You are on page 1of 6

1.0 Pendahuluan.

Muktazilah merupakan salah satu daripada aliran dalam teologi Islam yang bersifat rasional
dan terbuka. Ciri utama yang membezakan aliran ini daripada aliran yang lain seperti ahli
sunnah ialah aliran ini menggunakan dalil-dalil akliah yang lebih bersifat menjurus kepada
rasional akal yang boleh didapati dalam banyak dalil yang dikeluarkannya dan juga
mempunyai unsur kefalsafahan.
Aliran ini mempunyai lima asas ajaran yang menjadi asas kepada cara pemikiran
mereka. Asas yang pertama ialah ketauhidan Allah, kedua keadilan Allah, ketiga janji dan
ancaman, keempat kedudukan diantara kedudukan ( yang membicarakan mengenai pelaku
dosa besar) dan yang terakhir ialah amar makruf dan nahi mungkar ( membicarakan tuntutan
membuat baik dan meninggalkan perkara yang mungkar ia lebih banyak menerangkan hukum
fiqh).
Pendapat ahli Sunnah Waljamaah kepada mereka ialah, sebahagian ulama
berpendapat bahawa permulaan atau asas muktazilah adalah untuk mempertahankan Islam
daripada ancaman pihak musuhnya. Akan tetapi kesudahannya, mereka ini bersikap taasub
kepada mazhab ini sehingga mencapai darjat taasub yang kritikal. Mereka juga telah banyak
merosakkan hukum-hukum syariah Islam dan telah mereka hukum dengan pendapat mereka
bahkan menjadikan hukum-hukum itu sebagai panduan mereka.
Sebagai rumusan, boleh dikatakan bahawa pengikut Muktazilah ini ialah golongan
yang banyak menggunakan hujah dan dalil akal berbanding dalil-dalil yang lain seperti qiyas
dan usul-usul yang lain.

2.0 Sejarah Muktazilah.


Muktazilah ialah aliran sebuah kumpulan Islam yang banyak menggunakan dalil-dalil, hujah
akal dalam usul agama dan kiasan hukum yang lain. Aliran pemikiran ini wujud sejak zaman
pemerintahan Kerajaan Abasiyyah.

Menurut kebanyakan pendapat, pengasas kepada mazhab ini ialah seorang lelaki yang
bernama Wasil bin µAta¶ dan kebanyakan para ulama berselisih pendapat dalam menetapkan
waktu dan zaman kemunculannya. Ada sebahagian pendapat mengatakan bahawa dia
daripada golongan Sayidina µAli r.a yang telah meningalkan arena siasah dan terus menukar
haluannya kepada beribadat di rumah-rumah dan di masjid-masjid (Ensiklopedia dunia:
2005).
Kebanyakan alim ulama berpendapat bahawa ketua kepada mazhab ini ialah Wasil
ibn µAta¶yang merupakan salah seorang daripada mereka yang menghadiri kuliah ilmu yang
diajar oleh Hasan Al-Basriy. Penyebaran ilmu dalam kuliah ini adalah berkaitan dengan
masalah- maslah agama yang boleh menimbulkan kontroversi dan melibatkan logik akal pada
zaman itu, iaitu membincangkan masalah orang yang melakukan dosa besar´. Adakah mereka
dianggap mukmin yang mutlak ataupun kafir mutlak atau kedudukannya berada ditengah-
tengah (Ensiklopedia dunia: 2005).
Maka Wasil, menyatakan pendiriannya mengenai masalah ini, dan menurutnya,
pendapat ini adalah bertentangan dengan pendapat Hasan Al- Basriy, ³ Saya mengatakan
bahawa orang yang berdosa besar bukanlah mukmin yang mutlak, bahkan kedudukannya
adalah di tengah-tengah diantara dua kedudukan ( antara kafir mutlak dengan mkmin mutlak
).´ Setelah memberikan kenyataan ini, Wasil bin µAta¶ telah meninggalkan kuliah ilmu Hasan
Al-Basriy dan seterusnya membuka kuliah ilmu yang lain di masjid. Dengan sebab inilah,
maka kumpulan ini mendapat namanya iaitu ³ Muktazilah´ sebagaimana yang elah
disebutkan oleh Hasan Al-Basriy : ³Wasil telah meninggalkan kita´ (Ensiklopedia dunia:
2005).
Menurut kata para pengikut Muktazilah di dalam kitab-kitab mereka bahawa mazhab
mereka ini telah diasaskan pada awalnya oleh Wasil dan mereka menganggap golongan yang
berpengaruh dalam mazhab ini majoritinya daripada golongan Ahli- al Bayt (keluarga
keturunan Rasulullah saw) yang terdiri daripada kalangan para sahabat besar dan golongan
tabiin. Mereka ini juga telah mengiktiraf Hasan al-Basriy sebagai orang penting dalam
mazhab mereka (Ensiklopedia dunia: 2005).

c
Mazhab Muktazilah sependapat dengan mazhab Qadariyah dalam menyatakan hukum
perbuatan manusia. Ini kerana mazhab Qadariyah juga menyatakan pendapat yang sama
dengan mazhab Muktazilah dalam menetapkan hukum orang yang melakukan dosa besar.
Pengaruh besar Wasil bin µAta¶, iaitu ketua mazhab Muktazilah ini, telah menyebabkan
perkembangan yang meluas dikalangan pengikutnya dan seterusnya dijadikan pegangan
akidah sebahagian umat Islam. Mazhab ini juga di dukung oleh kumpulan lain yang dikenali
wasiliyah, iaitu kumpulan yang condong kepada mazhab Muktazilah (Ensiklopedia dunia:
2005).

3.0 Tokoh-Tokoh Muktazilah.


Diantara tokoh-tokoh Muktazilah yang terkenal ialah Wasil bin µAta¶, Muhammad ibn al-
Hazil ibn al-Alaf, Ibrahim ibn Sayyar al-Nizam, Bashar ibn al-Mu¶tamar, Mu¶amar ibn µIbad
al-Salmi, µIsa ibn Sabih al-Mawariy, Thamamah ibn Ashras al- Numayriy, µAmru ibn Bahar
al-Jahiz, Hisham ibn Amru al-Futiy, Abu al-Husayn ibn Abu µAmru al-Khayyat, Abu µAli
Muhammad ibn µAbd al-Wahab al-Jubba¶iy, al-Husayn ibn Muhammad al-Najjar, al-Qadi
µAbd al-Jabbar dan lain-lain lagi (Ensiklopedia dunia: 2005).

4.0 Pandangan dan pendapat Muktazilah.


Muktazilah bertentangan pendapat dengan para ulama salaf dalam meletakkan peranan akal
dan ijtihad secara umum. Ulama Islam yang terdahulu telah meletakkan akal di tempat yang
ketiga selepas al-Quran dan Sunnah manakala mazhab Muktazilah pula telah meletakkan dalil
akal sebagai sumber pengambilan hukum yang utama dalam mazhab mereka, seperti mana
yang mereka katakan bahawa mereka memahami dan mengambil al-Quran dan sumber
sumber yang lain, yang boleh dibuat dalil dan hujah. Mereka mengingkari dan menolak hadith
à  dan hadith-hadith  (Ensiklopedia dunia: 2005)

Mereka juga menolak banyak hadith yang mereka dapati bertentangan dengan asas
dan usul yang lima dalam mazhab mereka. Golongan ini juga bersetuju dengan pendapat al-
Hasan Basriy berkenaan hukum seorang sahabat yang mabuk kerana minum air perahan
anggur bahawa tidak di hukum sebat. Terdapat juga sebahagian daripada ulama mereka
menggunakan dalil ijmak dan kias sebagai hujah mereka (Ensiklopedia dunia: 2005).

5.0 Perpecahan Firaq Dalam Muktazilah.


Apabila menyebut mengenai perpecahan firaq yang terdapat dalam muktazilah ia semestinya
berlaku oleh kerana perselisihan pendapat sesama mereka, tetapi perpecahan ini berlaku
bukanlah oleh kerana mereka berselisih pendapat dengan 5 konsep asas muktazilah tetapi
disebabkan yang lain (A¶wad bin Abdullah: 1409H).
Terdapat sebanyak 22 firaq yang ada di dalam muktazilah. Diantaranya ialah 
                 
            
                 
         dan    (A¶wad bin
Abdullah: 1409H)


Sedikit penerangan mengenai firaq-firaq yang terdapat dalam aliran Muktazilah:-
1) al-Wasiliyah, mereka adalah pengikut Wasil bin Atto' yang pada asalnya adalah murid
kepada imam Hasan al-Basri. Kemudian meninggalkan Hasan al-Basri selepas dia tidak
setuju dengan Hasan al-Basri dalam isu pelaku dosa-dosa besar.
2) al-Huzailiyyah, mereka adalah pengikut Abu Huzail Hamdan bin al-Huzail, syeikh utama
Muktazilah yang menuntut ilmunya dari Usman bin Khalid at-Towil dan Usman pula
mengambil dari Wasil bin Atto'.
3) al-Nizomiyyah, mereka adalah pengikut Ibrahim bin Yasar bin Hani' al-Nizom yang telah
mencampur adukkan antara ungkapan ahli falsafah dan Muktazilah. Beliau bersendirian
dengan beberapa pendapatnya berbanding ulama-ulama Muktazilah yang lain. Seperti iktikad
beliau mewajibkan Allah dengan sesuatu yang Allah terpaksa melakukannya.


4) al-Bisyriyyah, adalah pengikut Bisyir bin Muktamir dikalangan ulama Muktazilah. Imam
az-Zahabi berkata; "Beliau adalah orang yang cerdik pandai tetapi tidak mendapat petunjuk
dan hidayah, umurnya panjang tetapi tidak kembali kepada petunjuk yang benar". Antara
kata-katanya ialah;"Allah mampu untuk menyiksa kanak-kanak kecil dan jika Allah
melakukan yang demikian maka Allah telah menjadi zalim".

6.0 Asas Pemikiran Mu¶tazilah


Mu¶tazilah merupakan kumpulan dalam Islam yang banyak menggunakan hujah akal dalam
usul-usul agama, dalil-dalil dan mantik dalam pemikiran mereka. Tujuan penggunaan akal
dalam method pemikiran mereka bertujuan untuk mempertahankan kesucian akidah umat
Islam pada zaman mereka. Namun mazhab Mu¶tazilah dianggap bertentangan pendapat
dengan para ulama salaf dalam meletakkan peranan akal dan ijtihad secara umum. Ulama
Islam yang terdahulu telah meletakkan akal di tempat yang ketiga selepas Al-Qur¶an dan
Sunnah manakala mazhab Mu¶tazilah pula meletakkan dalil akal sebagai sebagai sumber
pengambilan hukum yang utama dalam mazhab mereka.
Apabila diteliti kitab-kitab Mu¶tazilah maka akan dapati bahawa mereka bersepakat dan
berpegang kepada lima prinsip usul, iaitu tauhid, al-µadl, al-wa¶d wal-wa¶id, al-manzilah bayn
al-manzilatayn dan al-amr bi al-ma¶ruf wa al-nahy µan al-munkar (Badawi,Abd
Rahman,1996:55)
Kelima-lima prinsip ini penting untuk dianggap sebagai Mu¶tazilah. Sesiapa yang tidak ada
kelima-lima prinsip ini tidak dinamakan Mu¶tazilah (Mudasir:1994). Jelas disini
menunjukkan method pemikiran Mu¶tazilah bertitik tolak daripada lima prinsip usul ini dan
aplikasi daripadanya melahirkan pegangan-pegangan dan pendapat-pendapat mereka dalam
pandangan akidah mereka.

6.1 Tauhid
Prinsip Tauhid merupakan prinsip yang pertama dalam usul Mu¶tazilah Bagi mereka Tauhid
ialah apa yang thabit bagi Allah dan apa yang menafikan Allah daripada sifat-sifat. Mengikut
Qadhi Abdul Jabbar(1) dalam meletakkan pengertian Tauhid ialah dari segi bahasa
bermaksud menjadikan sesuatu itu satu, seperti perkataan È bermaksud menjadikan
sesuatu itu bergerak, dan perkataan È  bermaksud menjadikan sesuatu itu hitam, maka
baginya tauhid ialah  (menetapkan) dalam maksud yang lain ialah  (al-Mu¶tiq:
2001). Memastikan keesaan Allah dan hanya Allah sahaja bersifat qadim dan azali yang
merupakan sifat yang khusus bagi Allah sahaja (al-Shafie¶,Hassan: 1991).

Usul ini bagi mereka adalah bertujuan untuk mentanzihkan Allah taala daripada menyerupai
dengan makhluk.Mu¶tazilah mengambil pendirian berhati-hati dalam meletakan apa-apa
sahaja yang berkaitan dengan Allah untuk mengelak daripada berlakunya kesalahan ataupun
mensyirikkan Allah dengan makhluk.

Dengan sebab ini juga berlaku pertembungan dengan mazhab Ahli Sunnah, sepertimana yang
digambarkan oleh Ibn Khaldun mengatakan ³kemudian berlakunya perkembangan ilmu dan
ciptaan, golongan Mutakalimun menulis mengenai  maka berlakunya Bida¶h Mu¶tazilah
yang terlalu mengumumkan  dalam ayat-ayat quran yang berbentuk penafian, maka
mereka mengambil pendirian menafikan sifat-sifat  seperti sifat µlmu, Qudrat, Iradah,
Hayah (al-Shafie¶Hassan:1991:99). Mereka mendakwa merakalah ahli tauhid yang sebenar-
benarnya dan merekalah yang mengambil berat mengenai akidah umat Islam dalam
mempertahankan kesucian Islam (Jarullah,Zuhdi: 1973:61).
Aplikasi daripada method ini maka lahirlah pegangan Mu¶tazilah terhadap perkara-perkara
akidah mengenai Allah seperti :
Menafikan Sifat bagi Allah .

±
Tujuan Mu¶tazilah menafikan sifat azali bagi Allah adalah untuk mempertahankan konsep
tauhid mutlak bagi Zat Allah (al-Khayyat:1950 :13,14) berdasarkan ayat al-Qur¶an (42:11)
ήϴμΒϟ΍ ϊϴϤδϟ΍ Ϯϫϭ Ίη ϪϠΜϤϛ βϴϟ
Wasil ibn µAta menafikan sifat secara mutlak kerana boleh membawa kepada syirik dan
berkata siapa yang menetapkan bagi Allah makna dan sifat yang qadim maka dia telah
mengatakan Tuhan itu dua.
Golongan Mu¶tazilah terpengaruh dengan falsafah Yunani dimana mereka berpendapat
bahawa Allah adalah     dengan zatnya,dan Allah adalah esa dari setiap keadaan
maka mereka menafikan sifat keatas Allah sebagai tambahan keatas zatnya. (Jarullah.Zuhdi:
1973:63)
Namun Mu¶takzilah dianggap berlebihan dalam memamahamkan konsep tanzih itu hingga
menafikan sifat-sifat yang ada pada Allah, walaubagaimanapun mereka tidak menafikan
nama-nama bagi sifat Allah itu, yang mereka nafikan hanyalah  yang ada pada nama-
nama itu, semata-mata kerana mempertahankan prinsip aliran pemikiran yang telah dikatakan
sejak awal lagi bahawa mengisbatkan sifat akan membawa kepada berbilang-bilang yang
qadim (Mudasir:1994).
Apa yang dapat disimpulkan daripada pendirian Mu¶tazilah ini ,mereka mempunyai tujuan
yang murni terhadap Allah dalam menafikan sifat keatasnya kerana ingin mengelak daripada
berlaku syirik dan menyamakan Allah dengan makhluk, pendekatan yang digunakan
Mu¶tazilah dalam men--kan Allah bertepatan dengan konsep tauhid mengikut fahaman
mereka.

Al-Quran adalah makhluk.


Masalah Kalam menjadi perdebatan yang sangat hebat dikalangan orang Islam sejak sekian
lama. Kalam disisi Mu¶tazilah ialah huruf-huruf yang tersusun dan suara-suara yang terputus
(al-Jabbar:324). Mu¶tazilah mengambil pendirian mengatakan al-Quran adalah makhluk
berpunca daripada masalah sifat yang dibincangkan tadi. Bagi Mu¶tazilah mereka bersepakat
mengatakan bahawa kalam Allah adalah baharu. Adalah berdasarkan kepada pendapat mereka
dalam masalah sifat Allah, kerana mereka tidak menerima adanya sifat yang qadim yang
selain dari zat, mereka maksudkan dengan sifat ialah µain zat itu sendiri ,bukan yang lain dari
zat Allah. (Mudasir:1994).
Mu¶tazilah berpendapat bahawa Allah adalah à   tetapi bukanlah dengan kalam
qadim bahkan dengan     yang diciptakan ketika diperlukan untuk bercakap
.    bukanlah berdiri dengan zat Allah tetapi diluar zat Allah (Jarullah,Zuhdi,
1973:78).
Muktazilah menggunakan pelbagai hujah untuk mempertahankan pendapat mereka
sehinggalah mereka terpaksa mentakwilkan ayat al-Quran
ΎϤϴϠϜΗ ϰγϮϣ Ϳ΍ ϢϠϛϭ .
(Al-Quran,4:1164)
Dengan mengatakan Allah telah mencipta Kalam tersebut dipokok danMusa mendengar
Kalam Allah daripada pokok tersebut. Diceritakan al-Makmum telah cuba mengalihkan
makna ayat untuk mengatakan al-Quran adalah makhluk dalam ayat
ΎϴΑήϋ ϥ΁ήϗ ϪϨϠόΟ ϥ·
(Al-Quran,12:2)
Iaitu dengan menafsirkan setiap apa yang Allah taala ciptakan maka adalah ianya makhluk
(Jarullah,Zuhdi: 1973:79).

6.2 Al-µadl
Prinsip Al-µAdl menjadi asas dalam method pemikiran Mu¶tazilah. Al-µAdl dari segi bahasa
bermaksud setiap perbuatan baik yang dibuat seseorang dan memberi manfaat kepada orang
lain. Makna Allah al-µAdl mengikut istilah Mu¶tazilah ialah semua perbuatan Allah adalah
baik dan Allah tidak melakukan sesuatu yang buruk serta tidak ada yang mengurangkan apa
yang wajib keatasnya (Badawi,Abd Rahman: 1966,60).
Kesan daripada prinsip al-a¶dl ini dapat dilihat dalam pemikiran Mu¶tazilah seperti :
Al-Tahsin wal Taqbih

s
Al-Tahsin wa al-taqbih oleh akal bermaksud akal mempunyai kemampuan mengetahui baik
dan buruk dalam setiap perkara. Akal merupakan anugerah dan ciptaan Allah kepada
manusia. Jika akal tidak dapat membezakan baik dan buruk nescaya sia-sialah ciptaan Allah
,yang demikian itu mustahil bagi Allah yang bersifat sempurna.

Al-Solah wal Aslah


Wajib keatas Allah melakukan      iaitu melakukan apa yang membuatkan
hambanya melakukan ketaatan dan menjauhkan mereka daripada maksiat dalam keadaan
tidak sampai kepada tahap terpaksa (al-Shafie¶,Hassan:1991:99). Mereka bersepakat
mengatakan   yang maha bijaksana tidak akan melakukan sesuatu kecuali untuk
kebaikkan dan tujuan kemaslahatan dan kepentingan hambanya(Sharustani :39).

Af¶alul µIbad
Manusia bebas dalam menentukan segala perbuatannya tanpa campur tangan daripada Allah
(Jarullah,Zuhdi:1973:94). Mereka mengingkari bahawa Allah taala yang menjadikan segala
perbuatan hamba-hambanya .Ini kerana mereka merasakan bahawa perkara tersebut
menafikan dan menidakkan perbuatan-perbuatan buruk daripada Allah. Ini juga menyebabkan
manusia itu layak menerima ganjaran atas kebaikan yang dilakukan dan menerima balasan
atas kejahatan yang dilakukan (Sharustani:39).
Irsal Rasul
Wajib keatas Allah mengutuskan rasul kepada manusia kerana menunjukkan kepada adilnya
Allah .Rasul menjadi petunjuk kepada kebaikan kepada manusia dan kesempurnaan syariat
Allah. (al-Mu¶tiq :2001:203)

6.3 Al-wa¶d wal-wa¶id.


Asul yang ketiga ini mempunyai kaitan dengan usul yang kedua iaitu      dan 
 adalah perlaksanaan kepada konsep keadilan tuhan.   adalah janji baik keatas
perbuatan baik manusia manakala   adalah janji buruk keatas perbuatan maksiat
manusia (Badawi,Abd Rahman:1966:62). Berkata Qadhi Abd al-Jabbar janji balasan baik dan
jahat itu ialah Allah telah menjanjikan orang-oranga taat dengan pahala dan mejanjikan
orang-orang derhaka dengan balasan dosa. Allah tetap berpegang pada janjinya, tidak harus
baginya menyalahi dan berbohong dengan janjinya. Mereka berpegang kepada usul ini kerana
terdapat banyak Al-Quran yang menceritakan hal ini.
Berikut adalah hujah Mu¶tazilah dalam usul ini .(al-Mu¶tiq :2001:213)
Ϳ΍ ϰϠϋ ϩήΟ΃ ϊϗϭ ΪϘϓ ΕϮϤϟ΍ ϪϛέΪϳ ϢΛ ϪϟϮγέϭ Ϳ΍ ϰϟ· ΍ήΟΎϬϣ ϪΘϴΑ Ϧϣ ΝήΨϳ Ϧϣϭ
(Al-Quran,4:100)
Zamakhsyari menafsirkan ayat Ϳ΍ ϰϠϋ ϩήΟ΃ ϊϗϭ ΪϘϓ iaitu maka telah wajib keatas Allah
memberi pahala kepada nya.
Kesan daripada pegangan ini golongan Mu¶tazilah telah mewajibkan keatas Allah
sesuatu perkara .Namun bagi meraka, Allah tidak sekali-kali memungkiri janji kerana
memungkari janji adalah sesuatu yang mustahil bagi Allah (as-Shafie,Hassan:1991:100).
Daripada usul ini juga mereka menolak syafaat.

6.4 al-Manzilah Bayn al-Manzilatayn.


Usul ini mengikut ahli sejarah menjadi titik permulaan kepada terbentuk mazhab
Mu¶tazilah dan telah dinamakan juga Mu¶tazilah dengan nama  à   iaitu  
    .Mengikut al-Balkhi dinamakan Mu¶tazilah dengan µItizal kerana
perselihan pendapat yang berlaku mengenai kedudukan orang yang melakukan dosa besar
.Golongan Khawarij mengatakan orang yang melakukan dosa besar adalah termasuk didalam
orang-orang kuffar dan musyrik. Bagi sebahagian Murjiah mengatakan mereka adalah orang
yang beriman kerana masih megaku beriman dengan Allah,rasul-rasul dan kitab .Maka
dengan sebab ini Mu¶tazilah mengambil pendirian pertengahan mengatakan bahawa orang
yang melakukan dosa besar itu tidaklah mukmin atau kafir tetapi berada dalam suatu keadaan
antara dua kedudukan (al-Nasyaar :438).

4
6.5 al-Amr bi al-ma¶ruf wa al-nahy µan al-munkar
Al-Makruf mengikut takrif Mu¶tazilah ialah setiap perbuatan yang dilakukan oleh
sesorang yang mana dia mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah baik ataupun
seseorang yang mengajak kearah kebaikan .Adapun al-munkar ialah setiap perbuatan yang
dilakukan oleh seseorang itu yang mana dia mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah
maksiat (al-Mu¶tiq:2001:440) . Menyeru kepada ma¶ruf dan mencegah daripada
kemungkaran merupaka hukum amali dan politik yang diangkat oleh Mu¶tazilah menjadi usul
akidah.Di awal kemunculan Mu¶tazilah cuba mewajibkan orang Islam supaya keluar
menentang pemerintah yang zalim walaupun terpakssa menggunakan senjata (as-
Shafie,Hassan:1991:100).

7.0 Kesimpulan
Kemunculan Mu¶tazilah sebagai sebuah sekolah pemikiran dalam sejarah tamadun Islam
member pelbagai kesan terhadap perkembangan intelektual, politik, dan sejarah umat Islam
.Dari sudut intelektual ,Muktazilah dilihat memberi kesan yang besar dalam kemunculan
sekolah-sekolah pemikiran tradisional dan moden . Mu¶tazilah menjadi lambang kepada
kebebasan berfikir dan membentuk aliran rasionalisme dalam sejarah pemikiran Islam.
Mereka banyak terpengaruh dengan buku-buku falsafah Greek. Sumbangan meraka terhadap
penyusunan ilmu teologi secara sistematik juga memberi suntikan kepada pengembangannya
sehingga ke hari ini. Dari sudut politik, Mu¶tzilah mengalami zaman keemasannya dizaman
pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid, yang mana mazhab Mu¶tazilah menjadi mazhab
rasmi bagi kerajaan ketika itu maka berlakulah penindasan terhadap golongan yang
menentang pegangan-pegangan mereka seperti yang berlaku keatas Imam Ahmad bin Hanbal.
Akhir sekali, sebagai saranan kepada pengkaji-pengkaji aliran pemikiran dalam Islam
perlulah melihat secara menyeluruh terhadap mazhab Mu¶tazilah sama ada dari sudut positif
dan negatif.

RUJUKAN
A¶wad bin Abdullah, 1409H. à        Riyadh, Dar al-a¶simah.
Al-Nashar, µAli Sami 1975.           , juzuk pertama cetakan
kesembilan,Qahirah : ar al-Ma¶arif.
µAbd al-Jabbar Ahmad.1965.Sharh    È     
,Qahirah: Maktabah Wahbah.
Al-Badawi. Abd Rahman 1996, à   ,Qahirah :Dar µIlm al-Malayiin.
Al-Shafie, Dr Hassan Muhammad, 1991 à   !     ,Qahirah:Maktabah
Wahbah
Zuhdi, Hasan Jarullah. 1947.  à  . Qahirah : al-Ahliah lil Nasr wa Tauzi¶
Ensiklopedia dunia, 2005. Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.
Ibrahim Abu Bakar 2008, È   " ! #   " !     .Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mudasir bin Rosder 1994, à     !    à  $  
15(1994) Universiti Kebangsaan Malaysia

You might also like