You are on page 1of 9

Soalan 5

5(a) Banding beza antara lima teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori
pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilk darjah anda? Beri
sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda.

Pembelajaran merupakan perubahan ke atas individu hasil daripada pengalaman


dan manusia mula belajar sejak lahir dan semua pembelajaran ini berkaitan dengan
pengalaman. Pembelajaran tidak terhad kepada sekolah sahaja tetapi pembelajaran
berlaku dalam banyak keadaan iaitu formal dan tidak formal. Pembelajaran berlaku
melalui pelbagai cara sengaja atau tidak sengaja.
Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum
pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui
teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar
dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik
mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Pembelajaran berlaku
apabila manusia, termasuk murid muda, dari semasa ke semasa mengubah kefahaman
dalaman mereka tentang dunia semasa mereka menemui bukti luaran yang bercanggah
dengan kefahaman awal mereka.
Lima teori pembelajaran iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori pembelajaran
sosial, teori humanistik dan teori konstruktivisme. Lima aspek yang berkaitan dengan
proses pembelajaran iaitu kesediaan, corak pengamatan, persepsi, ingatan dan lupaan
serta pemindahan pembelajaran.

Pelopo
r
Implikasi Pengajaran-
Ahli Teori Pembelajaran Kognitif
Pembelajaran
Psikolo
gi
 Menggalakkan pelajar dengan
 Persepsi perkaitan unsur-
menggunakan celik akal
unsur di persekitaran : celik
menyelesaikan masalah.
akal.
1 Kohler  Mengaitkan pengalaman yang
 Celik akal berlaku bergantung
sedia ada dengan pembelajaran
kepada pengalaman yang
baru.
sedia ada.
 Membangkitkan kesediaan
pelajar terhadap isi pelajaran
yang akan dipelajari (peta
 Pembelajaran Isyarat: kognitif).
2 Tolman Pembentukan peta kognitif
 Melatih pelajar gunakan persepsi
situsi keseluruhan.
dengan tepat untuk membina
peta kognitif.

3 J.Piaget  Pembelajaran ialah  Isi pelajaran dikembangkan-
perubahan bentuk pemikiran mengikut peringkat

1
iaitu struktur kognitifnya.
 Perkembangan kognitif
kanak-kanak :
perkembangan kognitif kanak-
- Peringkat deria motor (0-2
kanak.
tahun)
-konkrit kepada abstrak.
- Peringkat Pra Operasi (2-7
-pengalaman sedia kepada
tahun)
pengalaman baru.
- Peringkat Operasi Konkrit
 Memupuk motivasi intrinsic dan
(7-12 tahun)
menggalakkan pelajar
- Peringkat Operasi Formal
melibatkan diri secara aktif
(selepas 12 tahun)
dalam pembelajaran, demi
 5 konsep asas :
menggerakkan proses asimilasi
Skema, adaptasi,
dan akomodasi.
keseimbangan, asimilasi,
akomodasi.

 Menggunakan bahan konkrit


untuk mengajar bahasa.
 Teori Pemprosesan Maklumat  Mengajar sesuatu kemahiran
: mengikut urutan (rangkaian
- lapan fasa proses motor).
pembelajaran.  Membimbing pelajar
- lapan hierarki membezakan ciri-ciri penting.
R.M.
4 pembelajaran : isyarat,  Membinbing pelajar mengebal
Gagne
gerak balas, rangkaian pasti cirri-ciri khusus untuk
motor, bahasa, membina konsep dan hukum.
diskriminasi,konsep,  Membimbing peljar
hukum, penyelesaian menggunakan prinsip, hukum
masalah. dan teorom untuk menyelesaikan
masalah.

5 J.S.  Perkembangan Kognitif  Memupuk motivasi intrinsik


Bruner Kanak-kanak : pelajar.
- Peringkat Enaktif (0-2  Membimbing pelajar menyusun
tahun) konsep-konsep yang berkaitan
- Peringkat Ikonik (2-4 secara hierarki.
tahun)  Membangkitkan naluri ingin tahu
- Peringkat Simbolik (5-7 pelajar dengan kaedah inkuiri-
tahun) penemuan dan kaedah induktif.
 Perkembangan kognitif ialah  Menyusun isi pelajaran secara
perubahan bentuk perwakilan : sistematik mengikut tahap
aksi gambaran simbol perkembangan kognitif pelajar.
 Teori Pembelajaran Penemuan  Memberi peneguhan
: selepas aktiviti penilaian.
(3 jenis) bebas, terbimbing,
ekspositori.
 4 Prinsip pengajaran-
pembelajaran :
motivasi, struktur, sekuen,

2
peneguhan.

 Gunakan kaedah deduktif,


ekspositori dan pengelola awal,
iaitu mengggabungkan konsep
 Teori Pembelajaran Resepsi lama dengan konsep baru, untuk
yang bermakna : pembelajaran resepi yang
- konsep utama ialah bermakna.
pembelajaran bermakna
 Proses pengajaran-
dihasilkan berasaskan
pembelajaran :
pengalaman/ilmu yang
sedia ada pelajar.
membangkitkan kesediaan
6 Ausubel - Pengalaman yang sedia belajar
ada struktur kognitif. 
- Mengintegrasikan mempersembahkan pengelola
maklumat yang tersusun awal
secara logikal dalam

bentuk terakhir dengan
perhubungan konsep
pengalaman/ ilmu yang
sedia ada melalui kaedah 
pembezaan progresif
ekspositori.

penyesuaian secara integrasi

7 Flavell  Teori metakognitif konsep  Membimbing pelajar memikir


metakognitif : masalah secara kritis dan kreatif.
- berfikir tentang pemikiran  Membimbing pelajar
(thinking about thinking. menggunakan pemikiran
- kognitif refleksi. metakognitif dan refleksi untuk
- pemikiran refleksif. menilai kemungkinan-
- operasi metakognitif melibatkan kemungkinan penyelesaian
usaha mencari makna, dicadangkan.
merancang, mengarah dan 
menilai pemikiran individu diri.

Teori Pembelajaran Sosial


1 Bandur  Fokus utama  Guru sebagai model peniruan.
a - Neobehavioris :
tingkah laku dan kognitif  Gunakan kaedah demonstrasi
Walters permodelan/ peniruan dengan contoh-contoh yang
sesuai.
- self-regulation  Menyediakan situasi
- self- efficacy pembelajaran tanpa gangguan
 Menarik perhatian murid dengan
 Ciri-ciri teori pembelajaran : motivasi yang sesuai
- pembelajaran sosial  Mengekalkan ingatan murid
interaksi. dengan mendemonstrasikan
I x Px T langkah-langkah secara

3
- pembelajaran melalui
pemerhatian
dan peniruan.
- proses pembelajaran
melalui :
sistematik
perhatian 
 Memberi peneguhan yang positif
mengingat 
selepas reproduksi
reproduksi 
peneguhan/ motivasi
- tingkah laku peniruan
adalah hasil peneguhan

Teori Pembelajaran Humanis

1 Carl R.  Fokus utama  Mengutamakan strategi


Rogers, - kemanusiaan berpusatan murid dan kaedah
Abraha - sempurna kendiri individu.
m H. - motivasi instrinsik  Membentuk iklim bilik darjah
Maslow, - individualiti yang kondusif dan tanpa
Bugent - perkembangan emosi ancaman.
al, - keperluan afektif  Memastikan keperluan asas
Neil. - self-actualization murid telah dipenuhi.
- kendiri positif  Bersifat penyayang dan
- bebas memupuk nilai kendiri positif di
- demokrasi kalangan pelajar.
 Mengamalkan prinsip kebebasan
 Ciri-ciri : dan demokrasi.
- setiap individu berhasrat  Mengutamakan pembelajaran
mencapai kesempurnaan diri sendiri.
kendiri, membentuk  Mengamalkan konsep
konsep kendiri yang unik pendidikan terbuka.
dan tersendiri melalui nilai
dan sistem kepercayaan
diri.
- Keberkesanan
pembelajaran bergantung
kepada :
 motivasi intrinsik
 bahan pelajaran yang
bermakna
 seiras dengan objektif
pelajar
 penyertaan diri secara
aktif
- Kesempurnaan kendiri
hanya boleh dicapai
selepas keperluan asas
telah dipenuhi

4
Teori Konstruktivisme :
 Teori Konstruktivisme :
- mempunyai erti sama
dengan teori
konstruktivisme kognitif
atau konstruktivisme
- berasal daripada teori  Gunakan strategi berpusatan
perkembangan kognitif murid, kumpulan,
Piaget dan teori zon sumbangsaran, pembelajaran
perkembangan prokimal koperatif, perbincangan,
(ZPO) Vygotsky. penyelesaian masalah dalam
- Konsep Konstruktivisme. aktiviti pengajaran-pembelajaran.
Piaget,
- Ilmu dibentuk berasaskan  Mengembangkan proses
Vygotsk
inisiatif dari individu. metakognitif dan pemikiran
y,
1 - Tujuan membentuk ilmu reflektif dengan kaedah dan
Von
adalah mengadaptasikan teknik penyoalan, khasnya
Glaserf
diri dalam alam sekeliling. kaedah Sokratik.
eld
- Proses pembentukan ilmu  Mengaitkan ilmu yang sedia ada
merupakan hasil dengan pembelajaran baru dan
rasionalisasi pengalaman memupuk motivasi instrinsik,
individu. pelajar agar mengambil inisiatif
 Pencapaian pembelajaran diri dalam pembelajaran.
usahasama lebih baik
daripada usaha diri.
 Menekankan perkembangan
proses metakognitif dan
refleksi dalam pembelajaran.

Teori Behaviorisme

 Pelaziman Klasik :
- Gerak balas (tingkah laku)
- Responden
- Bukan inisiatif sendiri
 Menggunakan rangsangan tak
(bergantung kewujudan
terlazim dikaitkan dengan
Pavlov, rangsangan / stimuli)
1 rangsangan terlazim
Watson - Bersifat pasif
 Secara responden terhadap
 Urutan pelaziman :
rangsangan.
- gerak balas/ tingkah laku
dihasilkan selepas
rangsangan.

2 Thorndi  Pelaziman Operan :  Menggunakan peneguhan


ke, - Gerak balas (tingkah laku) positif/ negatif
Skinner - Inisiatif sendiri (bergantung  Secara operan terhadap kesan
kepada peneguhan) daripada rangsangan
- Bersifat aktif

5
 Urutan pelaziman :
- Gerak balas/ tingkah laku
berlaku adalah kesan
daripada rangsangan/
peneguhan.

Bagi teori Piaget, guru mempunyai peranan penting dalam menyediakan


murid dengan pengalaman yang akan membantu mereka membina kefahaman
yang lebih tepat tentang bagaimana persekitaran dan dunia berfungsi. Maka
kebiasaannya teori pembelajaran yang saya amalkan dalam bilik darjah ialah
gabungan teori pembelajaran sosial, teori pembelajaran humanistik,dan teori
pembelajaran Maslow.

Teori pembelajaran sosial berdasarkan pendekatan behavioris atau


pembelajaran, tetapi menekankan pembelajaran berdasarkan faktor sosial.
Pendiriannya ialah manusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian
terhadap orang lain dan meniru tingkah laku yang boleh memberi manfaat
kepadanya. Teori pembelajaran sosial melibatkan tiga unsur asas yang utama. Di
antaranya ialah individu (proses), persekitaran (environment) dan tingkah laku
(behavior).

Di dalam tiga unsur asas ini, individu dirujuk sebagai keadaan motivasi
intrinsiknya, persekitaran sebagai rangsangan luaran, dan tingkah laku sebagai
perlakuannya. Terdapat empat elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian
yang perlu dipertimbangkan,iaitu memberi perhatian, mengekalkan maklumat,
menghasilkan tingkah laku dan motivasi serta peneguhan.

Di dalam kelas, murid tahun satu mempunyai tahap pemikiran yang masih
rendah dimana mereka banyak mempelajari sesuatu secara formal atau tidak
formal. Mereka akan melihat sesuatu melalui pemerhatian, kemudian mereka
akan cuba mengekalkan maklumat dengan cuba mengikut dan menghasilkan
tingkah laku yang apa mereka lihat atau mereka pelajari. Oleh itu, guru perlu
memahami cara pembelajaran murid dan setiap perbuatan murid, guru perlu
melihat samada murid mengikut sesuatu pelajaran dengan cara yang baik atau
sebaliknya.

Manakal teori humanistik dimana manusia sebagai insan yang unik


mempunyai potensi yang unggul, mereka berusaha sedaya upaya untuk
mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya. Pendekatan humanistik
menekankan “keseluruhan murid” dengan kata lain, aspek emosi dan sosial
kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi
secara semulajadi untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah
bermakna.

Pendekatan humanistik juga menekan kepentingan peranan guru dalam


memberi sokongan dan mengambil berat, serta bergantung lebih kepada

6
menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.Teori
ini diamalkan didalam bilik darjah dimana guru perlu mengambil berat terhadap
murid khasnya murid tahun satu dimana mereka memerlukan perhatian guru dan
mereka masih banyak perkara yang perlu dipelajari contohnya cara menulis
nota, cara melukis gambar, cara menjawab soalan serta aktiviti kumpulan atau
aktiviti di dalam darjah.

Oleh itu, guru perlu mengajar serta membimbing murid dengan melihat
kelemahan murid contohnya bagi murid yang masih lemah dalam penulisan atau
pemahaman, guru perlu mendekati murid dengan mengajar cara penulisan yang
betul,ejaannya serta bacaanya.Guru memerlukan perhatian yang lebih bagi
murid yang lemah dan perlahan cara memahami pembelajaran di dalam
kelas.Guru perlu menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan
cara tertentu.

Bagi teori ini, guru perlu memberi sokongan serta motivasi kepada murid
kerana murid yang lemah dari segi pelajaran kurang berminat untuk belajar dan
mereka lebih berminat bermain untuk murid lelaki dan berinteraksi atau berbual
bagi perempuan. Oleh itu murid perlu dididik dengan tegas dan prihatin kerana
mereka perlu perhatian dari guru. Selain itu guru perlu sabar dalam menangani
masalah murid dan melayan karenah murid kerana mereka masih keanak-
anakkan. Mereka masih memerlukan perhatian guru dan sentiasa mencari masa
untuk keluar bermain jika guru kurang peka terhadap murid. Murid memerhatikan
kelemahan guru mereka contohnya jika guru kurang tegas, mereka akan
mengambil kesempatan untuk bermain.

Dari itu teori ini bercirikan kesedaran mereka sebagai insan yang unik
mempunyai potensi yang unggul dan mereka berusaha sedaya upaya untuk
mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya. Saya mengamalkan teori
pembelajaran tersebut kerana teori ini bukan sahaja menekankan perhatian guru
terhadap murid yang lemah dan bermasalah tetapi murid yang mempunyai
potensi dalam pelbagai aspek contohnya murid ini lemah di dalam pelajaran
tetapi mereka cenderung di dalam bidang sukan. Oleh itu guru perlu memahami
sifat murid tersebut kerana murid ini tidak berminat untuk belajar tetapi guru
boleh mengasah kebolehan murid dalam bidang sukan.

Manakala teori pembelajaran behavioris menekankan peranan


pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku. Tingkah laku juga mengguna
konsep pelaziman untuk menerangkan bagaimana pembelajaran berlaku.
Pelaziman didefinasikan sebagai satu proses dimana tingkah laku organisme
berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran supaya apabila rangsangan
ini wujud, tingkah laku tersebut berlaku.

Sementara teori Kognitif pula berfokus kepada perubahan yang berlaku


terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-
kanak dan remaja dan akhirnya alam dewasa. Ahli psikologi kognitif yang paling

7
terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang berlagak
seperti ‘saintis kecil”. Mereka membina ‘teori’ sendiri tentang bagaimana dunia
berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Ahli teori
behavioris melihat kanak-kanak sebagai murid pasif yang hanya bertindak
kepada rangsangan persekitaran sahaja.

Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba


memberi pengertian tentang dunia dengan membandingkan kefahaman dalaman
mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran.

Manakala teori konstruktivisme pula merujuk kepada pendapat bahawa


murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Setiap murid
membina makna semasa mereka belajar. Namun, cara seseorang individu
menimba ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam, adalah dengan
membina makna secara aktif melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan
sosial.

Manusia memerlukan peluang untuk menerokai dan mengkaji


sepertimana kanak-kanak yang terus menjatuhkan permainannya. Tanpa
disedari, kanak-kanak tersebut membuat uji kaji berkaitan dengan undang-
undang graviti. Oleh itu, guru perlu menyediakan peluang untuk muridnya
menguji pendapat baru, mengembangkan maklumat, menyelesaikan masalah
harian dan mencipta respon baru terhadap sesuatu situasi.

Menurut teori ini, pembelajaran adalah satu proses yang aktif dimana
murid mengguna input sensori untuk membinanya. Murid belajar cara belajar
semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem
makna.Pembelajaran adalah aktiviti sosial dimana pembelajaran berkaitan
dengan manusia lain, guru, rakan sebaya dan lain-lain hubungan.

Bagi teori pembelajaran Maslow, terdapat tiga konsep asas iaitu keperluan
asas, keperluan kasih sayang dan penghargaan kendiri manusia hendaklah
dipenuhi sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hierarki
kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Ini bermakna, keberkesanan
aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat
mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi

Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, peringkat


perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang paling penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengajaran harus
dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak.
Penggunaan model yang sesuai memainkan peranan penting untuk
menyampaikan konsep pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Murid-murid
seronok apabila menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran.
Oleh itu, guru harus mempertimbangkan keperluan asas pelajar dipenuhi.
Jadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti pengajaran-

8
pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira. Harmonis dan selamat melibatkan
diri dalamnya. Guru perlu bersifat penyayang dan memupuk nilai penghargaan kendiri di
kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka
berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran.
Sebagai kesimpulan, teori pembelajaran sosial, humanis dan maslow
mempunyai kaitan dalam pembelajaran dan pengajaran. Saya memilih teori tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu memainkan peranan yang
penting dalam mendidik murid dan guru perlu memberi perhatian kepada pelajar supaya
mereka mempunyai minat dan keyakinan untuk belajar. Guru juga perlu memahami
murid yang bermasalah dalam pelajaran dan masalah keluarga mereka. Jika guru dapat
membimbing murid yang bermasalah, mereka merasa diri mereka dihargai dan dapat
menumpukan kepada pembelajaran.

You might also like