You are on page 1of 19

Isi kandungan

Pengenalan

Hazard

Bahaya

Risiko

Tanda-tanda amaran yang terdapat di bengkel kayu

Langkah-langkah pencegahan kemalangan di bengkel kayu

Kesimpulan / Rumusan
Pengenalan

Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di


tempat kerja,dia memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan
impaknya kepada pekerja akibat hazard yang terdapat di tempat beliau kerja.
Kebarangkalian adalah pegukuran frequensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana
kebarangkalian berlakunya kemalangan dan impak kemalangan boleh dikawal, maka
risiko boleh diurus sehingga ia boleh diminimumkan dan diterima.

Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan dalam
pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerja. Perkataan tersebut ialah hazard,
risiko dan bahaya.

Begitu juga apabila ketika berada di bengkel kejuruteraan awam, contohnya di


bengkel kayu. Seseorang itu pasti akan mempunyai kebarangkalian untuk mengalami
kecederaan.
Hazard

Takrifan hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara
satu dengan lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza
ketenatannya, daripadayang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan
kecil. “ Occupational Safety and Health Assesment Series 18002 “ (OHSAS 18002) dan
ISOMEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca atau keadaan yang
mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan
penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja,
atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidak selamat
adalah beberapa contoh-contoh hazard.

Dalam sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pertama


sekali kita perlu megenalpasti hazard yang ada di tempat kerja atau di dalam tugas. Bagi
di Bengkel Kejuruteaan Awam juga kita harus mengenalpasti hazard yang terdapat di
sana. Hazard yang dikenalpasti dinilai risikonya secara kuantitatif atau kulitatif dan di
tentukan samada risiko tersebut boleh diterima, berada di dalam had terima atau
sebaliknya.

Jenis-jenis Hazard

Terdapat empat jenis hazard iaitu:

a) Hazard fizikal
b) Hazard kimia
c) Hazard biologikal
d) Hazard ergonomic
Hazard fizikal

Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang
digunakan. Seperti yang terdapat di bengkel kayu,terdapat banyak mesin dan peralatan
yang berbahaya. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika :

a) Direka tidak selamat dan tidak sempurna


b) Tidak diselenggara dengan baik
c) Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih
d) Digunakan bukan untuk kerja sebenar
e) Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza
f) Ditukar atau dipinda secara haram
g) Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakannya

Hazard kimia

Antara kemalangan industri yana dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan


dan terhidu bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah
merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi.
Bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian
kaca dan pelekat adalah bahan yang merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah
keselamatan apabila mengendalikannya.
Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan boleh
menyebabkan tindakbalas pada kulit. Antaranya, kulit akan melecur, melepuh,
terbakar dan akan meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah terdedah
pada bahan kimia ialah mata, hidung, kerongkong, serta bahagian atas saluran
pernafasan. Kesan bahan kimia adalah bergantung kepada nilai pH, kepekatan,
tempoh dedahan dan sifat tindak balas sesuatu bahan kimia.
Hazard biologikal

Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya terdedah


dengan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza
mengikut :

a) Sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit


b) Laluan masuk agen penyakit ke dalam badan
c) Ketahanan pekerja yang terdedah

Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah :

a) penyerapan terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap melalui kulit
atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar
b) inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di
mana agen penyakit boleh masuk terus ke dalam darah
c) penelanan dari mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, maman,
menggigit kuku dan makan tanpa mencuci tangan
d)pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti
tumpahan, pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan
percikan

Hazard Ergonomik

Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan


sekitran kerjanya. Ia selalu dikaitkan dengan kesilapan atau kelamahan
rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi kepreluan fisiologi dan
psikologi manusia. Misalnya,pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak
ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan ‘Tunnel Carpel Syndrome’
dan sakit belakang.
Mengenalpasti hazard

Sebelum hazard boleh diurus ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin


awal hazard dikenalpasti, semakin mudah dan murah untuk menguruskannya.
Walaupun hazard boleh dikenalpasti atau wujud diperingkat awal opresi akibat
tidak disedari atau perubahan boleh timbul kepada bahan, sistem dan
rekabentuk selepas digunakan atau dilaksanakan.

Proses dan kaedah mengenalpasti hazard di tempat kerja

Satu proses yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard


ialah dengan menggunakan proses mengenalpasti hazard yang digunakan di
dalam analisis hazard. Di dalam analisis hazard, proses mengenalpasti hazrd
bermula dengan mentakrifkan sistem yang ingin dikaji dan mentakrif serta
memahami cirri fizikal dan fungsi sistem tersebut.
Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti
hazard. Amnya kaedah mengenalpasti hazard ini melibatkan gabungan
pemerhatian sendiri, merujuk kepada dokumen rujukan, menggunakan
kelengkapan pengesan dan pengukur, maklumat daripada laporan, maklumbalas
daripada pekerja dan sebagainya.

Pemerhatian dan Rujukan

Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengelaman di dalam


sistem, proses dan prosedur kerja yang dilakukan melalui perhatian dan
seterusnya merujuk kepada akta, peraturan garis panduan, kod amalan,
standard, data dan sebagainya boleh mengenalpasti hazard yang terdapat di
dalam sistem, proses dan prosedur kerja tersebut.
Pemerhatian tanpa rujukan sukar mengenalpasti sesuatu hazard yang lazim dan
rutin dilakukan di tempat kerja.
Punca-punca utama Hazard

Terdapat dua punca utama hazard iaitu :

a) keadaan di tempat kerja :


 Ruang yang tidak mudah dan selesa untuk bergerak
 Tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja
 Lantai yang tidak rata dan licin
 Tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan yang sempurna
 Pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna

b) pelakuan pekerja :
 Tidak melakukan tatacara dengan betul, sempurna selamat dan
menjejaskan kesihatan
 Tiadk memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan
disimpan dengan selamat
 Tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan
bahan merbahaya dengan selamat dan menjejaskan kesihatan
 Tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul
 Tidak berbincang dengan majikan
 Tidak membuat pemeriksaan di tempat kerja
Tanda-tanda amaran yang terdapat di bengkel kayu

Di sini menunjukkan tanda-tanda amaran yang ada di bengkel kayu.

Antaranya ialah sesiapa yang memasuki bengkel tersebut hendaklah mengunakan kasut
but keselamatan, menggunakan sarung tangan ketika melakukan kerja di dalam bengkel
mahupun ketika menggunakan peralatan atau mesin-mesin yang terdapat di dalam bengkel
kayu. Selain itu, peralatan atau mesin yang telah diguna hendaklah disusun semula selepas
digunakan.
Pakaian yang sesuai hendaklah digunakan semasa menjalankan kerja di bengkel kayu.
Ketika mengangkat barang,seseorang itu hendaklah mengangkat dengan cara yang betul bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan.

Tanda awas bermaksud supaya berhati-hati

Harus mengutamakan keselamatan ketika berada di dalam bengkel kayu


Sentiasa berhati-hati ketika mengunakan alat

Dilarang merokok semasa melakukan kerja di dalam bengkel kayu


Peralatan yang telah digunakan hendaklah dipadamkan

Pelajar dilarang memasuki bilik ini tanpa kebenaran


Tanda ini adalah untuk pintu keluar

Ini menandakan bahan / barang mudah pecah

Risiko

Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan


akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan-
gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak
kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.

Risiko ialah konsep yang memperihalkan kebarangkalian berlakunya kemungkinan


tertentu. Sebenarnya, tanggapan risiko tidak bergantung pada tanggapan nilai, oleh itu
kemungkinan berkenaan tidak kira baik mahupun buruk akibatnya. Sungguhpun begitu, secara
amnya risiko membincangkan kesan buruk terhadap sesetengah ciri-ciri nilai yang timbul akibat
kejadian yang akan berlaku.

Wujudnya pelbagai takrifan bagi istilah risiko yang berbeza mengikut penggunaan dan
konteks situasi tertentu. Antaranya, risiko merupakan isu yang boleh dielakkan atau diringankan
(di mana isu ialah masalah berpotensi yang perlu diselesaikan sekarang juga.) Risiko
dihuraikan secara kualitatif dan kuantitatif. Risiko sering ditakrifkan sebagai situasi yang boleh
membawa padah atau akibat buruk.

Secara kualitatif, risiko berkadar pada kerugian jangkaan yang boleh timbul dari suatu kejadian
dan juga kebarangkalian terjadinya kejadian tersebut. Semakin besar kerugian dan
kebarangkalian kejadian tersebut, maka semakin besar risiko keseluruhannya.

Dalam bidang kejuruteraan, risiko ditakrifkan sebagai:

Risiko = (kebarangkalian kemalangan) × (kerugian dari setiap kemalangan)

Secara amnya:

Risiko = (kebarangkalian berlakunya kejadian) × (kesan dari kejadian)

Bahaya

Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih
bersifat yang menerangkan atau menunjukkan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang
yang sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding
dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.

Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya

Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan
menggunakan contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana sifat intrinsik
korosifnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan
kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko percikan asid ke muka pekerja adalah tinggi bagi
mereka yang tidak memakai perisai muka berbanding dengan yang memakainya. Bahaya jika
mempipet asid dengan hidroklorik dengan mulut.

Langkah-langkah Pencegahan Kemalangan di Bengkel Kayu

Antara langkah-langkah pencegahan kemalangan di bengkel kayu ialah :

 Menggunakan kelengkapan pelindungan peribadi seperti cermin pelindungan dan


“goggle”, kasut but keselamatan, sarung tangan pelindung, dan baju bengkel khas.
 Sentiasa memastikan di dalam dan luar bengkel adalah bersih dan peralatan sentiasa
berada di tempat yang sepatutnya dalam keadaan tersusun setelah digunakan.
 Sentiasa menggunakan mesin atau peralatan yang terdapat di dalam bengkel tersebut
dalam keadaan yang betul dan selamat.
 Selesai sahaja menggunakan peralatan atau mesin,hendaklah dipadam dan disimpan
semula.
 Jangan merokok ketika melakukan kerja-kerja di dalam bengkel.
 Jangan memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran.
 Jangan melakukan kerja sambil lewa dan meninggalkan peralatan dan mesin yang
digunakan begitu sahaja.
 Sebelum melakukan kerja-kerja di dalam bengkel, dengar arahan dan maklumat yang
diberikan terlebih dahulu.
 Pastikan ketika mengangkat bahan atau barang yang ada di dalam bengkel dengan cara
yang betul dan selamat.
 Berhati-hati ketika menggunakan peralatan yang tajam dan mesin yang
merbahaya,gunakan sarung tangan ketika menggunakannya.
 Pastikan semua suis dipadamkan sebelum meninggalkan bengkel

Antara kesalahan yang selalu terjadi ketika di berada di dalam bengkel kayu
Tidak menggunakan baju bengkel,sarung tangan pelindung dan cermin perlindungan

Kayu-kayu yang telah digunakan dibiarkan berselerak di atas lantai

Antara alat keselamatan pelindungan peribadi yang digunakan ketika berada di dalam
bengkel kayu

Alat pelindung telinga (earmuff)


Alat pelindung pernafasan

Sarung tangan pelindung


Cermin mata pelindung

Kesimpulan / Rumusan

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah hazard iadalah punca atau keadaan yang mempunyai
potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan, kerosakan hartabenda,
kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya. Risiko adalah gabungan faktor-faktor
kebarangkalian berlakunya sesuatu kecelakaan atau kemalangan. Manakala bahaya ialah
menerangkan dedahan atau bagi menunjukkan sesuatu yang berkeadaan risiko.

Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan
contoh. Hazard, risiko dan bahaya adalah saling berkait. Seseorang itu akan berisiko
mengalami bahaya dan kebarangkalian kemalangan jika dia terdedah kepada hazard, samada
hazard fizikal, hazard kimia, hazard biologikal dan hazard ergonomik. Oleh itu, terdapat
langkah-langkah pencegahan yang dibuat bagi mencegahan kemalangan berlaku ketika di
bengkel kayu.

Di sini,kita tahu bahawa langkah-langkah pencegahan kemalangan ini amatlah penting


untuk mengelakan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku.

You might also like