You are on page 1of 3

Topik 1

Latihan 1

Pengertian Psikologi Pendidikan

Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian
saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan .aspek aspek psikologi
dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran –
pembelajaran dalam situasi bilik darjah.

Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji
tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah .Smith ( 1978)
menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam
pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan untuk mrnyelesaikan masalah pendidikan.

Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid ,pengajaran
dan pembelajaran yang mengfokus proses proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap
dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-
prinsip psikologi dalam pengajaran .

Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topic yang boleh diaplikasikan didalam berbagai-
bagai bidang khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkahlaku manusia
terhadap pembelajaran.

Kebanyakan teori berladaskan hipotesis yang mengandungi andaian-andaian berdasarkan


daripada perhatian atau pengalaman yang serupa.Hipotesis merupakan andaian-andaian
yang belum dapat dibuktikan, manakala teori merupakan definisi yang dibentuk daripada
kajian saintifik.

Untuk membentuk teori pembelajaran pelbagai jenis penyelidikan telah dikaji dan
digunakan .Secara keseluruhannya jenis-jenis penyelidikan boleh digolongkan dalam dua
kategori yang utama

a)Penyelidikan Kuantitatif
Penggunaan data untuk menjelaskan fenomena pembelajaran.Ia merangkumi kajian
pembolehubah –pembolehubah yang dikawal atau tidak dikawal

b)Penyelidikan Kualitatif
Penggunaan bahasa untuk menjerlaskan fenomena pembelajaran yang mempunyai cirri
khusus yang kompleks.Ia merangkumi teknik mpemerhatian kajian kes dan interview.
Konsep Psikologi Pendidikan

Psikologi pendidikan ialah satu displin ilmu yang mengkaji tingkahlaku murid dngan
aplikasi prinsip-prinsip psikologi ke atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam situasi bilik darjah .

Menurut Banks dan Thompson (1995) psikologi adalah pengetahuan mengenai kajian
tingkahlaku manusia dan pendidikan adalah profesion yang mengkaji dan membina
metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik

Kepentingan Pendidikan Psikologi

Matlamat pendidikan psikologi ialah untuk memahami tingkahlaku murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian oleh guru.Dengan cara ini ,guru dapat
membina kebolehan membuat jangkaan tingkahlaku alternative yang diperlukan untuk
menggantikan tingkahlaku yang tidak dikehendaki.

Kepentingan psikologi pendidikan kepada guru ialah:-

a)memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru supaya
mengamalkannya dalam bilik darjah

b)Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal, minat demi
membolehkan mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan
aktiviti kumpulan.

c)Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkahlaku murid agarmembolehkan guru


mencegah masalah displin yang tidak diingini dalam bilik darjah dengan berkesan .

d)melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu guru


membentuk personality mereka yang sihat dan konsep kendiri yang positif dengan
bimbingan yang wajar.

e)melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi akan membantunya


meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah.

f)memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan membantu guru
penggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik diantara
guru dan muridnya.

g)Psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan ,kemahiran dan


sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.
Aktiviti Berkaitan Dengan Psikologi

Aktiviti yang berkaitan dengan psikologi adalah seperti tabiat membaca, tabiat suka
mengira, mendengar muzik, minat bersukan , seni dan berkarya.Melalui kebolehan-
kebolehan ini, guru mestilah mengenalpasti kebolehan setiap murid-murid adalah
berlainan antara satu sama yang lain.Sekaligus guru dapat membantu sahsiah murid serta
memperkembangkan potensi murid dalam diri mereka. Sehubungan itu guru juga kan
dapat menyelesaikan masalah dalam bilik darjah dengan mudah.

Aktiviti Berkaitan Dengan Bukan Psikologi

Aktiviti berkaitan dengan bukan psikologi adalah seperti kajian tentang hidupan laut dan
marin, kajian tentang alam sekitar, kajian pembangunan dan kajian masyarakat dan
sosial, Aktiviti ini bukan Psikologi kerana bidang-bidang kajian tersebut bukan mengkaji
mengenai tingkahlaku manusia sebagaimana seperti pendapat-pendapat ahli falsafah di
atas. Ini kerana bidang-bidang tersebut mengkaji kepentingan dan keperluan dalam hidup
manusia sejagat. Unsur-unsur seperti menangani masalah yang berkaitan sehingga lah
kepada aspek yang memberi manfaat kepada manusia itu sendiri. Contohnya manusia
membuat pembangunan adalah untuk tujuan memberi keselesaan dan kemudahan kepada
masyarakat.Disamping itu timbul juga masalah daripada pembangunan tersebut seperti
masalah setinggan, masalah jenayah dan kemiskinan hidup masyarakat.Tanpa mengira
aspek-aspek psikologi masyarakat itu sendiri, misalnya rumah flat yang dibina saiznya
amat kecil tidak dapat menampung saiz keluarga yang besar. Secara tidak langsung akan
wujudnya masalah seperti kesesakan dalam isirumah , penempatan bilik untuk anak
perempuan dan anak lelaki.

You might also like