You are on page 1of 22

SEKAPUR SIREH

Permainan adalah satu aktiviti sukan yang digemari hampir semua peringkat usia di
dunia. Terdapat banyak permainan yang dimainkan pada dewasa ini. Apatah lagi
permainan pada masa kini, bukan sahaja sekadar mengeluarkan peluh malah boleh
dijadikan satu sumber pendapatan.

Memilih permainan bola sepak sebagai satu kertas kerja menjadikan saya
memahami serba sedikit sejarah, peraturan, cara dimainkan dan sebagainya. Kerja kursus
ini adalah gabungan hasil pengalaman saya dan rujukan yang telah dibuat.

Terima kasih saya kepada pensyarah PJ saya, En. Mohd Nahar Bin Mohamad
Wazir yang banyak membantu saya secara amnya dalam penghasilan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah PJ yang lain, yang telah banyak memberi
bimbingan serta tunjuk ajar tentang kefahaman Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Jasa
anda tidak dilupakan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang
membantu memberi serba sedikit gambaran tentang tugasan ini. Terima kasih juga
kepada ibu bapa saya yang memahami keadaan saya sepanjang menyiapkan kerja kursus
ini.

Akhir kata, segala yang baik datangnya dari Allah dan kekurangan itu adalah
kelemahan saya sendiri. Dengan izin-Nya, dapatlah saya menyiapkan kerja kursus dengan
baik walaupun terdapat rintangan.

Sekian.

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Pengenalan 3
 1.0 Pengertian
 1.1 Pengujian
 1.2 Pengukuran
 1.3 Penilaian

 2.0 Perbezaan Pengujian, Pengukuran, 5

dan Penilaian

Bahagian A ( Ujian Psikomotor)


 1. Pengenalan 6
 2. Ukuran Dan Lakaran Gelanggang 7
Permainan Bola Sepak
 3. Sistem Permainan Bola Sepak 9
 4. Format Pertandingan Permainan Bola Sepak 12

 5. Peraturan Permainan Bola Sepak 14


 6. Ujian Psikomotor 15
 7. Kriteria Penilaian 18

Bahagian B 22

Lampiran 24

Rujukan 26

Pengenalan

1.0 Pengertian

1.1 Pengujian

Pengujian  dapat dianggar   sebagai proses penyerahan set soalan yang selaras yang perlu
dijawab, atau satu prosedur  yang sistematik  bagi mengukur perubahan seseorang
individu atau pelajar.

2
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan  yang diperlihatkan oleh
murid  di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi
daripadanya  akan dijadikan dasar untuk menilai tahap individu.

Proses  pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti  pelaksanaan 


(pentadbiran ujian) dan berakhir dengan  pemeriksaan jawapan. Melalui proses pengujian
ini, seseorang guru dapat  mengetahui penguasaan murid terhadap kemahiran yang
dipelajari.

1.2 Pengukuran

Pengukuran membawa maksud sebagai suatu proses mendapatkan  penjelasan secara


melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang
diukur dengan menggunakan instrumen.

Pengukuran juga merujuk kepada proses pemarkahan terhadap jawapan murid yang
bertujuan untuk mengukur sesuatu kemahiran secara kuantitatif. Proses ini memerlukan
guru memeriksa (dengan membaca atau mendengar) tindak balas murid dan mengagihkan
markah dalam bentuk angka. Markah pula diagihkan mengikut skim pemarkahan yang
telah disediakan terlebih dahulu oleh guru. Markah tersebut biasanya dijumlahkan
sebagai jumlah markat mentah atau diperatuskan.

1.3 Penilaian

Penilaian  boleh didefinisikan  sebagai satu proses membuat pertimbangan atau membuat
keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.

Penilaian juga merupakan satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data  bagi menentukan  sama ada  sesuatu objektif  yang telah ditetapkan itu
telah tercapai.

Penilaian ini diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markah yang
telah diperoleh dalam bentuk kuantitatif.

3
2.0 Perbezaan Antara Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian.

Pengujian Pengukuran Penilaian


Tujuan Menentukan tahap Membuat pengkelasan bagi Memberi maklumat
pencapaian sesuatu pencapaian dan kedudukan tentang pencapain
pembelajaran murid dalam pembelajaran. objektf pelajaran,
kaedah mengajar dan
kurikulum.
Cara Melalui pemerhatian Melalui pelbagai cara Berdasarkan data
atau soalan-soalan ujian mengumpul data kuantitatif kuantitatif dan
penghuraian kualitatif
Masa Selepas pelajaran Selepas pelajaran Sebelum, semasa, dan
selepas pelajaran
Liputan Terhad kepada satu Meliputi satu peringkat Dari satu pelajaran
kemahiran atau pembelajaran teretntu hingga ke
pelajaran seluruh kurikulum
Keputusan Menunjukkan prestasi Menunjukkan pencapaian Menunjukkan
suatu kemahiran atau secara relatif pencapaian
penguasaan keseluruhan tetapi
pembelajaran yang tidak semestinya
spesifik membayangkan
prestasi seseorang
individu

4
BAHAGIAN A : UJIAN PSIKOMOTOR (KEMAHIRAN)

PERMAINAN : BOLA SEPAK

1. Pengenalan

Bola sepak boleh dianggap sebagai sukan yang paling popular di dunia pada masa kini;
tidak kira yang muda atau yang tua, lelaki atau wanita. Dipercayai bahawa permainan
bola sepak diperkenalkan di Rom dan kemudian dibawa ke England pada abad ke-9.
Sungguhpun demikian, permainan bola sepak mula berkembang pesat sebagai satu sukan
hanya bermula pada abad ke-19.
Pada awal permainan bola sepak di England, masih belum ada peraturan tentang
permainan tersebut. Bola sepak ketika itu terlalu kasar sehingga boleh mendatangkan
kecederaan parah. Sehinggalah tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England (F.A.)
ditubuhkan yang juga merupakan pertubuhan bola sepak pertama di dunia. F.A. telah
menggubal beberapa garis panduan (ketika itu) untuk menjadikan bola sepak suatu
permainan yang menarik. Pada tahun 1870, peraturan sebelas pemain untuk satu pasukan
diperkenalkan. Pada tahun 1871, Piala F.A. diperkenalkan yang dijalankan secara kalah
mati. Pertandingan ini merupakan pertandingan kalah mati tertua dan masih bertahan
sehingga kini, manakala Piala F.A. merupakan piala yang tertua dalam sejarah bola
sepak.
Pada tahun 1904, Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ditubuhkan di Paris.
Permainan bola sepak mula menular ke seluruh dunia, sehinggalah wujudnya
Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang berlangsung empat tahun sekali merupakan
pertandingan paling berprestij di peringkat antarabangsa. Uruguay telah menjadi tuan
rumah pada edisi pertama pertandingan Piala Dunia pada tahun 1930 dan merupakan
juara edisi pertama.
Di Malaysia, permainan bola sepak telah dibawa masuk ke negara ini oleh askar
British pada abad ke-19 ketika mereka datang bertugas. Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) ditubuhkan pada tahun 1927. FAM merupakan badan bola sepak kebangsaan dan

5
bertanggungjawab mengawal perkembangan bola sepak di Malaysia melalui persatuan
bola sepak di peringkat negeri.

2. Ukuran Dan Lakaran Gelanggang Permainan Bola Sepak

6
3. Sistem Permainan Bola Sepak

Bola sepak dimainkan seramai 11 orang bagi setiap pasukan. Terdapat beberapa sistem
permainan yang dimainkan dalam permainan ini yang dsebut formasi. Formasi

7
merupakan sesuatu pembentukan asas bagi sesebuah pasukan untuk meraih kemenangan.
Namun begitu, tanpa kebijaksanaan pemain mencernakan formasi yang dibentuk oleh
jurulatih belum menjamin kejayaan pasukan itu. Pemilihan formasi biasanya dipengaruhi
oleh beberapa faktor-faktor seperti:
i. Kelemahan dan kelebihan pemain-pemain yang ada.
ii. Kelemahan dan kelebihan pasukan lawan.
iii. Corak dan jenis permainan – menitikberatkan pertahanan atau serangan.
iv. Sistem permainan pasukan lawan.

Antara formasi yang biasa diamalkan dalam permainan bola sepak adalah:

a) 4 – 4 – 2
Formasi ini telah diguna pakai oleh kebanyakan jurulatih.
Formasi ini agak seimbang sebenarnya. Terdapat dua jenis
corak yang boleh digunakan iaitu menyerang dan
bertahan. Untuk menyerang, dua pemain pertahanan di
kiri dan kanan akan turut serta menyerang apabila pasukan
mereka dalam situasi menyerang. Untuk bertahan pula,
seorang pemain tengah akan berada di kawasan
pertahanan untuk membantu barisan pertahanan. Pemain
tengah ini digelar tengah bertahan atau defensive midfield.

b) 4 – 2 – 4
Kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada 2 orang
pemain tengah yang menjadi penghubung antara
pertahanan dan penyerang. Dua pemain tengah ini
bertindak sebagai player maker di mana pemain
memerlukan kepekaan yang tinggi. Dua penyerang di kiri
dan kanan bertindak sebagai sayap yang bermaksud akan
memulakan serang dari tepi. Dua pemain akan turut
bersama untuk membantu bahagian pertahanan ketika
diserang.

8
c) 4 – 3 – 3
Formasi ini merupakan formasi menyerang. Tiga pemain
tengah memerlukan kecergasan yang tinggi untuk turun
naik dalam sesuatu permainan. Apabila bertahan, hanya
seorang penyerang yang berada di tengah padang. Apabila
serangan balas, penyerang ini bertindak sebagai penyudah.

d) 1 – 4 – 3 – 2
Formasi ini lebih berat kepada bertahan. Seorang pemain
menjadi ‘sweeper’ dan yang lain menjaga pemain lawan
masing-masing untuk bertahan apabila serangan dilakukan
oleh pihak lawan. ‘Sweeper’ ini bergerak bebas dan
tugasnya adalah untuk mengganggu dan merebut bola
daripada pihak lawan.

e) 4 – 5 – 1
Formasi ini lebih bertindak sebagai melakukan serangan
balas. Hanya seorang pemain berada di depan. Pemain ini
bertindak sebagai penyudah dan pengganggu kepada
pertahanan lawan. Kecergasan diperlukan untuk formasi
begini.

9
4. Format Pertandingan Permainan Bola Sepak

Terdapat tiga jenis format pertandingan yang diadakan. Antaranya format liga,
format kalah mati, dan format timbal balik.

a. Format Liga

Untuk format ini, ada dua jenis iaitu secara satu pusingan dan secara dua
pusingan. Bagi satu pusingan, biasanya diadakan untuk pertandingan yang besar
seperti Sukan Olimpik, Sukan Sea, dan juga untuk Piala Dunia. Selesai sahaja
format ini, mana-mana pasukan yang layak untuk pusingan seterusnya akan mara
ke pusingan kalah mati. Manakala format dua pusingan untuk liga-liga di semua
negara, di mana ada bermain d tempat sendiri dan ada bermain di tempat lawan.
Untuk format ini agak panjang tempoh yang diambil dan biasanya mengambil
masa sembilan ke lapan sepuluh bulan. Kelebihannya, terdapat masa rehat untuk
pemain-pemain.

b. Format Kalah Mati

Untuk format ini, hanya satu pusingan dijalankan. Mana-mana pasukan yang
kalah dalam sesuatu pertandingan dikira tersingkir. Seperti Piala F.A. England,
format ini telah diguna pakai sejak 1871. Format ini juga diguna pakai sebagai

10
kesinambungan untuk format liga satu pusingan. Mana-mana pasukan yang
mempunyai gol lebih dikira pemenang. Sekiranya seri sehingga habis masa
tambahan, tendangan penalti dilakukan.

c. Format Timbal Balik

Format ini dijalankan dua pusingan, iaitu bermain di tempat sendiri dan di tempat
lawan. Untuk memilih pemenang, mana-mana pasukan yang mempunyai jaringan
yang lebih dikira pemenang. Sekiranya seri 0 – 0, sehingga tamat masa tambahan,
tendangan penalti dilakukan. Namun begitu, satu situasi seri yang boleh
menyebabkan sesebuah pasukan itu diisytihar pemenang (sehingga tamat
permainan 90 minit) iaitu dengan format kiraan gol di tempat. Contoh;

England 3 - 0 Greece
Greece 4 - 1 England

Untuk situasi di atas, kedua-dua pasukan terikat jaringan 4 – 4. Namun begitu,


England diisytihar pemenang kerana mempunyai jaringan di tempat lawan.

Malaysia 1 - 2 Indonesia
Indonesia 1 - 2 Malaysia

Untuk situasi ini pula, permainan perlu dilanjutkan sehingga ke masa tambahan
kerana jaringan di tempat lawan yang sama. Sekiranya kekal, tendangan penalti
dilakukan.

Perancis 3 - 2 Itali
Itali 2 - 1 Perancis

Untuk situasi ini, Itali dikira pemenang kerana mempunyai jaringan yang banyak
di tempat lawan berbanding Perancis walaupun pasukan ini seri 4 – 4.

11
5. Peraturan Permainan Bola Sepak

 Satu pasukan diwakili oleh sebelas (11) orang pemain semasa permainan.
 Permainan diadili oleh seorang pengadil (referi) dan dibantu dua orang pengadil
garisan serta seorang pengadil simpanan.
 Lentingan syiling dilakukan untuk menentukan pihak mana yang perlu membuat
sepak mula.
 Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan, hanya tiga pertukaran pemain
dibenarkan. Pemain yang digantikan tidak boleh masuk semula sebagai pemain.
Untuk perlawanan persahabatan, tiada had untuk pertukaran pemain.
 Setelah gol dijaringkan, sepak mula di tempat permulaan dibuat oleh pasukan
yang tidak menjaring.
 Pemain yang dibuang padang (kad merah) tidak boleh diganti dengan pemain lain.
 Ofsaid dikira apabila pemain mendahului pemain pertahanan lawan sebelum bola
dihantar.
 Untuk lontaran ke dalam, pemain tidak dibenarkan memijak garisan, kedua-dua
kaki mestilah memijak tanah, dan lontaran bermula dari belakang kepala.
 Jaringan gol hanya sah apabila bola melintasi keseluruhan garisan gol, iaitu antara
tiang dan bawah palang gol.
 Lemparan atau sepakan oleh penjaga gol selepas menyambut bola dan juga
sepakan gol, hendaklah dilakukan melebihi kawasan penalti.
 Dalam perlawanan rasmi, tempoh masa permainan ialah 90 minit (45 minit bagi
setiap separuh masa), rehat 10 ke 15 minit, dan masa tambahan pula 30 minit (15
minit bagi setiap separu masa).
 Sekiranya kedua-dua pasukan terikat jaringan sehingga habis masa tambahan,
tendangan penalti dilakukan. Hanya 5 tendangan bagi setiap pasukan dan
sekiranya masih lagi terikat hingga habis 5 tendangan tersebut, tendangan
‘sudden-death’ dilakukan yang bermaksud siapa gagal mejaringkan gol, pasukan
tersebut kalah.
 Terdapat dua jenis tendangan percuma, iaitu ‘direct freekick’ dan ‘indirect
freekick’. Hanya ‘direct freekick’ yang dibenarkan untuk tendangan terus ke
dalam gol.

6. UJIAN PSIKOMOTOR (KEMAHIRAN)

12
Nama Ujian : Ujian Kemahiran Bola Sepak

Alatan Ujian : Bola, skital, bangku, jam randuk

Prosedur Ujian

Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Dua ujian kecergasan dan tiga ujian
kemahiran dijalankan.

A. Ujian Kecergasan

a. Lari ulang – alik 10 meter (30 saat)


- Murid akan diuji jumlah larian yang boleh diambil dalam masa 30
saat.

b. Lari pecut 50 meter


- Murid akan diambil masa untuk larian ini.

B. Ujian Kemahiran

i. Kemahiran Menyepak

a. Latihan Menyepak Dan Menghantar Bola


 X menghantar bola kepada Y
melalui 2 skital. Y menghantar
balik kepada X yang
kedua untuk meneruskan latihan.
Selepas menghantar bola pemain
tukar tempat.

 Murid akan diuji pada ketepatan


menyepak dan menghantar dengan
tepat bola ke arah pemain lain.

b. Latihan Menyepak Ke Penjuru


 Pemain cuba memasukkan bola
melalui ruang antara hujung

13
bangku dan tiang gol.
 Pemain akan diuji pada ketepatan
memasukkan bola ke penjuru gol.
 Pemain akan diberi 10 percubaan.

ii. Kemahiran Menggelecek Bola

a. Latihan Menggelecek Bola (20 meter)


 Murid membawa bola mengelilingi
skital.
 Murid akan diambil masanya untuk
latihan ini.
20 m
 Setiap skital yang terkena bola
akan dipotong separuh markahnya.

b. Latihan Menggelecek Bola (30 meter)


 Murid membawa bola mengelilingi
skital.
 Murid diberi masa 20 saat untuk
untuk menghabiskan larian. 30 m
 Murid akan diambil markahnya
pada tempat dia berhenti.
 Setiap skital yang terkena bola akan
dipotong separuh markahnya.

iii. Kemahiran Menahan Bola

a. Kemahiran Menahan Dan Menyepak


 Murid menahan bola yang disepak oleh rakan dan menyepak
semula.
 Markah diambil pada setiap bola yang ditahan dengan baik dan
tidak tersasar.
 Sebanyak 15 percubaan diberikan.

iv. Kemahiran Menjaga Gol

a. Kemahiran Menjaga Gawang

14
 Murid memastikan tidak melepaskan bola masuk ke dalam
gawang gol.
 Markah diambil bagi setiap bola yang ditahan.
 Sebanyak 10 percubaan diberikan.

7. KRITERIA PENILAIAN

A. Kemahiran Menyepak

Nama Ujian

 Ujian menyepak dan menghantar bola


 Ujian menyepak ke penjuru

Objektif

 Menguji kemahiran menyepak dan ketepatan menghantar bola.


 Menguji kemahiran menyepak bola ke penjuru gol

15
Alatan

 Bola
 Skital
 Bangku

Skor

 Bilangan bola yang dihantar dengan tepat dan tidak tersasar.


 Bilangan bola yang masuk ke dalam gol.

Skor 10 – 9 8–7 6–5 4–3 2–0


Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Ujian Menyepak dan
Menghantar Bola
Ujian Menyepak Ke Penjuru
Keputusan Sangat Baik Baik Sederhana Lemah Sangat
Lemah

B. Kemahiran Menggelecek

Nama Ujian

 Ujian menggelecek bola sejauh 20 meter


 Ujian menggelecek bola sejauh 30 meter

Objektif

 Menguji kemahiran menggelecek.

Alatan

 Bola
 Skital
 Jam randuk

Skor

 Jumlah masa yang diambil ketika menggelecek.


 Bilangan skital yang dilalui

16
Skor 16 – 20 saat 21 – 25 26 – 30 saat 31 – 35 36 – 40 saat
saat saat
Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Ujian Menggelecek Bola
(20 meter)
Skor 1–3 4–6 7–9 10 – 12 13 – 15
Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Ujian Menyepak Ke Penjuru
Keputusan Sangat Baik Baik Sederhana Lemah Sangat
Lemah

C. Kemahiran Menahan

Nama Ujian

 Ujian menahan dan menyepak bola.

Objektif

 Menguji kemahiran menahan bola dengan baik dan tidak tersasar.

Alatan

 Bola

Skor

 Jumlah bola yang ditahan dengan baik.

Skor 1–3 4–6 7–9 10 – 12 13 – 15


Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Ujian Menahan dan
Menyepak Bola
Keputusan Sangat Baik Baik Sederhana Lemah Sangat
Lemah

17
D. Kemahiran Menjaga Gol

Nama Ujian

 Ujian menjaga gol.

Objektif

 Menguji kemahiran menjaga gol dengan baik.

Alatan

 Bola

Skor

 Jumlah bola yang berjaya ditepis atau diselamatkan.

Skor 1–3 4–6 7–9 10 – 12 13 – 15


Markah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Ujian Menjaga Gol
Keputusan Sangat Baik Baik Sederhana Lemah Sangat
Lemah

18
BAHAGIAN B : KOGNITF ( SOALAN UJIAN )

10 soalan aneka pilihan tentang permainan yang dipilih.

1. Berapa orang pemain dalam sesebuah pasukan bola sepak?

A 7 orang pemain
B 9 orang pemain
C 11 orang pemain

2. Badan yang mengawal aktiviti permainan bola sepak


A MIFA
B FIFA
C PAFA

3.

Gambar di atas merupakan sejenis kemahiran. Kemahiran ini dipanggil

A Kemahiran Menggelecek
B Kemahiran Menyepak
C Kemahiran Menahan

4. Berapakah tempoh masa bagi setiap separuh masa bagi permainan bola sepak?
A 30 minit
B 45 minit
C 90 minit

19
5. Berapa jumlah pengadil yang diperlukan dalam seseuatu perlawanan?
A 2 orang
B 3 orang
C 4 orang

6. Piala yang tertua dalam sejarah bola sepak ialah __________________.

7. FAM merupakan singkatan bagi __________________________________.

8. Juara Piala Dunia bagi edisi pertama ialah pasukan _______________.

9. Bola yang disahkan gol apabila bola ______________________________.

10. Lihat situasi di bawah:


Malaysia 1 - 0 Singapura
Singapura 3 - 2 Malaysia

Berdasarkan situasi ini, pasukan yang layak ke pusingan berikutnya ialah pasukan
_____________________________.

LAMPIRAN

20
Bahagian kaki yang digunakan untuk menyepak bola.
Cara tendangan dilakukan.

Cara untuk menggelecek.

21
Cara untuk menjaga gol.
RUJUKAN

Hj Gapor Ahmad, 2007, Kejurulatihan dan Sains Sukan, Utusan Publication &
Distributors, KL

Mohd Sufian Bin Omar Fauzee, 2001, Psikologi Sukan: Aplikasi Teori dan Praktikal,
Utusan Publication & Distributors, KL

Ramesh, R. 1993, Bola Sepak, Penerbitan Fagoes, KL

Boon Tong, Teng. 2001, Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan, Pearson
Education Malaysia Sdn. Bhd, Selangor

22

You might also like