv) Barangan tempatan seperti kenderaan, pakaian, alat elektrik, dan kraf tangan mempunyai nilai komersial.
(v) Barangan tempatan mampu memberi kepuasan kepada pelanggan.
(vi) Barangan tempatan patut dikekalkan penggunaannya.

Set 9

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.


(i) Saya dan kakak berbasikal ke sekolah.
Saya berbasikal ke sekolah.
Kakak berbasikal ke sekolah.
(ii) Murid yang rajin sahaja akan berjaya.
Murid rajin sahaja.
Murid akan berjaya.

46
(iii) Dia sedar bahawa sesuatu kejayaan bergantung pada usaha yang gigih.
Dia sedar.
Sesuatu kejayaan bergantung pada usaha yang gigih.

Set 10

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Dia mengambil perca kain untuk membalut luka pada tangannya.
Perca kain diambilnya untuk membalut luka pada tangannya.
(ii) Pak Cik Imran membeli sebuah buku cerita untuk anaknya.
Sebuah buku cerita untuk anaknya dibeli oleh Pak Cik Imran.
(iii) Kami memberikan sumbangan kepada mangsa banjir melalui tabung khas di sekolah.
Sumbangan kepada mangsa banjir kami berikan melalui tabung khas di sekolah.

C SISTEM EJAAN DAN IMBUHAN

Set 1

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Tanah yang kering itu merkah kerana terkurang air akibat musim kemarau.
Tanah yang kering itu merekah kerana kekurangan air akibat musim kemarau.
(ii) Segelinter ibu bapa pada masa kini menghadapi masalah besar dalam didikan anak-anak remaja
mereka.
Segelintir ibu bapa pada masa kini menghadapi masalah besar dalam mendidik anak-anak remaja mereka.
(iii) Perdana Menteri menurunkan tanda tangan pada plak itu sebagai tanda perasmian Kempen
Budi Bahasa.
Perdana Menteri menurunkan tandatangan pada plak itu sebagai tanda merasmikan Kempen Budi
Bahasa.

Set 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Ezren mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah yang anjuran
oleh Persatuan Bahasa Inggeris.
Ezren mendapat tempat ketiga dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah yang dianjurkan oleh
Persatuan Bahasa Inggeris.
(ii) Tukang rumah itu mendengari radio sambil memasang kikisi di rumah jirannya.
Tukang rumah itu mendengar radio sambil memasang kekisi di rumah jirannya.
(iii) Kajian yang dijalankan menunjukkan betapa jerebu peninggalan kesan yang negativ terhadap
kesihatan manusia.
Kajian yang dijalankan menunjukkan betapa jerebu meninggalkan kesan yang negatif terhadap kesihatan
manusia.

47

You might also like