You are on page 1of 6

Maksud kraftangan tempatan.

Kraftangan tempatan merupakan barangan yang dihasilkan dengan menggunakan


kemahiran tangan dan dikeluarkan dengan atau tanpa mneggunakan alat atau peralatan
yang mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha
kraftangan di sesuatu kawasan tertentu.Kraftangan merupakan keluaran artistic yang
mempunyai daya tarikan sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-
apa barangan,walaubagaimanapun ia dihasilkan.
Jenis kraftangan

Pelbagai hasil kraftangan

Kebanyakan reka bentuk adalah berdasarkan unsure alam semulajadi seperti corak akar dan
tumbuhan menjalar,bunga serta haiwan. Antara jenis-jenis kraftangan adalah seperti:

Pasu

Barangan popular yang berciri tradisional termasuklah labu sayong dari negeri Perak, geluk
dan belanga, tembikar Cina dan Sarawak yang dihias corak tradisional. Kraftangan moden
pula termasuklah pasu bunga, pasu, hiasan yang diperbuat dari tanah liat, arca serta barang
kegunaan dapur.

Labu sayong

Labu sayong merupakan pasu berbentuk labu cina yang lazimnya berwarna hitam dan
biasanya digunakan untuk menyimoan dan menyejukkan air. Negeri Perak amat terkenal
dengan pasu ini.

Belanga

Belanga banyak dijumpai di rumah-rumah kampong dan lazimnya mempunyai dasar yang
bulat dan pembukaan bibir yang luas. Ianya selalu digunakan untuk memasak kari kerana
dipercayai dasarnya yang bulat membolehkan suhu memasak lebih rata.
Terenang

Bentuk Terenang bersegi-segi dan ia selalu digunakan oleh penduduk di Negeri Pahang dan
Terengganu untuk menyimpan air. Ianya mempunyai leher yang cekung dan badan yang
cembung.

Hasil kayu

Terdapat banyak sumber kayu-kayan di Negara Malaysia yang terdapat di hutan hujan
tropika,juga terkenal dengan hasil kraftangan kayunya yang pelbagai jenis. Pada zaman
dahulu,kebanyakan rumah di Malaysia diperbuat seluruhnya daripada kayu. Kini,antara
hiasan serta barangan kayu yang boleh didapati termasuklah panel kayu antik yang terukir,
hulu keris, bekas dengan reka bentuk Cina,ukiran kayu Orang Asli yang unik,tongkat kayu
berukir,pelbagai peralatan dapur,serta kayu wangi yang berukir.

Kerja tangan logam

Hasil kerja tangan cara tradisional bagi membuat pelbagai peralatan gangsa dan Loyang
yang popular pada zaman dahulu masih terdapat hingga ke hari ini. Dengan penemuan bijih
timah pada kurun ke-19,pewter pula semakin popular.Hasil barangan logam temasuk
barangan hiasan moden,peralatan dapur dan artifak tradisioanal seperti tepak sirih,bekas
merenjis air bunga mawar serta bilah keris.
Hasil anyaman

Kagumi kehalusan hasil anyaman yang kreatif di Malaysia.Sumber tumbuhan termasuk


bambu,rotan,pandan dan mangkuang,menyediakan bahan mentah bagi keja anyaman
dengan teknik melilit,menganyam,menocang dan menyelit bagi menghasilkan
beg,bakul,tikar,topi,tudung saji,serta sepak raga.

Kain

Kain tradisonal Makaysia yang beraneka warna dan menawan sangat digemari ramai.Jenis-
jenis kain termasuklah batik,songket,pua kumbu dan tekat.Jenis-jenis kaini ni kemudiannya
dijadikan pelbagai barang perhiasan dan pakaian tempah khas hinggalah kasut,langsir
berwarna-warni dan alas tilam yang lembut.

Batik

Perkataan batik merujuk kepada teknik bagaimana kain batik dihasilkan,menggunakan lilin
bagi membuat permukaan kain menjadi kalis airagar tidak menyerap warna.Warna kain
batik tahan lebih lama kerana kesulurahan kain tersebut dicelup ke dalam pewarna yang
menyerao kedalam serat kain tersebut,dan bukan dicat atau dicetak.
Songket

Kain songket dihasilkan secara anyaman menggunakan benang emas.Pada masa dahulu,kain
yang mewah dan indah ini melmbangkan taraf kedudukan seseorang Melayu bangsawan.

Pua Kumbu

Pua Kumbu diperbuat daripada benang-benang yang dicelup secara individu menggunakan
alat melayu tradisional.Corak-corak yang diilhamkan adalah merupakan gabungan antara
azali dengan yang mistik.Setiap tenunan mencerminkan peribadi penenunan itu sendiri.

Tekat

Tekat adalah seni menjahit benang emas ke atas dasar kain,yang lazimnya baldu,pada
asalnya digunakan bagi menghias pakaian kahwin Melayu tradisional.

Barang kemas dan aksesori pakaian

Barangan aksesori buatan tangan yang halus banyak terdapat di Malaysia.Pililah antara
barangan yang diperbuat daripada kulit,rantai manic dari Borneo,atau barang kemas emas
dan oerak bertatah batu permata yang sungguh menwan.
Keronsang

Set tiga biji kancing yang digunakan bagi menyemat bahagian depan baju kebaya.Keronsang
lazimnya terdiri daripada tiga bentuk kancing,iaitu satu kancing ibu,yang lebih besar dan
berat,serta dua kancing anak yang lebih kecil dan ringan yang disusun di bawah kancing ibu.

Cucuk sanggul

Penyemat rambut tradisional yang digunakan untuk mengemaskan rambut wanita dan
membentuk sanggul di atas kepala mereka,Penyemat ini yang lazimnya diperbuat dari emas
atau perak dalam set segi tiga,lima ataupun tujuh yang kini dipakai ketika hari perkahwinan
atau digunakan oleh para penari tradisional dengan pakaian persembahan mereka.

Pending

Sejenis tali pinggang yang berukir yang digunakan untuk mengemaskan samping dengan
pakaian baju melayu yang merupakan pakaian tradisi bagi kaum lelaki.Pada masa
dahulu,pending ini mencerminkan taraf dab kekayaan pemakainya.

You might also like