You are on page 1of 20

 

Mengikut pendapat  Ahmad Mohd Salleh  dalam  Pendidikan


Islam,Falsafah,Pedagogi dan Metadologi pendekatan ialah  wujud berasaskan
tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah agama dan pengajaran
serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang
diajar. Ia menyatakan suatu pendapat, falsafah atau suatu pengajaran tetapi
tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang
pengajaran, kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang
menjadi prinsip amalan bilik darjah.

Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan. Setiap


pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang
hakikat satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid
menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan
adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan
prinsip amalan bilik darjah.
 
Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara
keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan
atau sebagai teori pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya sebagai satu
pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu
pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih
dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.
 

 Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963),  pendekatan ialah satu set


andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta
mempunyai unsure aksiomatik. Melalui pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan

1
bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori
pembelajaran,

contohnya  :-

a) konkrit kepada abstrak


b) mudah kepada bahagian
d) umum kepada spesifik (deduktif)
e) spesifik kepada umum (induktif)
f) dekat kepada jauh
g) diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa


memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan
sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam
pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.
 
 
 
 
  

2
 

   
2.1 Takrif Pendekatan induktif   

Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan Pengajaran)


mengemukakan pengertian iaitu bermakna cara mendekati sesuatu.Dalam
konteks bilik darjah,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif
jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata pelajaran.Biasanya
berasaskan teori.

Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatu
bahan pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal
berkaitan dengan pelajaran tersebut. Seterusnya mereka digalakkan mencari,
meneliti dan mempelajarinya sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil
daripada kajian-kajian yang telah dilakukan.

CONTOH- MEMERHATI, MENGKAJI, MEMBUAT


CONTOH MENGENALPASTI, GENERALISASI
KHUSUS MENTAFSIR

2.2 Kaedah Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif sesuai untuk dijalankan dalam pengajaran matapelajaran


yang mempunyai kepelbagaian tajuk. Pendekatan induktif ini lebih menumpukan
kepada memanfaatkan maklumat-maklumat yang lepas untuk digabungkan
dengan maklumat-maklumat yang baru agar menjadi bahan ilmiah yang dapat

3
disepadukan. Pendekatan ini merupakan pendekatan terkini yang popular
digunakan dalam pengajaran mata pelajaran bahasa yang berteraskan kepada
kaedah.

Pendekatan induktif juga melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir


maklumat-maklumat, kemudian membuat kesimpulan. Dalam penggunaan
kaedah ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa
contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan
contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal
pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu,
kemudian kesimpulan yang diberikan. Di dalam situasi pelajaran yang
menggunakan pendekatan induktif ini, guru boleh mengemukakan contoh yang
khusus, diikuti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati,
mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting. Semasa menjalankan
aktiviti P&P, guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau
menghuraikan kesimpulan itu. Guru hanya membimbing murid melalui aktiviti
soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh yang
kemukakan. Kelebihan pendekatan induktif ini ialah murid melibatkab diri secara
aktif, bersifat saintifik, menggalakkan murid berfikir dan ia berpusatkan murid.

Namun, terdapat juga kelemahannya iaitu sukar mendapatkan kerjasama


daripada murid-murid, menggunakan banyak masa apabila murid-murid diminta
memberikan contoh, membebankan tugas guru kerana banyak persediaan harus
dilakukan dan kurang bermanfaat kepada murid pandai. Kaedah induktif adalah
salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan untuk pelbagai mata
pelajaran, khususnya Matematik, Faraid, Sains Tauhidik dan Bahasa.

Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,


Pendekatan ini dapat dilangsungkan melalui lima langkah utama dalam
pengajaran dan pembelajaran (Nik Mohd Rahimi et. al.:1999): Guru juga perlu

4
memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran
induktif yang dihuraikan seperti berikut :

• Pendahuluan (al-Tamhid)

Sebelum memulakan aktiviti P&P secara induktif, guru harus


menyediakan contoh-contoh yang boleh menbantu murid membuat rumusan.
memfokuskan objektif khusus kepada tajuk pelajaran dengan mengambil kira
tahap persediaan pelajar terhadap tajuk yang akan diajar. Proses ini akan
menganalisis pemikiran pelajar mengenai maklumat-maklumat yang ada pada
mereka yang mengaitkannya dengan tajuk pengajaran baru. Tujuannya ialah
untuk merangsang pelajar dengan tajuk pelajaran baru agar mereka dapat
bersedia untuk menerimanya. Guru tidak digalakkan memanjangkan masa
semasa menjalankan proses ini, hanya mengemukakan persoalan-persoalan
atau aktiviti-aktiviti yang menarik, ringkas dalam usaha mengemukakan tajuk
yuang akan diajar nanti.

• Membentangkan pengajaran (’ardh al-Maudhu’).

Satu proses mengumpul maklumat-maklumat pelajar dalam


kepelbagaian bentuk yang menarik perhatian dalam usaha mengemukakan
pendekatan. Proses ini perlu jelas, tidak sukar, jauh daripada kekusutan
ungkapan yang mudah diterima oleh pelajar. Semua ini penting dalam usaha
guru mengeluarkan sesuatu pendekatan bahasa dengan cara yang lebih mudah
dan menarik. Guru perlu mengemukakan seberapa banyak contoh yang akan
memberikan kefahaman kepada pelajar sebelum daripada pernyataan rumusan
pengajaran. Contoh khusus yang dipilih juga haruslah sesuai dan mencukupi.
Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan
kesimpulan yang berkenaan. Aktiviti pembelajaran secara induktif juga harus

5
melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran,
hidu dan sentuh.

• Hubungkait dan perbandingan (al-rabt wa al-muwazanah).

Guru memerlukan penglibatan pelajar dalam perkaitan dan


perbandingan melalui contoh-contoh yang dibincangkan untuk memudahkan
mereka menerima rumusan yang akan dibuat nanti. Jenis contoh khusus yang
diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta
mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya. Proses ini memerlukan
kepada pembuktian yang rasional, pemikiran yang tajam dan tidak gopoh dalam
mengeluarkan sesuatu hukum atau pendekatan baru yang diajar. Proses ini
mempunyai perkaitan yang rapat dengan proses yang kedua tadi. Guru tidak
harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan
dengan kesimpulan.

• Rumusan (al-Ta’mim wa istiqra’ al-Qaedah)

Rumusan terhadap hukum/ pendekatan bahasa yang dipelajari sejurus


perbincangan. Ini adalah satu proses dalam bentuk pendefinisian atau
mengeluarkan sesuatu hukum bahasa. Disamping itu, soalan-soalan harus
disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
Murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan sendiri.

Peranan guru amat besar dalam mengarahkan pelajar ke arah rumusan tersebut
melalui lisan dan dirakamkan dalam bentuk penulisan di papan hitam.

6
• Implementasi (al-Tatbiq).

- Ini adalah proses terakhir untuk menilai tahap kefahaman pelajar tentang tajuk
yang diajar dengan mengesahkan lagi rumusan yang telah dibuat melalui
perlaksanaan terhadap ayat-ayat lain atau mengaplikasikannya melalui pelajaran
lain.

• Kerja Rumah (al-Wajib al-Manzili).

- Guru memberikan latihan dan tugasan sebagai kerja rumah.

7
3.1 Takrif Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif ialah sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada


sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti
dengan aplikasinya keatas contoh-contoh yang khusus. Kadangkala ia juga
digunakan untuk mendapatkan kesimpulan yang baru daripada rumus yang telah
diketahui.

3.2 Kaedah Pendekatan Deduktif

Kaedah ini berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang


kompleks kerana ia memerlukan murid memperolehi kefahaman yang
mendalam, pengetahuan yang cukup, serta berupaya memilih rumus yang telah
diperolehi dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh yang khusus. Guru
memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbing
mengingat kembali hukum yang berkaitan untuk membolehkan mereka
menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.

Terdapat tiga jenis induktif iaitu menyelesaikan masalah, membentuk kesimpulan


baru dan membuktikan hipotesis. Prinsip-prinsip bagi pendekatan deduktif ialah :
ini disempurnakan dengan perpindahan daripada hukum umum (kulli) kepada
hukum yang lebih khusus (juz’i). pengajaran dimulakan dengan
menyebut/mengingati pendekatan atau hukum secara am dan mengukurnya
dengan cara mengemukakan contoh-contoh bagi menyabitkan hukum tersebut.

8
Pendekatan ini juga dapat dijalankan melalui lima langkah utama:

• Pendahuluan

– bertujuan untuk mempersiapkan pelajar dengan tajuk pelajaran baru yang akan
diajar dan menentukan skop perbincangannya.

• Mementingkan pengajaran.

Guru akan terus mengemukakan hukum atau pendekatan yang ingin dipelajari
kepada pelajar dengan menulisnya di papan hitam atau dengan cara lain yang
difikirkan patut. Guru akan membaca dan membuat huraian lanjut berkenaan
pendekatan dipelajari tersebut satu-persatu.

• Rumusan terhadap hukum/pendekatan

Guru akan membuat contoh-contoh yang mendasari pendekatan yang telah

disampaikan. Guru sendiri tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah

atau menghuraikan cara membuktikan hipotesis, tetapi membimbing murid

melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian

masalah. Guru juga akan meminta pelajar mengemukakan contoh-contoh baru

yang mempunyai kaitan dengan pendekatan bagi menampakkan kesahan

pendekatan tersebut dalam bentuk penggunaan ayat. Kesimpulan,prinsip atau

9
teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis

haruslah diketahui serta difahamkan.

• Penilaian.

Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali kesimpulan, prinsip atau teori

yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah

didedahkan. Ini adalah proses terakhir untuk menilai tahap kefahaman pelajar

tentang tajuk yang diajar di mana guru akan memberikan contoh-contoh baru

hingga pelajar betul-betul faham tentang penggunaan pendekatan yang dipelajari

sebagai persiapan untuk menghadapi pelajaran akan datang.

• Kerja Rumah.

Guru memberikan beberapa latihan dan tugasan sebagai kerja rumah.

Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap guru dalam
Melaksaanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan
pendekatan ini ialah:

• Tidak menjadikan al-Balaghah sebagai satu mata pelajaran yang hanya untuk
dihafaz pendekatan, takrif beserta dengan contoh-contohnya dan mengenali
istilah-istilahnya sahaja tanpa kefahaman dan amali.

• Pelajar harus diberikan peluang untuk mereka melaksanakan pendekatan


Balaghah yang mereka pelajari secara ilmiah dan dapat merasai nilai-nilai
seni dan keindahannya.

10
• Antara asas-asas utama pengajaran al-Balaghah ialah mengaitkannya secara
langsung dengan teks-teks sastera Arab yang mempunyai unsur dan nilai
retorik yang boleh dijadikan contoh. Menjadi satu kesalahan yang besar
sekiranya guru begitu ghairah memperkenalkan asas-asas Balaghah sebelum
pelajar dapat memahami teks-teks yang dipelajari.

• Mengaitkan contoh-contoh retorik Arab dengan apa yang sentiasa digunakan


dalam percakapan harian terutama dalam bahasa kita agar pelajar dapat
membuat perbandingan antara keduanya.

• Menghubungkan antara satu unsur dengan unsur retorik yang lain seperti al-
Jinas dengan al-Saja’ yang boleh membawa kepada kesepaduan suara, al-
Muqabalah dengan al-Tauriyyah dari segi keindahan maknanya, al-Amr, al-
Nahy dan al-Istifham di bawah satu kunci al-Talab, al-Tasybih dengan al-
Isti’arah yang dapat mendatangkan imaginasi berserta dengan realiti.

• Latihan-latihan untuk menguji kefahaman pelajar sama ada latihan berbentuk


lisan atau bertulis. Latihan-latihan ini amat berguna sekiranya disertai dengan
ayat-ayat al-Quran, hadis adan teks-teks sastera Arab. Penganalisaan terhadap
sumber-sumber ini penting bagi memperlihatkan unsur-unsur retorik yang
dipelajari.

• Perlu juga membangkitkan hubungan retorik dari sudut psikologi dan reality
semasa serta persekitaran yang menyebabkan teks-teks retorik dikeluarkan.
Dengan ini akan dapat memperlihatkan kenapa seseorang sasterawan hanya
memperkatakan tentang sifat murah, toleransi, kasih-sayang, cinta, membalas
dendam, peperangan dan sebagainya.

• Menggabungjalinkan al-Balaghah dengan beberapa mata pelajaran dan ilmu


ilmu bahasa Arab yang lain.

11
 

 
 

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


 

Pengenalan

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kita pasti menemui istilah seperti
pendekatan, pendekatan dan teknik. Ketiga-tiga konsep ini mempunyai perkaitan
dan ianya saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan dengan inilah
ianya sering mendatangkan kekeliruan di kalangan guru-guru sekolah samada
guru pelajaran agama mahupun guru pelajaran yang lain.   
 
 
 

 
 
 

Konsep
 

Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum.


Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman
Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu
Cuba untuk mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan/susunan pemikiran
Membuat andaian munasabah daripada spesifik (khusus) kepada umum

12
 
 
 

Ciri-ciri

? Matlamatnya ialah pembentukan kebiasaan


? Guna pengantaraan deria untuk dapatkan pengetahuan
? Perlu kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk kuasai sesuatu
kemahiran
? Tekankan pengajaran berbentuk konkrit
? Beri peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan guru
? Penglibatan murid secara aktif ditekankan
? Wujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan
? Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran
 
 
 
 
 

PendekatanDeduktif
 
 

Takrif

Suatu penagajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau


mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan akan diaplikasikan menjadi suatu
fakta.

13
Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan suatu
masalah. Kemudian mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau
generalisasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah. 

Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah betul kerana
ia akan dirujuk kepada guru pada akhir sesi pembelajaran.
 
 
 

Konsep

? Pelajari sesuatu berdasarkan hokum


? Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum
? Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi
? Membuat satu penghuraian daripada umum kepada yng khusus
 
 

Prinsip

? Strategi penyoalan hendaklah diadakan supaya guru dapat menolong murid-


murid membentuk konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang
dikehendaki
? Mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid
? Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang digunakan dapat
menarik minat murid
? Guru perlu menyediakan alat Bantu yang sesuai
? Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran
 
 

14
 
 

Ciri-ciri
 

? Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid


? Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
? Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih
kompleks
? Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.
Teknik
 
 
 

Murujuk kepada pendapat Ahmad Mohd Salleh, teknik ialah apa yang kita lihat di
dalam bilik darjah.Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteks dengan
pendekatan yang digunakan.Umpamanya menggunakan makmal bahasa untuk
mengajar bahasa arab adalah suatu teknik begitu juga membaca,menjawab dan
sebagainya,yang penting ialah pemilihan mestilah berasaskan sesuatu
pendekatan yang berlandaskan sesuatu pendekatan pada akhirnya
keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung atas asas-asas
pengpendekatanan dan pendekatan yang kukuh,mantap dan boleh dipercayai..
 

Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu pendekatan.


Teknik merangkumi aktiviti,pelaksanaan dan kemahiran guru yang digunakan
dalam pengajaran (Ee Ah Meng, Pedagogi ii.)
 

Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia

15
terkandung dalam sesuatu pendekatan. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan
kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara
menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya dalam pendekatan
permainan, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan permainan itu
bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan
teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam
setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh
digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat
digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran.
Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada umur dan berdasarkan
kepada minat murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan. 
 
 

Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif,


antaranya ialah :-

a) Untuk menyampaikan bahan pengajarandengan cara yang boleh menarik


minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin
tahu mereka.
b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang
dipelajari dengan mudah dan berkesan.
 
 

Teknik pengajaran bagi mata pelajaran akhlak islamiah mempunyai perbezaan


dengan pengajaran agama yang lain kerana ianya lebih menumpukan kepada
perbincangan dan pemahaman. Teknik yang biasa digunakan bagi pelajaran
akhlak islamiah adalah seperti berikut :-

i)    Teknik bercerita


ii)   Teknik berbincang

16
iii)  Teknik penyelesaian masalah
iv)  Teknik sumbangsaran
v)   Teknik tunjuk cara
vi)  Teknik main peranan
vii) Teknik bersoal jawab
 
Setiap teknik-teknik ini punya kelemahan dan kebaikan, namun untuk memilih
yang benar-benar terbaik adalah sukar untuk seseorang guru kerana minat murid
adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi untuk menjamin keberkesanan
sesuatu teknik hendaklah ianya sesuai dengan isi pelajaran dan ianya mampu
untuk dilaksanakan oleh murid. Selain itu keberkesanan sesuatu teknik yang
digunakan juga bergantung atas asas-asas pengpendekatanan dan pendekatan
yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai. 

      Oleh yang demikian teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran
guru dalam mengelola dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti
pengajaran. Ia menekankan kepada aspek bagaimana menggunakan sumber-
sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah pengajaran.    
 
 
 
 
 
 
 
 

Pendekatan 
 
 

17
Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, pendekatan ialah suatu perancangan
yang sisitematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia
merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan
asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu sesuatu
pendekatan,memugkinkan beberapa pendekatan berbagai-bagai faktur
mempengaruhi persembahan bahan secara sisitematik umpamanya jenis
pelajaran. Dengan itu,berbagai-bagaikardah harus diwujudkan untuk memenuhi
keperluan pelbagai golongan tadi.
 

Mengikut pendapat Ee Ah Meng, pendekatan ialah  suatu ciri tindakan guru yang
sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka
pendek sesuatu pelajaran.Ia juga membawa implikasi penyusunan,oleh
itu,pendekatan mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan
langkah-langkah yang tersusun dan teratur.
 

Pendekatan adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan


sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan langkah-
langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan
kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu
pelajaran.

Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran,guru-guru


boleh menggunakan pendekatan yang sesuai,terutama pendekatan-pendekatan
yang dapat memenuhi keperluan murid-murid.Oleh itu guru-guru sepatutnya
dapat merancang prosedur.Mereka perlu dapat menggambarkan dengan jelas
dalam fikiran mereka ciri-ciri fikiran atau sifat-sifat sejati pendekatan berkenaan.

 Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan melalui cara-cara berikut :

1. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.

18
2. Tetapkan bahan yang hendak disampaikan,mengikut peruntukan masa yang
diperlukan.
3. Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang akan diperkenalkan.
4. Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan.
5. Susunkan langkah-langkah secara berperingkat.

http://www.geocities.com/Heartland/Grove/1156/pappeng.html

mst.mpks05. 7
Pengajaran & Pembelajaran
􀂄 Menurut Sidi Gazala (1970), pengajaran ialah memberikan
pengetahuan kepada manusia yang ditampung dan
disimpan di dalam otak.
􀂄 Konsep pengajaran ialah suatu proses yang berkaitan
dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran
supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya
dengan betul. Pembelajaran pula ialah suatu proses
bagaimana murid-murid memperoleh, menyusun,
menyimpan dan menggunakan sesuatu ilmu pengetahuan
atau kemahiran yang diajarkan.
􀂄 Tajul Ariffin Noordin (1988) menjelaskan kejayaan manusia
adalah bergantung kepada keupayaan memilih proses
pembelajaran yang paling sesuai dalam kehidupannya.
Menurut beliau lagi, hanya menerusi pembelajaran yang
baik dan sihat, manusia akan terus maju dan membangun
dari satu tamadun ke tamadun yang lain. Perhubungan
pengajaran dan pembelajaran begitu rapat kerana keduaduanya

19
berjalan serentak pada satu masa.

PIKIRAN RAKYAT - DARI RAKYAT OLEH RAKYAT UNTUK RAKYAT

JADWAL SHOLAT

Bandung & Sekitarnya


Subuh 04:39 WIB
Zuhur 11:55 WIB
Asar 15:16 WIB
Magrib 17:53 WIB
Isya 19:02 WIB

20

You might also like