You are on page 1of 26

Anda Ditanya “Perkenalkan Diri Anda….

“Perkenalkan Diri Anda..”

Wah, kacangnya soalan….

Ya.memang amat mudah soalannya…

Tapi, adakah anda mudah menjawabnya…ok, mari kita baca di bawah ini:

Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal anda. Soalan / arahan

pertama adalah “sila perkenalkan diri anda” ataupun “please introduce yourself”.

Bagaimana anda ingin menjawabnya? Soalannya memang mudah, akan tetapi adakah jawapan

anda berikan memang ingin didengari oleh panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon apabila

ditanya soalan

”kacang” ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan perihal kehidupannya seolah-

olah panel penemuduga itu hendak berkenalan sangat dengannya.

Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan perihal keluarga anda

sedikit saja. Yang paling ingin didengari oleh penemuduga di sini adalah mengenai bidang yang

anda pelajari semasa di universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda, TIDAK KIRA

APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI.

Tunjukkan kita komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah markah yang diberi oleh panel

penemuduga tadi.

Saya ulangi lagi, apa yang perlu anda tumpukan semasa menjawab soalan ini adalah:

1. perihal diri sedikit saja (jika anda orang susah, ceritakan sedikit kesusahan anda) - ada

rahsianya:)

2. Subjek - subjek yang anda ambil semasa belajar dan kaitannya dengan pekerjaan yang anda

mohon..Jangan sekadar teori saja.


3. Pengalaman bekerja anda. Jika baru grad, jangan katakan anda langsung tidak pernah bekerja.

Kerja sambilan pun tidak mengapa…

Sekian saja dari saya….

Dalam topik berikutnya, saya akan bincangkan mengenai calon simpanan

memandangkan banyak persoalan mengenainya….TUNGGU..dalam masa terdekat..

Mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan?

Cuba lihat tajuk post di atas? Anda pasti sering ditanya soalan sebegitu bukan?

Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang menghadiri temuduga

bagi sektor awam.

Adakah jawapan anda seperti ini?

” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya

terjamin berbanding kerja swasta.”

atau

” Saya minat kerja kerjaan ini sebab ayah saya

juga kerja di sektor awam”

atau

” Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini,

manatahu ada rezeki”

atau

”Banyak kelebihan jika saya dapat kerja

kerajaan ini. Cuti banyak!”


atau

” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja

swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor

awam”

Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon apabila ditanya soalan cepuemas ini.

Adakah salah jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK, tapi kurang tepat atau kurang

sesuai.

Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini?

Tunggu ye:) Saya bagi jawapan yang sesuai untuk anda ketahui. Sebenarnya, untuk soalan ini,

bermacam-macam jawapan boleh diberikan oleh anda. Contoh – contoh jawapan yang disyorkan

adalah seperti berikut:

”Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:”

1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam

adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya

kerana saya dapat berbakti kepada negara,

bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan

yang terbaik untuk rakyat.

2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan

minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan

lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari

keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang

amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di

sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat

diterima sebagai seorang penjawat awam dan

seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga

akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan

ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang

kerja yang diceburi dengan adanya seminar,

bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak

lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang

tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal


menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan

saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu

pengetahuan yang tinggi.

4. Saya juga berpeluang untuk menyambung

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari

kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan

dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat

menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di

sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat

saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata

”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi

bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang

kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang

berlaku di sektor swasta kini.

6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan

kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam

semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan –

kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti

tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan

lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya

untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.

Bagaimana dengan jawapan – jawapan yang saya syorkan tersebut? Anda bersetuju? Jika

anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding jawapan ringkas yang diberikan

sebelum ini.

” Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan


ini?”

Kali saya ingin berkongsi satu lagi tips temuduga. Saya harap anda tidak bosan

menerima tips dari saya.

Cuba lihat semula tajuk post yang saya berikan. Ianya menunjukkan satu soalan popular yang

sering ditanya semasa temuduga. Mungkin anda pernah ditanya soalan sebegini dan juga mungkin

juga tidak. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan, soalan ini memang popular ditanya oleh

panel penemuduga semasa sesi temuduga.


Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda

cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,…Pasti

anda teragak-agak untuk menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini:-

– “apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji

diri sendiri, nanti orang kata masuk bakul angkat

sendiri”.-

Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab

soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini:

- ”Saya memang minat kerja ni, saya memang patut

dapat.”

- ”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya

rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA

tinggi ni di universiti.”

- ” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama

juga seperti saya minta ni, jadi saya memang dah

tahu macamana kerjanya”

- ” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan

ini, dari zaman saya sekolah lagi”

- dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang

tepat yang diberikan oleh calon.

Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik

soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil

berat oleh penemuduga.

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya?


Jadi jawapan anda seharusnya begini;

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran

menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari

penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah

yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap

keyakinan dan jati diri yang jitu, serta

berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu

menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan

baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan

boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk

mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya

mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan

saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang

yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana

setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan

merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya

berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG

ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali saya seorang pekerja yang

berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara

untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian

ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon

terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh – contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk

jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari

apa yang saya berikan.

Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temuduga

kelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita
Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah

kepadanya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita

berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukannya.

CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA

1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?


2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
3. Cerita sedikit tentang diri anda.
4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan
anda?
6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-
orang bawahannya.
9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda
sebenar?
11. Mengapakah patut kami memilih anda?
12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana
anda membuat persediaan untuk mencapainya?
15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan.
Mengapa?
18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under
pressure)
20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat
mengatasinya.
21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau
universiti? Mengapa?
27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti
kokurikulum?
28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
perkenalkan diri anda 

Apa yang korang patut jawab adalah:

i.bagitau nama penuh..jangan bagi nama Scientific masa kat Universiti lak..
ii.Bagitau umur (lebih spesifik bagi skali tarikh lahir bulan omputih ngan bulan islam..dan
bagi hari sekali..sbb nie nampak korang sgt detail org nya..so credit laa bagi korang)..
iii.Bagi tau asal kat mana..(kalau kena sekampung ngan panel temuduga..emm..kang dah
dpt lagi kredit nie..)
iv.Education background korang..Start dari SPM,Diploma ker..Matric ker..hinga ke Degree
atau Master ataupun PHD..tapi korang jgn lak cerita sejak korang tadika..nanti kena
gelak...
v.Then korang cerita laa kenapa korang nak jadi PTD...
INFO: Teras Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pengajian

 Meluaskan Akses dan Meningkatkan Kualiti Tinggi 


Menambahbaik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran 
Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi  Memperkasakan
Insitusi Pengajian Tinggi  Mempergiatkan
Pengantarabangsaan  Membudayakan Pembelajaran
Sepanjang Hayat  Mengukuhkan Sistem Penyampaian
Kementerian Pengajian Tinggi

Teras Pertama: Meluaskan Akses dan Meningkatkan Kualiti

Meneruskan pengambilan pelajar ke IPTA menerusi sistem


meritokrasi berdasaarkan akademik dan kokurikulum. Satu
mekanisme disediakan bagi memberi peluang kepada
memilih pelajar sendiri.
-

Menyediakan piawaian laluan kemasukan ke IPT bagi


menggalakkan fleksibiliti kursus dan kemasukan terbuka dan
pada masa sama meningkatkan penawaran program
pembelajaran jarak jauh dan e-pembelajaaran di politeknik
dan kolej komuniti. Menambah bilangan tempat belajar di
IPTA termasuk program francais dengan kolej bersekutu dan
pada masa sama menjamin kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
-

Menyediakan kriteria dan mekanisma kemasukan pelajar


yang mempunyai pelbagai kebolehan dan bakat pelajar.
-

Menyedikan mekanisme pengiktirafan


Prior Learning Experience
bagi menggalakkan lebih ramai pelajar matang mengikuti
pengajian di IPT terutama IPTS yang menawarkan kursus
secara pendidikan jarak jauh dan kemasukan terbuka.

Teras Kedua: Menambahbaik Kualiti Pengajaran dan


Pembelajaran.
-

Memberikan fleksibiliti kepada Jawatankuasa Kurikulum IPT


yang mempunyai wakil industri menggubal kurikulum kaedah
pengajaran dan pembelajaran berkesan, berinovatif dan
bersifat antarabangsa.
-

Menubuhkan Pusat Pengembangan Kurikulum Pengajian


Tinggi peringkat Kementerian yang dianggotai pihak industri,
perdagangan dan perniagaan, institusi latihan dan
penyelidikan dan badan professional.
-

Mengiatkan penggunaan ICT bagi semua kursus di IPT


termasuk pembelajaran jarak jauh, e-pembelajaran dan
pembangunan perisian kursus serta penilaian kursus secara
dalam talian.

Teras Ketiga : Memperteguhkan Penyelidikan dan Inovasi


-

Meneruskan program Skim Latihan Akademik Bumiputera


(SLAB), Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) dan Skim Hadiah
Latihan Persekutuan untuk pensyarah politeknik dan kolej
komuniti bagi menambah bilangan kritikal penyelidik di
peringkat sarjana dan Ph.D.
-
Mengekalkan bilangan penyelidik terbaik di IPT melalui
pemberian pengiktirafan, dorongan, insentif dan motivasi
kepada penyelidik tekun dan berdedikasi, membenarkan
penyelidik menyimpan hak bersama hak intelek terhadap
hasil penyelidikannya dan terus mendapat sebahagian besar
daripada royati penyelidikan yang dikomersialkan.
-

Memantapkan Universiti Penyelidikan ke arah satu tahap


yang lebih tinggi dan global dengan menggiatkan program
penyelidikan pasca-siswazah dan pasca kedoktoran.

Teras Keempat: Memperkasakan Insitusi Pengajian Tinggi


-

Memastikan sistem tadbir urus IPT cekap, berkesan dan


terus menuju kea rah autonomi dengan memantapkan
kepimpinan dan pengurusan tertuinggi IPT dan
membudayakan sifat profesionalisme di kalangan ahli
akademk supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lehih
cemerlang di IPT.
-

Menyeidakan mekanisme untuk menaik taraf IPT sedia ada


kepada satu atau dua universiti Apex. Satu jawatankuasa
dibentuk khas untuk menyelaras dan menyediakan kriteria,
struktur dan garis panduan bagi merealisasikannya.
-

Memantapkan struktur tadbir urus IPT dengan meningkatkan


keberkesanan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan
yang dinamik, berkualiti dan berintegriti. I memperjelaskan
peranan Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor dan
Senat menerusi pindaan AUKU untuk meningkatkan
autonomi.
Teras Kelima: Mempergiatkan Pengantarabangsaan
-

Mempertingkatkan jaringan global pengajian tinggi dan


kegiatan kolaboratif akademik diperingkat antarabangsa.
Memperluas dan memantapkan jaringan global pengajian
tinggi Negara di semua peringkat menerusi memorandum
persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA)
antara universiti tempatan dan universiti terkemuka luar
Negara.
-

Memperluaskan penawaran program pengajian yang sesuai


dengan pelajar antarabangsa. Pelaksanaannya menerusi
enrolmen pelajar berkenaan secara berperingkat menerusi
program pemasaran ke luar negara dalam ekspo anjuran
agensi tempatan dan antarabangsa.
-

Memperluas bilangan pelajar antarabangsa terutama di


Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menerusi program
promosi dan pemasaran Malaysia sebagai hab kecemerlagan
pengajian tinggi antarabangsa.

Teras Keenam: Membudayakan Pembelajaran Sepanjang


Hayat (PSH)
-

Memastikan PSH menjadi satu gaya hidup masyarakat


Malaysia bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
dan kemahiran sepanjang hayat.
-

Menjadikan PSH pemangkin kepada pembentukan organisasi


pembelajaran di setiap organisasi.
-

Meningkatkan mekanisme dan prasarana bagi memudahkan


PSH sebagai alat menambah pelbagai ilmu dan kemahiran
mengikut minat dan kehendak masyarakat.

Teras Ketujuh: Mengukuhkan Sistem Penyampaian


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
-

Memudah cara dan menyelaraskan pelaksanaan.


-

Memperteguhkan standard pengajian tinggi selaras piawaian


antarabangsa.
-

Melaksanakan proses autonomi kepada IPTA secara


berperingkat.

..

POLITEKNIK

Politeknik ialah institusi pengajian tinggi yang bernaung di bawah Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Pengukhususan politeknik ialah dalam bidang tenologi dan pendidikan
berteraskan vokasional. Istilah politeknik berasal dari perkataan yang bermaksud seni.
Politeknik adalah institusi dimana pelajar akan diajar secara teori dan praktikal. Oleh itu
pelajar politeknik mempunyai kelebihan apabila mereka hendak mencari kerja kerana
telah mengetahui apa yang akan dilakukan semasa kerja. Kelayakan untuk memasuki
politeknik ialah selepas pelajar mengambil peperiksaan SPM dan mempunyai pelepasan
yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Politeknik selalu dikaitkan
dengan pelajar yang bersekolah di sekolah teknik dan vokasional ,akan tetapi pelajar
sekolah dari sekolah harian biasa dan asrama penuh juga boleh memasuki politeknik.
Kursus yang ditawarkan di politeknik adalah sijil dan diploma. Pelajar yang mengambil
kursus sijil boleh meyambung balik pengajian untuk mengambil diploma di politeknik.
Motif utama politeknik adalah untuk melahirkan model insan yang berguna pada agama
dan Negara. Jika di universiti pelajar hanya didedahkan kepada teori sahaja dan hanya
sedikit praktikal , di politeknik pelajar didedahkan kepada teori dan praktikal secara
seimbang. Ini adalah merupakan kelebihan pelajar politeknik , contohnya seorang pelajar
politeknik yang mengambil jurusan diploma kejuruteraan mekanikal memohon untuk
mencari kerja di kilang mudah dapat mendapat kerja kerana pihak kilang tahu bahawa
pelajar politeknik mempunyai asas terhadap sesuatu kerja. 

POLITEKNIK DI MALAYSIA

Sehingga 2008 terdapat 27 buah politeknik di Malaysia. Ini bermaksud politeknik kini
mendapat sambutan baik dari pelajar yang ingin menyambung pelajaran selepas
peperiksaan SPM. Antara politeknik yang ternama dan selalu disebut ialah Politeknik
Ungku Omar dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Ini adalah kerana politeknik ini
telah lama dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Kebanyakkan nama sesebuah
politeknik diambil bersempena nama tokoh ataupun nama tempat.Politeknik merupakan
institusi pengajian yang semakin menjadi pilihan pelajar kerana kelebihan yang ada.
Last Updated ( Thursday, 11 September 2008 )

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

VISI KOLEJ KOMUNITI


Menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat dengan iltizam untuk membina komuniti yang
berpengetahuan, berilmu, berkemahiran dan mempunyai akhlak yang mulia seiring dengan
falsafah pendidikan Negara

MISI KOLEJ KOMUNITI


Mewujudkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua peringkat masyarakat
dengan tumpuan kepada latihan kemahiran dan pembangunan potensi.

OBJEKTIF KOLEJ KOMUNITI


Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistic dengan :

 Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat


 Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan
komuniti berpengetahuan (k-community)
 Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan
pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training)
untuk keperluan tenaga kerja setempat
 Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategic dan pakatan strategic dengan
komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder)
 Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan system pembelajaran yang kondusif dan
berkualiti

 
Politeknik

VISI

VISION

Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan

latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja

global menjelang 2015

To be Malaysia`s number one provider of innovative human

capital through transformational education and training for the

global workforce by 2015

MISI

MISSION

Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran

transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin

inovasi

Breaking boundaries for the creation of transformative and

creative learning environment for an innovation-led economy

PIAGAM PELANGGAN

CLIENT CHARTER

JPP komited memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan

mesra pelanggan dalam perkara berikut:

The DPE is commited in providing quality, efficient, and customerfriendly

services in the following aspects:

• Menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat


diploma dan diploma lanjutan selaras dengan keperluan

industri semasa.

Providing quality education at diploma and advanced

diploma level in accordance with the current needs of the


industry.
• Memastikan proses pengambilan pelajar ke politeknik
mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta
memaklumkan keputusan kemasukan dalam tempoh satu
bulan selepas tarikh tutup permohonan.
Ensuring that the process of the students’ intake adhere to
the stipulated rules and criteria, and the results to be made
available within a month after the closing date of the
application.
• Membuat penempatan pensyarah-pensyarah ke politeknik
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Placement of lecturers to polytechnics to take place at least
twice a year.
• Mengambil tindakan terhadap setiap aduan dan memberi
maklumbalas terhadap pertanyaan dalam tempoh lima hari
bekerja.
Responding to every official complaint or enquiry by
providing appropriate feedback within five working days.
• Mengadakan sekurang-kurangnya satu sesi dialog setiap
tahun dengan pihak industri dan agensi berkaitan untuk
memastikan program pengajian yang ditawarkan sentiasa
relevan dengan keperluan sumber tenaga manusia yang
diperlukan.
Organising dialogue sessions with related industries and
agencies to ensure that the education and training
programmes offered are relevant to the human resource
needs.
• Menyediakan maklumat tentang peluang pendidikan yang
ditawarkan dalam tempoh tiga hari bekerja.
Providing information pertaining to education opportunities
offered within three working days.

LATAR BELAKANG JPP


DPE`S BACKGROUND
Pada 16 September 2009, Jabatan Pengajian Politeknik dan
Kolej Komuniti telah distruktur semula menjadi dua jabatan yang
baharu iaitu Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Penstrukturan ini adalah
bertujuan untuk menjenama semula dan mentranformasikan
kedua-dua institusi berkenaan ke arah melahirkan modal insan
yang berinovasi serta mempunyai nilai kebolehpasaran yang
tinggi.
On 16th September, 2009, the Department of Polytechnic and
Community College Education (DPCCE) went through a
restructuring exercise resulting in the formation of two new
departments namely: the Department of Polytechnic Education
(DPE) and the Department of Community College Education
(DCCE). This exercise was meant to rebrand and transform the
polytechnic and community college system to enhance the
development of innovative human capital with high employability
skills.
Hari Ini Dalam Sejarah
Today in History
Tanggal 25 Februari 2010 telah menyaksikan majlis pelancaran
Hala Tuju Baharu Transformasi Politeknik yang telah
disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Y.A.B Tan Sri
Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya. Tiga Politeknik telah diumumkan sebagai Politeknik
Premier iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru.
The launching of The Polytechnic Transformation Plan on 25th
February 2010 at Putrajaya International Convention Centre was
graced by the Deputy Prime Minister Y.A.B Tan Sri Muhyiddin
bin Hj. Mohd Yassin. On this auspicious occasion, three
polytechnics namely Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah and Politeknik Johor Bahru were
selected to be upgraded to Premier Polytechnics.

DIREKTORI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK

BIL Direktori
1 DATO’ HJ IMRAN BIN IDRIS
KETUA PENGARAH
Jabatan Pengajian Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 12, Menara Heritage
Jalan SB Dagang
43300 Seri Kembangan
No Tel: 03-8939 4001
No Faks : 03-8939 4045
E-mel : imran@mohe.gov.my
*PSP/SP : Pn Salama bt Senik
2 DATUK HJ MOHLIS BIN JAAFAR
TIMBALAN KETUA PENGARAH
(Operasi)
No Tel: 03-8939 4050
No Faks: 03-8939 4055
E-mel : mohlis@mohe.gov.my
*PSP/SP : Pn Rosiah bt Hanan
PENGENALAN

Pendidikan di politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui


penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di
Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada tahun 1969.
Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa
Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk
Perindustrian Kebangsaan pertama (1985–1995). Kesemua
perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet
mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih
banyak politeknik serta menambah program pengajian bagi
memenuhi keperluan pekerja separa profesional dalam bidang
kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.
Bagi mengukuhkan peranan politeknik dalam bidang pendidikan
dan latihan, Jemaah Menteri pada 20 November 2009 telah
menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No.
871/2670/2009 dan bersetuju dengan
Hala Tuju Transformasi
Politeknik yang melibatkan empat teras berikut:
• Memperkasa politeknik ke arah menjadi pilihan yang
setanding dengan universiti awam yang lain;
• Membangunkan program pengajian dan penyelidikan
dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di
setiap politeknik;
• Memperkasa warga politeknik dengan pengetahuan dan
kemahiran tinggi; dan
• Membina imej bereputasi tinggi dan budaya kerja
cemerlang.
Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang
Memorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No. 198/2685/2010
dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik Metro
dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10 dengan
peruntukan sebanyak RM200 juta.

Pengenalan

Kementerian Pengajian Tinggi mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Pada 15 Julai 2004,
Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
terdiri daripada tiga jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian
Tinggi ialah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). JPT terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor
Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi ialah MQA, PTPTN ,Yayasan TAR dan dan 20 Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Mengenai KPT > Misi & Visi

  Visi
Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi Menjelang Tahun 2020

  Misi
Membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah
menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak
mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

  Objektif
 Memastikan supaya sekurang-kurangnyatiga (3) universiti negara disenaraikan
sebagai antara 100 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan
disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.
 Membangunkan sekurang-kurangnya 20 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di
peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama
penyelidikan dan 10% daripada hasil penyelidikan dikomersialkan.
 Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam
mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafahatau setaraf dengannya dan30%
pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana,
Doktor Falsafahatau setaraf denganya.
 Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna
tenaga negara dan antarabangsa dengansasaran 75% graduan mendapat pekerjaan
dalam bidang relevan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian.
 Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara termasuk menarik
pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlah
pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah
 Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggi
kepada 50% dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayatbagi semua
bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional
 Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain dalam
pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggungoleh universiti
komprehensif / berfokus, 40% bagi universiti penyelidikandan bakinya akan
disediakan oleh kerajaan.
 Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding
dengan amalan terbaik yang digunakan di peringkat antarabangsa
 Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak
mendapat akses kepada pengajian tinggi.
 Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi tempatan
dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama
dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan
pengkomersilan.

  Tujuh Teras Utama


 Meluaskan akses & meningkatkan ekuiti
 Menambah baik kualiti pengajaran & pembelajaran
 Memperteguh penyelidikan & inovasi
 Memperkasa institusi pengajian tinggi
 Mempergiat pengantarabangsaan
 Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat
 Mengukuhkan sistem penyampaian KPT

  Nilai Korporat
 Berintegriti -Melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan jujur, adil dan
saksama.
 Profesionalisme -Berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan.
 SemangatKerja Berpasukan -Bekerjasama dalam melaksanakan tugas.
 Berorientasikan Pelanggan -Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada
pelnggan dari segi kecekapan masa, tahap layanan dan kualiti perkhidmatan.
 Berorientasikan Warga Kementerian Pengajian Tinggi -Prihatin kebajikan anggota
disamping mengutamakan kepentingan organisasi.

  Moto
"MENERAJU KEGEMILANGAN ILMU"

BAJET 2011 - SEMUA TERSENYUM


LEBAQ
October 18, 2010 · Print This Article

Bajet 2011 yang PM bentang Jumaat lalu…memang tepat sangat kalau kita kata Bajet
Rakyat…, pasai semua pihak merasa tempiasnya dari bajet tersebut….., dari kanak-
kanak sampailah ke orang tua.

Cuba kalian perati bajet ni….PM bagi peruntukan paling besaq pada sektor
pendidikan, paling mesra pula..bagi pada wanita dan keluarga…apa taknya cuti
bersalin dah sampai 90 hari, siap dapat gaji penuh lagi. Elaun imam, pemimpin
masyarakat dan guru KAFA pun dah naik…senyum lebaq depa tu. Kita pun tak
pertikai sangat, dulu saya pernah tulis dalam blog ni yang guru KAFA masuk dalam
kategori miskin….Alhamdulillah, sekarang elaun depa semua dah naik. Kita ucapkan
sama-sama…, Alhamdulillah. Moga-moga dengan rasa syukur tu, Allah akan tambah
lagi pada masa akan datang.

Bagi saya macam-macam lagi nikmat yang rakyat akan dapat dengan Bajet 2011 ni…
bagi wanita yang minat sangat bershopping, tentu lepas ni makin banyaklah depa
punya koleksi Beg Tangan, Kasut, Cadar, Baju Tidoq dan berbagai-bagai lagi…sebab
kerajaan nak mansuhkan cukai barangan tu….maknanya lepas ni tentu harganya
makin murah.

Apa yang penting, kita boleh nampak sekarang, bagaimana PM bekerja untuk menjaga
kesejahteraan rakyat. Maknanya apa yang PM kata Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan dalam Gagasan 1Malaysia, memang ditunaikan. Kita kena tanyalah diri
kita balik, kerajaan macam mana lagi yang kita semua hendak. Semua nikmat yang
mungkin sebelum ini kita tidak fikirkan…semakin hampir menjelma di depan mata.
Terima kasih kerajaan Malaysia.

NAJIB : SATU MALAYSIA. RAKYAT


DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN
DIUTAMAKAN.
April 8, 2009 · Print This Article
Tanggal 3 April 2009 satu sejarah baru tercatat lagi dalam negara kita. YAB Dato’ Seri Najib
Tun Razak secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam,
menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Saya tak kedip mata menyaksikan peristiwa bersejarah majlis angkat sumpah tersebut. Lebih
saya rasa puas dan bangga, majlis tersebut disaksikan oleh dua orang mantan Perdana
Menteri kita, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.

Malamnya saya tak sabaq betul nak dengaq PM baru kita buat ucapan sulung sebagai Perdana
Menteri. Ternyata, ucapannya sangat memberi kesan mendalam pada seluruh rakyat
Malaysia. Saya rasa bangga betul bila Dato’ Seri Najib dok sebut begini, “ Saya berikrar
untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela
untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat
negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian
Diutamakan”.

Untuk makluman kalian semua, apa yang PM baru kita dok sebut pasal Satu Malaysia, ada
kaitan dengan usaha Jabatan Penerangan dalam Kempen Malaysia Perkasa dengan slogan
Satu Jiwa, Satu Malaysia. Saya dok harap sangat kempen ni dapat sokongan padu dari
seluruh rakyat Malaysia.

Kepada YAB Dato’ Seri Najib, betuilah kata orang, beliau mewarisi kepimpinan
Allahyarham bapanya Tun Razak, yang tak pernah jemu berbakti pada rakyat sampai akhir
hayatnya.

Saya yakin Dato’ Seri Najib mampu melaksanakan satu tranformasi kepada negara, demi
kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama berganding bahu memberikan
sokongan padu kepada kepimpinan baru negara.

Chip's Think Tank


new,young,motivating,searching the meaning of life

Kenapa nak jadi pensyarah?

with 5 comments

Salah satu perkara yang bila kukenang-kenang kembali sebelum tidur ialah kenapa daku
memilih kerjaya pensyarah bukan ‘loyar’,majistret, pendakwa dan yang sewaktu dengannya.
Bukan sedikit yang mengatakan padaku. Malahan ada juga rakan-rakan sekolahku bertanya
kenapa tak mahu praktis dan mengamal? (Apa ingat jadi pensyarah undang-undang ni tak
bergelumang dengan ‘law’ ke?Silly question).

Daku harus bersyukur dengan apa yang daku perolehi sebenarnya walaupun pada hakikatnya
daku bukanlah orang yang layak sepenuhnya memikul tanggungjawab yang berat ini.
Mungkin juga berkat doa kedua ibu bapaku yang memang tak nak anak sulung mereka ini
jadi peguam, ikut jejak langkah mereka lebih sesuai. Dan daku percaya restu kedua orang tua
penting juga dalam memilih kerjaya walaupun daku tahu ramai juga yang berperang gara-
gara tidak mempunyai pandangan yang secocok dengan ibu bapa dalam pemilihan kerjaya.

Daku sediakan di sini ‘general guide’ sebab-sebab mengapa daku ingin jadi pensyarah.

1. Bergelumang dengan ilmu: Itu sudah pasti. Menyampaikan ilmu adalah sesuatu yang
mengundang kepuasan pada mana-mana individu yang berminat menjadi pendidik. Tidak
perlu kalut sekiranya tiada pengalaman dan sebagainya kerana daku percaya pengalaman
boleh ditimba dengan pengalaman hidup dan bukan hanya pabila kita berpraktis sebagai
peguam sahaja memunjukkan kita ‘cukup’ ilmu. ‘Continuous learning’ lebih diutamakan.

2.Dikelilingi oleh buku-buku: Tidak dinafikan daku adalah ‘hantu buku’ Mengumpul buku
sahaja sudah menjadi tabiat. Singgah saja mana-mana Borders, MPH, Pekan Buku UM,
Kinokuniya, Waterstone di UK mahupun amazon sudah menjadi kebiasaan. Itu belum lagi
pesta buku setiap tahun yang bukan hanya disinggahi sekali malahan mau-mau 2 ke 3kali.
Salah satu tugasan seorang pensyarah adalah memberi cadangan pada kutub khannah untuk
senarai buku yang mahu dibeli untuk kegunaan pelajar. Maka amatlah moleh kalau daku
dapat ‘menghabiskan’ bajet perpustakaan untuk membuat koleksi buku. Dahla buku ‘law’
mahal macam nak rak, tebal tak ingat (Baling kat anjing gerenti mati woo menunujukkan
betapa beratnya buku law) Jadi seorang pensyarah haruslah biasa bergelumang dengan buku-
buku bukan sahaja bidangnya tapi juga bidang-bidang lain.

3.Boleh buat penyelidikan dan konsultasi. Selain tugas hakiki mengajar seorang pensyarah
mereka diwajibkan membuat penyelidikan sebelum disahkan jawatan dan daku adalah
termasuk dalam senarai wajib. melakukannya Seronok apabila kita boleh belajar dan
menganalisis sesuatu yang baru dan menyampaikannya dalam bentuk penulisan di dalam
jurnal atau buku. Satu kepuasan terutamanya bagi mereka yang bercita-cita tinggi ingin
berjaya dalam bidangnya. Malahan ini adalah perkara paling utama dalam peningkatan
kerjaya seorang pensyarah pada pensyarah kanan, profesor madya dan kemuncaknya
Profesor.

4.Masa kerja yang fleksibel. Haa ini adalah satu sebab kenapa daku begitu sayang hendak
meninggalkan kerjaya ini sebab masa yang bebas. Tidak terikat dengan waktu pejabar 8 pagi
– 5 petang asalkan penuh 40 jam seminggu tak kira siang atau malam. Jadi boleh masuk
lewat dan punch lewat malam (ramai pensyarah buat kan bila cuti semester haha). Tapi harus
diingat jangan pula ‘escape’ kelas dan batalkan tanpa sebab munasabah, kelak dikenakan
amaran keras.

5.Interaksi dengan pelajar: Kita bukan sahaja menjadi ‘idola’ (ehem!) mereka tetapi juga
memahami perangai dan menginspirasikan mereka untuk berjaya. Bukan sedikit pahala yang
diberikan di kala kita menyampaikan ilmu dan sekiranya diamalkan berturut-turut pahalanya
berpanjangan. Memberi teguran dan semangat adalah penting dan kalau pelajar masih tidak
sedar, terpulang pada mereka untuk mementukan masa depan kelak. I‘ll fulfill my
responsibilities here.

6.Jawatan bergilir. Salah satu ciri istimewa dunia akademik ialah kedudukan jawatan yang
tidak selalunya lama. Memegang ketua program, dekan umpamanya tidak kekal selamanya
dan hanya pada tempoh tertentu sahaja. Selepas itu mereka akan kembali dengan jawatan
pensyarah atau profesor.Jadi sepatutnya tidak timbul isu bermain politik yang keterlaluan
walaupun ada dan bagiku keistimewaan penggiliran jawatan ini haruslah dikekalkan demi
menjaga integriti dunia akademia. Di UK dan US tidak semua pensyarah berebut memegang
jawatan malahan mereka lebih berminat dengan dunia penyelidikan dan mendapat
pengikirafan pakar dalam bidang mereka oleh rakan sejawat berbanding membodek tanpa
tentu hala orang-orang tertentu untuk jawatan pentadbiran. Bayangkanlah kalau dunia
akademia Malaysia sebegini…dan daku tiada jawapan untuk persoalan jawatan ini kerana
daku telah ceritakan dalam posting sebelumnya.

Pensyarah juga haruslah bersedia mengkritik dan dikritik. Lumrah mana-mana kerjaya yang
melibatkan ‘public relation’ menuntut kesabaran yang tinggi dalam menghadapi pelbagai
rencam kehidupan. Dan daku akan bercerita lagi tentang mitos-mitos persepsi kerjaya ini
pada mereka di luar yang seolah-olah menganggap kerjaya pensyarah ini ibarat tau berteori
semata dan macam ‘cikgu tadika.’ Daku ‘cilikan’ saja mulut-mulut longkang itu. Nantikan…
Istilah dalam fashion

Haute couture is made to order for a specific customer, and it is usually made from high-quality,
expensive fabric and sewn with extreme attention to detail and finish by the most experienced and
capable seamstresses, often using time-consuming, hand-executed techniques.

Adibusana (haute couture, alta moda, high fashion) merupakan teknik pembuatan pakaian tingkat
tinggi yang dibuat khusus untuk pemesannya, menggunakan bahan-bahan berkualitas terbaik,
biasanya dihiasi detail, dikerjakan dengan tangan, dan pembuatannya memakan waktu lama.

You might also like