You are on page 1of 18

Pendahuluan

Kehidupan remaja hari ini penuh dengan pelbagai permasalahan sosial yang bukan
sahaja merunsingkan ibu bapa tetapi juga pemimpin negara. Banyak cara dan kaedah
telah digunakan untuk menarik mereka ini ke arah kebaikan untuk menjadi insan
berguna namun jalan yang salah dan hitam juga mereka pilih. Kes rogol, ragut,
penyalahgunaan dadah, berpeleseran di pusat-pusat beli belah, lumba motor haram
dan terbaru kes Black Metal yang mana semua ini semakin berleluasa dari sehari ke
sehari. Mereka seolah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan
kemudharatan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain.

Bagi pelajar yang masih bersekolah, menurut kajian yang dibuat juga 80% daripada
pelajar-pelajar di sekolah menengah tidak mendirikan solat.Kalaulah kajian ini benar,
sudah tentu, harapan pemimpin kita untukmelihat Wawasan 2020 tercapai masih
samar. Oleh itu sebelum keadaan lebih teruk lagi berlaku kerajaan kena
pantau atau mengambil tindakan yang bersesuaian dengan permasalahan ini. Kalau
tidak negara kita nanti akan menghadapi krisis identiti. Ini kerana sesebuah Negara
dikenali kerana identitinya.

Berbanding negara-negara lain contohnya negara Vietnam, Thailand, Filipina, Jepun


masing-masing tebal dan bangga dengan budaya dan cara hidup mereka. Sepatutnya
remaja Melayu mesti bangga dan berbesar hati dengan identiti orang Melayu. Tetapi itu
tidak kelihatan. Mereka dengan mudah mengambil pengaruh dari barat sedangkan
mereka tahu pengaruh dari Barat itu tidak elok tetapi 'kita' sengaja membiarkan perkara
ini berlaku.

Mengapakah semua ini boleh berlaku? Factor utama yang menyumbang kepada
adalah disebabkan oleh perubahan emosi dan psikologi apabila mencapai akil baligh.

1
1.0 Akil Baligh Bagi Wanita

Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda
berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa.Perubahan-perubahan ini
termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.Ia disebabkan bahan kimia di dalam
badan yang dipanggil hormon. Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi
perempuan.

1.1 Perbezaan Usia Akil Baligh Wanita

Tidak semua orang akan mencapai akil baligh pada usia yang sama. Ada
sesetengah individu yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Antara
kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :

1. nutrisi yang lebih baik

2. stres

3. berpunca daripada bahan kimia di dalam makanan.

1.2 Pilihan rawatan

Apakah yang boleh doktor lakukan jika seseorang itu mengalami akil baligh terlalu
awal mahupun terlalu lewat?Terdapat beberapa rawatan untuk wanita yang mengalami
masalah akil baligh terlalu lewat, antaranya adalah :

1. Doktor akan mengambil sejarah perubatan dari individu tersebut atau ibu bapa
individu itu.

2. Pemeriksaan fizikal akan dijalankan. Siasatan akan dibuat seperti melakukan ujian
darah, x-ray dan ujian yang berkaitan bagi mencari sebarang punca.

3. Merawat penyakit dasar/sebenar (seperti tumor pada ovari dan otak)

2
4. Terapi hormon untuk merawat hormon yang tak seimbang. Rawatan hormon yang
khusus bagi kelewatan akil baligh akan ditentukan oleh doktor bergantung pada
umur, keseluruhan sejarah kesihatan dan perubatan, tahap keadaan penyakit dan
melaui pendapat dan kehendak.

1.0 Rajah Akil Baligh Awal dan Kelewatan Akil Baligh

  Akil baligh yang awal Kelewatan akil baligh

Definisi  Perkembangan seksual berlaku  Tidak ada tanda


sebelum umur 8 tahun bagi perkembangan seksual pada
kanak-kanak perempuan dan 9 umur 13 tahun bagi
tahun bagi kanak-kanak lelaki perempuan dan 14 tahun
bagi lelaki

Penyebab  Penyakit otak seperti tumor  Keturunan


atau kesan masalah penyakit (berlaku dalam keluarga)
otak yang lalu  Keabnormalan kromosom
(genetik)
 Penyakit kronik seperti
penyakit buah pinggang,
hati dan darah

Tanda - Kanak-kanak Perempuan: Kanak-kanak Perempuan:


tanda dan
gejala  Pembentukan payudara  Tiada/ kurang pembentukan
berlaku sebelum umur 8 tahun payudara pada umur 13
 Pertumbuhan awal bulu-bulu tahun
badan: di ketiak dan  Jarak antara pembentukan
kemaluan. payudara dan kitaran haid
 Kitaran haid bermula awal bermula lebih dari 5 tahun
 Kurang bulu kemaluan pada
umur 14 tahun
 Ketiadaan permulaan
kitaran haid pada umur 16
tahun

Kanak-kanak Lelaki: Kanak-kanak Lelaki:

 Pembesaran awal pada zakar  Kurang perkembangan pada


dan testis testis pada umur 14 tahun
 Pertumbuhan awal bulu-bulu  Kurangnya pertumbuhan

3
badan: di ketiak, kawasan bulu pada umur 15 tahun
kemaluan, misai dan janggut  Perkembangan pembesaran
 Perubahan suara yang awal: alat genital (kelamin)
lebih garau dan dalam melebihi 5 tahun

2.0 Perkembangan Emosi Akil Baligh Wanita

Perkembangan emosi pada peringkat akil baligh ditandai dengan emosi yang tidak
stabil dan penuh gejolak. Pada masa ini mood (suasana hati) boleh berubah dengan
sangat cepat. Terdapat beberapa teori mengenai perkembangan emosi ketika akil
baligh, antaranya :

2.1 Mihalyi dan Reed Larson (1984)

Antara kajian beliau, beliau telah menemukan bahawa :

1.Remaja rata-rata memerlukan hanya 45 minit untuk berubah dari mood “senang luar
biasa” ke “sedih luar biasa”, sementara orang dewasa memerlukan beberapa jam
untuk hal yang sama.

2.Perubahan emosi ini berkait rapat dengan kematangan hormon neurontransmitter


yang terjadi pada wanita.

3.Stres emosional yang timbul berasal dari perubahan fizikal yang cepat dan luas
yang terjadi sewaktu akil baligh.

2.2 Havighurst

wanita yang akil baligh mencapai kemandirian emosional dari ibu bapa dan orang-
orang dewasa lainnya. Hal ini akan membuat mereka melawan keinginan atau
bertentangan pendapat dengan orang tuanya. Dengan ciri khas remaja yang penuh
gejolak dan emosional, pertentangan pendapat ini seringkali membuat mereka menjadi
pemberontak di rumah. Apabila masalah ini tidak diselesaikan, remaja cenderung
mencari jalan keluar di luar rumah, iaitu dengan cara berdampingan dengan teman-

4
teman sebaya yang senasib. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka yang
seusia adalah lebih kurang sama dan masing-masing masih belum berjaya
menyelesaikan masalah, bahkan jalan penyelesaian yang dipilih adalah kurang
bijaksana. Masalah ini muncul dalam hidup remaja melalui pelbagai jenis cara.

2.3 Allport (1961)

Allport telah menjelaskan bahawa remaja mempunyai cirri-ciri mereka yang


tersendiri. Anataranya adalah:

1. Berkurangnya egoisme, sebaliknya tumbuh perasaan saling memiliki. Salah satu


tanda yang khas adalah mulanya perasaan untuk mencintai orang lain dan alam
sekitarnya.

2. Kemampuan untuk mendalami rasa dengan orang yang dicintainya dan dapat
merasakan penderitaan yang dialami oleh orang yang dicintainya.

3. Berkembangnya “ego ideal” yang membawa maksud kepada cita-cita, idola dan
sebagainya yang menggambarkan bagaimana wujud ego (diri sendiri) di masa depan.

4. Melihat diri sendiri secara objektif yang ditandai dengan kemampuan untuk
mempunyai wawasan tentang diri sendiri dan kemampuan untuk menangkap humor
termasuk yang menjadikan dirinya sebagai sasaran.

5. Mereka tidak marah jika dikritik kerana mereka merasakan mereka sudah dewasa
dan apa yang mereka lakukan adalah benar.

6. Mereka memiliki falsafah hidup tertentu, tanpa perlu merumuskannya atau


mengucapkannya dalam kata-kata.

5
7. Perhubungan mereka dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan sebaya dan
hubungan percintaan amatlah rumit kerana pada masa ini, para remaja mengalami satu
proses kesedaran kendiri.

8. Mereka sering memikirkan tentang pandangan dan pendapat orang lain tentang
dirinya sendiri dan mereka sering bertukar pendirian, pendapat, ideologi dan kawan-
kawan.

2.4 Erikson

Erickson telah menjalankan kajiannya tentang remaja dan mendapati remaja


mempunyai ciri-ciri yang khas. Antaranya adalah :

1. Mereka mengalami konflik sosial diantara pengertian identiti diri dengan kekeliruan
peranan yang ada padanya. Mereka akan bertanyakan ‘siapakah saya’,
‘apakahtujuan hidup ini’ dan ‘kemanakah arah sendiri’.
2. Mereka mempunyai keinginan untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa, untuk
berdikari dan untuk membuat apa-apa yang disukainya tetapi dalam masa yang
sama memerlukan bimbingan terutamanya dari segi kewangan dan tempat tinggal.

3.0 Akibat Daipada Pergolakan Emosi

Banyak masalah akan timbul apabila terjadinya gangguan emosi. Antaranya


adalah :

1.Mereka cenderung untuk berpisah dengan ibu bapa mereka kerana mengaggap
kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting. Kawan-kawanlah tempat mereka
berkongsi pandangan serta bertukar-tukar fikiran serta pendapat.

2. Hubungan percintaan juga amat penting bagi mereka.

6
3. Segala apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka adalah betul dan apa yang
penting di sini ialah proses identifikasi kepada norma-norma kumpulan kerana identiti
kumpulan adalah identiti mereka.

4. Gemar menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah, iaitu berkumpul
di pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, bersiar-siar di Bandar dan sebagainya.

5. Ada yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah, mencuri, memasuki kumpulan
haram dan kegiatan perlacuran.

6. Mereka terlalu taksub dengan dunia percintaan. Dalam hal ini mereka selalu
menyamakan di antara persahabatan dengan percintaan dan seterusnya percintaan
dengan seks. Ramai di antara mereka terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang
sumbang dan bersalahan di sisi agama.

7. Ada juga yang menganggap jika terlalu tumpu pada pelajaran, mereka tidak
berkesempatan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini
menyebabkan mereka tercicir di dalam pelajaran mereka.

4.0 Perubahan Psikologi

Menurut Achentech dan Edelrock (1987) terdapat dua jenis masalah yang akan
menimpa seseorang wanita ketika mencapai akil baligh. Antaranya adalah :

4.1 Kecelaruan Dalaman

Kecelaruan dalaman adalah seseuatu perasaan yang terjadi akibat daripada


gangguan psikosomatil. Ianya merupakan perubahan dari segi gejala social dan
kognitif. Anatara contohnya adalah seperti kemurungan, mementingkan diri sendiri,
sering rasa bersalah dan sebagainya.

4.2 Kecelaruan Luaran

Kecelaruan luaran pula merujuk kepada gangguan-gangguan tingkah laku seperti


tingkah laju delikuen, penyalahgunaan dadah, alcohol dan ponteng sekolah.

7
Perubahan-perubahan apabila seseorang itu mengalami perubahan psikologi dapat
dilihat seperti :

1.berlaku perubahan corak pemakanan dan tidur

2. rasa sedih dan menangis secara tiba-tiba

3. mengalami masalh pembelajaran secara tiba-tiba

4. emosi mempengaruhi kehidupan seharian

5.0 Perkembangan Mental

Perkembangan emosi mampu mempengaruhi perkembangan mental seseorang.


Perubahan emosi dan fizikal yang berlaku begitu pesat kadangkala tidak dapat
ditangkap oleh perkembangan mental. Antara contoh perkembangan mental adalah :

a. remaja mudah keliru dan serba tidak kena

b. perkembangan otak berlaku dengan pesat iaitu 30% menuju kesempurnaan

c. mula mencari identiti sendiri dan mula berlaku kecelaruan identity

6.0 Pengaruh-pengaruh Perubahan Emosi dan Psikologi Remaja Semasa Akil


Baligh

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan emosi seseorang itu terganggu.
Faktor-faktor itu adalah pengaruh daripada ibu bapa dan rakan sebaya.

6.1 Ibu Bapa

Terdapat perbezaan dan pengalaman di antara ibu bapa dan remaja. Perbezaan
inilah yang dinamakan sebagai jurang generasi. Jurang generasi merupakan konfilk
yang timbul di antara ibu bapa dan remaja. Perhubungan ibu bapa dan remaja akan

8
baik sekiranya mereka berjauhan seperti remaja melanjutkan pelajaran ataupun bekerja
di tempat lain. Hubungan anatara tingkah lakj dan personaliti remaja adalah dipengaruhi
oleh cara-cara didikan ibu bapa mereka.

Baurmind (1968) telah mengenal pasti terdapat lima jenis gaya keibu bapaan.
Antaranya adalah :

6.1.1 Ibu Bapa Autoritarian

Ibu bapa seperti ini cenderung mengawal tingkah laku anak-anak dengan
menggunakan standard yang mutlak dan kawalan yang ketat. Dengan cara ini
menyebabkan remaja lebih mematuhi peraturan dan akur kepada pihak yang lebih
berkuasa. Remaja yang dididik dengan cara ini juga cenderung melahirkan remaja yang
berfikiran konkrit, idea yang konvensional dan menyimpan perasaan marah secara
terkawal.

6.1.2 Ibu Bapa yang Mengabaikan Anak-anak

Mereka yang terlibat dalam golongan ini adalah mereka yang tidak begitu keras
mengawal tingkah laku anak-anak. Remaja yang tidak dapat membendung perasaan
marah akan melepaskannya dalam bentuk tingkah laku yang anti-sosial.

6.1.3 Ibu Bapa yang Amat Melindungi

Ibu bapa seperti ini sukar untuk melepaskan anak-anak mereka melakukan aktiviti
dengan sendri dan setiap keputusan akan ditentukan oleh ibu bapa sendiri. Hal ini akan
menyebabkan remaja itu memberontak kerana rasa hidupnya sentiasa dikongkong.

6.1.4 Ibu Bapa Permisif

Ibu bapa seperti ini adalah ibu bapa yang membenarkan remaja menggunakan diri
mereka sebagai sumber serta mengikut kehendak remaja tanpa mendesak keinginan
mereka. Remaja yang menerima didikan seperti ini mempunyai tingkah laku yang
agresif dan tidak bertanggungjawab.

6.1.5 Ibu Bapa Autoritatif

9
Ibu bapa seperti ini mesra dengan anak-anak dan menerima mereka dengan baik
serta dalam masa yang sama memberi kebebasan kepada mereka. Ibu bapa
menggunakan budi bicara mereka dalam mengawal dan mendisplinkan anak-anak
supaya dapat disesuaikan dengan keperluann mereka.

6.2 Rakan Sebaya

Remaja yang tidak disanjung akan disingkirkan oleh rakan-rakan kerana sikap
mereka yang agresif, sombong dan terlalu mendesak akan merasa kurang yakin pada
diri sendiri. Mereka penakut dan cuba menjauhkan diri daripada rakan sebaya. Melalui
cara ini juga, remaja berpeluang mencuba pelbagai peranan identity yang akhirnya
akan menyumbang kepada personalitinya kelak.

7.0 Cara-cara Menangani Emosi

7.1 Agama

Agama merupakan panduan dan pegangan bagi setiap insan. Anntara cara-cara untuk
menyelsaikan masalh emsosi adalah :

1. sebaik-baiknya kita mendapatkan ajaran-ajaran daripada agama seperti


mengambil wuduk.

2. Kita juga boleh menagmbil nilai-nilai murni agama sebagai bantuan untuk hidup.

7.2 Ibu bapa

Ibu bapa adalah penentu segala-galanya bagi membantu meringankan pergolakan


emosi ketika akil baligh. Antara cara-cara untuk ibu bapa membantu anak-anak yang
sedang mengalami pegolakan emosi adalah :

1. Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya


kepada anak-anak mereka terutamanya cara berpakaian yang sepatutnya bagi wanita.

2.Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa mereka dan sering
menasihati mereka.

3. Ibu bapa perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing mereka.


10
4. Bagi mereka yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki
pasangannya itu.

5. Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja.

6. Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka dan
terlalu mengongkong yang menyebabkan mereka memberontak

7. Harus sentiasa memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai
dengan mental mereka.

8. Wujudkan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri agar tiada
jurang.

9. Berikan peluang kepada remaja untuk melontarkan idea mereka dan meluahkan apa
yang mereka simpan di dalam hati.

7.3 Individu

Bagi menyelesaikan masalah berkaitan individu itu harus

1. Mengenal pasti jenis stres yang dialami dalam kehidupan.

2. peka terhadap tahap ambang stress.

3 Mereka perlu menangani ketegangan seksual dengan peka terhadap ketagihan


merancap dan melakukan hubungan seks casual yang dipengaruhi oleh rakan
sebaya berkemungkinan disebabkan ketidakupayaan menangani stres dan
tekanan.

4 Memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah boleh menjauhi seseorang dari
melayani tekanan perasaan sehingga melakukan perbuatan yang melampaui
batas agama dan budaya sepertimembunuh diri.

5 Sentiasa mengingati dan meneliti kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

6 Menghindari perkara-perkara yang boleh merangsangnya melalui


penglihatan,pendengaran, pemikiran, percakapan dan perbuatan.

11
Rumusan

Remaja adalah tunggak utama bagi sesebuah Negara kerana merekalah yang bakal
merealisasikan aspirasi Negara. Namun, tidak semua remaja yang mampu
meraliasasikan aspirasi Negara kerana ramai yang jatuh disebabkan kegagalan mereka
mengawal emosi.

Oleh hal yang demikian, ibu bapa harus memainkan peranan mereka sebagai pendidik
kepada anak-anak mereka. Jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab mereka
sebagai pendidik kepada anak-anak.

Bukan ibu bapa sahaja yang bertanggungjawab, individu itu sendiri haruslah pandai
mengawal emosi remaja mereka yang sedang menggelocak, sentiasa berfikiran
rasional dan pandai memilih rakan sebaya.

Didikan agama yang cukup amatlah penting untuk mengawal kestabilan emosi kerana
dalam setiap agama itu sendiri ada memberitahu mengenai cara-cara untuk menangani
masalah yang sedang dihadapi.

12
Kesimpulannya, bagi melahirkan seseorang remaja yang berpersonaliti yang baik,
semua pihak harus bekerjesama membantu untuk menghalang dan mengawal remaja
daripada terus hanyut ditelan keseronokan dunia.

Rujukan

1. Haliza Hamzah dan Joy N Samuel. (2009) Perkembangan Kanak-kanak.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN BHD

2. Author, Tan Lean Wooi (A105595). Perkembangan Sosial dan Emosi Remaja
file:///D:/assiGNMEnNnnntt/degree%20sem%202/pj/pke/Blog%20Psikologi
%20Perkembangan%20Remaja.htm . Accesed on 29 Julai 2010

13
3. Author, Arfi Nurul Hidayah. Perkembangan Emosi pada Remaja.
file:///D:/assiGNMEnNnnntt/degree%20sem%202/pj/pke/emosi%20asgmnt
%201.htm . Accesed on 29 Julai 2010

4. Author, My Health For Life. Informasi Tentang Akil Baligh Lelaki dan
Perempuan.file:///D:/assiGNMEnNnnntt/degree%20sem%202/pj/pke/akil
%20baligh.htm . Accesed on 31 Julai 2010

Refleksi

Ainul Nadzirah Binti Mohd Halim

900422-01-6410

Melalui kerja kursus ini, saya dapati kerja kursus ini sangat member banyak faedah
kepada saya.Saya telah diberi tajuk mengenai perubahan emosi dan psikologi wanita
ketika akil baligh. Walaupun ianya melibatkan emosi dan psikologi, saya rasa ianya
bikanlah satu perkara yang membebankan kepada saya. Malahan saya berasa seronok
kerana saya dapat mengetahui mengenai emosi individu yang mencapai akil baligh
seterusnya dapat saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya jika saya mempunyai
anak perempuan kelak. Terdapat pelbagai dugaan yang telah saya hadapi, antaranya
masalah kekangan masa kerana jadual kelas yang terlalu padat sehingga tidak

14
mempunyai masa yang lebih untuk membuat rujukan yang lebih mengenai tugasan.
Saya juga kurang jelas mengenai tugasan yang telah diberikan. Namun dengan hasil
perbincangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing Cik Shireena bt Ja’afar
masalah-masalh ini dapat dibendung. Saya juga rasa sangat bersyukur kerana rakan-
rakan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini walaupun mereka juga
sibuk untuk menyiapkan tugasan mereka. Seseungguhnya, emosi sangat memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Jika hidup kite diganggu oleh emosi,
maka akan binasalah hidup kita. Kita juga perlu sentiasa pandai mengawal emosi dan
sentisa bersedia dalam apa jua keadaan. Bagi saya hasil kerja akan jadi lebih berkualiti
jika kerja kursus ini dilakukan secara berkumpulan kerana lebih banyak idea dan
pendapat dapat disalurkan. Tetapi saya tetap bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan
izinnya saya mampu menyiapkan tugasan tepat pada masanya. Saya berharap kerja
kursus yang akan dating mampu saya siapkan tepat pada masa dan lebih berkualiti.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : AINUL NADZIRAH BINTI MOHD HALIM

900422-01-6410

KUMPULAN : PISMP PEN.JASMANI/

PENDIDIKAN KESIHATAN/B.MELAYU

SEMESTER : 2

15
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN KESIHATAN DAN SEKSUALITI

PENSYARAH PEMBIMBING : CIK SHAIREENA BT JA,AFAR

TARIKH PERKARA YANG CATATAN TANDA TANGAN


DIBINCANGKAN

27/Jul /2010 Menerima soalan Tugasan perlu


tugasan dan dihantar selewat-
taklimat daripada lewatnya pada 10
pensyarah-Cik Ogos 2010
Shaireena bt Ja’afar

(Cik Shaireena bt
Ja,afar)

30/Jul/2010 Memahami
kehendak soalan
tugasan melalui Mencari maklumat (Cik Shaireena bt
perbincangan di perpustakaan dan Ja,afar)
bersama pensyarah melalui pelayaran
pembimbing internet.

(Ainul Nadzirah)

31/Jul/2010- Mengumpulkan Mencari sebanyak


2/Ogos/2010 maklumat yang mungkin maklumat
dicari dan membuat yang ada
perbincangan. (Ainul Nadzirah)
Tugasan ditaip.

16
3/Ogos/2010 Tugasan yang Perbincangan
diberikan disemak bersama pensyarah
semula untuk pembimbing
memastikan isi (Cik Shaireena bt
kandungannya Ja,afar)
tepat dan membuat
perbincangan
dengan pensyarah
pembimbing untuk
memastikan
ketepatan
kandungan (Ainul Nadzirah)

6/Ogos/2010 Maklumat yang Memperbaiki


dikumpulkan telah tugasan
ditaip. . (Cik Shaireena bt
Ja,afar)
Semakan terakhir
oleh pensyarah
pembimbing dan (Ainul Nadzirah)
ulasan mengenai
tugasan

10/Ogos/2010 Tugasan telah Tugasan di


diserahkan kepada serahkan.
(Cik Shaireena bt
Cik Shaireena bt Ja,afar)
Ja,afar

17
(Ainul Nadzirah)

18

You might also like