You are on page 1of 2

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS3303: PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1


SEMESTER SEPTEMBER 2010

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama
ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12
“Times New Roman” dan langkau baris 1.5.

3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.

5. Anda perlu menghantar tugasan kepada tutor bersemuka.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 4. Serahan


selepas tarikh tidak akan diterima.

7. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

8. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan.
SOALAN TUGASAN

Toharah ialah satu aspek yang terpenting dalam ibadah. Mengabaikan toharah
menyebabkan ibadah tidak diterima oleh Allah. Antara topik perbincangan dalam bab
toharah ialah tayammum. Bincangkan tayammum mengikut kriteria berikut:

a) Takrif dari segi bahasa dan istilah berserta satu dalil daripada hadis Rasulullah
s.a.w yang menunjukkan anggota tayammum.
b) Sejarah pensyariatan tayammum berserta dalil.
c) Rukun tayammum dan perkara-perkara yang mengharuskan tayammum.
d) Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan semasa mengajar topik
tayammum.

[Total: 30 Markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like