You are on page 1of 13

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5

pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau
bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang
markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa
dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata.Boladigerakkan di
dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan
sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana
bola bola dikawal (penalty).

Permulaan

Gelanggan bola keranjang pertama di Kolej Springfield

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr.
James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk
pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi
Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan berpasukan yang boleh dimainkan semasa
musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk
permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk
ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk
menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai
dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua
buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium
kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung
antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah
menamakan permaianan ciptaannya basket ball.

Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan.
Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.

Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draft peraturan


pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini
diterbitkan dalam surat khabar sekolah, the Triangle pada 15 Janauri 1892. Permainan ini
mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranajang mula
dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah menegah, kolej, universiti, dan pasukan professional
dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari
1982. Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola
keranjang yang cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini.

Selepas James Naismith mencipta bola keranjang, terdapat beberapa perubahan yang
telah dilakukan dalam permainan tersebut. Pada tahun 1893, gegelang besi yang dipasangkan beg
jaring digunakan untuk mengantikan bakul. Korda diletakkan bersama jaring supaya bola dapat
jatuh ke tanah.

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG


 
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
 
1.1 Untuk sekolah menengah pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang
Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) dan peraturan-peraturan AM
MSSS yang sedang dikuatkuasakan.

1.2 Untuk sekolah rendah pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang


Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) dan undang-undang yang
dicadangkan sesuai dari Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) serta
peraturan-peraturan AM MSSS yang sedang dikuatkuasakan.

 
2. JENIS PERTANDINGAN
 
2.1 Pertandingan berpasukan antara MSS Daerah
2.2 Masa bermain ialah 12 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan rehat selama 5
minit. Di samping setiap separuh masa dibahagikan kepada 2 waktu dengan masa
rehat 1 minit antaranya. Masa pertandingan dijalankan mengikut peraturan FIBA
yang terkini.
2.3 Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, pertandingan disambung semula
selama 3 minit setelah 2 minit berehat. Jika keputusan seri lagi, pertandingan
bersambung semula selama 3 minit sehingga keputusan kemenangan diperolehi.
2.4 Masa 2 minit terakhir dalam waktu ke 4 atau masa tambahan, apabila berjaring atau
pengadil meniup wisel, masa pertandingan perlu diberhentikan.
2.5 Permainan terpaksa ditangguhkan kerana hujan atau sebab-sebab lain, pertandingan
akan disambung semula pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh pihak
pengelola. Segala mata yang diperolehi dan masa yang telah digunakan dikekalkan.

 
3. PENDAFTARAN
3.1 Pasukan yang hendak mengambil bahagian dikehendaki menghantar tidak lebih dari
12 nama pemain bagi tiap-tiap kumpulan umur. Butir-butir yang dikehendaki
dalam borang penyertaan itu perlu diisi dengan penuh. Setiap pemain mesti
mengisi borang pengesahan pemain dan di tandatangan oleh guru besar atau
pengetua sekolah masing-masing.
3.2 Penukaran pemain yang telah didaftarkan perlu diberitahu dengan butir-butir yang
lengkap dan ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua ataupun Pengerusi
Pertandingan Daerah sebelum pertandingan pertama dimulakan.
3.3 Pelajar Tingkatan 6 Atas boleh bertanding,dengan didaftarkan dalam peringkat umur
Bawah 18 Tahun dengan kadar dua orang dalam setiap pasukan berdasarkan
Peraturan Am MSSM Edisi 2005 dengan syarat belajar sepenuh masa di sekolah-
sekolah bantuan kerajaan atau swasta yang berdaftar dan bergabung dengan MSSS.
3.4 Pengurus dan Jurulatih MESTI daripada kalangan guru/kakitangan pendidikan
 4. SISTEM PERTANDINGAN
System pertandingan yang dijalankan secara liga atau cara kalah mati adalah seperti betikut :
 
4.1 Liga 4 kumpulan (A,B,C dan D) –minimum 12 pasukan
 
Tidak terlibat (MSSS 9 pasukan sahaja)
 
4.2 Liga 3 kumpulan (A,B dan C)

4.2.1 Pusingan Pertama


 
a. Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan mengambil bahagian mereka
hendaklah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaiyu A, B dan C
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
 
b. Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan di
tempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
 
Johan - kumpulan A
Naib Johan - kumpulan B
Ketiga - kumpulan C
 
c. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan
cabutan-cabutan undi.
 
d. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah diambil kira kedudukannya dan pasukan
yang lain hendaklah diundi.

 
4.2.2 Pusingan kedua
 
a. Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap setiap kumpulan akan ditempatkan
dalam kumpulan kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian
 
b. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama,
 
c. Dari 3 pemenang 1, satu akan ditempatkan di kumpulan lain.
 
d. Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari pemenang
1 kumpulannya.
 
e. Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara liga dalam
kumpulan masing-masing.
 
4.2.3 Pusingan Akhir
 
a. Pemenang 1 Kumpulan X akan melawan Pemenang 1 Kumpulan Y untuk
menentukan Johan dan Naib Johan.
 
b. Pemenang 2 Kumpulan X akan melawan Pemenang 2 Kumpulan Y untul
menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

 
4.3 Liga 2 Kumpulan (A dan B)
 
4.3.1 Pusingan Pertama
 
a. Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah
dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Pertandingan akan dijalankan
secara liga.
 
b. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan
dalam kumpulan A dan Naib Johan dan Tempat Ketiga tahun lalu ditempatkan
dalam kumpulan B. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua
kumpulan dengan cabutan undi.
 
c. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah diambil kira kedudukannya dan pasukan
yang lain hendaklah diundi.

 
4.3.2 Pusingan kedua (Separuh Akhir)
 
a. Pemenang 1 Kumpulan A akan melawan Pemenang 2 kumpulan B (Kumpulan X)
dan Pemenang 1 Kumpulan B akan melawan Pemenang 2 kumpulan A
(Kumpulan Y)
 
b. Pasukan dalam Kumpulan X dan Y akan bermain secara kalah mati.

 
Separuh Akhir
Pemenang 1 Kumpulan A ----------------- Akhir
(Kumpulan X) -------------
Pemenang 2 Kumpulan B ----------------- Johan
---------------
Pemenang 1 Kumpulan B -----------------
(Kumpulan Y) --------------
Pemenang 2 Kumpulan A -----------------

 
 4.3.3 Pusingan Akhir
 
a. Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk
menentukan Johan dan Naib Johan.
 
c. Kalah Kumpulan X akan melawan Kalah Kumpulan Y untul menentukan tempat
Ketiga dan Keempat.
 
4.4 Liga 1 Kumpulan
 
Sekiranya 5 atau kurang daripada 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara
liga satu pusingan akan dijalankan.

5. CARA MEMUTUS KEPUTUSAN


5.1 Cara Liga
5.1.1 Cara memberi mata
Menang 2 mata
Kalah 1 mata
Menarik diri 0 mata
 
5.1.2 Jika dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang akan
ditentukan seperti berikut:
 
a. Keputusan permainan antara dua pasukan yang terlibat akan menentukan
kedudukan mereka.
b. Jika jumlah mata yang diperolehi dan yang di jaring oleh pihak lawan adalah
sama anatra dua pasukan, maka pemenang akan ditentukan oleh purata jaringan.
 
5.1.3 Jika lebih dari dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut:
 
a. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang (cuma
mengambil keputusan antara pasukan yang sama mata).
b. Jika masih seri, pasukan yang mempunyai purata jaringan yang tertinggi akan
dikira menang (cuma mengambil keputusan antara pasukan yang sama mata).
c. Jika masih seri, kedudukan akan ditentukan dengan mengambil kira purata
jaringan dari keputusan semua permainan yang dimain dalam kumpulan. Jika ada
apa keraguan, rujuk peraturan FIBA.
d. Jika masih seri, cabutan undi akan dibuat.
 
6. PAKAIAN
6.1 Setiap pasukan mesti mempunyai 2 set pakaian seragam dengan satu set berwarna
gelap dan satu lagi berwarna putih.
6.2 Untuk pertandingan, maka mana-mana pasukan yang disebutkan dahulu di jadual
pertandingan dikehendaki memakai pakaian berwarna putih sementara lawannya
berwarna gelap.

 
7. PENGADIL
7.1 Jawatankuasa teknik Bola Keranjang MSSS bertanggungjawab atas perlantikan
pengadil-pengadil yang bertauliah untuk mengadili semua perlawanan.
7.2 Pengadil-pengadil yang bertugas mestilah meneliti kelayakan peserta-peserta
sebelum permainan dimulakan.
 
8. GELANGGANG/ALATAN
Rujuk undang-undang Bola Keranjang antarabangsa (FIBA)
 
9. KELEWATAN
Pasukan yang gagal menhadirkan diri 15 minit selepas masa pertandingan yang
ditetapkan, dianggap menarik diri dalam pertandingan. Keputusan yang dicapai sebelum
itu tidak akan diambil kira.
 
10 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Peserta/Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan


menarik diri semasa pertandingan dijalankan.
 
10.2 Sekiranya sesebuah pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan
sengaja dari pertandingan-pertandingan semua keputusan yang dimainkan oleh
pasukan/peserta itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai
perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan/peserta
yang berkenaan.
 
 
10.3 Mana-mana pasukan/peserta/sekolah/daerah yang telah mengesahkan penyertaan
sesuatu pertandingan tetapi menarik diri akan dikenakan denda sebanyak RM200.00
(Ringgit Malaysia Dua Ratus) atau digantung penyertaan selama setahun atau
kedua-duanya sekali.
 
 
 11. Bantahan
Sekiaranya selepas tamat perlawanan pasukan yang ingin membuat bantahan, ketua
pasukan hendaklah menandatangani di ruang protest dalam score sheet supaya
bantahannya dapat dipertimbangan.
Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah disertakan
kepada setiausaha pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada 20 minit selepas
perlawanan dengan bayaran RM200.00.
 
12. JURI RAYUAN

Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum).
Mereka terdiri daripada :
 
12.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.
12.2 Setiausaha Agung MSSS atau wakilnya.
12.3 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSS.
12.4 Dua atau empat orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/kes
tersebut.
 
13. LEMBAGA TATATERTIB

13.1 LEMBAGA Tatatertib Permainan Negeri Terdiri daripada :


13.1.1 Yang DiPertua MSSS
13.1.2 Timbalan Yang DiPertua atau wakilnya
13.1.3 Naib yang diPertua
13.1.4 Setiausaha Agung MSSS
13.1.5 Pengerusi Teknik Permainan berkenaan

Lembaga ini bertanggungjawab untuk :


 
a. a.      Mengambil tindakan mengenai perlanggaran peraturan pertandingan yang
berkenaan bagi semua perkara semasa kejohanan/pesta dijalankan seperti berikut :
i. Memberi amaran.
ii. Mengantung dari pertandingan berikutnya bagi jangka masa tertentu.
iii. Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan/pesta.
 
a. Menghantar laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada Lembaga
Tatatertib MSSS selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan/pesta dan
membuat syor atau cadangan mengenai jenis tindakan yang sewajarnya. Kes-kes
yang lebih berat yang melibatkan displin pegawai-pegawai hendaklah dilaporkan
kepada Lembaga Tatatertib MSSS untuk tindakan selanjutnya.
 
 
14 PINDAAN DAN TAMBAHAN PERATURAN.
 
14.1 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor Darul Ehsan berhak meminda atau menambah
peraturan dan undang-undang di atas.
 
 
15. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua yang tidak disebutkan di dalam peraturan ini, akan diselesaikan oleh
Jawatankuasa Pengelola Permainan Negeri yang berkenaan mengikut kuatkuasa
Peraturan dasn Undang-Undang Permainan itu
Peraturan Permainan Bola Basket

Aturan dasar pada permainan Bola Basket adalah sebagai berikut.


1. Bola dapat dilemparkan ke segala arah dengan menggunakan salah satu atau kedua tangan.
2. Bola dapat dipukul ke segala arah dengan menggunakan salah satu atau kedua tangan, tetapi
tidak boleh dipukul menggunakan kepalan tangan (meninju).
3. Pemain tidak diperbolehkan berlari sambil memegang bola. Pemain harus melemparkan bola
tersebut dari titik tempat menerima bola, tetapi diperbolehkan apabila pemain tersebut berlari
pada kecepatan biasa.
4. Bola harus dipegang di dalam atau diantara telapak tangan. Lengan atau anggota tubuh lainnya
tidak diperbolehkan memegang bola.
5. Pemain tidak diperbolehkan menyeruduk, menahan, mendorong, memukul, atau menjegal
pemain lawan dengan cara bagaimanapun. Pelanggaran pertama terhadap peraturan ini akan
dihitung sebagai kesalahan, pelanggaran kedua akan diberi sanksi berupa pendiskualifikasian
pemain pelanggar hingga keranjang timnya dimasuki oleh bola lawan, dan apabila pelanggaran
tersebut dilakukan dengan tujuan untuk mencederai lawan, maka pemain pelanggar akan dikenai
hukuman tidak boleh ikut bermain sepanjang pertandingan. Pada masa ini, pergantian pemain
tidak diperbolehkan.
6. Sebuah kesalahan dibuat pemain apabila memukul bola dengan kepalan tangan (meninju),
melakukan pelanggaran terhadap aturan 3 dan 4, serta melanggar hal-hal yang disebutkan pada
aturan 5.
7. Apabila salah satu pihak melakukan tiga kesalahan berturut-turut, maka kesalahan itu akan
dihitung sebagai gol untuk lawannya (berturut-turut berarti tanpa adanya pelanggaran balik oleh
lawan).
8. Gol terjadi apabila bola yang dilemparkan atau dipukul dari lapangan masuk ke dalam
keranjang, dalam hal ini pemain yang menjaga keranjang tidak menyentuh atau mengganggu gol
tersebut. Apabila bola terhenti di pinggir keranjang atau pemain lawan menggerakkan keranjang,
maka hal tersebut tidak akan dihitung sebagai sebuah gol.
9. Apabila bola keluar lapangan pertandingan, bola akan dilemparkan kembali ke dalam dan
dimainkan oleh pemain pertama yang menyentuhnya. Apabila terjadi perbedaan pendapat
tentang kepemilikan bola, maka wasitlah yang akan melemparkannya ke dalam lapangan.
Pelempar bola diberi waktu 5 detik untuk melemparkan bola dalam genggamannya. Apabila ia
memegang lebih lama dari waktu tersebut, maka kepemilikan bola akan berpindah. Apabila salah
satu pihak melakukan hal yang dapat menunda pertandingan, maka wasit dapat memberi mereka
sebuah peringatan pelanggaran.
10. Wasit berhak untuk memperhatikan permainan para pemain dan mencatat jumlah
pelanggaran dan memberi tahu wasit pembantu apabila terjadi pelanggaran berturut-turut. Wasit
memiliki hak penuh untuk mendiskualifikasi pemain yang melakukan pelanggaran sesuai dengan
yang tercantum dalam aturan 5.
11. Wasit pembantu memperhatikan bola dan mengambil keputusan apabila bola dianggap telah
keluar lapangan, pergantian kepemilikan bola, serta menghitung waktu. Wasit pembantu berhak
menentukan sah tidaknya suatu gol dan menghitung jumlah gol yang terjadi.
12. Waktu pertandingan adalah 4 quarter masing-masing 10 menit
13. Pihak yang berhasil memasukkan gol terbanyak akan dinyatakan sebagai pemenang

You might also like