PENGUCAPAN AWAM
(Program Pembangunan Imej Professional) TENAGA NASIONAL BERHAD Kuala Lumpur
01 ± 02 April 2008 ´Untuk terus berjaya dalam memimpin, kita perlu berbalik kepada persoalan kemahiran asas atau kompetensi diri yang perlu ada pada diri kita sendiri...ia termasuk keupayaan berucap di khalayak ramai!µ

PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN !

OBJEKTIF
Di akhir program ini, adalah diharapkan para peserta akan dapat: * Menghuraikan tingkahlaku penyampai yang berkeyakinan diri dan berkesan; * Menunjukkan teknik-teknik pengucapan awam yang berkesan; * Menerangkan tingkahlaku yang perlu dikawal sewaktu berucap di khalayak; * Menerangkan peranan tekanan suara dan penafasan yang baik untuk menambah keberkesanan penyampaian; * Menghuraikan gaya bahasa dan bahasa badan serta gerak geri dalam pengucapan awam; * Menunjukkan cara menggunakan alat pandang dengar sewaktu menyampaikan ucapan.

Pengucapan awam adalah suatu seni yang merangkumi seni lakon, seni tari, seni reka, seni suara dan seni bahasa. Jalinan di antara pelbagai seni ini yang disesuaikan dengan seni tutur akan dapat melahirkan suatu ucapan yang mantap dan hebat !

PASTI BOLEH !
Muka 01

KANDUNGAN«
* Perjelas Tujuan & Matlamat * Menyediakan Butiran Penyampaian * Menganalisis Pendengar * Menyediakan Rangka Ucapan * Membina Keyakinan Diri * Teknik-Teknik Penyampaian * Menggunakan Gerak Geri * Menjaga Pernafasan & Gugup * Mengalun Suara * Merangsang Diri * Meningkatkan Motivasi Pendengar * Menggunakan Audio-Visual * Menutup Ucapan * Menghadapi Sessi Soal Jawab * Mengurus Bangkangan * Kaedah Mengingat Butiran * Membuat Ucapan Mendadak * Mengukuhkan Keyakinan Diri

HENDAK SERIBU DAYA ! PERCAYA PASTI JAYA !
MALAYSIA BOLEH ! KITA PUN BOLEH !

Adakah anda merasa lesu dan gugup apabila tiba masanya anda berucap ? Adakah anda rasa tekak anda kering, degupan jantung anda berlari kencang, nafas anda sesak, tubuh anda mula berpeloh dan ingatan anda tiba-tiba lupus ketika di minta berucap ?

Gugup yang keterlaluan dan perasaan takut, bimbang dan kurang yakin adalah merupakan penghalang utama kepada pengucapan awam yang berkesan ! Program ini melatih anda bagaimana mengawal perasaan supaya tidak gugup dan yakin terhadap potensi anda berucap dengan baik dan berkesan !

Baik sewaktu anda diminta berucap atau memberi ceramah atau syarahan, atau ketika diminta mengendalikan mesyuarat, atau diminta menjadi juruacara«program ini membantu anda untuk lebih bersedia !

Muka 02

00 tgh 02.30 ptg 03.45 ptg Minuman Petang * * * * * Kepentingan Gerak Geri Mengalun Suara Pernafasan Merangsang Diri Latihamal 05.00 ptg REHAT Muka 03 .00 pagi * * * * * Membuat Persediaan Menganalisis Tujuan Menganalisis Majlis Menganalisis Pendengar Latihamal : Membina Keyakinan 01.ATURCARA PROGRAM PENGUCAPAN AWAM TENAGA NASIONAL BERHAD 2008 01 APRIL 2008 MASA 08.00 ptg Makan Tengahari * * * * * * Saat Melangkah Ke Podium Kontak Mata Gaya dan Bahasa Badan Menguasai Gugup Pembuka Kata Latihamal 03.30 pagi AKTIVITI * * * * Perasmian Program Objektif Program Suaikenal Pengucapan Awam : Mengapa Gugup ? * 7 Petua Penting Apabila Berucap ! Minuman Pagi 10.30 pagi 11.

00 pagi Minuman Pagi * * * * * Memperjelas Tujuan Penyampaian Kaedah Meyakinkan Pendengar Kaedah Memotivasi Pendengar Kaedah Mengingat Butiran Isi Latihamal 01.30 ptg 03.45 ptg * * * * * Menutup Ucapan Menghadapi Sessi Soaljawab Mengurus Bangkangan Menghadapi Saat Genting Ke Arah Kejayaan 05.00 ptg Penutup & Penyampaian Sijil Muka 04 . Isi & Penutup * Latihamal Minuman Petang 03.00 ptg Makan Tengahari * Berucap Secara Spontan * Ingat : Pembuka.ATURCARA PROGRAM PENGUCAPAN AWAM TENAGA NASIONAL BERHAD 2008 02 APRIL 2008 MASA 08.30 pagi 11.00 ptg 02.30 pagi AKTIVITI * * * * * Apa Yang Kita Pelajari? Menyediakan Isi Ucapan Mengumpul Maklumat Beberapa Teknik Penyampaian Latihamal 10.

FASILITATOR FASILITATOR UTAMA SULEIMAN HAJI SAAID M. MARA Holding dan Focus Learning Consulting Sdn Bhd. Muka 05 . Dan Perunding Kanan Di Regatcorp Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Beliau adalah jurulatih bertauliah bagi Program Menyelesai Masalah dan Membuat Keputusan (pendekatan Kepner-Tregoe) dan memiliki Sijil Kemahiran Jurulatih Professional dari IATA (Geneva).A Antropologi & Sosiologi (Universiti Malaya) 1980 B. (Universiti Malaya) 1974 SULEIMAN HAJI SAAID. kaunseling. Beliau pernah berkhidmat di Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pengawal Latihan Pengurusan. beliau pernah juga dilantik sebagai seorang Jurulatih Residen di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. motivasi.A Hons. Beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti latihan dan luas pengetahuan serta pengalaman dalam bidang pembangunan jurulatih. adalah Pengarah Urusan Budi Antara Sdn Bhd. keusahawanan dan pengurusan organisasi. Beliau pernah bertugas sebagai Pengajar di Universiti Malaya sebelum berkhidmat sebagai Penyelaras Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri dan Perunding Latihan dan Penyelidikan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun di bidang latihan.

TENAGA NASIONAL BERHAD Kuala Lumpur 01 ² 02 APRIL 2008 .

Secara keseluruhannya. Ramai pemimpin agung dunia yang bijak menyampaikan ucapan dan berupaya mempengaruhi pengikutnya tidak berasal dari ahli keluarga yang pandai berucap atau semulajadinya mahir bercakap dan berucap. Semasa menyampaikan sesuatu ucapan. Kemahiran berucap dan membuat penyampaian yang baik dan berkesan boleh dipupuk dan diasah melalui proses pembelajaran. setiap insan yang normal berupaya dan berpotensi untuk menjadi pemidato yang berkaliber sekiranya diberi peluang untuk mengenali kemahiran tersebut secara lebih sistematik. pendedahan dan amalan serta bimbingan. seseorang penyampai adalah dalam keadaan bersemuka dengan pendengar. Dalam konteks ini walaupun seseorang penyampai lebih banyak memberi maklumat dari menerimanya tetapi rangsangan komunikasi yang diterima amatlah penting dan boleh mempengaruhi persembahan sesuatu ucapan itu. Tanggapan begini tidak boleh kita terima. Adakah Anda Bersedia Untuk Berucap ? Muka 06 . Ini memerlukan kemahiran-kemahiran asas sama ada dalam bentuk fizikal mahupun psikologikal.bengkel KENAPA KENA MAHIR BERUCAP ? PENGUCAPAN awam atau berucap di khalayak ramai adalah merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai yang menganggap kebolehan ini sebagai semulajadi. Segala gerak laku dan penampilan diri serta persembahan seseorang penyampai adalah menjadi tumpuan pendengar atau audiennya.

sesuatu isu yang besar dan perlu diberitahu kepada sekumpulan kakitangan memerlukan pengucapan awam. Kita dapat menerangkan secara terus kepada para kakitangan dan boleh menjawab semua soalan secara terus tanpa memerlukan media yang lain. Para kakitangan akan hanya berpuas hati terhadap sesuatu salah faham apabila mereka dapat mendengar penjelasan terus dari sumbernya. sesuatu isu yang timbul dapat dijelaskan secara dua hala. Membetulkan salah faham : Sesuatu ucapan juga boleh membetulkan salah faham kakitangan terhadap sesuatu isu. Melancarkan kempen : Sesuatu kempen akan dapat dilancarkan melalui pengucapan awam di mana seorang penyampai boleh melakukannya melalui pemujukan. Melalui pengucapan awam.bengkel Mengapa kita perlu menimba pengetahuan serta ke mahiran dalam membuat pegucapan awam? Menjelaskan sesuatu isu : Sebagai penjawat awam. Membina kredibiliti : Berucap dengan penuh yakin akan dapat membentuk kredibiliti seseorang itu dan organisasi yang diwakilinya. Sebenarnya kemahiran berucap termasuk jikalau anda diminta jadi Juruacara Majilis atau disuruh mengetuai majlis meminang ! Muka 07 . motivasi dan rayuan mengikut tindak balas daripada para pendengar. Kempen yang berkesan adalah banyak bergantung kepada kemahiran kita menyampaikan hujah-hujah yang dapat mempengaruhi audien.

Sila nyatakan lain-lain sebab mengapa anda perlu menimba ilmu serta kemahiran pengucapan awam? Muka 08 . Ini disebabkan kesan komunikasi bersemuka adalah lebih jelas berbanding dengan menggunakan media lain.bengkel Memotivasi orang lain : Berucap dengan nada yang berapi-api akan dapat memotivasikan mereka yang mendengarnya. ia akan memberikan kesan yang mendalam. Apabila seseorang penyampai dapat memberikan keyakinan kepada pendengar. Mewujudkan publisiti : Dengan berucap di tempat awam akan memudahkan para pendengar mengenali diri kita sebenar nya. Mempertingkatkan imej diri : Berucap di khalayak bukan sahaja dapat memperkenalkan kita kepada audien malah ia dapat mempertingkatkan lagi imej diri kepada mereka yang pernah mendengar nama kita tetapi belum dapat bersua muka.

sila senaraikan faktorfaktor yang berpotensi untuk menyebabkan anda rasa gementar. debaran serta rasa gemuruh itu sesuatu yang lumrah apabila membuat penyampaian. antara lainnya : * * * * * * * * Ekpektasi pendengar Ekspektasi anda sendiri Tahap persediaan yang anda buat Dialog dalaman yang anda alami Takut gagal Takut tak kesampaian Takut apa orang lain kata Lain-lain««««««««. Tak kira samada anda seorang yang sudah banyak pengalaman atau sebaliknya.bengkel GUGUP? Agak lazim bagi kita yang diminta bercakap di khalayak mengalami gugup dan debaran terutama di saat-saat awal kita membuat penyampaian. Dalam kumpulan masing-masing. gugup serta stress sewaktu diminta membuat pengucapan awam : Muka 09 . Sebenarnya apa yang berlaku ialah tekanan rasa atau srtress yang anda alami disebabkan pelbagai faktor.

terutama sewaktu memulakan penyampaian: 1.bengkel OTOT-OTOT KEJANG LIDAH JADI KERING DEGUPAN JANTUNG MENINGKAT NAFAS JADI SESAK PUNDI KENCING JADI KEMBANG BERPELUH BADAN BERASA PANAS MENGGIGIL DAN RASA GEMENTAR BERCAKAP DALAM KEADAAN TERKETAR-KETAR FIKIRAN TERGANGGU PERSEPSI TERGUGAT ! Beberapa perkara yang boleh kita amalkan jikalau kita menghadapi stress. KENDURKAN OTOT YANG KEJANG Cuba perhatikan otot yang kejang dan cuba relaks dan kendurkan kekejangan itu Muka 10 .

Jikalau kita nampak seseorang itu mengeleng-ngeleng kepala. kita boleh mengawal pernafasan supaya jadi normal dengan menyedut nafas panjang dan menahannya seketika sebelum menghembusnya keluar seperti biasa. kita berpandang serung terhadapnya. KAWAL PERNAFASAN Nafas kita jadi sesak sewaktu stress. Oleh yang demikian. TUNJUKKAN MINAT & TUMPUAN Fokas kita tetap pada si pendengar dan kita tak terganggu dengan persekitaran. KAWAL PERSEPSI DIRI ANDA Segala gealagat serta gerak laku para pendengar akan menimbulkan persepsi atau tanggapan tertentu dalam diri kita terhadap mereka dan terhadap situasi yang sedang kita lalui. Kita perlu bersikap terbuka ! Muka 11 . 4. 5. Pendengar akan rasa marah jikalau kita kelihatan seolah-olah mengambil ringan atau tak menghiraukan kehadiran atau keujudan mereka di depan kita.bengkel 2. JANGAN HIRAUKAN MIMIK WAJAH PARA PEDENGAR (PENONTON) Wajah para penonton atau pendengar memang berpotensi mengganggu persepsi anda«jangan peduli atau terganggu dengannya ! 3. ia memberi pertanda seolah-olah dia tak bersetuju dengan cakap-cakap kita. Oleh yang demikian. Persepsi kita bergantung kepada pengalaman lampau yang berpotensi mencorakkan fikiran serta perasaan kita.

bengkel pengucapan awam BERFIKIRAN DAN BERPERASAAN POSITIF BUAT PERSEDIAAN DENGAN RAPI JAGA KETERAMPILAN BERUCAP DENGAN PENOH BERTENAGA GUNA SUARA & NAFAS GUNA GERAK GERI JAWAB SOALAN DENGAN TENANG DAN JELAS Muka 12 .

bengkel DIALOG DALAMAN DIRI YANG POSITIF PERSEDIAAN FAKTA & DATA MENINGKATKAN MINAT PADA TAJUK UCAPAN MENERIMA HAKIKAT BAHAWA TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA YAK PERLU MALU DAN BIMBANG DINILAI OLEH ORANG LAIN BERDOA PADA TUHAN AGAR SIMPULAN LIDAH TERBUKA SENYUM & FIKIR HEBAT ! Dailog dalaman diri kita (inner dialogue ) adalah penting dalam mencorakkan perlakuan kita«ia merupakan kata-kata dalaman diri kita sendiri yang berupaya mempengaruhi fikiran separa sedar hingga menjadi sebahagian dari sistem kepercayaan kita dan mencorakkan gerak laku kita ! Muka 13 .

cuba riangkan hati anda dan muatkan mental anda dengan nada lagu yang menarik sambil meman-dang para hadirin serta sekitar dewan. dan cuba berkenalan dengan muka-muka baru dan jikalau ketawa. SAMPAI di tempat anda berucap lebih awal.bengkel BERUCAPLAH DENGAN PENOH YAKIN ! REBUT PELUANG apabila diminta beri ucapan. Jangan terlalu banyak fikir atau membuat persediaan hanya sewaktu sampai di tempat beri ucapan. Jangan cuba membuat persediaan hanya di tempat beri ucapan. ia pasti menambah keyakinan diri kita untuk berucap di khalayak. Muka 14 . Lebih banyak pengalaman beucap. TEGOR sapa semua orang yang anda ketemu dan sentiasa tersenyum. RELAKS apabila anda berdiri atau duduk sewaktu menunggu saat anda akan berucap. Biar kita kelihatan riang. janganlah pula terlampau kuat hingga orang lain tertanyatanya tentang diri anda. Bercakaplah secara ringkas dan pasti ramai yang tertarik jika tidak berlebihlebihan. alat pandang dengar dan segala kelengkapan yang ada secara bersahaja. Tarik nafas dalam-dalam. TERIMA PELUANG BERUCAP hanya atas tajuk yang anda tahu dan anda mempunyai tempoh masa yang cukup untuk membuat persediaaan! BUAT PERSEDIAAN sebelum berucap. Buat semakan tentang tempat berucap. Dongakkan kepala anda tanda yakin diri.

MULAKAN ucapan dengan memberi hormat kepada para tetamu khususnya def-def jemputan dan teruskan ucapan ! CARA MEMBINA KEYAKINAN DIRI BERFIKIRAN POSITIF iaitu menerima hakikat bahawa tuan/puan mempunyai kelebihan. kebolehan dan keistimewaan sehingga tuan/puan diberi penghormatan menyampaikan ucapan UCAPAN KENDIRI DALAMAN YANG POSITIF iaitu melahirkan bisikan-bisikan dalaman yang positif dan berhujah ke arah mempamerkan kebaikan diri MENYEDIAKAN DIRI DENGAN DATA DAN FAKTA sebanyak mungkin terhadap tajuk yang akan disampaikan TINGKATKAN MINAT diri terhadap tajuk yang hendak disampaikan Hello Geng«Relak lah ! Muka 15 . Apabila berdiri di podium.bengkel BANGUN perlahan-lahan sewaktu sampai saatnya anda berucap dan jikalau terpaksa berucap di podium. pandang keliling. tarik nafas dalam-dalam dan mulakan ucapan. bangun dan melangkah perlahan.lahan serta teratur dan senyum.

Be natural ! Muka 16 ... untuk membekalkan oksijen yang secukupnya dalam paru-paru dan bekalan bagi darah anda ! Tak·kanlah runtuh satu dunia atau jadi kiamat jikalau anda buat kesilapan ! Relaks.bengkel CARA MEMBINA KEYAKINAN DIRI RELAKS dengan melonggarkan otot-otot badan yang terasa kejang melalui pergerakan-pergerakan tertentu dan fikirkan bahawa tiada sesuatu yang dahsyat akan menimpa diri anda jikalau membuat kesilapan ! BERNAFAS dengan menarik nafas panjang.

ia akan hanya menimbulkan kegusaran dan gugup ! 04. di mana kerusi untuk pengerusi majlis dan sebagainya. Bertegor sapa dengan mereka sewaktu mereka sampai ke dalam bilik atau dewan. bilik latihan atau bili mesyuarat. Jikalau berkesempatan. Ia juga memberi kesempatan untuk anda menguji sistem audio-visual yang disediakan untuk kegunaan anda ! 02. 03. tetapi juga tau samada anda akan bercakap dalam dewan. di mana pula pendengar akan duduk. anda kaji latarbelakang para pendengar. tarik nafas panjang dan untuk otot muka tak jadi tegang«buka mulut luas dan tutup supaya otot di bahagian dagu dan mulut jadi relaks ! Muka 17 . Teliti di mana anda akan berdiri. TAHU TENTANG APA YANG ANDA INGIN SAMPAIKAN Ini amat penting sebab jikalau anda tak berapa tahu tentang apa yang anda ingin cakap. lebih elok ke tempat di mana anda akan membuat penyampaian terlebih dahulu. TAHU TENTANG PARA PENDENGAR ANDA Sebaik-baiknya. TAHU TENTANG TEMPAT Anda tau di mana sebenarnya di mana anda akan berucap«bukan hanya alamat tempat. bagaimana letaknya meja dan tempat duduk. bersenam ringan atau relakkan otot-otot ! Begitu juga dengan pernafasan.bengkel 10 KAEDAH UNTUK MEREDAKAN KEGUGUPAN ANDA ! 01. RELAKS Anda boleh meredakan stress dengan menggeliat.

menarik. TUMPUAN PADA MESEJ DAN BUKAN DIRI Tumpukan perhatian kepada bahan penyampaian anda dan bukan pada apa yang anda sedang alami«gementar ! 09. mengkagumkan«menghiburkan. Teknik ´desensitizationµ (mengurangkan rasa) begini benar-benar membantu meredakan kegugupan rasa serta stress ! 06. JADIKAN GUGUP BAHAN TENAGA ! Gunakan tenaga gugup itu menjadi tenaga positif. para pendengar tak tahu bahawa anda mengalami gugup dan rasa gementar. Tinggikan suara anda dan guna gerak geri untuk menzahirkan tenaga ! 10. JANGAN MEINTA MAAF KERANA GUGUP Dalam kebanyakan masa. berjaya dan bukan gagal ! 07.bengkel 10 KAEDAH UNTUK MEREDAKAN KEGUGUPAN ANDA ! 05. Jikalau anda meminta maaf atas kegugupan anda dan nyatakan bahawa anda sedang gemuruh«ini hanya menarik perhatian para pendengar saja ! 08. BAYANGKAN ANDA SEDANG BERUCAP ! Anda boleh bayangkan dulu (sebelum waktu berucap) bahawa anda sedang bangkit dari kerusi dan berjalan ke rostrum untuk berucap atau membuat penyampaian. PENDENGAR HARAP ANDA BERJAYA Semua orang ingin anda berjaya ² berjaya menyampaikan mesej dengan baik. TIMBA PENGALAMAN Ingat«pengalaman menambah yakin diri ! Muka 18 .

bengkel Tiga Analisis Penting ! I ANALISIS TAJUK * Apa tajuknya ? * Apa butiran penting ? * Apa kepentingan tajuk kepada pendengar ? * Apa yang menariknya mengenai tajuk ini ? * Apa yang boleh menarik minat pendengar ? * Gaya penyampaian yang sesuai untuk tajuk ini ? * Apa tujuan anda ? * Apa objektif anda bagi tajuk ini ? * Apakah yang pernah dinyatakan oleh orang lain mengenai tajuk ini ? Hello kawan-kawan. guna peta minda untuk membuat pecahan elemen yang berkait dengan tajuk anda«·kan mudah ! Muka 19 .

Tertutup/terbuka Muka 20 ..Hiasan dan backdrop .Suis letrik .bengkel Tiga Analisis Penting ! 2 ANALISIS MAJLIS * TUJUAN MAJLIS Menghibur Meraikan Mempengaruhi Memujuk Memotivasi Menerangkan Menghuraikan Ewah«macam-macam kena fikir ! * ACARA MAJLIS Rasmi atau tidak Bila bercakap Apa acara selanjutnya.Penjana hawa dingin .Kemudahan yang disediakan ..Suasana dalaman serta persekitaran luaran . Susun atur majlis No sweat brother« bila dah banyak kali buat«tak kisah ini semua ! * TEMPAT MAJLIS .

Ekspektasi .Pendidikan .Kegemaran .Status . Kaji tajuk«majlis dan audien ! Apa yang perlu ialah sikap teliti anda«jangan ambil ringan ! Muka 21 .Bilangan .Jantina .Umur .Minat .bengkel Tiga Analisis Penting ! 3 ANALISIS PENDENGAR .Budaya NAK JADI PEMIDATO BERJAYA ! Semua faktor-faktor ini perlu kita teliti sebelum kita membuat penyampaian kerana butiran cakap kita perlu disuaikan dengan latarbelakang pendengar ! Akhirnya gaya penyampaian kita juga perlu kita sesuaikan dengan jenis pendengar ² apa yang sesuai bagi orang dewasa mungkin tak sesuai dan berbeza gaya penyampaiannya jikalau kita berdepan dengan para remaja ! INGAT«.

apa pelan tindakan anda ? * Di mana letaknya segala suis lampu. tandas serta telefon terletak ! * Lain-lain : Muka 22 .bengkel Kaji Bilik Tempat Berucap ! Ada beberapa perkara yang anda perlu teliti atau kaji tentang bilik atau dewan di mana anda akan membuat penyampaian : * Alat keselamatan * Kalau letrik padam. air-con serta suis untuk alat pandang dengar ? * Susun atur tempat duduk bagaimana ? * Berapa luas ruang anda dapat bergerak ? * Di mana di tempatkan air minuman untuk anda dan untuk peserta ? * Adakah dibekalkan gula-gula serta kudapan untuk peserta ? * Bagaimana flipcharts dan skrin untuk LCD atau OHP ? * Markers ? * Pastikan di mana pintu keluar masuk.

Isi dan Penutup.bengkel Secara umum kebanyakan ucapan terbahagi kepada tiga bahagian : Pengenalan. iaitu: a.. Tak pandai joke«jangan cuba ! PENGENALAN * Merupakan 10% . sajak Potongan Al-Quran. Al-Hadith Dll Apa saja. Kenyataan Ringkas Tujuan Ucapan A. MENARIK PERHATIAN * Suatu teknik bagi mendapatkan tumpuan perhatian para pendengar terhadap isu yang akan dibicarakan.. * Terdapat dua elemen penting di bahagian ini.. Menarik Perhatian b. Asal bahgia ! Muka 23 . * Ia boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara di antaranya ialah: Secara berlawak Menggunakan statistik Membuat cerita Pengalaman semasa Tajuk akhbar Kata-kata orang yang ternama Ungkapan-ungkapan dan kata-kata hikmah Pantun.15% dari keseluruhan masa ucapan.

punca utamanya didapati adalah disebabkan oleh kurangnya dayausaha promosi dan pemasaran yang agresif yang perlu dibuat oleh syarikat-syarikat ini. Yang Dihormati Tuan Syed Salim Sameon selaku Pengarah Latihan MAPA. Bengkel yang diadakan pada hari ini bertujuan membincangkan bagaimana kita semua dapat meningkatkan usaha-usaha promosi bagi syarikat kita masing-masing suapaya kita berupaya mencapai prestasi yang lebih tinggi dalam membangunkan syarikat kita «´ Muka 24 . Tuan-tuan dan Puan-puan. hampir 80% darinya gagal mencapai prestasi yang memuaskan. CONTOH ³Yang berbahagia Tuan Pengerusi Majlis. Sebenarnya ada beberapa punca yang menimbulkan keadaan ini tetapi setelah diselidiki. Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian« Adalah memeranjatkan apabila kita dapati bahawa dari sejumlah 300 buah syarikat bumiputra yang dikaji oleh pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad baru-baru ini. KENYATAAN RENGKAS TUJUAN UCAPAN * Merupakan satu penerangan rengkas terhadap isuisu yang bakal disampaikan sebentar nanti.bengkel B.

Merupakan intipati sesuatu ucapan. Sila lihat contoh di bawah : Point Utama : Usahawan Tak Buat Promosi * Sub-Point : Gagal Mendapatkan Pasaran * Sub-Point : Tak Ramai Tau Tentang Produk Point Kedua : Usahawan Tak Mahir & Tak Cekap * Sub-Point : Pengetahuan rendah dalam bidang niaga * Sub-point : Tak gemar melalui latihan Point Ketiga: Usahawan Bermasalah Peribadi * Sub-point : Gangguan keluarga * Sub-point : Suka menunjuk-nunjuk Muka 25 . b. Di antara teknik-teknik tersebut adalah: TEKNIK MEMBERITAHU Teknik ini merupakan satu teknik secara terus iaitu menggunakan point utama dan diikuti oleh sub-sub point.bengkel BADAN UCAPAN ATAU ISI a. Ia merangkumi 75% daripada jumlah keseluruhan masa ucapan. c. Di sini berbagai-bagai teknik boleh digunakan dalam menyampaikan isi yang telah dinyatakan di peringkat pengenalan di atas.

sedang berlaku dan apa yang akan berlaku. SEMALAM HARI INI ESOK Muka 26 . HARI INI DAN ESOK Merupakan suatu teknik menurut urutan masa atau kronologi. Pada keseluruhannya isi-isi dimuatkan dalam satu garisan dan dipisahkan berlandaskan peristiwa yang telahpun berlaku.bengkel LATIHAMAL Tajuk : Point Utama : * Sub-point : * Sub-point : Point Kedua : * Sub-point : * Sub-point : Point Ketiga : * Sub-point : * Sub-point : TEKNIK SEMALAM. Teknik ini menekankan satu urutan peristiwa yang berdasarkan fakta dan masa.

bengkel CONTOH Semalam (Telah Berlaku) * Keadaan ekonomi tidak seimbang * Keadaan sosial tidak seimbang * Timbul rasa tidak puas hati * 13 Mei 1969 Hari Ini (Sedang Berlaku) * Kestabilan ekonomi * Agihan samarata * Keseimbangan segi sosial * Kestabilan politik * Aman Esok (Akan Berlaku) * * * * * * Masyarakat dinamika Masyarakat progresif Masyarakat yang aman Berdaya saing Berdaya tahan Kemantapan ekonomi. sosial dan politik contoh ¶aje ! LATIHAMAL Tajuk : Semalam Hari Ini Esok Muka 27 .

Di akhir hujah mestilah ada unsur menyeru. positif atau negatif. maka hujah mestilah dimulakan dengan yang negatif dan selepas itu diikuti dengan yang positif. mengajak. Jangan lupa menggunakan peta minda untuk membantu anda berfikir serta mencetuskan ilham dan idea ! Dalam kes teknik di atas. Si penyampai mestilah jelas ke arah mana dia mahu mempengaruhi pendengar. iaitu yang positif dan negatif. Sekiranya yang positif.bengkel TEKNIK POSITIF DAN NEGATIF Dalam membincangkan teknik ini point-point penting dibahagikan kepada dua.merayu pendengar untuk mengikuti bahagian yang kita beri tumpuan sebentar tadi. Perlu diingat sewaktu menyampaikan hujah bahagian yang ingin dipengaruhi mestilah mempunyai point-point yang lebih banyak daripada bahagian yang satu lagi. mungkin anda boleh gunakan Ishikawa Diagram ! Promosi Muka 28 .

kita perlu meneliti dulu apakah sesuatu usaha promosi itu menguntungkan atau sebaliknya. Penekanan yang kita berikan ialah kepada bahagian positif : ´Merancang dan melaksanakan suatu siri promosi untuk meningkatkan jualan memanglah memakan masa dan belanja yang bukan sedikit! (negatif) Lebih-lebih lagi dalam usaha kita menjimat kos.Tanya ! Muka 29 . (negatif) Tetapi.bengkel CONTOH Tujuan ucapan mengajak pendengar supaya merancang dan melaksanakan usaha-usaha promosi dalam memasarkan produk atau khidmat mereka.. sesuatu promosi itu adalah suatu pelaboran yang mungkin mendatangkan keuntungan berlipat ganda«pelanggan menonjol dalam kita bertambah«orang dan ini tentu ramai adalah lebih kenal produk kita«dan barangan kita jadi lebih pasaran sesuatu yang baik«µ (positif) SENANG AJE TU ! Tak paham .

´Bayangkan di suatu perkampungan. tangannya terputus.!µ ´Main emosi saudara hingga terpengaroh dengan ucapan saya. Ia merupakan satu teknik yang sukar dilaksanakan. kanak-kanak yang hanya berusia kira-kira 5 tahun.bengkel TEKNIK EMOSI Merupakan teknik yang paling berkesan dan boleh memberi impak kepada pendengar. ada pula yang diikat dan dicucuk telinganya dengan besi tajam«bayangkan. geram. Gaya bahasa.. para wanita yang dicungkil biji matanya dan ada yang dipenggal lehernya hinnga putus. Ianya banyak bergantung kepada keupayaan dan kebolehan si penyampai menimbulkan perasaan bersalah. Perlu diingat bahawa butiran-butiran yang hendak disampai adalah sama tetapi teknik ini lebih menekankan kepada unsur perasaan. marah. tekanan suara dan halaju suara memainkan peranan dalam menghidupkan penyampaian melalui teknik emosi ini. benci dan sedih pendengar akibat daripada isu-isu yang dibangkitkan oleh si penyampai..betul atau tidak«itu isu ke 40 ! Yang penting« saudara percaya !µ Muka 30 . gaya badan.. para wartawan telah menjumpai mayat-mayat bergelimpangan. CONTOH Tujuan ucapan adalah untuk mempengarohi pendengar dengan membangkitkan rasa benci mereka terhadap tentera Serbia yang mengganas di Kosovo. otaknya bersepai«dan di tangannya masih memegang sekeping roti.

Jangan ambil ringan«jangan sampai orang berpaling muka disebabkan kita ´biadabµ sebab : * Tak mengutamakan yang tua * Lupa pada yang senior ! * Lupa angguk kepala tanda hormat * Tak memandang«sewaktu bercakap * Berwajah serious«lupa susah senyum ! * Sana kepit«sini kepit ! Muka 31 . relax.Nada suara dan sebutan yang jelas . berpandangan Air muka. bersahaja Sedut nafas panjang sebelum memberi salam pengenalan * SALAM PENGENALAN . senyum Gerak badan... tenang.bengkel A. tidak gopoh Tumpuan mata. BERHADAPAN DENGAN PENDENGAR * YAKIN DIRI : Langkah teratur...Nada mendatar tetapi beransur tinggi Adab perlu kita jaga apabila berdepan dengan khalayak.Mengikut tertib«protokol .....

Hujung lidah * Berhenti seketika ..Kerongkong ..Dari perut .Mendatar . agar fikiran lebih kreatif * Lahir dari hati bukan fikiran JAGA SUARA * Tekan suara beralun ..Tekanan rendah * Kelajuan suara yang pelbagai .Tekanan tinggi .Tekanan sederhana .Perlahan * Punca suara .bengkel * JANGAN MEMBACA DAN JANGAN MENGHAFAL ! * Fahamkan point.Guna nafas untuk membantu nada suara ! Tempo jaga«rentak jaga«tango biar kena ! Kalau tak ada kerja«makan tebu hutan cecah kicap cili padi«pasti lendir di kerongkong terhakis«! Muka 32 .Jaga nafas . bercakap * Bebaskan diri.Cepat ..Guna pernafasan diaphragmic .

masa yang bergerak pantas dan permintaan pelanggan yang berubah« Tuan-tuan dan puan-puan. Sekian. Membuat satu kenyataan ringkas yang boleh diingat oleh pendengar A. CONTOH ´Sepertimana yang saya sebutkan tadi«ada 10 unsur penting yang akan berubah dalam hidup menjelang abad ke 21 dan 3 paling utama termasuklah kualiti hidup. saya harap kita sama-sama berubah menurut keadaan dan peredaran masa. wabillahitaufik walhidaayah«wassalaamu alaiku warahmatullahi wabaarakatuhµ Muka 33 .bengkel * Merupakan 10% . sebelum berundur si penyampai hendaklah mengulang semula apa yang telah disampaikan secara ringkas. Mengulang isi-isi penting yang telah disampaikan b.15% dari keseluruhan masa ucapan * Terdapat dua elemen terpenting di bahagian ini iaitu: a. MENGULANG ISI-ISI PENTING Setelah tamat menghujjah di bahagian isi atau badan sesuatu ucapan.

. tak ada guna kita percaya sesuatu tanpa kita amalkan secara praktikal«seperti pantun Melayu berbunyi : tiada gunanya bungkusan jika tidak berisi tiada gunanya ucapan jika tidak diamaliµ Sekian. memaksa dirinya menganalisa..terima kasih ! Sorry geng«suruh pantun saya tak reti«suruh nyanyi saya okay ! Muka 34 . kita perlu mengamalkan sikap mesra di kalangan kita sendiri bagi mengukuhkan rasa setiakawan kita dan amalannya cukup mudah«setiap kali kita bertemu. ukir senyuman dan ucapkan salam.bengkel B. Sebaik-baiknya kenyataan anda berupaya mencetuskan fikiran bagi setiap pendengar dan merupakan suatu pendorong dalam dirinya. menghayati dan mengamalkan apa yang telah disampaikan.mudah«tapi ingat. MEMBUAT SATU KENYATAAN RINGKAS Buatkan suatu kenyataan atau kata-kata yang membolehkan pendengar ingati dan memberi makna serta kesan yang mendalam pada dirinya.itu saja. mata berpandangan. memahami.. Kata-kata ini mestilah berkaitan dengan tajuk penyampaian dan point-point yang disampaikan. CONTOH ´Sekali lagi saya nyatakan.jangan tunggu orang lain memulakan«kita mulakan dulu.

Gunakan kaedah yang mudah tetapi kita sendiri selesa : * * * * Kata-kata hikmah yang memberangsangkan Susunan kata bistari yang menarik Soal pendengar apa yang mereka pelajari Buat rumusan ringkas butiran yang anda sampaikan * Gunakan siri persoalan berhubung dengan apa yang anda sampaikan * Buat sebuah cerita yang menarik«yang merangsang. yang menggelikan hati.bengkel C. yang memberi pengajaran. yang hebat ! BERUCAP JANGAN PANJANG SANGAT ! TUTUP PUN SAMA ! Pernahkah anda melihat seorang pengucap yang bercakap berleret-leret hingga jelas«ramai yang bosan«menutup ucapan semacam tak jumpa nokhtah akhir ? Muka 35 . BIAR ADA IMPAK ! Menutup dengan cara yang menarik akan memberi kesan kepada para pendengar.

. Anwar.. dan bergerak atau berdiri dengan segak tetapi tak kelihatan agak kaku serta bergayut pada podium. Mahathir. Jangan segan untuk bertanya pihak penaja bagaimana orang lain akan berpakaian iaitu berpakaian formal atau tak formal. Jangan menghias diri secara berlebihan hingga menjadi bualan orang lain. letakkan tangan di hadapan (kira-kira aras pusat) untuk elak gugup dan gementar. TIP 2 BAGAIMANA GAYA ANDA ? Relaks.bengkel TIPS PENTING TIP 1 BAGAIMANA PAKAIAN & KETERAMPILAN ANDA ? Ia sewajarnya selesa untuk anda dan selesa dipandang oleh orang ramai serta sesuai untuk majlis. Apabila anda sudah mula bercakap. Apabila memulakan ucapan. Hitler. gunakan gerak geri tangan untuk menambah keberkesanan ucapan. TIP 3 BAGAIMANA GERAK GERI ANDA ? Tangan bergerak bebas tetapi tak berlebihan menghayun ke sana sini. dan lain-lain«stail mereka ´meletup !µ Muka 36 . Lihat Sukarno.Nehru.

senyum mesra. senyum marah. TIP 7 PALING MUSTAHAK «BAGAIMANA SENYUMAN ANDA HARI INI ? Senyum sinis. senyum simpul. senyum gawat. Kuatkan suara anda jika ingin menekankan sesuatu perkara dan kadangkala bagaikan berbisik untuk menarik perhatian pendengar. Susunan ayat serta selitan perkataan yang sedikit menarik akan menimbulkan kesan bagi ucapan anda. senyum manis... Tak perlu anda gunakan bahasa baku dan bahasa buku hingga menjadi bahan gurauan para pendengar. senyum kecewa. TIP 5 BAGAIMANA PULA SUARA ANDA ? Anda perlu mengalunkan suara tinggi rendah beserta intonasi yang naik turun menurut mood dan gaya kata-kata ucapan anda.bengkel TIP 4 BAGAIMANA PANDANGAN MATA ANDA ? Pandang mata para hadirin. senyum kasih. senyum bimbang.Yang mana satukah yang anda beri sewaktu berucap? Muka 37 . senyum nakal. TIP 6 BAGAIMANA KATA-KATA UCAPAN ANDA ? Gunakan kata-kata mudah dan yang paling selesa pada anda serta mudah difaham oleh pendengar. Pandang pada mata semua orang bagaikan seorang demi seorang hingga seluruh penuntun merasakan seolah-olah anda sedang bercakap dengan mereka. senyum sedih.

Teknik Penyampaian Langkah terakhir sebelum berucap adalah latihan. SENARAI SEMAKAN PERKARA a.. Analisa Penonton d. Analisa Tajuk b.. dan latihan! Muka 38 . Analisa Majlis c. Analisa Tempat PERSEDIAAN e. latihan.. Bahan * APD * Data-data * Fakta * Masa f..INGAT ! Sebelum kita berucap seharusnya kita menyemak senarai berikut.

dengan rentak tekan suara dan gerak badan. Berbicara depan cermin b. Mempelbagaikan corak interaksi sewaktu berbincang. berucap dalam diri. Menghayal. Para pengucap yang terkenal seperti Dale Carnagie sebagainya.... Bagaimana dengan diri anda ? Di antara latihan yang disyorkan adalah: a..bengkel INGAT ! LATIH & TERUS LATIH Latihan merupakan satu langkah terpenting untuk pengucapan awam yang berkesan. mesyuarat dan perbualan f. berlatih (rehearse) sebelum memberi ucapan yang sebenar. Kesemuanya ini dilakukan secara "senyap" Muka 39 . lihat d. Merakamkan suara. Setiap kali mereka berucap samada rasmi atau tidak rasmi juga adalah latihan melalui pengalaman... Berucap di hadapan rakan-rakan dan minta maklumbalas e. Video. dengar c.

NYATAKAN APA YANG BENAR ! Nyatakan apa yang sebenar jikapun anda telah membuat kesilapan«nyatakan anda silap ! Jikalau anda tak tahu«nyatakan anda tak tahu ! Muka 40 . 02. ulang semula soalan untuk pendengaran orang lain. DENGAR SOALAN DAN ULANGTAYANG Beri tumpuan pada soalan dan si pendengar dan kemudian. Jikalau ia memerlukan jawapan yang panjang. Guna stail jawapan 1«2«3 03. TUNJUK KEMESRAAN Tunjuk kelembutan pada wajah. rujuk semula tentang apa yang anda telah ucapkan. senyum dan kawal suara supaya pendengar tak melihat rasa sebenar yang anda sedang alami«marah atau meluat mendengar soalan ! 05. Misal. JAWAB TERUS Pandang terus pada orang yang bertanya dan jawab soalannya secara mudah difahami.bengkel MENGHADAPI PENDENGAR YANG KRITIKAL 01. buat tawaran supaya anda menjawab sepenohnya sewaktu rehat kelak. ´Seperti yang telah saya sebutkan tadi«µ 04. RUJUK PADA UCAPAN ANDA Bila menjawab soalan.

bengkel MENGHADAPI PENDENGAR YANG KRITIKAL 06. elakkan gara-gara cekak pinggang atau menuding jari«ia seolah-olah kita memarahi dia yang bertanya ! 08. JANGAN CEKAK PINGGANG Apabila menjawab. BIAR MUDAH DAN RINGKAS Segala jawapan sewajarnya anda ucap dengan ringkas. CUBA JANGKA SOALAN Cuba jangkakan apakah soalan atau pertanyaan yang akan dikemukankan oleh para pendengar«ia memudahkan anda menjawab apabila tiba pada masanya. 07. padat dan tepat ! Tak perlu berleretleret ! SENANG ¶AJE ! Muka 41 .

Gaya Bahasa * Mudah * Menarik * Ketepatan c. Isi * Kepadatan * Kesinambungan * Teratur * Kejelasan h. Gerak Geri * Menarik * Kesungguhan * Meyakinkan d. Pengenalan * Tarikan * Ringkas b. Tekanan Suara * Kelajuan * Tinggi Rendah * Menarik e.BAGAIMANA SKOR ANDA? SKOR PERKARA Tidak Memuaskan Memuaskan Sangat Memuaskan a. Penutup * Menarik * Ringkas Muka 42 . Tumpuan Mata * Menyeluruh * Berpandangan g. Perawakan * Pakaian * Hiasan * Gelagat f.