P. 1
Analisis Wacana Edited Latest 2110

Analisis Wacana Edited Latest 2110

|Views: 433|Likes:
Published by hafizoro
Ciri2 wacana
Ciri2 wacana

More info:

Published by: hafizoro on Oct 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/07/2012

pdf

text

original

JBEA3111: ANALISIS WACANA BAHASA MELAYU

Hasil kerjasama: Rafiqah Binte Sani (JEA080714) Nur Ain Binte Mohamed Amin (JEA080712) Nurdiyanah Binte Mohamed Zainal (JEA080720) Firda Maisarah Binte Mohd Raffid (JEA080701) Nurul Husna Bt Azmi (JEA080106)

KANDUNGAN
Definisi Wacana Tujuh ciri-ciri wacana Bahan Analisis Analisis Wacana Kesimpulan

KEDUDUKAN WACANA DALAM UNIT-UNIT BAHASA

WACANA

Tarigan (1995:36)
y

Satuan bahasa yang terlengkap & tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi atau kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal & akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.

Kamus Linguistik (1997:223)
y

Wacana (discourse) merupakan unit bahasa yang lengkap & tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kalimat, sama ada dalam bentu lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik.

WACANA
Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris Discourse menurut Kamus Webster (1983: 522) bererti:

Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi ideaidea atau gagasan-gagasan; atau percakapan y Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan y Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah
y

WACANA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1793)
Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan y Kesatuan fikiran yang utuh, samada dalam bentuk lisan (pidato, khutbah) atau tulisan (artikel, novel)
y

Lakoff (1970: 151).
y

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat

WACANA

Harimurti (1982:204)
Wacana merupakan satuan bahasa yang lengkap, iaitu dalam hierarki gramatikal. y Wacana merupakan satuan gramatikal yang tertinggi ataupun terbesar.
y

Antono M. Moellono (1995:407)
y

Wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.

WACANA

Asmah Haji Omar (1980:11)
Wacana ialah unit yang melebihi batas ayat. Dengan itu wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, siri buku atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungan di antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. y Tiap-tiap wacana mesti berlandaskan hubungan di antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan.
y

RUMUSAN MAKNA WACANA

Wacana dapat dirumuskan sebagai satu unit bahasa yang lengkap dan berada pada peringkat tertinggi dalam unit, merupakan kesatuan bahasa kerana terdapat pertautan fikiran dengan kata-kata, ide dan menjadi isu bahasan. Wacana disampaikan secara lisan berasaskan hubungan antara penutur dan pendengar serta secara tulisan, antara penulis dengan pembaca dan kedua-duanya menjadi bahan analisis dalam bidang linguistik.

CIRI-CIRI WACANA

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:32), terdapat 7 ciri utama ketekstualan untuk menghasilkan sesebuah wacana iaitu;
y y y y y y y

tautan runtutan tujuan khalayak maklumat keadaan interteks

BAHAN ANALISIS

Tajuk artikel
y

Masa Depan Seni Lukis Negara Muliyadi Mahamood

Penulis
y

Sumber
Majalah Dewan Budaya y Terbitan bulan Mei tahun 2010 y Jilid 32 y Bilangan 05
y

Tema
y

Perkembangan seni lukis di Malaysia

TAUTAN
Analisis Wacana

TAUTAN

Werth, P. (1984:60)
y

Tautan lazimnya dianggap sebagai suatu proses sesuatu sintaksis yang menghubungkan ayat-ayat dalam sesuatu teks. Oleh yang demikian, kesankesan tautan dapat diperlihatkan melalui bentukbentuk linguistik pada ayat-ayat teks. Bentukbentuk linguistik itu membabitkan kata ganti nama, kata nama tentu, pengguguran dan penegasan

Halliday & Rogayah Hassan (1976:4-6)
y

«ciri-ciri linguistik yang membantu menghubungkan satu urutan ayat sehingga melahirkan sesuatu teks yang padu atau memperlihatkan tautannya

TAUTAN

Mohd Sidin (1999:132)
y

sesebuah perenggan dikatakan berpaut apabila ayatayat yang dibina dalamnya bergerak lancar dan orang dapat membacanya dengan mudah dari satu ayat ke satu ayat yang lain tanpa ada ruang kosong atau jurang fikiran atau idea yang tertinggal serta tidak dikemukakan

RUMUSAN MAKNA TAUTAN

Dapat disimpulkan bahawa, tautan merupakan proses penggabungan sintaksis atau ayat dalam sesuatu teks melibatkan Kata Ganti Nama, Kata Nama Tentu, pengguguran dan penegasan serta dapat melahirkan ayat-ayat yang beride mantap, bertautan antara satu sama lain dan mudah difahami oleh pembaca dan juga pendengar.

TAUTAN

Contoh:
y

Dania, Rina dan Qaisyah ke perpustakaan. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

Contoh bagi penggantian KGN Diri: Dania, Rina dan Qaisyah dalam ayat 1 bertaut dengan perkataan mereka dalam ayat 2. Contoh bagi penggantian KGN Tunjuk: Perkataan perpustakaan dalam ayat 1 bertaut dengan perkataan ke sana dalam ayat 2.

CIRI TAUTAN DALAM TEKS

Sekiranya murid-murid di sekolah rendah sudah diperkenalkan kepada nama dan karya besar pelukis tanah air seperti Syed Ahmad Jamal, Abdul Latiff Mohidin ataupun Ibrahim Hussein, sebagaimana kanak-kanak sekolah di Barat mengenali Picasso, Van Gogh dan Gauguin, pastinya mereka akan teruja untuk pergi dan menghayati seni di museum dan galeri seni. Dalam jangka masa yang panjang, mereka membentuk masyarakat yang celik seni, dan ini amat penting kerana masyarakat berilmu adalah masyarakat berbudaya yang memahami tamadun kesenian bangsanya. (m/s 15, perenggan 5, ayat 4 & 5)

HURAIAN

Penggantian Kata Nama Diri
y

Frasa ¶murid-murid di sekolah rendah· telah digantikan dengan kata ganti nama diri orang ketiga iaitu ¶mereka·.

CIRI TAUTAN DALAM TEKS

Hal ini dapat dihayati melalui karya Ladang Kelapa (1948) oleh Abdullah Ariff dan Fishing Nets (1941) oleh Yong Mun Sen. Bermula daripada pelukis perintis ini, kepentingan landskap sebagai tema seni lukis moden merentasi jarak waktu yang panjang, daripada pengolahan bersifat naturalisme pada dekad 1930 an hingga dekad 1950 an, hinggalah berubah kepada gaya yang lebih abstrak pada era pascamerdeka. (m/s 13, perenggan 6, ayat 2 & 3)

HURAIAN

Penggantian frasa
y

Kata nama khas ¶Abdullah Ariff· dan ¶Yong Mun Sen· telah digantikan dengan frasa ¶pelukis perintis ini·.

CIRI TAUTAN DALAM TEKS

Antara peristiwa seni yang paling penting dan bersejarah pada era pascamerdeka sudah semestinya pembukaan Balai Seni Lukis Negara oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, pada 20 Ogos 1958. Hal ini menunjukkan sokongan kuat kerajaan terhadap perkembangan seni lukis negara. (m/s 14, perenggan 5, ayat 3 & 4)

HURAIAN

Penggatian Klausa
y

Terdapat penggantian klausa yang berlaku. ¶Hal ini· merupakan frasa yang mewakili klausa ¶pembukaan Balai Seni Lukis Negara·.

RUNTUTAN
Analisis Wacana

RUNTUTAN

Menurut Khatijah Abdul Hamid (1997:49)
Kewujudan kohesi yang betul, tepat dan boleh diterima, dalam sesuatu teks bahasa penulisan khususnya, akan menjadikan teks itu kohesif, dan kewujudan kohesi yang sesuai, tepat, betul dan boleh diterima bagi proses gramatis sesuatu bahasa itu akan membantu menjadikan teks penulisan itu koheren y koheren adalah fungsian teks yang ditentukan melalui interpretasi pendengar atau pembacanya y sebuah teks yang hendak ditulis dengan baik seharusnya mempunyai koheren secara semantik dan mempunyai kohesi yang mencukupi untuk membolehkan pembaca melihat kekoheranan teks itu.
y

RUNTUTAN

Johnson (1992: 1-17)
y

kekoheranan karangan boleh dilihat dari segi isi kandungan karangan, organisasi dan gaya persembahan karangan.

Merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.

RUNTUTAN

Contoh:
y

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukalah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama wujud di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju tetapi masalah ini tidak dapat diatasi

Penyakit, Aids, gejala dan masalah ini menunjukkan kesinambungan idea dan menjadikan teks ini bermakna

CIRI RUNTUTAN DALAM TEKS
Isu kritikal berkaitan perkembangan sosiobudaya masyarakat seperti fahaman politik, perbezaan etnik, masalah sosial, isu alam sekitar dan keamanan dunia digarap pelukis melalui pelbagai bentuk dan gaya seni. (m/s 15, perenggan 3, ayat 2) Huraian:

y

fahaman politik, perbezaan etnik, masalah sosial, isu alam sekitar dan keamanan dunia merupakan isu kritikal yang berkaitan dengan perkembangan dunia.

CIRI RUNTUTAN DALAM TEKS
Institusi Pengajian Tinggi seperti UITM dan USM juga memiliki galeri seni masing-masing yang bukan sahaja memperagakan hasil kerja pelajar dan graduan, malahan pameran berkala pelukis tempatan dan antarabangsa. (m/s 16, perenggan 2, ayat 1) Huraian:

y

galeri seni memang berperanan untuk memperagakan hasil kerja pelajar dan graduan dan juga menganjurkan pameran berkala pelukis tempatan dan antarabangsa.

CIRI RUNTUTAN DALAM TEKS
Liputan luas dalam media cetak dan elektronik seperti perbincangan di televisyen, akhbar dan majalah berupaya menarik minat, penglibatan dan mencetus kesedaran khalayak terhadap kepentingan seni tersebut. (m/s 16, perenggan 6, ayat 3) Huraian:

y

televisyen, akhbar dan majalah media cetak yang berliputan luas.

merupakan

TUJUAN
Analisis Wacana

TUJUAN
Ditentukan oleh penulis ataupun pembicaranya Tujuan menentukan jenis wacana yang digunakan Sesuatu wacana yang diucapkan itu mestilah mempunyai tujuan tertentu samada wacana tersebut berbentuk tulisan mahupun bentuk lisan

CIRI TUJUAN DALAM WACANA

Berbentuk tulisan
Sebuah rencana daripada Dewan Budaya terbitan bulan Mei 2010 y Berbentuk prosa y Penulis mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan wacana tersebut y Dikaitkan dengan monolog non-interaktif
y

Monolog bersifat satu hala

Ditentukan oleh penulis
y

Untuk mendedahkan kepada pembaca perihal masa depan seni lukis negara

CIRI TUJUAN DALAM WACANA

Penulis menyampaikan maklumat dan saranan
y

Sejarah seni lukis di Malaysia

´Sejak era kolonial, seni lukis di Malaysia telah melalui perkembangan yang dinamik dari segi bentuk dan makna.µ (m/s 12, perenggan 1, ayat 1) ´Perkembangan seni lukis di Malaysia dalam konteks penulisan merujuk tradisi seni halus yang merangkumi«µ (m/s 12, perenggan 4, ayat 1) ´Di samping penganjuran pameran, pengiktirafan dan proses penganugerahan kepada pelukis juga merupakan usaha memasyarakatkan seni lukis«µ (m/s 16, perenggan 27, ayat 1)

y

Perkembangan seni lukis

y

Saranan untuk memasyarakatkan seni lukis negara

PENERIMA / KHALAYAK
Analisis Wacana

PENERIMA / KHALAYAK
Perlu mempunyai pembaca atau pendengar kerana pembaca atau pendengar merupakan golongan penerima atau khalayak sesuatu wacana Wacana jenis tulisan

y

Hubungan antara penulis dan pembaca Hubungan antara pembicara dan pendengar Menggunakan laras yang berlainan atau sesuai berdasarkan khalayak yang ditujukan wacana tersebut

Wacana jenis lisan
y

Seseorang penulis mesti tahu sasaran khalayak
y

CIRI PENERIMA / KHALAYAK DALAM WACANA

Melibatkan khalayak pembaca
Terdapat hubungan antara penulis dengan pembaca y hubungan yang rasmi -> tidak mesra
y

Penulis tahu sasaran khalayak yang hendak ditujukan wacana tersebut
Umum y Budayawan, penggiat seni, ahli akademik, pelajar, dan sesiapa yang berminat dalam bidang budaya
y

tahap penerimaan tinggi jika pembaca memahami apa yang hendak disampaikan

CIRI PENERIMA / KHALAYAK DALAM WACANA

Menggunakan laras bahasa akademik
y y y y

y

Sesuai dengan khalayak pembaca Meliputi bidang yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan (kesenian) Bersifat teknikal Menggunakan istilah-istilah yang khusus kepada bidang (seni visual, grafik, Impresionisme, Ekspresionisme dan lain-lain lagi) Bersifat formal
Menepati format dan ciri-ciri kertas akademik Tiada penggunaan perkataan yang dieja secara singkat

MAKLUMAT
Analisis Wacana

MAKLUMAT
Boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu maklumat lama dan maklumat baru Maklumat lama

y

Maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal, dan diulang-ulang dalam konteks yang berikutnya Maklumat yang baru sahaja dinyatakan oleh penulis atau pembicara kerana khalayak tidak mengetahui maklumat tersebut sebelum ini

Maklumat baru
y

MAKLUMAT
Sesuatu maklumat yang dinyatakan terdahulu tidak boleh bertentangan dengan maklumat yang dinyatakan kemudiannya Perlu logik dan dapat diterima akal Analisis maklumat dalam wacana ini hanya berdasarkan contoh-contoh yang diberi sahaja

CIRI MAKLUMAT DALAM WACANA
Maklumat Seni visual Maklumat Lama Seni visual dalam media cetak lazimnya dikategorikan sebagai seni grafik memiliki tradisi dan sejarahnya yang tersendiri, serta memerlukan penelitian lain yang khusus. (m/s 13, perenggan 4, ayat 2) Maklumat Baru Pemodenan adalah salah satu isu terpenting yang merentasi perkembangan kebudayaan Malaysia, termasuklah seni visual dan kesusasteraan. (m/s 13, perenggan 5, ayat 4)

Maklumat lama seni visual diberikan keterangan lanjut iaitu proses pemodenan negara memainkan peranan dalam perkembangan seni visual.

CIRI MAKLUMAT DALAM WACANA
Maklumat Seni lukis moden Maklumat Lama Kemunculan seni lukis moden negara boleh dilihat sebagai suatu penerokaan baharu bukan sahaja dari sudut bentuk, tetapi ikonografi. (m/s 13, perenggan 6, ayat 3) Maklumat Baru Dalam hal ini, seni lukis moden di Malaysia dilihat lahir menerusi eksplorasi untuk mencari pendekatan baharu dalam menggambarkan alam sejagat. (m/s 13, perenggan 7, ayat 1)

Maklumat lama seni lukis moden telah diberi keterangan lanjut dengan menambahkan cara kelahiran cabang seni tersebut iaitu melalui teknik eksplorasi.

CIRI MAKLUMAT DALAM WACANA
Maklumat Kemerdekaan negara Maklumat Lama Hal ini ada kaitan dengan pelbagai faktor penting yang mempengaruhi seni sejak penjajahan Inggeris, seperti pendidikan luar negara yang diikuti pelukis tempatan, kemerdekaan negara, kemunculan kumpulan-kumpulan pelukis, penubuhan Balai Seni Lukis Negara, kelahiran pelbagai institusi pengajian tinggi yang memberikan tumpuan kepada bidang seni lukis dan seni reka, serta sokongan kerajaan dan badan-badan korporat terhadap kegiatan seni visual, sama ada dari aspek penaungan karya dan penubuhan galeri ataupun penajaan pelbagai pertandingan dan pameran seni«. (m/s 12, perenggan 1, ayat 1) Maklumat Baru Kemerdekaan negara pada tahun 1957 memberikan nafas baharu kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat negara ini, termasuklah dunia seni lukis. (m/s 14, perenggan 13, ayat 2)

Maklumat lama kemerdekaan negara diberi keterangan lanjut. Pada m/s 14, perenggan 13, ayat 2, penulis menerangkan masa terjadinya peristiwa itu,iaitu pada tahun 1957 dan juga kesannya pada negara Malaysia.

CIRI MAKLUMAT DALAM WACANA
Maklumat Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Maklumat Lama Dalam konteks negara kita, banyak institusi pengajian tinggi menawarkan bidang pengajian seni lukis dan seni reka, antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institusi Seni Lukis Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi antara perintis utama. (m/s 15, perenggan 20, ayat 1) Maklumat Baru Institusi Pengajian Tinggi seperti UiTM dan USM juga memiliki galeri seni masingmasing yang« (m/s 16, perenggan 23, ayat 1)

Maklumat Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) diberi keterangan lanjut iaitu perihal kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut memiliki galeri seni.

KEADAAN
Analisis Wacana

KEADAAN
Berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dengan situasi sesuatu ujaran itu Wacana perlu sesuai dengan keadaan dan khalayak Untuk menjadikan wacana itu sesuai dengan keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting Perlu wujud hubungan secara tidak langsung di antara penulis dengan pembaca

CIRI KEADAAN DALAM WACANA

Penulis tidak mempunyai konteks langsung dengan pembaca dari segi;
Tempat y Masa y Latar
y

CIRI KEADAAN DALAM WACANA

Artikel disesuaikan dengan keadaan melalui penggunaan;
y y

y

Ayat-ayat yang panjang yang mungkin tidak dapat difahami oleh seseorang pendengar dalam keadaan penutur-pendengar Sebaliknya, dalam keadaan penulis-pembaca, seseorang pembaca boleh membaca wacana berulang kali sehingga dapat difahami Cth: ´Hal ini ada kaitan dengan pelbagai faktor penting yang mempengaruhi seni sejak penjajahan Inggeris, seperti pendidikan luar negara yang diikuti pelukis tempatan, kemerdekaan negara, kemunculan kumpulan-kumpulan pelukis, penubuhan Balai Seni Lukis Negara, kelahiran pelbagai institusi pengajian tinggi yang memberikan tumpuan kepada bidang seni lukis dan seni reka, serta sokongan kerajaan dan badan-badan korporat terhadap kegiatan seni visual, sama ada daripada aspek penaungan karya dan penbuhan galeri ataupun penajaan pelbagai pertandingan dan pameran seni.µ (m/s 12, perenggan 1, ayat 2)

CIRI KEADAAN DALAM WACANA
Sesuatu wacana perlu berlandaskan hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak Hubungan antara pembaca dan penulis dalam wacana ini adalah tidak langsung

y

Penulis dan pembaca saling tidak mengenali

INTERTEKS
Analisis Wacana

INTERTEKS
Bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain yang memainkan peranan penting bagi membantu seseorang itu memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarnya Kefahaman seseorang itu terhadap wacana banyak bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau yang didengarnya

KESIMPULAN

Setelah menganalisis kumpulan kami mendapati tujuh ciri wacana yang telah kami pelajari tidak kesemuanya terdapat dalam wacana yang dipilih dan hanya enam ciri sahaja yang diteliti. Bahan kajian yang dipilih boleh dikatakan sebuah wacana yang mengandungi kesatuan fikiran yang utuh kerana terdapat enam ciri wacana sahaja yang terkandung di dalamnya melainkan ciri interteks.

SEKIAN.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->