You are on page 1of 69

Fitrah Manusia 2009

Peta Minda

1
Fitrah Manusia 2009

2
Fitrah Manusia 2009

3
Fitrah Manusia 2009

4
Fitrah Manusia 2009

1.1 Fitrah Manusia dan Perkembangannya

1.1.1 Konsep Fitrah Manusia


Berdasarkan kamus dewan (1984), perkataan fitrah adalah berasal daripada
bahasa Arab yang membawa maksud sifat semula jadi, bakat, pembawaan atau
perasaan keagamaan. Jadi, fitrah manusia boleh diertikan sebagai sifat insan yang
mempunyai bakat atau potensi semula jadi serta perasaan keagamaan. Manakala
daripada segi bahasa pula, perkataan fitrah adalah bermula daripada perkataan al-fathr
yang bermaksud belahan dan daripada perkataan ini lahir perkataan-perkataan lain
yang membawa maksud ‘penciptaan’ atau ‘kejadian’. Fitrah manusia adalah kejadian
sejak mula atau bawaan sejak lahir. Secara amnya, fitrah bererti ciri-ciri semula jadi
yang terdapat pada setiap makhluk seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Menurut Freud, fitrah manusia mengandungi unsur naluri yang primitif termasuk unsur
seks dan kerangsangan. Mengikut tokoh Islam, fitrah manusia adalah suatu ketetapan
dan pemberian tuhan sejak lahir. Kesejahteraan fitrah manusia akan dapat dicapai
apabila jasmani, akal dan rohnya berada dalam keadaan keseimbangan. Fitrah
manusia dapat dikaji melalui potensi dan keperluan pelajar serta perbezaan di kalangan
mereka.

Perkataan Potensi berasal daripada perkataan bahasa inggeris ‘potential’.


Menurut ahli-ahli psikologi pendidikan, potensi adalah bersaling kait rapat dengan fitrah
manusia. Potensi merupakan keupayaan dan kebolehan semula jadi yang terpendam
dalam dirinya pada setiap insan. Ia mesti dicungkil agar dapat dilihat melalui tindakan
yang dilakukannya dan ia terkandung dalam beberapa aspek seperti jasmani, mental,
kerohanian dan emosi. Secara amnya, fitrah manusia digolongkan dalam dua kategori
iaitu kejasmanian, kebendaan dan keduniaan serta kerohanian, ketuhanan dan
keakhiratan.

5
Fitrah Manusia 2009

1.1.2 Konsep Asas Pertumbuhan Dan Perkembangan


Pertumbuhan didefinisikan sebagai perubahan-perubahan fizikal yang berlaku
pada manusia iaitu perubahan di dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang individu
dalam proses pematangan. Perubahan ini adalah dari segi kuantiti yang dapat dibuat ke
atas organisma dengan nyata seperti ukuran tinggi, berat badan dapat diukur dengan
menggunakan teknik anthropometrik. Perubahan pertumbuhan dapat diukur dari satu
tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang
lain. Pertumbuhan mempunyai ciri-ciri berikut:

Bergantung kepada kematangan

Berhenti apabila mencapai tahap matang

Berasaskan corak tertentu

Berterusan dan berkuantiti

Dipengaruhi oleh baka

Kadar berbeza antara individu dan anggota

Perkembangan pula didefinisikan sebagai perubahan-perubahan sistematik yang


berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematangan. Perubahan-
perubahan ini adalah perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri
manusia iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata
perubahan telah berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang
terlebih dahulu. Perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri
seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Perkembangan
dibahagikan kepada tiga tahap yang utama iaitu:

(a) Perkembangan fizikal

6
Fitrah Manusia 2009

- Perkembangan fizikal adalah merujuk kepada pertumbuhan badan dan


organ-organ, kefungsian sistem-sistem fizikal, kemunculan tanda-
tanda penuaan dan kordinasi kemahiran motor kasar dan halus.

(b) Perkembangan kognitif

- Ia merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam otak


manusia, misalnya dalam persepsi, pengamatan, penanggapan,
penguasaan bahasa, pembelajaran, ingatan dan penyelesaian
masalah.

(c) Perkembangan psikososial

- Ia adalah merujuk kepada perubahan dan perkembangan dalam


perhubungan peribadi dan interpersonal seperti motif, emosi dan
perasaan.

Menurut kajian daripada ahli psikologi, perkembangan manusia dari segi


perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh faktor
baka dan faktor persekitaran. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan asas dan
perkembangan asas. Pertumbuhan asas merupakan perubahan fizikal tubuh badan
manakala perkembangan asas adalah perubahan tingkah laku mental. Secara amnya,
perbezaan di antara pertumbuhan dengan perkembangan dalam aspek jasmani,
mental, emosi dan sosial boleh dilihat seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

Aspek Pertumbuhan Perkembangan

Jasmani Tinggi, saiz, berat dan bilangan Kemahiran menggunakan


gigi bertambah pertumbuhan fizikal seperti
berjalan, melihat, mendengar,
7
Fitrah Manusia 2009

membuat kerja.

Mental Berkembangnya keupayaan Kemahiran berfikir, mengingat,


memikirkan tentang banyak menaakul dan menganalisis.
perkara

Emosi Tumbuhnya perasaan suka, duka, Kemahiran mengawal perasaan


marah, sayang dan sebagainya. dalam situasi tertentu.

Sosial Mula berinteraksi dgn ahli-ahli Kemahiran mendisplin dan


bukan keluarga spt jiran, rakan penyesuian diri dalam pergaulan
sebaya dan guru. dengan orang lain.

Rajah 1.1: Perbezaan di antara pertumbuhan dengan perkembangan

1.1.2.1 Prinsip-prinsip Pertumbuhan Dan Perkembangan


1. Perkembangan fizikal, kognitif dan sosial manusia berlaku pada kadar yang
berlainan.

2. Perkembangan seseorang manusia adalah disebabkan oleh pertumbuhan dan


kematangan. Kematangan adalah perubahan dalam tingkah laku manusia yang
berlaku secara semula jadi, secara spontan dan tidak berada dalam kawalan
manusia.

3. Perkembangan adalah berlaku daripada umum kepada spesifik. Contohnya,


perkembangan ialah apabila bayi menangis dan kemudiannya berfokus kepada
sebab yang khusus seperti lapar atau ketidakselesaan fizikal.

4. Pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan peningkatkan kerumitan. Contoh


pertumbuhan dari otot kasar ke otot halus dan contoh perkembangan ialah
apabila kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah harian menggunakan
strategi-strategi yang canggih

8
Fitrah Manusia 2009

5. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku mengikut tertib. Pertumbuhan ialah


kematangan kepala mendahului tangan dan kaki manakala perkembangan pula
ialah seorang bayi duduk sebelum berjalan

6. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah


berbeza pada setiap individu. Contoh pertumbuhan ialah pencapaian ketinggian
seseorang individu berbeza pada umur yang sama.

7. Berlaku secara beransur-ansur. Contoh dalam permainan badminton, seorang


murid yang tidak dapat melakukan servis dengan betul akhirnya dapat juga
menguasai kemahiran tersebut walaupun ia mengambil masa.

8. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah
ke tepi.

9. Pertumbuhan struktur badan adalah lebih cepat daripada kemahiran fungsinya.

10. Pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus.

11. Pertumbuhan berlaku sehingga satu tahap tetapi perkembangan berlaku secara
berterusan sehingga hayat akhir.

12. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang


kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.

13. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak.

14. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang.

15. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-


peringkat berikut:

 Peringkat pralahir (dalam kandung)

 Peringkat bayi (0-2 tahun)

 Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)


9
Fitrah Manusia 2009

 Peringkat akhir kanak-kanak (6-12 tahun)

 Peringkat awal remaja (12-15 tahun)

 Peringkat akhir remaja (15-21 tahun)

 Peringkat dewasa (21-60 tahun)

 Peringkat tua (60 tahun ke atas)

1.1.3 Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Manusia


Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang idividu
mempunyai kadar perkembangan yang sama. Kadar perkembangan setiap individu
adalah berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial walaupun mempunyai
pertumbuhan yang sama. Akibat daripada unsur kehidupan yang ada pada manusia,
manusia berkembang dan mengalami perubahan dari segi fisiologi dan psikologi. Ahli-
ahli psikologi berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang
menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di
antara satu sama lain. Kedua-dua faktor ini adalah penting dalam membentuk
pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.

1.1.3.1 Faktor Baka


Faktor baka terdiri daripada pengaruh genetik, perbezaan fizikal, perbezaan
emosi dan perbezaan mental dalam diri manusia.

(a) Pengaruh Genetik

Menurut kajian Gregor Mendel (1822-1889), kromosom mengandungi bahan DNA


dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat
baka. Individu yang normal biasannya mempunyai 23 pasangan kromosom.
Semasa proses persenyawaan iaitu pencantuman sel sperma dengan sel ovum
dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom yang mengandungi
10
Fitrah Manusia 2009

bahan DNA dan RNA daripada ibu bapa masing-masing. Proses pertukaran di
antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka
tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahir pada masa kelak. Proses
percantuman dan proses pertukaran kromosom semasa proses persenyawaan di
antara sel sperma dan sel ovum dapat dilihat seperti yang ditunjukkan di bawah:

11
Fitrah Manusia 2009

Rajah 1.2: Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki


dan perempuan

12
Fitrah Manusia 2009

(b) Perbezaan fizikal

Setiap individu mempunyai ciri fizikal yang berbeza dan unik melainkan anak
kembar. Contoh ciri fizikal adalah seperti saiz badan, ketinggian, keberatan,
bentuk dan warna organ deria. Ciri-ciri fizikal luaran seperti warna rambut dan
organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Sebagai contohnya, ibu
bapa yang gemuk dan rendah cenderung melahirkan anak yang gemuk dan
rendah. Sebaliknya, ibu bapa yang kurus dan tinggi akan melahirkan anak yang
kurus dan tinggi. Ibu bapa yang mempunyai banyak rambut putih semasa waktu
remaja juga berisiko mendapatkan anaknya yang mempunyai sifat yang sama
juga. Selain itu, ibu yang lemah dalam kesihatan dan selalu sakit semasa
mengandung juga akan melahirkan anak yang berkemungkinan besar akan
mewarisi kesihatan yang lemah itu.

(c) Perbezaan mental

Mengikut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937)
dan Sheildo (1962), setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek
yang berbeza dengan rakannya. Ini dapat dilihat melalui prestasi pelajar dalam
sesuatu kelas dan keputusan peperiksaan awam. Ada yang mendapat keputusan
yang cemerlang, manakala ada yang mendapat keputusan yang lemah.
Kecerdasan individu mempunyai kaitan dengan kecerdasan ibu bapanya.
Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintas akan melahirkan anak yang cerdas pintar
juga.

(d) Perbezaan emosi


13
Fitrah Manusia 2009

Emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu
bapa yang bersifat pemarah dan mempunyai emosi yang kurang stabil akan
melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping itu, ibu bapa yang
bersifat pendiam, pemalu dan pensabar juga akan melahirkan anak yang sebegitu.
Tekanan yang kronik yang dialami oleh ibu hamil akan mempengaruhi
perkembangan pralahir. Ibu yang mengalami tekanan semasa hamil akan
menghasilkan anak-anak yang beremosi. Selain itu, aktiviti janin juga akan
meningkat secara mendadak bagi ibu yang mengalami tekanan emosi. Bayi yang
dilahirkan juga akan mengalami masalah pemakanan dan penghadaman.
Terdapat juga sesetengah kajian mengatakan keadaan emosi ibu yang tertekan
sebelum dan semasa mengandung akan menyebabkan kesukaran semasa
mengandung dan bersalin seperti melahirkan kandungan yang tidak cukup bulan,
bayi rendah berat badan dan sukar bernafas.

1.1.3.2 Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi


perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhanya. Faktor persekitaran
terdiri daripada keluarga, rakan sebaya, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat,
sumber teknologi, guru dan sekolah.

(a) Keluarga

Faktor keluarga merupakan pengaruh utama yang banyak mempengaruhi


perkembangan seseorang individu. Unsur-unsur keluarga yang mempengaruhi
perkembangan individu adalah seperti suasana rumah, asuhan, makanan dan
status-ekonomi keluarga. Perbezaan unsur-unsur ini yang akan melahirkan
perbezaan individu megikut perbezaan kadar perkembangannya. Biasannya,
kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih
sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Kanak-kanak yang
dilindungi dan dijaga dengan baik akan merasa selamat dan yakin dan
14
Fitrah Manusia 2009

mempunyai penghargaan diri yang tinggi. Kanak-kanak yang mendapat asuhan


yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi
dengan sempurna. Ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan
mengasuh kanak-kanak menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan
mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan membuat keputusan.
Manakala, ibu bapa yang bersikap autokratik akan melahirkan anak-anak yang
pasif, takut dan menarik diri serta kurang berkeyakinan dalam membuat
keputusan.

Makanan juga mempengaruhi perkembangan individu di mana makanan berzat


dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembang jasmaninya
dengan sempurna. Kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yamg miskin
biasannya adalah sukar untuk mendapatkan makanan yang seimbang malah
berzat. Ini menyebabkan perbezaan perkembangan di antara satu sama lain.

(b) Rakan Sebaya

Rakan sebaya juga merupakan faktor penting dalam mempengaruhi


perkembangan individu, khasnya dari segi perkembangan intelek, sahsiah,
emosi dan sosial. Ini kerana rakan sebaya mempunyai usia, cita-cita, minat dan
tahap kecerdasan yang lebih kurang sama, jadi mereka agak mudah
bersosialisasi dengan mempelajari perkara-perkara yang boleh diterima dan
yang tidak boleh diterima antara satu sama lain. Kanak-kanak akan mempelajari
sikap yang diamalkan oleh rakan sebaya mereka dan turut bertingkah laku
sedemikian, ini kerana kadang-kadang mereka takut disingkir oleh kumpulan
rakan sebaya mereka. Sekiranya rakan tersebut menunjukkan sikap yang positif
terhadap pelajaran maka mereka akan cenderung terhadap pelajaran. Tetapi
sekiranya rakan mereka bersikap negatif maka kanak-kanak ini juga akan
cenderung terjebak dalam perkara-perkara yang tidak diingini.

15
Fitrah Manusia 2009

(c) Kebudayaan dan Kepercayaan Masyarakat

Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi


perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-ekonomi, personaliti dan mental.
Perbezaan nilai hidup akan membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan
individu. Contohnya, masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya
melahirkan sikap yang bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika
serta kuat beragama dengan kerohanian yang sempurna. Kebudayaan
masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan pula akan melahirkan
individu yang beriman. Malah, masyarakat yang mementingkan kebendaan akan
mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap
materialistik.

(d) Sumber Teknologi

Pendedahan sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupan juga akan


mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Sumber teknologi seperti surat
khabar, radio, televisyen, komputer, akhbar, majalah, buku, wayang gambar dan
sebagainya akan mempengaruhi perkembangan mental, pandangan, persepsi,
dan sikap seseorang terhadap isu-isu semasa. Sebagai contoh, iklan-iklan yang
dipamerkan melalui alat sumber teknologi telah banyak mempengaruhi pengguna
sama ada ke jalan positif atau negative. Drama-drama di televisyen juga telah
banyak mengajar penonton dan menjadi teladan atau mempengaruhi penonton ke
jalan negatif seperti unsur seks dan ganas. Jadi, secara amnya, pendedahan
kayak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar
perkembangan kognitif, social dan emosinya. Tetapi sebaliknya, jika kayak-kanak
didedahkan kepada sumber teknologi yang negatif pula akan melahirkan sikap
yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.

16
Fitrah Manusia 2009

(e) Guru dan Sekolah

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang penting dalam perkembangan


identiti seseorang pelajar kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah
samada menerusi aktiviti akademik ataupun dalam aktiviti gerak kerja
kokurikulum. Guru dan sekolah berupaya mempengaruhi perkembangan pelajar
dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang mempunyai sifat
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran
akan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.

Perkembangan individu seseorang juga boleh dipengaruhi oleh kedudukan


tempat mereka bersekolah samada di bandar ataupun di luar bandar. Sekolah yang
dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran akan
membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Kekurangan
kemudahan di sekolah luar bandar seperti elektrik, komputer, internet, perpustakaan
yang lengkap dan seumpamanya akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak dari
pelbagai aspek.

1.1.4 Peringkat-peringakat Pertumbuhan Dan Perkembangan Dari Aspek Fizikal,


Kognitif, Sosial, Emosi Dan Moral Mengikut Teori

1.1.4.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal di dalam bidang
pendidikan. Menurut kajian beliau, beliau berpendapat perkembangan kognitif kanak-
kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur

17
Fitrah Manusia 2009

mereka. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat peringkat


yang mengikut turutan umur iaitu:

 Tahap deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)


 Tahap Pra-operasi ( 2 hingga 7 tahun)

 Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)

 Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)

Pada peringkat ini, bayi mula menggunakan deria motornya untuk memahami
dan berinteraksi dengan persekitaraanya. Bayi mempelajari tentang dirinya
dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian
menirunya.
Dari lahir hingga satu bulan, bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan
yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan
tangan, penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya.

Selepas dilahir selama dua bulan, bayi sudah boleh membezakan objek-objek di
dalam persekitarannya.

Antara empat hingga lapan bulan, bayi mempunyai persediaan untuk membuat
pandangan dan pemerhatian yang lebih. Bayi telah mempunyai daya koordinasi
di antara penglihatan dan sentuhan. Bayi dapat melakukan tingkah laku baru
seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya.

Semasa lapan hingga dua belas bulan, perkembangan mental bayi sudah dapat
dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan
mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan
berlaku.

18
Fitrah Manusia 2009

Bayi yang berumur dua belas bulan hingga lapan belas bulan memperlihatkan
kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah
mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi juga mengalami
proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah.

Pada peringkat lapan belas bulan hingga dua tahun, kanak-kanak mula
mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.
Kanak-kanak cuba menggunakan pelbagai skema untuk menyelesaikan masalah
yang dia hadapi.

Pada akhir dua tahun, kanak-kanak mula belajar bahasa dan lambang yang
mudah.

Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun)

Kanak-kanak pada peringkat ini mula menggunakan bahasa dan simbol untuk
menggambarkan sesuatu konsep.

Kanak-kanak yang berumur empat tahun mula boleh bertutur dengan fasih dan
perkembangan kognitifnya menjadi semakin pesat melalui bahasa yang
dikuasainya itu.

Pada peringkat ini, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana di dunia ini
keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Mereka
menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya.
Dan mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan.

Pada akhir peringkat ini, kanak-kanak mula berupaya memberi sebab untuk
menyokong keprecayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut cirri
tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)

19
Fitrah Manusia 2009

Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik, mereka
sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa.
Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar
bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih
dewasa dan mereka mula menerima pendapat orang lain.

Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan


sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman
persekolahan.

Pada akhir peringkat ini, kanak-kanak berupaya berfikir secara induktif atau
deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.

Tetapi, kanak-kanak pada peringkat ini masih belum memahami atau menaakul
tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan,
makna hidup dan sebagainya. Mereka tidak berupaya menyelesaikan masalah
yang kompleks.

Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Remaja pada peringkat ini telah boleh memikir secara abstrak dan boleh
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Mereka boleh berfikir secara induktif dan deduktif dan menggunakannya untuk
membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau
generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik.

Remaja pada peringkat ini didapati patuh dan berhati-hati dengan pendapat dan
pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan peranan mereka
dalam masyarakat. Mereka telah membuat perancangan berdasarkan pegangan
dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan norma yang terdapat
dalam masyarakat.

20
Fitrah Manusia 2009

Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal
dan logik. Remaja mampu menyelesaikan masalah operasi songsang seperti
8/4=4 X (?) = 8, dan masalah-masalah yang abstrak, tanpa memerlukan
wujudnya andaian konkrit.

Secara kesimpulannya, keempat-empat peringkat ini dapat dirumuskan seperti yang


ditunjukkan dalam jadual berikut:

Peringkat Umur Ciri-ciri


- Dapat meniru dan dapat mengingati sesuatu
Deria Motor 0 - 2 tahun
- Mengetahui bahawa objek masih wujud

- Bersifat egosentrik
- Dapat menggunakan bahasa secara perlahan
Pra-Operasi 2 – 7 tahun
- Dapat berfikir dalam bentuk simbolik
- Dapat menyelesaikan masalah konkrit
Operasi Konkrit 7 - 11 tahun
- Memahami konsep pengekalan dan dapat
membuat klasifikasi
- Dapat menyelesaikan masalah abstrak
Operasi Formal 11 tahun ke
atas - Menjadi lebih saintifik dalam pemikiran

- Rasa bimbang tentang isu-isu sosial yang


berlaku
Rajah 1.3: Empat peringkat Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Piaget juga telah memperkenalkan konsep organisasi, adaptasi dan asimilasi.


Organisasi ialah satu proses penyusunan maklumat dan pengalaman ke dalam sistem
mental. Adaptasi ialah penyusunan kepada perkembangan. Ia terdiri daripada asimilasi
dan akomodasi. Asimilasi ialah satu proses di mana individu akan menerima sesuatu
makumat secara kognitif dan membentuknya untuk dimuatkan dalam struktur kognitif
21
Fitrah Manusia 2009

yang sedia ada. Akomodasi ialah perubahan-perubahan dalam struktur kognitif yang
sedia ada untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang berkaitan. Idea-idea yang
terdapat dalam akomodasi menukar pandangan seseorang mengenai kecerdasan dan
perkembangan kognitif.

1.1.4.2 Teori Kematangan Biologi: Arnold Gesell


Teori yang dikemukakan oleh Arnold Gesell adalah berupa teori kamatangan
biologi. Beliau mengatakan tingkah laku seseorang individu akan berkembang seperti
yang telah ditentukan mengikut jadual masa yang agak tetap. Beliau menegaskan
bahawa perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan yang terkawal. Ciri-ciri
tertentu seseorang akan muncul apabila tiba peringkat kematangan yang bersesuaian.
Menurut beliau lagi, sehingga otot, urat, otak dan tulang tidak bersedia, segala peluang
yang diberikan kepada seseorang individu tidak akan menghasilkan apa-apa keputusan
yang positif.

Gesell menekankan perkembangan kanak-kanak yang ditentukan secara


semulajadi dan berpunca daripada dalam. Beliau mempercayai bahawa pendidikan
bebas adalah penting bagi kanak-kanak. Kanak-kanak harus dibenarkan berkembang
mengikut kadar perkembangannya sendiri, samada di rumah ataupun di sekolah.
Kanak-kanak tidak boleh dipaksa membuat sesuatu semata-mata kerana ia sudah
mencapai suatu peringkat perkembangan.

Mengikut Teori Perkembangan Kanak-kanak, Gesell telah merumuskan:

 Perkembangan kanak-kanak melalui beberapa peringkat tertentu.

 Perkembangan kanak-kanak adalah unik dan berbeza di antara satu


sama lain.

22
Fitrah Manusia 2009

 Baka dan kematangan adalah faktor yang penting dalam menentukan


perkembangan kanak-kanak.

 Kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil apabila


mereka mula masuk peringkat baru kerana menghadapi pengubahsuaian
kemahiran koordinasinya.

 Tempoh lima tahun yang pertama merupakan perkembangan kanak-


kanak dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sosial yang paling penting
untuk pendidikan pada masa depan.

Gesell telah meringkaskan perkembangan kanak-kanak daripada lahir hingga ke


tahun 16 mengikut satu urutan perkembangan yang tetap dan sistematik seperti yang
ditunjukkan di bawah:

Umur Ciri-ciri
0 – 4 tahun Satu tempoh perkembangan yang licin.
5 – 6 tahun Masa transisi-sekolah, rakan sebaya, peraturan dan
penyesuian.
7 – 10 tahun Masa transisi yang licin, adaptasi dan konsolidasi kepada
hidup persekolahan.
11 -14 tahun Masa transisi, kematangan dan konflik masa remaja.
23
Fitrah Manusia 2009

15 – 16 tahun Masa konsolidasi-kesediaan untuk menghadapi alam


dewasa.
Rajah 1.4: Perkembangan kanak-kanak mengikut Gesell daripada lahir hingga 16 tahun

1.1.4.3 Teori Tugas-Tugas Perkembangan Robert Havighurst


Robert Havighurst, salah seorang ahli psikologi telah mengemukakan teori
perkembangan yang bercorak teori sosial budaya dan antropologi . Beliau menekankan
bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Nilai dan
institusi setiap kebudayaan akan melahirkan personaliti tertentu.

Konsep tugas adalah penting dalam teori perkembangan ini kerana ia dapat
menerangkan tugas-tugas yang harus dicapai oleh kanak-kanak mengikut peringkat
umur dan senarai tugas perkembangan ini adalah berlandaskan psikologi, biologi dan
kebudayaan. Beliau mengatakan seorang individu perlu mencapai tugas-tugas
perkembangan pada satu tahap yang tertentu. Jika tidak, individu itu akan mengalami
masalah perkembangan pada peringkat yang berikutnya. Tugas-tugas perkembangan
ini ialah kemahiran, kefahaman dan pencapaian yang harus ditunjukkan oleh seorang
individu pada setiap peringkat perkembangannya. Kejayaan individu dalam
pelaksanaan tugas tertentu akan membawa kepuasan serta mendorongkan mengulangi
tugas tersebut. Manakala, kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa
perasaan kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas itu.

Tugas perkembangan ini dapat membantu menentuan masa yang sesuai untuk
memulakan pendidikan bagi kanak-kanak. Masa mendidik kanak-kanak yang paling
optimum ialah apabila kanak-kanak sudah bersedia untuk menerima pendidikan.
Sesetengah tugas perkembangan ini hanya perlu dipelajari sekali sahaja dalam seumur
hidup, misalnya belajar berjalan dan berlari. Sesetengah tugas pula perlu dipelajari
perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang seperti mempelajari sesuatu bahasa.

Peringkat Umur Tugas-tugas Perkembangan Kanak-kanak

Lahir hingga 0 – 6 tahun  Makan makanan pejal, berjalan, bercakap,


24
Fitrah Manusia 2009

awal kanak- membuang najis dan membuat penyesuaian


kanak emosi.
 Dapat membezakan jantina.
 Dapat membentuk konsep ‘betul’ dan ‘salah’
dan membentuk kata hati.
 Mula belajar nilai bertolak ansur, bertimbang
rasa, sedia menerima pendapat orang lain
pada peringkat akhir ini.
Kanak-kanak 6 – 12 tahun  Mempelajari kemahiran fizikal untuk bermain.
 Memperolehi konsep diri yang sihat.
 Membentuk kemahiran sosial untuk
berhubung dengan rakan sebaya.
 Membentuk peranan sosial dan jantina yang
sesuai.
 Memperolehi kemahiran 3M.
 Menguasai konsep-konsep moral, nilai dan
kemahiran hidup.
 Membentuk sifat kebebasan peribadi.
 Belajar berdikari.
 Belajar membezakan peranan lelaki da
perempuan.

Awal remaja dan 12 -18 tahun  Menjalin perhubungan baru yang lebih
Remaja matang dengan rakan sebaya, terutama
dengan jantina berlainan.

 Menerima bentuk fizikalnya dan


menggunakan fungsi anggota dan organ
deria secara berkesan.

 Belajar dengan cara sendiri dan tidak


25
Fitrah Manusia 2009

mengikuti emosi ibu bapa dan orang dewasa.

 Belajar menguruskan hal kewangan.

 Mula membentuk kemahiran intelek dan


bersedia menceburi dalam pekerjaan dan
perkahwinan.

 Berjaya menunjukkan tingkah laku yang


dapat diterima dalam pergaulan sosial.

 Berusaha mencapai kesempurnaan


kendiri.

Rajah 1.5: Tugas-tugas perkembangan kognitif Havighurst

1.1.4.4 Teori Perkembangan Emosi-Fizikal: Erikson


Erik Erikson, salah seorang penuntut Freud yang terkenal dengan teori
psikososialnya. Beliau menegaskan pengaruh sosial dan budaya ke atas pembentukan
personaliti seseorang. Beliau mengutarakan lapan tahap perkembangan psikososial
manusia iaitu lapan peringkat perkembangan emosi manusia daripada bayi kepada
peringkat tua. Mengikut beliau di dalam setiap peringkat, timbulnya tingkah laku positif
dan negatif yang membawa masalah penyelesuaian psikologikal kerana konflik
emosinya.Jadual berikut ialah konflik emosi dan ciri-cirinya yang dikenal pasti oleh
Erikson dari peringkat bayi hingga akhir hayat.

PERINGKAT UMUR CIRI-CIRI


Kepercayaan 0 – 18 bulan  Membentuk perhubungan yang penuh dengan
Asas lawan cinta dan kepercayaan.
Ketidakpercayaa
n Asas
Autonomi lawan 18 bulan – 3  Perkembangan kemahiran-kemahiran fiizikal iaitu
26
Fitrah Manusia 2009

Malu/keraguan tahun berjalan, menggengam.


 Kanak-kanak belajar cara mengawal tetapi
mungkin membentuk perasaan malu dan keraguan
sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
Inisiatif lawan 3 tahun – 6  Menjadi asertif dan mempunyai inisiatif yang tinggi
Persaan tahun tetapi jika terlalu dipaksa, dia akan berasa serba
bersalah salah.
Industri lawan 6 – 12 tahun  Mesti cuba mempelajari kemhairan baru atau
Perasaan rendah mempunyai perasaan rendah diri.

Identiti lawan 12 – 18 tahun  Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam


Perasaan serba pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama
salah
Kerapatan lawan 18 – 35 tahun  Dewasa membina hubungan rapat atau merasa
pengasingan terasing
Generativiti 35 – 60 tahun  Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan
lawan hati dan menyokong generasi akan dating
Pemusatan
kendiri
Kesepaduan 60 tahun – akhir  Kemuncak ialah perasaan diterima oleh
lawan hayat masyarakat dan perasaan kepuasan
Putus asa
Rajah 1.6: Teori perkembangan psikososial Ericsson

1.1.4.5 Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg


Mengikut teori perkembangan Kohlberg, seseorang individu biasanya mengalami
tiga tahap perkembangan moral yang utama. Ketiga-tiga tahap ini ialah tahap pramoral,
tahap moral dan tahap posmoral. Teori ini adalah berasaskan teori piaget (1932) yang
menghuraikan perkembangan moral adalah ditentukan oleh perkembangan kognitif.
27
Fitrah Manusia 2009

Piaget mengandaikan bahawa cara seseorang individu mempertimbangkan isu moral


adalah kepada peringkat perkembangan kognitifnya.

(i) Tahap Pramoral

Tahap ini melibatkan dua peringkat. Pada peringkat pertama, kanak-kanak


melakukan sesuatu yang baik, kerana berdasarkan idea untuk mengelakkan
hukuman ataupun untuk mendapatkan ganjaran daripada pihak yang mempunyai
kausa fizikal. Dari segi perspektif sosial, dia tidak mengambil kira kehendak
orang lain. Tindakan dilihat kepada aspek fizikal bukan kepada minat atau
keperluan psikologi orang lain. Manakala pada peringkat kedua pula, kanak-
kanak menilai keputusan berdasarkan keiginan untuk mendapatkan ganjaran
atau balasan. Di sini kanak-kanak mula menyedari orang lain juga mempunyai
kehendak dan kemahuan yang sama dengan mereka dan mula merujuk kepada
pihak tersebut untuk mendapatkan apa yang dikehendaki oleh kanak-kanak
tersebut. Dari segi perspektif sosial, peringkat ini lebih kepada individualisme.
Bagi kanak-kanak, betul adalah sesuatu yang relatif.

(ii) Tahap Moral

Pada tahap ini, kanak-kanak mampu memahami perkara-perkara abstrak, iaitu


suka atau tidak suka, boleh atau tidak boleh dan betul atau salah. Pendapat
orang lain terhadap dirinya menjadi asas kepada penilaian moralnya. Kepatuhan
kepada orang-orang yang lebih berkuasa adalah penting. Tanpa memikirkan
akibatnya, individu cuba mengekalkan dan memenuhi harapan keluarganya,
rakan sejawat dan bangsa yang dianggap penting. Seseorang itu bukan sahaja
hanya memenuhi harapan mereka tetapi juga menunjukkan kesetiaan kepada
kumpulan dan norma-norma kumpulan tersebut. Dia sudah dapat melihat
sesuatu situasi dari kaca mata orang lain di dalam kumpulan dan menganggap
semua orang sama. Dia bermotivasi untuk mematuhi norma kumpulan di
samping memenuhi kehendak individu yang ada dalam kumpulan tersebut.

(iii) Tahap Posmoral


28
Fitrah Manusia 2009

Pada tahap ini, tingkah laku kanak-kanak sering diarahkan oleh prinsip etika dan
kebenaran. Individu akan menilai perihal keadaan samada betul atau tidak.
Seseorang itu bukan lagi hanya menerima nilai dan norma kumpulannya tetapi
cuba melihat sesuatu situasi itu dari kaca mata semua pihak yang terlibat.
Biasanya prinsip yang dianuti diterima oleh masyarakat. Ia berorientasikan
undang-undang atau peraturan-peratura dan hak manusia. Ia perlu dihormati
untuk kesejahteraan masyarakat. Undang-undang dan nilai-nilai yang sesuai
adalah yang boleh menyebabkan seseorang bermotivasi untuk mematuhinya
tanpa mengira dari manakah masyarakat atau tempat itu berasal.

1.1.5 Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru


Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri.

Merumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif


pembelajaran yang ditetapkan.

Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku


sedemikian.

Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap


pertumbuhan dan perkembangan pelajar.

Membantu pendidik merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang


sesuai.

Meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yang tidak disenangi pelajar
pada peringkat umur tertentu.

Merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku


dan memotivasikan pelajar.

Prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar.

29
Fitrah Manusia 2009

Membuat intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar.

Berbincang dengan ibu bapa tentang langkah yang perlu dilakukan untuk
sama-sama mengatasi masalah pelajar.

1.1.6 Cara Guru Membantu Murid-murid Mencapai Perkembangan Secara


Optimum

Cara Huraian

Perkembangan  Menguruskan pendidikan jasmani dan permainan serta kerja


jasmani pratik mengikut perkembangan fizikal pelajar.

 Elakkan mengajar aktiviti jasmani dan permainan serta kerja


pratik seperti aktiviti kemahiran hidup yang kompleks jika
perkembangan pelajar belum cukup matang menguruskannya.

Perkembangan  Merancang aktiviti pengajaran pembelajaran yang menarik dan


kognitif bermakna.

 Menyediakan pelbagai alat bantu mengajar untuk membentuk


konsep dengan tepat.

 Bagi pelajar sekolah menengah, hubung kaitkan konsep konkrit


dengan konsep abstrak.

 Isi pelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut


peringkat berikut:

 Daripada yang mudah kepada yang kompleks.

 Daripada yang umum kepada yang khusus.

 Daripada yang konkrit kepada yang abstrak.

 Daripada pengetahuan atau pengalaman yang sedia


30
Fitrah Manusia 2009

ada kepada pengetahuan atau pengalaman yang baru.

 Daripada persekitaran dekat yang pernah dialami


kepada persekitaran jauh yang belum dialami.

Perkembangan  Memupuk emosi dan rohani pelajar yang sihat mengikut


emosi dan peringkat perkembangannya.
rohani
 Mengawal dan mencegah tingkah laku pelajar dan perkembangan
rohani yang tidak diingini yang mungkin berlaku dalam peringkat-
peringkat tertentu.

 Bersifat penyayang dan membantu pelajar mengawal emosi dan


rohani mereka dalam situasi tertentu.

 Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani pelajar


serta membimbing mereka menghadapi serta menyelesaikan
masalah emosi dan rohani dengan cara yang berpatutan.

Perkembangan  Menggunakan strategi pengajaran kumpulan untuk memupuk


sosial perkembangan sosial.

 Menggunakan aktiviti projek, perbincangan dan permainan secara


kumpulan berdasarkan peringkat perkembangan sosial pelajar.

 Aturkan aktiviti kumpulan supaya pelajar-pelajar dapat


bekerjasama menyelesaikan masalah pelajaran mereka bersama-
sama.

Rajah 1.7: Cara guru membantu murid-murid mencapai perkembangan secara optimum

31
Fitrah Manusia 2009

1.2 Potensi Manusia


Potensi berasal daripada bahasa inggeris yang membawa erti keupayaan dan
kebolehan terpendam dalam individu, dan jika dicungkil, ia boleh digunakan untuk
melakukan sesuatu atau mencapai kejayaan. Ia juga merujuk kepada kemampuan,
kebolehan, keupayaan, kesanggupan manusia untuk berkembang maju. Setiap
manusia mempunyai potensi dalam diri dan berbeza antara individu iaitu potensi emosi,
mental, sosial dan fizikal. Setiap individu ada potensi untuk berjaya dalam hidupnya.
Potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan dengan baik melalui persekitaran yang
kondusif dan cara yang sesuai.

Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa potensi manusia yang ditonjolkan dalam


aspek-aspek yang ditunjukkan di atas mempuyai tahap yang berbeza. Hal ini demikian
kerana jarang ada orang berpeluang memoptimumkan potensi mereka dalam alam
kehidupan. Murid yang mempunyai potensi emosi yang tinggi dapat mengawal
perasaan mereka dengan sangat baik, manakala murid yang mempunyai potensi sosial
yang tinggi boleh membina perhubungan yang sihat dengan murid-murid yang lain.
Murid yang mempunyai potensi mental yang tinggi memiliki kecerdasan IQ yang tinggi
dan dapat menyelesaikan masalah dengan cepat. Murid yang mempunyai potensi
fizikal yang tinggi dapat menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan kecergasan dengan amat
baik.

32
Fitrah Manusia 2009

1.2.1 Teori Pelbagai Kecerdasan


Teori pelbagai kecerdasan dipelopori oleh Howard Gardner (1943-), seorang
pensyarah kecerdasan di Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Beliau berpendapat
bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Beliau
mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibu
bapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ, tidak semestinya anak-anak
mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Mengikut Gardner, terdapat lapan jenis
kecerdasan yang dimiliki oleh manusia seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut :

Jenis-jenis Ciri-ciri
Kecerdasan

Kecerdasan  Merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan


Linguistik perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan,
berjenaka dan bercerita.

Kecerdasan Logikal-  Berfikir secara logik dan dapat mengenal pasti nombor-
matematikal nombor geometrik dan numerik dengan mudah.

 Menggunakan penaakulan induktif dan deduktif serta


menyelesaikan masalah yang abstrak.

 Suka mencari bukti bagi sesuatu yang kurang jelas dna suka
menyoal tentang semua fenomena.

Kecerdasan Ruang  Dapat mempersepsikan gambar dan imej dengan mudah.

 Mempunyai kebolehan membuat persepsi tentang alam


nyata dan membolehkan menceritakan atau menggambarkan
kembali pengalaman-pengalaman yang pernah lalui.

 Suka melukis, boleh menceritakan apa yang difikirkan


melalui peta, carta dan gambarajah.

Kecerdasan Muzik  Mempunyai kebolehan untuk mencipta dan mentafsirkan

33
Fitrah Manusia 2009

muzik.

 Boleh mengecam atau peka terhadap ritam, ton dan


kuasa emosi muzik dengan mudah, berkemahiran bermain
alat muzik dan dapat menghafal lirik muzik dengan senang.

 Suka belajar dalam situasi pembelajaran yang diiringi


dengan muzik.

Kecerdasan  Berkebolehan mengawal dan mentafsir pergerakan badan dan


Kinesthestic/ Gerak objek di sekeliling mereka.
badan
 Suka bersukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
mencabar dan mempunyai kemahiran kraftangan yang tinggi.

Kecerdasan  Berkebolehan berinteraksi, bekerjasama dan memotivasikan


Interpersonal rakan sebaya untuk mencapai matlamat yang sama.

 Mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan mempunyai


sifat empati dan belas kasihan untuk orang lain.

 Mempunyai potensiuntuk menjadi pemimpin kerana mereka


dpat mempengaruhi orang lain dengan senang.

Kecerdasan  Berkebolehan mengenali diri sendiri dan menjadi manusia


Intrapersonal yang berguna kepada masyarakat.

 Mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri


sendiri dan mempunyai kebolehan kepimpinan.

 Memiliki cirri berdikari, suka menyendiri, mempunyai prinsip


dan pegangan hidup sendiri serta mempunyai azam yang kuat
untuk berjaya.

Kecerdasan  Sangat peka terhadap isu-isu alam sekitar dan gemar


Naturalis mempelajari tentang flora dan fauna.

34
Fitrah Manusia 2009

 Mempunyai kebolehan tinggi untuk memerhati corak-corak


alam sekitar.

 Memiliki kecerdasan dalam mengelaskan flora dan fauna dan


mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang alam sekitar.

 Sangat menghargai alam semulajadi.

Rajah 1.8: Jenis-jenis kecerdasan

1.2.2 Implikasi Teori Pelbagai Kecerdasan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Di dalam teori pelbagai kecerdasan, setiap insan mewarisi lapan jenis
kecerdasan yang berlainan seperti yang paling biasa ialah kecerdasan linguistik kerana
penguasaan bahasa penting untuk mempelajari mata pelajaran yang lain. Orang yang
mempunyai kecerdasan ini berupaya menggunaka bahasa denga berkesan, samada
dalam lisan atau bertulis, termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan
pengucapannya dengan baik, tepat serta sempurna. Implikasinya ialah penguasaan
bahasa adalah penting untuk mempelajari mata pelajaran yang lain.

Di peringkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif


seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan logical-matematikal dan kecerdasan ruang
sahaja. Penilaian bukan kognitif seperti penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestetik,
interpersonal atau intrapersonal jarang diadakan. Oleh itu, ramai pelajar tidak pandai
dalam muzik, lukisan, sukan dan hubungan interpersonal. Bagi mengaplikasikan teori
ini dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengenali potensi setiap pelajar,
perbezaan pelajar dari semua aspek dan merancang kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

35
Fitrah Manusia 2009

1.2.3 Cara Guru Mengaplikasi Pelbagai Kecerdasan Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran
o Guru perlu menggunakan pendekatan multi-sensori yang akan
menyebabkan murid-murid menggunakan pelbagai deria penglihattan,
menghidu, perasaa logic dan pergerakan badan.

o Dalam mengaplikasikan teori pelbagai kecerdasan, guru perlu mendidik


kanak-kanak dengan tanggapan bahawa:

 Setiap murid adalah genius.

 Murid mesti belajar dengan caranya tersendiridan cara belajar


adalah berbeza untuk setiap individu.

 Murid dapat mengembangkan banyak kecerdasan jika guru


mengajar menggunakan kaedah kesepaduan.

 Keunikan individu boleh diwujudkan melalui suasana melalui


pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah.

o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan


bahasa linguistik, guru perlu memperbanyakkan rangsangaa-rangsangan
dalam bentuk puisi, irik-lirik lagu dan permainan bahasa.

o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan


matematik-logikal, guru harus memberikan banyak latihan matematik yang
mencabar.

o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan


muzik, guru harus mendedahkan pelbagai jenis muzik kepada mereka.

o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan


ruang, guru harus memberikan banyak pendedahan konsep ruag kepada
muridnya dengan menyediakan aktiviti pemetaan dan “jigsaw puzzle”.

36
Fitrah Manusia 2009

o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan


kinestetik, guru harus memperbanyakkan aktiviti-aktiviti bermain yang
melibatkan penggunaan kordinasi motor kasar dan halus mereka.

o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan


interpersonal yang tinggi, guru perlu mengelolakan kaedah dan teknik-
teknik pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang terdiri daripada aktiviti
kumpulan.

o Untuk meningkatkan kebolehan murid yang mempunyai kecerdasan


intrapersonal yang tinggi, guru harus memperbanyakkan kerja projek yang
dibuat secara individu kerana murid-murid ini mempunyai motivasi intrinsik
yang tinggi.

1.2.4 Kecerdasan Emosi (EQ)


Kecerdasan emosi merujuk kepada integrasi emosi dengan struktur kognitif
dalam personality individu, iaitu sejenis elemen psikologikal yang dihasilkan daripada
penerapan emosi dengan kognitif seseorang. Darjah Emosi (Emotional Quotient: EQ)
merujuk kepada pengukuran piawai yang menggambarkan kecerdasan emosi
seseorang. Oleh itu, kecerdasan emosi adalah kemampuan individu untuk:

 Memahami, menghargai, menggunakan, mengungkapkan dan


mengendalikan perasaan diri sendiri untuk mencapai tujuan.

 Memahami, mengakui, menghargai perasaan orang lain, bekerjasama


dengan orang lain dan membangun hubungan produktif.

 Mengurus emosi diri, mengatasi tuntutan dan tekanan lingkungan dalam


kehidupan termasuk menyesuaikan diri, bersikap mandiri, tekun dan
penuh motivasi.

37
Fitrah Manusia 2009

Mengikut Daniel Goleman, kecerdasan emosi yang menentukan kejayaan.


Kesedaran diri dan empati mempengaruhi darjat kejayaan seseorang individu.
Sebenarnya, kecerdasan emosi boleh diajar. Kecerdasan emosi memberi suatu
kerangka luas untuk melihat dan menilai pengalaman personal dan interpersonal.
Emosi memberi kesan kepada tingkah laku, kejayaan profesional, sosial, dan darjat
kesejahteraan fizikal kita. Murid-murid perlu diajar cara-cara untuk mengawal emosi
mereka, khasnya bila mereka marah atau berasa tegang. Menurut beliau, kecerdasan
emosi mengandungi:

 Emosi kesedaran diri seperti memisahkan perasaan daripada tindakan.

 Menguruskan emosi seperti mengawal perasaan marah.

 Memahami emosi seperti mengambil kira perspektif atau pandangan


orang lain.

 Menguruskan hubungan sepert imenyelesaikan masalah hubungan.

J.D. Mayer dan P. Salovery (1993) pula mendefinisikan kecerdasan emosi


sebagai masyarakat yang merangkumi tiga kategori yang utama seperti berikut:

 Kebolehan membezakan emosi diri dengan orang yang lain.


 Kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang lain.
 Kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing pemikiran.

Manakala D. Gloeman (1995) mengkategorikan kecerdasan emosi kepada lima


bahagian iaitu:
Kebolehan memerhati diri.
Kebolehan mengurus emosi.
Kebolehan menggalak diri.
Kebolehan mengawal perasaan yang teruja.
Menguasai teknik menjalin hubungan interpersonal.

38
Fitrah Manusia 2009

1.2.5 Teori Kecerdasan Emosi


Teori kecerdasan emosi adalah diperkembangkan daripada teori kognitif emosi
kerana kecerdasan emosi merupakan integrasi elemen emosi dengan kognitif struktur
seseorang. Teori ini berlandaskan andaian bahawa emosi yang dihasilkan adalah
dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu situasi persekitaran, keadaan fisiologikal dan proses
kognitifnya. Proses kognitif ini yang menentukan sifat emosi seseorang. Biasanya
emosi yang dihasilkan bukan sahaja ditentukan semata-mata oleh stimuli luaran dan
perubahan fisilogikal dalaman, tetapi juga hasil interaksi di antara proses kognitif
dengan perubahan fisiologikal dalaman individu.

Selain itu, teori ini menegaskan bahawa emosi adalah dikawal dan diadaptasikan
dalam proses kognitif yang utama. Goleman pula mempercayai bahawa kesedaran diri
adalah penting terutamanya dalam kecerdasan emosi kerana ia membolehkan murid-
murid untuk mengamalkan sedikit kawalan diri. Ini akan menggalakkan murid supaya
tidak menyekat perasaan tetapi sebaliknya menyedarinya agar mereka dapat
menyesuaikan diri dengan lebih berkesan.

Mengikut S. Schacther dan J. Singer (1962), emosi yang dibentuk adalah


berlandaskan dua faktor yang saling berkait dan independent dan kedu-dua faktor ini
ialah:

(a) Stimuli yang menimbulkan perubahan kognitif fisiologikal


seseorang individumerupakan factor yang menghasilkan emosi.

(b) Pentafsiran individu terhadap perubahan perasaan diri, iaitu


kesedaran keadaan emosi diri, merupakan faktor yang menentukan
konotasi emosi.

Maka, emosi yang dihasilkan bukan sahaja ditentukan semata-mata oleh stimuli luaran
dan perubahan fisiologikal dalaman, tetapi juga hasil interaksi di antara proses kognitif
dengan perubahan fisiologikal dalaman individu. Mereka berpendapat bahawa factor
proses kognitif membawa pengaruh yang besar kepada pengalaman emosi seseorang.
Oleh kerana kadar perkembangan kognitif individu adalah berbeza di antara satu sama
39
Fitrah Manusia 2009

lain, maka wujud kecerdasan emosi yang berbeza. Ini bermakna setiap individu
mempunyai kecerdasan emosi (EI) dan darjah emosi (EQ) yang berbeza dengan
individu lain.

1.2.6 Cara Guru Membantu Murid Mengurus Kecerdasan Emosi Diri


1. Amalkan sikap kepimpinan demokratik

 Kepimpinan guru yang bersifat demokratik boleh


mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang
sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya.

 Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan


suasana yang tegang dan mengalakkan murid-murid berdamping rapat
dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan
pendapat mereka.

 Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-


murid berinteraksi di antara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti kumpulan.

2. Menggunakan percakapan yang sesuai

 Bagi mewujudkan interaksi dua hala, percakapan guru harus boleh


menggalakkan murid untuk mengemukakan pendapat atau memberi
tindak balas seperti dengan menggunakan teknik memuji atau menerima
pendapat murid-murid dengan hati terbuka.

 Guru tidak boleh suka-suka memarahi murid ‘bodoh”dan “bisu”. Ini


memberi impresi yang tidak bagus bagi guru.

3. Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah

40
Fitrah Manusia 2009

 Suasana interaksi yang konduksif dalam bilik darjah dapat memberi


gambaran yang selesa kepada murid.

 Ini dapat diwujudkan dengan menyusun keadaan fizikalnya iaitu dengan


menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan.

4. Membantu murid bermasalah

 Sekiranya terdapat murid yang mempuyai masalah peribadi seperti


bersifat pendiam, penakut atau pemalu, guru harus mengadakan sesi
kauseling untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut dan
seterusnya menggalakkan mereka menyertai aktiviti pembelajaran
bersama dengan murid-murid yang lain.

 Guru juga harus mendorong murid-murid lain supaya mereka dapat


menerima murid-murid bermasalah dengan hati yang ikhlas dan tidak
menyingkirkan murid-murid bermasalah. Cara ini dapat melibatkan lebih
ramai murid berinteraksi dan berkomunikasi di antara satu sama lain.

5. Mengajar dengan sikap penyayang

 Guru harus mempunyai sikap penyayang dalam mengajar murid-murid.

 Ini dapat merapatkan hubungan guru dengan murid-muridnya di samping


dihormati oleh mereka. Mereka juga suka bekerjasama dengan guru.

 Dalam hubungan yang mesra ini, murid-murid akan digalakkan


mengemukakan soalan-soalan dan masalah peribadi agar masalah dapat
diselesaikan oleh guru yang disayangi oleh mereka.

6. Gunaka ganjaran sebagai galakan dan motivasi pembelajaran

 Jika murid dapat menjawab soalan dengan betul atau membuat perkara
yang baik, guru boleh memujinya sebagai salah satu ganjaran kepadanya.
Murid akan berasa dihargai dan gembira.

41
Fitrah Manusia 2009

 Guru perlu mengelakkan hukuman untuk menyelesaikan sesuatu


masalah. Hukuman selalu tidak dapat menyelesaikan masalah dengan
sepenuhnya tanpa bimbingan dan kaunseling. Oleh yang demikian, guru
harus menggunakan bimbingan dan kaunseling yang sewajarnya untuk
murid yang menimbulkan masalah disiplin demi mengurangkan konflik di
antara guru dengan murid dalam sistem sosial sekolah.

7. Menggunakan banyak alat bantu mengajar

 Alat bantu mengajar merupakan suatu media yang boleh mengiatkan


perhubungan guru dengan murid-murid dan secara tidak langsung
interaksi di antara mereka akan dibentuk.

 Alat bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian dan


minat murid-murid untuk belajar agar tidak membosankan.

 Apabila minat murid telah dapat dibangkitkan, mereka akan berusaha


belajar dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

8. Menggunakan teknik menyoal

 Semasa mengajar, guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk


mendapatkan tindak balas murid atau mencungkil pendapat murid.

 Ini juga dapat mengelakkan perasaan boring dan guru bukan cakap
berseorangan di depan tanpa interaksi dengan murid.

 Dengan ini, murid-murid akan dibimbing dan digalakkan menjawab soalan


guru dan melibatkan diri secara aktif dengan memberi tindak balas, demi
mewujudkan interaksi dua hala yang sihat di antara guru dengan murid.

9. Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan

42
Fitrah Manusia 2009

 Guru boleh mengadakan aktiviti kumpulan seperti menjalakan aktiviti


pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan,
pertandingan atau kerja projek bagi merapatkan hubungan dengan murid.

 Aktiviti kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid dan


murid-guru berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus
berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk
mencapai tujuan ini.

10. Menggunakan strategi memusatkan murid

 Strategi memusatkan murid ini ialah strategi yang digunakan untuk


melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.

 Ini bermakna kaedah menerang, syarahan atau demonstrasi guru harus


dikurangkan kepada peringkat yang minimum.

 Sebaliknya, kaedah perbincangan dan kaedah penyelesian masalah


ditambahkan kepada peringkat yang maksimum. Apabila murid-murid
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, interaksi di antara
murid akan dibentuk secara tidak langsung.

43
Fitrah Manusia 2009

1.3 Motivasi

1.3.1 Konsep Motivasi


Menurut Woolfolk (1990), motivasi merujuk kepada satu kuasa dalaman yang
membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia. Dengan kata
lain, motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya
dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu. Motivasi mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:

 Ia diwujudkan akibat keperluan fisiologi atau psikologi.


 Ia bukan diwarisi dan tidak wujud secara semula jadi.
 Ia merupakan sesuatu insentif untuk mencapai sesuatu matlamat yang
ditentukan.
 Aras motivasi adalah berkadar terus mengikut kadar keinginan. Ini bermaksud
semakin kuat keinginan mencapai sesuatu matlamat akan menjadikan semakin
tinggi motivasinya.

44
Fitrah Manusia 2009

Contohnya dalam pengajaran bilik darjah, motivasi adalah penting bagi


mengekalkan minat murid-murid dalam penglibatan aktiviti pembelajaran. Guru perlu
melakukan sesuatu untuk membangkit, menggerak dan seterusnya mengekalkan minat
murid-murid dalam pembelajaran bagi mencapai pembelajaran sempurna. Motivasi
dirangsangkan oleh dua aspek iaitu insentif dan motif. Insentif bermaksud galakan yang
mendesak seseorang individu itu supaya bertindak untuk mendapat ganjaran. Insentif
yang diberikan adalah seperti dalam bentuk permarkahan, gred, hadiah, kedudukan
dalam kelas, sijil dan testimonial lain. Insentif beginilah yang dapat mendorong murid-
murid supaya berusaha dengan lebih rajin dan tekun bagi mencapai prestasi yang lebih
baik. Namun begitu, pencapaian insentif kebendaan yang keterlaluan berkemungkinan
akan membawa kesan negatif kepada murid di mana ia akan menyebabkan murid
kurang menghayati kepentingan pembelajaran yang sebenar. Oleh itu, motif dikatakan
unsur yang lebih penting berbanding dengan insentif untuk merangsangkan murid
dalam pembelajaran.

Motif ialah unsur yang berasal daripada dalaman seseorang yang dapat
menggerakkan seseorang individu dan mendorongnya untuk mencapai pembelajaran
sempurna. Motif dapat membangkitkan dorongan dalaman murid untuk menglibatkan
diri dalam kegiatan pembelajaran dan dorongan dalaman ini adalah seperti keperluan,
minat, sikap dan emosi. Pendek kata, motif adalah penting daripada insentif di mana
motif sentiasa menggerakkan murid untuk mencapai pembelajaran pada peringkat yang
lebih sempurna.

Dalam situasi pembelajaran, motivasi penting untuk menimbulkan minat


pembelajaran murid-murid dan supaya mereka terus beruasah untuk menguasai
sesuatyu pengetahuan dan kemahiran. Secara keseluruhannya, terdapat beberapa
kepentingan motivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang berikut:

 Menentukan tujuan pembelajaran


 Menarik minat pembelajaran
 Mengekalkan motivasi
45
Fitrah Manusia 2009

 Mewujudkan dorongan untuk bersaing

1.3.2 Jenis-jenis Motivasi


Terdapat pelbagai jenis motivasi yang telah dikenalpasti oleh ahli-ahli psikologi.
Setengah-setangah ahli psikologi menggolongkan motivasi kepada motivasi fisiologi
iaitu keperluan asas manusia seperti makanan, minuman, seks dan lain-lain dan
motivasi sosial iaitu berharap mendapat reputasi dan keuntungan. Terdapat juga ahli-
ahli psikologi yang mengategorikan motivasi kepada dua jenis iaitu motivasi asas
(primary motives) dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran (learned
motives). Berhubungan dengan konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah, ahli-ahli psikologi membahagikan motivasi kepada motivasi intrisik dan motivasi
ekstrinsik.

1.3.2.1 Motivasi Intrinsik


Motivasi intrinsik ialah motivasi yang berasal dari dalam diri sendiri. Ia dikenali
sebagai motivasi dalaman dan jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor dalaman diri
seperti keperluan, minat, rasa ingin tahu dan rasa kepuasan diri. Ia merupakan
dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang individu untuk
melakukan sesuatu tugas tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Ini

46
Fitrah Manusia 2009

bermaksud apabila seseorang individu mempunyai keinginan yang intrinsik, dia tidak
memerlukan apa-apa insentif atau hukuman untuk melakukannya, ini kerana aktiviti itu
sendiri sudah dapat memenuhi kepuasan dan keperluan dalamannya sendiri. Motivasi
ini adalah berkaitan dengan sifat-sifat semula jadi seseorang individu, ini adalah kerana
ia menggunakan naluri ingin tahu manusia yang mengaitkan pengetahuan yang sedia
ada dengan pembelajaran yang baru. Seseorang individu yang mempunyai motivasi
intrinsik yang tinggi akan senang mendapat kepuasan dan akan berasa sangat gembira
setelah menyelesaikan sesuatu tugas. Individu yang sebegini tidak akan mengharapkan
sebarang ganjaran ataupun hadiah.

1.3.2.2 Motivasi Ekstrinsik


Motivasi Ekstrinsik merujuk kepada dorongan luar yang menggerakkan
seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti yang di mana ia akan membawa
faedah kepadanya. Dorongan ini boleh diberikan dalam bentuk pujian, hadiah, markah,
gred, kata-kata perangsang, bintang, senyuman, sentuhan, token dan sebagainya.
Guru boleh menggunakan motivasi ini untuk meningkatkan kualiti hasil kerja murid
tetapi haruslah elakkan daripada sebagai insentif untuk murid menyiapkan kerja
mereka. Guru boleh memberi motivasi intrinsik yang sederhana bagi mendorong murid
untuk belajar seperti galakan dan pujian. Motivasi ekstrinsik dalam bentuk markah dan
prestasi akademik dalam bilik darjah boleh diberikan kepada murid yang mempunyai
tahap pencapaian akademik yang tinggi. Manakala bagi murid yang mempunyai tahap
pencapaian akademik yang rendah adalah lebih sesuai diberikan dengan motivasi
ekstrinsik dalam bentuk kebendaan sebagai galakan.

Secara amnya, motivasi ekstrinsik ini adalah bertentangan dengan motivasi


intrinsik di mana aktiviti yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran,
atau untuk dipuji, atau untuk mengelak daripada hukuman, atau untuk mendapatkan
perhatian seseorang yang disayangi, atau apa sahaja sebab selain daripada untuk
47
Fitrah Manusia 2009

pemenuhan kendiri. Hakikatnya, ini akan menyebabkan seseorang murid itu tidak
sebenarnya berminat untuk melakukan aktiviti itu, tetapi sebaliknya adalah semata-
mata untuk mendapat ganjaran. Bagaimanapun, jenis motivasi ini kadang-kadang akan
membawa kepada kesan negatif kepada murid. Jadi guru haruslah menetapkan
sebarang kaitan di antara ganjaran dengan perkara yang dipelajari, menggunakan lebih
banyak motivasi intrinsik daripada motivasi ekstrinsik bagi memperolehi tingkah laku
yang positif di kalangan murid.

1.3.3 Teori

1.3.3.1 Hierarki Keperluan Maslow


Terdapat beberapa ahli-ahli psikologi mahzab Humanis berpendapat bahawa
motivasi intrinsik merupakan penggerak asas bagi manusia mencapai kejayaan yang
cemerlang. Salah seorang tokoh mazhab Humanis yang mengaitkan motivasi intrinsik
dengan pembelajaran individu ialah Abraham Maslow.

Rajah 1.9: Abraham Maslow

Menurut Maslow, pembelajaran berkesan bergantung kepada motif pelajaran


sendiri dan motivasi intrinsik merupakan penggerak asas bagi manusia mencapai

48
Fitrah Manusia 2009

kejayaan. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, di mana


tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu
akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai
keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya,
persekitaran dan perbezaan generasi.

Beliau mencadangkan dua sistem keperluan yang umum, iaitu keperluan asas
dan keperluan meta. Keperluan asas merangkumi keperluan fisiologi, keperluan
keselamatan, keperluan casi sayang dan keperluan penghargaan kendiri. Manakala
keperluan meta dikenali sebagai keperluan perkembangan kerana ia dapat
menggerakkan tingkah laku menuju ke perkembangan intelek. Keperluan meta ini
termasuk perkembangan kognitif (pengetahuan) dan estetik (keindahan dan
kebenaran). Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat
seperti rajah di bawah. 

49
Fitrah Manusia 2009

Ra

Keperluan Penyempurnaan Kendiri

Keperluan Penghargaan Kendiri

Pandangan diri yang tinggi, pengiktirafan


Keperluan Kasih Sayang

Saling bersayang, penerimaan

Saling bersayang, penerimaan, keanggotaan


Keperluan Keselamatan

Keamanan, persekitaran
Keperluan yang selamat
Fisiologi

Keamanan, masyarakat
Makanan,yang teratur,
minuman, persekitaran
tempat tinggal yang selamat

Makanan, minuman, tempat tinggal

v
jah 1.10: Hierarki Teori Keperluan Maslow

Menurut Maslow, manusia mempunyai beberapa keperluan yang perlu dipenuhi


dalam sepanjang hayatnya. Beliau menyatakan keperluan di tahap yang paling bawah
harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap yang
kedua. Dengan kata lain sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin
diperolehi jika keperluan di peringkat pertama masih belum mencapai tahap
kesempurnaan. Pada peringkat yang paling asas iaitu tahap yang paling bawah
terdapat keperluan fisiologi, setelah keperluan ini dipenuhi barulah beralih ke keperluan
keselamatan, diikuti keperluan kasih sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri

50
Fitrah Manusia 2009

dan peringkat tertinggi adalah peringkat keperluan penyempurnaan kendiri. 


 

(a) Keperluan Fisiologi

Keperluan fisiologi terletak di tangga terbawah dalam Hierarki Teori Keperluan


Maslow. Ia juga dikenali sebagai keperluan asas dan adalah penting bagi kehidupan
kita. Keperluan fisiologi atau keperluan asas ini merangkumi makanan, minuman, udara
dan tempat tinggal. Berhubungan dalam konteks pendidikan, murid yang mendapat
kurang makanan adalah sukar menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap
pelajaran mereka. Ini kerana mereka kehilangan sumber tenaga untuk melakukan
sesuatu akibat kekurangan pengambilan makanan, dan ini akan menyebabkan
kesihatan murid terganggu dan terjejas. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, maka murid
akan berasa kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran mereka.  

(b) Keperluan Keselamatan

Keperluan keselamatan merujuk kepada keperluan persekitaran yang aman


damai, ketenangan dan perasaan bebas daripada segala jenis ancaman dan ketakutan.
Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Di dalam
kelas guru hendaklah bertindak dengan konsisten dan menjamin keselamatan murid di
dalam kelas. Ini akan mendorong murid itu belajar dengan lebih berkesan. Di samping
itu, guru seharusnya bersikap toleransi terhadap muridnya.  Ini kerana pelajar-pelajar
akan berasa selamat dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.  

(c) Keperluan Kasih Sayang 

Setiap individu memerlukan cinta daripada ibu bapa, kawan, suami isteri serta
penerimaan sosial daripada masyarakat. Contohnya di dalam kelas, seseorang murid
telah dimarahi oleh guru dan dikenakan denda, berkemungkinan murid tersebut akan
merasakan diri sendiri seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak dipedulikan oleh

51
Fitrah Manusia 2009

guru mahupun kawan-kawan. Ini akan mengakibatkan keinginan, minat dan juga
kehendak atau motivasi murid tersebut untuk belajar menjadi pudar dan lenyap.  Jadi,
guru haruslah peka dan membuat sesuatu supaya murid akan merasakan dirinya
diterima, dihormati, serta dihargai oleh orang lain. Secara tidak langsung, proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan
berkesan  kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan
kehendaknya. 

(d) Keperluan Penghargaan Kendiri

Apabila seseorang individu berasa selamat dan dikasihi, dia akan merasa dirinya
dihargai oleh orang lain dalam persekitarannya. Penghargaan kendiri seorang
meningkat apabila dia mempunyai tanggapan atau persepsi positif terhadap diri sendiri.
Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya terhadap diri inividu amatlah penting
supaya mereka tidak terasa tersingkir. Menurut kajian, murid yang diterima kerap kali
dapat memperolehi prestasi akademik yang tinggi berbanding dengan individu yang
tidak diterima oleh rakan sebaya. Murid yang diterima akan merasai diri mereka
dihargai, dikasihi dan bernilai. Semasa perbincangan masalah pembelajaran dalam
kumpulan, murid tersebut akan dapat berinteraksi secara positif dengan ahli kumpulan
lain. Ini dapat memupuk diri murid lebih berkeyakinan dan seterusnya meningkatkan
keinginan dan minat mereka untuk terus belajar.

(e) Keperluan Penyempurnaan Kendiri

Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang tertinggi di dalam


peringkat sistem keperluan manusia dan ia hanya dapat diperolehi setelah seseorang
itu memenuhkan keperluan lain yang terdapat di peringkat bawah itu. Maslow
menyatakan bahawa keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan
keseluruhan keperluan manusia. Ini bermaksud seseorang yang telah mencapai
peringkat penyempurnaan kendiri ini, dia akan mengalami perasaan kejayaan dalam
52
Fitrah Manusia 2009

kehidupannya dia telah dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan keindahan dan
estetika, dia dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain, dia telah dapat dengan
sepenuhnya akan makna hidup, dia akan merasakan gembira tentang nikmat hidup dan
dia telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya untuk mengoptimakan
semua peluang-peluang dalam kehidupannya.

1.3.3.2 Teori Behavioris Skinner Peneguhan


Menurut Skinner, seorang ahli psikologi mazhab behavioris, peneguhan yang
diberikan oleh guru dapat menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah
laku.

53
Fitrah Manusia 2009

Rajah 1.11: B.F Skinner

Pada tahun 1953, Skinner telah mengasaskan satu Teori Pelaziman Operan.
Menurut beliau, peneguhan digunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah laku itu
berulang. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, peneguhan digunakan
bertujuan untuk menarik perhatian dan mendorong murid berusaha dengan lebih tekun
untuk mencapai matlamat pembelajaran. Peneguhan ini dapat dibahagikan kepada
peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambahkan


kebarangkalian gerak balas murid. Guru perlu sentiasa memberi peneguhan serta-
merta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan
ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman, kata-kata perangsang,
hadiah atau token. Ini secara tidak langsung dapat memupuk motivasi supaya
membangkitkan tingkah laku yang dikehendaki di samping meningkatkan prestasi
murid.

Peneguhan negatif bermaksud denda atau hukuman yang digunakan oleh guru
untuk menghalang murid daripada melakukan tingkah laku bermasalah. Sebagai
contoh, guru boleh menahan ganjaran murid yang menunjukkan tingkah laku
bermasalah seperti memendekkan masa rehatnya selama beberapa minit, ini dapat
dijadikan sebagai amaran bagi murid tersebut dan menghalangnya daripada berlakunya
sesuatu yang tidak diingini. Sekiranya murid tidak menyiapkan kerja rumah atau

54
Fitrah Manusia 2009

sesuatu tugasan, guru boleh memberikan peneguhan negatif seperti menunjukkan


perasaan marah atau memberi amaran kepada murid tersebut. Peneguhan ini juga
boleh mendorong murid belajar dengan lebih tekun lagi.

1.3.4 Kesan Motivasi Kepada Murid


Guru perlu mempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha
untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di samping itu,
jika seseorang guru peka terhadap keperluan muridnya dan sentiasa memberikan
peneguhan yang sesuai seperti memberi pujian, maka murid akan merasai dirinya
dihargai, dan seterusnya mereka akan bermotivasi untuk mencapai prestasi optimum
dalam pembelajaran mereka. Antara kesan-kesan motivasi kepada murid adalah seperti
berikut:

(a) Kebimbangan

Kebiasaannya murid akan menghadapi pelbagai masalah dalam pembelajaran


mereka, contohnya mereka akan berasa bimbang dan risau apabila menghadapi
peperiksaan. Jadi, guru boleh menggunakan teknik-teknik motivasi yang betul untuk
mengurangkan tahap kebimbangan murid tersebut.

(b) Perubahan sikap

Bagi murid-murid yang melakukan sesuatu kesalahan, guru seharusnya


memotivasikannya dengan teknik-teknik peneguhan positif, ini kerana kadang-kadang
mereka akan menunjukkan perubahan sikap sekiranya mendapat peneguhan yang
sesuai atau memberangsangkan bagi mereka. Peneguhan positif seperti pujian dan
nasihat dapat mendorong murid terutamanya murid yang nakal untuk mengikis sikap
yang negatif.

(c) Ingin tahu

55
Fitrah Manusia 2009

Perasaan ignin tahu adalah sifat semula jadi yang ada pada diri seseorang
individu. Oleh itu, dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh
menggalakkan motivasi intrinsik dengan merangsang naluri ingin tahu murid. Misalnya,
guru boleh merangsangkan naluri ingin tahu murid dengan menggunakan benda-benda
maujud, menceritakan peristiwa dan fenomena yang berkonflik, menayangkan
persembahan slaid untuk membangkitkan perasaan ingin tahu murid. Rangsangan-
rangsangan yang sebegini merupakan satu cara yang dapat memotivasikan murid
untuk mengikuti pelajaran guru.

(d) Lokus kawalan

Lokus kawalan ini terbahagi kepada lokus kawalan dalaman dan lokus kawalan
luaran. Murid yang mempunyai lokus kawalan dalaman mempunyai motivasi intrinsik
yang tinggi dan mereka akan merasai segala yang berlaku dalam kehidupan mereka
adalah disebabkan oleh tindakan dan usa mereka sendiri. Manakala lokus kawalan
luaran adalah bertentangan dengan konsep lokus kawalan dalaman di mana mereka
percayai bahawa kejayaan mereka adalah ditentukan oleh keadaan persekitaran dan
orang lain. Untuk murid yang mempunyai lokus kawalan luaran ini, guru perlu
menggunakan ganjaran luar seperti hadiah dan pujian untuk menggerakkan mereka.

(e) Putus Asa

Murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lemah biasannya akan
sentiasa mendapat gagal dalam peperiksaan, ini menyebabkan mereka rasa putus asa
dan tidak ingin cuba lagi untuk meningkatkan prestasi akademik mereka. Di sinilah guru
perlu peka terhadap masalah mereka dan membantu mereka untuk meneliti punca-
punca kegagalan mereka. Guru boleh menggunakan kedua-dua motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik sebagai galakan dan dorongan untuk meningkatkan prestasi
akademik mereka. Dari sini murid akan melihat kesilapan-kesilapan akademik sebagai
satu peluang untuk belajar.

(f) Persekitaran Murid

56
Fitrah Manusia 2009

Persekitaran didefinisikan sebagai segala rangsangan yang mempengaruhi


perkembangan individu. Persekitaran murid seperti sebuah sekolah yang baik, suasana
bilik darjah yang harmonis dapat meningkatkan motivasi intrinsik murid untuk mengikuti
pelajaran guru dengan baik dan berkesan.

1.3.5 Cara-cara Meningkatkan Motivasi Guru


Seseorang guru boleh menggunakan cara-cara berikut untuk meningkatkan
motivasi murid-murid di sekolah:

(a) Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran

Suasana bilik darjah yang kondusif adalah sangat penting bagi murid-murid di
samping menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru
haruslah mewujudkan satu suasana bilik darjah yang positif, bebas daripada segala
jenis ketegangan, kemas, teratur serta harmonis untuk murid-murid.

Guru perlu kreatif dan inovatif dalam teknik-teknik pengajaran bagi menarik
perhatian murid dalam pembelajaran dan menentukan murid melibatkan diri dalam
semua aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Proses pembelajaran haruslah
berlaku dalam keadaan yang menarik dan kalau boleh guru harus mengelak daripada
menggunakan peneguhan negatif seperti denda dan kata-kata yang kesat.

(b) Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif

Pembelajaran koperatif dan kolaberatif merupakan kaedah yang boleh


digunakan untuk meningkatkan motivasi dan prestasi akademik murid-murid.
Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan di mana mereka akan bekerjasama dalam kumpulan belajar yang
kecil, membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau
kumpulan. Terdapat lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif ini iaitu saling

57
Fitrah Manusia 2009

bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka,
akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif dan juga
pemprosesan kumpulan.

Kaedah pembelajaran koperatif ini mempunyai kebaikannya sendiri iaitu ia


menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam kumpulan, menggalakkan
perasaan positif iaitu saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama sendiri,
membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang
tidak terancam.

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Ia berlaku


di dalam kumpulan yang besar dan belajar bersama-sama bagi mencapai matlamat
yang dapat dikongsi bersama. Kajian telah menunjukkan bilik darjah yang kolaboratif
dapat meninggikan pencapaian kumpulan dan individu. Murid tersebut adalah lebih
bermotivasi dalaman, mempunyai sifat ingin tahu, ada perasaan mengambil berat orang
lain.

(c) Peneguhan Positif dan Negatif

Guru mesti pandai dan ada kebolehan dalam menggunakan peneguhan positif
dan juga peneguhan negatif supaya ia bermakna dan berkesan kepada murid-murid.
Guru haruslah memberikan peneguhan yang sesuai dengan personaliti tingkah laku
murid. Jadi, guru boleh berpandukan dengan berdasarkan prinsip-prinsip dalam Teori
Peneguhan Skinner untuk menggerakkan murid-murid samada untuk meningkatkan
pencapaian akademik dengan menggunakan peneguhan positif atau untuk mengawal
tingkah laku mereka dengan menggunakan peneguhan negatif. Peneguhan positif
dapat mendorong murid belajar dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh untuk
mencapai matlamat sesuatu pelajaran. Manakala, peneguhan negatif dapat menolong
untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini di kalangan murid di samping boleh
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada cara-cara yang dinyatakan di atas, seseorang guru juga


haruslah memastikan ia memenuhi semua keperluan fisiologi dan psikologi murid-
58
Fitrah Manusia 2009

muridnya. Keperluan-keperluan ini merangkumi aspek-aspek seperti makanan,


kebersihan, keselamatan, pernafasan, kebebasan, perhatian dan pengiktirafan serta
pujian yang diberikan kepada murid-murid semasa di dalam bilis darjah. Semasa dalam
pengjaran dan pembelajaran, seseorang guru mesti membantu murid memahami
ekspektasi atau jangkaan hasil pembelajaran. Guru harus menjelaskan kepada murid
objektif atau matlamat pengajarannya untuk setiap tajuk yang diajar supaya pemikiran
murid-murid dapat menfokuskan kepada isi-isi penting yang disampaikan oleh guru.
Selain itu, guru harus menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan
tahap pencapaian dan aras kognitif murid-murid. Ini kerana tindakan ini akan
menimbulkan rasa kejayaan dan murid-murid akan rasa lebih terdorong untuk membuat
tugas-tugas pembelajaran seterusnya yang diberikan oleh guru.

Di samping itu, guru juga boleh mengamalkan prinsip motivasi ekstrinsik seperti
memberikan hadiah, bintang dan pujian untuk meningkatkan prestasi akademik murid-
murid atau mengukuhkan lagi tingkah laku positif dalaman murid-murid. Manakala untuk
meningkatkan lagi motivasi intrinsik murid, guru boleh mengadakan aktiviti persaingan
dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran seperti kuiz, pertandingan dan
ujian ringkas. Guru juga boleh meningkatkan motivasi intrinsik murid melalui aktiviti
penerokaan dan inkuiri serta mempelbagaikan aktiviti yang diminati oleh murid. Guru
perlu memastikan kepelbagaian strtegi pengajarannya dengan menggunakan kaedah,
strategi dan teknik-teknik pengajaran yang berlainan seperti lakonan, permainan,
projek, perbahasan, simulasi, demonstrasi, bercerita dan sebagainya.

1.3.6 Implikasi Motivasi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (Sebelum,


Semasa dan Selepas)
Guru merupakan penggerak kepada muridnya untuk berjaya dalam
pembelajaran atau kehidupan, jadi semasa dalam peringkat perancangan dan
persediaan dan juga semasa menjalankan pengajaran, guru perlu mengambil langkah-
langkah tertentu untuk meningkatkan motivasi murid-murid. Guru boleh menggunakan

59
Fitrah Manusia 2009

set induksi yang menarik untuk menimbulkan perasaan ingin tahu murid-murid.
Misalnya, guru boleh menayangkan persembahan slaid ikan paus untuk memulakan
pelajaran bagi menkaji sifat-sifat mamalia semasa mengajar matapelajaran sains.

Seterusnya guru perlu menggunakan perkara-perkara yang baru, berlainan atau


luar biasa untuk menimbulkan suasana yang menyeronokkan dengan tujuan untuk
memotivasikan murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik di
samping mengekalkan perhatian dan minat murid-murid terhadap pembelajaran.
Semasa berinteraksi dengan murid, guru harus menggunakan ciri-ciri komunikasi yang
positif seperti memberi senyuman dan mengangguk kepala sebagai galakan bagi
memupuk dan mengekalkan motivasi murid dalam pembelajaran yang selanjutnya.

Kesimpulannya, implikasi penggunaan teknik-teknik motivasi dalam pengajaran


dan pembelajaran dapat meningkatkan penglibatan dan prestasi akademik murid.

1.4 Perbezaan Individu

1.4.1 Konsep
Setiap individu adalah unik dan mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Menurut C.
Parameswary Chelliah, perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan
individu daripada norma kumpulannya sama ada daripada sifat-sifat kognitif, emosi,
fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin
terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Dalam bilik darjah, muid-murid
berbeza dari segi fizikal, bangsa, budaya, kecerdasan kognitif, pencapaian akademik,
gaya pembelajaran dan lain-lain aspek.

60
Fitrah Manusia 2009

1.4.2 Jenis-jenis Perbezaan individu Dari Segi Fizikal, Kognitif, Sosial, Emosi dan
Rohani
Antara aspek-aspek perbezaan antara individu adalah seperti berikut :

(a) Fizikal

Perbezaan aspek fizikal ini merangkumi perbezaan dari segi jantina, rupa paras,
saiz badan dan kemahiran jasmani di mana semua ini boleh dilihat dengan mata kasar.
Secara amnya, tingkah laku lelaki lebih agresif berbanding dengan perempuan, mereka
dapat menjalankan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, abselling, mengayuh kayak
dengan lebih baik daripada perempuan.

(b) Kognitif

Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati,


mengetahui dan memahami. Setiap murid mempunyai aras kognitif yang berbeza iaitu
berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta
bakatnya. Setiap murid akan memproses rangsangan-rangsangan yang diterima
daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya, biasannya
perempuan boleh mencapai tahap akademik yang lebih baik berbanding dengan lelaki.

(c) Sosial

Aspek sosial merujuk kepada cara kehidupan seseorang. Setiap individu


mempunyai cara kehidupan yang berbeza termasuk juga individu-individu dalam
sekeluarganya. Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas
sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek sosial ini
mempengaruhi kehidupan semua kanak-kanak sejak dilahirkan.

(d) Emosi

Setiap individu menunjukkan emosi yang berbeza walaupun dalam situasi yang
sama. Emosi seseorang ini merangkumi gembira, duka, suka, marah, benci, cinta, kasih
sayang, takut dan sebagainya. Murid yang berasal daripada keluarga yang mempunyai

61
Fitrah Manusia 2009

tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan akan ikut


mempunyai tahap emosi yang berlainan. Contohnya, murid-murid dapat menunjukkan
emosi yang berlainan apabila melakonkan sesuatu drama.

(e) Rohani

Sistem keagamaan dan falsafah hidup bagi setiap murid-murid juga adalah
berlainan. Biasannya anak-anak akan mengikuti agama yang dianuti oleh ibu bapa
mereka. Sebagai contohnya, murid-murid yang berbangsa berlainan mempunyai
kepercayaan-kepercayaan yang berlainan, mereka akan pergi ke tempat-tempat Ibadan
yang berlainan.

Pada amnya dalam sesebuah kelas, setiap murid adalah berbeza di antara satu
sama lain dari segi aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi dan rohani. Selain daripada itu,
terdapat juga pelbagai golongan individu yang berbeza seperti berikut:

(i) Murid Berisiko

Murid berisiko ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah dalam


pembelajaran, contohnya murid pemulihan atau murid yang mempunyai kecacatan
mental. Untuk menangani murid yang sebegini, guru boleh menjalankan aktiviti
pemulihan untuk mereka ataupun menjalankan pengajaran secara individu.

(ii) Murid Pelbagai Kecerdasan

Selain itu, guru juga boleh menghadapi murid-murid yang mempunyai pelbagai
jenis kecerdasan ataupun kebolehan khasnya darjah kecerdasan (IQ) yang berbeza di
dalam bilik darjahnya. Untuk menangani masalah ini, guru boleh menyediakan pelbagai
aktiviti -aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka.

(iii) Murid Pelbagai Budaya

62
Fitrah Manusia 2009

Dalam sesebuah kelas memang akan terdiri daripada murid-murid yang


berbilang kaum, contohnya kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai bangsa ini akan
mempunyai agama dan budaya yang berlainan. Jadi, guru perlu mengambil kira aspek
budaya yang berlainan ini semasa mengendalikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

(iv) Murid dari Pelbagai Kelas Sosial

Murid dari pelbagai kelas sosial ini merangkumi murid yang berasal dari kelas
sosial atas, tengah dan bawah. Murd-murid yang berasal daripada kelas sosial yang
rendah mungkin akan mengalami konsep kendiri yang rendah. Jadi, untuk menangani
masalah ini, guru kena berhati-hati elakkan membuat pernyataan-pernyataan atau
melakukan tingkah laku yang boleh menyebabkan murid-murid tersebut merasai diri
sendirinya dipandang rendah. Guru perlu melibatkan semua murid dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta memberi layanan yang sewajarnya kepada semua
murid-murid tidak kira murid tersebut berasal daripada kelas sosial atas ataupun
bawah.

(v) Perbezaan sosialisasi

Selain itu, guru juga akan menghadapi dengan murid-murid yang bersikap
ekstrovert dan juga murid-murid yang bersikap introvert. Murid yang bersikap ekstrovert
mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang manakala murid yang
mempunyai personaliti introvert adalah bersikap pemalu dan mempunyai konsep diri
yang rendah. Jadi, guru perlu mengambil kira aspek sosialisasi ini semasa merancang
strategi pengajaran. Guru boleh melibatkan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti seperti
aktiviti perbicangan, lakonan dan sebagainya.

(vi) Perbezaan Lokasi Bandar dan Luar Bandar

Murid daripada luar bandar adalah berbeza dengan murid yang berasal daripada
bandar. Ini boleh dilihat dari segi pencapaian akademik mereka, keputusan murid
63
Fitrah Manusia 2009

daripada luar bandar biasannya didapati kurang baik daripada murid yang berasal
daripada bandar. Ini mungkin disebabkan oleh sekolah di luar bandar mempunyai
kemdahan fizikal dan infrastruktur yan kurang berbanding dengan sekolah di bandar.
Jadi, guru perlu mengambil kira perbezaan ini semasa merancang strategi pengajaran.

1.4.3 Kesan Perbezaan Individu


Secara umumnya, setiap individu adalah unik dan berbeza di antara satu sama
lain. Jadi dalam sesebuah kelas, setiap murid mempunyai perbezaan individu yang
berlainan. Ini menyumbang kepada kadar keupayaan mereka belajar adalah berbeza.
Ada murid yang belajar dengan lebih cepat berbanding dengan murid yang lain. Ada
murid yang dapat menyelesaikan masalah akademik dan sosial dengan lebih cepat
daripada murid yang lain. Jadi, guru haruslah merancang aitiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap kenbolehan murid-murid. Guru perlu menggunakan
strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan dan
pengayaan untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan
sosialnya.

Program pemulihan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang


berkesan untuk membantu kayak-kanak yang mempunyai daya intelek dan kecerdasan
yang rendah. Menurut kajian, kayak-kanak pada keseluruhannyamempuyai daya intelek
dan kecerdasan yang rendah dan kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa
dengan sepenuhnya. Kayak-kanak yang sedemikian adalah kurang mampu membuat
kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak.

Selain itu, oleh kerana murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas, guru
tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap setiap individu yang berbeza,
tambahan lagi kalau dikehendaki mengejar sukatan pelajaran, guru terpaksalah
menggunakan kaedah seluruh kelas dalam pengajaran. Ini menyebabkan murid-murid
yang lemah dalam pelajaran tidak mampu dan tidak dapat menerima apa yang
diajarkan oleh guru.
64
Fitrah Manusia 2009

Seseorang murid yang mempunyai kebolehan mental atau kecerdasan selalunya


mempunyai daya ingatan yang kuat. Oleh demikian, murid tersebut dapat belajar
dengan lebih cepat berbanding dengan murid yang lain. Murid yang mempunyai konsep
kendiri positif akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan aktif. Manakala murid
yang mempunyai konsep kendiri negatif tidak akan menunjukkan sikap yang positif
terhadap pembelajarannya. Murid-murid inilah memerlukan banyak perhatian dan
bimbingan guru samada secara kumpulan kecil atau secara individu.

1.4.4 Implikasi Kepada Guru


Konsep perbezaan individu ini telah membawa banyak implikasi kepada guru
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu,
guru perlu mengetahui konsep perbezaan individu, perlu peka dan mengambil tahu
kebolehan dan kelemahan murid supaya dapat merancang satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

Guru harus gunakan strategi yang sesuai contohnya aktiviti kumpulan,


pemulihan, pengayaan dan sebagainya untuk melayan murid yang daripada pelbagai
perbezaan individu. Guru juga boleh menjalankan pembelajaran koperatif dan
kolaboratif untuk mengurangkan kesan murid-murid yang berbeza. Selain itu, murid-
murid yang mempunyai kebolehan yang sama boleh dikumpulkan dalam kumpulan
yang sama bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala bagi murid
yang lemah, guru boleh menjalankan pengajaran secara individu. Ini dapat membantu
murid yang lemah mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi dengan
segera.

65
Fitrah Manusia 2009

1.5 Rujukan

Dr Chua Yan Piaw. Nota KPLI. Retrieved April 20, 2009, from the World Wide Web:

<http://yanpiaw0.tripod.com>

Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
Kursus Perguruan Repasan Hijaza (KPLI). Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Ee Ah Meng (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kaedah Pembelajaran Koperatif. Retrieved Mac 1, 2009, from the World Wide Web:

<http://www.usm.my/education/kaunseling/tips/Kaedah%20Pembelajaran
%20Kope ratif.doc>

Kemahiran Belajar. Retrieved Mac 1, 2009, from the World Wide Web:

<http://www.teachersrock.net/masteri5.htm>

Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Perkembangan Manusia. Retrieved April 20, 2009, from the World Wide Web:

<http://www.scribd.com/doc/11556218/Fitrah-Manusia-Topik-2>
66
Fitrah Manusia 2009

Sim Soon Gin. Pembelajaran Koperatif. RetrievedMac 1, 2009, from the World

Wide Web:

<http://www.geocities.com/devlin_sigma2002/koperatif.htm >

Isi Kandungan

Peta Minda....................................................................................................................- 1 -

1.1 Fitrah Manusia dan Perkembangannya.........................................................- 5 -

1.1.1 Konsep Fitrah Manusia..................................................................................- 5 -

1.1.2 Konsep Asas Pertumbuhan Dan Perkembangan............................................- 6 -

1.1.2.1 Prinsip-prinsip Pertumbuhan Dan Perkembangan...................................- 8 -

1.1.3 Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Manusia................................- 10 -

1.1.3.1 Faktor Baka..............................................................................................- 11 -

1.1.4 Peringkat-peringakat Pertumbuhan Dan Perkembangan Dari Aspek Fizikal,


Kognitif, Sosial, Emosi Dan Moral Mengikut Teori.......................................- 18 -

1.1.4.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget..............................................- 18 -

1.1.4.2 Teori Kematangan Biologi: Arnold Gesell..............................................- 22 -

1.1.4.3 Teori Tugas-Tugas Perkembangan Robert Havighurst.........................- 24 -

1.1.4.4 Teori Perkembangan Emosi-Fizikal: Erikson.........................................- 27 -


67
Fitrah Manusia 2009

1.1.4.5 Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg.............................................- 28 -

1.1.5 Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru...............................................- 30 -

1.1.6 Cara Guru Membantu Murid-murid Mencapai Perkembangan Secara


Optimum.......................................................................................................- 31 -

1.2 Potensi Manusia...........................................................................................- 33 -

1.2.1 Teori Pelbagai Kecerdasan...........................................................................- 34 -

1.2.2 Implikasi Teori Pelbagai Kecerdasan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran....-


36 -

1.2.3 Cara Guru Mengaplikasi Pelbagai Kecerdasan Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran...............................................................................................- 37 -

1.2.4 Kecerdasan Emosi (EQ)..............................................................................- 38 -

1.2.5 Teori Kecerdasan Emosi..............................................................................- 40 -

1.2.6 Cara Guru Membantu Murid Mengurus Kecerdasan Emosi Diri.................- 41 -

1.3 Motivasi........................................................................................................- 46 -

1.3.1 Konsep Motivasi...........................................................................................- 46 -

1.3.2 Jenis-jenis Motivasi.......................................................................................- 48 -

1.3.2.1 Motivasi Intrinsik.....................................................................................- 48 -

1.3.2.2 Motivasi Ekstrinsik..................................................................................- 49 -

1.3.3 Teori..............................................................................................................- 50 -

1.3.3.1 Hierarki Keperluan Maslow....................................................................- 50 -

1.3.3.2 Teori Behavioris Skinner Peneguhan.....................................................- 55 -

68
Fitrah Manusia 2009

1.3.4 Kesan Motivasi Kepada Murid.......................................................................- 56 -

1.3.5 Cara-cara Meningkatkan Motivasi Guru.......................................................- 58 -

1.3.6 Implikasi Motivasi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (Sebelum,


Semasa dan Selepas)..................................................................................- 61 -

1.4 Perbezaan Individu..............................................................................................- 62 -

1.4.1 Konsep...........................................................................................................- 62 -

1.4.2 Jenis-jenis Perbezaan individu Dari Segi Fizikal, Kognitif, Sosial, Emosi dan
Rohani..........................................................................................................- 62 -

1.4.3 Kesan Perbezaan Individu............................................................................- 65 -

1.4.4 Implikasi Kepada Guru.................................................................................- 67 -

1.5 Rujukan........................................................................................................- 68 -

69

You might also like