You are on page 1of 27

LITERASI BAHASA MELAYU

KAEDAH FONETIK

bml/ym 1
Rasional kaedah ini ialah

Sistem ejaan bahasa Melayu sistematik dan


fonemik.
Kebanyakan suku kata bahasa Melayu jelas
dan mudah.
Perkataan-perkataan yang digunakan pada
permulaan kaedah ini telah diketahui
maknanya oleh kebanyakan murid.
 

bml/ym 2
SAMBUNGAN

Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan


huruf vokal kepada murid, diikuti dengan
pengenalan huruf konsonan, pembentukan
suku kata, dan pembentukan perkataan yang
bermakna dalam satu atau dua pelajaran
sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa
perkataan dengan cepat serta faham apa-apa
yang dibaca.

bml/ym 3
Kaedah ini bermula dengan
memperkenalkan huruf vokal kepada
murid, diikuti dengan pengenalan huruf
konsonan, pembentukan suku kata, dan
pembentukan perkataan yang bermakna
dalam satu atau dua pelajaran sahaja.
Murid akan dapat membaca beberapa
perkataan dengan cepat serta faham apa-
apa yang dibaca.

bml/ym 4
Kemudian perkenalkan bunyi satu huruf
konsonan. Dahulukan konsonan letupan
yang dapat membentuk perkataan yang
bermakna seperti konsonan k yang dapat
membentuk perkataan “kaki” dan “kuku”
atau konsonan b yang dapat membentuk
perkataan “baba” dan “bubu”. Lakukan
latih tubi yang pelbagai agar murid dapat
mengingat bunyi konsonan itu.

bml/ym 5
Gabungkan bunyi konsonan itu dengan
huruf vokal supaya menjadi suku kata ka,
ki, ku. Lakukan latih tubi sebutan suku
kata ini dengan pelbagai teknik, termasuk
teknik nyanyian

bml/ym 6
Cantumkan suku kata-suku kata itu
supaya menjadi beberapa perkataan yang
bermakna seperti ka + ki menjadi “kaki”
dan ku + ku menjadi “kuku”.

bml/ym 7
Adakan permainan mencantum huruf
menjadi suku kata dan mencantum suku
kata menjadi perkataan. Pelbagaikan jenis
permainan agar murid berasa seronok
belajar.

bml/ym 8
Sebagai peneguhan, adakan latih tubi
menulis huruf, suku kata dan perkataan
dengan pelbagai cara. Pengajaran
penulisan hendaklah berdasarkan
peringkat-peringkat dan teknik yang betul,
termasuk penggunaan kertas bergaris dan
alat tulis yang sesuai.

bml/ym 9
Dalam pelajaran kedua, ulang penggunaan vokal a, i, u dan
perkenalkan satu atau dua konsonan lagi. Gunakan pola
pengajaran yang sama, tetapi dengan teknik yang pelbagai, iaitu
huruf  suku kata  perkataan  aktiviti penulisan. Sebagai
contoh, suku kata dan perkataan yang berikut dapat dibaca oleh
murid setelah dua konsonan diperkenalkan:
ka ki  kaki
ku ku  kuku
ba ba  baba
bu bu  bubu
ba bi  babi
bi bi  bibi
bu ku  buku
u bi  ubi
i bu  ibu
a bu  abu bml/ym 10
Dalam pelajaran keenam, suku kata
tertutup dapat diperkenalkan. Dengan ini
lebih banyak perkataan dan ayat dapat
dibentuk, dibaca dan ditulis.

bml/ym 11
Buatkan ayat dan latih tubi murid
membacanya.
Contohnya: ibu baba, ibu abu, bubu abu,
kuku kaki abu.

bml/ym 12
Murid boleh melakukan aktiviti membina
perkataan tambahan berdasarkan suku kata
yang telah dipelajari. Dalam pelajaran
seterusnya guru dapat mencipta beberapa
ayat lagi untuk dibaca oleh murid.
Contohnya: buku abu dan abu buka buku.
Jika konsonan s telah diperkenalkan, ayat
“abu suka buku” dapat dicipta. Perkataan
“abu” dapat digantikan dengan “baba”, “ibu”
dan lain-lain sebagai latih tubi.
bml/ym 13
Seterusnya, di samping mengulang bunyi
vokal guru boleh memperkenalkan dua atau
tiga konsonan lagi seperti t, m, d. Ikuti pola
penyampaian pelajaran yang lalu. Antara
perkataan yang dibina dan dibaca ialah dada,
muda, uda, mata, mama, titi, tadi, madu.
Dengan menggunakan perkataan-perkataan
ini dan perkataan yang terdahulu, lebih
banyak frasa dan ayat dapat dibina dan
dibaca oleh murid
bml/ym 14
Dalam pelajaran ketujuh, guru boleh
memperkenalkan konsonan r, p, n dan
melaksanakan pengajaran seperti pola
pengajaran sebelumnya.

bml/ym 15
Dalam pelajaran kelapan guru boleh
memperkenalkan bunyi vokal e dan o. Bina
suku kata yang menggunakan vokal o
dahulu. Adakan latihan perbezaan bunyi e
pepet dengan e taling dengan pasangan
perkataan seperti emak-esok, emas-ekor,
beras-besok. Latihan membaca frasa dan
ayat seperti “kotak besar itu di situ”.
Pelbagai permainan yang berkaitan dengan
huruf, suku kata dan perkataan diadakan.
bml/ym 16
Pelajaran seterusnya memperkembang
kemahiran murid membunyikan huruf lain
seperti l, g, h, f, j, c, y, z, w, q, dan x.

bml/ym 17
Seterusnya perkenalkan bunyi gabungan ng,
sy, gh dan ny dalam beberapa pelajaran.
Nama huruf diajarkan secara tidak langsung.
Penggunaan papan tulis sangat penting. Huruf
besar disisipkan dari semasa ke semasa.
Latihan mengeja dilakukan sebagai
pengukuhan setelah murid boleh membaca.
Latihan menulis dianggap sebagai
pengukuhan.
 

bml/ym 18
Kenali Huruf
Bunyi huruf konsonan (tunjukkan kad
huruf/fonem dan gambar)

/b/ -- /beh/ /c/ -- /ceh/ /d/ -- /deh/


/n/ -- /en/ /m/ -- /em/ /p/ -- /peh/
/s/ -- /sss/ /y/ -- /yeh/ /r/ -- /rrr/
/l/ -- /el/ /z/ -- /zzz/ /h/ -- /heh/
/w/ -- /weh/ /x/ -- /kx/ /q/ -- /qeh/

bml/ym 19
Kenali Diagraf
Bunyi konsonan gugusan (diagraf)
(tunjukkan kad huruf/fonem dan/atau gambar)
/ng/ -- /eng/
/ny/ -- /nyeh/
/sy/ -- /syhh/
/kh/ -- /kheh/
/gh/ -- /gheh/
bml/ym 20
Kenali Diftong

Diftong
(tunjukkan kad huruf/fonem)

/ai/ /au/ /oi/

bml/ym 21
Gabungan Bunyi Sebutan
Gabungan bunyi sebutan

/au/ -- /ua/ -- laut -- buat


/ai/ -- /ia/ -- baik -- siar
/iu/ -- /ui/ -- bius -- suis
/io/ -- biola

bml/ym 22
Gubungan Suku Kata

Gabungan suku kata terbuka

/gu/+ /li/ = /guli/


du/ + /ku/ = /duku/

bml/ym 23
Gubugan Suku Kata

Gabungan suku kata terbuka + tertutup

/ba/ + /kul/ = /bakul/


/du/ + /lang/ = /dulang/
 

bml/ym 24
Gubugan Suku Kata

Gabungan suku kata tertutup + terbuka

/mang/ + /ga/ = /mangga/


/kun/ + /ci/ = /kunci/
 

bml/ym 25
Gubugan Suku Kata

Gabungan suku kata tertutup

/ban/ + /tal/ = /bantal/


/ang/ + /gur/ = /anggur/
 

bml/ym 26
Sekian

bml/ym 27

You might also like