You are on page 1of 66

KEBERKESANAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU

ATIKAH BINTI ABU BAKAR

FAKULTI SAINS

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

2008

1
KEBERKESANAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU

ATIKAH BINTI ABU BAKAR

Tesis yang dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat


memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (sains) dengan kepujian

FAKULTI SAINS

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


2008

BAB 1

2
PENGAKUAN

Dengan ini saya mengaku bahawa hasil kajian yang saya jalankan adalah benar dan tulen
kecuali sumber rujukan yang telah termaktub dan tertulis pengarang dan penulisnya
sebagai sumber rujukan.

Tarikh : 29 Mei 2008 ________________________


Atikah Binti Abu Bakar
780919085792001

3
PENGHARGAAN

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia yang
membimbing saya dalam menyediakan kajian ini sehingga berjaya iaitu penyelia
Dr.Yeoh Poh Choo. Beliau begitu komited dalam memberikan penerangan dan bantuan
kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Di mana, setiap penerangan dan perbincangan
yang dijalankan tidak memberikan masalah kepada saya. Selain itu dengan penggunaan
kemudahan talian OLP iaitu perbincangan secara ( online ) ia juga turut membantu saya
dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya begitu berbangga dengan program yang di
sediakan oleh pihak OUM ini kerana ia begitu mudah untuk saya mendapatkan
perbincangan dengan tutor dan rakan – rakan walaupun berada di mana sahaja.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah tempat saya membuat
kajian tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh, Nibong Tebal. Selain
itu kepada rakan-rakan yang turut membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya
begitu berbangga dengan rakan – rakan sekelas saya yang mampu berkongsi idea dan
turut berkebolehan membuat perbincangan walaupun setiap dari mereka berada di
kawasan yang berlainan. Saya juga turut berbangga dengan rakan - rakan sekolah saya
yang turut sama membantu memberikan idea dan pandangan terhadap kajian yang saya
jalankan.

Sekian, terima kasih.

4
ABSTRAK

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk membandingkan keberkesanan kaedah


inkuiri penemuan dengan pembelajaran secara tradisional di dalam pelajaran sains
tingkatan satu dengan melihat kesan kedua-dua kaedah pembelajaran terhadap
pencapaian akademik pelajar. kajian ini juga mengenalpasti persepsi pelajar terhadap
keberkesanan perlaksanaan pembelajaran menggunakan kaedah inkuiri penemuan.

Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk kajian eksperimen yang
melibatkan 40 orang pelajar. Manakala instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian
ini terdiri daripada pra ujian, pasca ujian dan soal selidik berkenaan latar belakang
pelajar dan pandangan pelajar terhadap pelajaran sains. Data dikutip menggunakan soal
selidik dan ujian prestasi. Seterusnya data dianalisis dengan menggunakan pakej analisis
statistik iaitu perisian SPSS Version 10.0 for windows. Dua jenis statistik digunakan iaitu
statistik deskriptif dan statistik inferens. Penganalisian data dibuat secara
membandingkan kaedah pembelajaran secara inkuiri penemuan dengan kaedah
pembelajaran tradisional. Berdasarkan ujian-t , prestasi antara kumpulan kaedah inkuiri-
penemuan dan tradisional adalah berbeza secara signifikan iaitu nilai p adalah < 0.05.
Maka hipotesis nul Ho1 yang dibina di tolak dan Hipotesis Ha 1 diterima iaitu terdapat
perbezaan pencapaian pelajar yang menerima pembelajaran menggunakan inkuiri
penemuan berbanding pencapaian pelajar yang tidak menerima pengajaran inkuiri
penemuan. Seterusnya adalah perbincangan tentang implikasi dan kesimpulan dapatan
kajian serta cadangan kajian lanjutan.

Adalah menjadi harapan pengkaji, dapatan kajian ini akan dapat mencadangkan
bahawa pembelajaran menggunakan kaedah inkuiri penemuan wajar digunakan sebagai
satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan sains bagi
meningkatkan pencapaian pelajar.
 
 

5
ABSTRACT

The main purpose of this research is to compare the effective of the inquiry discovery
method and the conventional approach in teaching and learning of science form 1. The
effect of these approaches on academic performance and achievement attributions are
examined. This research also identifies student’s perceptions regarding the effectiveness
of the implementation of cooperative learning.

The method used in this research is experiment that involving 40 student. The
instrument for this research are pre test questions, post test questions and questionnaires
about the student’s background and thier perception to the science subject. Data was be
collected in form of responses to questionnaires and performance test. Data was be
analyzed using SPSS version 10.0 for windows. Two types of statistics that is used are
descriptive statistics and inferens statistics. Data was analyzed by compare the inquiry
discovery method with the conventional approach. Based on t-test, the performance
between these two group was significanly different which p value is < 0.05. So the null
hipothesis was rejected and Ha 1 hipothesis was accepted.

The researcher hopes the findings will suggests that the inquiry discovery method
should be used as an instructional strategy in science eduation in order to increase
student’s performance

6
KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
ISI KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH x

Bab 1 : Masalah Kajian

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Pernyataan Masalah 2

1.4 Kerangka Konsep 3

1.5 Tujuan Kajian 4

1.5.1 Objektif kajian 5

1.5.2 Persoalan Kajian 5

1.5.3 Hipotesis Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 definisi Istilah 7

1.9 Rumusan 7

Bab 2 : Tinjauan Literatur 8

7
2.1 Pengenalan 8

2.2 Literatur Berkaitan 8

2.3 Kajian Berkaitan 12

2.4 Rumusan 13

Bab 3 : Metodologi Kajian 14

3.1 Pengenalan 14

3.2 Reka Bentuk Kajian 14

3.3 Populasi dan Sampel 16

3.4 Instrumen Kajian 16

3.5 Prosedur Kajian dan Pengumpulan Data 17

3.6 Prosedur Analisis Data 18

3.7 Rumusan 18

Bab 4 : Hasil Kajian 19


4.1 Pengenalan 19
4.2 Profil Responden 19
4.3 Dapatan Kajian 21
4.3.1 Analisis Statistik Inferens 21
4.3.2 Analisis Statistik Deskriptif 22
4.4 Rumusan 27

Bab5 : Kesimpulan dan Implikasi 28


5.1 Pengenalan 28
5.2 Ringkasan Kajian 28
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 29
5.3.1 Latar belakang Responden 29
5.3.2 Peningkatan Pencapaian Sains Pelajar 29
5.3.3 Keberkesanan Penggunaan Kaedah inkuiri Penemuan 30

8
5.3.4 Minat, sikap dan persepsi pelajar 30
5.4 Kesimpulan Dapatan kajian 31
5.5 Implikasi Dapatan kajian 32
5.6 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 35
5.7 Rumusan 36

RUJUKAN 37

LAMPIRAN 1 39

LAMPIRAN 2 46

LAMPIRAN 3 53

9
SENARAI JADUAL

Halaman

4.1 Frekuensi (f) dan peratusan (%) Jantina responden 21


4.2 Frekuensi (f) dan peratusan (%) untuk Gred Sains dalam UPSR 21
4.3 Keputusan yang diperolehi dari ujian-t untuk min tak bersandar 22
4.4 Frekuensi (f) dan peratusan (%) bagi Item-item Soal Selidik
berkaitan dengan minat 24
4.5 Frekuensi (f) dan peratusan (%) bagi Item-item Soal Selidik
berkaitan dengan sikap dan persepsi terhadap sains 25
4.6 Min dan sisihan piawai bagi Item-item Soal Selidik 27

10
SENARAI RAJAH

Halaman

1.1 Rangka Kerja Konsep Kajian 4


3.1 Reka Bentuk Kajian 16

11
MASALAH KAJIAN

1.1 PENGENALAN

Malaysia mempunyai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Dalam usaha mencapai hasrat ini, Malaysia memerlukan ramai tenaga manusia yang
mempunyai kepakaran dalam bidang Sains dan Teknologi. KBSR dan KBSM seharusnya
dapat melahirkan pelajar yang menyeluruh dan cemerlang seperti yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diikuti
selama ini harus dapat menjana pemikiran pelajar kearah minda yang kreatif, inovatif dan
produktif.

Semua murid perlu diberi peluang mengkaji persekitaran mereka dengan menikmati
keindahan alam sekitar. Murid mendapat pengalaman yang sebenar dan autentik apabila
mereka terlibat secara langsung dalam penyiasatan sesuatu fenomena yang berlaku di
persekitaran. Sains merupakan bidang kajian tentang alam sekitar secara sistematik dan
menerangkan fenomena-fenomena yang berlaku. Apabila murid mempelajari sains secara
inkuiri-penemuan, murid dapat menyiasat alam sekitarnya dengan lebih bermakna kerana
murid sendiri akan mencari maklumat dan memberi maknanya secara saintifik. Oleh
sebab itu, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001)
memilih pendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum
sains sekolah rendah dan menengah di negara ini.

12
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Szarina Abdullah (1999), Malaysia sebenarnya masih jauh ke belakang untuk
menjadi sebuah masyarakat saintifik dan progresif yang bukan sahaja sebagai pengguna
teknologi tetapi juga sebagai penyumbang ketamadunan saintifik dan teknologi masa
depan. Ini merupakan cabaran kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Malaysia
amnya.

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kaedah pembelajaran yang berkesan
dan boleh disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains iaitu kaedah
Inkuiri Penemuan (IP). Kaedah ini dipilih kerana kaedah inkuiri penemuan adalah antara
kaedah yang bersesuaian untuk mengatasi masalah pelajar seperti sukar untuk menguasai
Kemahiran Proses Sains. Berdasarkan dapatan Shulman (1968), kerana mencari dan
menyiasat masalah, kaedah inkuiri digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Takrif inkuiri termasuklah proses penyiasatan sesuatu masalah, pengesanan kebenaran


atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis, menjalankan pemerhatian,
mengemukakan soalan, melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan serta berfikir
secara kreatif dan menggunakan intuisi (gerak hati/naluri)

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Setelah hampir 20 tahun melalui sistem pendidikan peringkat sekolah rendah dan
menengah serta pengajian di peringkat ijazah, Malaysia seharusnya berbangga dengan
sejumlah saintis dalam pelbagai bidang. Namun realitinya Malaysia masih kekurangan
sejumlah ahli sains yang akan bertanggungjawab memajukan Negara. Ini kerana terdapat
tanggapan sesetengah pelajar bahawa sains adalah mata pelajaran yang susah dan hanya
pelajar yang pandai boleh berjaya di dalam bidang sains. Mengikut teori atribusi Weiner,
(1992) anggapan seperti ini menjadikan pelajar kurang bermotivasi untuk belajar di
dalam sains. Selain itu suasana di dalam kelas hari ini lebih berorientasikan peperiksaan
iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata.

13
Bertitik tolak daripada permasalahan ini, kajian ini dilakukan dengan memberi tumpuan
kepada strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sains. Salah satu alternatif
kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada iaitu pendekatan inkuiri
penemuan. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan dengan memberi
peluang kepada murid untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada
dan berkomunikasi apa yang dipelajari. Pembelajaran akan lebih bermakna jika pelajar
menyiasat sendiri untuk mengenalpasti beberapa kemahiran yang terdapat dalam
Kemahiran Proses Sains seperti kemahiran membuat pemerhatian, inferens, mengawal
pemboleh ubah, membuat hipotesis, menginterpretasi data dan kesimpulan dengan
kaedah inkuiri penemuan itu tadi. Jesteru, seperti yang diketengahkan dalam jurnal
Wnetschool and Disney Learning Partnership, (2000) bahawa inkuiri itu nanti akan
mencari kebenaran, maklumat dan pengetahuan melalui kaedah penyoalan melalui
pengumpulan data atau maklumat berdasarkan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan,
rasa dan bau.

1.4 KERANGKA KONSEP

Terdapat dua pembolehubah dalam kajian ini iaitu pembolehubah tidak bersandar
(dimanipulasikan) dan pembolehubah bersandar (bergerak balas). Pembolehubah tidak
bersandar ialah penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran manakala pembolehubah bersandar ialah pencapaian akademik pelajar.

Rajah 1.1 menunjukkan satu aliran rajah yang menerangkan faktor – faktor yang
mempengaruhi akan peningkatan pencapaian pelajar. Inkuiri-penemuan bermaksud
mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di
persekitaran. Kita dapat lihat bahawa pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku
apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh murid sendiri. Bermula dengan
mengadakan pra ujian terlebih dahulu untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid.
Seterusnya mengajar menggunakan kaedah inkuiri penemuan sains dengan memfokuskan
kepada proses membuat pemerhatian, menjalankan eksperimen, mengumpul data dan
menyatakan kesimpulan. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan

14
dengan memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan, menerang kejadian,
menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari.

Menjalankan
pemerhatian

Proses penyiasatan
Peningkatan
Melakukan Pasca Pencapaian
Pra eksperimen ujian
Kaedah inkuiri pelajar
ujian
Penemuan
Proses penyiasatan

Menyatakan
kesimpulan

Pembolehubah Pembolehubah
Tidak bersandar
bersandar

Rajah 1.1 Rangka Kerja konsep kajian

1.5 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid apabila guru
menggunakan pendekatan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran matapelajaran
Sains tingkatan satu.

15
1.5.1 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, kajian ini bertujuan :

1. Mengkaji keberkesanan kaedah Inkuiri Penemuan sebagai satu cara


meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar.
2. Memahami Sains dan mendapat peneguhan pemahaman isi pelajaran Sains
berdasarkan aktiviti P&P berteraskan Inkuiri Penemuan.
3. Melihat perubahan keupayaan pelajar-pelajar tingkatan 1 untuk menjawab
soalan yang berkonsepkan ( KPS ) pelajaran Sains.
4. Mengenalpasti perubahan minat pelajar untuk mempelajari sains.

1.5.2 PERSOALAN KAJIAN

Secara ringkas, kajian ini adalah untuk menjawab soalan-soalan berikut:


1. Apakah kesan pengajaran menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam
pengajaran Sains dapat mengubah pencapaian pelajar ?
2. Apakah perubahan minat pelajar-pelajar tingkatan 1 terhadap mata pelajaran
Sains selepas menggunakan Kaedah Inkuiri Penemuan.

1.5.3 HIPOTESIS KAJIAN

Pembentukan hipotesis yang dibentuk ini adalah bagi menjawab sebahagian daripada
persoalan kajian sepertimana di bawah. Hipotesis adalah seperti berikut:

1. Ho1 : Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar yang belajar


menggunakan inkuiri penemuan berbanding pencapaian pelajar yang tidak
menerima pengajaran inkuiri penemuan.
2. Ha1 : Terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang menerima pembelajaran
menggunakan inkuiri penemuan berbanding pencapaian pelajar yang tidak
menerima pengajaran inkuiri penemuan.

16
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini sedikit sebanyak boleh menjadi pendorong kepada guru sains untuk
beralih kepada kaedah yang berpusatkan pelajar secara lebih berstruktur. Pelajar lebih
mengetahui cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan mempraktikkan kaedah
inkuiri penemuan. Selain itu ia juga dapat mendisiplinkan pelajar semasa sesi P&P di
dalam kelas kerana mereka tertarik dengan pengajaran yang mengandungi proses inkuiri
penemuan. Guru hanya bertindak sebagai pengelola yang bekerja secara minimum.

Justeru itu dengan adanya kajian ini diharapkan akan dapat membantu pihak berkaitan
untuk mengambilkira pendekatan IP sebagai alternatif kepada pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang sedia ada di dalam melahirkan pelajar kearah minda yang kreatif,
inovatif dan produktif.

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan satu di salah sebuah sekolah di Daerah
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Oleh itu dapatan kajian ini tidak boleh
digeneralisasi kepada seluruh negeri atau negara. Walaubagaimana pun dapatan kajian ini
dapat memberi sedikit gambaran umum terhadap keberkesanan penggunaan kaedah
inkuiri penemuan dalam P&P sains.

Masa kajian yang digunakan untuk melaksanakan kajian adalah sekitar 6 jam (setelah
ditolak masa menjalani pra ujian dan pasca ujian) dan ianya amat terhad. Tidak banyak
aktiviti, peneguhan dapat dijalankan. Jika terdapat pertambahan sedikit masa lagi ia pasti
dapat membantu meningkatkan pencapaian mereka.

Kelas kajian pula melibatkan dua kelas dan tidak mewakili satu kumpulan yang besar.
Oleh itu dapatan kajian ini mungkin tidak boleh digeneralisasikan kepada seluruh negeri
atau negara. Walau bagaimanapun dapatan kajian ini dapat memberikan sedikit gambaran
umum terhadap kedudukan pelajar tingkatan 1 apabila menempuhi topik kajian.

17
1.8 DEFINISI ISTILAH

1.8.1 Penguasaan
Penguasaan bermaksud kebolehan seseorang pelajar untuk mengetahui sesuatu topik
dengan tepat.

1.8.2 Kemahiran Proses Sains


Bermaksud kemahiran yang melibatkan kepada kemahiran membuat pemerhatian,
inferens, hipotesis, interprestasi data, mengawal pemboleh ubah dan kesimpulan.

1.8.3 Pendekatan Inkuiri-Penemuan


Dalam kajian ini pendekatan inkuiri-penemuan merujuk kepada satu proses pengajaran
dan pembelajaran dimana murid memainkan peranan aktif untuk menyiasat konsep sains
dan menemuinya dengan sendiri. Peranan guru hanyalah sebagai fasilitator, penanya
soalan dan pembimbing murid untuk memahami konsep sains berkenaan..

1.8.4 Prestasi akademik


Hasil atau pencapaian yang diperolehi berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.

1.9 RUMUSAN

Di dalam bab ini ada dinyatakan beberapa masalah yang sering dihadapi dalam
pengajaran dan pembelajaran sains bagi menyokong permasalahan kajian ini. Kajian ini
dijalankan adalah untuk mengenalpasti kaedah pembelajaran yang berkesan dan boleh
disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains iaitu kaedah Inkuiri
Penemuan (IP). Kaedah ini dipilih kerana kaedah inkuiri penemuan adalah antara kaedah
yang bersesuaian untuk mengatasi masalah pelajar seperti sukar untuk menguasai
Kemahiran Proses Sains. Tumpuan diberikan kepada penggunaan strategi pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan keberkesanan peranan pengajaran sains. Akhir sekali
pengkaji mengemukakan pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian dan
tafsiran istilah yang digunakan di dalam kajian ini

18
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bagi mencapai matlamat dalam menjalankan kajian ini maka bahan dan dapatan lepas
amat membantu. Matlamat untuk meningkatkan penguasaan pelajar yang dikaji boleh
dilaksanakan jika kita menggunakan dapatan terdahulu sebagai rujukan.

Menurut Hebrank (2000), inkuiri dapat membantu pelajar menyelesaikan permasalahan


mereka kerana semasa pelajar menjalani sesi pengajaran menggunakan kaedah ini ia
melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah
dan membina teori. Inkuiri juga dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar
kerana ia melibatkan kemahiran mengekperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan
dan kelemahan kaedah yang digunakan.

2.2 LITERATUR BERKAITAN

Dalam dunia pendidikan sains, perkataan inkuiri-penemuan telah biasa digunakan dalam
perkembangan kurikulum sejak era pos Sputnik. Inkuiri-penemuan bermaksud murid
menyiasat sesuatu fenomena dengan mencari maklumat, menyelesaikan masalah dan
menjawab soalan. National Research Council (1996), Amerika Syarikat menggunakan
frasa science as inquiry dimana sains bermaksud satu proses yang membolehkan murid
belajar kemahiran proses sains seperti membuat pemerhatian, membuat inferens dan
mengeksperimen.

Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri


penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang
berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan hasil inkuiri penemuan. Pembelajaran
secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains dapat disiasat dan

19
ditemui oleh murid sendiri. Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan murid
mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan
mengeksperimen. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan dengan
memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea
sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari.

Pembelajaran sains berasaskan inkuiri-penemuan dapat menambah ilmu dan juga


kemahiran proses sains murid. Herron (1971) pula mengkategorikan konstruk inkuiri-
penemuan sebagai agen, isi kandungan subjek (subject matter), kaedah, fenomenon dan
pengetahuan saintifik (scientific knowledge). Menurut Herron (1971), agen ialah individu
yang ingin mengetahui dan melaksanakan inkuiri-penemuan. Isi kandungan subjek pula
merujuk kepada pengetahuan ke atas subjek yang diperolehi pada masa berkenaan. Agen
yang menguasai pengetahuan subjek dapat menimbulkan masalah atau idea baru dan
seterusnya mengubal kaedah untuk mengujinya. Fenomenon yang wujud semasa inkuiri-
penemuan adalah spesifik dan berasaskan masalah yang dikaji. Akhirnya, pengetahuan
saintifik yang dihasilkan akan sentiasa dikaji dan menyebabkan berlaku perubahan.
Pernyataan DeBoer (1991) di bawah menunjukkan betapa pentingnya inkuiri-penemuan
dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

" If a single word had to be chosen to describe the goals of science education during the
30-year period that began in the late 1950, it would to be inquiry" (DeBoer, 1991: 206)

Kajian menunjukkan bahawa pengajaran sains secara inkuiri-penemuan adalah satu


proses yang dinamik dan kompleks. Selain daripada mempunyai hubungan dialectical di
antara guru dan murid (Dewey, 1958), pembelajaran secara inkuiri penemuan juga
memerlukan pemikiran aras tinggi (Resnick, 1987) dan pemikiran yang kritikal (Schwab,
1962). Pemikiran aras tinggi diperlukan untuk menyelesaikan masalah, terutamanya yang
bersifat open-ended, manakala pemikiran kritikal pula diperlukan apabila murid
mengaplikasikan kemahiran proses sains semasa melakukan eksperimen.

Schwab (1962) berpendapat, murid patut diberi peluang untuk menyiasat sesuatu masalah
semasa mereka mempelajari sains di dalam makmal. Menurut Schwab (1962), untuk

20
mengembangkan proses inkuiri-penemuan, ‘pernyataan masalah’ boleh dinyatakan oleh
guru sains dengan menggunakan tiga peringkat berikut iaitu; peringkat pertama, guru
sains perlu menyampaikan masalah dan menerangkan pelbagai cara penyelesaiannya.
Peringkat kedua, guru sains memberikan sesuatu masalah tanpa cadangan metodologi dan
murid berfikir cara untuk menyelesaikannya. Pada peringkat ketiga, guru menyediakan
konteks atau scenario dan murid akan mengenal pasti masalahnya.

Townbridge dan Bybee (1990) juga membincangkan tiga peringkat pembelajaran yang
terdapat dalam inkuiri-penemuan. Peringkat pertama pembelajaran melibatkan
pembelajaran secara penemuan (discovery learning) di mana guru menyediakan masalah
dan prosesnya manakala murid mencari pelbagai cara penyelesaian alternatif. Inkuiri-
penemuan peringkat kedua pula lebih kompleks dan dikenali sebagai inkuiri-penemuan
terbimbing (guided inquiry). Dalam inkuiri penemuan terbimbing, guru menyediakan
masalah dan murid akan menentukan proses dan penyelesaiannya. Manakala inkuiri-
penemuan peringkat ketiga adalah semakin mencabar dimana guru menyediakan konteks
sesuatu masalah dan murid pula akan mengenal pasti masalah serta cara penyelesaiannya.
Penyoalan merupakan asas bagi pembelajaran-pengajaran sains secara inkuiri penemuan.
Soalan yang menggalakkan pemikiran murid dan menumpu kepada inkuiri penemuan
sangat penting untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan
(Dantonio,1987).

Rowe (1973) pula mengkaji interaksi verbal antara guru dan murid yang terlibat dalam
aktiviti proses sains di dalam makmal. Kajiannya menunjukkan bahawa guru yang
memberi banyak pengukuhan dan ganjaran akan mempengaruhi murid untuk menjawab
soalan seperti yang dihendaki oleh guru agar mereka lebih mendapat perhatian guru.
Rowe (1983) juga mengenal pasti empat komponen yang terdapat di dalam kitaran
inkuiri-penemuan, iaitu; Cara mengetahuinya (Ways of knowing); Aplikasi (Application);
Kesannya (Consequences) dan Nilai (values). Menurut Rowe (1983), murid akan dapat
meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik sains dengan mengikuti empat
komponen kitaran inkuiri penemuan ini.

21
Dalam komponen cara mengetahui, murid akan tanya soalan seperti; Apakah yang saya
tahu? atau Mengapa saya perlu percaya maklumat ini?. Murid akan memikirkan cara
aplikasi pengetahuan yang diperolehi dalam komponen Aplikasi; Bolehkah saya
aplikasikan idea ini? Manakala dalam komponen Kesan pula, murid akan merenung
kembali hasil pengetahuan yang telah diperolehi; Apakah kesan maklumat ini dalam
hidup harian? Akhirnya, dalam komponen nilai, murid akan memikirkan nilai yang
diperolehi; Boleh saya bantu keluarga saya?

Pada tahun 1980' an, fokus kajian inkuiri-penemuan berubah kepada pengetahuan sedia
ada tentang konsep sains kanak-kanak (Osborne & Freyberg, 1985). Melalui pengalaman
dan pemerhatian, murid mempunyai idea sendiri mengenai alam sekelilingnya. Oleh yang
demikian, pengetahuan sedia ada murid adalah sangat penting dan perlu diambilkira
sebelum sesuatu konsep sains diajar. Apabila pengetahuan sedia murid diberi keutamaan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, maka konteks dan objektif inkuiri-
penemuan juga perlu diubahsuai (Roth, Anderson, & Smith, 1987). Dalam hal ini,
inkuiri-penemuan pengantaraan (mediated inquiry) telah diperkenalkan. Mediated
inquiry memberi penekanan kepada peranan guru untuk mencungkil pengetahuan sedia
ada murid, mengenal pasti miskonsepsi murid dan menyusun semula idea-idea saintifik
murid melalui aktiviti "hands-on" (Driver, Asoko,Mortimer & Leach,1995).

Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang
menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan
pencarian maklumat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan
kemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai
pemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan,
prescriber of appropriate activities, stimulator of curiosity, pencabar idea murid dan
sumber rujukan (resource person). Pembelajaran sains secara inkuiri penemuan
memerlukan guru sains yang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus.
Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan

22
pengemuka masalah, iaitu seseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan
idea, pengujian idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai
mekanisme untuk mencapai tujuan tersebut.

2.3 KAJIAN BERKAITAN

Bilik darjah sains di mana pembelajaran pengajaran berlaku berasaskan inkuiri-penemuan


adalah sangat berbeza dengan dengan bilik darjah sains tradisional. Pembelajaran sains
secara inkuiri-penemuan akan mewujudkan persekitaran pembelajaran sains yang lebih
dinamik. Murid akan bebas bergerak untuk mencari maklumat dan resos serta akan lebih
berinteraksi dengan murid lain bila perlu.

Mengikut majalah Connect (1995) murid yang terlibat dalam pembelajaran secara
inkuiri-penemuan akan memandang diri mereka sebagai pelajar (learner) dalam proses
pembelajaran. Mereka suka belajar dan sentiasa berkerjasama dengan guru dan pelajar
lain. Mereka juga berminat dalam aktiviti menyiasat. Mereka suka menguji idea sendiri
dan juga berbincang dengan guru dan pelajar lain tentang dapatan yang diperolehi. Selain
itu, mereka juga suka bertanya soalan, memberi pandangan yang berasaskan pemerhatian,
merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran. Mereka dapat berkomunikasi
dengan pelbagai cara dan menghasilkan idea melalui jurnal, lukisan, laporan dan graf.
Ada juga yang mengkritik amalan pembelajaran kendiri dengan cara mentaksir tugasan,
membuat refleksi dan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan sendiri.

Bruner (1961) menghuraikan faedah yang diperolehi oleh murid apabila mempelajari
sains secara inkuiri-penemuan. Menurut Bruner (1961), murid yang terlibat dalam
pembelajaran secara inkuiri-penemuan akan dapat mencari dan mengolah maklumat
dengan sendiri dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah. Suchman (1966) pula
berpendapat, murid yang belajar secara inkuiri-penemuan akan mempunyai motivasi
intrinsik. Beliau menegaskan bahawa murid patut menanya soalan dan menguji idea-idea
sendiri supaya pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. Sementara itu, Rakow (1986)
pula berpendapat murid akan menjadi agen aktif dalam proses penemuan pengetahuan
sekiranya mereka terlibat dalam pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan. Rakow

23
(1986) menegaskan bahawa murid perlu terlibat dalam proses penyiasatan supaya mereka
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif murid dapat dikembangkan.

Secara umumnya, inkuiri-penemuan merupakan proses yang aktif terlibat dalam


pemikiran sains (scientific thinking), penyiasatan dan membina pengetahuan. Ramai
pendidik percaya sikap saintifik dan kemahiran saintifik murid dapat dikembangkan
apabila murid terlibat dalam inkuiri-penemuan. Selain daripada itu, pembelajaran sains
secara inkuiri-penemuan membolehkan murid menguasai konsep sains dengan berkesan.

2.4 RUMUSAN

Secara amnya pada bahagian ini ia merupakan satu tinjauan permasalahan pelajar secara
spesifik dangan membuat beberapa tinjauan bagi memperolehi maklumat bagi
mengukuhkan lagi kajian yang akan dijalankan.Selain itu literatur yang berkaitan dengan
pendapat beberapa penyelidik dan teori-teori yang dikemukakan dapat membantu untuk
lebih memahami bagi menjalankan kajian yang akan dijalankan nanti. Di sini, dapat di
simpulkan bahawa pada bahagian ini lebih merujuk kepada pemerolehan maklumat
pelajar dan bantuan dari hasil penyelidikan yang telah dijalankan dari beberapa tokoh
untuk dibuat analisa.

24
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan kaedah inkuiri penemuan terhadap pencapaian sains di kalangan
pelajar tingkatan satu. Kajian juga mengambil kira reka bentuk kajian, populasi dan
persampelan, instrument dan teknik pengumpulan data.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini ialah kajian eksperimen yang menggunakan rekabentuk pascaujian sahaja
dengan kumpulan kawalan. Pengkaji membuat pemilihan topik yang bersesuaian bagi
tujuan pengajaran ke dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang
bersesuaian bagi tujuan pengajaran. Kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan
terbentuk daripada pelajar-pelajar yang sedia ada di dalam kelas masing-masing
mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
 
Kajian melibatkan 40 orang pelajar dimana 20 orang pelajar bertindak sebagai kumpulan
eksperimen manakala 20 orang lagi bertindak sebagai kumpulan kawalan.

Bagi menilai pengetahuan sedia ada pelajar mengenai topik yang dipilih satu praujian
dijalankan pada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum topik ini diajar.
Setelah praujian dijalankan maka data dikutip dan di analisis untuk menilai tahap
pengetahuan pelajar. Seterusnya guru mengaplikasikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan pada kumpulan
eksperimen. Bagi kumpulan kawalan pula kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah
tanpa menggunakan kaedah inkuiri penemuan. Setelah selesai pengajaran, kedua-dua

25

11 2
kumpulan akan diuji dengan pascaujian. Soalan-soalan yang hampir sama diberi dalam
pasca ujian untuk melihat peningkatan pencapaian pelajar atau sebaliknya. Ini adalah
untuk melihat dan mendapat gambaran sejauh mana keberkesanan pengajaran
menggunakan kaedah inkuiri penemuan. Data dikutip dan di analisis untuk melihat
perbezaannya.

Secara ringkasnya reka bentuk kajian ini dapat dilihat melalui rajah 3.1 yang ditunjukkan
di bawah.

Tanpa
menggunakan
pendekatan Inkuiri
Penemuan

Kumpulan
pelajar
Pencapaian
pelajar

Rawat

Menggunakan
pendekatan IP

pandangan

Rajah 3.1 : Reka bentuk kajian

3.3 POPULASI DAN SAMPEL

26
Populasi kajian adalah pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Acheh di Daerah Seberang Perai Selatan di negeri Pulau Pinang. Sampel kajian terdiri
daripada 40 orang pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini menggunakan kaedah
eksperimen yang dijalankan di dalam waktu persekolahan. Kelas yang terlibat merupakan
kelas sedia ada yang ditentukan oleh pihak sekolah pada awal sesi persekolahan.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini terdiri daripada pra ujian, pasca
ujian dan soal selidik berkenaan latar belakang pelajar dan pandangan pelajar terhadap
pelajaran sains.

3.4.1 Praujian

Instrumen kajian ini digunakan untuk mengukur tahap kebolehan pelajar di dalam
pelajaran sains berdasarkan pengetahuan yang dipelajari. Ia mengandungi 20 item
soalan aneka pilihan. Soalan praujian ini diambil dari beberapa sumber iaitu buku
teks tingkatan satu iaitu Science Form 1 Volume 1, Yeoh Seng Lee (2002), Fokus
Super PMR Science, Choo Yan Tong. (2008) dan Reference Text series PMR Science,
Yeap Tok kheng. (2006). Instrumen untuk menguji tahap pencapaian pelajar
menggunakan skala A,B,C,dan D. Respon betul mendapat nilai 1 dan respon salah
diberi 0 . Responden dikehendaki memilih jawapan yang betul dan memindahkan
jawapan dengan cara membulatkan respon yang dipilih kedalam kertas pilihan yang
disediakan.

3.4.2 Pascaujian

Ujian yang sama dengan ujian pra ujian tetapi diubah kedudukan soalan sahaja
digunakan. Ini adalah untuk melihat keberkesanan pendekatan pengajaran yang
digunakan terhadap pelajar tersebut selepas kajian atau rawatan menggunakan kaedah
inkuiri penemuan.

27
3.4.3 Soal Selidik

Soal selidik ini diubahsuai berpandukan modul Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
(HBEF 2503) dan tesis Noor Azami B Saidun (2005). Ia bertujuan untuk mengetahui
persepsi serta minat pelajar berkaitan dengan sains. Terdapat 20 pernyataan berkaitan
dengan diri pelajar dan pandangannya terhadap mata pelajaran Sains. Responden
dikehendaki memilih respon yang sesuai dengan membulatkan angka yang sesuai
dengan pilihan bagi setiap soalan..

Skala Likert lima mata digunakan dalam bahagian ini. Respon kepada item bahagian B,
diberi skala 1 hingga 5 (format skala Likert). Setiap skala diberikan kod seperti berikut:
(1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) tidak pasti, (4) setuju, (5) sangat setuju

3.5 PROSEDUR KAJIAN DAN PENGUMPULAN DATA

Di dalam kajian ini data yang diperolehi ialah data kuantitatif. Data kuantitatif dikutip
dengan menggunakan borang soal selidik mengenai latar belakang pelajar, pencapaian
dan pandangan pelajar terhadap mata pelajaran sains, pra ujian dan juga pasca ujian.

Borang maklumat pelajar akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan kajian, kumpulan
kawalan dan kumpulan eksperimen sebelum kajian dimulakan. Kemudian pengkaji akan
memulakan kajian dengan memberikan pra ujian kepada kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen. Ujian ini dijalankan serentak dan mengambil masa selama
setengah jam. Pasca ujian pula diberikan selepas semua proses pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dijalankan. Ujian ini
akan dilakukan serentak pada kedua-dua kumpulan dan mengambil masa selama setengah
jam. Kelas kawalan diajar oleh guru matapelajaran manakala kelas eksperimen dijalankan
oleh pengkaji mengguna pendekatan IP dalam tajuk yang sama. Soalan soal-selidik pula
dibuat selepas semua proses pengajaran selesai. Soalan ini hanya diberikan kepada
kumpulan eksperimen sahaja untuk mengetahui pandangan mereka terhadap pengajaran
dan pembelajaran menggunakan pendekatan IP. Pengkaji akan mengumpul dan
menganalisa data tersebut.

28
3.6 PROSEDUR ANALISIS DATA.
Penganalisaan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan pakej analisis statistik
iaitu perisian SPSS Version 10.0 for windows. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik
deskriptif dan statistik inferens. Statistik inferens digunakan untuk menganalisis ujian-t.
Aras signifikan 0.05 (p < 0.05) ditetapkan iaitu membenarkan ralat sebanyak 5%. Bagi
ujian-t dilakukan, ujian kesignifikan digunakan untuk menentukan sama ada min-min
yang dikaji signifikan atau tidak. Prosedur analisis data dilakukan mengikut jenis-jenis
soalan yang diberikan. Soalan-soalan praujian dan pascaujian dikira markah. Markah
dikira dengan cara jumlah soalan yang betul dijawab dibahagi dengan jumlah soalan dan
didarab dengan seratus. Markah-markah ini kemudiannya diisi dalam borang
pemarkahan mengikut kumpulan, iaitu kumpulan kajian dan kumpulan eksperimen.
Penganalisaan data kuantitatif dan soal selidik dilakukan dengan menggunakan statistik
deskriptif. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai,
frekuensi dan peratusan respon yang diberi oleh sampel dari kumpulan eksperimen.

3.7 RUMUSAN

Secara ringkasnya metadologi kajian ini menerangkan tentang reka bentuk kajian,
populasi dan sampel kajian, senarai alat kajian, prosedur pengumpulan data dan analisis
data kajian. Kajian ini ialah kajian eksperimen yang menggunakan rekabentuk pascaujian
sahaja dengan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan menduduki praujian. Kumpulan
eksperimen diajar dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan manakala
kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah tradisional. Kedua-dua kumpulan diberi
pascaujian dan hanya kumpulan eksperimen sahaja diminta menjawab soalan-soalan
dalam borang soal selidik.Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan
pakej analisis statistik iaitu perisian Package Statistical Package For The Social Science
(SPSS) Version 10.0 for windows. Ianya mudah untuk mengesan pencapaian pelajar dan
menguji hipotesis yang dibuat.

BAB 4

29
HASIL KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Analisis data dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang memperlihatkan
keberkesanan strategi kaedah pembelajaran secara inkuiri penemuan di dalam mata
pelajaran sains akan dilaporkan dalam bab ini. Penganalisian data dibuat secara
membandingkan kaedah pembelajaran secara inkuiri penemuan dengan kaedah
pembelajaran tradisional. Laporan dapatan kajian bermula dengan penerangan responden
kajian dari segi populasi jantina dan tahap pencapaian mata pelajaran sains mengikut
strategi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diikuti.Berikutnya pula adalah laporan
dapatan berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 1.

4.2 PROFIL RESPONDEN

Perbincangan mengenai profil responden adalah berdasarkan data yang diperolehi


daripada soal selidik yang diedarkan pada akhir tempoh kajian. Kajian ini melibatkan 40
orang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah luar bandar yang terdiri daripada 20 orang
pelajar bertindak sebagai kumpulan eksperimen (pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pendekatan inkuiri penemuan) dan 20 orang pelajar lagi adalah sebagai
kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Kedua-dua kumpulan ini mempunyai tahap
kecerdasan yang sederhana.

Jadual 4.1: Frekuensi (f) dan peratusan (%) Jantina responden ( N=40)

30
Jantina Pembelajaran Inkuiri Penemuan Pembelajaran Tradisional
f % f %
Lelaki 7 35 10 50
Perempuan 13 65 10 50
Jumlah 20 100 20 100

Jadual 4.1 menunjukkan frekuensi dan peratus responden berdasarkan jantina. Daripada
40 orang responden 17 orang (42.5%) adalah responden lelaki manakala 23 orang
(57.5%) adalah responden perempuan. Taburan responden ini menunjukkan pelajar
perempuan adalah lebih ramai daripada pelajar lelaki.

Jadual 4.2 : Frekuensi (f) dan peratusan (%) untuk Gred Sains dalam UPSR

Jantina Pembelajaran Inkuiri Penemuan Pembelajaran Tradisional


f % f %
A 7 35 5 25
B 7 35 9 45
C 5 25 3 15
D 1 5 3 15
E 0 0 0 0

Jadual 4.2 menunjukkan frekuensi dan peratusan responden dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah atau UPSR. Seramai 19 orang dalam kumpulan eksperimen lulus dalam
subjek sains manakala dari kumpulan kawalan 17 orang lulus subjek sains UPSR.
Walaupun keputusan sains kumpulan eksperimen lebih baik daripada kumpulan kawalan,
tetapi perbezaannya hanyalah sedikit.
Taburan ini sebenarnya menggambarkan sebahagian besar responden di dalam kajian ini
terdiri daripada pelajar yang berkebolehan sederhana di dalam bidang sains.

Berdasarkan data atau dapatan kajian tentang latar belakang responden, dapatlah
disimpulkan bahawa pemilihan responden untuk kedua-dua kumpulan adalah seimbang
atau hampir sama. Ini menunjukkan tidak terdapat kelebihan mahupun kekurangan bagi
kedua-dua kumpulan tersebut dari segi latar belakang yang dapat mempengaruhi dapatan
kajian.

31
4.3 DAPATAN KAJIAN

4.3.1 ANALISIS STATISTIK INFERENS

Objektif utama kajian ialah membandingkan kesan pendekatan Inkuiri Penemuan dalam
pengajaran dan pembelajaran sains berbanding kaedah tradisional. Untuk menentukan
keberkesanan kajian ini, hipotesis yang diuji perlu dibincangkan iaitu:

Ha1 : Terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang menerima pembelajaran


menggunakan inkuiri penemuan berbanding pencapaian pelajar yang tidak menerima
pengajaran inkuiri penemuan.
.
Untuk memperolehi skor prestasi responden, praujian dan dan pascaujian telah
dijalankan. Kedua-dua kumpulan telah diajar topik yang sama untuk melihat
keberkesanan strategi kaedah inkuri-penemuan dan kaedah tradisional. Setelah praujian
dan pascaujian dijalankan, data mentah dikumpul dan data telah dianalisis dengan
menggunakan program SPSS dengan ujian sampel t (t-test).

Jadual 4.3 : Keputusan yang diperolehi dari ujian-t untuk min tak bersandar

Kumpulan Eksperimen Kumpulan Kawalan


N Min Sisihan Piawai N Min Sisihan Piawai t P
20 66.00 10.83 20 35.75 15.10 7.001 < 0.001

Jadual 4.3 menunjukkan analisis ujian-t yang dijalankan untuk menentukan sama ada
terdapat perbezaan kesan dari kedua-dua kaedah yang digunakan. Data yang diperolehi di

atas adalah berdasarkan data pascaujian dan min tersebut adalah min pasca ujian. Min
bagi kumpulan eksperimen adalah 66.00 manakala min bagi kumpulan kawalan adalah
35.75. Prestasi kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. setelah
mengambil kira perbezaan dari segi min. Responden yang mendapat markah 60 keatas
meningkat daripada seorang dalam ujian pra kepada 16 orang dalam pasca ujian .
Manakala bagi kumpulan kaedah pembelajaran secara tradisional, tiada yang mendapat

32
markah 60 ke atas dan hanya seorang mendapat markah 60. Ini sudah memadai untuk
membuktikan bahawa terdapat perbezaan ketara terhadap kesan mengajar menggunakan
strategi kaedah secara inkuiri-penemuan berbanding kaedah secara tradisional dalam
proses memahami Sains.

Berdasarkan ujian-t tersebut, jelas memperlihatkan bahawa prestasi antara kumpulan


kaedah inkuiri-penemuan dan tradisional adalah berbeza secara signifikan iaitu nilai p
adalah < 0.05. Maka hipotesis nul Ho1 yang dibina di tolak dan Hipotesis Ha 1 diterima
iaitu terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang menerima pembelajaran menggunakan
inkuiri penemuan berbanding pencapaian pelajar yang tidak menerima pengajaran inkuiri
penemuan. Dapatan ini dapatlah dirumuskan bahawa terdapat perbezaan kesan strategi
kaedah pembelajaran secara inkuiri-penemuan berbanding kaedah pembelajaran secara
tradisional.

4.3.2. ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF

4.3.2.1 Soal Selidik

Objektif seterusnya ialah mengenal pasti kesan strategi kaedah inkuiri-penemuan


terhadap minat dan sikap serta persepsi pelajar terhadap sains. Minat dan sikap serta
persepsi responden diukur melalui Skala Likert daripada soal selidik yang mengandungi
20 item. Bagi setiap item aspek pencapaian, skala ordinal dinyatakan sebagai sangat tidak
setuju (1), tidak setuju (2), tidak pasti (3), setuju (4) atau sangat setuju (5).

Jadual 4.4 : Frekuensi (f) dan peratusan (%) bagi Item-item Soal Selidik berkaitan dengan
minat (N=20)

STS TS TP S SS
Item f % F % f % f % f %
1 Pembelajaran sains 0 0 0 0 2 10 10 50 8 40

33
sangat menyeronokkan
2 Saya sangat minat mata 0 0 0 0 5 25 12 60 3 15
pelajaran sains
3 Saya suka sains lebih 0 0 3 15 11 55 6 30 0 0
daripada mata pelajaran
lain
4 Saya suka membaca 0 0 0 0 4 20 10 50 6 30
buku-buku yang
berkaitan sains
5 Saya gembira belajar 0 0 0 0 3 15 11 55 6 30
sains
7 Perkembangan terbaru 9 45 1 5 4 20 4 20 2 10
dalam sains belum
dapat menarik minat
saya
10 Saya merasa bosan jika 10 50 2 10 5 25 3 15 0 0
menonton rancangan
sains di televisyen
13 Saya tidak suka 10 50 6 30 4 20 0 0 0 0
menjadi ahli kepada
persatuan sains
14 Saya gembira apabila 0 0 0 0 1 5 12 60 7 35
menyelesaikan kerja
sains yang diberi guru
15 Saya suka membuat 0 0 0 0 3 15 9 45 8 40
kerja yang melibatkan
sains

Nota: ATS= Amat Tidak Setuju; TS= Tidak Setuju; TP= Tidak Pasti; S= Setuju; SS=
Sangat Setuju

Jadual 4.5 : Frekuensi (f) dan peratusan (%) bagi Item-item Soal Selidik berkaitan dengan
sikap dan persepsi terhadap sains (N=20)

STS TS TP S SS
Item f % F % f % f % f %
6 Sains adalah penting 0 0 0 0 1 5 4 20 15 75

34
kepada kerjaya saya
8 Sains adalah berfaedah 0 0 0 0 1 5 8 40 11 55
dalam kehidupan
sekarang
9 Saya selalu mendapat 0 0 0 0 13 65 6 30 1 5
markah yang tinggi
dalam mata pelajaran
sains
11 Sains dapat membantu 0 0 0 0 0 0 5 25 15 75
menambahkan ilmu
pengetahuan saya
12 Pengetahuan Sains 11 55 5 25 2 10 0 0 2 10
tidak boleh membantu
ke arah kehidupan yang
lebih sempurna
16 Hanya menyusahkan 16 80 3 15 1 5 0 0 0 0
apabila terpaksa belajar
sains
17 Saya dapat mengikuti 0 0 0 0 3 15 16 80 1 5
pelajaran sains dengan
baik
18 Negara kita sepatutnya 0 0 0 0 0 0 4 20 16 80
mempunyai lebih
banyak kemudahan
untuk kajian sains
19 Berbual dengan kawan- 10 50 5 25 4 20 1 5 0 0
kawan tentang sains
selepas waktu
persekolahan adalah
sangat membosankan.
20 Sains adalah perlu bila 0 0 0 0 0 0 9 45 11 55
saya bekerja nanti bagi
menyelesaikan masalah
Nota: ATS= Amat Tidak Setuju; TS= Tidak Setuju; TP= Tidak Pasti; S= Setuju; SS=
Sangat Setuju

Berdasarkan Jadual 4.4 yang berkaitan dengan minat dan jadual 4.5 yang berkaitan
dengan sikap dan persepsi terhadap sains di sebelah dapatlah dikatakan bahawa
kebanyakkan responden memilih skala 3 hingga 5 iaitu tidak pasti hinggalah sangat
setuju kecuali soalan yang berbentuk negatif. Bagi soalan berbentuk negatif skala telah
diubah iaitu skala 5 menjadi skala 1, skala 1 menjadi skala 5, skala 4 menjadi 2 dan skala
2 menjadi skala 4. Ini bertujuan supaya semua item ini menjadi positif.

35
Dapatan dari soalan selidik maklum balas pelajar dibincangkan dari aspek minat iaitu
berdasarkan jadul 4.4 dan sikap serta persepsi pelajar terhadap sains iaitu berdasarkan
jadual 4.5. Item yang berkaitan dengan aspek minat dengan sains adalah item
1,2,3,4,5,7,10,13,14 dan 15. Berdasarkan kepada aspek minat, 8 soalan menunjukkan
peratus yang tinggi iaitu dari 75% hingga 90% daripada 10 soalan yang berkaitan dengan
minat pelajar terhadap sains. Soalan 14 menunjukkan peratusan yang paling tinggi iatu
95% yang berkaitan dengan murid gembira apabila dapat menyelesaikan kerja sains yang
diberikan oleh guru.

Berdasarkan kepada sikap serta persepsi pelajar dapat dikatakan hampir keseluruhan
pelajar bersikap positif terhadap sains. Ini berdasarkan peratus setuju hingga sangat setuju
adalah dari 75% hingga 100%.

Berdasarkan hasil soal selidik responden ini, ia dapat membuktikan bahawa kebanyakkan
responden meminati sains, bersikap positif terhadap aktiviti yang berkaitan dengan sains
dan menyedari serta mengetahui akan kepentingan sains.

Jadual 4.6 : Min dan Sisihan Piawai bagi Item-item Soal Selidik (N=20)

Item Min Sisihan Piawai


1 Pembelajaran sains sangat menyeronokkan 4.30 0.66
2 Saya sangat minat mata pelajaran sains 3.90 0.64
3 Saya suka sains lebih daripada mata pelajaran lain 3.15 0.67

36
4 Saya suka membaca buku-buku yang berkaitan sains 4.10 0.72
5 Saya gembira belajar sains 4.15 0.67
6 Sains adalah penting kepada kerjaya saya 4.70 0.57
7 Perkembangan terbaru dalam sains belum dapat 3.55 1.50
menarik minat saya
8 Sains adalah berfaedah dalam kehidupan sekarang 4.50 0.60
9 Saya selalu mendapat markah yang tinggi dalam mata 3.40 0.60
pelajaran sains
10 Saya merasa bosan jika menonton rancangan sains di 3.95 1.19
televisyen
11 Sains dapat membantu saya menambahkan ilmu 4.75 0.44
pengetahuan pada masa akan datang
12 Pengetahuan Sains tidak boleh membantu ke arah 1.85 1.27
kehidupan yang lebih sempurna
13 Saya tidak suka menjadi ahli kepada persatuan sains 4.30 0.80
14 Saya gembira apabila menyelesaikan kerja sains yang 4.30 0.57
diberi guru
15 Saya suka membuat kerja yang melibatkan sains 4.25 0.72
16 Hanya menyusahkan apabila terpaksa belajar sains 4.75 0.55
17 Saya dapat mengikuti pelajaran sains dengan baik 3.90 0.45
18 Negara kita sepatutnya mempunyai lebih banyak 4.80 0.41
kemudahan untuk kajian sains
19 Berbual dengan kawan-kawan tentang sains selepas 4.20 0.95
waktu persekolahan adalah sangat membosankan.
20 Sains adalah perlu bila saya bekerja nanti bagi 4.55 0.51
menyelesaikan masalah kerja saya.

Berdasarkan jadual 4.6 keseluruhan soalan mempunya nilai min dari 3.15 hingga 4.8
kecuali soalan 12 yang mempunyai nilai min 1.85 iaitu pengetahuan sains tidak boleh
membantu ke arah kehidupan yang lebih sempurna dan ia merupakan soalan yang
berbentuk negatif. Bagi nilai sisihan piawai pula terdapat 3 item yang mempunyai nilai
sisihan piawai yang lebih tinggi dari item-item yang lain iaitu item 7, 10 dan item 12.
Berdasarkan nilai min dan sisihan piawai di atas dapatlah dikatakan kebanyakan
responden lebih bersikap positif dan berminat terhadap sains.

4.4. RUMUSAN

Bab ini telah menjelaskan profil responden kajian dan membentangkan dapatan kajian
tentang pencapaian sains dengan pendekatan inkuiri penemuan yang digunakan Data ini
diperolehi daripada ujian pra dan ujian pos yang ditadbirkan kepada kedua-dua

37
kumpulan. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran inkuiri-penemuan didapati memberi
kesan yang baik terhadap prestasi pelajar berbanding dengan kaedah pembelajaran
tradisional. Manakala di dalam aspek pencapaian, terdapat perbezaan yang signifikan
kesan daripada strategi kaedah pembelajaran inkuiri-penemuan terhadap pencapaian
responden. Daripada aspek persepsi pelajar, kajian telah memperlihatkan terdapatnya
perbezaan kesan strategi kaedah pembelajaran secara inkuiri-penemuan terhadap persepsi
pelajar. Pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap strategi pembelajaran kaedah
inkuiri-penemuan dan mempunyai hasrat yang kuat untuk lebih berjaya terutamanya
dalam mata pelajaran sains.

BAB 5

KESIMPULAN DAN IMPLIKASI

5.1. PENGENALAN

38
Pada bab ini, penekanan kepada beberapa aspek penting bermula dengan ringkasan
kajian yang telah dibincangkan dengan lebih terperinci dan mendalam untuk dibuat
kajian lanjutan untuk dikemukakan.Seterusnya perbincangan tentang implikasi dan
kesimpulan dapatan kajian serta cadangan kajian lanjutan dan di akhiri dengan rumusan
kajian secara keseluruhan.

5.2. RINGKASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menentukan: (a) keberkesanan kaedah Inkuiri Penemuan
sebagai satu cara meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar, (b) sains dan pemahaman isi
pelajaran Sains berdasarkan aktiviti P&P berteraskan Inkuiri Penemuan, (c) perubahan
keupayaan pelajar-pelajar tingkatan 1 untuk menjawab soalan yang berkonsepkan ( KPS )
pelajaran Sains, dan (d) minat pelajar untuk mempelajari sains. Pengkaji telah
menggunakan kajian eksperimen yang menggunakan rekabentuk pascaujian sahaja
dengan kumpulan kawalan. Pengkaji membuat pemilihan topik yang bersesuaian bagi
tujuan pengajaran ke dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang
bersesuaian bagi tujuan pengajaran. Kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan
terbentuk daripada pelajar-pelajar yang sedia ada di dalam kelas masing-masing
mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal-selidik minat, sikap dan
persepsi; pra ujian dan pasca ujian. Sampel kajian ini pula terdiri daripada 40 orang
pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah luar bandar. Data kajian dikutip
daripada pelajar sebanyak dua kali iaitu sebelum mereka mengikuti kaedah pengajaran
inkuiri penemuan dan kali kedua selepas mereka tamat mengikuti kaedah pengajaran
menggunakan pendekatan inkuiri penemuan. Seterusnya data yang telah dikumpul
dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratus serta min dan sisihan piawai
dengan menggunakan pakej analisis statistik iaitu perisian Package Statistical Package
For The Social Science (SPSS) Version 10.0 for windows.

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

39
Berdasarkan data-data yang telah dikutip dan dianalisis dapatlah dikatakan bahawa
kaedah pembelajaran secara inkuiri-penemuan merupakan kaedah yang lebih baik
daripada kaedah pembelajaran secara tradisional berdasarkan dapatan yang diperolehi
dalam kajian ini.

5.3.1 Latar belakang responden

Seramai 40 orang pelajar telah dipilih sebagi responden dalam kajian ini. Daripada 40
orang responden 17 orang adalah responden lelaki manakala 23 orang atau adalah
responden perempuan. Ini menunjukkan bahawa pemilihan sampel bagi kajian ini dari
segi jantina adalah hampir sama.

Dari segi pencapaian Sains UPSR, sebahagian besar responden di dalam kajian ini terdiri
daripada pelajar yang berkebolehan sederhana di dalam bidang sains. Seramai 3 orang
murid kumpulan kawalan mendapat D dan seorang murid dari kumpulan eksperimen
mendapat D. Berdasarkan data atau dapatan kajian tentang latar belakang responden,
dapatlah disimpulkan bahawa pemilihan responden untuk kedua-dua kumpulan adalah
seimbang atau hampir sama. Ini menunjukkan tidak terdapat kelebihan mahupun
kekurangan bagi kedua-dua kumpulan tersebut dari segi latar belakang yang dapat
mempengaruhi dapatan kajian.

5.3.2 Peningkatan Pencapaian Sains Pelajar

Dalam kajian ini prestasi pelajar dapat diukur melalui keputusan min markah ujian pos
dibandingkan ujian pra bagi kedua-dua kumpulan. Daripada analisa data didapati min
skor ujian pra bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan menunjukkan tahap

prestasi mereka adalah setara kerana masing-masing mempunyai pengetahuan yang sedia
ada. Apabila diberi pascaujian, didapati min skor kumpulan eksperimen lebih tinggi
daripada praujian. Ini menunjukkan setelah menggunakan kaedah inkuiri penemuan
dalam P&P, pelajar kumpulan eksperimen menunjukkan prestasi yang lebih baik
berbanding pelajar daripada kumpulan kawalan. Jelas di sini penggunaan kaedah inkuiri

40
penemuan boleh meningkatkan prestasi Sains pelajar memandangkan mereka lebih
berminat untuk belajar Sains.

5.3.3 Keberkesanan Penggunaan Kaedah inkuiri Penemuan

Pada tahun 1980' an, fokus kajian inkuiri-penemuan berubah kepada pengetahuan sedia
ada tentang konsep sains kanak-kanak (Osborne & Freyberg, 1985). Melalui pengalaman
dan pemerhatian, murid mempunyai idea sendiri mengenai alam sekelilingnya. Oleh yang
demikian, pengetahuan sedia ada murid adalah sangat penting dan perlu diambilkira
sebelum sesuatu konsep sains diajar. Apabila pengetahuan sedia murid diberi keutamaan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, maka konteks dan objektif inkuiri-
penemuan juga perlu diubahsuai (Roth, Anderson, & Smith, 1987). Dalam hal ini,
inkuiri-penemuan pengantaraan (mediated inquiry) telah diperkenalkan. Mediated
inquiry memberi penekanan kepada peranan guru untuk mencungkil pengetahuan sedia
ada murid, mengenal pasti miskonsepsi murid dan menyusun semula idea-idea saintifik
murid melalui aktiviti "hands-on" (Driver, Asoko, Mortimer & Leach,1995).

Hasil kajian ini boleh menyokong pandangan tersebut memandangkan murid-murid


telahpun dikenalpasti pengetahuan sedia ada mereka daripada pra ujian yang dibuat
sebelum proses P&P dijalankan. Seterusnya guru akan melaksanakan kaedah inkuiri
penemuan berdasarkan data-data awal yang telah diperolehi.

5.3.4 Minat, Sikap dan persepsi pelajar

Dapatan kajian ini menunjukkan minat, sikap dan persepsi pelajar adalah tinggi setelah
dirawat dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan. Maka, dapatan kajian ini

meyamai kajian lepas iaitu Bruner (1961) menghuraikan faedah yang diperolehi oleh
murid apabila mempelajari sains secara inkuiri-penemuan. Menurut Bruner (1961), murid
yang terlibat dalam pembelajaran secara inkuiri-penemuan akan dapat mencari dan
mengolah maklumat dengan sendiri dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah.
Suchman (1966) pula berpendapat, murid yang belajar secara inkuiri-penemuan akan

41
mempunyai motivasi intrinsik. Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains
sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara
aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat.

5.4 KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah inkuiri
penemuan dalam P&P sains adalah amat sesuai dilaksanakan sama terhadap pelajar
cemerlang, sederhana ataupun lemah. Ini telah dibuktikan bahawa responden dalam
kajian ini memperolehi keputusan UPSR dari mendapat A hingga ada yang mendapat D.

Kajian ini juga telah menjawab soalan kajian ini iaitu apakah pengajaran menggunakan
kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran sains dapat mengubah pencapaian pelajar?
Jelas terbukti apabila diberi pascaujian, didapati min skor kumpulan eksperimen lebih
tinggi daripada praujian. Ini menunjukkan setelah menggunakan kaedah inkuiri
penemuan dalam P&P, pelajar kumpulan eksperimen menunjukkan prestasi yang lebih
baik berbanding pelajar daripada kumpulan kawalan. Jelas di sini penggunaan kaedah
inkuiri penemuan boleh meningkatkan pencapaian pelajar memandangkan mereka lebih
berminat untuk belajar Sains. Selain itu ia juga dapat memberi perubahan minat pelajar-
pelajar tingkatan 1 terhadap mata pelajaran sains selepas menggunakan Kaedah Inkuiri
Penemuan. Berdasarkan analisis soal selidik yang dibuat telah membuktikan bahawa
kebanyakkan responden meminati sains dan berasa seronok untuk mempelajari sains
selepas menggunakan kaedah inkuiri penemuan.

5.5. IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini menunjukan bahawa pencapaian pelajar kumpulan kaedah inkuiri-
penemuan lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan pelajar kumpulan kaedah
tradisional. Implikasi dapatan ini adalah penting kerana ia mencadangkan bahawa kaedah

42
inkuiri-penemuan wajar digunakan di dalam kelas khususnya di dalam pengajaran sains.
Keberkesanan kaedah inkuiri-penemuan di dalam meningkatkan pencapaian akademik
pelajar boleh dikaitkan dengan kesan strategi tersebut ke atas motivasi pelajar untuk
belajar dan ke atas proses kognitif pelajar. Elemen-elemen di dalam kaedah inkuri-
penemuan berupaya menjadikan pelajar lebih bermotivasi dan berkeyakinan diri untuk
belajar.

Dalam kata lain, kesan kaedah inkuiri-penemuan ke atas pencapaian dapat dikaitan
dengan perlaksanaan yang mengkehendaki pelajar memahami sesutu perkara dengan
penglibatan oleh pelajar di anggarkan sebanyak 95 % dan 5 % dari guru sebagai
pemerhati dan pengawal aktiviti pelajar ketika proses pembelajaran oleh pelajar.Dalam
proses ini, pelajar secara tak langsung dapat memahami sesuatu perkara berdasarkan
dapatan kendiri yang diperolehi secara langsung dan tak langsung.Berbanding dengan
suasana kaedah tradisional yang mengkehendakkan pelajar sebagai pendengar dan
penglibatan pelajar di anggarkan sebanyak 35 % dan 65 % dari guru. Dalam proses ini,
pelajar sering kali mengalami masalah untuk memahami sesuatu perkara yang melibatkan
kajian eksperimen jika di beri penerangan oleh guru tanpa menjalankan kajian
eksperimen tersebut.Apa yang dapat dirumuskan di sini, dapatan kajian menunjukan
prestasi pelajar kumpulan kaedah inkuiri-penemuan lebih tinggi daripada pelajar
kumpulan kaedah tradisional.

Apa yang dapat dirumuskan di sini, tedapat pelajar yang memerlukan masa yang lebih
lama untuk menghilangkan perasaan rendah diri dan jika diberi peluang mereka boleh
menjadi pelajar yang baik.Apabila diberi masa yang secukupnya melalui pergantungan
positif dan interaksi sesama pelajar, maka mereka dapat membantu diri mereka di dalam
memahami sesuatu mata pelajaran.Oleh itu, pelajar menjadi lebih yakin terhadap mata
pelajaran tersebut.

Hasil dari kajian yang dijalankan, kaedah inkuiri-penemuan mempunyai implikasi dan
signifikan yang tinggi terhadap mutu pembelajaran pelajar. Ianya boleh dijadikan salah
satu alternatif yang sedia ada digunakan kepada pelajar dan guru. Maka guru perlu

43
mengambil kira kecenderungan pemilihan cara belajar tersebut dengan mewujdkan
kreativiti kerja berkumpulan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pelajar di dalam kajian ini, maka satu
pendekatan secara kasar berdasarkan aspek-aspek yang perlu diambil kira ketika
melaksanakan kaedah inkuiri-penemuan digariskan secara kasar bagi pelaksanaan kaedah
inkuri-penemuan ini :

1. Pembentukkan kumpulan pelajar


Pembentukkan kumpulan merupakan aset penting bagi melaksanakan kaedah inkuiri
penemuan ini. Bilangan yang optima yang dicadangkan ialah empat orang bagi setiapsatu
kumpulan. Pembentukkan kumpulan ini bagi memudahkan murid untuk berinteraksi dan
berkongsi idea dalam melaksanakan kaedah inkuiri-penemuan.

2. Memperkenalkan pembelajaran kaedah inkuiri-penemuan kepada pelajar


Pengenalan dan terjemahan awal mengenai kaedah inkuiri-penemuan kepada pelajar
adalah merupakan salah satu faktor yang dapat memudahkan perjalanan kaedah
pembelajaran ini dijalankan dan ditadbir. Bagi memastikan kelancaran kaedah inkuiri-
penemuan ini berjalan lancar, pelajar perlu diberi pengenalan ringkas mengenai aktiviti
yang akan dijalankan dalam mengikuti kaedah inkuiri-penemuan. Melalui gambaran yang
jelas, maka ia membolehkan pelajar memainkan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.
Oleh itu, pengenalan awal memainkan peranan dalam pelaksanaan kaedah inkuiri-
penemuan.

3. Pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar


Memandangkan kaedah pembelajaran secara inkuri-penemuan memerlukan aktiviti
latihan secara berkumpulan dalam melaksanankan aktiviti amali di dalam waktu kelas
yang lebih kerap maka penyampaian isi pelajaran secara kuliah menjadi singkat. Maka,
sewajarnya guru membuat persediaan mengajar yang terancang dan menggunakan bahan
bantu mengajar sebaik-baiknya.Guru juga perlu memberi perhatian berat kepada semua
langkah-langkah yang perlu diikuti ketika melaksanakan kaedah pembelajaran secara
inkuri-penemuan. Ini adalah kerana langkah-langkah tersebut telah mengambil kira ciri-

44
ciri kaedah inkuiri-penemuan dari segi interaksi pelajar, struktur matlamat, akauntabiliti
individu dan struktur tugas.

4. Aktiviti kerja berkumpulan


Semasa aktiviti kerja berkumpulan,guru berperanan sebagai fasilitator dan membantu
kumpulan yang menghadapi sebarang masalah. Pada masa aktiviti, guru juga dapat
mengesan sebarang masalah yang timbul di dalam sesi aktiviti dijalankan. Masalah-
masalah tersebut perlu diatasi dengan segera supaya tidak menjejaskan tumpuan pelajar
dan mengelak dari pelajar tertinggal dan mendapat maklumat yang salah.

5. Pengiraan skor danpengiktirafan kumpulan


Komponen ini memainkan peranan penting kerana ia mendorong pelajar untuk
bekerjasama dan merasa seronok dengan pengiktirafan yang diterima.Melalui
pengiktirafan, pelajar dapat merasakan usaha mereka dihargai dan bermotivasi untuk
mendapat pengiktirafan yang lebih baik.

Oleh kerana kaedah inkuiri-penemuan selari dengan konsep KBSM dan Sekolah Bestari,
Maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mewujudkan satu garis panduan sama
ada dalam bentuk modul atau manual untuk guru-guru. Ini adalah kerana konsep dan
perlaksanaan kaedah inkuiri-penemuan tidak sama dengan kaedah tradisional yang tidak
berstruktur.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan penggunaan strategi pengajaran yang baru seperti
kaedah inkuri-penemuan sememangnya memerlukan pergorbanan dari pihak guru, usaha
yang lebih banyak dan persediaan yang lebih awal. Ini kerana guru masih di peringkat
untuk menguasai strategi tersebut dan perlu menjangka beberapa masalah akan timbul
sebelum dapat melaksanakannya dengan berkesan. Selain daripada itu, kaedah inkuiri-
penemuan perlu dilaksanakan secara beransur-ansur dan bersifat fleksibel dengan
mengambil kira persediaan pelajar untuk menerima strategi baru setelah sekian lama
mereka biasa dengan kaedah pembelajaran berbentuk tradisional.

5.6 CADANGAN UNTUK KAJIAN LANJUTAN

45
Kajian ini dijalankan di dalam situasi kelas yang terdiri daripada pelajar yang tinggal di
asrama dan luar asrama .Selain daripada itu, sampel kajian ini terhad kepada sebuah
sekolah di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan menggunakan kaedah
eksperimen. Maka, kajian lanjutan dicadangkan supaya dilakukan di tempat lain
terutamanya di kawasan bandar, pinggir bandar dan juga pelajar-pelajar sekolah rendah.

Kajian selanjutnya dicadangkan supaya dijalankan dengan menggunakan alat kajian yang
dapat mengukur hubungan etnik dan hubungan sosial serta kesan hubungan tersebut dan
dibuktikan secara kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji juga boleh mengkaji aspek
personaliti pelajar dengan mengambil kira pelajar extrovert dan intovert. Kajian yang
khusus berkenaan dengan teknik meningkatkan kemahiran bersosial dan kemahiran
kognitif pelajar juga merupakan satu bidang yang perlu diterokai supaya dapat di
manfaatkan oleh guru-guru di sekolah.

Aspek lain yang patut diambil kira di dalam kajian selanjutnya adalah kesan kaedah
inkuri-penemuan ke atas pelajar mengikut tahap kebolehan yang berbeza, tahap
penglibatan pelajar di dalam kaedah inkuiri-penemuan, setakat mana guru melaksanakan
kaedah inuri-penemuan dan persepsi guru yang terlibat di dalam kajian. Kajian yang
menggunakan teknik kaedah inkuiri-penemuan yang lain seperti inkuiri terbimbing
adalah perlu bagi memperkayakan lagi teknik kaedah inkuiri-penemuan yang boleh
disesuaikan dalam konteks pendidikan di Malaysia.

5.7 RUMUSAN

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesan penggunaan kaedah pembelajaran inkuiri-
penemuan terhadap persepsi pelajar serta pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan selama enam minggu yang melibatkan 40 orang

46
sampel kajian, dapatan kajian menunjukkan pencapaian kumpulan pembelajaran kaedah
inkuiri-penemuan lebih tinggi daripada kumpulan pembelajaran tradisional. Berdasarkan
maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan disokong oleh keputusan pencapaian yang
lebih tinggi, kaedah inkuiri-penemuan wajar dijadikan sebagai salah satu strategi
pengajaran dan pembelajaran di dalam menguasai kemahiran proses sains di dalam
pendidikan sains. Ini kerana kaedah ini telah terbukti berkesan dilaksanakan berdasarkan
kajian yang telah dijalankan oleh beberapa tokoh seperti Kessen (1964), Trowbridge,
Bybee & Sund , (1981) dan Hebrank (2000).

RUJUKAN

Choo Yan Tong, Low swee Neo, chang see leong. (2008). Focus super PMR Science.
Penerbitan Pelangi
Denzin, N.K.(1998). Case study research in education: a qualitative data analysis.
(2nd ed.) Thousand Oaks: Sage Publication Ltd.
George, D.& Mallery, P(2001). SPSS for Windows: Step by step. A simple guide and

47
reference 10.0 update. Boston: Allyn & Bacon
Halimah bt. Harun (1992). Sikap dan pencapaian dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya.Thesis (M.Ed), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor.
Hebrank. (2000). Teachers as curriculum planners. New York : Columbia University.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Modul Pengajaran Dan Pembelajaran
PPK. Kuala Lumpur : Bahagian Perkembangan Kurikulum
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Noor Azami B Saidun. (2005). Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional
Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam mata pelajaran sains. Tesis. (B.Ed), Open
University Malaysia.
Newman, William Lawrence. (1991). Social research methods: Qualitative and
Quantitative Approaches. Boston: Allyn & Bacon.
Poh Swee Hiang (1998). Pedagogi Sains: Penilaian dan pengurusan kurikulum sains.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Saat Md Yasin, Bakhtiar mansor, Abdul Rashid Johar. (2007). HBEF4106 School-Based
research. UNITEM Sdn. Bhd.
Shulman, L. S. (1968). Principle of Inquiry Method . London: Prentice Hall.
Trowbridge, Bybee & Sund. ( 1981). Introduction of Inquiry Method. Belmont CA,
Weiner, B.(1992). Human Motivation:Metaphors, theories and research. California:
Sage Publication.

Yeap Tok Kheng.(2006). Reference Text Series PMR Science. Pearson, Longman.
Yeoh Seng Lee, sin be Lan, Tan Yu Hok. (2002). Science Form 1, Volume 1. Baka Prep
sdn. bhd.

48
Lampiran 1

49
50
51
52
53
54
55
Lampiran 2

56
57
58
59
60
61
62
Lampiran 3

Soal selidik ini bertujuan mengkaji pandangan pelajar terhadap P & P didalam bilik
darjah dan juga pandangan pelajar terhadap sains.

Bahagian A.

63
Jantina L P

Gred Sains dalam UPSR

Pendapatan ibu + bapa RM

Bahagian B.

Soal selidik ini mengandungi 20 soalan. Pelajar diminta membulatkan angka skala yang
dipilih terhadap pendapat-pendapat yang diberikan. Skala yang digunakan adalah seperti
berikut :

A = sangat tidak bersetuju

B = tidak setuju

C = tidak pasti

D = setuju

E = sangat setuju

ARAHAN :

Bagi soalan berikut baca soalan dengan teliti kemudian bulatkan 1, 2, 3, 4 dan 5 untuk
menunjukkan pilihan jawapan anda.

1. Pembelajaran sains sangat menyeronokkan 1 2 3 4 5

2. Saya sangat minat mata pelajaran sains. 1 2 3 4 5

64
3. Saya sukakan pelajaran sains lebih daripada
mata pelajaran lain 1 2 3 4 5

4. Saya suka membaca buku-buku yang


berkaitan dengan sains 1 2 3 4 5

5. Saya gembira belajar sains di sekolah 1 2 3 4 5

6. Sains adalah penting kepada kerjaya saya 1 2 3 4 5

7. Perkembangan terbaru dalam sains belum


dapat menarik minat saya. 1 2 3 4 5

8. Sains adalah berfaedah dalam kehidupan


sekarang 1 2 3 4 5

9. Saya selalu mendapat markah yang tinggi


dalam mata pelajaran sains 1 2 3 4 5

10. Saya merasa bosan jika menonton rancangan


sains di televisyen 1 2 3 4 5

11. Sains dapat membantu saya menambahkan


ilmu pengetahuan pada masa akan datang 1 2 3 4 5
12.Pengetahuan sains tidak boleh membantu
ke arah kehidupan yang lebih sempurna 1 2 3 4 5

13.Saya tidak suka menjadi ahli kepada


persatuan sains 1 2 3 4 5

14.Saya gembira apabila menyelesaikan kerja sains

65
yang diberi guru 1 2 3 4 5

15.Saya suka membuat kerja yang melibatkan


sains 1 2 3 4 5

16.Hanya menyusahkan saya apabila terpaksa


belajar sains 1 2 3 4 5

17. Saya dapat mengikuti pelajaran sains dengan


Baik 1 2 3 4 5

18.Negara kita sepatutnya mempunyai lebih


banyak kemudahan untuk kajian sains. 1 2 3 4 5

19.Berbual dengan kawan-kawan tentang sains


selepas waktu persekolahan adalah sangat
membosankan. 1 2 3 4 5

20.Sains adalah perlu bila saya bekerja nanti


bagi menyelesaikan masalah kerja saya. 1 2 3 4 5

66

You might also like