You are on page 1of 2

Apr 19, '07 2:04 AM

Ringkasan Kertas Kerja Tahaluf Siyasi


for everyone

MUQADDIMAH

Tahaluf adalah perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu bagi


menghadapi pihak lawan . Tahaluf mengikut rentetan :

-          Half al-Fudhul selepas Peperangan al-Fijar

-          Penyatuan Aus dan Khazraj di Madinah al-Munawwarah

-          Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah


 

HUKUM TAHALUF

Diizinkan syariat berdasarkan syarat-syaratnya . Pemahaman terhadap syarat-syaratnya


perlu didahului dengan kajian perbezaan antara tahaluf yang diterima dan ditolak Rasulullah
SAW
 

SYARAT – SYARAT TAHALUF

-          Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip

1.      Hubungan Rasulullah dengan Abu Talib

2.      Hubungan Abu Bakar dengan Ibn Daghnah

Contoh maslahat yang diizinkan :

1.      Ke arah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya

2.      Menentang kezaliman , penyelewengan dan keruntuhan moral

-          Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan

1.      Penangguhan tahaluf dengan Bani Syaiban

2.      Pembatalan cadangan bertahaluf dengan Bani ‘Amir

-          Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka

-          Muwada’ah ( perjanjian sementara )

-          Isti’anah ( meminta bantuan )

1.      Mereka menolong kita

2.      Kita menolong mereka


 

KESIMPULAN

Pembahagian tahaluf :

-          Peringkat pembentukan kerajaan

1.      Kepimpinan oleh orang Islam

2.      Pengiktirafan terhadap Negara Islam

3.      Penerimaan terhadap Perlembagaan Islam dan syariatnya

-          Tanpa pembentukan negara

1.      Sebagai maslahah mengahadapi musuh yang lebih besar

2.      Bersama menentang kezaliman dan penyelewengan

3.      Berlindung sementara ketika lemah

4.      Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan
Gerakan Islam

Perhatian :

a.      Jangan terikat dengan janji yang akan menghalang prinsip

b.      Utamakan persefahaman dengan kumpulan Islam yang berpengaruh dan


mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang dipercayai

c.       Mempunyai syakhsiah yang dapat menunjukkan perbezaan dengan pihak lain
serta memahamkan perbezaan Islam dan ideologi moden

d.      Ikatan persefahaman yang longgar dengan kumpulan bukan Islam

e.       Kenyataan-kenyataan yang dibuat harus memikirkan kesannya terhadap


hubungan tahaluf

f.        Berwaspada terhadap tipu daya mereka dan bergantung kepada Allah
 

PENUTUP

Nas-nas yang dikaji menunjukkan tahaluf boleh dilakukan secara melibatkan gerakan dan
juga menghadapi isu-isu atau situasi- situasi yang khusus dengan memenuhi syarat-syarat
tahaluf

You might also like