PENDEKATAN DI DALAM KAUNSELING KELOMPOK BAGI MENANGANI MASALAH PERGAULAN BEBAS PELAJAR

Kaunseling

Kaunseling bukan beerti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk baik juga untuk klien. Keistimewaan khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi (Adiliah & Halilah, 2006). Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Nasihat juga tidak diberi kerana ingin memberi ruang kepada klien untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang dipilihnya sendiri. Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba mendengar dan memahami serta menolong dengan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami serta mengambil tindakan menguruskan masalah tersebut. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapi. Kaunseling bukanlah untuk mereka yang mempunyai masalah sakit mental. Kaunseling adalah untuk mereka yang normal dan boleh mengurus diri serta kehidupan sendiri, tetapi pada satu-satu masa berasa tertekan, bercelaru atau buntu dan perlu berbincang dengan mereka yang profesional.

1

Burks dab Stefflre (George & Cristiani. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna serta melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional antara individu. 1990). Blocher (Shertzer & Stone. Manakala Hansen. Setiap definisi bergantung pula kepada teori yang digunakan. penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkatkan tingkah laku masa depan. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada individu. 1990).Terdapat beberapa definisi yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar kaunseling mengenai perkhidmatan ini. mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran serta menghasilkan pembentukan. persekitaran dan cara-cara mengendali tugasan dan perhubungan denagn orang lain. 1974). namun ia dapat dirumuskan sebagai suatu proses pertolongan profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam 2 . Walaupun terdapat pelbagai definisi. Krumboltz (George & Cristiani. pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang klien. Ivey dan Downing (1987) pula menyatakan kaunseling sebagai suatu proses yang berhubung rapat dalam membantu manusia normal mencapai matlamat atau fungsi mereka dengan berkesan. Ressberg dan Cramer (1994) mendifinisikan kaunseling sebagai suatu proses menolong manusia belajar mengenali diri. pula menyatakan bahawa kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

Dalam masa yang sama. Tujuan perkhidmatan ini ialah untuk membantu pelajar menangani isu-isu penyesuaian seperti akademik. kerana dia memperolehi kekuatan dalaman. Pendekatan Kaunseling Dalam Menangani Masalah Pergaulan Bebas Pelajar Perkhidmatan kaunseling disediakan di semua sekolah rendah. Namun. Malah. Erskine. sekolah menengah. Dia sudah menerima hakikat bahawa hidup tidak lekang dengan masalah. individu perlu memahami pengaruh alam sekeliling ke atas dirinya. Davidshofer. dia bersyukur bahawa dia berhadapan dengan masalah kerana dia memperolehi kekuatan berhadapan dengan masalah. perkhidmatan ini juga menyediakan maklumat dan aktivitiaktiviti perkembangan kerjaya. Deakin. Boyd. Hurley. Manusia ini sudah tidak akan menyalahkan orang lain. Dia redha dengan apa yang berlaku ke atas dirinya dan mencari iktibar ataupun pengajaran di sebalik peristiwa tersebut. Simono. Piorkowsk. Individu perlu melihat peranan dan sumbangannya kepada alam sekeliling. Manusia seperti ini akan berdikari dan tidak akan menyusahkan orang lain dengan permasalahannya. Perkhidmatan yang sama dilaporkan terdapat di pusat-pusat kaunseling di tempat lain di dunia contohnya seperti Amerika. Masalah yang telah melandanya tidak merugikan hidupnya.sekeliling. masalah telah dapat µmenguatkan¶ dirinya. Brandel. Dengan kata lain. perasaan. Kanada. kerohanian dan tingkah lakunya. Kanada dan Australia 3 . matlamat kaunseling ialah membantu atau memberi jalan agar manusia dapat mengurus dirinya sendiri sama ada dari segi mental. Australia dan Turki. Buckles. dia dapat mencari ruang-ruangpernafasan dalam kesempitan hidup. kolej komuniti. dan Steel (2003) melaporkan pusat kaunseling kolej di Amerika. Selain dari itu. peribadi dan sosial serta masalah psikososial yang memerlukan intervensi kaunseling klinikal. Secara ringkasnya. universiti serta tempat-tempat lain yang menempatkan golongan remaja. Hattauet. Locher. politeknik. persekitaran ataupun takdir.

ceramah pendek dan pembentangan kes-kes telah membolehkan pelajar berbincang tentang hubungan di kolej. konsultasi. perkembangan yang memerlukan perhatian professional. Russels dan Frontaura-Duck (2006) melaporkan satu program inovatif bertujuan menjelaskan kepada pelajar kolej tentang keganasan dalam hubungan dan mencari strategi mengelak keganasan dalam hubungan. diikuti oleh kemahiran belajar dan kerisauan peperiksaan. ujian psikologi. dan program outreach ( Oya Yerin Guneri. Khidmat ini ialah untuk membantu menangani masalah utama yang dibawa oleh pelajar iaitu masalah komunikasi. Program pencegahan yang ditawarkan ialah berkenaan komunikasi berkesan. pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Kolej berada di tahap µmelepaskan anak awal dewasa¶. penyesuaian dan hubungan romantik. Di Turki pula. Schwartz. (c) menyokong dan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan pelajar melalui konsultasi dan komuniti kampus. kerjaya. Program yang melibatkan forum interaktif. kelompok dan psikoterapi. khidmat kecemasan. 4 . (b) mencegah dan membantu pelajar mencapai matlamat pendidikan dan kehidupan.memainkan tiga peranan utama: (a) memberi kaunseling atau terapi kepada pelajar yang mengalami masalah penyesuaian. Program ini juga membincangkan tentang estim kendiri dan mengenalpasti tanda-tanda hubungan ganas dan cara mencegahnya. Kajian yang dijalankan untuk menilai keberkesanan intervensi tersebut mendapati pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka dan dapat berbincang tentang pengalaman mereka. 2006). Menurut perspektif systemic yang mengutarakan konsep putaran kehidupan keluarga. berkongsi pengalaman peribadi tentang isu-isu perhubungan. membentuk identiti. Griffin. memberi sokongan kepada rakan-rakan dan melatih pelajar dengan strategi resolusi konflik. Tugas utama diperingkat ini ialah membezakan diri dari keluarga asal. antara aktiviti pusat kaunseling universiti ialah kaunseling individu.

Genogram mampu memberi celik akal kepada klien bagaimana corak hubungan dengan ibu bapa sebelum ini telah mempengaruhi tingkah laku seseorang anak. perubahan dalam cara berinteraksi dengan orang sekeliling dan bermasalah menangani tekanan.membina hubungan yang intim dan matang serta memilih kerjaya. pelajar bermasalah emosi menunjukkan ciri-ciri seperti masalah pencapaian akademik yang makin menurun. Antara intervensi melibatkan keluarga telah dilaporkan oleh Terry (1989) dan Charlotte (2001). Antara langkah-langkah penting yang perlu diberi perhatian oleh komuniti di sekolah dan IPT ialah mengenalpasti pelajar bermasalah. Sistem sokongan ini boleh terdiri daripada ahli keluarga. Jadi tidak hairanlah pusatpusat kaunseling sering menerima kes-kes yang bersangkutan dengan hubungan sama ada intim mahupun kekeluargaan. pelajar ini akan memasuki tahap yang lebih kritikal apabila dia bertindak ganas. dan kurang selesa menyatakan sebab perlukan pertimbangan tersebut. guru dan pensyarah. Charlotte telah membincangkan penggunaan genogram. Setiap ahli dalam sistem ini mengambil bahagian mendampingi pelajar bermasalah itu sehingga dia membentuk tingkah laku baru yang lebih berkesan. Pusat-pusat kaunseling di seluruh sekolah dan IPT telah menyarankan penglibatan semua komuniti di sekolah dan IPT iaitu kaunselor. ponteng yang terlalu ketara. Terry (1989) pula menggunakan sistem sokongan yang ada di sekeliling pelajar dalam membantu pelajar tersebut mengendalikan masalahnya. Pada tahap pertama. pentadbir serta rakan-rakan pelajar untuk membantu pelajar bermasalah. tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Seterusnya pelajar bermasalah akan memohon pertimbangan-pertimbangan khas serperti lebih masa untuk hantar tugasan. Jika tidak dibantu. Cadangan ini dipersetujui oleh Zuria 5 . dan mempamerkan keinginan membunuh diri. rakan-rakan. iaitu satu teknik menggunakan rajah keluarga untuk menjelaskan corak hubungan yang berlaku dalam keluarga. Pengetahuan ini membolehkan klien mengubah corak perhubungan mereka. serta guruguru.

Pendekatan kaunseling menggunakan tiga elemen asas iaitu komunikasi berkesan. (a) cerita. Manakala langkah asas pula ialah mendengar masalah klien tanpa menghakimi. mengajak klien mencari penyelesaian dan menyokong klien dalam mencuba tindakan baru.Tanya pelajar apa yang boleh dilakukannya. katakan. pengetahuan psikologi remaja dan pelbagai strategi penyelesaian masalah bergantung kepada teori yang dipilih. Model Ivey dan Lucy (2003) menggunakan empat langkah utama iaitu. boleh ceritakan apa yang sdang berlaku?´ Sebaliknya elakkan berkata ³Ke mana anda menghilang diri? Malas datang kelas ye?´ 3. membimbing klien memahami punca masalahnya. Model 6 D (Zuria. 2. (b) eset positif. (c) cerita kembali dan (d) tindakan. pentadbir dan rakan rakan pelajar boleh membantu pelajar ini dengan melakukan langkah-langkah berikut: 1. Contohnya.Ambil masa untuk bercakap secara sendirian dengan pelajar ini dan beri perhatian sepenuhnya sepanjang sesi tersebut. 6 . (b) dengari. (e) damping dan (f) dokumenkan.et all (2004) yang menyarankan kerjasama komuniti untuk mendidik pelajar tentang tingkah laku abnormal serta kemahiran-kemahiran menangani dan membantu. bincang kebaikan dan keburukan setiap pilihan.Dengar perasaan dan pemikiran pelajar dengan sikap yang terbuka. Contohnya ³Nampaknya awak tidak tahu cara belajar yang betul dan ini membuatkan awak rasa keliru?´ 4. Guru dan pensyarah. 2005) pula menyarankan enam langkah iaitu (a) dekati. saya prihatin.Nyatakan keperihatinan anda dengan ikhlas tanpa membuat penilaian. dan nyatakan kefahaman anda tentang apa yang telah disebut oleh pelajar itu. ³Saya Nampak anda telah beberapa kali ponteng. (c) dasari. (d) daya baiki.

Wanita muda yang sering manjadi mangsa dalam hubungan juga perlu dibimbing ntuk menilai kembali masalah pergantungan dalam hubungan. takut keseorangan dan (d) merasa bahawa tidak dapat menukar corak hubungan tersebut. Mac Green dan Navaro (1998) menyatakan bahawa individu yang kurang tegas menjadi mangsa seksual dalam hubungan. 6. buatlah rujukan kepada kaunselor professional. rasa bersalah. tetapi anda perlu hargai pandangannya. (b) latihan tegas diri yang memfokuskan terus kepada hubungan dengan jantina yang berbeza dan (c) pemeriksaan kesihatan dan kaunseling berterusan dicadangkan kepada wanita yang sering menjadi mangsa seksual dalam hubungan. dan perasaan tidak selamat (takut ditinggalkan) dalam hubungan dengan jantina berlainan. kerana ini membuatkan pelajar tersebut tidak mahu bekerjasama. kurang keupayaan penyesuaian. (c) bila terasa dia berada dalam hubungan tersebut kerana sebab-sebab yang salah seperti kesian. Walaupun anda kurang bersetuju dengan pandangan pelajar tersebut. pasangan seksual yang bersilih ganti.5. tetapi masih tersangkut dalam hubungan tersebut. Elis percaya bahawa 7 . (b) bila dia merumuskan untuk keluar.Jika anda rasa kurang berkemampuan untuk membantu.Elak menghakimi tindakan atau perasaan pelajar tersebut. Ciri-ciri personaliti yang menyumbang kepada keadaan ini ialah pengalaman menjadi mangsa dalam hubungan tidak sihat. Mac Grenn dan Navaro mencadangkan pencegahan yang berkesan perlu melibatkan: (a) latihan tingkah laku tegas diri selain daripada pemberian maklumat perubahan sikap. REBT (Rasional Emotive Behavioral Teraphy) menekankan bahawa emosi dan perasaan yang terganggu adalah hasil dari pada pemikiran dan idea manusia. Antara ciri-ciri hubungan yang bermasalah ialah: (a) apabila seseorang ini tidak bahagia dalam hubungan tetapi tidak pasti dia patut teruska atau keluar dari hubungan tersebut.

( Berita Harian.Kisah yang terjadi diatas berpunca dari ppemikiran yang tidak rasional. nekat melakukan tindakan bunuh diri untuk menamatkan nyawanya kerana tidak dapat memenuhi permintaan ibu bapa untuk mendapat nilai 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).gangguan emosi yang dihadapi manusia adalah disebabkan idea yang tersilap atau tidak logik tentang sesuatu situasi. sayang. rasa ingin tahu. 2.Idea bahawa semestinya seseorang itu dikasihi dan diterima oleh setiap orang lain yang penting baginya di dalam masyarakat. sedih. merasa tidak berguna sehingga terfikir untuk apa mempertahankan hidup. bimbang. Elis (1962). kecewa dan tidak gembira. Emosi seperti marah. 25 feb 2008). menyatakan sebelas pemikiran yang tidak rasional menyebabkan individu melakukan tindakakan diluar kewajaran. menyesal. senang hati. dan berjaya di dalam semua lapangan jika seseorang itu mahu dirinya dianggap sebagai berguna. Contoh emosi yang sesuai ialah gembira. maka emosi yang menggangu kebahagiaan individu ini biasanya dianggap sebagai tidak sesuai atau merosakkan diri. Oleh kerana dikatakan semua individu ingin bergembira sama ada didalam kehidupan peribadinya atau kerjayanya. 8 . Oleh itu kaunselor REBT cuba membantu keliennya mendiskriminasi antara perasaan yang sesuai dan tidak sesuai serta meningkatkan emosi yang sesuai dan mengurangkan atau menghilangkan emosi yang tidak sesuai. serba boleh. Terdapat emosi yang sesuai kerana ia menolong manusia mendapat apa yang dimahukan dan mengelak apa yang tidak diperlukan.Idea bahawa seseorang itu sepatutnya betul-betul cekap. murung. 1. menyalahkan diri sendiri dan merasa tidak berguna adalah tidak rasional kerana bukan saja ia menyebabkan individu merasa tidak gembira dengan diri sendiri tetapi juga menyebabkan ia terasing dari pada orang lain. Seperti kisah yang terjadi kepada pelajar berumur 12 tahun.

kita haruslah sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga daripada kemungkinan ianya berlaku. 8. dan ianya mestilah diperolehi.Idea bahawa sesetengah orang itu jahat.Idea bahawa kemelaratan manusia itu disebabkan oleh faktor-faktor luar. 4.Idea bahawa perkara-perkara yang merbahaya dan menakutkan merupakan perkaraperkara yang harus diambil berat dan justeru kerana itu. dan manusia memang tidak berupaya langsung.Idea bahawa selalunya ada satu penyelesaian yang betul dan tepat bagi setiap masalah. Pengaruh masa lampau tidak boleh dihapuskan. jika tidak hasilnya adalah katastrofik. dan jika berupaya pun hanya sedikit sahaja.Idea yang seseorang itu sepatutnya merasa terharu dan terganggu oleh masalah-masalah dan gangguan yang menimpa orang lain. 7.Idea bahawa segala peristiwa masa lampaulah yang menjadi penentu yang terpenting sekali bagi tingkah laku individu masa kini. 11. 9. ia menimbulkan masalah dikalangan remaja serta 9 .Idea bahawa seseorang sepatutnya mereka dasyat dan katastrofik jika urusan-urusan yang dikendalikannya tidak berlaku mengikut apa yang sangat diingini. untuk mengawal dirinya daripada merasa dukacita dan terganggu. Sebelas pemikiran yang tidak rasional disebutkan itu merupakan punca yang mengganggu keluasan berpikir dan kebenaran persepsi.Idea yang seseorang itu harus bergantung kepada orang lain dan patut mempunyai seorang yang lebih kuat untuk dijadikan tempat pergantungannya.Idea bahawa lebih mudah untuk mengelak daripada menghadapi sesetengah kesulitan hidup dan tanggungjawab bagi diri sendiri daripada menghadapinya. 10. 6.3. busuk hati dan kejam dan mereka ini patut sekali disalahkan dan dihukum kerana perbuatan mereka yang kejam itu. 5.

Sebaik sahaja sah dijangkiti virus ini. Dr. HIV menyerang dan melemahkan sistem pertahanan semula jadi badan terhadap semua jenis jangkitan yang membawa kepada penyakit AIDS. perkongsian jarum dan pemindahan darah.mengancam daya tahan dan semangat juang untuk terus bertahan hidup menjadi generasi sebagai mana yang diharapkan. Virus ini boleh menular melalui hubungan seks. Antara kesan psikologi yang akan dialami oleh pesakit ialah ketakutan tentang pelbagai perkara terutamanya penerimaan keluarga dan masyarakat. perkara utama yang paling ditakuti ialah menghadapi kematian. Secara logiknya pesakit tidak akan mampu berdepan dengan 10 . Seperti mana yang diketahui umum. adalah virus daripada kumpulan Retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakitnya. seseorang pesakit akan melalui saat sukar bermula daripada ujian HIV dan persediaan psikologinya dalam menerima keputusan ujian tersebut. serta mati dalam keadaan yang menyakitkan. Bagi seseorang yang menghidap AIDS. Fakulti Pendidikan. takut mati dalam keadaan berseorangan dan tidak dipedulikan. orang ramai perlu jelas tentang perbezaan kaunseling untuk pembawa HIV dan penghidap AIDS. HIV atau singkatan kepada Human Immunodeficiency Virus. Ia mempunyai tempoh pengeraman yang panjang antara lima hingga 10 tahun sebelum menunjukkan tanda-tanda penyakit. pelbagai persoalan serta kebuntuan akan melanda diri pesakit. penyakit-penyakit berkaitan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) masih tidak ditemui penawar sebenarnya sehingga kini dan individu yang disahkan menghidap penyakit tersebut akan pasti melalui saat yang paling sukar dalam hidupnya. Haslee Sharil Lim Abdullah. Menurut kaunselor dan pensyarah Jabatan Kaunseling. Perkhidmatan kaunseling jelas memainkan peranan penting dalam membantu pesakit menerima hakikat dan merancang semula kehidupan mereka. Namun. Universiti Malaya.

pesakit juga akan mengalami perasaan seperti kehilangan daya tarikan fizikal. timbul perasaan insaf terhadap perbuatan salah yang telah dilakukan. Penghargaan kendiri atau keyakinan diri pesakit juga rendah apabila mengenangkan penyisihan oleh keluarga dan masyarakat.kejutan berita yang diterima daripada doktor jika tidak membuat persediaan psikologi yang sebaiknya. pandangan masyarakat dan perancangan kehidupan. perhubungan seksual. Pesakit juga akan berhadapan dengan kebuntuan dan pelbagai persoalan seperti kerjaya. hilang keyakinan diri dan terpaksa bergantung kepada orang lain. status dalam masyarakat. mereka adakalanya akan bertindak di luar batasan. Selain itu. ada juga pesakit yang menafikan hakikat dia telah dijangkiti virus HIV. Ia adalah sebagai helah bela diri pesakit daripada menyalahkan diri sendiri dan melepaskan kemarahan kepada orang lain. kegelisahan juga akan melanda diri pesakit kerana pelbagai perkara perlu difikirkan dan banyak perubahan juga perlu dilakukan. Selain itu. Ini seterusnya akan menyebabkan pesakit berasa bersalah kerana menyebabkan orang lain bersedih atas apa yang berlaku ahli keluarga. Selain itu. kestabilan kewangan dan kehilangan kasih sayang orangorang yang disayangi. kehilangan cita-cita. pesakit akan mengalami situasi 11 . Kemarahan juga akan wujud dan ia merupakan salah satu kesan psikologi yang dialami oleh pesakit sebaik sahaja dijangkiti HIV/AIDS. Pada peringkat awal diagnosis. Akan wujud juga perasaan bersalah kerana ada kemungkinan mereka telah menjangkiti orang lain. Akibat daripada pemikiran dan perasaan pesakit. Sehingga satu tahap. Mereka juga akan meratapi segala kehilangan tersebut. Kesan psikologi lain adalah seperti berasa tertekan. Di samping itu. mereka juga hilang kawalan dalam kehidupan peribadi. Ada juga yang akan cuba membunuh diri atau terfikir untuk membunuh diri kerana tidak mahu menanggung malu jika orang lain tahu mengenainya.

kaunselor memberi maklumat tentang kesan HIV/AIDS. Mereka juga diberi panduan yang jelas tentang cara-cara penggunaan kondom yang betul serta diadakan sesi main peranan untuk menerangkan langkah-langkah pencegahan. Melihat kepada praktik kaunselor terlatih di Barat. kaunselor yang berhadapan dengan pesakit yang mempunyai penyakit serius perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang penyakit tersebut. Disinilah perkhidmatan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam membantu klien HIV/ AIDS agar tabah mengharungi kehidupan setelah disahkan positif. kesepian dan perasaan berdosa di atas segala apa yang telah dilakukan menyebabkan mereka kurang menitik beratkan langkah-langkah penjagaan kesihatan dan kerohanian mereka. memandangkan di dalam masyarakat negara ini di mana perkara yang berkaitan dengan perhubungan suami isteri tidak dibincangkan secara terbuka. dinyatakan bahawa kaunseling tersebut adalah satu proses komunikasi dan dialog antara kaunselor terlatih dan klien yang menghadapi masalah berkaitan dengannya. prosedur merawat. Selain itu. kaunselor tidak boleh segan silu dan hanya bercakap secara teori sahaja. kaedah mengendalikan kesan psikologi yang dialami oleh pesakit dan juga mampu membantu pesakit dengan seikhlas hati.dinamakan hypocondria. Namun begitu. Dalam perhubungan suami isteri. pemindahan virus dan langkahlangkah pencegahan yang perlu diambil untuk mengelakkan jangkitan. Ia juga satu proses membantu klien mengadaptasikan diri dengan masalah tersebut. Dalam program ini. Seringkali pesakit ini memikirkan mengenai kehilangan. 12 . maka langkah ini agak sukar untuk dijalankan. Dalam manual yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan berkaitan kaunseling HIV/AIDS. kaunseling keluarga akan disarankan kepada pasangan tersebut.

Begitu juga mereka yang menghidap AIDS dan bakal melalui saat-saat akhir hidupnya. Kaunseling untuk pesakit AIDS agak berbeza dengan pesakit HIV. Terapi kaunseling penting untuk memastikan mereka dapat menjalankan aktiviti seperti orang lain kerana ada jangka hayat hidup pembawa HIV mungkin akan panjang. Dalam erti kata lain. Dalam urusan pengujian dan makluman keputusan kepada pesakit. keluarganya dan masyarakat. penafian. klien akan diberi kefahaman tentang keputusan ujian. Kaunseling untuk klien AIDS lebih kepada membuat persiapan diri klien dalam proses menghadapi kematian serta beberapa unfinished business antara pesakit dan keluarganya. kaunseling dapat membawa pesakit makna kehidupan dan tujuan hidup dapat dibincang untuk membantu meningkatkan harga diri serta meredakan tekanan pesakit. Ini kerana HIV dan AIDS akan memberikan satu kesan psikologi sosial kepada pesakit. ruang untuk meluahkan perasaan seperti marah. putus asa. kaunselor juga berperanan penting.Tahap pertama praujian kaunseling yang selalu dijalankan ialah ujian HIV/AIDS. Dalam beberapa kes juga memerlukan kaunselor berjumpa dengan penjaga kepada pesakit AIDS dalam usaha membantu mereka menghadapi sisa-sisa kehidupan dengan lebih berkualiti. 13 . Dalam sesi ini. memastikan keluarga menerima pesakit dan pesakit dapat meninggal dunia dalam keadaan yang tenang. mereka dibantu mendekati Tuhan. kebisuan dan sebagainya. reda atas apa yang ditakdirkan. Ini bermakna pesakit akan dibimbing dan digalakkan untuk menyelesaikan kes-kes yang belum selesai semasa hayatnya. Tahap kedua bagi pesakit HIV ialah menjalankan sesi µselepas ujian kaunseling¶ yang dijalankan oleh kaunselor yang sama menjalankan µpraujian kaunseling¶.

Rumusan Perkhidmatan kaunseling secara professional didapati meninggalkan kesan positif terhadap perubahan jangka pendek dan jangka panjang. Kaunselor boleh mewujudkan satu sistem rakan sebaya yang dapat memberi sokongan dan mendengar permasalahan remaja tersebut. Perkhidmatan kaunseling ini perlu dikembangkan dengan pelbagai pendekatan bagi membantu remaja yang memerlukan sokongan emosi yang berterusan dalam menghadapi cabaran. Melalui sokongan ini remaja yang kurang bijak menangani kebebasan tidak akan merasa terasing. mempunyai ruang dan tempat untuk bercerita dan mendapat maklumat bagaimana untuk mendapat pertolongan lanjut. Ini membuktikan bahawa para kaunselor mempunyai peranan yang penting dalam usaha mengurangkan punca gejala sosial. rasa tidak diterima atau tidak diperlukan tetapi sebaliknya. 14 .

Oya Yerin Guneri. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Boyd. A. Erskine. 26-38. G. New Jersey: Prentice Hall. (2006).. W. 589-604. Psychology of Women Quarterly. S. C. Adiliah.. S. Thompson. Brandel. I. B.. Ressberg. C. Ivey. (1994). 15 . Using genogram as a tool for insight in college counseling. R. C.Rujukan A. Spivack.. R... (1998).. D. (2001). Couseling Psyhoteraphy. G. N. New Jersey: Prentice Hall. Buckles. Journal of Counseling and Development. Charlotte. George. Counseling: Theory and Process. Hurley. 168-178. Piorkowsk. Counseling services in Turkish university. R. 81(2). Kaunseling Individu: Apa Dan Bagaimana..Hattauet. 35(1).. Hansen. D. M. T. & Ivey. I. CA. Intentional interviewing and counseling.. Deakin. Locher. (2006). (1987).. Accreditation Standards for University and College Counseling Centers. Mac Green. International Journal of Mental Health. & Navarro. Counseling: Theory and Practice. E. 4 (1). Bhd. Situation specific assertiveness in the epidemiology of sexual victimization among university women. Bostom: Allyn and Bacon. (1990). 73-76. J.E. B. 22.. L. V. Simono. & Cramer. M. & Cristiani. & Steel. H. Journal of College Counseling.. (2003). & Halilah. (2003).L. Davidshofer. & Downing.. E.. Englewood Cliffs. M.

9. 90-96. Fundamental of Counseling. Zuria Mahmud. 2004. B. (1974). sosial. Prosiding Seminar Kaunseling Kebangsaan. S. 16 . Kementerian Pelajaran kali ke 2. M. Hotel City Bay view Langkawi. Shertzer. Journal of College Counseling. Penyesuaian akademik.. Russel. Noriah Mohd Ishak & Syafrimen Syafril. Zuria Mahmud. 67. Prevention of dating violence on college campus: An innovative program. Assessing and constructing a meaningful system: Systemic perspective in a College Counseling Center. M. D. Perlunya kaunselor sekolah menjalankan sesi kaunseling. 1-16. Boston: Houghton Mifflin.. L. (1989). L. & Stone. Griffin.. 8. L..Schwartz. Jurnal Personalia Pelajar. S. Journal of Counseling and Development. 30 Mei. 352-355. dan emosi pelajar-pelajar di kampus.2 Jun. J. P. 2005. Terry. dan Frontaura-Duck. (2006).