You are on page 1of 2

Perihal diri

Nama yang diberi sejak lahir oleh kedua ibubapa saya ialah Nadiahtul Husna Bt
Mustajab.Saya dilahirkan di Kampung Melayu Majidee,Johor Bahru pada 29 Jun1986 pada
pukul 8.56 pagi.Saya adalah anak kedua daripada tiga orang adik beradik terdiri dari abang
dan adik perempuan.Abang saya bernama Muhammad Asyraf.Abang saya berumur 25 tahun
dan kini sedang menuntut di Multimedia Science University,Shah Alam di tahun tiga dalam
bidang BioScience.Abang saya juga merupakan pelajar  tajaan MARA.Adik bongsu saya
bernama Ezzah Najibah yang berusia 18 tahun juga penuntut semester 1 di Multimedia
Science University,Shah Alam dalam bidang Sains Kesihatan.

Sementara itu,ayah saya berasal dari Kampung Sarang Buaya,Muar dan dilahirkan pada 4
Ogos 1956 iaitu setahun sebelum kemerdekaan Malaysia dan berusia 54 tahun.Kini,ayah saya
telah menetap di Johor  Bahru lebih dari 30 tahun.Ayah saya bekerja sebagai Pegawai
Pendidikan Agama Daerah Johor  Bahru yang beroperasi di Jalan Larkin Perdana,Johor
Bahru.Ayah saya telah berkahwin dengan ibu saya yang bernama Maimunah bt
Ali.Namun,usia ibu saya tidak panjang dan telah kembali ke rahmatullah pada 15 Disember
2009 pada pukul 4.30 petang ketika berusia 50 tahun.Ibu saya menghidap penyakit Paru-paru
Berair dan meninggal dunia di rumah kami.

Saya telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor,Kluang dari
tingkatan 1 hingga 5 dan seterusnya mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) di
Maahad Johor,Johor Bahru.

Saya juga pernah bekerja sebagai Guru Kebajikan atau lebih dikenali sebagai guru ganti
sementara selama beberapa bulan di dua buah sekolah agama iaitu Sekolah Agama Taman
Perling dan Sekolah Agama Lima Kedai di Johor Bahru pada tahun 2008 dan 2009 sebelum
menyambung pengajian di KUIS.

Perancangan Pengajian

Sehubungan dengan itu,saya telah memilih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS) sebagai tempat untuk menyambung pelajaran dalam bidang Syariah dengan Undang-
undang.Saya adalah pelajar kemasukan  sesi 2010/2011.Pengajian saya mengambil masa
selama 4 tahun iaitu 8 semester untuk graduan.

Selepas bergelar graduan nanti,saya merancang untuk membuka sebuah firma guaman khusus
membantu masyarakat tentang proses penceraian,perkahwinan,hak berumahtangga dan
pelbagai perihal berkaitan syariah.Selain itu,saya juga bercadang untuk melanjutkan lagi
pengajian dalam diploma lanjutan guaman di mana-mana IPT di dalam mahupun diluar
negara.
Kerjaya

Kerjaya adalah cita-cita saya iaitu menjadi seorang Peguam Syariah yang professional.Selain
mempunyai status dan kepercayaan dalam masyarakat,saya akan membantu masyarakat di
luar sana yang memerlukan khidmat nasihat dan bimbingan saya khususnya dalam hal
berkaitan syariah.Saya akan berusaha sedaya mungkin untuk memberi pengetahuan tentang
kehidupan berkeluarga dan hak-hak setiap insan apabila dirinya diancam.

Berbekalkan dengan pengalaman yang akan ditimba nanti,saya akan berusaha bagi
memastikan bahawa segala perancangan pengajian dan kerjaya saya akan  berjaya
direalisasikan selain bantuan kewangan bagi melancarkan perjalanan segala cita-cita saya.

You might also like