You are on page 1of 12

PENDIDIKAN KESIHATAN ASAS MASYARAKAT SEJAHTERA

Bismillah hirrahma nirrahim....terima kasih saudara/saudari pengacara majlis,Yang


dimuliakan, barisan umru hakim yang arif lagi menjunjung keadilan,penjaga
masa.seterusnya warga dewan yang dihormati dan diberkati InsyaAllah...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Pendidikan
Kesihatan Asas Masyarakat Sejahtera” Sebelum saya mengupas tajuk ini,izinkan
saya untuk memberikan maksud bagi setiap perkataan tersebut. Pendidikan bermaksud
proses penerapan ilmu dan nilai manakala Kesihatan bermaksud keadaan sempurna
fizikal, mental dan social. Asas bermaksud teras atau tunjang kepada sesuatu.
Masyarakat pula bermaksud satu komuniti manusia yang tinggal berdekatan manakala
Sejahtera bermaksud keadaan aman dan harmoni tanpa sebarang masalah yang
mengganggu ketenteraman. Maka boleh saya untaikan disini bahawa Penerapan ilmu
dan nilai mengenai kesempurnaan fizikal dan mental adalah tunjang kepada keamanan
dan keharmonian sesebuah komuniti. Di dalam Islam, pemahaman tentang kesihatan
ini dilihat lebih luas dimana kesihatan bukan sahaja tertakluk setakat jasmani dan emosi
malah mencakupi aspek hati dan kawalan dari sifat – sifat mazmumah. Seperti
diterangkan dalam ayat 49 surah Al-anfal:

(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang Yang ada penyakit (syak) Dalam
hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka
(sehingga mereka berani menentang Kami Yang lebih besar bilangannya)".
Sidang hadrin yang dihormati, terdapat 6 elemen di dalam masyarakat yang perlu kita
terapkan dengan pendidikan kesihatan kerana apa? Kerana jika elemen-elemen ini, kita
murnikan dengan nilai pendidikan kesihatan, nescaya dengan jelas kita akan dapat
melihat betapa pentingnya pendidikan kesihatan itu.

Elemen pertama adalah ekonomi. Elemen ekonomi dalam masyarakat adalah amat
penting dalam masyarakat dan ia amat berkait rapat dengan soal kesihatan. Kesan
secara langsung jika sesebuah masyarakat yang tidak sihat fizikalnya maka
ekonominya juga tidak akan berada dalam keadaan yang baik. Masyarakat yang tidak
baik ekonominya,juga tidak akan dapat pemakanan dari hasil yang baik. Sedangkan
kita sedia tahu bahawa makanan yang baik dan berkhasiat itu adalah sumber kepada
fizikal yang baik. Allah mengkehendak kita makan bukan sahaja dari sumber rezeki
yang halal malah yang baik dari segala segi yakni berkhasiat dan bersih. Di dalam
surah al-Maidah ayat 88:

Dan makanlah dari rezeki Yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu Yang halal lagi
baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman.

Melalui pertambahan permintaan masyarakat kepada barangan halal dan bersih tanpa
keraguan,secara tidak langsung industri makanan halal juga bertambah. Sektor ini
bertambah luas kerana bidang ekonomi produk halal bukan sahaja terhenti setakat
produk makanan malah kosmetik,pakaian dan barangan consumer lain turut terlibat.
Ditambah lagi dengan bilangan penduduk Islam yang dianggar mencecah 1.8 billion
menjadikan pendidikan kesihatan dapat memacu bidang ekonomi negara.
Sudara saudari sekalian, elemen kedua pula adalah dari sudut sosial. Pendidikan
kesihatan yang lebih barkait rapat dengan elemen sosial adalah dari sudut kesihatan
rohani dan emosi. Ilmu kesihatan ini lebih bersifat dalaman. Namun harus diingat
walaupun dimensinya agak berlainan, kesihatan rohani dan emosi tidak boleh
dipandeng remeh kerana impaknya terhadap masyarakat adalah amat signifikan. Aspek
kesejahteraan masyarakat adalah amat bergantung kepada kesihatan mental dan
emosi individu-individu dalam sesuatu masyarakat. Pendidikan kesihatan dalam elemen
sosial kebanyakannya disebarkan melalui proses pendidikan yang tidak formal. Firman
Allah dalam Surah at-Tahrim ayat 6 :

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka
Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu

Ibu bapa contohnya akan mendidik anak-anak mengawal emosi mereka serta
memberikan kasih sayang dan pendidikan agama yang cukup bagi membolehkan anak-
anak dapat membesar sempurna kesihatan rohani mereka. Masalah sosial yang
berlaku di dalam masyarakat hari ini adalah berpunca dari kurangnya didikan agama
yang seterusnya membawa kepada pelbagai penyakit hati. Penyakit ini tidak lain akan
menyebabkan terjadinya pelbagai kegiatan tidak sihat. Masalah seks bebas,dadah,arak
rokok dan seribu satu kejadian jenayah yang dipaparkan di media massa hari tidak lain
dan tidak bukan adalah kerana masalah ilmu kesihatan yang kurang di dalam dada
individu terlibat. Masakan ada yang ingin mendekati cara hidup seks bebas,dadah dan
arak jika mengatahui implikasi negatif terhadap kesihatan jika dilakukan. Begitu juga
masalah ganguan mental dan psykologi di kalangan masyarakat,ianya dapat dibendung
jika sesebuah institusi kekeluargaan itu stabil dan hidup dalam gaya hidup yang sihat.

Sidang hadirin yang mulia, elemen yang ketiga adalah budaya dalam masyarakat.
Sebenarnya budaya masyarakat majmuk di Negara ini telah menerapkan dan
memulakan unsur-unsur yang menunjukkan kepentingan pembudayaan kesihatan
dalam masyarakat Melayu. Melalui kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak abad ke-
11 lagi bangsa Melayu dilihat amat terkesan sekali dengan pembudayaan amalan
kesiahatan dalam ajaran Islam. Agama Islam amat mementingkan kebersihan kerana ia
penting dalam menjamin kesihatan tubuh badan bagi membolehkan umatnya
menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Secara lahiriahnya bukan sahaja untuk melakukan
ibadat tertentu memerlukan kita berwuduk malah dalam berpakaian juga kita
dikehendaki memakai pakaian yang baik-baik seperti yang diterangkan dalam surah al
A’raf ayat 31:

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali
kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang),

Pembudayaan amalan kesihatan yang diterapkan oleh nenek moyang kita


menunjukkan betapa pentingnya bagi kita memelihara kesihatan dalam menjalani
keidupan yang sempurna. Contohnya dalam masyarakat melayu budaya berkhatan,
makan menggunakan tangan,tidak memakai kasut di dalam rumah serta pelbagai
permainan tradisional yang menggalakkan riadah dan amalan kesihatan dilihat menjadi
teras dalam budaya kita. Jadi jelaslah bahawa elemen budaya yang mendidik
masyarakat mengenai kesihatan itu amat penting dalam menjamin kesejahteraan.
Elemen keempat adalah elemen bidang politik. Sesebuah masyarakat sudah
tentulah mempunyai barisan kepimpinan masing –masing dalam menerajui
pembangunan mereka. Bidang Politik ini amat bermain peranan dalam menjalankan
aktiviti-aktiviti pendidikan berkaitan kesihatan. Masyarakat yang sejahtera adalah
masyarakat dimana kepimpinannya sentiasa menitik beratkan isu-isu kesihatan.

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a yag bermaksud :

“ Ketahuillah masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan


dipertanggung jawabkan dengan apa yang kamu pimpin. Seorang raja yang memimpin
rakyat adalah pemimpin dan dia akan dipertanggun jawabkan dengan apa yang dia
pimpin.

Pemimpin perlu peka terhadap isu-isu kesihatan di kalangan masyarakat yang


dipimpinnya. Contohnya baru-baru ini kita dilanda dengan wabak Influenza A H1N1
atau dikenali juga dengan selsema babi. Bidang politik telah mengambil tindakan
dengan menyebarkan maklumat berkaitan wabak ini seterusnya dapat mendidik
masyarakat mengenai kaedah-kaedah mengawal penularan wabak H1N1 ini. Begitu
juga isu-isu kesihatan lain seperti isu ancaman barangan pengguna terhadap kesihatan
contohnya produk dari Negara china yang dicemari bahan kimia melamin, isu
pengurusan tekanan mental dan lain. Semua ini perlu ditangani dan pendidikan
kesihatan perlu disebarkan melalui pelbagai media yang ada bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat.

Sidang para hadirin sekalian. Elemen kelima adalah elemen pendidkan itu sendiri.
Apa yang saya maksudkan disini adalah penting umat Islam dalam masyarakat untuk
mempelajari dan menerokai bidang pendidikan kesihatan. Bidang pendidikan yang saya
maksudkan disini bukan sahaja terhad kepada bidang perubatan. Ia sebenarnya lebih
tertumpu kepada ilmu dalam mengenal pasti punca penyakit dan kaedah-kaedah untuk
mengelakkan sesuatu penyakit itu sebelum ianya terjadi. Berbeza sedikit dengan
bidang perubatan dimana ia lebih kepada mencari penawar kepada sesuatu penyakit.
Sumber ilmu kesihatan banyak diterangkan di dalam Al-Quran dan Hadis dan
: pengkajian kepada kejadian alam. Firman Allah dalam surah Al-Furqan ayat 62

Dan Dia lah Yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa Yang mahu
beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya
itu).

Bidang pendidikan kesihatan sebenarnya tidak keterlaluan jika saya katakana lebih
penting dari bidang perubatan. Kerana memetik kata-kata bijak pandai “sesungguhnya
mencegah itu lebih baik dari mengubati”. Jika kita dapat mencegah,kenapa kita perlu
menunggu sehingga kita ditimpa sakit. Melalui pencegahan kita dapat menjimatkan kos
seterusnya masa dan tenaga. Kaedah ini lebih menjamin kesejahteraan masyarakat jika
penghayatan terhadap pendidikan kesihatan dapat diperluaskan.

Sidang hadirin elemen keenam dan terakhir adalah elemen pertahan dalam
memastikan kesejahteraan masyarakat. Keamanan masyarakat tanpa gangguan dari
pihak luar akan menjamin kelangsungan tamadun sesebuah masyarakat itu.
Masyarakat Islam khususnya sentiasa berhadapan dengan anasir-anasir luar yang
menjalankan serangan-serangan samada berbentuk fizikal mahupun secara halus.
Pendidikan kesihatan seperti amalan pemakanan sihat dan cara hidup sihat malaui
bersukan dapat mewujudkan ahli-ahli masyarakat yang berkemampuan untuk
mempertahankan diri serta masyarakatnya. Individu sihat merupakan aset yang sangat
penting dalam membina barisan pertahanan yang kukuh dan ampuh. Umat Islam
adalah dituntut untuk sentiasa bersedia dalam mempertahankan diri sepertimana firman
Allah dalam surah an-Nisa' ayat 71 :
Wahai orang-orang Yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu
menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak
Demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.

Bagaimanakah untuk sedia berperang jika kesihatan tubuh badan individu masyarakat
itu tidak cukup sempurna dalam menghadapi perperanagan. Nabi Muhammad SAW
sendiri menggesa umatnya untuk menguasai kemahiran memanah, menunggang kuda
berenang dan bermain pedang. Semua ini menunjukkan kesihatan amat berkait rapat
dengan elemen pertahanan dalam menjamin kesejahteraan sesebuah masyarakat.

Konklusinya, kesejahteraan masyarakat berlandaskan kekukuhan enam elemen


masyarakat yang disebutkan tadi. Melalui penerapan pendidikan kesihatan secara
komprehensif ke dalam keenem-enam elemen yang telah diutarakan sebentar tadi iaitu
ekonomi, sosial, budaya, politik, pendidikan dan pertahanan maka sudah pasti
kesejahteraan yang diharapkan wujud dalam masyarakat setempat. Ia seterusnya
menunjukkan dengan jelas betapa pentingnya pendidikan kesihatan tersebut dalam
menjamin kesejahteraan sesebuah masyarkat.

Sekian Wabilahhi taufiq walhidayah….wassalamualaikum wbt.dan terima kasih……


AKHLAK MAHMUDAH MENJANA KELUARGA CEMERLANG

Terima kasih saudara/i pengerusi majlis

Barisan Panel hakim yang menegakkan keadilan pastinya

Dif-dif kehormat, saudara saudari, hadirin hadirat rahimakumullah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

”Akhlak Mahmudah menjana keluarga cemerlang”, demikian tajuk syarahan yang


akan saya utarakan pada hari yang berbahagia ini.

Saudara saudari hadirin sekalian,

Sebelum saya mengupas tajuk ini,izinkan saya untuk memberikan maksud bagi setiap
perkataan tersebut. Akhlak menurut Kamus Dewan edisi ke-4 bermaksud budi pekerti,
kelakuan, tabiat seseorang manakala akhlak mahmudah ialah akhlak yang mulia atau
akhlak terpuji. Keluarga cemerlang pula sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan
harmonis dan gemilang. Secara konklusinya, tajuk syarahan saya pada hari ini
membawa maksud tabiat dan tingkah mulia dan terpuji yang lahir dari hati yang bersih
dan luhur sudah pastinya akan melahirkan sebuah keluarga yang cemerlang, harmonis
dan bahagia. Persoalannya, bagaimanakah akhlak mahmudah ini boleh menjana
sebuah keluarga yang cemerlang?

Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan cemerlang, ibu bapa seharusnya
mempamerkan contoh dan tauladan yang terbaik untuk di ikuti oleh anak-anak.
Keluarga yang ingin anak-anak berakhlak mulia, maka mereka perlulah juga
mempraktikkan akhlak yang mulia. Sebaliknya, kelakuan keluarga yang buruk akan
menjadikan anak–anak itu sendiri berkelakuan buruk. Akhlak yang baik yang dilihat oleh
anak-anak akan membentuk mereka secara tidak langsung. Mereka juga secara tidak
langsung meneladani tunjuk ajar, budi bicara dan perbuatan yang mulia yang diamalkan
oleh ibu bapa. Dengan sebab itu, bapa dan ibu diharapkan dapat menjadi model yang
baik dengan menjadikan akhlak Rasulullah sebagai ikutan yang akan dituruti oleh anak-
anak. Segala tingkahlaku, akhlak, tindak tanduk, adab, dan budi bahasa sedikit
sebanyak mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Fenomena hari ini
menyaksikan banyak gejala sosial yang merosakkan kehidupan anak-anak dan
remaja akibat dari kegagalan kepimpinan keluarga dalam mempamerkan
”QUDWAH HASANAH” dalam keluarga. Perintah ini dinyatakan oleh Rasulullah
s.a.w dengan sabdanya yang berbunyi:

َ ‫َح ِس ُن ْوا‬
"‫آد َاب ُه ْم‬ ْ ‫"أَ ْك ِر ُم ْوا أ َْوالَ َد ُك ْم َوأ‬

“Muliakanlah anak-anak kamu dan tunjukanlah kepada mereka adab-adab yang


baik.”

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Keluarga yang cemerlang bukan hanya diperolehi hasil dari hubungan antara anggota
keluarga sahaja malahan hubungan dengan jiran sekeliling. Perhubungan kejiranan
yang intim dapat diwujudkan bermula dengan berbual-bual mesra antara satu sama
lain. Keluarga yang cemerlang bukan sahaja mewujudkan suasana yang harmoni di
dalam keluarga bahkan keharmonian tersebut dapat dikongsi bersama sesama jiran.
Sikap dan amalan yang negatif seperti mengumpat, hasad dengki, menyakiti jiran,
menabur fitnah, mementingkan diri sendiri, anti sosial dan sebagainya, tidak ada dalam
kamus keluarga cemerlang. Setiap anggota keluarga bermula dari ibu bapa sehingga
anak-anak adalah sama-sama bertanggungjawab mewujudkan suasana harmoni
sesama jiran. Oleh itu, keluarga yang cemerlang ialah anggota keluarga yang berhijrah
meninggalkan elemen-elemen yang merosakkan hubungan dan semangat kejiranan.

Seseorang yang mempunyai akhlak mahmudah boleh dikatakan mempunyai sifat-sifat


hati yang baik. Contohnya dalam pergaulan seharian termasuklah adab dan tatacara
bergaul dengan anggota masyarakat dan jiran tetangga seperti memberi salam apabila
bertemu, meminta izin apabila memasuki rumah, saling bantu membantu akan
merapatkan hubungan silaturrahim. Sifat hati yang baik itu akan memberi cahaya
kepada kehidupan sekali gus membawa kepada lahirnya sebuah keluarga yang
cemerlang. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang berbunyi :

ِ ‫"ما ِمن َشي ٍء أَْث َقل فِي ال ِْميز‬


."‫ان ِم ْن ُح ْس ِن الْ ُخلُ ِق‬ َ ُ ْ ْ َ
” tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan pada dari akhirat kelak selain dari
akhlak yang mulia”

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk melahirkan seseorang yang mempunyai akhlak mahmudah memerlukan perkara


asas yang menjadi pencetus kepada sebuah keluarga yang cemerlang. Antaranya
ialah seseorang itu mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya. Manusia
yang berilmu akan menjadi insan yang cemerlang dan berketerampilan disamping
mempunyai sifat-sifat jati diri kerana mereka sentiasa dihiasi dengan sifat-sifat
mahmudah seperti amanah, berbudi mulia, jujur, bersederhana dan sebagainya. Oleh
itu mana mungkin seseorang yang tidak berilmu pengetahuan dapat melahirkan sebuah
keluarga yang sejahtera kerana diri mereka sentiasa dibelenggu oleh kejahilan dan
pemikiran mereka sentiasa tertutup. Justeru, masalah keruntuhan akhlak yang melanda
umat Islam hari ini disebabkan kita gagal memanfaatkan akal dalam konteks
memahami kebaikan dan keburukan sesuatu yang disogokkan oleh budaya dan
pemikiran Barat. Sesungguhnya, ilmu pengetahuan akan memandu manusia ke jalan
yang betul, memandu manusia membezakan yang benar dan yang salah, yang diredhai
dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang berbunyi:

Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang
Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu)

Saudara saudari hadirin sekalian,

Keluarga cemerlang memerlukan anak-anak yang terdidik dengan sifat kasih sayang,
penuh ketaatan dan rasa tanggungjawab. Anak merupakan amanah Allah s.w.t kepada
hamba-hamba-Nya. Kelahirannya seumpama kain putih bersih daripada noda dan
kekotoran duniawi. Justeru, yang mencorakkan warna-warnanya adalah ibu bapa
sendiri. Anak memainkan peranan yang penting untuk menjadikan suasana yang
harmoni dalam keluarga. Ibu bapa perlulah memberi didikan yang sempurna kepada
anak-anaknya terutama sekali penerapan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik dalam
diri merekai. Dengan didikan akhlak yang sempurna ini, anak-anak dapat memikirkan
perkara yang baik dan buruk, seterusnya mentaati ibu bapanya yang melahirkannya ke
dunia. Taat kepada ibu bapa ini bukanlah taat kepada perkara yang mungkar seperti
meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain, tetapi ketaatan seorang anak itu
adalah atas perkara yang makruf dan yang diredhai Allah s.w.t .Apabila setiap anak
patuh dan taat kepada kedua ibu bapanya, ini sekali gus dapat melahirkan sebuah
keluarga yang cemerlang serta harmonis. Iman dan ketakwaan kepada Allah
merupakan benteng dalaman dan senjata yang penting dalam melahirkan manusia
yang berakhlak mahmudah. Orang yang benar-benar beriman tidak akan melakukan
sesuatu perkara yang bertentangan dengan tatasusila dan boleh meruntuhkan akhlak
seperti tidak menghormati orang tua, pergaulan bebas, minum arak, mencuri, berjudi
dan sebagainya. Oleh itu, seseorang yang mempunyai akhlak mahmudah mestilah
mereka yang mempunyai keimanan dan ketakwaan kerana ianya dapat melahirkan
sebuah keluarga cemerlang yang hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Firman
Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang berbunyi :
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di
antara kamu,

Saudara saudari hadirin sekalian,

Budi pekerti yang mulia merupakan penghias diri bagi seseorang. Akhlak mahmudah
dikiaskan sebagai perhiasan diri kerana ia menjadi daya penarik manusia lain untuk
tertarik dan menyenangi seseorang seterusnya membawa kepada kecemerlangan
sesebuah keluarga. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai akhlak yang mulia
seperti busuk hati, hasad dengki, berburuk sangka, akan melahirkan sebuah keluarga
yang huru hara dan berpecah belah. Oleh itu, budi pekerti yang mulia perlu disemai
dalam diri dengan merujuk kepada akhlak yang dimiliki oleh Rasulullah. Gambaran
ketinggian akhlak baginda tertulis dalam al Quran surah al-Qalam ayat 4 yang
berbunyi :

Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau ( wahai Muhammad ) mempunyai akhlak Yang amat
mulia.

Demikianlah betapa akhlak mahmudah yang mulia dan murni dapat menjana sebuah
keluarga yang cemerlang. Oleh itu, marilah sama-sama kita menerapkan akhlak
mahmudah dalam diri dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh tauladan.

Sekian, terima kasih.

You might also like