Daripada artikel journal yang telah diperolehi, terdapat banyak kepentingan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan. Salah satu daripadanya adalah mata pelajaran ini membolehkan pelajar meningkatkan dan mengembangkan kemahiran bahasa dan komunikasi mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam atau luar daripada bilik darjah. Selain itu, kelas Pendidikan Jasmani menyediakan peluang semulajadi untuk mempelajari pelbagai konsep dan aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Kanak-kanak yang melibatkan diri dalam kelas Pendidikan Jasmani juga, semakin hari akan merasai perubahan iaitu, menyebabkan badan mereka menjadi cergas dan otak mereka lebih cerdas berbanding kanak-kanak yang tidak melibatkan diri dengan kelas Pendidikan Jasmani. Kajian juga telah menunjukkan bahawa, proses semasa melakukan aktiviti senaman akan menyebabkan peningkatan psikologikal jangka masa pendek dan jangka masa panjang serta perkembangan mental. Aktiviti fizikal semasa pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani juga memberikan kesan positif biasa dalam keyakinan diri orang dewasa. Daripada artikel ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa Pendidikan Jasmani dapat meningkatkan tahap fizikal aktiviti dalam diri kanak-kanak. Selain itu juga, aktiviti fizikal dan kesihatan amat berkaitan, dengan tahap kecergasan seseorang yang sederhana sahaja dapat mengurangkan risiko penyakit dan kematian. Daripada artikel journal juga, kajian menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani, termasuk kurikulum sekolah memberi faedah fizikal, psikologikal dan intelektual kepada kanak-kanak. Pendidikan ini juga membantu mencegah penyakit, meningkatkan keadaan keseluruhan fizikal, mengekalkan kestabilan emosi, menganjurkan sosial berkesan, mempengaruhi pencapaian akademik serta mewujudkan aktiviti yang positif.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful