You are on page 1of 23

RANCANGAN ANIMASI KARTUN KANAK-KANAK

1.1 PENGENALAN

Rancangan animasi kartun kanak-kanak pada hari semakin hari semakin bertambah di dalam

televisyen pada hari ini. Watak-watak yang popular seperti Spongebob, Doraemon, Sin Chan

dan lain-lain semakin dikenali oleh kanak-kanak pada waktu ini. Namun begitu rancangan

animasi kartun kanak-kanak pada hari banyak yang mempunyai unsur negatif sama ada di

dalam bentuk verbal atau non-verbal. Kebanyakan rancangan animasi kartun yang disiarkan

adalah diimport dari negeri luar seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Mujurlah baru-baru ini

muncul rancangan animasi kartun tempatan iaitu Upin dan Ipin yang berjaya mendapat

tempat di hati kanak-kanak di sini. Justeru, apabila sebahagian besar program animasi atau

kartun itu diimport dari luar, ia bermakna secara tidak langsung kanak-kanak negara ini juga

terdedah kepada budaya luar yang ada di antaranya tidak sesuai dengan norma masyarakat

kita. Buktinya, satu ketika dulu heboh diperkatakan mengenai kartun The Simpsons yang

dialognya didapati kasar dan seolah-olah mengajar kanak-kanak jadi kurang ajar dan terbaru,

siri Hagemaru dari Jepun dikesan mengandungi banyak elemen sensitif yang menyentuh

kepercayaan beragama di negara ini. Persoalannya, sejauh mana stesen televisyen yang

mengimport produk kartun berkenaan memantau perkara ini dan membuat sekatan atau

tapisan bagi memastikan ’sampah’ di dalam program kartun itu dibuang terlebih dulu?

Pegawai Operasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), S Piarapakaran,

berkata siri kartun di televisyen mempunyai kesan kuat dalam mempengaruhi minda serta

perlakuan kanak-kanak. Oleh itu, katanya, pemantauan berterusan adalah satu kemestian

supaya kandungan program kartun di TV tidak tercemar dengan unsur negatif, biarpun

setakat ini tidak berlaku isu yang benar-benar serius berkaitan dengannya.

1
Kanak-kanak adalah sasaran utama bagi pengeluar industri animasi kartun.

Kebanyakan rancangan animasi yang diterbitkan pada waktu ini adalah bagi menarik

penonton yang terdiri dari kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana,ia sangat sesuai dengan jiwa

kanak-kanak yang sangat sukakan hiburan dan permainan. Namun begitu, tidak semua

rancangan animasi kartun sesuai untuk mereka. Ibubapa memainkan peranan penting dalam

memastikan rancangan yang sesuai ditonton oleh mereka.

Anak-anak dilahirkan dalam keadaan yang suci ibarat kain putih dimana ibubapa yang

mencorakkan anak-anak mereka.. Hal ini kerana anak adalah amanah dan kurniaan dari

Allah. Oleh itu mereka harus berada di dalam persekitaran yang kondusif yang dipenuhi

dengan nilai-nilai murni agar mereka dapat membesar dan berkembang secara optimal

menjadi diri mereka sendiri, agar dapat menjadi generasi muda yang unggul mewarisi cita-

cita perjuangan bangsa. Seandainya, setiap hari anak-anak dihidangkan dengan rancangan

animasi kartun yang tiada nilai-nilai murni di dalamnya, mana mungkin mereka dapat

menjadi insan yang bermoral dan mempunyai kelakuan yang baik pada masa akan datang.

Hal ini kerana, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam

pembentukan peribadi kanak-kanak. Media massa pada hari ini mempunyai pengaruh yang

sangat besar kepada kanak-kanak. Media massa merupakan salah satu sarana yang digunakan

oleh orang Yahudi dalam merosakkan akhlak dan meracuni pemikiran orang Islam tidak kira

sama kanak-kanak mahupun orang dewasa melalui rancangan-rancangan yang melalaikan

serta mempunyai unsur-unsur yang negatif.

Oleh itu, semua pihak harus bersama-sama membantu dalam menangani

permasalahan yang terjadi dalam dunia kanak-kanak pada hari ini. Media massa dan juga

ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mengembalikan semula nilai-nilai murni di

2
kalangan kanak-kanak pada hari ini kerana mereka merupakan tonggak negara yang menjadi

harapan bangsa pada masa akan datang.

1.2 RUANG LINGKUP

Rancangan Animasi Kartun dan Kanak-kanak

1.3 BATASAN

Unsur- unsur negatif dalam rancangan animasi kartun kanak-kanak pada hari ini dan

kesannya terhadap kanak-kanak serta langkah bagi menangani permasalahan ini. Cara

merawat permasalahan ini akan turut dihuraikan.

1.4 KAEDAH KAJIAN

Kaedah pemerhatian iaitu dengan melihat sendiri animasi kartun yang mempunyai

unsur-unsur negatif dan melakukan penilaian berdasarkan pemerhatian yang

dilakukan.

2.0 DEFINISI & KONSEP

2.1 Animasi

Animasi adalah paparan urutan lakaran yang setiap satunya terdapat sedikit perbezaan

untuk meghasilkan satu pergerakan secara berterusan ( Simon,1995). Animasi

merupakan satu teknologi yang membolehkan imej pegun kelihatan seolah-olah

hidup, dapat bergerak, beraksi dan bercakap ( Neo & Neo, 1997). Teknologi dalam

3
animasi banyak digunakan dalam bidang pengiklanan, arkeologi, seni bina, bidang

kimia, pendidikan, kejuruteraan, filem & hiburan, simulasi penerbangan dan

perubatan. Animasi berlaku disebabkan oleh fenomena biologikal yang dikenali

sebagai “ persistence of vision”. Sesuatu objek yang di lihat oleh mata manusia akan

dipetakan pada retina dalam satu jangka masa yang tertentu selepas ianya

diperhatikan. Ia membolehkan berlakunya fenomena di mana satu siri imej yang silih

berganti dalam satu jangka masa yang pantas dan singkat kelihatan seolah-olah satu

ilusi yang hidup dan bergerak secara sendiri.

2.2 Kartun

Perkataan kartun berasal daripada Bahasa Inggeris iaitu ‘cartoon’. Menurut A. S

Homby dalam Mat Nor Husin ( 1998) kartun adalah lukisan tentang peristiwa-

peristiwa harian yang digambarkan secara menyeronokkan. T. Iskandar dalam buku

yang sama pula mentafsirkan kartun sebagai sejenis lukisan yang mengisahkan hal-hal

sehari secara berjenaka. Kartun juga merupakan bentuk utama komunikatif grafik

yang berupa suatu gambaran interpretasi menggunakan simbol-simbol untuk

menyampaikan sesuatu pesanan secara cepat dan ringkas. Kartun juga merupakan

sejenis lukisan berbentuk universal yang menggambarkan peristiwa harian yang

disampaikan secara lucu dan jenaka dan juga sebagai kritikan sosial. Dalam bentuk-

bentuk simbolik yang bertajuk atau tidak akan membawa motif sindiran dan

kecerdikan. Kartun mempuyai daya penarik yang unik serta boleh mempengaruhi

sikap dan kelakuan pembaca.

2.3 Kanak-kanak

Menurut Beecher, kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang yang

jatuh ke atasnya akan memberi kesan kepadanya. Kehidupan awal bagi diri anak-anak

4
adalah kehidupan disekelilingnya. Andai persekitarannya dipenuhi dengan nilai-nilai

baik, maka akan baiklah kanak-kanak itu, namun andai persekitarannya dipenuhi

dengan nilai-nilai buruk, maka akan lahirlah kanak-kanak itu sebagai seorang yang

buruk perilakunya. Pada usia ini, mereka amat mudah dipengaruhi oleh

persekitarannya. Media massa merupakan salah satu perkara yang sangat hampir

dengan mereka. Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat hari ini mampu memiliki TV

di dalam setiap rumah. Rancangan-rancangan yang dipaparkan ditelevisyen akan

mempengaruhi kehidupan kanak-kanak.

3.0 UNSUR- UNSUR NEGATIF DALAM ANIMASI KARTUN KANAK-KANAK

3.1 Unsur Keganasan Dan Kekerasan

Animasi kartun pada hari ini banyak memaparkan kartun yang berunsurkan keganasan

dan kekerasaan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara contoh animasi

kartun yang mempunyai unsur-unsur keganasan dan kekerasan ialah Naruto, Dragon

Ball, Ben10 dan pelbagai lagi. Animasi kartun tersebut memaparkan aksi-aksi ganas,

pergaduhan dan pemukulan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Adegan berdarah juga didedahkan melalui rancangan animasi kartun kanak-kanak

pada hari ini. Rancangan yang mempunyai unsur kekerasan sangat mempengaruhi

perkembangan psikologi kanak-kanak. Sebenarnya, kandungan keganasan dalam

cerita kartun kanak-kanak adalah lebih banyak berbanding dengan rancangan

televisyen yang lain (Gerbner & Signorielli, 1990).

3.2 Unsur Lucah Dan Seksual

5
Kartun yang mempunyai imej-imej seksi dan berunsurkan seks juga sudah menjadi

tatapan kanak-kanak yang masih mentah usianya. Jika si hero dalam rancangan

televisyen mempunyai imej ganas, si heroin pula mempunyai imej seksi. Imej seksi

ini menampakkan bentuk atau lekuk-lekuk tubuh wanita yang sepatutnya dijauhi oleh

kanak-kanak. Babak-babak cinta, cium dan tidur bersama adalah babak yang

menjadikan sicilik terlalu cepat matang, bukan matang dengan perkara positif, tetapi

matang dengan perkara negatif. Jenaka yang cuba disampaikan dalam animasi kartun

tersebut diselitkan dengan unsur lucah sama ada secara verbal atau non-verbal.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, kebanyakan kanak-kanak mengatakan bahawa

lelaki di dalam televisyen digambarkan sering menumpukan perhatian terhadap lawan

jantina mereka. Sebahagian kanak-kanak juga mengatakan lelaki seringkali bercerita

tentang lawan jantinanya (75%), ingin mempunyai teman wanita (74%), dan mahu

bercium atau melakukan hubungan seks (69%). Contoh rancangan animasi kartun

yang mempunyai unsur seksual ialah Betty Boop, Sin Chan, Sailormoon dan lain-lain

lagi. Selain itu, terdapat juga unsur lucah yang dilakukan di dalam lukisan kartun

kanak-kanak yang dilakukan oleh pihak Yahudi bagi menghakis akhlak dan moral

masyarakat Islam. Gambar watak yang dilukis di mulakan dengan melukis alat sulit

wanita atau lelaki. Ia merupakan salah satu agenda orang Yahudi dalam merosakkan

pemikiran kanak-kanak pada hari ini.

3.3 Bahasa Kasar atau Melampau

Penggunaan bahasa yang kasar dan keterlaluan juga terdapat di dalam kebanyakan

animasi kartun yang di paparkan di Malaysia pada hari ini di mana ia menyalahi

norma masyarakat timur yang kaya dengan budi bahasa dan adab kesopanan.

6
Kehadiran animasi kartun pada hari sedikit sebanyak merosakkan bahasa Melayu dan

juga meningkatkan penggunaan kata-kata yang biadap serta kurang ajar. Contohnya

dalam Ultraman atau Power Rangers perkataan yang tidak pernah ditinggalkan

adalah perkataan “tak guna” atau “jahanam punya penjahat”. Jika perkataan ini

berulang-ulang didengar oleh kanak-kanak ditakuti ia akan diterjemahkan kedalam

kehidupan harian terutama apabila berinteraksi dengan ibu bapa atau rakan sebaya.

3.4 Subliminal message

Subliminal Message merupakan isyarat atau message yang ditanam dengan cara atau

medium berlainan dan direkacipta khas untuk menembusi had biasa minda dan

persepsi manusia. Message ini tidak dapat di kenalpasti oleh minda sedar tetapi dalam

beberapa keadaan atau situasi ia mampu mempengaruhi minda separa sedar dan

mengakibatkan pengaruh positif atau negatif bergantung kepada message yang

dihantar. Individu yang dipengaruhi oleh subliminal message ini kemudiannya akan

dengan sendirinya bertindakbalas melalui samada pemikiran, tindakan, kelakuan,

perangai, sistem kepercayaan dan nilai-nilai murni. Terma subliminal berasal

daripada perkataan Latin. ‘Sub’ bermaksud ‘bawah’ dan ‘limen’ bermaksud

‘ambang’. Ini bererti subliminal message mampu menerobos minda di bahagian

bawah tanpa memasuki pintu atau laluan yang betul. Maknanya, masuk terus ke

minda separa sedar tanpa melalui minda sedar.Subliminal ini dipancarkan dengan

kadar yang sangat laju iaitu antara 16 – 24 milisaat. Namun pengaruh yang dilakukan

oleh subliminal message ini sangat hebat.

Subliminal message ini juga digunakan oleh pendakyah agama lain untuk

mempengaruhi orang Islam. Hal ini telah lama berlaku, dan oleh yang demikian kita

7
hendaklah mempunyai kesedaran tentang subliminal message ini dan ilmu minda

separa sedar. Subliminal message ini turut diterapkan dalam rancangan animasi kartun

kanak-kanak pada hari ini. Contoh rancangan kartun yang mempunyai unsur ini ialah

The Lion King, dimana penghasil karya tersebut menyelitkan perkataan lucah dan

seks di dalam lukisan kartun yang dihasilkan.

3.5 Tidak Realistik atau Fantasi

Unsur-unsur fantasi dan juga sesuatu yang tidak realistik seolah-seolah unsur yang

wajib di selitkan di dalam animasi bagi menarik perhatian kanak-kanak. Namun,

hakikatnya ia akan memberi impak yang besar dalam kehidupan kanak-kanak pada

masa akan datang. Antara animasi kartun yang popular di Malaysia yang mempunyai

unsur ini ialah siri kartun Doraemon, yang mana ia memaparkan seekor kucing yang

mampu memiliki dan melakukan apa sahaja menerusi poket ajaibnya. Jika difikir

secara logik, perkara ini tidak mungkin akan berlaku. Hal ini akan menjadi persoalan

di kalangan kanak-kanak. Ia tidak sesuai untuk perkembangan kognitif kanak-kanak.

Aksi-aksi yang keterluan seperti dapat terbang di udara, bertukar menjadi bentuk lain,

dapat pergi ke masa silam akan memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak

andai ia tidak dikawal. Ia akan mempengaruhi kanak-kanak dari segi pemikiran

seterusnya mendorong kanak-kanak untuk melakukannya. Kejadian kanak-kanak

yang cuba terbang menerusi tingkap yang terjadi di Malaysia suatu ketika dahulu

patut menjadi iktibar buat kita semua. Semuanya hanya kerana dipengaruhi oleh hero

di dalam salah satu kartun animasi yang ditayangkan di Malaysia iaitu Superman,

Spiderman dan lain-lain lagi. Bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka lebih tertarik

dengan rancangan animasi kartun seperti Barbie, Cinderella dan pelbagai lagi. Kartun-

kartun tersebut juga menyebabkan kanak-kanak berfikir di luar jangkaan mereka.

8
4.0 KESAN ANIMASI KARTUN TERHADAP KANAK-KANAK

Apabila kanak-kanak didedahkan setiap hari dengan rancangan animasi kartun kanak-kanak,

ia sedikit sebanyak pasti akan memberi kesan kepada kanak-kanak sama ada dari segi

pemikiran, moral dan juga jiwa mereka. Hal ini kerana kanak-kanak masih tidak dapat

membezakan yang baik dan buruk yang terkandung di dalam rancangan yang mereka tonton.

Peranan ibubapa sangat penting dalam menjelaskankannya kepada kanak-kanak.

Rancangan animasi kartun yang berunsur negatif pasti akan merosakkan pemikiran

kanak-kanak. Kanak-kanak akan menganggap apa yang dilihat di dalam televisyen adalah

sesuatu yang boleh dilakukan dan benar walau hakikatnya ia adalah sesuatu yang negatif.

Unsur-unsur negatif yang cuba diselitkan di dalam rancangan animasi kartun akan

mempengaruhi pemikiran kanak-kanak. Kanak-kanak akan berfikir berdasarkan apa yang

mereka tonton di dalam televisyen. Nilai-nilai pemikiran barat diserapkan dalam animasi

kartun pada hari ini. Mereka hanya memikirkan tentang hiburan dan keseronokan semata-

mata. Unsur-unsur keganasan dan seksual menjadi perkara biasa kepada mereka, walau

hakikatnya pada usia ini mereka tidak seharusnya didedahkan lagi tentang unsur-unsur

tersebut. Selain itu, ia juga turut membantutkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Apabila

kanak-kanak hanya dibiarkan duduk di hadapan televisyen menonton rancangan animasi

kartun kegemaran mereka, masa mereka telah terbuang begitu sahaja dan ini tidak membantu

perkembangan kognitif mereka. Rancangan kartun Doraemon sedikit sebanyak merosakkan

pemikiran kanak-kanak kerana kebanyakan perkara di dalam kartun tersebut tidak logik dan

tidak masuk akal.

Selain itu, ia turut menjejaskan moral dan perilaku kanak-kanak. Kanak-kanak mudah

meniru dan mengikut apa yang ada ditonton oleh mereka sama ada melalui media massa atau

pun persekitaran di sekeliling mereka. Watak-watak kartun animasi hari ini menjadi idola dan

9
pujaaan mereka. Sikap watak-watak dalam animasi kartun sangat mempengaruhi perilaku

kanak-kanak. Sebagai contoh watak Naruto, Hagemaru, Sin Chan dan pelbagai lagi. Aksi-

aksi ganas dalam animasi kartun juga merupakan salah satu punca kanak-kanak pada hari ini

menjadi nakal dan agresif. Apabila melihat aksi-aksi tersebut di dalam televisyen, mereka

pasti ingin melakukan seperti yang dilakukan di dalam rancangan tersebut. Rakan-rakan dan

adik-beradik mereka yang lain yang turut menjadi mangsa mereka. Haiwan juga turut

menjadi mangsa perlakuan kanak-kanak yang nakal dan agresif pada hari ini. Hal ini akan

meruntuhkan akhlak dan nilai kanak-kanak. Unsur-unsur seksual dan lucah pula

menyebabkan mereka bertindak liar dan melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap

lawan jantina mereka. Mereka sudah didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak sesuai

dengan umur mereka. Apabila mereka sering melihatnya di dalam televisyen, mereka ingin

mencubanya terhadap lawan jenis mereka. Ia merupakan salah satu punca kanak-kanak pada

hari ini sudah terlibat dengan masalah sosial dan pelbagai kes dan jenayah di negara kita.

Nilai-nilai masyarakat budaya kita juga turut terhakis dengan kehadiran animasi

kartun yang di import dari negara luar. Budaya-budaya barat diserapkan dalam masyarakat

kita pada hari ini tanpa disedari. Nilai dan adap kesopanan yang menjadi pegangan

masyarakat Melayu sudah semakin pudar dalam diri kanak-kanak pada hari ini. Budaya barat

pula yang menjadi ikutan kanak-kanak pada hari ini. Penggunaan bahasa yang kasar serta

perilaku yang kurang sopan dalam diri kanak-kanak semakin membimbangkan saat ini.

Kanak-kanak juga banyak menghabiskan masa di hadapan televisyen menonton

rancangan kegemaran mereka. Hal ini pasti akan menjejaskan pelajaran mereka. Minat

mereka terhadap ilmu dan juga pembelajaran semakin kurang. Mereka lebih suka

menghabiskan masa mereka menonton rancangan kegemaran mereka daripada menuntut

ilmu. Amalan membaca juga akan semakin terhakis di kalangan kanak-kanak.

10
Selain itu, kesan dari menonton rancangan animasi kartun kepada kanak-kanak adalah

akan berlakunya pembaziran. Bagi kanak-kanak lelaki apabila selepas melihat rancangan

kegemaran meraka pasti keinginan mereka membuak-buak untuk membeli alatan-alatan yang

kurang bermanfaat yang ada kaitan dengan rancangan yang ditonton. Contohnya mainan-

mainan seperti robot, senapang dan kad-kad mainan yang mempunyai imej hero mereka. Bagi

kanak-kanak perempuan patung-patung, t-shirt atau costum dan sebagainya yang

memaparkan imej heroin yang disukai. Kanak-kanak sanggup untuk bermogok kepada ibu

pada sekiranya tidak membeli peralatan hiburan ini. Bukankah ia sesuatu yang tidak

sepatutnya berlaku.

5.0 LANGKAH MENCEGAH KESAN NEGATIF ANIMASI KARTUN KANAK-

KANAK

5.1 Peranan ibubapa

Peranan ibubapa sangat penting dalam memastikan anak-anak tidak menonton

rancangan animasi kartun yang mempunyai unsur-unsur negatif di dalamnya.

Kawalan dan pemerhatian ibubapa terhadap rancangan yang ditonton oleh kanak-

kanak mungkin dapat mengurangkan kesan negatif dari rancangan animasi kartun

yang berlambak di pasaran pada hari ini. Ibubapa juga haruslah membimbing anak-

anak dalam memilih bahan tontonan di dalam televisyen. Mereka juga harus

menjelaskan kepada anak-anak mereka kesan dari menonton rancangan animasi

kartun yang mempunyai unsur-unsur negatif dalam kehidupan seharian kanak-kanak.

Ibubapa juga harus sentiasa mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton oleh

kanak-kanak pada hari.

11
5.2 Peranan Media Massa

Media massa juga memainkan peranan penting dalam menapis filem-filem animasi

kartun yang mempunyai unsur-unsur negatif didalamnya. Media massa harus

memastikan rancangan-rancangan kartun yang dipaparkan ditelevisyen sesuai dengan

umur kanak-kanak serta selari dengan nilai dan norma masyarakat timur.

6.0 CARA MERAWAT KESAN ANIMASI KARTUN TERHADAP KANAK-KANAK

6.1 Didikan Ibubapa

Ibubapa haruslah mempunyai kemahiran di dalam mendidik anak-anak. Pendekatan

yang sesuai haruslah digunakan dalam mendidik anak-anak. Andai tersilap didikan,

rosaklah anak-anak pada masa akan datang. Mengikut Diane Baumrind, 1973 ( dalam

Santrock,2007) terdapat 4 gaya asuhan ibubapa, iaitu:

I. Ibubapa autoritarian yang mana mementingkan ketaatan sehingga mengorbankan rasa

autonomi kanak-kanak. Ibubapa seperti ini terlalu tegas dan menggunakan kaedah

yang agak keras. Ia tidak sesuai dilaksanakan kerana ia akan mengongkong kebebasan

kanak-kanak.

II. Ibubapa pesimif iaitu memberikan sepenuh kebebasan kepada anak-anak. Kaedah ini

juga tidak sesuai di dalam mendidik anak-anak kerana ia akan menyebabkan kanak-

kanak bertindak secara membuta tuli kerana tiada kawalan dari ibubapa. Ibubapa

seperti ini akan membiarkan anak-anak mereka menonton yang digemari oleh anak-

anak mereka walaupun terdapat unsur negative di dalamnya. Ini akan menyebabkan

anak-anak menjadi liar dan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang terdapat di

dalam rancangan yang ditonton oleh anak-anak mereka.


12
III. Ibubapa yang mengabaikan iaitu tidak mengambil berat hal anak-anak kerana sibuk

dengan urusan diluar rumah. mereka langsung tidak menghiraukan keadaan anak-anak

mereka. Mereka hanya melepaskan tugas-tugas mendidik anak kepada pembantu

rumah atau penjaga anak-anak mereka.

IV. Ibubapa autoritatif iaitu membentuk tingkah laku kanak-kanak mengikut kebolehan

diri mereka dan pada masa yang sama menyatakan harapan atau tingkah laku yang

mereka harapkan dicapai oleh anak-anak mereka. Kaedah ini merupakan kaedah yang

paling ideal dalam mendidik anak-anak. Ibubapa jenis ini tidak akan memberikan

kebabasan yang sepenuhnya kepada anak-anak, namun tidak juga mengongkong

anak-anak mereka. Mereka akan memantau dan mengawasi rancangan-rancangan

yang ditonton oleh anak-anak merekab serta memberikan alternatif yang lain kepada

anak-anak seandainya rancangan yang ditonton mempunyai unsur-unsur negatif di

dalamnya.

Menurut Baumrind, cara asuhan yang efektif ialah autoritatif sebab akan dapat

membentuk anak-anak yang berdikari, berkendiri asertif, mudah berkawan, dapat

bekerjasama dengan ibubapa, tinggi harga diri dan orientasi pencapaian yang tinggi.

Selain itu, cara-cara berkesan dalam mendidik anak-anak adalah dengan

menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka. Kenalkan kepada mereka

tentang keperibadian Rasulullah dan jadikan baginda sebagai tauladan yang utama

dalam kehidupan anak-anak. Selain itu, melalui nasihat dan bimbingan juga dapat

mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh kepada kedua ibubapa dan menjadi

insan yang berguna kepada masyarakat. Kanak-kanak juga memerlukan pemerhatian

dan pengawasan daripada ibubapa dalam menjalani kehidupan mereka sehari-hari.

Denda dan hukuman juga patut diberikan kepada kanak-kanak seandainya mereka

mengulangi kesilapan yang sama setelah diterangkan ibubapa. Dalam

13
mengaplikasikan kaedah ini, seandainya kanak-kanak menonton rancangan animasi

kartun kanak-kanak yang tidak sesuai untuk mereka, ibubapa boleh menghukum atau

mendenda anak-anak dengan tidak membenarkan mereka menonton televisyen pada

hari itu atau dengan cara yang lain. Anak-anak juga harus dibiasakan dengan nilai-

nilai murni dalam kehidupan bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dari segi

mental dan juga akhlak. Perilaku anak-anak adalah berdasarkan didikan dan asuhan

ibubapanya dirumah.

6.2 Rancangan Alternatif

Meskipun terdapat banyak animasi kartun yang diimport dari negara luar yang

mempunyai unsur-unsur negatif, terdapat juga filem animasi kartun yang dihasilkan

oleh anak tempatan yang mempunyai nilai-nilai yang baik di dalamnya, sebagai

contoh rancangan kartun Upin dan Ipin. Selain itu, terdapat pelbagai lagi rancangan

yang dapat menggantikan rancangan-rancangan animasi kartun seperti rancangan –

rancangan ilmiah yang dapat menjana otak mereka supaya menjadi matang.

Antaranya rancangan berbentuk dokumentari yang mana rancangan tentang unsur-

unsur alam semulajadi. Kehidupan haiwan dan tumbuhan yang ditayangkan memberi

kesedaran kepada mereka bahawa alam ciptaan Tuhan amat luas dan tiada

penghujungnya. Terdapat juga rancangan-rancangan ilmiah yang sesuai untuk kanak-

kanak seperti Mari Mengaji di TV9. Dedahkan kanak-kanak dengan rancangan

sebegini tanpa mengabai fitrah kanak-kanak yang suka kepada keseronokan dan

keceriaan. Dalam masa yang sama, minda mereka terjana rohani mereka terisi.

6.3 Memanfaatkan Waktu Kanak-kanak dengan Aktiviti Berfaedah

Ibubapa haruslah bijak dalam memanfaatkan waktu lapang kanak-kanak. Kebanyakan

ibubapa sering membiarkan anak-anak mereka menonton televisyen saban waktu.

14
Malah, ada juga dikalangan ibubapa yang menjadikan televisyen sebagai tempat

kanak-kanak mengalih perhatian daripada mengganggu urusan mereka seharian.

Ibubapa yang bijak akan menyediakan aktiviti yang bermanfaat bagi mengisi waktu

lapang anak-anak mereka. Antara contoh aktiviti yang dapat dilakukan ialah

melakukan aktiviti riadah seperti berenang, menunggang kuda, memanah dan lain-lain

lagi. Selain itu, aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak ialah melukis, bercucuk

tanam, memlihara haiwan, mengaji, membaca dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti

seperti ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan perkembangan kogintif kanak-

kanak serta dapat juga menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

6.4 Mengembangkan Bakat Anak-anak

Setiap kanak-kanak mempunyai bakat yang tersendiri. Peranan ibubapa penting dalam

mengembangkan bakat anak-anak mereka. Usia kanak-kanak adalah waktu yang

sangat sesuai untuk mengembangkan bakat kanak. Ibubapa boleh menempatkan anak-

anak mereka di dalam kelas yang boleh mengasah bakat anak-anak mereka seperti

kelas melukis, mewarna, memasak, menari, bermain piano dan sebagainya. Pilih

aktiviti yang betu-betul diminati oleh anak-anak bukan berdasarkan kemahuan

ibubapa. Hal ini kerana terdapat anak-anak yang terpaksa mengikuti kelas yang tidak

diminati oleh mereka, tetapa keran menurut kemahuan ibubapa. Perkara ini akan

menyebabkan anak-anak tertekan keran terpaksa melakukan perkara yang tidak

mereka minati dan tidak ada kebolehan dalam bidang tersebut. Mengembangkan

bakat anak-anak memang memerlukan latihan, kesabaran kerana ia melalui proses

pembelajaran. Jadi, ibubapa boleh mengelakkan anak-anak mereka daripada hanya

menonton televisyen kepada aktiviti yang mereka minati. Hal ini seterusnya akan

menambahkan nilai diri kepada anak-anak kerana mempunyai kemahiran dan bakat

yang dapt dimanfaatkan pada masa akan datang. Contohnya, jika anak-anak

15
mempunyai bakat dalam melukis, ia boleh dimanfaatkan pada masa akan datang

dengan menghasilkan animasi kartun yang mempunyai teladan dan nilai-nilai murni.

Ibubapa harus memikirkan kehidupan anak-anak mereka pda masa akan datang.

Dengan mengembangkan bakat yang tersedia ada dalam diri anak-anak, pasti

mengasilkan sesuatu yang berguna pada masa akan datang.

6.5 Memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak

Minat membaca di kalangan anak-anak tidak akan tumbuh selama mana ia tidak

dididik dan dipupuk oleh ibubapa sejak awal lagi. Persekitaran rumah sangat penting

dalam mewujudkan amalan membaca di kalangan kanak-kanak. Oleh itu, peranan

ibubapa sangat penting dalam menumbuhkan minat membaca dikalangan anak-anak.

Menurut Brenda Thomson (1970) yang diperolehi dari Budihastutu (1983), waktu

yang yang paling sesuai untuk belajar membaca adalah pada usia pra-sekolah. Berikut

adalah beberapa teknik dalam memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak:

I. Memperkenalkan bahan bacaan bergambar kepada kanak-kanak

II. Membacakan cerita yang pendek dengan suara yang jelas

III. Mengajar anak-anak membaca dengan lebih efektif melalui aktiviti bermain,

dalam suasana yang tidak formal

IV. Sering membawa anak-anak ke perpustakaan

V. Menyediakan perpustakaan sendiri di rumah untuk anak-anak

Peranan ibubapa sangat besar dalam memupuk minat membaca di kalangan

kanak-kanak. Oleh itu, ibubapa harus menjadi contoh kepada anak-anak dalam

melahirkan masyarakat yang gemar membaca. Generasi yang mengamalkan budaya

membaca pasti akan menjadi generasi yang cemerlang pada masa akan datang.

Amalan membaca haruslah dipupuk sejak kanak-kanak masih kecil lagi.

16
7.0 PENUTUP

Tidak dinafikan, televisyen juga punya kelebihan dan manfaat. Namun, bila terlalu

didedahkan kepada kanak-kanak, ibarat kita memberi mereka sebilah pisau. Pasti pisau yang

bermanfaat untuk seorang ibu menjalankan tugas rutinnya di dapur akan di salah guna oleh si

anak kecil yang belum mampu membezakan baik dan buruk. Begitu jugalah rancangan-

rancangan kartun, ada baiknya. Namun, untuk memastikan mesej baik yang cuba

disampaikan itu difahami oleh kanak-kanak, memerlukan didikan dan bimbingan oran

dewasa. Jangan kerana ingin men"statikkan" anak-anak kita, kita biarkan mereka berteman

power rangers, ultramen, pingu, dan pelbagai lagi. Children see children do. Kanak-kanak

tidak selalu dengar nasihat tetapi mereka cuba berimitasi dengan apa yang mereka nampak.

Hal ini boleh dijadikan sebab mengapa remaja hari ini ada yang agak agresif dan begitu sosial

dengan kita meneliti akar umbinya. Jika dilihat dari sudut sejarah Islam, pada zaman

Abbasiyah kanak-kanak diajar menulis, menghitung dan berenang. Menurut Ibnu Tauam,

sukatan pelajaran ini telah dianjurkan sejak zaman Khalifah Umar lagi. Imam Al-Ghazali

pula menggariskan bahawa kanak-kanak patut diajar Al-Quran, cerita orang-orang yang

soleh, beberapa peraturan agama dan kemudian diajar juga syair. Walaubagaimanapun diajar

mengikut kesesuaian dengan aras pemikiran kanak-kanak. Maka tidak hairanlah Islam

membawa tamadun yang sangat hebat dalam jangka masa yang panjang. Inilah sebabnya

mengapa kartun-kartun yang berbentuk motivasi dan siri tauladan amat diperlukan untuk

santapan spiritual kanak-kanak pada hari ini.

17
8.0 BIBLIOGRAFI

Lenbury. J,.(1999). The encyclopedia of animated cartoon, Second Edition. New York:
Checkmark Books.

Dr. Sujata Mital (2004). Child development. Delhi: Chawla Offset Press.

Dominic. W,.(2004). Childhood Studies, An Introduction. Carlton:Blackwell Publishing.

Saat Sulaiman (2008). Anak adalah anugerah. Selangor: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Diana Baumrind ( 1966). Prototypical descriptions of 3 Parenting Styles. www.devpsy.


org/teaching/parent/bamrind_styles.html, diakses pada 14 Ogos 2010.

Abdullah Nasih Ulwan (2006). Pendidikan anak-anak dalam Islam. Singapura: Pustaka
Nasional Pte, Ltd.

Dr. Reni Akhbar-Hawadi ( 2001). Psikologi perkembangan anak mengenal sifat, bakat dan
kemampuan anak. Jakarta: PT Grasindo.

http://evolusiminda.com/blog/2010/01/12/animasi-anak-anak-kita-dan-subliminal-message/
di layari pada 14 Ogos 2010

18
9.0 LAMPIRAN

Contoh rancagan animasi yang mempunyai unsur-unsur negatif

19
Alternatif rancangan animasi yang berunsur negatif

20
21
22
UBM 1032: WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

TAJUK:

RANCANGAN ANIMASI KARTUN KANAK-KANAK

OLEH:

NAMA : NABILAH BT RODZUAN


NO MATRIK: D20091035144
SEMESTER : 3
PROGRAM : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH: PUAN NOORZALINA NOOR

23

You might also like