You are on page 1of 2

Jenis-jenis Ikatan Bata

Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan bata adalah untuk
mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja
ikatan. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata,
ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

Ikatan sisi bata


Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun
dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan
satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata
sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah 3.1(a). Tembok yang dibina dengan
ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu ia digunakan pada jenis
binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam
struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.

Ikatan kepala bata


Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja.
Rajah 3.2 menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina
dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai
digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.
Ikatan Inggeris
Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata
diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala
bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan
sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang
tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap
sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang
sambungan tegak yang berterusan. Rajah 16 (b) menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok
yang dibina dengan ikatan Inggeris.

Ikatan Flemish
Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama.
Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya
mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam di
dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan
tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘Flemish Kembar’. Jika sebelah permukaan tembok
menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia
dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Rajah 16 (e) menunjukkan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan yang
dibina dengan ikatan Flemish. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang lebih
rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina
tembok yang tidak akan dilepa.

You might also like