You are on page 1of 351

43

PENGENALAN

Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Indahnya Bahasa Melayu, begitu halus sehingga menusuk kalbu.


Daripada banyak faktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan
daripada begitu banyak bahasa, Bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa
kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di
negara Malaysia. Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa
Melayu tentunya Bahasa Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga
berupaya mengangkat bahasa ini sebagai Teras Perpaduan Bangsa Malaysia.

Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa


rasmi dan basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa
Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum
di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang
merdeka pada tahun 1957.

Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu diabadikan dalam bentuk


dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang
termuat dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah
Melayu atau Malaysia yang merdeka.

Maka sejak itu, Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya


termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa
rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah serta universiti, malahan
penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya Datuk Seri
Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti
di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini. Ini bererti Bahasa Melayu
yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur
bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.
43

Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987


membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat
bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak
kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum. Buktinya yang jelas ialah
dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis bagi SJK(C) dan
SJK(T) dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa
Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja.
Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga
mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasrat yang telah dinyatakan di


atas bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan dalam sekelip mata. Sehubungan
itu, kerajaan secara seriusnya telah menggubal Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
sebagai dasar, penentu arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua
usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna,
semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan
FPK ini seperti yang dinyatakan:

“Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke


arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.”
43

Sehubungan dengan itu, usaha guru dalam merealisasikan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya
memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani, emosi, dan
rohani secara keseluruhan dan bersepadu. Pelaksanaan pengurusan dan
pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran
dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam
keadaan yang baik dan selamat. Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat
dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah
dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat
membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahu pun
tenaga yang diperlukan.

Sesungguhnya, misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah


memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta
membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan
pendidikan serantau dan bertaraf dunia. Pencapaian misi dan matlamat
pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia meliputi komponen-komponen
prasarana yang berkualiti, aplikasi teknologi yang canggih (ICT), warga
pendidikan yang proaktif, kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan
perkembangan kini, peluang diadakan untuk Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D) dan ada Dasar Pendidikan terbuka.

FPK secara khususnya bertujuan melahirkan beberapa implikasi-implikasi


kepada sistem pendidikan kita. Umpamanya, implikasi terhadap kurikulum.
Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi perubahan sukatan pelajaran yang
berorientasikan kepada program bersepadu. Perubahan bahan-bahan pelajaran
yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran
untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis.

Seterusnya ialah implikasi terhadap pendidik. Perubahan sikap pendidik


dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan amatlah dituntut. Ini meliputi perubahan sikap
43

peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap
tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya
yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan
serta berakhlak mulia.

Andainya ini dapat dijadikan sebagai tekad di dalam diri setiap pendidik,
maka implikasi yang lebih besar khasnya implikasi terhadap Institusi pendidikan
akan berlaku. Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang
sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah
Pendidikan Kebangsaan akan terlaksana. Ini meliputi perubahan kemudahan-
kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi
mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh
dan seimbang. Perubahan aktiviti budaya dan iklim sekolah yang kondusif dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar serta melahirkan pelajar-pelajar
yang cintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam
kalangan mereka.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Berbalik kepada kekuatan Bahasa Melayu sebagai wahana perpaduan


masyarakat majmuk di Malaysia, semangnya kepentingannya tidak dapat
disangkal lagi. Kesungguhan kerajaan dalam memberi penekanan terhadap
penguasaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat dapat dilihat menerusi bidang
pendidikan. Bahasa Melayu diwartakan sebagai salah sebuah mata pelajaran
teras yang perlu disampaikan dengan teliti dan mengikut peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Justeru itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal


dengan memberi penekanan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan
43

bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa
ilmu untuk pembelajaran seumur hidup selaras dengan kehendak yang
dinyatakan di dalam FPK.. Pendidikan Bahasa Melayu juga memberikan
pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan
yang berbeza antara satu sama lain di kalangan murid dengan menekankan
pembelajaran masteri dan penerapan kemahiran bernilai tambah. Dengan
merujuk kepada sukatan ini, kita dapat melihat gambaran yang menyeluruh
tentang kurikulum Bahasa Melayu.

KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,


kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan
teras kepada penguasaan bahasa baku.

PROSES MENDENGAR

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar


dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Individu lebih banyak
belajar mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Aspek
fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran.
Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang lojik dan berkesan.
Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. Pendengaran
untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah-
hujah dan bukti-bukti. Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas
positif terhadap muzik, kesusasteraan dan lain-lain aspek seni dan estetika.
Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk
dan isi.

Proses mendengar biasanya berlaku dalam empat peringkat:


i. Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa
43

ii. Memahami bunyi-bunyi tersebut


iii. Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan
iv. Bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi

Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran


lain seperti kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Individu lebih banyak
belajar mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Aspek
fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran.
Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang lojik dan berkesan.
Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. Pendengaran
untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah-
hujah dan bukti-bukti.

Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif


terhadap muzik, kesusasteraan dan lain-lain aspek seni dan estetika.
Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk
dan isi.

Prinsip-Prinsip Mengajar Kemahiran Mendengar

Seperti yang telah dinyatakan, kemahiran mendengar hendaklah


digabungjalin bersama-sama kemahiran lain. Murid-murid tidaklah diminta untuk
mendengar sahaja sepanjang masa tanpa memberitahu atau bertindak balas
daripada apa yang didengar. Kemahiran mendengar adalah juga satu latihan
yang juga dianggap dinamik dan aktif. Oleh kerana itu, latihan-latihan yang
dirancangkan hendaklah berteraskan sesuatu tugasan yang boleh membawa
kepada sesuatu aktiviti tertentu.

Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajarkan haruslah difikir dan
dirancang dengan teliti dan dalam berbagai-bagai cara untuk membolehkan
murid-murid bertindak balas terhadapnya secara maksimum. Mereka boleh
menunjukkan kefahaman mereka melalui bahasa atau melalui aksi atau cara-
cara lain yang berkesan. Motivasi adalah penting untuk memelihara dan
43

meningkatkan minat mendengar di kalangan murid-murid. Adalah amat penting


bagi guru-guru untuk memberi peluang murid-murid berlatih mendengar
sebanyak yang mungkin dan terdaya.

Ada beberapa peringkat kemahiran mendengar. Pertamanya ialah


Peringkat awal. Pada ketika ini, murid-murid akan mengecam, mengajuk dan
memilih bunyi. Mereka akan mendengar dan mengecam makna perkataan,
rangkai kata dan ayat-ayat. Selepas itu, mereka melakukan sesuatu yang disuruh
oleh guru dengan menjalankan perintah dan permintaan yang disampaikan.
Kemahiran mendengar yang didedahkan ketika ini bertujuan membolehkan juga
murid-murid bertindak terhadap soalan-soalan yang mudah. Misalnya, dalam
dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu Tahun 2, muka surat
19, kemahiran 1.3, Aras 1 (i) Mendengar dan memahami arahan atau pesanan
dengan teliti.

Peringkat seterusnya iaitu Peringkat pertengahan. Dalam tempoh ini


murid-murid diajar mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan
terperinci. Kemudian mereka juga diajar mengenal informasi-informasi spesifik
atau maklumat khusus dan mengesan urutan sesuatu maklumat yang
ditunjukkan. Mengenal sebab dan akibat, perhubungan orang-orang yang
berinteraksi dan sikap serta perasaan orang yang bercakap turut disampaikan
oleh guru di peringkat pertengahan ini. Contoh kemahiran yang dapat dilihat
dalam peringkat ini ialah kemahiran 1.3, Aras 2 (i) Mengecam perkataan
berbentuk arahan serta pesanan ataupun Aras 2 (ii) Menerima dan
melaksanakan arahan serta pesanan dengan betul.

Setelah murid-murid berjaya di kedua-dua peringkat yang telah disebutkan


tadi, guru akan memperkenalkan pula kemahiran peringkat maju. Pada tahap ini
murid diajar mengenal isi-isi penting, mengenal peranan dan perhubungan orang
yang bercakap, mentafsirkan maksud orang yang bercakap, memberitahu fungsi
tekanan dan intonasi, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar, mengikut
aliran dalam dialog atau perbualan dan yang terakhir sekali ialah mentafsirkan
tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur tatabahasa.
43

KEMAHIRAN BERTUTUR

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara


lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan,
serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
sopan. Penekanan diberikan kepada pengucapan yang menggunakan
tatabahasa yang betul.

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada


alat-alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi
dalam suasana berbahasa. Kemahiran bertutur berlaku di peringkat produksi. Ia
bukan dicipta oleh murid tetapi ditiru dan diajuk. Oleh kerana itu. model-model
yang diperdengarkan haruslah model-model yang baik supaya murid-murid boleh
bertutur secara berkesan.

Konsep-Konsep Pertuturan

Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang


dilafazkan. Pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur
itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan
otaknya. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh mempengaruhi
kemahiran bertutur. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi
tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi
yang lain.

Aspek-Aspek Pertuturan

Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian oleh guru dalam
kemahiran bertutur. Antaranya ialah sebutan. Dari segi sebutan, murid-murid
diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan,
rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu
43

dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus boleh menyebut dengan betul
mengikut bunyi, ejaan dan makna.

Kemudian, tekanan iaitu cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat
dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan
dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut
sesuatu pengucapan.

Seterusnya ialah aspek mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu


bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab.
Unsur ini biasanya tidak jelas dalam bahasa Melayu dan kalau adapun ia tidak
membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam bahasa
Inggeris dan Arab.

Selain daripada itu, aspek lain yang perlu diberi perhatian ialah jeda.
Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la digunakan memisahkan elemen-
elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam buah
ayat yang diucapkan, jeda diucapkan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh
membawa makna yang berbeza jika digunakan.

Aspek intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun semasa
sesuatu ayat dilafazkan. Ia kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat
dalam bahasa Malaysia biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis
ayat yang dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan
sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat
manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun. Aspek intonasi
sangat ditekankan di dalam mengajar Bahasa Melayu. Di dalam HSP Bahasa
Melayu, ia merupakan satu kemahiran yang perlu diajar setiap masa bersama
dengan aspek sebutan untuk memastikan pengucapan atau pembacaan murid
adalah sesuai mengikut konteks sesuatu ayat. Contohnya dalam HSP Bahasa
Melayu Tahun 2, muka surat 21 iaitu kemahiran 2.0, Aras 2 (i). Menceritakan
cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
43

Selanjutnya ialah aspek nada iaitu keadaan bunyi yang menaik atau
menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang
muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap
nada ini mewakili.satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat
fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam bahasa Cina.

Kemudian aspek tatabahasa. Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan


atau undang-undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-
peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. la terdiri daripada aspek
fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan walaupun lumrahnya
aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan
bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.

Tidak kurang pentingnya juga ialah aspek kelancaran yang bermaksud


murid-murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu
bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan
semasa percakapan itu berlangsung.

Diikuti oleh aspek kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan


sahaja dalam bentuk yang kemas, licin, teratur dan lancar tetapi mereka juga
boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang
dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang
penutur jati yang terpelajar.

Dan yang terakhir ialah aspek laras bahasa. Dalam hal ini ialah murid-
murid boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan
situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan
bahasa itu untuk tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pertuturan

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi pertuturan. Pertama ialah faktor


kecerdasan. Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan
43

kemampuan menghasilkan bahasa. Kedua ialah faktor kesihatan. Ini bermaksud


jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil
penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah
dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.

Ketiga ialah faktor fizikal. Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-


organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau
tidak lagi berfungsi maka pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.
Keempat ialah faktor persekitaran. Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan
perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-
kanak.

Kelima ialah faktor jantina. Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan


didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak
lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang
berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada
kanak-kanak lelaki.

Faktor keenam yang mempengaruhi pertuturan ialah faktor dwibahasa.


Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan
kanak-kanak dwibahasa. Ini disebabkan oleh gangguan-gangguan bahasa
ibunda (pertama).

Peringkat-Peringkat Kemahiran Bertutur

Seperti juga kemahiran mendengar, kemahiran bertutur juga melalui tiga


iaitu peringkat awal, pertengahan dan maju.

Dalam peringkat awal kemahiran pertuturan yang ditekankan ialah:


a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.
b). Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
43

e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.


f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
g) Memberi arahan.
h) Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
i) Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.

Peringkat pertengahan:
a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.
b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau bersiri.
c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung peribadi seorang masa
bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.
f) Membaca iklan, peraturan-peraturan.
g) Memberi ucapan pendek dan mudah.
h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
i) Memberi komen secara mudah.
j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara
mudah.

Peringkat maju:
a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
proses dan sebagainya
b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya.
c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau
dialog.
d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan).
h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan,
seminar dan lain-lain.
i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
43

j) Mendeklamasi puisi.
k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

AKTIVITI-AKTIVITI LISAN

Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah


atau temubual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang
membolehkan murid-murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam
bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari.
Latihan sebutan. penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipraktikkan.
Aktiviti-aktiviti di atas bolehlah dijadikan rangsangan atau model aktiviti lisan
sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas.

Aktiviti Perbualan

Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu


tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan mendapat peluang berbual dengan
guru. Oleh kerana itu guru bolehlah guru meyusun atau meminta murid-murid
sendiri memilih kawannya. Mereka akan berbual-bual mengenai tajuk yang telah
ditetapkan oleh guru.,Dengan ini setiap murid berpeluang bercakap dalam satu
waktu.

Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu


sendiri yang menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut
tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan
menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu. Ketika
murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi misalnya yang
pertama, guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid
dalam perbualan itu. Kedua, guru memilih satu daripada isi penting yang terdapat
dalam senarai itu untuk dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya
guru merancangkan tajuk yang hendak dibincangkan itu, yang dijangka akan
43

dikemukakan oleh murid-murid. Jika tajuk itu tidak disebut oleh murid-murid guru
bolehlah kemukakan soalan-soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang
dirancangkan itu. Contohnya seperti berikut:

Tajuk: 'Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos'. Kemukakan


beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan dengannya.
Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-bahagian tertentu
seperti posmen, kerani, penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan lain-
lain lagi. Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos
seperti setem, bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang
telegram dan sebagainya.

Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas.


Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem,
telegram, bungkusan dan lain-lain. Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap
kaunter. Tetapkan murid-murid yang akan memegang peranan sebagai pembeli,
penghantar surat. penghantar bungkusan dan sebagainya. Tetapkan perbualan-
perbualan yang dikehendaki misalnya, minta beli setem, bertanyakan harga,
minta wang pos, hendak mengeluarkan wang dan sebagainya.

Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem


dengan harga-harganya (misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, $1.00) dan
seterusnya setakat yang sesuai dengan pengetahuan membilang dan mengenal
angka yang telah sedia ada pada murid-murid. Bincangkan bentuk dan ragam
ayat yang hendak digunakan. Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan
perkataan-perkataan yang diperlukan dalam aktiviti yang akan dijalankan.
Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam
aktiviti itu. Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos
tadi.

Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi


menceritakan semula apa yang telah dibuatnya di pejabat pos sebentar tadi.
Guru boleh bersoal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian
tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar tadi. Guru
43

boleh menyediakan dialog pendek sebagai rangsangan pelajaran lisan untuk


aktiviti selanjutnya. Aktiviti lisan seperti ini boleh juga dijalankan dengan
menggunakan tajuk-tajuk seperti pasar, kedai makan, kedai buah-buahan, kedai
buku dan kedai runcit.

AKTIVITI BERCERITA

Dalam pengajaran lisan, bercerita memainkan peranan yang penting,


bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah juga di kalangan orang-orang
dewasa.

Objektif Bercerita

Ada beberapa tujuan mengapa aktiviti bercerita dilibatkan di dalam


pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas. Antaranya ialah ia
menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak. Kanak-kanak boleh secara imaginasi
memasuki alam cerita tersebut dan rnenggambarkan seolah-olah mereka yang
terlibat. Misalnya, menjadi angkasawan, haiwan dan gergasi.

Melalui aktiviti bercerita juga dapat membina rasa hati yakni di dalam
cerita sering didapati watak-wataknya menemui kejayaan atau mengalami
bahaya-bahaya yang menyebabkan penderitaan. Keadaan ini dapat membantu
dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Sikap mereka terhadap manusia,
pendapat-pendapat, perkara-perkara dan lain-lain dalam kehidupan secara am
boleh diubah dengan cara membawa mereka kepada tema cerita itu.

Aktiviti bercerita yang menyeronokkan akan menyuburkan akal dan


kecerdasan murid-murid. Semasa cerita disampaikan, minat dan rasa hairan
murid-murid dibangkitkan. Mereka digalakkan menyoal, menggunakan
pandangan dan memberi komen terhadap peristiwa dan watak-watak dalam
cerita tersebut. Aktiviti ini boleh diikuti dengan perbincangan selanjutnya.
43

Selain daripada itu, aktiviti seumpama ini akan menggalakkan


perkembangan bahasa murid-murid. Dengan cara memperkenalkan perkataan-
perkataan baru, ayat, peribahasa, teka-teki dan sebagainya perbendaharaan
kata murid-murid boleh diperluaskan.

Ketika ini pelbagai jenis versi cerita boleh digunakan untuk mengajar
murid-murid dalam aktiviti lisan. Salah satunya ialah cerita berunsurkan agama.
Secara tidak langsung ini dapat membina asas untuk pendidikan agama. Ada
setengah-setengah cerita mempunyai pengajaran atau contoh yang baik. Melalui
cerita-cerita seperti ini, terutama cerita-cerita yang mengandungi pendidikan
moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik akan dapat disemai di
kalangan murid-murid.

Prinsip-Prinsip Bercerita

Jika guru-guru hendak melaksanakan aktiviti bercerita, ada beberapa


perkara yang harus diberi perhatian. Antaranya ialah seperti:
(a) Cerita harus mempunyai tema yang sesuai. Pendidik hendaklah berhati-hati
dalam memilih cerita yang akan disampaikan, terutama kepada kanak-kanak. Ini
bermakna cerita dari segi tema atau jalan cerita, bahasa dan lain-lain hendaklah
bersesuaian dengan umur, Latar belakang dan pengalaman murid-murid.

(b) Cerita harus menggunakan bahasa yang sesuai. Ini bermaksud bahasa
perlulah mudah, tepat dan jelas serta tidak mengandungi perkataan atau rangkai
kata yang boleh mengelirukan. Perkataan atau rangkai kata yang mengandungi
beberapa pengertian harus juga dielakkan.

(c) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Episod tersusun dan ada
kesudahan. Semasa menyampaikannya, guru perlu menggunakan aneka gaya,
menggunakan gerak isyarat, pergerakan, pernyataan, menggunakan cakap ajuk,
lakonan dan sebagainya.
43

(d) Penglibatan murid-murid sepenuhnya adalah juga penting. Libatkan


intelek, emosi dan kadang-kadang fizikal murid semasa sesi bercerita. Ini diikuti
dengan aktiviti-aktiviti sebagai gerak kerja lanjutan.

Kemahiran Bercerita

Berbagai-bagai kemahiran digunakan dalam kemahiran bercerita.


Kemahiran-kemahiran ini boleh dikumpulkan kepada dua komponen iaitu:
a) Komponen struktur
b) Komponen penyampaian

Komponen Struktur

Komponen struktur boleh dibahagikan kepada tiga iaitu permulaan,


pembentukan dan penutup.

Pada peringkat permulaan, guru harus dapat menarik perhatian murid


dan keadaan ini sebaik-baiknya dapat dikekalkan sehingga ke akhir sesuatu
pembelajaran. Keadaan ini selalunya boleh didapati melalui penggunaan gerak
isyarat yang sesuai, pernyataan muka gambar, perhubungan penglihatan, media
dan sebagainya Perhatian juga boleh didapati apabila guru mampu membentuk
satu situasi atau membawa pendengarnya ke zaman berlakunya cerita dan
peristiwa tersebut. Guru harus menunjukkan minat dan kecenderungannya untuk
rnembentuk satu perhubungan yang baik dengan kelas.

Di peringkat pembentukan, bahasa yang digunakan hendaklah sesuai


dan mudah supaya maksud cerita dapat disampaikan dan difahami. Penggunaan
cakap ajuk di tempat-tempat yang boleh menambahkan kesan dan menjadikan
pendengar-pendengar memberi lebih banyak perhatian kepada cerita hendaklah
selalu diadakan. Perkataan-perkataan dan rangkai kata yang kabur patut
dielakkan dan jika ada perkara-perkara baru, ia patut digambarkan sama ada me-
lalui lisan atau dengan cara menggunakan gambar.
43

Kelancaran pertuturan juga penting untuk perkembangan cerita yang licin


supaya murid-murid dapat memahami cerita tersebut dengan lebih baik dan
berkesan.

Suara guru adalah aset yang sangat penting semasa melaksanakan


aktiviti seperti ini. Cerita akan menjadi lebih menarik dan boleh berbentuk hiburan
jika ada perubahan-perubahan dalam suara guru. Ini ditegaskan dari segi nada,
intonasi, ketinggian, kekuatan dan sebagainya. Ini biasanya berlaku pada tempat-
tempat yang sesuai, sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu.

Ditambah lagi dengan gerak-geri dan pernyataan yang sesuai dan


bermakna akan membantu menerangkan atau menyampaikan maksud atau
kandungan sesebuah cerita. Ia juga membangkitkan minat dan memberi
kefahaman yang lebih kepada murid-murid.

Semasa menyampaikan cerita guru mesti bijak memberi rangsangan yang


tepat dan berbeza untuk mengarahkan minat dan perhatian murid kepada cerita.
Misalnya, media yang sesuai digunakan, soalan-soalan boleh dikemukakan atau
cadangan-cadangan dan pendapat murid-murid di mana-mana yang sesuai
boleh diterima dan disesuaikan dengan cerita.

Isi keseluruhan cerita pula hendaklah disusun mengikut peringkat-


peringkat iaitu secara “dahulu – kemudian”.

Tema cerita hendaklah dijelaskan dengan sebaik-baiknya supaya


pendengar-pendengar boleh membincangkan plot cerita, watak -watak utama
dan dapat membuat gambaran mengenai moral cerita tersebut.

Paling penting libatkan murid-murid dalam aktiviti ini. Semasa membentuk


cerita, murid-murid boleh terlibat sama secara efektif, kognitif dan kadang-kadang
fizikal. Mereka boleh terlibat secara lisan, atau dengan melakukan sesuatu atau
memberi pandangan, pendapat atau sebagainya.
43

Pada peringkat penutup, cerita mempunyai kesudahan. Ini perlu untuk


memenuhi objektif guru. Pelbagai gerak kerja atau aktiviti lanjutan boleh
disediakan mengikut sesi bercerita. Murid-murid boleh dilibatkan dalam
perbincangan, lakonan, ekspresi, bersoal jawab dan sebagainya.

Komponen Penyampaian

Untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi, pelbagai


kemahiran boleh digunakan oleh guru. Di antaranya ialah penggunaan bahasa
mestilah jelas. Perkataan yang sesuai adalah mustahak. Bahasa juga harus
mudah, elakkan perkataan dan rangkai kata yang kabur. Kata-kata penghubung
digunakan untuk membantu dalam perkembangan cerita.
Suara juga hendaklah jelas dan terdapat perubahan dalam nada dan
intonasi. Ini mustahak kerana ia boleh menjadikan cerita lebih hidup, menarik,
bermakna dan dramatis.

Keceriaan guru semasa menyampaikan cerita juga penting. Penggunaan


gerak isyarat atau pernyataan yang bermakna dapat membentuk minat dan
kefahaman yang lebih. Ia dapat menyampaikan maksud yang sebenar.

Penggunaan pergerakan untuk menarik perhatian murid-murid dapat


dibuat dengan pencerita bergerak tetapi dia harus pasti yang pergerakkannya
mempunyai tujuan dan bersesuaian pula untuk membentuk kesan yang
diperlukan.

Murid-murid harus dilibatkan semasa perlaksanaan aktiviti. Misalnya, dari


segi pergerakan murid. Semasa sesi bercerita, murid-murid boleh dipanggil untuk
melakonkan sesuatu babak, situasi atau peristiwa dalam cerita. Pergerakan yang
bertujuan itu membantu dalam pembentukan cerita dan dapat mengurangkan
rasa bosan, Secara tidak langsung ia menambah penglibatan murid-murid.
Dapatkan juga jawapan murid-murid. Ini menjadi maklumat balik terhadap cerita
si pencerita. Dengan maklumat ini, guru dapat menyediakan gerak laju yang
sesuai dan mengubah ceritanya di tempat tertentu.
43

Penggunaan alat tertentu akan menambahkan lagi kemeriahan dalam


sesuatu aktiviti bercerita. Contohnya seperti penggunaan alat media pandang-
dengar. Media pandang-dengar yang dipilih mestilah berkaitan dengan situasi
cerita dan digunakan untuk membangkitkan minat serta memberi kefahaman
yang lebih baik kepada murid-murid. Contoh-contoh yang sesuai umpamanya
kesan bunyi air atau serangga semasa guru bercerita tentang perkelahan di
kawan air terjun boleh menolong murid-murid meluaskan lagi kefahaman mereka
serta berpeluang menikmati cerita itu sepenuhnya.

Setelah selesai menyampaikan cerita, peneguhan hendaklah diberi sama


ada secara lisan atau pun pernyataan gerak isyarat. Peneguhan dari segi lisan
misalnya, pencerita boleh menggunakan ulangan di mana-mana yang perlu. Idea
murid-murid, kata-kata galakan serta komen mereka perlu diberi perhatian dan ini
penting dari segi peneguhan kognitif dan efektif. Manakala dari segi pernyataan
gerak isyarat, gerak-geri, pernyataan muka dan badan, jika digunakan dengan
betul, akan membantu menjadikan cerita lebih jelas, hidup dan bermakna.

Di dalam menyampaikan cerita, perkembangan cerita hendaklah mengikut


langkah iaitu harus ada gerak laju yang sesuai semasa bercerita. Ini bergantung
kepada bagaimana ia disampaikan dengan perkataan lain, ia mengikuti satu
corak atau aturan yang sesuai untuk mengembangkan cerita.

Kemudian harus saling berkaitan. Peringkat-peringkat tertentu dalam


cerita dikaitkan dalam cara yang lain. Kata penghubung yang betul
penggunaannya. akan memastikan tidak ada sekatan dalam aliran cerita.

Selain itu ada hentian di dalam cerita yang disampaikan untuk memberi
peluang kepada murid-murid mendengar secara imaginatif memikirkan masalah
dan isu-isu yang disampaikan.
43

Dasar Pemilihan Cerita

Cerita-cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman, latar


belakang, peringkat umur, kebolehan otak, kecenderungan dan minat kanak-
kanak. Cerita-cerita itu harus menggunakan bahasa yang baik, mudah dan tidak
berbelit-belit serta betul pula tatabahasanya. Isi atau tema cerita mestilah
mengandungi unsur-unsur pendidikan, terutama dari segi pendidikan akhlak dan
budi pekerti.

Cerita yang dipilih itu sebaik-baiknya biarlah daripada cerita-cerita yang


boleh dijadikan bahan lakonan atau kerja bertulis. Plot cerita seharusnya menarik
dan mudah difaham. Cerita-cerita yang dipilih itu juga semestinya tidak
menyinggung mana-mana agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.
Cerita-cerita juga tidak seharusnya menyentuh dasar kerajaan atau bertentangan
dengan dasar tersebut. Paling baik sekali, cerita harus ada unsur-unsur
perpaduan kebangsaan.

Cara Menjalankan Pelajaran Cerita

Guru menerangkan terlebih dahulu perkataan atau rangkai kata yang


susah yang hendak digunakan dan menerangkan juga perkara-perkara yang
menjadi latar belakang cerita itu. Setelah mengumpulkan murid-murid di hadapan
darjah, guru terus bercerita sambil menunjukkan gambar-gambar atau alat bantu
mengajar yang lain untuk menguatkan lagi perhatian dan kefahaman mereka.

Setelah selesai bercerita, guru bolehlah mengemukakan soalan-soalan.


Guru bolehlah menyoal isi cerita yang telah disampaikan tadi atau murid-murid
sendiri mengemukakan beberapa soalan kepada guru untuk kefahaman mereka.

Pelajaran akan lebih menarik jika kanak-kanak diminta melakonkannya


jika sesuai dengan masa dan keadaan.
43

AKTIVITI BERLAKON

Lakonan bukan sahaja dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan baik


malah dapat juga mendorongkan mereka beraksi dengan gerak-geri yang
bersahaja. Jenis lakonan yang boleh digunakan ialah lakonan bisu, lakonan
berkait, lakonan berseni kata dan menggunakan pergerakan dan lakonan
menggunakan patung.

Lakonan Bisu

Lakonan ini hanya menggunakan pergerakan anggota tanpa berkata apa-


apa. Dengan berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta
meneka apakah yang dibuat oleh pelakon itu Dalam hal ini, murid-murid akan
sentiasa berfikir dan memerhatikan dengan teliti perhubungan pergerakan itu.
Murid-murid yang berlakon itu pula berpeluang memikirkan sesuatu yang hendak
dilakonkannya dan menghubungkannya pula dengan sesuatu kejadian itu.

Lakonan jenis ini adalah satu cara untuk melepaskan tenaga yang
berlebihan atau melepaskan emosi yang meluap-luap di karangan mereka. Guru
bolehlah terlebih dahulu berunding dengan murid-murid yang akan mengambil
bahagian dan meminta mereka melakonkannya. Murid-murid lain diminta
memerhatikan setiap pergerakan yang dilakonkan oleh rakan-rakan mereka.
Perkara-perkara yang boleh dilakonkan ialah seperti pekerjaan rumahtangga:
membelah kayu, menyapu, membasuh kereta, mengangkat air, menyiram bunga,
membasuh baju, membuai adik dan lain-lain. Permainan: main gasing, guli,
layang-layang, bermain bola, mandi sungai dan lain-lain. Binatang: kambing
makan rumput, itik berjalan, burung, terbang, kambing dikejar oleh anjing dan
sebagainya. Situasi: membeli barang-barang, membeli setem, mengambil air
sembahyang dan sebagainya.
43

Lakonan Berkait

Lakonan ini amat sesuai dijalankan pada peringkat rendah. Guru


menyebut sesuatu perkataan sambil melakonkannya sekali, misalnya duduk,
tidur, saya buka buku, saya menulis di papan hitam, saya bersikat dan
sebagainya. Kanak-kanak akan dapat menangkap perkaitan antara percakapan
dengan lakonan dan akan membuatnya berulang-ulang kali.

Lakonan Bersenikata Dan Menggunakan Pergerakan

Lakonan jenis ini biasanya dijalankan dengan dua cara iaitu pertama,
lakonan yang tidak bersengaja dan kedua ialah kakonan yang bersengaja.

Lakonan yang tidak bersengaja dijalankan dengan kanak-kanak


melakonkannya selepas mendengar sesuatu cerita atau kejadian dengan tidak
memerlukan persediaan yang ,panjang lebar. Guru memberi nasihat dan
cadangan sahaja. Kanak-kanak berlakon bebas dan menggunakan perkataan-
perkataan mereka sendiri.

Manakalah lakonan yang bersengaja pula biasanya disediakan khas


daripada buku-buku cerita. Murid-murid dilatih, dan diberi tugas untuk
menjayakannya. Biasanya guru akan menyediakan senikata untuk mereka.
Lakonan bersenikata ini boleh dijalankan dengan menerangkan dahulu apa yang
patut dibuat oleh murid-murid sama ada dengan menceritakan peristiwa yang
hendak dilakonkan atau memberi senikatanya. Selepas itu guru bolehlah memilih
pelakon-pelakonnya. Semasa pemilihan dibuat, pastikan peluang berlakon itu
diberi kepada semua. Guru tidak seharusnya bergantung kepada murid-murid
yang pandai sahaja.

Guru kemudian memberi arahan atau petunjuk bagaimana seharusnya


diperbuat oleh setiap orang berlakon. Kanak-kanak melakonkannya dengan
bebas sebagaimana yang dikehendaki oleh jalan cerita. Jangan diganggu kanak-
kanak semasa berlakon walaupun didapati tidak memuaskan.
43

Setelah itu baharulah guru membetulkan kesilapan mereka dan jika perlu
mereka diminta melakonkannya sekali lagi sebelum memberi peluang kepada
kanak-kanak lain berlakon. Guru hendaklah memberi perangsang iaitu jangan
mengkritik atau menyalahkan kanak-kanak sehingga boleh membunuh semangat
dan minat mereka untuk berlakon.

Perlu juga guru menyediakan alat-alat seperti topeng dan pakaian yang
sesuai supaya lakonan itu menjadi lebih realistik dan berkesan.

Lakonan Menggunakan Patung

Lakonan Patung ialah lakonan antarabangsa yang tertua. Ia boleh juga


digunakan untuk menyampaikan pelajaran bahasa Malaysia di sekolah-sekolah.
Jenis-jenis patung yang boleh digunakan ialah patung kayu yakni gambar
binatang atau manusia diwarnakan dan kemudian dilekatkan kepada kayu.

Selain itu, patung sarung tangan: Kepala berjenis hidup-hidupan yang


diperbuat daripada pelbagai alat dan diberi pakaian. Kemudian ada juga patung
tali: Anak-anak patung itu digerakkan dengan menggunakan kuasa tali yang
diikatkan kepadanya.

Guru akan menunjukkan lakonan patung itu kepada murid-murid dan


melaluinya kanak-kanak dapat membetulkan kesalahan bahasanya. Pada
peringkat darjah 5 dan 6, murid-murid akan digalakkan mengarang lakonannya
sendiri dan meminta mereka sendiri melakonkannya Guru hanya memberi
nasihat dan arahan kepada apa yang difikirkan berfaedah.

AKTIVITI BERPUISI

Puisi tidak boleh dipisahkan daripada pelajaran bahasa. Sama ada secara
langsung atau tidak, puisi terpaksa diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak
kelas permulaan lagi. Pengajaran puisi mempunyai beberapa faedah dan tujuan.
43

Pertamanya ialah untuk memahirkan lagi kanak-kanak dalam pelajaran


bahasa kerana puisi selalunya mengandungi bahasa yang indah, lembut dan
menarik.

Kedua ialah untuk memberi hiburan dan menyukakan hati murid-murid.


Ketiga ialah untuk memahirkan dan melancarkan sebutan serta intonasi dan
menggunakan bahasa dengan betul. Keempat untuk melatih kanak-kanak
menikmati irama, keindahan bunyi dan seni bahasa. Kelima untuk menarik minat
kanak-kanak kepada pelajaran bahasa dan menyuburkan lagi imaginasi mereka.
Keenam, puisi merupakan satu daripada bahan kesusasteraan dan ia perlu
diajarkan kepada kanak-kanak. Ketujuh ialah untuk memperluaskan lagi
perbendaharaan kata dan yang kelapan ialah untuk memberikan kefahaman
mengenai adat resam dan kebudayaan.

Langkah-Langkah Mengajar Puisi

1. Persediaan:
Permulaan hendaklah dibuat dengan cara yang menarik. Guru boleh
memulakan pelajaran itu dengan bercerita atau menerangkan latar belakang
mengenai puisi itu. Murid-murid harus telah bersedia untuk mendengar puisi
tersebut.

Beberapa perkataan dan rangkai kata di dalam puisi itu hendaklah


dihuraikan dan difahami oleh murid. Ini akan memudahkan mereka memahami
apa yang terkandung di dalamnya. Guru juga boleh berbincang mengenai
perkara-perkara yang ada kaitan dengan tajuk puisi. Gunakan gambar dan
ilustrasi.

2. Guru membaca puisi:


Guru hendaklah membaca dengan pernah perasaan sehingga murid-
murid dapat menangkap maksud sebenar puisi tersebut. Guru memperdengarkan
puisi itu dan murid-murid mengikuti dengan teliti.
43

3. Perbincangan dalam kelas:


Dari segi perbincangan intelektual, makna puisi pada setiap baris
dibincangkan dan perkataan serta rangkai kata dihuraikan dengan selengkapnya.
Dari segi perbincangan nilai rasa pula, puisi itu dilihat dari segi bentuk,
keindahan, nada serta rentak bunyinya.

4. Pembacaan kali kedua:


Pembacaan kedua dibuat oleh guru atau murid yang betul-betul
berkebolehan. Ini akan memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid.
Selepas itu peluang membaca seterusnya harus dibuka kepada individu-individu
yang berminat.

5.Penutup:
Mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan puisi.

AKTIVITI BERCAKAP BERDASARKAN GAMBAR

Tujuan yang penting dalam pelajaran ini ialah untuk memberi dorongan
supaya kanak-kanak berani dan lancar mengeluarkan fikirannya. Gambar hanya
sebagai alat bagi menyuburkan minat kanak-kanak. Oleh itu, ada beberapa
perkara-perkara harus diberi perhatian semasa melakukan aktiviti ini iaitu:

1. Gambar yang digunakan hendaklah besar, terang dan berwarna.


2. Bahan yang dijadikan objek gambar itu mestilah ada perkaitan dengan
pelajaran dan pengalaman kanak-kanak.
3. Bagi pelajar-pelajar kelas tinggi, perkara yang diutamakan ialah cara mereka
melahirkan pendapat dan perasaan.
4. Bagi kanak-kanak kelas rendah, memadailah sahaja disoal perkara-perkara
yang mudah-mudah seperti nama benda, warna dan lain-lain.
5. Kanak-kanak hendaklah dibiasakan memakai ayat-ayat yang lengkap tetapi
tidak menuturkannya seperti orang membaca atau menyanyi.
6. Bunyi sebutan, intonasi dan bentuk ayat hendaklah selalu diperhatikan dan
jika terdapat kesalahan guru harus segera membetulkannya. Hasil
43

perbincangan atau soal jawab boleh juga dijadikan sebagai latihan karangan
bertulis.

AKTIVITI MELAPOR BERITA (BERITA HARIAN)

Pelajaran ini sangat perlu bagi melatih kanak-kanak supaya suka


memerhatikan sesuatu, terutama perkara-perkara yang kritis dan dapat pula
menyampaikannya kepada orang lain. Selain daripada itu, ia juga boleh
membantu pelajaran-pelajaran yang memerlukan pemerhatian seperti kajian
tempatan dan sains. Perkara-perkara penting yang harus diberi perhatian ialah:

1. Kanak-kanak digalakkan memerhati dan mencatat segala peristiwa yang


dialami, dilihat dan didengar seperti kejadian rumah terbakar, pertandingan
bola sepak, kemalangan jalan raya, pesta dan keramaian dan sebagainya.
2. Perkara-perkara yang berlaku setiap hari itu disampaikan kepada kawan-
kawan sekelas melalui soal jawab cerita be-gambar atau menceritakannya
secara lisan.
3. Murid boleh juga menggunakan potongan akhbar, gambar dan lain-lain bagi
menguatkan lagi perkhabaran yang hendak disampaikan itu.
4. Bagi pelajar-pelajar kelas tinggi, perkhabaran ini boleh juga ditulis dalam
buku atau ditampalkan di papan kenyataan.

Langkah-langkah untuk menyampaikan pelajaran berita boleh dibuat


dalam tiga peringkat iaitu mula-mula sekali ialah peringkat permulaan. Pada
peringkat ini guru boleh bersoal jawab secara bebas mengenai sesuatu atau
mengenai apa-apa berita yang murid-murid tahu, dengar atau baca di akhbar.

Kemudian diikuti peringkat penyampaian. Pada peringkat ini, murid


disuruh bercakap mengenai sesuatu yang berlaku di persekitaran sekolah, rumah
dan kampung halaman mereka. Bercakap apa sahaja yang mereka dengar, lihat
atau alami. Guru membimbing menimbulkan berita yang tidak disebut oleh murid.
Murid-murid lain membuat ulasan mengenai berita yang telah diberitakan oleh
kawan-kawan mereka.
43

Dan yang terakhir ialah peringkat penutup. Pada peringkat ini, aktiviti-
aktiviti seperti melukis gambar atau melekatkan gambar-gambar berita boleh
dilakukan. Kemudian menulis berita atau membuat membuat suratkhabar kelas.

AKTIVITI SIARAN RADIO

Aktiviti radio boleh dijalankan di sekolah-sekolah dengan tujuan:


1. Melatih kanak-kanak supaya dapat menggunakan pendengarannya dengan
baik dan teliti.
2. Untuk menukar cara belajar supaya murid-murid tidak merasa jemu dan
bosan terhadap pelajaran yang disampaikan.
3. Sebagai alat hiburan untuk menyemai kegemaran dan kesukaan sambil
mempelajari sesuatu yang berfaedah.

Aktiviti lisan melalui siaran radio ini boleh dijalankan seperti berikut:
1. Guru menerangkan dahulu kepada murid-murid mengenai apa yang patut
didengar nanti berdasarkan penerangan yang diberi oleh pengelola
rancangan.
2. Sekiranya pelajaran nyanyian, guru hendaklah menyalin senikatanya dahulu.
Semasa siaran udara sedang berjalan, guru hendaklah mengawasi murid-
muridnya dari segi tatatertib supaya tidak mengganggu pelajaran itu.
3. Guru perlu juga mencatat perkara-perkara yang hendak di-terangkan kepada
murid-murid selepas siaran nanti.
4. Setelah tamat siaran, guru haruslah menyoal murid-murid mengenai
pelajaran yang telah didengar oleh mereka.
5. Di akhir pelajaran, boleh juga diberi latihan menyanyi, berlakon atau menyalin
perkara-perkara yang diperlukan ke dalam buku rampaian.
43

AKTIVITI BERBAHAS DAN BERSYARAH

Berbahas dan bersyarah amatlah perlu dijalankan dan ini dapat melatih
kanak-kanak menggunakan bahasa lisan dengan baik dan teratur. Di antara
tujuannya yang penting ialah:
1. supaya kanak-kanak dapat rnelahirkan fikiran dengan berani, tegas dan
teratur yakni tidak berbelit-belit yang boleh membosankan pendengar.
2. boleh memahami atau menangkap segala, isi daripada apa yang dituturkan
oleh orang lain.
3. boleh menguasai bahasa dan mengeluarkan hujah-hujah dengan cara yang
logik dan menarik hati.

Cara menjalankannya:
1. Bawalah kanak-kanak menghadiri majlis perbahasan atau
syarahan terutama mereka yang di dalam kelas yang pandai.
2. Latih mereka mengambil isi atau mencatat perkara perkara penting yang
mereka dengar. Ujilah kecekapan mereka apabila balik ke kelas.
3. Terangkan cara-cara yang baik untuk berbahas atau bersyarah. Terangkan
peraturannya dan perkara-perkara penting seperti isi, bahasa, gaya,
kelancaran dan sebagainya.
4. Latihan murid-murid berlatih atau bersyarah di dalam kelas. Mulakan dengan
perkara-perkara mudah. Tajuk yang dipilih mestilah sesuai dengan peringkat
umur dan minat mereka. Berilah galakan dan kritikan yang membina.

AKTIVITI MENYANYI

Menyanyi adalah aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari


dan aktiviti ini boleh digabungkan dan dibawa masuk dalam kelas sebagai satu
kegiatan lisan yang menarik dan memikat. Kanak-kanak suka menyanyi, malahan
orang-orang dewasa juga turut bergembira dengannya. Bagi kanak-kanak yang,
masih belajar, mereka menganggap menyanyi lebih kepada bentuk bermain dan
berehat. Melalui nyanyian-nyanyian yang diperdengarkan, mereka akan terhibur
dan dapat menenangkan fikiran.
43

Dalam konteks mengukuhkan pengajaran lisan, aktiviti menyanyi


merupakan satu kegiatan yang dapat membantu guru mencapai matlamat
tersebut. Ini adalah kerana nyanyian itu sendiri memerlukan penyebutan bunyi-
bunyi yang jelas dan betul mengikut rentak dan irama serta disampaikan
mengikut tekanan intonasi dan nada tertentu.

Dasar Pemilihan Lagu

1. Elakkan daripada memilih lagu-lagu yang mempunyai susunan kata yang


tidak betul dan salah dari segi tatabahasa.
2. Pilihlah lagu-lagu yang mempunyai melodi yang mudah dipelajari dan diingat.
3. Pilihlah lagu yang sederhana kelajuannya, tidak terlalu cepat, dan tidak pula
terlalu lambat.
4. Lagu-lagu itu akan lebih berkesan jika di dalamnya terdapat unsur-unsur
pengulangan.
5. Lagu-lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita, menggambarkan
pandangan atau pendapat, pernyataan perasaan dan sebagainya.
6. Lagu-lagu itu juga harus sesuai dengan umur, minat dan kecerdasan murid-
murid.

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan


sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan
pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera
secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid
berupaya menghayati teks yang dibaca.
43

Tujuan Kemahiran Membaca

Dalam kemahiran membaca, ada beberapa tujuan yang telah ditetapkan


untuk dicapai oleh murid-murid. Antaranya ialah tujuan serta-merta yang secara
muktamad yang berhasrat untuk membolehkan murid-murid membaca dan
memaham. 'Boleh membaca' bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak
teragak-agak. boleh membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil
masa yang amat panjang. 'Boleh membaca’ juga bererti murid-murid boleh
membaca bersendirian tanpa bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru.

Ini bermakna pendiriannya baik, kemas dan kukuh. ‘Boleh memahami'


pula bererti boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca.
Ia juga bererti murid-murid boleh memberi fikirannya sendiri, boleh menggunakan
perkataannya sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya. Dan jikalau
pimpinan gurunya baik, murid-murid akan boleh pula menilai dan menimbang
hasil bacaannya itu.

Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan lain seperti yang


pertama untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan bunyi sebutan dan
rentak irama (intonasi) yang betul. Kedua, untuk membolehkan kanak-kanak
membaca senyap tanpa merasa sebarang gangguan. Tujuan yang ketiga pula
ialah untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus-menerus dan
mencari pengertian daripada yang dibaca. Dan yang keempat iaitu tujuan yang
terakhir ialah untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan
atau alat pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.

Selain daripada tujuan serta-merta, tujuan berikutnya yang ingin dicapai


semasa menjalankan aktiviti kemahiran membaca ialah tujuan lanjut. Setelah
tujuan serta-merta dapat disempurnakan maka murid yang keluar dari bangku
sekolah akan mempunyai satu alat yang membolehkan mereka mengutip
pelbagai pengetahuan dan mendapatkan pelbagai fikiran daripada buku-buku
untuk dijadikan panduan hidup mereka. Dengan kebolehannya membaca itu dia
akan dapat membetulkan fahaman-fahamannya yang salah, membandingkan
fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah-masalah
43

hidupnya sendiri. Dia seharusnya boleh berfikir dan melahirkan fikirannya dengan
cara yang teratur. Apabila dia boleh membaca maka dapatlah dia menambah
satu lagi alat perhubungannya iaitu membolehkannya merapatkan dirinya dengan
orang-orang lain yang ada di sekelilingnya. Secara yang lebih tegas, tujuan lanjut
bermatlamatkan:

a) sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari


sekolah. Satu daripada cara untuk menyambung pelajaran ialah dengan
banyak membaca.
b) mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan
meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain,
c) meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan
bahan-bahan perbandingan dengan orang lain.
d) latihan untuk rnelahirkan fikiran dengan baik dan teratur.
e) merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti
perkembangan alam dan manusia

JENIS-JENIS BACAAN

Ada dua cara membaca yang sering dijalankan di sekolah-sekolah iaitu:


1. Bacaan bersuara (bacaan mekanis)
2. Bacaan senyap (bacaan akaliah)

Bacaan Bersuara

Bacaan bersuara adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan


dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut
gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan
bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas
permulaan. Gunanya ialah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat
membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang
sempurna
43

Bacaan bersuara (mekanis) mempunyai beberapa tujuan iaitu:


1. Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
2. Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
3. Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tandatanda baca serta tahu
pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
4. Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata-mata pelajaran yang
lain.
5. Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
membaca bersuara

Cara melaksanakan bacaan bersuara:


1. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai
dengan kebolehan dan umur murid-murid.
2. Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan
rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna
perkataan-perkataan itu.
3. Guru membaca sebagai contoh dan menyemak bacaan guru.
4. Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas
atau kumpulan.
5. Guru memandu murid-murid membaca secara bergilir-gilir.
6. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isi
bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan
dan bertulis.

Bacaan Senyap

Bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam
hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara.
Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana
beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara,
sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan senyap.
43

Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan


kecekapan bacaan bersuara.

Tujuan bacaan senyap dijalankan ialah:


1. Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
2. Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang
dibacanya.
3. Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
4. Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan
pengetahuan.
5. Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan.

Cara melaksanakan bacaan senyap:


1. Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.
2. Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-
bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan
susah.
3. Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan
guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.
4. Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkaikata yang
susah.
5. Tentukan bahan bacaan yang hendak dibaca dan murid-murid sendiri. Guru
menghadkan masa murid-murid membaca dan memahamkan isi bacaan.
6. Guru kemudian menjalankan pula latihan kefahaman dengan
mengemukakan soalan-soalan. la boleh juga dijalan kan dengan cara
menceritakan semula apa yang telah di baca atau dibuat dalam bentuk ujian
objektif dan subjektif.
7. Guru hendaklah membantu membetulkan kesalahan-kesalahan yang
mengemukakan isi bacaan.
43

PERINGKAT-PERINGKAT MENGAJAR BACAAN

Ada 5 peringkat mengajar bacaan yang harus diketahui oleh guru-guru


iaitu Peringkat menyediakan murid, Peringkat mendirikan asas, Peringkat melatih
membaca dan memaham (peringkat mencapai kemahiran membaca), Peringkat
melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untuk mencari pengetahuan
dan Peringkat membina dan memperkukuh sikap gemar membaca.

Peringkat Menyediakan Murid

Apabila guru-guru menerima murid-murid baharu tahun satu, biasanya


guru itu mengajar terus dengan rasminya akan pelajaran membaca dan menulis
kerana telah direncanakan di dalam jadual waktu. Guru-guru tidak menyiasat
terlebih dahulu adakah murid-murid mereka berkeadaan `sedia' untuk menerima
pelajaran yang akan disampaikan. Keadaan akan menjadi bertambah buruk lagi
apabila latar belakang murid-murid itu adalah daripada keluarga yang miskin dan
pengalamannya berhubung dengan buku-buku, gambar-gambar dan huruf-huruf
tulisan sangat kurang.

Oleh kerana itu, guru-guru seharusnya menyiasat terlebih dahulu akan


sifat kesediaan murid-murid mereka sebelum memulakan pelajarannya. Pada
peringkat menyediakan murid ini, guru terpaksalah memberikan perhatian
kepada dua perkara yang dikira penting iaitu perasaan bahasa murid-murid.

Perasaan Murid-Murid:
Murid-murid yang baharu masuk sekolah akan mengalami perubahan
alam keliling. Mereka mulai berasa bimbang kerana berpisah dengan ibu bapa
atau penjaganya dan tinggal di tempat dan kawalan yang berlainan daripada
rumah mereka. Ketika itu mereka bercampur gaul dengan kawan-kawan sebaya
yang kebanyakannya belum mereka kenali. Jadi, guru mestilah bertimbang rasa
dan memahami kesulitan dan perasaan mereka. Dalam minggu pertama itu guru-
guru sepatutnya cuba sedaya upaya mencari langkah-langkah yang baik bagi
menawan hati murid-murid hingga tertanam perasaan kasih kepadanya, menaruh
43

kepercayaan kepada kata-katanya dan tidak menganggapnya sebagai orang


asing.

Bahasa Murid-Murid:
Kesukaran setengah-setengah guru mengajar kemahiran membaca
adalah kerana tidak mengetahui tentang kebolehan dan keberanian murid-murid
bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing dalam
bahasa ibundanya. Soal bahasa ini penting kerana bacaan ialah menyuarakan
lambang-lambang bahasa itu. Sekiranya bahasa murid-murid itu belum, lengkap,
pertuturannya belum kemas, dan sebutan serta fahamannya belum sempurna,
akibatnya kelak menyusahkannya membaca dan menulis. Oleh itu, guru
sepatutnya terlebih dahulu menjalankan ujian bahasa ke atas murid-murid itu
khasnya tentang bahasa yang akan digunakan dalam pelajaran bacaan.
Sekiranya perbendaharaan kata yang dikehendaki itu belum ada, eloklah
diajarkan melalui pelajaran lisan, cerita, dan sebagainya.

Peringkat kesediaan ini mempunyai beberapa tujuan seperti yang


dinyatakan di bawah:
1. Supaya dapat menimbulkan kemahuan dan keinginan kanak-kanak untuk
meluaskan lagi pengalamannya yang telah sedia ada.
2. Melatih kanak-kanak supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba
mengecamnya.
3. Untuk memberi peluang kanak-kanak merapatkan dirinya dengan guru. Ini
boleh menimbulkan keyakinan mereka.
4. Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca.

Untuk mencapai tujuan ini beberapa langkah bolehlah dijalankan. Di


antaranya ialah dengan memperbanyakkan aktiviti bermain dengan kanak-kanak.
Misalnya berbual-bual, bersoaljawab dengan cara yang tidak formal. Mulakan
pelajaran ringan seperti menyanyi, berlakon bercerita dan sebagainya yang
menarik hati.

Bina asas bahasa kanak-kanak melalui pertuturan dengan memberi


galakan dan pimpinan yang sepatutnya supaya kanak-kanak mahu bertutur.
43

Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke


semasa dengan cara tidak langsung. Banyak perkara yang perlu diperhatikan
untuk menentukan sama ada kanak-kanak itu telah sedia untuk membaca atau
tidak.

Tinjauan itu boleh dilakukan dengan melihat kepada persoalan-persoalan


berikut iaitu adakah kanak-kanak itu faham atau dapat mengikut percakapan
orang lain terutama gurunya? Dapatkah dia melahirkan perasaan dan fikirannya?
Dapatkah dia melihat dengan baik. Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan,
bulatan dan lain-lain? Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-
warna asas serta membezakannya? Tahukah dia memegang alat baca dan tulis
seperti buku, pensel dan sebagainya? Bagaimana dengan kesihatannya?
Dapatkah dia belajar dengan baik? Sudahkah dia ada kemahuan untuk belajar
membaca, seperti teringin melihat gambar, mahu bertanya dan sebagainya?
Bagaimana dengan latar belakang keluarganya? Seperti keadaan rumahtangga,
ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Peringkat Mendirikan Asas Bacaan

Asas bererti satu permulaan atau tapak bagi satu-satu binaan. Dalam soal
mendirikan asas bacaan rumi bahasa Melayu perkara-perkara seperti pemilihan
ayat, rangkai kata, perkataan, huruf-huruf dan suku kata berkehendakkan kajian
yang mendalam dan teliti daripada pihak guru supaya pelajaran yang
disampaikan itu tidak membosankan murid-murid. Hal-hal di atas ini berhubung
rapat dengan alatan mengajar dan buku-buku bacaan yang sesuai. Selain
daripada papan tulis dan kapur putih, guru juga mestilah menyediakan kapur
berwarna, papan magnet, kad-kad imbasan yang telah sedia bertulis, kad-kad
perkataan suku kata dan ayat berwarna untuk menarik hati dan mereka.

Pada peringkat ini menekankan beberapa perkara penting. Segala bahan


yang hendak diajarkan hendaklah dipilih kawal dan disusun dengan baik.
Ajarkanlah perkataan perkataan dan rangkai kata, ayat yang senang dan sesuai
sahaja dahulu. Alat-alat mengajar hendaklah lengkap untuk menimbulkan minat
43

kanak-kanak. Isi pelajaran hendaklah berkait tepat dengan pengalaman


dan sesuai pula dengan perkembangan jiwa kanak-kanak. Gunakanlah gambar
atau warna-warna yang menarik hati untuk memberi dorongan.

Guru hendaklah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak


membunuh semangat kanak-kanak untuk terus belajar membaca. Fikirkan
kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dan berkesan.

Peringkat Melatih Membaca dan Memaham

Bahan atau isi bacaan hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan
kecenderungan kanak-kanak. Guru janganlah hanya mementingkan sebutan
suara dan kelancaran sahaja tetapi harus juga sekaligus menyediakan soalan-
soalan yang mudah untuk kefahaman. Jadi kita tidak boleh pisahkan pelajaran
bacaan dengan pelajaran bahasa Melayu pada keseluruhannya. Dalam hal ini,
bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid-murid dapat melatih diri
sendiri untuk menangkap maksud isi pelajaran yang dibaca.

Sebagaimana yang telah ditegaskan, tidaklah ada gunanya kanak-kanak


membaca kalau mereka tidak faham apa yang dibaca. Oleh itu guru hendaklah
memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut seperti memulakan aktiviti
membaca setelah kanak-kanak dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh
mengecam perkataan, suku kata dan huruf. Banyakkan soalan-soalan yang
munasabah untuk menguji kefahaman kanak-kanak selepas membaca.
Kemudian, berilah kanak-kanak peluang membaca dan memaham di dalam lain-
lain mata pelajaran seperti kajian tempatan, sains dan sebagainya.

Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang


betul. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan
kemahiran membaca.
43

Peringkat Membaca untuk Hiburan dan Mencari Pengetahuan

Kanak-kanak yang mahir membaca akan terdorong hatinya untuk


menggunakan kemahiran membacanya itu untuk menghiburkankan hatinya. Oleh
yang demikian tersangatlah mustahak pada peringkat ini diisediakan pelbagai
buku cerita untuk menyempurnakan kehendak ini. Buku-buku yang biasanya
digemari oleh kanak-kanak ialah buku buku yang mengandungi cerita-cerita
dongeng cerita-cerita bergambar, cerita-cerita binatang, cerita-cerita jenaka,
pengembaraan, cerita-cerita rekaan dan sebagainya. Buku-buku cerita itu
seharusnya tidaklah terlalu panjang atau susah hendak difahami. Kanak-kanak
kurang tertarik dengan buku-buku yang bahasanya terlalu tinggi dan susah
dibaca.

Untuk mendapatkan pengetahuan pula, sekolah harus memperbanyakkan


lagi buku-buku yang seperti itu dan pemilihannya harus bersesuaian dengan
minat dan umur murid. Amatlah mustahak perkara-perkara ini dipertimbangkan
kerana pemilihan yang tepat akan menggalakkan minat murid untuk terus
membaca.

Peringkat Membina Sikap Gemar Membaca

Sikap suka belajar patut ada pada murid-murid yang baharu datang ke
sekolah tetapi penyuburan sikap itu adalah bergantung kepada pengajaran guru.
Sikap ini bukanlah dipelihara semasa murid-murid baharu belajar membaca
tetapi sebenarnya berjalan sepanjang masa, sama dengan peringkat-peringkat
yang lain juga. Bahan-bahan pelajaran yang baik dan disusun dengan cermat,
teknik mengajar yang baik, kaedah yang menarik adalah di antara rahsia bagi
menerapkan sikap ini. Oleh itu, adalah mustahak guru-guru berhati-hati memilih
bahan-bahan pelajarannya, buku-buku bacaannya, kaedah mengajarnya dan
lain-lain supaya terbina dan terperihara sikap 'sentiasa gemar membaca' itu.
43

KAEDAH MENGAJAR BACAAN

Untuk mengajar kemahiran membaca kepada murid-murid, guru boleh


menggunakan beberapa kaedah yang sesuai bergantung kepada kebolehan dan
penerimaan seseorang murid itu. Antara kaedah yang sering digunapakai ialah
seperti:

Kaedah Mengeja:
Langkah-langkah yang biasa ditunjukkan semasa mengajar membaca
menggunakan kaedah ini ialah seperti berikut:
1. Mengeja dan membatang suku kata seperti b,a, = ba, t,u= tu.
2. Suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu, = batu.
3. Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu.

Kebaikan-kebaikan menggunakan kaedah ini ialah murid-murid akan


mahir mengeja. Ini disebabkan mereka dilatih mengeja tiap-tiap perkataan yang
dibacanya. Kaedah ini memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerjanya.
Selain itu, peralatan bantu mengajar yang banyak.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kekurangan jika guru terus-


menerus menggunakan kaedah ini tanpa diselang-selikan dengan kaedah yang
lain. Murid-murid tidak lancar membaca. kerana sibuk mengeja dan tumpuan
mereka kepada huruf semata-mata. Murid-murid tidak faham apa yang
dibacanya. Oleh kerana terlalu mementingkan ejaan dan sebutan, fahaman
langsung tidak dihiraukan. Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak
mempedulikan rangkai kata dan tempat-tempat berhenti. Di samping itu,
kelemahan kaedah ini ialah ia tidak membangkitkan perasaan gemar membaca
disebabkan sifatnya bertentangan dengan pendapat psikologi iaitu cara kanak-
kanak menguasai sesuatu ialah daripada keseluruhannya membawa kepada
bahagian-bahagiannya. Dan kadang-kadang ia boleh mengelirukan kanak-kanak
kerana nama huruf-huruf yang disebut tidak menepati bunyi huruf-huruf itu.
43

Kaedah Bunyi:
Dalam kaedah ini murid diajar:
1. membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain,
misalnya ba, tang, = batang.
2. Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan
akhirnya perkataan. Misalnya, b (beh), a (ah) = ba t (teh), u (uh) = tu ba + tu
= batu.

Kebaikan menggunakan kaedah ini ialah ia sesuai dengan susuk bahasa


Melayu kerana bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang
hampir tetap bunyinya. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca
perkataan-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar
perbendaharaan kata mereka.

Keburukannya pula ialah bacaan murid-murid tidak lancar. Ini disebabkan


perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.
Cara ini tidak menarik hati dan murid akan cepat hilang tumpuan kerana suku-
suku kata yang diajar itu tidak mempunyai makna yang nyata pada mereka

Kaedah Huruf:
Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom.
Kaedah ini mementingkan murid mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-
huruf itu. Kaedah ini dimulakan dengan:
1. Mengenal nama-nama huruf - a, b, c, d sehingga z, vokal dan konsonan.
2. Di dalam bahasa Melayu yang dibunyikan ialah:
vokal — a, e, i, o, u
vokal dan konsonan — ba, be, bi, bo, bu
diftong — ai, au, oi.
3. Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya,
ba + tu = batu, a + ku = aku dan sebagainya.
4. Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.

Dari segi kelebihan menggunakan kaedah ini, ianya sesuai dengan susuk
bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang
43

hampir tetap bunyinya. Ianya turut membolehkan kanak-kanak membaca


perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat
mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.
Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Secara tidak
langsung, ia memberi keyakinan dan peluang untuk mencapai kecekapan dan
kemahiran membaca kepada murid-murid adalah tinggi

Walau bagaimanapun masih terdapat kekurangan-kekurangan yang


dikesan pada kaedah ini. Didapati murid-murid membaca dengan lancar
mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya
mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. Murid-murid terbawa-bawa
tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca
merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. Kaedah ini dikatakan tidak
sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana
pengajaran tidak secara tidak secara menyeluruh dan bermakna. Boleh
membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang
berlebihan.

Kaedah Pandang Sebut:


Kaedah ini mementingkan dua perkara iaitu, membunyikan perkataan atau
rangkai kata berdasarkan pengalaman dan membunyikan ayat melalui gambar
yang ada cerita. Kaedah ini dilaksanakan dengan:
1. mengecam dan mengenal perkataan dengan melihat keseluruhanperkataan
tersebut. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja. Tetapi terus
disebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang
disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar.
2. Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus
ayat- ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu
perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, murid diminta
terus membaca.
3. Pengulangan dan latih tubi perlu diperbanyakkan.
4. Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai
kata dan kaedah ayat.
43

5. Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan Jawi
terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk
dieja.

Kelebihan-kelebihan kaedah ini ialah ianya dianggap dapat menarik minat


dan sesuai dengan kehendak psikologi dan fitrah kanak-kanak kerana mereka
lebih mudah mempelajari sesuatu daripada keseluruhan kepada bahagian-
bahagiannya. Kaedah ini juga mementingkan makna sejak mula ia dilaksanakan.
Sehubungan itu, kanak-kanak dari mula sudah mendapat latihan memaham apa
yang dibaca oleh mereka. Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan
sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.

Dari aspek kelemahan pula, bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada


perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja. Kaedah ini
tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal mengakibatkan
mereka lambat mengenal bunyi dan suku kata. Kesannya, murid-murid tidak
mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri. Ini
mengakibatkan mereka lambat mencapai kemahiran dan kecekapan membaca.

PENDEKATAN MENGAJAR BACAAN

Pada amnya, ada dua pendekatan yang besar untuk mengajar


kemahiran membaca kepada murid-murid. Pertama ialah Pendekatan Membina
(Sintesis) dan yang kedua ialah Pendekatan Cerakinan (Analisis).

Pendekatan Membina

Pendekatan Membina ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis


atau membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang
kecil menjadi satu benda yang besar iaitu bermula dari huruf kemudian kepada
sukukata, perkataan, rangkai kata dan yang terakhir membina ayat. Misalnya
43

dalam langkah mengajarkan ayat 'Nina ada baju merah'. Langkah dimulakan
dengan:
1. perkenalkan huruf - a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
2. Perkenalkan suku kata - ba, ni, na, ju, rah, me, da
3. Perkenalkan perkataan - baju, Nina, ada, merah
4. Perkenalkan rangkai kata - baju merah, Nina ada
5. Perkenalkan ayat - Nina ada baju merah.

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi


dan kaedah suku kata.

Pendekatan Cerakinan

Pendekatan ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya
dengan cara sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau
dengan perkataan lain mencerai-beraikan satu bahagian yang besar kepada
bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya dalam mengajarkan ayat 'Nina ada baju
baru', langkah yang dilakukan adalah seperti berikut:
1. Perkenalkan ayat - Nina ada baju baru.
2. Perkenalkan rangkai kata - Nina ada, baju baru.
3. Perkenalkan perkataan - Nina, ada, baju, baru
4. Perkenalkan suku kata - ni, na, da, ba, ju, ru, a
5. Perkenalkan huruf - n, i, a, d, j, r, u

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah


rangkai kata, kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah
pandang sebut.

Pendekatan Eklektik

Pendekatan Eklektik muncul untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang


terdapat di dalam pendekatan sintesis dan analisis kerana kedua-dua
43

pendekatan tadi dianggap oleh guru-guru yang berpengalaman masih juga tidak
membawa kepada hasil yang baik dan memuaskan. Proses pelaksanaan
pengajaran menggunakan pendekatan ini:
1. Cara eklektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan
pendekatan campuran iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan
pendekatan membina dan pendekatan cerakinan.
2. Pendekatan membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah
suku kata.
3. Pendekatan cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai
kata dan kaedah ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang
dengar.

Kelebihan pendekatan ini ialah ianya mengikut prinsip psikologi membaca,


kehendak dan kebolehan serta situasi murid-murid dalam pelajaran bacaan. Guru
dapat menggunakan kaedah yang difikirkan paling sesuai sama ada pendekatan
membina atau pun pendekatan cerakin mengikut peringkat kesediaan dan
kebolehan murid-murid. Selain itu ia dapat menyatupadukan beberapa
pendekatan yang sesuai dengan fonem bahasa Malaysia. Paling utama ia
merupakan gabungan pendekatan lama dengan yang baru. Oleh yang demikian,
sebarang konflik pendapat tentang pengajaran bacaan dapat dielakkan.

Cara Mengajar:
Tujuannya ialah untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat
yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan memahami isinya. Dari segi bentuk
huruf, diingatkan kepada guru supaya jangan mengajar nama huruf vokal dan
konsonan itu dahulu. Huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya;
a – ayam p – payung i – ikan

Untuk menerangkan pengetahuan tentang bentuk bahasa, suku kata diajar


menerusi perkataan. Misalnya;
i. ba – bakul, bawang, barang,
ii. menggunakan warna; a (merah) i (hijau), u (biro), u
(ungu), e (kuning), dan o (coklat).
iii. menggunakan gambar.
43

Alat mengajar yang digunakan ialah seperti kad imbasan, kad ayat, kad
perkataan, kad rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya. Huruf-huruf harus
terang dan jelas sehingga dapat dilihat oleh semua murid.

PENDEKATAN BERFORMATKAN KBSR

Ada empat pendekatan yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam


pengajaran bacaan mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu, Pendekatan
A, Pendekatan B, Pendekatan C dan Pendekatan D.

Pendekatan A

Pendekatan ini adalah kaedah campuran yang memberatkan bentuk


cerakinan. Dalam pendekatan ini kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada
peringkat awal. Dalam pengenalan huruf-huruf, penekanan adalah pada bunyi
huruf itu. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan
digalakkan selepas bunyinya dikuasai.
Pendekatan ini menekankan kepada kaedah pandang dan sebut dan
dibantu oleh kaedah sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau
bunyi. Tatacara pendekatan ini diperlihatkan seperti berikut:

Kaedah pandang dan sebut


(ayat /perkataan)

Kaedah suku kata


Kaedah sokongan
Kaedah huruf/bunyi
(bunyi huruf)

Pendekatan A boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:


1. Tunjukkan gambar : Gambar baju
2. Tunjukkan kad perkataan : baju
3. Tunjukkan kad suku kata : ba ju
43

4. Gandingkan kad suku kata : ba ju


5. Bunyi huruf : b (beh), a (a), j (jeh), u (u)
6. Bunyi suku kata : ba ba
ju ju
7. Membaca perkataan : baju

Pendekatan B

Pendekatan B berasaskan kepada kaedah fonik (bunyi), digabungkan


dengan kaedah suku kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut.
Penggabungan kaedah-kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna perkataan
yang dipelajari dan memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan yang
bermakna. Ia sesuai untuk bentuk binaan dan cerakinan.

Pada peringkat permulaan, dua bunyi huruf diperkenalkan kepada murid-


murid, iaitu huruf /m/ dan huruf /s/. Tujuannya adalah untuk menarik minat murid-
murid dan memahamkan konsep bunyi huruf. Kedua-dua lambang bunyi ini
dianggap mudah disebut oleh murid-murid dan dapat pula mengaitkan bunyi
huruf dengan bentuk huruf.

Pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:


1. Perkenalkan hurul fonik :k
2. Sebut bunyi huruf :kkkk
3. Gabungkan bunyi konsonen dengan
bunyi vokal untuk membentuk suku
kata : ka ka ka
4. Suku kata tertutup : kak kak kak
5. Gabungkan suku kata menjadi
perkataan : ka…kak
6. Membaca perkataan : kakak
7. Membaca ayat : Ini kakak.
43

Pendekatan C

Pendekatan C biasanya disebut sebagai Pendekatan bunyi kata. Ia


berdasarkan perkara-perkara berikut:
1. Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik.
2. Suku katanya adalah jelas dan mudah.
3. Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah pun
diketahui maknanya oleh kebanyakan murid.

Pendekatan ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan dengan


bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan
suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna. Pendekatan C boleh
dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
1. Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u
2. Perkenalkan bunyi huruf konsonan :k
3. Menggabungkan bunyi konsonan dan vokal : ka, ki, ku
4. Mencantumkan suku kata menjadi perkataan : ka + ki = kaki
ku + ku = kuku
5. Membaca ayat : Kaki ku.
Kuku kaki.
Kuku kakiku.

Pendekatan D

Pendekatan ini berdasarkan prinsip sintesis atau membina, iaitu


menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi besar. Kaedah-kaedah yang
terkandung dalam pendekatan ini adalah kaedah abjad atau kaedah mengeja,
kaedah bunyi huruf dan kaedah suku kata.

Pendekatan D boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:


1. Tunjukkan gambar
2. Namakan huruf tunggal :b a j u
3. Perkenalkan kad suku kata : ba ju
43

4. Perkenalkan kad perkataan : baju


5. Membaca ayat : Itu baju.
Ini baju.

BACAAN INTENSIF DAN EKSTENSIF

Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran


membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam
dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut
perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan
tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa
sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif dan
ekstensif boleh dilaksanakan.

Bacaan Intensif

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan


memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi penekanan kepada
kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi
yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan
bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Konsep-Konsep Bacaan Intensif

Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha


melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan
guru. Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan
mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk
43

memperkembangkan perbendaharaan kata. Bacaan intensif dikaitkan dengan


aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dari pengertian
menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.

la juga mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa,


dalam pertuturan dan tulisan. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap
amat penting,

Tujuan Bacaan Intensif

Bacaan intensif bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak membaca


dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan
tanda-tanda bacaan dengan baik.

Diharap melalui cara bacaan ini juga dapat mengembangkan kebolehan


murid dari segi mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji
susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. Tujuan yang berikutnya
ialah diharap murid dapat membaca secara senyap dengan kepantasan yang
sewajamya.

Tujuan yang seterusnya ialah membolehkan murid menilai atau mengulas


isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang telah dibacanya dan
mengesan, memaham serta menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.

Dengan membaca secara intensif, murid dapat mengenalpasti laras


bahasa yang berbagai-bagai. Kemudian, membuat rumusan atau kesimpulan
daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

Cara Melaksanakan Bacaan Intensif

Bahan-bahan bacaan intensif itu bolehlah dibincangkan bersama oleh


pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan
43

asas untuk latihan-latihan menulis. Pelajar-pelajar harus dibenarkan


menggunakan kamus atau sebuah buku teks rumusan tatabahasa. Aktiviti dalam
kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan
dengan menggunakan imbuhan, hari kedua 'latihan perkamusan', hari ketiga
'latihan meneka maksud mengikut konteks', hari keempat `membaca dengan laju'
dan sebagainya.

Soalan-soalan untuk bahan bacaan intensif boleh dipelbagaikan iaitu


bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.
Segala kajian harus dibuat secara mendalam.

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti


membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya
menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran
memaham, menaakul dan memetik isi-isi penting. Oleh kerana ia adalah aktiviti
yang dilakukan di luar kelas, maka murid-murid berpeluang menambah ilmu
pengetahuan yang dapat mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada yang
diterima semasa belajar di sekolah.

Konsep-Konsep Bacaan Ekstensif

Seperti yang dinyatakan sejak awal lagi, bacaan ekstensif merupakan satu
kegiatan pelajar-pelajar di luar kelas tanpa adanya pengawasan daripada guru.
Bahan bacaan yang dibaca haruslah bersifat luas atau pun am. Bahan bacaan
bukan sahaja sesuai dari segi perbendaharaan katanya tetapi juga sesuai
dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita seseorang pelajar
itu. Bahan-bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza.
43

Tujuan Bacaan Ekstensif

Ada beberapa tujuan bacaan ekstensif. Antara tujuan-tujuan tersebut


ialah:
1. Supaya pelajar-pelajar boleh membaca dengan cara tersendiri tanpa
bimbingan secara langsung daripada orang lain.
2. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang
mereka pelajari.
3. Untuk membolehkan mereka mendapat pengetahuan di samping dapat pula
menghiburkan hati.
4. Memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-
lain.
5. Memberi peluang kepada para pelajar terutamanya mereka yang cerdas
untuk meluaskan bacaannya dan membina daya kreativitinya.
6. Untuk menambahkan minat membaca dan juga membina daya berfikir serta
membentuk sikap yang baik di kalangan pelajar-pelajar.
7. Untuk mempertingkatkan mutu, dan kepantasan membaca.
8. Untuk memperluaskan dan mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa.
9. Membentuk tabiat gemar membaca dan mendapatkan kebiasaan membuat
rujukan dan menggunakan perpustakaan.
10. Untuk mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa.
11. Untuk memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, baik
dalam bentuk prosa atau puisi.

Teknik Pengajaran Bacaan Ekstensif

Oleh kerana pelajar membaca tanpa bimbingan guru sepanjang masa,


peranan pengajar hanyalah sebagai perunding atau pembantu apabila
dikehendaki. Pengajar harus mengesyorkan kepada pelajar-pelajar supaya
memilih bahan bacaan yang sesuai. Pengajar perlu juga melatih mereka
mengikut teknik yang berikut:
1. Mengkaji kandungan bahan: Pelajar kaji dahulu secara umum seluruh
kandungan bahan. Cuba dapatkan tema atau persoalan pokok bahan itu.
43

2. Buat soalan: Buat sendiri soalan-soalan berdasarkan bahan


yang dikajinya. Ini akan membantunya membaca dengan lebih mendalam.
3. Baca: Lepas itu baca selaju yang boleh.
4. Menerangkan: Di akhir setiap bahagian, pelajar buat kesimpulan dengan
menerangkan pada dirinya sendiri isi-isi penting, dengan tujuan untuk
menyatukan semua maklumat yang dibacanya itu.
5. Mengkaji semula: Setelah selesai tugasan membaca, pelajar-pelajar perlu
mengkaji semula seluruh bahan bacaan ekstensifnya supaya dia dia dapat
mempastikan dia tidak tertinggal apa-apa dalam menyatukan semua isi tadi.
6. SQ3R: Teknik SQ3R memerlukan pelajar-pelajar mengikut langkah-langkah
berikut:
(a) Mengkaji kandungan bahan-bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi
mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung
di dalam bahan bacaan tersebut.
(b) Menyediakan soalan-soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka
baca. Selepas membaca mereka harus dapat menjawab soalan-soalan
yang telah disediakan.
(c) Murid haruslah membaca berdasarkan haluan iaitu mengikut turutan
soalan-soalan yang telah ditentukan.
(d) Selepas membaca murid-murid harus boleh membuat kesimpulan atau
rumusan yang menandakan mereka berupaya menyatukan semua
maklumat daripada pembacaan mereka.
(e) Murid-murid diminta mengkaji atau meneliti dan mempastikan supaya
isi-isi bacaan tidak ada yang tertinggal.
(f) Murid-murid diminta membincangkan, menerangkan atau melaporkan
isi bacaan yang telah diperolehi. Maklum balas daripada murid-murid
adalah penting
(g) Pelajar juga harus diminta membuat laporan bertulis tentang apa yang
telah dibacanya.
43

Langkah Mempertingkatkan Kemahiran Membaca

Fahaman yang cukup hendaklah diberi kepada guru-guru tentang tujuan


dan peraturan-peraturan mengajar bacaan pada ke semua peringkat. Kursus-
kursus ataupun pendedahan melalui bahan-bahan bacaan hendaklah diadakan.
Asas pelajaran bacaan hendaklah didirikan dengan baik, dan segala
penyelenggaraan berhubung dengannya hendaklah diberi pandangan yang
khusus dan sokongan yang penuh. Kaedah yang digunakan untuk mengajar
bacaan di kelas permulaan hendaklah kaedah yang tetap yang ada
kesinambungan dari segi tujuan dan peraturannya. Pengelolaan di kelas-kelas
rendah terutama di kelas permulaan hendaklah diperbaiki selalu. Aspek yang
perlu diberi penekananan aspek pengajarannya, susunan pelajarannya,
perkakas-perkakas dan buku-buku bacaan. Guru-guru yang ditugaskan mengajar
di kelas permulaan hendaklah daripada mereka yang mempunyai kelayakan,
pengetahuan dan kecekapan tentang teknik-teknik mengajar kanak-kanak dan
juga mempunyai semangat bekerja yang baik, rajin membuat alatan mengajar
serta gemar kepada kanak-kanak

PENGAJARAN MENULIS PENGAJARAN

Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan


dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka
untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

Definisi Tulisan

Maksud tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang


bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat
untuk rnelahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun
43

yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Seseorang individu akan dapat
menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya.
Oleh itu pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat
bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang
itu.

Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu


yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa
yang sama. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan
tetapi ada kalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke
sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana sewaktu mereka menulis mereka juga
membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidak elok kanak-kanak disuruh menulis
sebelum dia tahu membaca.

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa tulisan sangat berkait


rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal.
Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga di
sebaliknya. Seseorang itu menulis karangannya kerana ada yang membacanya.
Dan seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk
dibaca.

Tujuan Tulisan

Seperti juga beberapa kemahiran yang telah diterangkan, aktiviti menulis


juga mempunyai dua tujuan yang utama iaitu tujuan serta-merta dan tujuan
lanjut.

Tujuan Serta-merta

1. Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,


perkembangan bahasa dan tulisan.
43

2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas


dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
3. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Ramai orang mempunyai
bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk
melahirkannya.
4. Membolehkan kanak-kanak rnelahirkan fikiran dan perasaan dengan
sempurna dalam bentuk tulisan.
5. Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan
yang tercatat atau membaca buku-buku dari luar untuk menambah lagi isi
bacaannya.
6. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak
menulis dengan baik, cekap dan pantas
7. Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

Tujuan Lanjut

1. Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi


kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri
sendiri dan untuk orang ramai umumnya.
2. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.
Umpamanyanya, seseorang penulis, penyajak atau pengarang dapat
menggambarkan sesuatu melalui penulisannya. Mereka melaporkan sesuatu
yang telah berlaku, mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang
berlaku, membuat ramalan-ramalan peristiwa masa depan dan sebagainya.
3. Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi
penulisan.
43

JENIS-JENIS KEMAHIRAN TULISAN

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan


pengajaran tulisan. Pertama kemahiran menulis untuk pelahiran (mental) dan
kedua ialah kemahiran menulis secara mekanis.

Kemahiran Menulis Secara Mekanis:


Kemahiran ini harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid
dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan
seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah
penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang
diperlukan, supaya berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran
menulis selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai
kata dan ayat. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk
mendapatkan kemahiran tersebut ialah di antaranya:
1. Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk atau membuat garisan-
garisan, bulatan, segi-segi, bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya.
2. Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir di papan tulis
dan sebagainya.
3. Bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan
melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.
4. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
5. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak,
kekemasan, kebersihan dan lain-lain.
6. Melatih menulis tepat, jelas dan senang dibaca.
7. Melatih menulis cantik.

Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mental):


Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-
kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental.
Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis
untuk pelahiran ialah Latihan pernyataan fikiran atau pendapat, Latihan
pernyataan perasaan dan Latihan pernyataan kehendak serta Latihan
mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.
43

PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga. Peringkat yang


pertama ialah Peringkat pramenulis (persediaan). Peringkat pramenulis ialah
tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum
mereka dapat menulis h dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini
latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada
murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai
kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran
tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik bertitik-tolak daripada aktiviti-
aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis
menitikberatkan perkara-perkara berikut:
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
2. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa
dan sempurna.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
4. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRAMENULIS

1. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini
adalah latihan menulis dari kiri ke kanan.

i.

ii.
43

iii.

2. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

i.

ii.

3. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput


tanpa menggunakan alat tulis (bulatan besar - bulatan kecil).
ii.

4. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-


nekankan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
Latihan-latihan membentuk garisan lurus.

5. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus.


Dilakukan secara bebas.
43

6. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan garisan lurus dan


bulat.

Peringkat Mendirikan Asas (Peringkat Tulisan Mekanis)

Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu


memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh
dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan
murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang
garisan. Setelah didapati memuaskan, baharulah dilatih membentuk huruf pada
halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas
bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan
yang lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah adalah latihan menulis
terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu.

1. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.

Bentuk kecil Bentuk besar


43

2. Latihan menulis huruf besar di atas kertas bergaris dua.

3. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

4. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat
keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan
mudah dibaca.

Penyampaian Kemahiran

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi


perhatian kepada beberapa perkara iaitu yang pertama kanak-kanak harus
diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar.

Kedua, sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk
membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Ketiga, kanak-kanak menulis
dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Keempat, menggunakan
43

kertas, mula-mula tidak bergaris dan selepas itu baharulah menggunakan buku
yang bergaris.

Kelima, setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik,


baharulah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

Aktiviti Menulis Mekanis/Mendirikan Asas

1. Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.


2. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
3. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang
bermakna.
4. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
5. Menyalin perkataan yang mudah,
6. Menyalin ayat-ayat yang mudah, dan sebagainya.

Peringkat Menulis untuk Pelahiran

Setelah menguasai kemahiran menulis secara mekanis, murid-murid patut


digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang
dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-
gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan
perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.
Di antara aktiviti-aktiviti menulis yang boleh dijalankan ialah:
1. Mengisi silang kata.
2. Mengisi tempat kosong dalam ayat.
3. Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
4. Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.
5. Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
6. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita.
7. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan.
8. Menulis jawapan-jawapan kefahaman.
43

9. Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan.


10. Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya.

JENIS-JENIS TULISAN

Jenis-jenis tulisan yang biasanya diajar di sekolah-sekolah terbahagi


kepada dua iaitu Tulisan huruf cap (satu-satu bujang) dan Tulisan sambung.

Tulisan huruf cap mempunyai beberapa kelebihan. Di antaranya ialah:


la lebih mudah dibaca dan dipelajari. Kemudian, ia dapat mengurangkan
kepenatan fizikal dan penglihatan kerana ia lebih mudah dituliskan serta
memudahkan kanak-kanak membaca bahan-bahan cetak.

Tulisan sambung juga mempunyai kelebihannya. Di antaranya ialah ia


lebih cepat dapat dituliskan. Keindividualan dalam tulisan mudah dapat dilihat.
Kebiasaannya tulisan ini digunakan dalam surat-menyurat.

Langkah-Langkah Dalam Mengajar Tulisan

Untuk mengajar kanak-kanak menulis bukanlah suatu perkara yang


mudah. Beberapa langkah perlu diambil supaya pengajaran dan pembelajaran
dapat berlangsung dengan lancar. Langkah pertama ialah guru perlu memberi
motivasi dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang tujuan pelajaran tulisan
semasa pelajaran tulisan diadakan.

Langkah yang kedua ialah guru hendaklah memastikan semua murid


sudah bersedia untuk menulis. Periksa sama ada meja dan kerusi sesuai atau
tidak dengan murid-murid. Perhatikan dari segi bentuknya, tinggi rendahnya,
jaraknya dari murid-murid dan sebagainya.
43

Langkah yang keempat ialah demonstrasi atau tunjuk cara oleh guru
tentang peringkat-peringkat atau langkah-langkah menuliskan huruf di papan
hitam. Sila dapatkan perhatian murid. Tekankan mana-mana yang penting.

Langkah kelima, guru hendaklah melihat tulisan kanak-kanak dan


bagaimana mereka membuatnya. Pastikan semua peraturan diikuti dengan baik
dan tulisan dibuat dengan sempurna dan betul oleh murid-murid.

Setelah aktiviti selesai dilaksanakan, guru hendaklah memilih kerja terbaik


di kalangan murid dan tunjukkanlah kerja itu kepada murid-murid lain. Galakkan
mereka menulis tulisan-tulisan dengan baik seperti yang dilakukan oleh rakan-
rakan mereka.

Jenis-Jenis Kemahiran Yang Diperlukan Dalam Tulisan Keseragaman

Semua guru dan ibu bapa berkehendakkan murid atau anak mereka
mempunyai bentuk penulisan yang seragam, bukannya bentuk yang diistilahkan
oleh kebanyakan sebagai “tulisan cakar ayam” atau pun “tulisan doktor”.

Sehubungan itu, ada beberapa jenis kemahiran yang perlu diajar kepada
murid-murid. Pertama sekali ialah kemahiran dari segi keseragaman tulisan.
Tekankan kepada murid-murid pergerakan tulisan mereka biarlah sama.
Galakkan mereka membentuk huruf-huruf dan menulis dalam bentuk yang
seragam. Perhatikan pergerakan tangan atau pena dilakukan dengan cara yang
betul.

Jenis kemahiran yang kedua pula ialah persambungan sesuatu perkataan


yang ditulis. Perkataan hendaklah ditulis sebagai satu unit bukan dipisah di
antara satu sama lain.

Kemudian jenis kemahiran yang ketiga ialah irama tulisan. Seperti yang
diterangkan dalam jenis kemahiran yang kedua, iaitu perkataan hendaklah ditulis
43

sebagai satu unit bukan dipisah di antara satu sama lain. Oleh itu, ia akan
menampakkan satu irama yang sama apabila ditulis dengan banyak.

Dan jenis kemahiran yang terakhir sekali ialah pergerakan yang tetap
semasa menulis. Pergerakan tulisan harus tetap, tidak ke atas atau ke bawah
atau kelihatan lintang-pukang. Apabila seseorang penulis menjadi matang dia
akan menggunakan lengan untuk pergerakan menulis.

Galakan Dan Latihan Menulis

Kanak-kanak hendaklah banyak mendapat latihan dan galakan supaya


mereka boleh menulis dengan baik. Di antara galakan-galakan yang boleh
dilakukan ialah:
1. Mengadakan peraduan atau pertandingan untuk memilih tulisan yang baik.
2. Tulisan atau kerja-kerja kanak-kanak yang difikirkan baik hendaklah
dipamerkan di papan kenyataan kelas.
3. Segala kesalahan dan kesilapan mengenai tulisan hendaklah diperbetulkan
melalui contoh-contoh yang baik daripada guru.
4. Tulisan guru yang dijadikan sebagai contoh hendaklah baik dan kemas.
5. Tulisan di kad-kad, di papan-papan kenyataan hendaklah dengan bentuk
yang sama supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak.

Kesalahan-Kesalahan Biasa Dalam Tulisan

Sering kali didapati banyak kesalahan-kesalahan biasa yang terdapat


pada tulisan kanak-kanak terutamanya di peringkat tahap satu khususnya tahun
satu, dua dan tiga. Walaupun dikatakan kesalahan yang biasa, namun jika tidak
dibendung dari awal lagi, kesalahan ini akan berterusan sehingga mereka
berpindah ke tahap dua. Beberapa kesalahan yang sering dikesan dalam tulisan
kanak-kanak ialah seperti berikut:
1. Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya.
43

2. Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang. Begitu juga dengan


kedudukannya, tegak dan condongnya.
3. Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam.

Justeru itu, guru perlu mengambil langkah mengatasi kesalahan-


kesalahan ini dengan cara berikut:
1. Beri latihan dengan secukupnya dalam peringkat permulaan dan peringkat
mendirikan asas.
2. Berilah penerangan dan contoh-contoh yang betul dan supaya dapat diikuti
oleh kanak-kanak dengan mudah.
3. Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh disalin oleh murid atau
sebagainya hendaklah dibuat dengan baik dan betul.
4. Sediakan kad-kad tulisan untuk melatih kanak-kanak menulis dengan
sempurna.
5. Jangan galakkan mereka menggunakan getah pemadam terlalu kerap
kerana boleh mengotorkan tulisan.
6. Banyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan.
7. Dari segi kedudukannya dan cara menulis:
i. Tunjukkan gaya duduk, cara memegang alat tulis, letak buku dan lain-
lain dengan betul.
ii. Kedudukan bangku, meja, kerusi, dan sebagainya biarlah memberi
keselesaan.
iii. Pada masa menulis, biarlah kedua-dua tangan terletak di atas meja dan
tangan kiri menyokong badan.
iv. Jarak mata dengan buku ialah lebih kurang di antara 8 hingga 10 inci.
v. Jangan memegang pen atau pensel terlalu kuat.
vi. Pen atau pensel mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari
hantu.
vii. Jangan duduk membongkok ketika menulis.

EJAAN DAN RENCANA


43

Ejaan dan rencana adalah dua kemahiran yang berkaitan. Kedua-duanya


dikuasai melalui kemahiran membaca. Namun demikian, ia boleh juga dilakukan
bersama-sama aktiviti tulisan kerana cara ini membolehkan murid-murid
mengukuhkan lagi kemahiran membaca dan menulis mereka itu lebih berkesan.
Di samping itu, kedua-dua kemahiran ini dapat dikuasai serentak.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ejaan dan rencana adalah


penting. Aktiviti-aktiviti yang berhubung dengannya, biasanya dapat membantu
murid-murid mengingat dan menghafaz bunyi perkataan. Ini bermakna, secara
tidak langsung kemahiran membaca murid-murid tersebut dapat diperkukuh.

Kemahiran ejaan diajarkan di sekolah-sekolah berdasarkan beberapa


tujuan. Pertama, ia dapat melatih murid-murid mendengar perkataan dengan baik
dan menuliskannya secara tepat. Kedua, ia dapat melatih dan mempertingkatkan
pengamatan murid-murid melalui deria telinga. Tujuan yang ketiga ialah ia dapat
melatih murid-murid menulis melalui pendengaran dan bukan melalui peniruan.
Keempat, ia dapat melatih murid-murid mengenali dan mempertingkatkan
kepekaan mereka terhadap perkataan-perkataan tertentu. Kemudian tujuan yang
kelima, ia dapat mempertingkatkan kefahaman murid-murid terhadap makna atau
maksud perkataan dan boleh menggunakannya dalam konteks dan situasi yang
betul. Dan tujuan yang terakhir ialah ia dapat mempertingkatkan perbendaharaan
kata murid-murid.

Berikut diperlihatkan beberapa aktiviti ejaan yang boleh dijalankan oleh


guru di dalam kelas:
1. Menuliskan perkataan-perkataan rangkai kata atau ayat-ayat yang disebut
oleh guru.
2. Menulis perkataan-perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat yang
diperdengarkan melalui pita rakaman.
3. Menulis atau mengeja perkataan-perkataan melalui gambar-gambar, objek,
rajah dan sebagainya yang diperlihatkan.
4. Membetulkan kesalahan ejaan yang terdapat pada perkataan-perkataan
yang disediakan.
43

5. Mengenalpasti ejaan-ejaan yang salah daripada sebuah petikan, ayat atau


cerita.
6. Mengeja perkataan daripada bahan-bahan bacaan, cerita, lakonan, dialog
dan sebagainya.

Untuk mengajar ejaan, beberapa perkara harus diambil perhatian oleh


guru. Antaranya ialah seperti berikut:
1. Guru haruslah memilih perkataan-perkataan yang sesuai berdasarkan
kemampuan berbahasa murid-murid.
2. Perkataan-perkataan itu boleh dipilih dan diambil daripada bahan-bahan
bacaan murid-murid dan yang di dalam lingkungan perbendaharaan kata
mereka.
3. Sebaik-baiknya, biarlah perkataan-perkataan itu pernah didengar oleh murid-
murid.
4. Bahan-bahan yang digunakan hendaklah diperingkatkan iaitu bermula
daripada yang mudah kepada yang agak sukar.
5. Jumlah perkataan yang hendak dieja itu seharusnya tidak terlalu banyak.
6. Guru boleh menjalankan aktiviti mengeja selepas pelajaran bacaan kerana ini
merupakan satu urutan yang baik.
7. Aktiviti ini harus dilakukan secara lisan terlebih dahulu dan kemudian
dilakukan secara bertulis.
8. Guru sebaik-baiknya mendedahkan dahulu perkataan-perkataan itu kepada
murid-murid dipilih untuk aktiviti mengeja yang sebenar.
9. Guru menyebut perkataan itu dua kali dan kemudian diminta murid-murid
mengeja.
10. Perkataan yang dieja oleh murid itu boleh diperiksa oleh guru atau bersama-
sama murid-murid dengan bantuan guru. Bincangkan kesalahan-kesalahan
yang berlaku.

Manakala rencana adalah satu lagi cara yang boleh dijalankan oleh guru
untuk mengukuhkan kemahiran membaca murid-murid. Tujuan-tujuan lain ialah
supaya murid-murid mahir mendengar, mengeja dan menulis dengan betul.
Bahan-bahan rencana haruslah berkait rapat dengan aspek-aspek bahasa yang
43

hendak dipelajari oleh murid-murid. la boleh dipetik daripada buku-buku teks,


keratan akhbar, majalah, puisi, lagu dan sebagainya.

Guru hendaklah mempastikan jumlah perkataan yang direncanakan itu


tidak terlalu banyak. Sebaik-baiknya biarlah lebih kurang satu perenggan atau
lebih kurang lima puluh hingga enam puluh perkataan.

Rencana tidak sahaja memerlukan kebolehan mengeja dengan betul


tetapi perhatian juga diberi kepada tanda-tanda baca seperti noktah, koma, tanda
soal, tanda sera, tanda pengikat kata dan sebagainya. Seperti juga ejaan,
rencana boleh dijalankan selepas aktiviti membaca dan memaham.

Guru mengedarkan bahan bacaan seperti buku teks, keratan akhbar,


rencana, petikan daripada majalah. Murid-murid diminta membaca,
mengecamkan perkataan-perkataan di dalamnya dan kemudian diminta menulis.
Kemudian boleh juga meminta murid menulis sama ada daripada lisan ataupun
rakaman dan menukarkan karangan pendek atau petikan yang bercetak dalam
tulisan jawi ke dalam tulisan rumi.

Untuk melaksanakan aktiviti ini, murid-murid akan diberi petikan yang akan
direncanakan. Mungkin ia berupa bahan-bahan daripada buku teks, potongan
akhbar, petikan majalah, dialog, puisi atau sebagainya. Minta murid-murid
membiasakan diri dengan petikan itu.

Kemudian guru memilih bahagian-bahagian yang penting, yang


mengandungi aspek-aspek yang hendak direncanakan. Guru menyebut
beberapa perkataan secara lisan atau rakaman dan murid-murid diminta
menuliskannya. Unsur yang dilihat dalam rencana itu ialah ketepatan
penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca.

Selepas itu, guru memeriksa hasil kerja murid, memberi markah jika perlu
dan selepas itu setiap kesalahan yang dilakukan perlulah dibincangkan. Perlu
diingat bahawa latihan menulis rencana ini adalah sebahagian daripada
43

pelajaran bahasa. Oleh kerana itu elok sekiranya ia dilakukan selepas aktiviti
lisan atau bacaan.

KARANGAN

Karangan adalah satu lagi jenis gerak kerja penting dalam aspek
penulisan. la dimasukkan ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu sama ada
pada peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah. Pengajaran
dan pembelajaran karangan bagi semua peringkat adalah mustahak kerana ia
merupakan tingkat tertinggi kemahiran bahasa iaitu kemahiran bahasa tulisan. Di
dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, kemahiran bahasa adalah
terbahagi kepada empat. Pertama, kemahiran mendengar; kedua. kemahiran
bertutur, ketiga, kemahiran membaca, dan keempat, kemahiran menulis.

Mengarang merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih


kerana ia penting dimiliki oleh setiap orang murid. Sebahagian besar daripada
pendidikan formal memerlukan kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai
kaedah untuk menyampaikan maklumat. idea, peranan, dan pendapat. Menulis
(karangan) adalah mustahak kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan
peperiksaan rasmi adalah memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan
lain-lain yang disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yang sifat
bahasanya adalah formal.

Dalam kehidupan seharian pula, kecekapan mengarang ini amat penting


untuk melicinkan perhubungan formal dalam bentuk surat menyurat, laporan,
pernyataan perasaan dan penglibatan dalam lain-lain aktiviti penulisan sama ada
dalam bentuk yang kreatif (kesusasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah.
Selain daripada itu pengajaran karangan kepada pelajar-pelajar ini bukan sahaja
dapat menyediakan pengalaman-pengalaman sebenar yang berguna kepada
murid-murid dalam kehidupan sehari-hari, tetapi juga kita berusaha memberikan
kemahiran-kemahiran bahasa serta pengetahuan am dan khusus mengenai
kehidupan dan persekitaran mereka.
Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Karangan
43

Ada beberapa tujuan penulisan karangan diajar kepada murid-murid.


Tujuan yang paling besar berhubung dengan mempelajari bahasa Melayu ialah
belajar mengarang bagi menyebutkan fikiran-fikiran atau pendapat sendiri
dengan terang dan teratur untuk dibaca oleh orang lain serta memberi kesan
pada pembacanya. Latihan menggunakan tanda-tanda, meringkas dan
melanjutkan karangan, membuat ayat-ayat. memilih perkataan-perkataan yang
munasabah, membetulkan kesalahan-kesalahan dalam sesuatu ayat,
menghuraikan ayat dan sebagainya itu sangat berguna kerana ia membawa
kepada matlamat yang dituju, iaitu kebolehan menyampaikan fikiran dan
pendapat sendiri secara bertulis dengan jelas dan mudah difaham oleh si
pembaca.

Objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran karangan berbeza


menurut peringkat, umur pelajar. Biasanya objektif pengajaran-pembelajaran
untuk pelajar-pelajar sekolah rendah ialah untuk memberikan kemahiran bertutur
menggunakan kata-kata, rangkai kata dan ayat yang berpadanan dengan
peringkat umur pelajar-pelajar.Ini bertujuan supaya kemahiran bertutur itu dapat
ditukar menjadi kemahiran bertulis melalui latihan mengarang, seperti menulis
beberapa ayat tentang diri, benda-benda di sekeliling dan orang-orang yang ada
kaitannya dengan pelajar-pelajar yang berkenaan.

Bagi peringkat yang lebih tinggi, misalnya pada peringkat sekolah


menengah rendah dan menengah atas, objektif pengajaran dan pembelajaran
karangan ialah untuk memberikan kemahiran menggunakan bahasa tulisan yang
bersesuaian dengan peringkat umur pelajar-pelajar yang berkenaan. Dengan ini
mereka dapat melahirkan buah fikiran, pengalaman dan imaginasi melalui
penggunaan bahasa yang mereka pelajari beberapa lama sejak daripada
sekolah rendah lagi.

Pada peringkat kolej dan universiti pula, objektif pengajaran dan


pembelajaran karangan menjadi semakin kompleks sifatnya. Di tahap ini pelajar-
pelajar dibekalkan dengan latihan-latihan menulis karangan yang lebih tinggi dan
memperlihatkan intelektualisme. Pada peringkat ini mereka mempunyai banyak
43

pengalaman tentang selok-belok pergaulan dalam masyarakat, pengalaman


sebagai pelajar, imaginasi dan emosi mereka yang kian berkembang dan banyak
perkara lagi yang sememangnya perlu mereka luahkan melalui gubahan atau
susunan dalam bentuk wacana atau karangan. Jika mereka tidak diberikan
latihan menulis karangan yang baik, tentulah mereka tidak mampu meluahkan
pengalaman, emosi, imaginasi dan ilmu pengetahuan mereka melalui bahasa
yang menarik dan berkesan.

TEORI DAN PRINSIP PENGAJARAN KARANGAN

Teori yang dibawa oleh Jean Piaget (1970) menyatakan bahawa bahasa
ialah satu konsep yang digunakan untuk membayangkan kecerdasan otak anak-
anak berfikir. Kecerdasan itu mula timbul pada peringkat umur sensorimotor di
dalam perkembangan kecerdasan otak anak-anak. Apabila seseorang anak
dapat mengkhayalkan sesuatu hal atau kelakuan atau peristiwa, maka khayalan
itulah akan menjadi unsur bahasa, termasuk penulisan. Jadi ini bermakna
perhatian kepada penggunaan kecerdasan otak kanak-kanak di dalam bidang
penulisan itu adalah mustahak.

Manakala Chomsky mengatakan bahawa bahasa itu adalah warisan yang


diterima daripada gen yang membolehkan anak-anak menguasai tatabahasa dan
membuat analisa bahasa. Kebolehan semula jadi ini datangnya secara intituitif
dan dinamakan Language Aquisition Devise. Dalam hal ini pengajaran karangan
mestilah berpandukan kepada cara kanak-kanak memperolehi bahasa ibunda
mereka. Ia harus dimulakan daripada pengalaman yang terdekat dan kemudian
bergerak kepada pengalaman-pengalaman yang berada lebih jauh. Pengajaran
harus dimulakan dengan lisan dan kemudian baru menulis. Segala aktiviti harus
bergerak daripada pengetahuan murid itu sendiri.

Teori yang dibawa oleh Jensen (1966) pula menyatakan penguasaan


bahasa mestilah ada kaitannya dengan dua elemen di dalam konsep theory of
learning. Elemen itu ialah konsep peneguhan S - O – R, teori yang dimajukan
43

oleh Skinner. Elemen yang kedua pula ialah konsep pairing yang dimajukan oleh
Freud. Konsep ini menekankan anak-anak membuat asosiasi antara satu
perkataan dengan satu perkataan yang lain hingga timbul satu bentuk corak
makna yang aneh sekali. Berdasarkan kepada teori-teori ini kanak-kanak harus
diberi latihan banyak dan memberikan pengukuhan yang baik

Selain daripada teori-teori yang dinyatakan di atas tadi, terdapat juga teori-
teori lain yang berkaitan dengan prinsip penulisan karangan. Di antaranya ialah
teori oleh Breal (1910) yang mahu penulisan dimulakan terus dengan
pengenalan pada ayat yang lengkap dan tidak dengan undang-undang
tatabahasanya dahulu. Ini agak sesuai dengan pendapat aliran Struktural yang
dibawa oleh Teori Bloomfield dan Skinner.

Richards (1955) pula menyatakan bahawa penggunaan perkataan perlu


dikaitkan cara meletakkan ayat mengikut situasi. Sedangkan Miller (1951)
menghuraikan bahawa corak yang terjalin dalam ayat ini menentukan fahaman
pada ertinya.

Jadi nyatalah di sini bahawa kegiatan menulis memerlukan pemikiran yang


tajam, dibantu oleh beberapa teori dan prinsip untuk menjayakan beberapa jenis
aktiviti. Penulisan (karangan) merangkumi semua aktiviti yang berhubung dengan
pemilihan isi, peringkat-peringkat penyampaian, dan beberapa gerak-geri latih
tubi (Mackey 1965).

Secara keseluruhannya berdasarkan teori-teori tadi, guru yang baik akan


mengajar penulisan melalui aktiviti-aktiviti. Aktiviti-aktiviti itu menimbulkan
perkembangan bahasa, pemikiran dan motivasi. Untuk menulis dengan lebih
berkesan murid perlu befikir dengan tenang dan mesti menggunakan imaginasi.
Murid-murid harus diberi peluang membaiki cara menulis mereka, kerana dengan
cara ini mereka dapat memperbaiki cara mereka berfikir pula.

PELAJARAN KARANGAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


43

Semasa belajar di sekolah, kanak-kanak memerlukan kecekapan


merakamkan pengetahuan dalam bentuk tulisan dan menjawabnya juga dalam
bentuk tulisan. Kebolehan menulis dan mengarang jawapan, pendapat dan
maklumat adalah penting bukan sahaja pada peringkat tinggi persekolahan tetapi
juga di sekolah-sekolah rendah. Dalam pelajaran bahasa Melayu, latihan
mengarang sudah menjadi satu aspek yang penting. Ketrampilan dari segi
kemahiran mengarang sangat perlu bagi murid baik untuk keperluan sehari-hari
mahupun untuk keperluan pelajaran. Oleh itu, ketrampilan ini mulai
dikembangkan sejak di sekolah rendah. Di sekolah menengah rendah dan
sekolah menengah atas, pengembangan ketrampilan itu dilakukan dengan
sistematik iaitu langkah demi langkah dengan bimbingan yang terus menerus
diberikan sehingga murid berjaya mencapai peringkat yang lebih tinggi.

Mengajar karangan bertujuan melatih kemahiran-kemahiran yang perlu


dalam menghasilkan sesebuah karangan yang berkesan dan ia meliputi dua
aspek. Aspek yang pertama ialah latihan memilih secara lojik iaitu meliputi
kebolehan kognitif untuk menggulung, membanding, menyimpul, menggabung
dan sebagainya.

Aspek keduanya pula ialah latihan menggunakan teknik-teknik bahasa


termasuk membuat ayat yang bertatabahasa, menyusun sekumpulan ayat yang
berkait untuk menjadi satu perenggan yang berturutan menjadi sebuah karangan
yang berkesan.

JENIS-JENIS KARANGAN

Terdapat tiga jenis karangan dan ini patut diketahui oleh setiap guru yang
mengajar bahasa Melayu. Jenis-jenis karangan tersebut ialah pertama Karangan
Lisan, kedua ialah Karangan bertulisdan yang ketiga ialah Karangan Terkawal.

Karangan Lisan
43

Karangan lisan ialah latihan bercakap bahasa yang diajar bagi


mempraktikkannya. Latihan-latihan bercakap itu dijalankan oleh guru dengan
pelbagai cara melalui arahan-arahan daripadanya. Antara aktiviti yang boleh
dijalankan oleh guru untuk melaksanakan karangan jenis ini ialah:
1. Bersoal jawab perkara-perkara yang telah dialami oleh kanak-kanak dalam
kehidupannya sehari-hari.
2. Mengeluarkan semula secara lisan akan isi-isi dan perenggan daripada buku
bacaan.
3. Menceritakan semula cerita yang didengar daripada guru mereka, ibu bapa
atau buku-buku yang pernah dibacanya.
4. Karangan bergambar, iaitu latihan bercakap mengenai gambar yang
disediakan oleh guru,
5. Berkenaan dengan ucapan-ucapan yang disediakan oleh murid-murid itu
sendiri berkaitan dengan pengalamannya.

Karangan lisan adalah satu cara mengukuhkan tabiat bahasa yang


dipelajari. Kanak-kanak dikehendaki bercakap dan berfikir dalam bahasa yang
diajar. Mereka dilatih menyebut lambang-lambang dan bunyi-bunyi dengan betul
seperti penutur jati bahasa itu menyebutnya. Mereka juga dilatih menyatakan
buah fikiran, minat, perasaan, hasrat dan pengetahuan mereka dalam bahasa
yang dipelajarinya dengan betul dan terang. Kanak-kanak, yang mempunyai
kuasa lisan yang baik maka apa yang dicakapkan itu adalah menarik perhatian di
samping membolehkan mereka mempelajari, pelajari pelajaran-pelajaran lain
dalam bahasa kebangsaan dengan cekap.

Karangan Tulisan

Karangan bertulis pula adalah lanjutan daripada karangan lisan. Ia


mestilah dilakukan selepas pelajar-pelajar menjalani latihan-latihan praktik dalam
bahasa lisan. Oleh kerana latihan menulis berhubung rapat dengan latihan
menyatakan fikiran maka soal teknik menulis tidak dapat dipisahkan daripada
43

soal akal. Sebelum latihan menulis dijalankan guru perlulah menyediakan


beberapa perkara untuk mengelakkan kesukaran menulis.

Di antaranya ialah guru menyoal murid dengan soalan-soalan secara lisan


sebelum kanak-kanak mula menulis. Soalan-soalan itu mestilah berkait dengan
tajuk yang hendak mereka pelajari dan pastikan semua murid dapat peluang
menjawab soalan-soalan itu. Soalan-soalan ini akan membolehkan kanak-kanak
itu berfikir dengan lebih mendalam dan mengeluarkan idea-idea yang
bersangkutan.

Kemudian suatu cara yang lain pula ialah dengan memberi penerangan
melalui gambar-gambar. Kanak-kanak membuat ayat-ayat pendek dan kemudian
meneruskannya kepada ayat-ayat yang panjang-panjang melalui gambar-gambar
itu. Selepas latihan lisan, baharulah mereka diberi latihan menulis.

Guru juga boleh membantu murid-murid mengarang dengan mendapatkan


bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan tajuk karangan daripada
buku, majalah, surat khabar. Kemudian mereka akan membaca kuat bahan-
bahan bacaan tadi. Soalan-soalan yang sesuai perlulah disediakan terlebih
dahulu. Dengan cara ini boleh mendorong murid-murid berfikir dan mengingati
semula isi bacaan yang dibacanya. Pengetahuan itu boleh digunakan semasa
mereka menulis nanti.

Selain dari cara-cara yang telah dinyatakan tadi, guru boleh juga
menolong dengan menyediakan ucapan-ucapan pendek. Ini bertujuan untuk
melatih kanak-kanak pandai bercakap dan boleh memberi ucapan dengan baik.
Murid-murid dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta
menyediakan ucapan masing-masing. Ucapan-ucapan itu kemudiannya dibaca di
dalam kelas dan kumpulan-kumpulan lain menyoal. Latihan begini dapat
membantu murid-murid mengeluarkan idea-idea sebelum mereka diminta
menulis.

Satu daripada persediaan ke arah karangan bertulis ialah membaca


dengan senyap buku-buku, majalah-majalah di dalam kelas. Selepas aktiviti
43

membaca ini dijalankan murid-murid perlu mengadakan perbincangan berkenaan


tajuk yang dibaca. Semua isi bacaan patut ditulis di papan putih dan kemudian
disusun semula. Selepas itu baharulah ditulis menjadi sebuah karangan.

Ada pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh
guru untuk mengajar mengarang kepada murid-murid selain daripada hanya
belajar di dalam kelas. Guru boleh juga membuat persediaan di luar kelas
bersama-sama murid dengan membuat lawatan-lawatan ke tempat-tempat yang
menarik perhatian. Sebelum membuat lawatan murid-murid diberi tugas dan
tanggungjawab. Semasa lawatan, mereka diminta mencatat sendiri peristiwa
lawatan itu dan sekembali daripada lawatan itu mereka diminta pula mengadakan
perbincangan -perbincangan. Mereka kemudiannya diminta menuliskan karangan
tersebut.

Persediaan-persediaan seperti ini adalah perlu kerana ia membolehkan:


1. Murid-murid tahu apa yang hendak dibuat
2. Murid-murid mengeluarkan idea-idea yang baik
3. Bertambahnya perbendaharaan kata kanak-kanak
4. Murid-murid memilih perkataan dengan betul
5. Murid-murid fasih dalam penggunaan bahasa
6. Karangan murid menjadi lebih baik

Karangan Terkawal

Karangan terkawal merupakan karangan peringkat asas atau pertama


yang harus dilalui olehmurid murid dalam gerak kerja penulisan. Karangan
terkawal ialah segala isi dan bahasanyan sedia terkawal oleh guru. Susunannya
dikawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke arah karangan bebas. Tujuan.
karangan terkawal ini ialah untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan oleh murid-
murid semasa mengarang. Apa yang dititikberatkan dalam karangan terkawal ini
ialah kelancaran dalam penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid
mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa. Karangan jenis
43

ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kawalan sepenuhnya, separuh
terkawal dan hampir terkawal.

Kawalan Sepenuhnya:
Pada peringkat ini latihan penulisan yang diberikan disusun sedemikian
rupa supaya murid-murid tidak melakukan kesalahan. Pengawalan dibuat ke atas
murid-murid yang 100% baharu sahaja mula belajar mengarang atau didapati
lemah dalam mengarang. Biasanya dalam pengawalan sepenuhnya ini, murid-
murid menyalin sahaja apa yang ditulis oleh guru di papan hitam. Latihan-latihan
haruslah terdiri daripada perenggan yang pendek-pendek. Tujuannya ialah
sebagai latihan mekanikal semata-mata.

Walaupun gerak kerja yang diberi adalah 100% terkawal, tetapi guru
masih boleh memasukkan variasi dalam latihan yang diberi. Pada peringkat
tersebut, iaitu peringkat menyalin dan menghasilkan semula. Misalnya, boleh
diberi latihan menyalin ayat-ayat daripada rajah tukar ganti yang mudah.
Sungguhpun latihannya masih menyalin, murid-murid diarahkan memilih satu
item yang mereka suka daripada rajah tukar ganti itu. Pada peringkat ini, item
yang mereka pilih itu adalah yang berhubung dengan leksikal, sedangkan
struktur ayatnya adalah tetap dan sama.

Separuh Terkawal:
Pada peringkat ini, murid-murid masih diberikan kawalan walaupun tidak
sepenuhnya. Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya
pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan
pengajaran guru. Misalnya, guru akan membacakan sebuah karangan pendek
yang sedia ditulis di papan putih dan kemudian murid-murid diminta
menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadam dengan perkataan-
perkataan lain yang disediakan. Latihan ini mungkin menimbulkan sedikit
kesukaran dan murid-murid boleh melakukan kesalahan.

Hampir Terkawal:
Pada peringkat ini, murid-murid menerima kawalan sedikit sahaja, seolah-
seolah mereka dipandu dalam membuat karangan tersebut. Pada peringkat ini
43

juga, kemungkinan murid-murid akan melakukan kesalahan-kesalahan yang lebih


besar. Tetapi ada kekecualiannya bagi mereka yang telah menerima latihan-
latihan yang banyak dan dapat memahami sepenuhnya cara tersebut pada
peringkat karangan terkawal dan separuh terkawal. Sebagai contoh, guru
membaca sebuah karangan yang sudah disediakan, Kemudian murid-murid
diminta menuliskan semula perenggan-perenggan tersebut berdasarkan garis
panduan atau arahan yang diberi oleh guru. Pada peringkat ini guru masih mem -
beri bimbingan kepada murid-murid.

Tujuan Karangan Terkawal

Karangan terkawal dilakukan kerana cara ini akan dapat mengurangkan


kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak. Karangan terkawal ini juga
menjadi asas kepada karangan bebas. Kanak-kanak dilatih dan dipimpin sedikit
demi sedikit ke arah karangan bebas yang menitikberatkan soal-soal isi dan
bahasa. Dengan demikian membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa
dengan lancar dan mengeluarkan fikirannya dengan tidak diganggu oleh
kesulitan-kesulitan berbahasa.

Bentuk-Bentuk Karangan Terkawal

1. Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu berhubung


dengan sesuatu tajuk.
2. Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan.
3. Menulis surat. Isi surat itu ditetapkan oleh guru. Ini akan menyenangkan
murid-murid rnenulisnya.
4. Mengisi tempat-tempat kosong dalam sebuah cerita atau karangan yang
telah disediakan.
5. Menuliskan isi perbualan atau perbincangan yang berhubung dengan
sesuatu tajuk, kejadian, peristiwa atau sebagainya.
6. Menuliskan ayat atau cerita daripada gambar-gambar yang disediakan.
43

7. Membuat ayat-ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan-perkataan


yang diberi.

KARANGAN BEBAS

Karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula


boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik. Pada peringkat ini, murid-
murid diberi tajuk-tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan
perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak
rnenulisnya.

Oleh kerana murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan


kemahiran mekanikal yang mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan
kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Perlu diingat bahawa
mengajar karangan bentuk bebas seperti ini seharusnya dilewatkan oleh guru
supaya murid-murid terlebih dahulu dapat menguasai perkara-perkara asas
seperti penguasaan perbendaharaan kata (pemilihan perkataan) dan struktur
ayat bahasa itu.

Pengajaran Karangan Di Sekolah Rendah

Pengajaran karangan di sekolah-sekolah rendah mempunyai objektif-


objektif tertentu. Di antaranya ialah supaya pelajar-pelajar dapat melahirkan
pendapat, perasaan, fakta dan lain-lain melalui kemahiran bahasa tulisan.

Secara amnya, guru-guru telah menggunakannya kaedah latihan


mendengar bertutur, dan membaca mendahului latihan menulis karangan. Ini
bermakna pengajaran karangan itu dimulakan dengan Iisan kemudian membaca
dan seterusnya menulis. Kalau ditinjau secara keseluruhan daripada sukatan
pelajaran, guru-guru diminta supaya mendahulukan latihan mendengar, bertutur
dan membaca sebelum seorang pelajar diminta menulis karangan Dalam hal ini
pelajar dilatih bercakap atau bertutur dengan menggunakan situasi (gambar,
43

lakonan dan sebagainya ). Kemudian baharulah disuruh menulis. Demikian juga


halnya dalam melaksanakan kemahiran mendengar dan menulis iaitu dengar
dahulu atau baca dahulu, kemudian menulis. Ketertiban seperti yang disarankan
dalam sukatan pelajaran inilah yang telah dijadikan asas oleh guru-guru sebagai
kaedah mengajar karangan di sekolah-sekolah rendah.

Beberapa langkah penting dalam pengajaran karangan bergambar yang


perlu dititikberatkan oleh guru ialah:
1. Guru menyuruh murid-murid meneliti gambar-gambar yang terdapat dalam
buku teks (atau yang disediakan).
2. Guru menyoal murid-murid tentang isi gambar-gambar itu berpandukan
soalan-soalan yang terdapat dalam buku itu (atau yang disediakan).
3. Guru menulis kata-kata `susah' yang timbul dalam soal jawab di atas papan
tulis.
4. Guru menyuruh murid-murid menulis sebuah karangan berdasarkan
perbincangan yang baru dijalankan.

Berdasarkan langkah-langkah tadi, nyatalah bahawa cara karangan itu


disampaikan samalah seperti yang telah diperkatakan sebelumnya, iaitu lisan
mendahului tulisan. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa cara
mengajar karangan bergambar ini bersifat stereotaip dan ia merupakan `acuan'
tunggal yang diamalkan dalam kelas. Ini bermakna cara mengajarkan karangan
untuk jenis-jenis yang berlainan juga memakai kaedah yang sama.

TEKNIK MENGAJAR KARANGAN

Menulis dan mengarang merupakan satu kemahiran yang penting dalam


pengajaran bahasa. Kecekapan mengarang di karangan murid-murid sekolah
masih belum dapat dibanggakan. Kemahiran mengarang sebenarnya melibatkan
pelbagai aspek kemahiran lain yang berkaitan antara satu sama lain. Ini
termasuklah mencari isi, menyusunnya dan menyampaikannya dalam bentuk
tulisan yang jelas dan menarik. Berikut diperlihatkan beberapa perkara penting
yang ada hubungannya dengan teknik mengajar karangan.
43

Kemahiran Mencari Isi

Apabila seseorang itu hendak mengarang, tidak dapat tidak dia terpaksa
memberi perhatian kepada isi-isi karangannya, iaitu apa yang hendak disebutkan
di dalamnya. Apakah isi yang hendak didahulukan dan apa pula yang patut
dikemudiankan? Berapa banyak satu-satu bahagian isi yang terfikir olehnya itu
hendak disebutkan. Bagaimana ia hendak menyusun dan menghuraikan isi-isi
tersebut supaya orang yang membacanya boleh memahami karangannya.

Dalam hal ini, ternyatalah mencari isi adalah penting sekali, Sebelum
seorang murid mengarang, murid itu perlu tahu fakta-fakta atau isi yang hendak
dikarang. Jadi salah satu kegiatan yang boleh diadakan dalam pelajaran
karangan ialah kegiatan mencari isi daripada bahan-bahan penulisan yang sedia
ada di persekitaran guru dan murid, misalnya daripada buku-buku teks,
suratkhabar, majalah dan buku-buku rujukan yang lain. Dengan ini isi karangan
murid-murid akan lebih kaya, tepat dan bermakna. Secara tidak langsung murid-
murid juga dibimbing dalam kemahiran-kemahiran lain seperti cara menggunakan
perpustakaan, menapis maklumat yang diperolehi dan membuat rujukan.

Bahan-bahan Rangsangan

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu serta buku-buku teks bahasa Melayu


banyak menyogokkan tajuk-tajuk karangan yang beraneka jenis. Ini satu petanda
baik kerana kita mahu supaya murid-murid boleh menulis pelbagai jenis
karangan, termasuklah karangan-karangan jenis surat, laporan, ulasan dan
berbagai-bagai lagi. Pengajaran karangan daripada jenis-jenis yang disebutkan
tadi kadangkala memerlukan bahan-bahan rangsangan sebagai memudahkan
pembelajaran.

Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk melatih kemahiran ini terbahagi


kepada tiga kategori iaitu bahan rakaman, gambar dan bahan bercetak. Bahan-
bahan rakaman adalah seperti muzik, lagu, perbualan, ceramah, ucapan, cerpen,
syarahan, pembacaan sajak dan sebagainya. Gambar yang dipilih seharusnya
43

mempunyai satu dua sifat yang ketara yang dapat memberikan impak kepada
orang yang melihatnya. Guru boleh mempelbagaikan tema gambar-gambar ini,
umapamanya tema kesedihan, kegembiraan, keluasan, kesempitan,
kebanggaan, kekayaan dan sebagainya.

Daripada bahan-bahan bercetak pula guru-guru boleh gunakan sajak seni


kata lagu, karangan-karangan yang bersifat pengembara, petikan, cerpen atau
novel dan lain-lain seumpamanya itu.

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan adalah merupakan ciri utama dalam dalam Sukatan


Pelajaran Baru Bahasa Melayu. Keempat-empat kemahiran bahasa iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis bersama-sama dengan aspek-
aspek lain seperti lisan, kefahaman dan tatabahasa hendaklah digabungjalinkan
dalam pelajaran karangan mereka. Kini takrif penggabungjalinan telah
diperluaskan merangkumi penggabungjalinan merentas mata pelajaran. Ini dapat
meningkatkan peranan guru bahasa Malaysia dalam membina kemahiran
berkomunikasi.

Penggabungjalinan Dengan Mata Pelajaran Lain:


Seorang guru bahasa Malaysia boleh meluaskan usaha menggabung-
jalinkan pelajaran mengarang dengan mata pelajaran lain. Maksudnya ialah guru
menghubungkan kemahiran bahasa murid-murid yang diperolehi daripada
pelajaran bahasa Malaysia dengan mata pelajaran lain khususnya sains, agama,
dan kajian tempatan. Ini tidaklah bermakna guru-guru bahasa Melayu akan
mengajar subjek-subjek tersebut tetapi cuma menggunakan bahan-bahan
daripada buku-buku teks mata pelajaran tersebut. Ia boleh digunakan terus atau
diubahsuai mengikut keperluan.

Panjangnya Karangan:
Adalah amat tidak realistik bagi murid-murid belajar menulis tiap-tiap
karangan yang jumlahnya 500 patah perkataan pada setiap kali mereka belajar
43

mengarang seperti yang lazim dilakukan dalam pelajaran bahasa Melayu di


tingkatan empat dan lima. Dalam kehidupan kita sehari-hari ini tidak semestinya
berlaku. Ada kemungkinan murid-murid menulis yang panjang dan ada masa-
masanya pula mereka menulis pendek, ringkas tetapi padat.

Selain daripada menyediakan pelbagai kegiatan dan bahan rangsangan


untuk menimbulkan minat murid, satu cara lain ialah dengan mempelbagaikan
jenis penulisan yang memerlukan panjang karangan yang berbeza-beza. Bahan-
bahan rangsangan yang disyorkan tadi sudah tentu menimbulkan reaksi yang
berlainan kerana temanya berlainan, malah ia juga boleh menimbulkan reaksi
yang lain pada murid yang lain. Tentulah sukar bagi murid-murid menuliskan
reaksi dan emosinya dengan jumlah perkataan yang ditetapkan.

Memeriksa Karangan:
Boleh dikatakan tiap-tiap karangan, walaupun ditulis oleh pengarang yang
mahir dan cekap akan mengandungi beberapa kesilapan baik dan segi
tatabahasa, ejaan, tanda baca, susunan ayat mahu pun dari segi isi dan idea
atau yang seumpamanya. Ada dua tindakan yang guru boleh lakukan terhadap
kesalahan dalam karangan murid. Pertama, guru boleh bersikap sebagai
pemeriksa yang bertujuan mencari kesalahan dalam karangan murid-murid dan
yang kedua ialah guru menganggap sesebuah karangan itu sebagai satu draf
yang boleh disunting, diperbaiki lagi dari segi ejaan, tatabahasa, isi atau idea,
dan sebagainya supaya karangan itu menjadi lebih jelas dan menarik. Dengan itu
murid-murid terpaksa menulis sesebuah karangan itu dua atau tiga kali untuk
melahirkan versi yang lebih baik.

Untuk menggalakkan murid-murid menyunting dan menulis semula


karangan mereka berdasarkan pembetulan guru, 'karangan' yang diberi bolehlah
pendek-pendek sahaja pada peringkat permulaan, supaya murid-murid mahir
betul menulis idea mereka dalam bahasa yang baik dan jelas, Latihan pendek
berulang-ulang ini mungkin lebih berkesan untuk mengelakkan murid-murid
membuat kesalahan yang terlalu banyak. Setelah mendapat kemahiran ini dan
menguasainya dengan baik maka kuranglah kesalahan yang akan dilakukan
semasa menuliskan karangan-karangan yang panjang-panjang.
43

Satu lagi cara untuk mengelakkan murid-murid membuat terlalu banyak


kesalahan, mereka bolehlah diberi satu 'model' karangan yang baik untuk
dijadikan contoh. Murid-murid digalakkan membanding-bandingkan karangan-
karangan yang baik sebelum mereka menulis sesuatu yang asli. Karangan-
karangan yang baik itu akan sedikit sebanyak mempengaruhi karangan yang
akan ditulisnya.

Proses Menulis Karangan

Ada tujuh bahagian besar di dalam sesuatu proses penulisan. Proses-proses


tersebut ialah:
1. Persediaan untuk menulis.
Persediaan ini datangnya daripada pengalaman, benda, gambar,
perbincangan atau daripada sesuatu yang menimbulkan minat.

2. Mengingat balik apa pengalaman yang dirasai.


Murid-murid perlu diberi masa untuk mengetahui apa yang boleh mereka tulis
berkenaan dengan pengalaman dari pemerhatian yang mereka telah lalui.

3. Masalah kreatif.
Murid mencari bahan penulisan dan idea, atau membuat hipotesis. Mereka
juga akan cuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dalam
menyediakan karangan mereka.

4. Perbincangan secara lisan.


Murid-murid akan cuba berbincang secara lisan dengan kawan sebaya
tentang tajuk dan isi yang telah mereka kumpulkan itu.

5. Perbincangan selepas menulis draf pertama.


Murid akan berbincang lagi setelah menulis draf karangannya. Dia sendiri
akan memikir apa yang patut dibuang atau ditambah. Mereka boleh
mendapatkan fikiran daripada guru atau rakan sebayanya tentang apa yang
harus dibuang atau yang perlu diperbaiki.
43

6. Membentangkan karangan secara lisan.


Murid dirangsang membaca isi karangan kepada ramai. Aktiviti ini
membayangkan bahawa sesebuah karangan ialah hasil pertuturan dan
penulisan. Di sini pendengar-pendengar akan mengesyorkan beberapa hal
baru yang perlu diambil perhatian seperti penggunaan perkataan, ejaan atau
idea baru.

7. Setelah proses satu hingga enam dilaksanakan, karangan itu akan


dipamerkan untuk ramai. Pada peringkat inilah akan timbal rasa gembira di
dalam hati murid-murid kerana aktiviti karangannya diberi tempat untuk
mendapatkan perhatian dan penilaian yang sewajamya.

CARA-CARA MENGARANG

Sebelum membuat sesebuah karangan, kita hendaklah memilih dan


memahamkan tajuk karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang
Pengenalan, Isi karangan dan Penutup.

Pengenalan

Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan.


Dalam pengenalan itu kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau
tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau tidak faham. Kita usahakan untuk
menarik perhatian pembaca supaya ingin terus membaca karangan itu.
Pengenalan tidak perlu panjang. memadai dibuat secara ringkas dan am sahaja.

Isi Karangan

Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Ia hendaklah disusun


dengan teratur, bersistematik dan berkait antara satu dengan yang lain. Isi-isi itu
43

dipecah-pecahkan dalam perenggan-perenggan. Sebaik-baiknya satu isi ditulis


dalam satu perenggan dan diperkembangkan. Namun begitu beberapa isi boleh
juga ditulis dalam satu perenggan jika didapati isi-isi itu pendek-pendek dan
berkait rapat. Jaga isi supaya dapat disampaikan dengan jelas dan tidak terkeluar
daripada tajuk karangan tersebut. Isi karangan seharusnya asli, tidak ditiru bulat-
bulat daripada karangan lain. Isi yang baik boleh didapati melalui pembacaan,
pemerhatian dan melalui pengalaman.

Penutup

Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik perhatian dan minat


pembaca untuk mengikuti karangan tersebut, maka penutup juga seharusnya
berfungsi sedemikian. Penutup harus memberi kepuasan kepada pembaca.
Penutup adalah kesimpulan atau akhiran sesebuah karangan atau cerita. Ia
mesti ditulis dengan baik. Dalam penutup boleh digambarkan pendapat atau
saranan si pengarangnya yang berhubung dengan tajuk. Penutup adalah penting
bagi setiap karangan.
43

KESIMPULAN

Bahasa Melayu diajar di sekolah-sekolah bertujuan untuk memenuhi


hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Justeru itu, kurikulum
Bahasa Melayu diwujudkan sebagai garis panduan untuk menyediakan murid
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan
peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan
bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping
mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam


Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua
sekolah rendah dan menengah. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi
untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi
maklumat dan komunikasi.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu merupakan perincian kepada


kandungan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan berfungsi
sebagai panduan untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya digubal
merangkumi kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Penumpuan pada kemahiran-
kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara
berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran
seumur hidup.

Oleh yang demikian, kesungguhan para guru dalam menyampaikan


kemahiran-kemahiran bahasa amatlah dituntut agar matlamat kurikulum Bahasa
Melayu sekolah rendah iaitu untuk melengkapkan murid dengan keterampilan
berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri , memperoleh ilmu,
perhubungan sosial serta urusan harian dapat dicapai. Pelbagai isu dan polemik
yang timbul berkenaan di mana layaknya kedudukan Bahasa Melayu haruslah
tidak menggugat tujuan sebenar para pendidik untuk memperkembangan dan
memperkukuhan bahasa ini di sekolah-sekolah. Sesungguhnya sumbangan
43

Bahasa Melayu terhadap pembinaan dan pembangunan negara bangsa


Malaysia amatlah besar, khususnya dalam menyatukan padukan rakyatnya yang
berbilang ras dan kaum.
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43
43

You might also like