You are on page 1of 7

HURAIKAN IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA DI DALAM BILIK

DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH SECARA


KESELURUHANNYA.

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, terdiri


daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Di samping itu juga
bangsa-bangsa lain yang turut menyumbang kepada kemajmukan di negara ini seperti
suku kaum di Sabah dan Sarawak, masyarakat Orang Asli, kaum Sikh, Baba dan Nyonya,
kaum Serani, kaum Siam dan lain-lain lagi. Sebagai sebuah masyarakat yang majmuk,
kepelbagaian telah wujud merangkumi semua aspek iaitu aspek agama, adat resam,
ekonomi, politik dan budaya.

Kepelbagaian kaum ini mewujudkan perbezaan antara individu. Henson dan Eller
(1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pula
menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang
mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti
optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk
belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut
bertanya).

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff(1986), perbezaan individu ini merupakan perbezaan


ciri-ciri fizikal, ciri-ciri kecerdasan mental, social, emosi dan moral.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat dirumuskan bahawa aspek-aspek


perbezaan individu adalah seperti berikut:
Jantina,Fizikal,Kognisi,Personaliti,Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Kesihatan
Sosial,Bangsa/Bahasa

Sekolah merupakan satu institusi pendidikan formal yang menempatkan

semua kaum untuk mendapat pendidikan berperanan besar untuk menyatukan

perbezaan individu kearah memaksimumkan tahap pencapaian. Pendidikan

ialah satu proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta

penerapan nilai-nilai sosial yang berterusan merupakan agen yang sangat


berkesan untuk membina warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,

berakhlak mulia dan bersatu padu. Pendidikan bertujuan untuk

menggalakkan perkembangan individu yang seimbang melalui perkembangan

jasmani, rohani, intelek, emosi dan moral.

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Di Dalam Bilik Darjah Terhadap Guru

Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005) menyatakan guru merupakan suatu
profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia. Mereka berperanan membentuk
sahsiah pelajar. Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap
perkembangan personality, mental dan fizikal setiap manusia.

Sistem pendidikan di Malaysia mendukung Dasar Wawasan Negara yang mana mahu
menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, bersatu padu, mempunyai masyarakat
yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai berfikiran terbuka, bertolak ansur,
penyayang, saksama, serta progresif dan makmur. Dengan ini guru mempunyai cabaran
yang besar untuk merialisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan anak murid yang
mempunyai kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah. Sistem pendidikan di
Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua rakyatnya, merupakan
satu cabaran besar guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik.

Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar
belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Ini penting supaya objektif
pengajaran yang hendak disampaikan tercapai dan aktiviti pembelajaran yang akan
dilaksanakan mampu di lakukan oleh pelajar.

Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu


mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi
yang
berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada
pembelajaran mereka. Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana
pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai
kesan
yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga
adalah satu imapak yang sangat penting kepada pelajar untuk
mencapai
kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian
pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap
pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu
diberikan
kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga,
sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap
daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat,
pengalaman

kita perlu meneroka bagi menampung perbezaanperbezaan


individu yang wujud di dalam bilik darjah dan untuk memberikan
peluang yang terbaik kepada semua pelajar bagi mencapai kejayaan.
Oleh
yang demikian untuk memahami dan menyelaraskan proses
pengajaran dan
pembelajaran dalam amalan di sekolah yang lebih afektif berdasarkan
kepada situasi kepelbagaian pelajar yang wujud dalam dunia
pendidikan
sekarang adalah melalui pemahaman terhadap perbezaan individu
iaitu latar
belakang tentang kepelbagaian pelajar dan gaya pengajaran guru
serta gaya
pembelajaran pelajar itu sendiri. Secara keseluruhannya masalah ini
akan
dapat di atasi dan ditangani.

Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap


kecerdasan yang
berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza.
Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama muridmurid
yang lambat. Sekiranya guru
mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan
berkemungkinan akan
menjadi murid tercicir.
– Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang
berbeza. Oleh itu pelajar-pelajar yang sama umur tidak semestinya
berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan
disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang
keluarga dan pengalaman pembelajaran. Fahaman guru terhadap
perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid
secara individu atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza.

Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus


mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus
menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan
yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus
tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.

Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain.


Tingkah laku ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan
personaliti mereka. Mungkin sukar untuk mengubah personaliti,
tetapi seseorang guru itu boleh mengubah sikap murid – muridnya.

Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza


terhadap pembelajaran. Guru hendaklah mengenal pasti murid
yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran.
Setelah itu beri mereka motivasi agar mereka mrngubah daripada
berpandangan atau bersikap negatif terhadap pelajaran kepada
sikap positif.

Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza


terhadap pembelajaran. Guru hendaklah mengenal pasti murid
yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran.
Setelah itu beri mereka motivasi agar mereka mrngubah daripada
berpandangan atau bersikap negatif terhadap pelajaran kepada
sikap positif.

Guru harus mempunyai stail pengajarannya yang bitara akan


menguruskan
sesi interaksinya itu. Guru itu mungkin mengelompokkan murid atau
mengagihagihkan murid-muridnya mengikut kesukaan mereka. Guru
mengadakan pelbagai tugas (tasks) yang diberikan kepada mereka.
Ada pula
pelbagai cara dan alat bagi guru memperdengarkan cerita.
Ada pelbagai teknik untuk meminta murid memperihalkan cerita. Ada
pelbagai teknik pula untuk membolehkan murid-murid “be the story”.
Di
sinilah terletaknya stail pengajaran guru iaitu bagaimana guru
menguruskan
sesuatu situasi dan media pembelajaran ke arah pembelajaran yang
menyeronokkan dengan mengambilkira pelbagai gaya pembelajaran
pelajarpelajarnya.
Untuk menghadapi perbezaan di kalangan murid di dalam kelas,
antara perkara-perkara yang boleh dibuat oleh guru ialah:
1. Kaedah Kumpulan
2. Pengayaan dan pemulihan
3. Pengajaran terancang
4. Pembelajaran Koperatif
5. Pengajaran dan Pembelajaran individu
6. Mempelbagaikan bentuk penilaian
7. Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
8. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
9. Peneguhan Positif
10.Pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan

Golongan guru yang inovatif, kreatif, prihatin, dan optimistik harus


meneroka sebanyak mungkin gaya pembelajaran murid-muridnya.
Satu cara
untuk meneroka adalah dengan mencuba. Kita tidak menafikan banyak
kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang
hendak
mengubah stail pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencuba
sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya
pembelajaran murid? Rugikah kalau guru sanggup pula mencuba sesi-
sesi
interaksi pembelajaran berasaskan akal? Kita seharusnya berupaya
menjadi
guru yang tidak memberi jawapan tetapi mendidik murid-murid untuk
mempersoalkan soalan dan jawapan. Untuk itu, kita harus membina
insan
murid yang menguasai kemahiran-kemahiran belajar dan berfikir
dengan
mengikut gaya, cara, dan rentak pembelajaran murid-murid.
Sebenarnya
semua tuntutan perubahan dalam interaksi di bilik darjah itu terserah
kepada stail pengajaran masing-masing.

Guru yg memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan


berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud
dalam
bilik darjah. Pelajar merupakan asset utama yang boleh dikategorikan
sebagai pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Golongan ini
akan
sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk
melalui
pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang
indentiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina,
sosio
ekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya.

Yang pastinya dalam sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari daripada
cabaran kepelbagaian pelajar yang wujud di dalamnya. Apa yang
penting
adalah guru perlu memahami bahawa terdapat perbezaan antara
individu
pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain yang mendesak guru
untuk
menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik
darjah.
Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya
pelajar
terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut
kaedah
yang betul dan tepat.
Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang
berkesan perlu

sebagai guru adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiap


budaya pelajar yang wujud di dalam sesebuah sekolah supaya ia dapat
menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah bilik
darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik darjah.
Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru
perlu memberikan perhatian yang sama rata buat semua pelajarnya
tanpa mengira latar belakang.

Guru-guru juga perlu mempunyai pengetahuan, sikap yang baik, dan


kemahiran apabila mengajar. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam mereka dapat
mengajar dengan lebih mendalam tentang sesuatu kaum, bangsa, budaya sesuatu
kumpulan tersebut.

sebagai guru adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiap


budaya pelajar yang wujud di dalam sesebuah sekolah supaya ia dapat
menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah bilik
darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik darjah.
Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru
perlu memberikan perhatian yang sama rata buat semua pelajarnya
tanpa mengira latar belakang.

Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai kumpulan etnik.
Contohnya: membuat poster, kalendar yang menunjukkan bangsa, etnik dan agama.
Selain itu juga proses pengajaran dan pembelajaran juga
menggalakkan pelajar-pelajar yang pelbagai budaya dan latar
belakang belajar dan bekerja bersama melalui pembelajaran
berkumpulan. Gabungkan pelajar-pelajar yang pelbagai budaya di
dalam sesebuah kumpulan.
Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar. Alat bantu
mengajar tersebut mestilah jelas dan membuatkan pelajar mudah faham. Contohnya jika
ingin mengajar tajuk bangsa yang ada di Malaysia, guru mestilah pandai untuk memilih
bahan yang dapat menarik pelajar untuk belajar dan membuatkan mereka mudah untuk
mengingati. Contohnya seperti menunjukkan gambar dan lain-lain lagi dengan
menitikbertakan kesamarataan antara semuanya.

You might also like