You are on page 1of 2

Soalan: Penggunaan robotik semakin diminati oleh golongan muda.

Bincangkan kepentingan teknologi robotik dalam pembangunan negara.

Jawapan cadangan:

Penggunaan robotik semakin diminati oleh golongan muda dan menjadi


teknologi yang penting dalam pembangunan negara. Hal ini dapat dilihat
apabila penggunaan robotik membawa kepentingan dalam pelbagai bidang.

Teknologi robotik penting dalam bidang perubatan. Penggunaan robotik


membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis pelbagai jenis
penyakit. Misalnya, teknologi robotik dapat mendiagnosis pertumbuhan
kanser. Selain itu, penggunaan robotik juga penting dalam operasi
pembedahan. Teknologi robotik membantu doktor menjalankan operasi
pembedahan dalam bahagian tubuh manusia yang sensitif dan sukar dijalankan
dengan tangan. Jelasnya penggunaan robotik dapat mempercepat proses
rawatan perubatan.

Penggunaan robotik juga membawa kepentingan dalam bidang


ketenteraan. Hal ini dapat dijelas apabila teknologi robotik membantu tentera
mengesan bom, periuk api dan sebagainya. Teknologi robotik juga memainkan
peranan penting sebagai ejen perisikan. Dengan ini, tentera dapat mengesan
segala pergerakan yang dirancang oleh musuh. Hal ini jelas menunjukkan
kemenangan dan kejayaan dalam setiap peperangan mudah dicapai dengan
penggunaan robotik. Oleh itu, teknologi robotik dapat meningkatkan
ketahanan dan pertahanan negara.

Tambahan lagi, penggunaan robotik juga penting dalam bidang


Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Teknologi robotik dapat membantu
para saintis menjalankan penyelidikan saintifik. Kajian kimia turut disokong
oleh teknologi robotik. Buktinya, kajian ini telah menghasilkan banyak bahan
kimia seperti baja kimia yang dapat meningkatkan hasil keluaran pertanian.
Selain itu, kajian nuklear dapat dijalankan hasil daripada kegiatan (R&D) yang
disokong oleh penggunaan robotik. Kajian nuklear bukan sahaja dapat
digunakan dalam penjanaan kuasa tetapi juga menghasilkan bahan meletup
seperti bom Atom yang penting dalam bidang ketenteraan.
Teknologi robotik turut penting dalam bidang ekonomi negara.
Teknologi robotik penting dalam perindustrian sebagai jentera-jentera yang
dapat meningkatkan pengeluaran barang. Hal ini demikian, kerana teknologi
robotik dapat berfungsi dengan cepat, berkesan dan efektif. Selain
meningkatkan pengeluaran barang, teknologi robotik turut meningkatkan
mutu dan kualiti keluaran dan setanding dengan piawaian antarabangsa.
Penggunaan robotik juga penting dalam bidang pertanian apabila robotik
dapat berfungsi sebagai pembajak dan penuai yang berkesan.

Kesimpulannya, penggunaan robotik sememangnya membawa banyak


kepentingan dalam pembanganan negara. Oleh itu, teknologi ini perlu
dikembangkan lagi agar negara akan mencapai pembangunan yang pesat pada
masa hadapan.

You might also like