You are on page 1of 21

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

1.0 PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan dasar?. Pada umumnya dasar merujuk kepada apa juga

tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh kerajaan. Justeru ini, definisi dasar juga boleh

dibahagikan kepada dua iaitu yang pertama, dasar yang ditetapkan adalah segala sesuatu strategi

atau tindakan yang diambil oleh kerajaan berhubung dengan sesuatu masalah negara dan demi

menjamin jalan penyelesaian yang terbaik dapat dicapai oleh kerajaan disamping mengutamakan

kepentingan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini. Selain itu, definisi dasar yang

kedua pula dapat ditakrifkan seperti berikut dimana keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk

tidak berbuat apa-apa terhadap sesuatu perkara iaitu bermaksud, pihak kerajaan memutuskan

untuk mengelak dari membuat sebarang keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan atau

dasar tertentu berhubung dengan sesuatu perkara serta tindakan kerajaan ini juga boleh

dinamakan sebagai keputusan untuk tidak membuat keputusan.

Namun pentakrifan dasar adalah lebih luas berdasarkan pandangan beberapa orang

penulis. Mengikut pandangan (Rose, 1969:1) dasar merupakan satu ciri yang panjang dan

berkaitan dengan kegiatan serta melibatkan keputusan yang konkrit yang bermaksud juga

merperlihatkan dasar sebagai satu bentuk atau siri untuk melakukan tindakan. Selain itu, bagi

pandangan seorang penulis iaitu (Friedrich, 1963:79) dasar sebagai satu haluan tindakan yang

memerlukan dasar untuk menyempurnakan sesuatu matlamat atau tujuan dan walaupun matlamat

atau tujuan kerajaan sukar diketahui, tetapi idea bahawa dasar melibatkan perlakuan tindakan

merupakan sebahagian definisi dasar

Istilah etika pula berasal dari perkataan Greek ethos, yang bermaksud khusus kepada

character, ataupun perwatakan dan keperibadian. (Gluck, 1986 : 176) telah mendifinasikan etika

1|Page
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

sebagai, “kajian filosofikal terhadap moraliti”. Manakala Shea (1988:17) pula mendefinasikan

etika sebagai “prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen” dan

sebagai “satu standard tingkahlaku”.

Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia

yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan. Hubungan etika kerja kakitangan awam

dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli kakitangan awam dalam

bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan sama

ada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja

kakitangan awam merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat

mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai

setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Antara berikut menunjukkan dasar-dasar

yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi meningkatkan etika kakitangan awam selain untuk

memperkukuhkan pentadbiran.

2.0 DASAR PENSWASTAAN

Dasar penswastaan telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat iaitu Tun

Dr Mahathir Mohammad pada tahun 1983 selepas pelancaran Dasar Persyarikatan yang

melibatkan penglibatan pihak swasta dalam pembangunan negara. Pada dasarnya, penswastaan

melibatkan pemindahan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada

sektor swasta (Rohani Hj . Ab Ghani & Mohamad Idris Saleh, 2010). Menurut Rine (2009),

menerangkan bahawa penswastaan (privatization) bermaksud pemindaan perkhidmatan

pelaburan atau kepentingan kerajaan sama ada yang sedia ada atau yang baru dikendalikan oleh

sektor swasta.

2|Page
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Konsep penswastaan ini adalah berlainan dengan konsep pemilik negaraan

(nationalization) kerana dasar ini bertujuan untuk menambahkan hak milik dan penguasaan

kerajaan dalam kegiatan ekonomi Malaysia berdasarkan idea Abdul Rahim Hj. Din dalam

seminar Pembangunan Negeri Pahang (1984). Hakikatnya, konsep dasar penswastaan lebih

berkesan berbanding dengan konsep dasar persyarikatan kerana kerjasama antara pihak swasta

dan kerajaan tidak dapat dicapai disebabkan oleh beberapa kekangan daripada pihak kerajaan

yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat telah menghalang tujuan utama pihak swasta

untuk mengaut keuntungan (Rine, 2009).

2.1 OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN

Perkembangan jumlah sektor awam dengan begitu pesat dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu

menyebabkan perbelanjaan sektor awam meningkat dengan begitu besar dari dua puluh lapan

peratus pada tahun 1975 kepada tiga puluh enam peratus pada tahun 1982 dan kegawatan

ekonomi Malaysia merupakan antara faktor-faktor utama yang menyebabkan Dasar Penswastaan

diperkenalkan (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). Oleh yang demikian, rasional dan objektif dasar

ini telah diperkenalkan untuk menjaga kepentingan dan membantu kerajaan dalam hal

pembangunan negara supaya negara Malaysia tidak jauh ketinggalan dari negara-negara maju

yang lain.

Pelaksanaan dasar penswastaan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, daya dan mutu

pengeluaran oleh pihak penswastaan terutama dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

Selain itu, penswastaan amat diperlukan untuk meringankan beban kewangan dan pentadbiran

kerajaan terutama ketika berlaku kemelesetan ekonomi yang memerlukan penglibatan pihak

swasta untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Dasar penswastaan juga berperanan

3|Page
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

sebagai batu loncatan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mewujudkan

golongan usahawan bumiputera di samping menjalankan pengagihan sumber secara cekap dan

bersistematik demi memajukan negara (Rohani Hj . Ab Ghani & Mohamad Idris Saleh, 2010).

2.2 STRATEGI PERLAKSANAAN

Bagi memastikan dasar penswastaan ini berjalan lancar, kerajaan telah menubuhkan satu

jawatankuasa di Unit Perancangan Ekonomi dan terdapat beberapa isu yang perlu

dipertimbangkan dan di ambil kira oleh agensi-agensi kerajaan semasa menyediakan rancangan

penswastaan mereka contohnya Dasar Ekonomi Baru dan penswastaan, penswastaan dan Dasar

Hak milik, aspek perundangan, penilaian dan penentuan harga serta implikasi terhadap

kakitangan dan perkhidmatan di samping perundingan dengan sektor swasta dan perancangan

penswastaan. Tambahan pula, Pelan Induk Penswastaan (PIP) telah diperkenalkan sebagai

panduan pelaksanaan penswastaan bagi memudahkan prosedur pelaksanaan dan susunan

keutamaan projek yang akan diswastakan (Rine, 2009).

2.3 KESAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM

Tuntasnya, pelaksanaan Dasar Penswastaan dianggap telah berjaya kerana menunjukkan impak

yang baik terhadap ekonomi Malaysia dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan

beban negara. Manakala dalam konteks perkhidmatan, agensi-agensi kerajaan yang telah

diswastakan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Telekom Berhad (TM) dan Tol

Lebuhraya (PLUS) akan memperoleh keuntungan jika prestasi pekerja dan perkhidmatan mereka

ditingkatkan pada satu tahap ke tahap yang lain bergantung terhadap kesungguhan mereka

bekerja. Justeru itu, mutu perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat akan meningkat dan

peningkatan tahap perkhidmatan ini secara tidak langsung telah menyebabkan wujudnya satu

4|Page
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

persaingan sihat antara pekerja dalam agensi yang baru diswastakan atau di dalam negara secara

amnya hingga akan menghasilkan satu budaya kerja yang luar biasa dan menyebabkan

produktiviti sesebuah agensi yang sudah diswastakan itu bertambah dengan baik dalam masa

yang singkat (Noor Azman, 2008).

Tambahan pula, persaingan yang sengit ini sudah pasti menyebabkan peluang pekerjaan

bertambah dan pelbagai idea baru turut terhasil melalui persaingan ini yang memerlukan satu

tahap kemahiran kerja yang tinggi. Selain itu, dasar ini memberikan satu suntikan baru terhadap

imej negara malah masyarakat luar akan melihat Malaysia sebuah negara yang cekap dan efektif

terutama dalam menguruskan negara. Maka, kemampuan negara mula menyerlah melalui sistem

pentadbiran yang sistematik, pengangkutan awam yang menyeluruh, kemudahan bertaraf

antarabangsa, dan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi (Noor Azman, 2008).

3.0 DASAR PANDANG KE TIMUR.

Dasar pandang ke timur telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri yang ke-empat iaitu

Tun Mahathir Mohammad pada 8 Februari 1982 semasa persidangan 5th Joint Annual

Conference Of MEJECA/JAMECA di Hotel Hilton Kuala Lumpur sebagai rujukan kepada pihak

kerajaan untuk membuat pengkajian, penelitian dan pengadaptasian terhadap contoh-contoh

ataupun teladan yang terbaik daripada negara-negara Timur misalannya Jepun dan Korea dengan

bersesuaian dengan keadaan kakitangan di Malaysia (Pusat Maklumat Rakyat, 2010).

Seperti yang kita sedia maklum bahawa negara Jepun dan Korea merupakan antara

negara yang begitu pesat membangun terutamanya dalam bidang perindustrian serta terkenal

dengan budaya kerjanya yang berdisplin dan ia di jadikan panduan kepada Malaysia bagi

mencapai matlamat pembangunan negara dengan meningkatkan prestasi pengurusan dan

5|Page
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

pembangunan sektor awam dan swasta. Perkara ini disebabkan Malaysia mempunyai asas untuk

menjadi antara negara perindustrian di Asia selepas Jepun dan Korea serta negara Barat hilang

keupayaan dalam ekonominya kerana lebih mementingkan keselesaan hidup malah tidak lagi

mementingkan kesanggupan dan keupayaan bekerja merupakan faktor utama pelaksanaan Dasar

Pandang Ke Timur (Jabatan Perdana Menteri, 2010).

3.1 OBJEKTIF DASAR PANDANG KE TIMUR

Perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur berobjektif bagi meningkatkan prestasi dan potensi

pengurusan dan pembangunan negara serta mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai

dan etika kerja yang positif dalam menjalankan tugasan mereka. Selain itu, dasar ini berobjektif

untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara Timur tanpa mengabaikan

negara-negara Barat di samping memiliki etika kerja yang tinggi dalam meningkatkan mutu dan

produktiviti kakitangan (Wong Khek Seng, RaminahKok Meng Kee, 2006).

Tambahan pula, penumpuan dasar ini lebih terjerumus kepada kerajinan dan disiplin

kerja, kesetiaan kepada negara, mempertingkatkan kecekapan dan mengurangkan perbezaan dan

perpisahan antara eksekutif dan pekerja am. Dasar Pandang Ke Timur dilaksanakan bertujuan

menitikberatkan kejayaan kemajuan negara dalam jangka masa panjang serta terus

memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan perdagangan antara negara-

negara di Asia (Jabatan Perdana Menteri, 2010).

3.2 STRATEGI PELAKSANAAN

Selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur, kerajaan telah menyusun beberapa strategi dan

program bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik dan

6|Page
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

bersistematik di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta antaranya mengadakan

lawatan ke Korea Selatan dan Jepun untuk mewujudkan kerjasama yang lebih rapat dalam

bidang ekonomi, perindustrian, latihan teknikal dan akademik, program kemajuan serta

penyelidikan dan pengurusan. Di samping itu, bagi memantapkan lagi selok-belok teknikal dan

bidang pengurusan, para pegawai dan pelajar Malaysia telah di hantar ke Korea Selatan dan

Jepun untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang yang diceburi masing-masing (Wong

Khek Seng, Raminah, Kok Meng Kee, 2006:233).

Di antara program yang dilaksanakan bagi menjayakan dasar ini ialah melakukan

perubahan kepada struktur pentadbiran seperti mewujudkan sistem kad perakam waktu kerja

(punch card), penggunaan tanda nama (name tag), Penubuhan Pasukan Meningkatkan Mutu

Kerja (QCC), konsep pejabat terbuka, perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil

setempat dan mewujudkan fail meja dan manual prosedur kerja bertujuan untuk mendorongkan

kakitangan awam lebih berdisplin dan meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran mereka

(Jabatan Perdana Menteri, 2010).

Selain itu, Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan bagi mengubah sikap atau

keperibadian kakitangan ke arah yang positif seiring dengan kemajuan yang di kecapi oleh

kerajaan dengan melaksanakan konsep Bersih, Cekap dan Amanah, kepimpinan melalui teladan

dan perkhidmatan cemerlang bagi memberikan satu motivasi kepada kakitangan awam dalam

menjalankan tugasan mereka (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). Hal ini demikian kerana, sikap

kakitangan awam memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan mutu kerja dan sistem

pengurusan yang mementingkan kejayaan jangka masa yang panjang di samping, melaksanakan

pentadbiran negara (Pusat Maklumat Rakyat, 2010).

7|Page
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Program kemajuan eksekutif dan hubungan di antara institusi-institusi merupakan antara

strategi pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyediakan latihan kepada

eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun

dan Korea di samping, menyalurkan permohonan latihan yang di perlukan Malaysia terhadap

Institusi Pengajian Tinggi Jepun dan Korea. Skim latihan pembangunan usahawan diwujudkan

bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan bumiputera terhadap idea

baru dan teknologi baru dalam memperluaskan perniagaan mereka bersama dengan rakan

perniagaan di negara matahari terbit itu (Jabatan Perdana Menteri, 2010).

3.3 KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM

Pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur memberikan impak yang positif terhadap prestasi

kakitangan awam kerajaan dalam melaksanakan tugasan mereka bagi meningkatkan pengurusan

dan pembangunan di negara ini (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). Di samping itu, dasar ini

melahirkan kakitangan yang berdisplin, amanah dan jujur dalam melaksanakan pekerjaan mereka

serta menanamkan sikap kepimpinan yang tinggi dalam diri kakitangan awam dan swasta dalam

menerajui sesuatu pentadbiran.

Selain daripada itu dasar ini juga dapat menaikkan semangat dan motivasi dalam

kalangan pekerja menerusi anugerah perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan malah

anugerah ini menjadikan para pekerja lebih bersemangat dan terasa di hargai setelah bertungkus-

lumus dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti mereka. Dasar Pandang Ke Timur juga

memberikan kesan yang positif dan bersistematik terhadap etika kerja dengan berlandaskan nilai-

nilai murni.

8|Page
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

4.0 DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM

Dasar  Penerapan Nilai-Islam dalam Pentadbiran mula diperkenalkan pada tahun 1985. Dasar ini

merupakan salah satu dasar bagi meningkatkan etika kerja bagi kakitangan awam. Secara

rasionalnya, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran merupakan salah satu

daripada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-

unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, kerajaan

memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya terhadap  nilai-nilai Islam dalam pentadbiran

iaitu dengan menerapkan sifat positif dan universal yang boleh diterima oleh semua bangsa di

Malaysia (Mohd Azami Ahmad, 2008).

 Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya mempunyai  identiti yang tersendiri dengan setiap

individu, organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja

yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan pentadbiran

yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan bertanggungjawab boleh membentuk

identiti dan etika yang diperlukan oleh sesebuah pentadbiran dan negara. Selain itu, Dasar

Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran juga  membimbing kepada pembentukan akhlak

yang berfaedah, berfungsi dalam kehidupan setiap kakitangan awam.

4.1 OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM

Objektif yang terdapat di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam adalah untuk membentuk

sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat

lain. Dalam pada itu juga ia adalah bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara bahagia,

menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan menghasilkan

perkhidmatan yang bermutu. Berdasarkan objektif-objektif dasar ini, jelas menunjukkan bahawa

9|Page
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

dasar ini bertujuan untuk memupuk amalan dan nilai-nilai serta etika yang murni yang boleh

diterima oleh semua pihak terutama sekali kakitangan awam. Terdapat nilai-nilai  Islam yang

telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Antaranya, nilai  tanggungjawab, ikhlas, dedikasi,

sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, amanah, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur

(INTAN, 1991).

4.2 STRATEGI PERLAKSANAAN

Melalui nilai amanah, kakitangan awam harus menyedari bahawa amanah yang  diberikan perlu

dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kakitangan awam juga perlu berpengetahuan dan

berkemahiran dalam menjalankan tugas serta mementingkan tugas dan tiada penyelewengan

dalam tugas. Nilai tanggungjawab perlu diterapkan dalam diri individu melalui penerapan nilai-

nilai seperti melaksanakan tugas  dengan jujur, bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan

            Manakala, sifat ikhlas adalah menerapkan nilai-nilai seperti berhati mulia dalam

melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dan mempunyai niat bertugas kerana Tuhan.

Selain daripada itu, sifat dedikasi pula menerapkan semangat kesetiaan yang tinggi, komited dan

proaktif dalam tugas yang diamanahkan kepada kakitangan awam. Sifat sederhana pula

menerangkan kakitangan awam harus mempunyai keseimbangan dalam membuat keputusan,

rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran serta berusaha gigih menghasilkan kerja yang

diamanahkan. Kakitangan awam juga  harus mempunyai nilai tekun iaitu berusaha bersungguh-

sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan dan meninggikan imej

perkhidmatan dan organisasi

             Nilai seterusnya iaitu nilai bersih pula menerangkan bahawa kakitangan awam harus

mengamalkan sifat bersih dalam pemilikan harta dan membuat pertimbangan yang teliti dan adil

10 | P a g e
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

dalam membuat keputusan. Sifat berdisiplin menunjukkan bahawa kakitangan awam harus

mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang, mempunyai etika kerja dan

profesionalisme yang tinggi. Manakala, sifat bekerjasama pula, kakitangan awam  perlu

mengamalkan sikap tolong-menolong,  secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi dan

mengutamakan kepentingan organisasi. Selain itu, kakitangan awam harus mempunyai sifat

berbudi mulia iaitu dengan  bertimbang rasa, bertolak-ansur dan menghormati pelanggan atau

pelawat. Melalui sifat bersyukur pula, kakitangan awam harus bersyukur kerana dapat

melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi menjamin kesejahteraan hidup (Mohd Azami

Ahmad, 2008). Strategi yang dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif dasar ini adalah 

untuk menerapkan nilai Islam melalui pelaksanaan dasar kerajaan dalam perkhidmatan awam,

mengadakan kursus bina negara, pelbagai program dan projek sejajar pembangunan ummah

kakitangan awam dan menitikberatkan kebajikan bekerja.

4.3 KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM

Kejayaan dasar ini adalah disebabkan oleh peruntukan kewangan yang mencukupi, jentera

pelaksanaan yang sesuai dan cekap serta kesanggupan kumpulan sasaran menerima dasar ini.

Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh kerajaan sebahagian besarnya bergantung

kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam (Mohd Azami Ahmad, 2008).

Penghayatan nilai-nilai Islam oleh kakitangan awam akan menjamin kelancaran dan

kecekapan pentadbiran kerajaan dan mengelakkan berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan

dan sebagainya. Oleh yang demikian, nilai-nilai Islam dalam etika kakitangan awam boleh

diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut Tun

Mahathir, beliau menegaskan bahawa nilai Islam dalam pentadbiran dapat diterima oleh semua

11 | P a g e
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

kerana penerapan ini dapat meningkatkan kualiti pekerjaan dan etika kakitangan awam (Mohd

Azami Ahmad, 2008).

5.0 DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

Dasar ini juga telah dilaksanakan bagi meningkatkan etika kakitangan awam di negara ini.

Dasar yang dilaksanakan ini adalah untuk mengagalakkan pengamalan serta penghayatan nilai-

nilai murni dan etika bagi memperkukuhkan tahap integriti kakitangan awam. Selain itu, ianya

juga adalah untuk mewujudkan kakitangan awam dan warganegara Malaysia yang beridentiti

dan disegani oleh masyarakat lain. Nilai yang diterapkan dalam dasar ini adalah bersifat positif

dan universal iaitu boleh di terima oleh semua bangsa dan penganut pelbagai agama di Malaysia

(Pusat Maklumat Rakyat, 2010).

5.1 OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

Pelaksanaan dasar ini oleh kerajaan adalah untuk membentuk etika kakitangan awam dan

menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Kerajaan juga mahu

melahirkan kakitangan awam yang bermutu dan hasil kerja yang baik dihasilkan oleh kakitangan

awam di negara ini (Zalina Abd Rahman, 1990).

Dalam dasar ini, penekanan diberikan kepada kakitangan awam secara berterusan

bertujuan untuk menggalakkan kakitangan awam bagi membina tingkah laku yang baik melalui

penerapan nilai-nilai murni yang diperkenalkan kepada kakitangan awam tersebut (Zalina Abd

Rahman, 1990). Kehendak dalam berkelakuan beretika adalah berasaskan kepada menjalankan

tugas secara profesional, mempunyai daya keutuhan dalam menjalankan tugas, memberi

12 | P a g e
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

perkhidmatan yang berkualiti, adil dan saksama dalam semua urusan dan mengelakkan daripada

berlakunya percanggahan dalam kepentingan

5.2 STRATEGI PERLAKSANAAN

Usaha-usaha peningkatan etika kakitangan awam dalam konteks penerapan nilai-nilai murni

telah dilaksanakan sejak zaman awal merdeka lagi. Bagi maksud wacana ini, ia menggariskan

tiga pendekatan yang diambil oleh Kerajaan dalam inisiatif tersebut iaitu penubuhan institusi,

penerapan nilai dan pendekatan pentadbiran. Tujuan penubuhan institusi adalah bagi melahirkan

penjawat awam yang terlatih dan professional dalam menjalankan tugas (Ibrahim & Wan Roslili

Abd Majid, 1995) Contohnya ialah INTAN dalam misi untuk membangunkan sumber manusia

sektor awam melalui latihan yang berkualiti.

Dalam pendekatan penerapan, pelbagai dasar dan program diperkenalkan seperti Kod

Etika Kerja (1981), Dasar Pandang ke Timur (1982), Penerapan Nilai Islam (1985), Budaya

Kerja Cemerlang (1989), dan Dasar Pensyarikatan Malaysia (1991). Manakala pendekatan

pentadbiran merujuk kepada arahan dan garis panduan yang dikeluarkan melalui Pekeliling

Kemajuan Pentadbiran Awam. Peranan PKPA adalah menerangkan dasar dan proram

pembaharuan Kerajaan dengan memberi panduan bagi memudahcara perlaksanaannya di semua

peringkat pentadbiran secara seragam (Zalina Abd Rahman,1990).

Dalam Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni ini, terdapat nilai-nilai yang telah disarankan

kepada kakitangan awam iaitu mulia, bersih, amanah, berketerampilan, beradab sopan, keadilan,

bebas, bertanggungjawab, ikhlas dan banyak lagi. Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan

sebagai seorang yang mudah memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan

balasan serta mempunyai gerak geri dan tingkah laku yang sopan terhadap orang lain (Ismail

13 | P a g e
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid, 1995). Contohnya, seseorang kakitangan awam hendaklah

saling tolong menolong antara satu sama lain, bersopan santun dalam berkomunikasi serta saling

hormat menghormati ketika menjalankan tugas. Menurut Zalina Abd Rahman (1990) dalam

melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan, seseorang kakitangan awam itu hendaklah ikhlas

dan menganggap ia sebagai satu amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Kakitangan tersebut juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika berhadapan dengan

auditi bagi membolehkan advisory role dapat dilaksanakan dengan berkesan. Mereka hendaklah

bersedia dalam mendengar pendapat orang lain dan tidak memandang rendah terhadap

kemampuan mereka.

Seseorang kakitangan awam yang beradab sopan pula merupakan seorang yang sentiasa

menjaga tutur katanya terhadap orang lain. Sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap

orang lain. Beliau juga akan memastikan percakapannya adalah sopan, lemah lembut tetapi

tegas. (Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid, 1995) Contohnya seseorang kakitangan awam

hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya terhadap ketua dan rakan sekerja

dengan memastikan percakapannya tidak mengguris hati dan perasaan orang lain. Mereka perlu

bersopan santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon terutamanya terhadap orang lain.

Seterusnya ialah tidak meninggikan suara ketika sedang marah.

5.3 KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM

Pembudayaan nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam perlu sentiasa ditingkatkan dalam

segala aspek pengurusannya. Kerajaan sebenarnya telah berada di landasan yang betul dalam

usaha-usaha penerapan nilai-nilai murni melalui pembaharuan pentadbiran yang telah dimulai

sejak merdeka lagi. Walaupun tidak dilabelkan sebagai gagasan memperkasakan nilai-nilai

14 | P a g e
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

murni, falsafah tersebut sebenarnya telah terpancar dalam setiap usaha-usaha pemahaman yang

dilaksanakan. Namun cabaran masa depan dengan segala kecaman menuntut peningkatan

berterusan dalam penghayatan kualiti dan nilai-nilai murni. Ini kerana dalam analisis akhir, nilai-

nilai tersebutlah yang akan membezakan antara yang terbilang atau terbuang.

Apa yang boleh dilihat disini adalah mengenai penerapan nilai-nilai murni ini akan

mengeratkan hubungan antara pekerja dan majikan serta mengeratkan hubungan antara kaum di

dalam organisasi untuk menghasilkan satu “team work” yang baik. Secara kesimpulanya

pengurusan kakitangan awam akan bertambah baik dan dapat meningkatkan mutu kerja supaya

tidak terus berada pada takuk yang lama. Oleh itu dasar ini harus diteruskan dan diperbaiki dari

semasa kesemasa mengikut peredaran masa.

6.0 DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Dasar Kepimpinan Melalui Teladan telah dilancarkankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada

19 Mac 1983. Kandungan yang terdapat di dalam dasar ini adalah untuk menanam dan

memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap

lapisan masyarakat terutamanya kakitangan awam. Selain daripada itu, ia juga adalah bertujuan

untuk menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni di kalangan kakitangan awam

khususnya masyarakat amnya. Justeru itu, ia adalah bagi mengubah sikap dalam mencapai dan

memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja serta daya pengeluaran negara

(Noor Azman Mahat, 2008).

15 | P a g e
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

6.1 OBJEKTIF DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Pelaksanaan dasar ini adalah bagi memupuk kesederhanaan dalam setiap tutur kata dan tindakan

yang dilakukan oleh kakitangan awam bagi mewujudkan etika kerja yang baik dalam kalangan

mereka. Dasar ini juga bertujuan menjadikan kakitangan awam sebagai masyarakat yang

berakhlak tinggi, bersih hati, fikiran dan segala tindak tanduk mereka dalam melakukan sesuatu

perkara. Selain itu, harapan lain ialah bagi melahirkan kakitangan awam yang berakhlak tinggi,

sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan membangunkan diri sendiri. Seorang

kakitangan awam yang diharapkan juga adalah seorang yang berhemah tinggi, berwibawa dan

tegas dalam melaksanakan tugas (Munirah Ahmad Masduki, 2004).

Seorang pekerja yang baik adalah mereka yang santiasa bermuhasabah dalam melakukan

sesuatu. Mereka yang cemerlang ialah mereka yang sangat kerap membuat penilaian terhadap

tugas dan tanggungjawab serta memiliki tahap-tahap pencapaian dan natijah atas hasil usahanya.

Tujuan penilaian dibuat ialah untuk mencari kelemahan-kelemahan supaya diperbaiki dan untuk

melihat kejayaan yang boleh dipertingkatkan (Jamiah Manap et al, 2007)

Menurut Jamiah Manap et al, (2007) kakitangan yang cemerlang ialah kakitangan yang

prihatin terhadap kepentingan umum, sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri.

Dalam melaksanakan tugas beliau dapat membezakan kepentingan diri atau keluarga dengan

kepentingan umum. . Selain itu ialah sifat keterbukaan dan sedia menerima pandangan yang

baik. “As-samahah” iaitu bersifat terbuka dan mengamalkan dasar bersedia menerima kritikan,

bersedia mendengar, menerima pandangan, berbincang, menerima teguran dan mengamal

pentadbiran dengan cara yang baik. Sebagai pekerja, mereka mestilah memiliki keyakinan diri,

kental dan tidak merasa terancam dengan pandangan-pandangan dan saranan orang lain.

16 | P a g e
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

6.2 KESAN DASAR KEPADA KAKITANGAN AWAM

Kakitangan awam yang baik serta sempurna dan cemerlang adalah menjadi harapan semua

rakyat. Hakikat ini memang diakui oleh semua pihak sehingga telah menjadi amalan dalam

perkhidmatan awam untuk sentiasa “Berkhidmat Untuk Negara” seperti yang diikrarkan dalam

setiap kali urusan surat-menyurat. Usaha ke arah perkhidmatan yang diingini itu telah pun

dibantu lagi dengan pembentukan satu Etika Perkhidmatan Awam yang kemas dan kinkrit. Garis

Panduan etika itu telah ditimbali lagi dengan pengisytiharan nilai-nilai murni yang lain melalui

dasar-dasar seperti Dasar Kepimpinan Melalui Teladan ini. Segala keunggulan nilai-nilai itu

akan tinggal begitu sahaja sekiranya perkhidmat-perkhidmat awam tidak melakukannya. Oleh

yang demikian langkah seterusnya ialah untuk kita mengamalkan segala panduan yang telah

meningkatkan etika kerja kakitangan awam (Munirah Ahmad Masduki, 2004).

7.0 DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Dasar Bersih, Cekap dan Amanah merupakan salah satu dasar bagi meningkatkan etika

kakitangan awam. Dasar ini dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pertengahan

April 1982. Objektif utama dasar ini adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran negara dan

mutu kerja bagi mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baik. Sifat-sifat yang

ingin diterapkan ke dalam jiwa setiap golongan pekerja dan rakyat adalah melalui sifat bersih

iaitu mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisplin, tidak menyeleweng dan tidak

terlibat dalam rasuah, tidak mementingkan diri sendiri dan sebagainya (Noor Azman Mahat,

2008).

17 | P a g e
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

7.1 OBJEKTIF DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Dasar Bersih, Cekap dan Amanah bertujuan memupuk nilai mulia, sikap positif dan moral yang

tinggi dalam kalangan masyarakat Negara ini. Bersih yang dimaksudkan dalam dasar ini ialah

kebersihan dari segi, sama ada kebersihan moral ataupun fizikal. Cekap pula merujuk kepada

perlaksanaan tugas menhikut tatacara pekerjaan. Ia boleh dicapai melalui latihan dan amalan

yang dapat membantu membuat keputusan yang cepat dan menyediakan perkhidmatan kualiti.

Amanah pula merupakan satu nilai yang merangkumi sifat murni, gigih dan ikhlas yang perlu

ada pada setiap individu dalam masyarakat. Ia berkaitan dengan soal tanggungjawab dalam

menjalankan kerja, mengawal kewangan dan harta benda milik kerajaan dan rakyat. Dasar ini

merupakan dasar yang diperlukan di setiap peringkat perlaksanaan supaya ia menjadi benteng

kuat dalam mewujudkan nilai integriti pegawai awam (INTAN, 2006)

7.2 STRATEGI PERLAKSANAAN

Dalam melaksanakan konsep ini Kerajaan telah mempraktikkannya sendiri terlebih dahulu

dengan mengambil daya utama bagi membaiki perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh

pentadbiran awamnya melalui langkah-langkah tertentu, di antaranya ialah mengadakan Manual

Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM), pengluasan khidmat pusat-pusat pembayaran bil

setempat, pejabat pelan terbuka, kad perakam waktu, pengisytiharan harta oleh para anggota

cabinet dan pegawai serta kakitangan kerajaan, pemakaian 'name tag' oleh kakitangan kerajaan,

menegaskan dan mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah khasnya bagi menyiasat

tuduhan-tuduhan rasuah, perkhidmatan cemerlang dan juga penghantaran pegawai-pegawai

melanjutkan pelajaran (Noor Azman Mahat, 2008; Jabatan Perdana Menteri, 2010).

18 | P a g e
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

7.3 KESAN DASAR TERHADAP KAKITANGAN AWAM

Bersih, Cekap dan Amanah adalah satu konsep yang murni. Sifat-sifat ini adalah asas yang

penting di dalam mengujudkan satu masyarakat Malaysia yang benar-benar bertamaddun dan

bermoral bersesuaian dengan Islam sebagai ugama rasmi. Dengan itu konsep ini tidak boleh

dipisahkan dan hendaklah berjalan seiring dengan

Dasar Penerapan Nilai-Nilai dan Konsep Kepimpinan Melalui Teladan serta Rukun

Negara. Jika dikaji keseluruhannya slogan BCA ini akan memberi kesan dalam pencapaian satu

pentadbiran yang benar-benar berhasrat mencapai daya pengeluaran yang tinggi melalui etika

dan nilai bekerja yang progresif selaras dengan kehendak- kehendak moral yang murni dan

terpuji.

8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan disini bahawa tujuan utama dasar-dasar di atas di

keluarkan adalah untuk meningkatkan produktiviti serta memantapkan pentadbiran mengikut

contoh dari negara-negara yang maju. Setiap dasar ini saling berkait antara satu sama lain kerana

ia adalah bertujauan untuk meningkatkan etika kakitangan awam dan juga meningkatkan mutu

kerja di dalam pentadbiran awam selain menjadikan sesebuah Negara maju sebagai mentor

contohnya Dasar Pandang Ke Timur yang mengambil contoh Negara Jepun dan Korea.

Etika kerja bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang kompleks, tetapi ianya

tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk mengawal tingkahlaku para

pekerja awam. Etika kerja telah menentukan asas-asas hubungan di antara para penjawat awam

dengan masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja telah wujud sejak dahulu

19 | P a g e
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan berfaedah. Sesiapapun tidak terkecuali

daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika. Oleh itu, pelbagai lagi perubahan telah dijalankan

oleh pemimpin negara supaya pentadbiran awam di Malaysia ini dapat seiring dengan negara-

negara maju di dunia antaranya seperti Islam Hadari, Gagasan 1 Malaysia, Model Ekonomi Baru

dan juga Program Transformasi Kerajaan (GTP). Diharap pada masa akan datang pentadbiran

yang ada di Negara kita ini akan berkembang menjadi sebuah pentadbiran yang produktif dari

segi pengurusan dan sebagainya.

9.0 SUMBER RUJUKKAN

Abdul Rahim Hj. Din. (1984). Seminar Pembangunan Negeri Pahang

Ismail Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid. (1995). Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam
Pentadbiran Awam: Ekonomi dan Pengurusan

Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN).
(2006).

Jamiah Manap, Prof. Dr. Hj. Azimi Hj. Hamzah, Prof. Madya Dr. Ezhar Tamam, Prof.Madya
Dr. Sidek Mohd. Noah, Dr. Amini Amir Abdullah Dr. Norizan Yahaya, Halimah Alma
Othman dan Hanina Halimatus Saadiah Hamsatun. (2007). Pemantapan Nilai Integriti
Individu Sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti. Jurnal Akademik: Universiti Putra
Malaysia

Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran Awam
Negara, Kuala Lumpur, 1991.

Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian, 13 April 1987, Universiti
Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

Laporan Seminar Etika Pengurusan, 13 Mac 1990, Institut Latihan Pengurusan Petronas, Bangi,
Selangor.

Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional.(20-21 Oktober 1992), Hotel Hilton, Kuala
Lumpur.

Malaysia Kita. (1991). Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur.

20 | P a g e
GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Muhammad Khairi. (2005,18 November). Dasar Pembangunan Negara.

Ismail Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid. (1995). Penerapan Nilai-niali Murni Dalam
Pentadbiran Awam: Ekomomi & Pengurusan

Munirah Ahmad Masduki (2004). “Penerapan Nilai-Nilai Murni KBSM Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Kalangan Guru-Guru Sains di Lapan Buah Sekolah Menengah Di
Daerah Jitra Kedah” Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda.

Mohd Azami Ahmad, 2008, Teks Efektif Pengajian Am STPM, Selangor, Penerbit Ilmu Bakti
Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur,
1991.

Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid (KSUN),Kertas Kerja "Ethics
And The Civil Services" Seminar Etika Kerja Pengurusan, 13 Mac 1990, Institut
Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1990.

Zalina Abd Rahman(1990). “Pelaksanaan Penerapan Nilai-Nilai Murni: Satu Tinjauan”


Universiti Kebangsaan Malaysia

Sumber Internet

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=240:dasar-
pandang-ke-timur&catid=
http://reocities.com/Athens/parthenon/4926/rencana/kupas.htm
http://www.scribd.com/doc/22416177/Dasar-Pandang-Ke-Timur
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1377:dasar-
penswastaan-negara&catid=300:dasar-dasar-ekonomi
http://pmrbest.blogspot.com/2008/12/karangan-impak-positif-penswastaan.htm

http://rineswords.blogspot.com/2009/06/dasar-penswastaan-assingment-pengajian.html
http://formulapm.tripod.com/mahathir2.html Sumber:  -  Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO)  -  Jabatan Perdana Menteri
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_DasarPandangKeTimurdiberinafa
sbarurelevankeperluanmasakini/Article/index_html
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/06DASAR_PANDANG_KE_TIMUR.pdf

21 | P a g e

You might also like