You are on page 1of 10

Definisi dan Konsep

Pembelajaran dapat dicapai dan ditingkatkan menerusi penerangan yang jelas,


pengalaman pembelajaran pelajar dan kegiatan-kegiatan yang menyeronokkan antara guru dan
murid. Bagi memenuhi ketiga-tiga perkara ini, alat bantu mengajar (ABM) adalha sangat
diperlukan.Alatan mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh bagi membantu
penyampaian pengajaran di bilik darjah. Alat Bantu mengajar sebenarnya tidak terhad kepada
buku-buku teks, papan tulis, dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda
yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan,
dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alatan mengajar merupakan apa-apa sahaja yang
dapat dialami oleh murid-murid(Kamarudin Hj. Husin, 1986).

Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan:
alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981)
membahagikan ABM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala
Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua
iaitu “ software” dan “ hardware”

Atan Long ( 1982: 174 ) pula menyebut alat Bantu mengajar ter diri daripada berbagai-
bagai bahan. Sesuatu bahan dapat disampaikan dengan pelbagai cara, umpamanya sesuatu
bahan itumungkin diterbitkan dalam bentuk buku, carta, atau diletakkan pada slaid dan
dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan alat Bantu mengajar. Berdasarkan
beberapa pendapat ini , dapatlah dibahagikan alat Bantu mengajar ini kepada 3 katagori seperti
berikut :

a) Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur,
slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD ,
komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.
b) Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik – seperti suara, gambar, carta,
model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad
imbasan, buku dan sebagainya.
c) Bahan bercorak pengalaman - seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan
maujud (realiti ) dan sebagainya.

Matlamat dan ciri-ciri alat bantu mengajar (ABM)

Alat Bantu mengajar (ABM) amat penting bagi guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan bagi memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan
lancer kerana isi pelajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan
bantuan alat bantu mengajar. Zaidatul Akmaliah dan Habibah Elias(1990), telah menyenaraikan
cirri-ciri alat Bantu mengajar yang baik seperti berikut :

1. Alat itu dapat menjelaskan idea yang kabur, menunjukkan turutan dan menerangkan
hubungan antara isi pelajaran.

2. Menjelaskan bahagian-bahagian yang sukar difahami dan juga bahagian-bahagian yang


sukar untuk diperhatikan.

3. Alat itu mestilah besar dan jelas untuk diperhatikan dan tidak menyakitkan mata pelajar
walau dari mana-mana bahagian dalam bilik darjah .

4. Alat bantuan itu mestilah diwarnakan untuk menekankan perkara-perkara yang penting
dan untuk menambahkan minat pelajar.

5. Di atas alat bantuan mengajar itu, hanya penerangan bertulis yang perlu, hindarkan
sesuatu yang akan menyelewengkan tujuan penggunaan ABM tadi .

6. Gunakan bahan yang tahan lama.

7. Label hendaklah dibuat dalam berbagai-bagai warna dan nomborkan bahagian-


bahagian itu.
8. ABM itu hendaklah mudah dibawa atau diangkat ke mana-mana, umpamanya dari pusat
sumber ke kelas atau dari satu kelas ke kelas yang lain atau dari bilik guru ke bilik darjah.

9. Boleh disimpan dengan baik semasa tidak digunakan.

10. Setiap ABM hendaklah diberi tajuk untuk dikenal pasti dan dimasukkan dalam
perancangan kerja harian.

Ketika memilih alat bantu mengajar yang hendak digunakan bagi sesuatu pelajaran , guru
hendaklah menimbangkan tentang sumbangan yang dapat diberikan oleh alat bantu mengajar
tersebut terhadap pelajaran berkenaan. Berdasarkan ciri-ciri diatas saya memilih untuk
membuat satu CD rakaman suara dan gambar yang dipersembahkan dalam bentuk slaid
Powerpoint yang boleh dikategorikan sebagai alat bantu mengajar moden. Saya juga telah
menyediakan satu set kad imbasan dan kad gambar dalam kategori alat bantu mengajar tradisi.

1. CD – Slaid Powerpoint

Slaid Powerpoint atau juga dikenali sebagai persembahan elektronik ini sangat
sesuai dalam pengajaran bahasa kerana kita dapat menunjukkan secara jelas kepada
murid isi pelajaran dan focus utama dalam pengajaran. Dalam slaid yang saya sediakan
ini saya telah merakam suara bagi setiap gambar yang saya tayangkan. Oleh itu murid
dapat mendengar dahulu cara sebutan yang betul dan mengikutnya selepas itu.
Gambar-gambar yang ditayangkan dalam slaid ini mempunyai kaitan dengaan isi yang
ingin disampaikan. Juga dimuatkan dalam slaid ini ialah lagu nasyid diakhir pengajaran
bagi mengukuhkan lagi ingatan murid kepada isi pelajaran serta bagi memastikan sesi
pengajaran menjadi menarik dan menyeronokkan untuk murid Tahun satu. Slaid
powerpoint ini telah dilahirkan dalam bentuk CD bagi memudahkan ia digunakan
berulang kali dan dibawa ke mana-mana.

Ciri-ciri penting ABM ini ialah:

a) Kandungan yang jelas dan mengikut isi pelajaran Bahasa Arab Tahun 1.
b) Rakaman suara yang jelas dan boleh diulang sebutan.

c) Gambar-gambar yang jelas dan terang serta ada bunyi suara rakaman.

d) CD yang boleh disimpan dan dibawa kemana-mana.

e) ABM ini dapat menjelaskan idea dan mengikut turutan isi pelajaran.

f) Boleh disimpan dengan baik ketika tidak digunakan.

g) Ada unsur keseronokan yang boleh menarik minat murid Tahun 1.

2. Kad Imbasan

Kad Imbasan sebenarnya terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna
dibelakangnya. Kad ini berguna kerana ia dapat memberi melatih murid-murid agar
belajar sendiri dengan menyebut perkataan itu setelah mendengarnya daripada guru
dan mengingat kata-kata itu. Kad ini ditunjukkan kepada murid dan mereka diminta
menyebutnya selepas mendengar guru menyebut. Maksudnya ditulis disebelah bagi
tujuan semakan.Kad yang direka dengan baik akan dapat memberi bantuan yang baik
dalam pengajaran bahasa. Walaupun kad imbasan ini telah digunakan sejak beberapa
lama dahuludan ia adalah kategori ABM tradisi tetapi kepentingannya tidak boleh
diketepikan..Ini kerana kad-kad ini terdiri daripada perkataan atau rangkai kata dan
amat sesuai untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Arab kepada murid-murid.

Ciri-ciri ABM ini ialah:

a) Pelbagai warna tulisan dan jelas untuk dilihat oleh semua murid

b) Kad-kad ini direka dengan baik untuk menarik minat pelajar

c) Perkataan atau rangkai kata dibuat dengan kemas

d) Murah dan senang hendak disediakan


e) Mudah disimpan dan tahan lama

f) Guru memain peranan yang penting

g) Boleh digunaka dimana-mana tanpa memerlukan bantuan bahan lain

Kesan penggunaan Kemahiran Bertutur dan Mendengar Bahasa Arab

1. Kemahiran Mendengar

Kebanyakkan ahli bahasa berpendapat bahawa kemahiran mendengar adalah kemahiran yang
pertama dalam empat kemahiran bahasa .. Pendapat ini berdasarkan teori pembelajaran bahasa
bagi kanak-kanak sejak dilahirkan. Kemahiran mendengar ini sering kali diabaikan dalam
pengajaran bahasa . Implikasi dari pengabaian ini akan menjejaskan kemahiran-kemahiran
bahasa yang lain terutamanya kemahiran bertutur. Benarlah apa yang pernah diucapkan oleh
Ibnu Khaldun bahawa ? mendengar adalah bapa kepada kemampuan bertutur? Beberapa
panduan yang boleh dilakukan oleh guru dalam kaedah pengajaran kemahiran mendengar
ialah :

i) Guru perlu membuat perancangan dan persediaan sebelum mengajar.


ii) Guru perlu meransang pelajar untuk mendengar bahan pengajarannya.
iii) Guru perlu mempastikan suasana bilik darjah mengizinkan untuk pelajar mendengar
dengan baik
iv) Guru perlu memberi arahan yang jelas tentang tugas pelajar ketika mendengar
v) Bahan pendengaran perlu jelas dan sesuai dengan tahap pelajar
vi) Penilaian terhadap pencapaian pelajar perlu dilakukan sebelum penutup

Di antara kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran
mendengar ini ialah kaedah audiolingual yang memberi penekanan terhadap kemahiran
mendengar dan bertutur. Kaedah ini selaras dengan pandangan Bloomfield yang mementingkan
aspek latih tubi yang berasaskan prinsip ransangan dan gerak balas

Mendengar adalah kemahiran yang pertama dialami oleh seorang kanak-kanak sebelum
ia diajar dan dilatih untuk bertutur. Ini merupakan proses fitrah yang telah ditetapkan oleh
Pencipta sejak azali lamanya. Justeru itu dalam pengajaran tidak seharusnya melewati
ketetapan fitrah kejadian ini. Dalam pembelajaran kemahiran mendengar, guru mestilah melatih
murid anda agar dapat mendengar dengan tekun dan memberi sepenuh perhatian terutama
kepada murid Tahun 1. Ketelitian murid ketika mendengar akan menghasilkan satu bentuk
pertuturan yang baik.

Justeru itu suara ketika bertutur (menyampaikan pengajaran) atau pembacaan


sebenarnya menjadi alat terpenting untuk menyampaikan kemahiran ini.Dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab murid Tahun 1 suara guru memberi kesan yang sangat penting dalam
proses mereka hendak mengingati sesuatu perkataan kerana suara guru mempengaruhi
kemahiran mendengar mereka.Selain itu, boleh juga menggunakan pita rakaman, video, radio,
telefon bimbit dan sebagainya. Jika dilakukan dengan tersusun dan teratur akan dapat
membangkitkan rangsangan yang baik kerana ia akan dapat menimbulkan reaksi pendengar
(murid) terhadap pengajaran yang disampaikan.

Murid akan mencari isi-isi, menyatakan perasaannya, memberi pendapat, menjalankan


analisa, atau memenuhi kehendak-kehendak daripada arahan-arahan yang telah diberi. Aktiviti
ini dilakukan melalui bahan-bahan yang telah tersedia terakam dalam alat-alat tadi. Di antara
bahan-bahan yang dapat dirakam adalah dalam bentuk ucapan, pembacaan biasa, nasyid,
pengumuman, perbualan, laporan, bunyi binatang, sumber alam semulajadi, lawak jenaka, dan
lain-lain lagi berpandukan kepada sukatan pelajaran.

Selain menggunakan rangsangan untuk sesuatu kegiatan bahasa, bahan-bahan yang


telah dirakamkan dalam alat-alat ini boleh dijadikan contoh yang baik atau satu model yang
berkesan contohnya perrbualan, dialog, perbahasan, ucapan, ceramah,
pengumuman, nasyid dan sebagainya. Penekanan perlu kepada sebutan, intonasi, tekanan
suara, pemilihan kata-kata, gaya bahasa, nahu, dan sebagainya.

Khairiah Ahmad, (1980) menerangkan bahawa bahan-bahan rangsangan ini boleh anda
rakamkan menerusi pelbagai sumber. Antaranya ialah radio, televisyen atau menerusi lakonan-
lakonan yang dijayakan oleh pelajar anda berdasarkan buku teks atau perbualan yang
menggunakan ungkapan-ungkapan yang telah dipelajari oleh murid.

Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di
peringkat penerimaan. Seseorang yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus
dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula
memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar Kemahiran mendengar
adalah penting kepada murid Tahun 1 dalam pengajaran Bahasa Arab. Kemahiran mendengar ini
dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan murid
fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu. Jika kemahiran mendengar tidak dapat di
laksanakan pada awal maka ia akan memberi kesan kepada murid untuk menguasai Bahasa
Arab.

2. Kemahiran Bertutur

Pengajaran kemahiran bertutur biasanya dilakukan serentak dengan kemahiran


mendengar. Kemahiran ini dalam pengajaran bahasa asing boleh dibahagikan kepada dua
peringkat iaitu :

(a) Peringkat Sebutan iaitu kemahiran asas


(b) Peringkat Ta?bir (mengemukakan idea atau pandangan)
Sebelum pelajar boleh bertutur dengan fasih, mereka perlu diperkenal dan dilatih
kemahiran asas bertutur seperti dari segi sebutan, nada suara, rentak dan sebagainya. Menurut
Ali Ahmad Mazkur (1991) proses bertutur bukan berlaku secara spontan tetapi adalah melalui
langkah-langkah berikut : Ransangan, Berfikir, Menyusun perkataan, Bertutur. Sehubungan
dengan itu guru perlu memahami proses bertutur ini dan membantu murid merancang dan
bersedia untuk bertutur. Di antara perkara yang boleh dibantu oleh guru dalam melatih murid
dalam kemahiran bertutur ini ialah persediaan-persediaan berikut:

i) Pelajar perlu mengetahui siapakah pendengarnya

ii) Pelajar perlu mengetahui apakah tujuan dia bertutur

iii) Pelajar perlu mengetahui isi kandungan pertuturannya

iv) Pelajar perlu mengetahui gaya bahasa yang sesuai

Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk bertutur terutama murid Tahun1.
Mereka perlu diberi galakan supaya mempraktikkan semula perolehan bahasa pada situasi yang
sesuai. Tugas yang utama seorang guru dalam pengajaran Bahasa Arab ialah memberi dorongan
kepada murid supaya bertutur dan menyediakan bahan-bahan tertentu dan sesuai sebagai
model untuk menggerakkan mereka bertutur atau mempraktikkan bahasa Arab. Murid Tahun
satu boleh diasuh menggunakan perkataan Bahasa Arab dalam perbualan harian mereka dengan
kawan-kawan seperti menyebut perkakas dalam kelas dalam bahasa arab. Guru memberi
galakan dengan memberikan ganjaran atau hadiah kepada murid yang biasa menyebutnya
dalam Bahasa Arab.

Pelbagai alat bantu mengajar yang dapat digunakan bagi menjayakan kemahiran ini
guru boleh menggunakan bahan-bahan rakaman sebagai rangsangan atau contoh untuk ditiru
oleh murid dan menyediakan bahan-bahan bercetak daripada rakaman tadi, kad-kad manila,
papan gulung, gambar-gambar yang menarik dan bersiri, dan sebagainya.. Dalam pengajaran
Bahasa Arab Tahun 1 murid memerlukan guru menyebut dan murid mendengar dan kemudian
murid menyebutnya sebagai mengaplikasikan kemahiran bertutur . Guru menjadi penggerak
utama dalam menjalankan pengajaran berasaskan kemahiran bertutur. Di antara kaedah yang
boleh digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran bertutur ini ialah kaedah komunikatif dan
kaedah terus atau secara langsung (the direct method).

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab murid Tahun 1 perlu diberi perhatian
dalam meningkatan kemahiran bertutur dengan :

a. Mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan


yang telah dikenal pasti.
b. Sentiasa memberi galakkan kepada pelajar untuk mempraktikkan
perkataan yang dipelajari dalam perbualan.

c. Pelbagai rangsangan (bergambar dan tidak bergambar) perlu digunakan


dan mewujudkan situasi yang disimulasikan untuk mendorong dan
mencetuskan pertuturan.

d. Galakan diberi supaya pelajar mahu bertutur dan berani bertutur (tidak
takut melakukan kesalahan), dan sentiasa memberi sokongan dan pujian
kepada pelajar yang mencuba dan melibatkan diri secara aktif.

You might also like