You are on page 1of 21

NASIKH & MANSUKH

FIKIR SEJENAK
• Sesungguhnya air daripada air. 
• Air yang pertama ialah mandi manakala air yang
kedua ialah air mani.
• Justeru maksudnya adalah Sesungguhnya
mandi menjadi wajib kerana keluarnya air
mani. Ini adalah termasuk salah satu seni
sastera Arab (ilmu Badi’) yang disebut
sebagai Jinasut Tam – iaitu persamaan lafaz dua
perkataan tetapi berbeza maksudnya.
BANDINGKAN DENGAN INI
• Sabda Rasulullah S.A.W :
• Apabila telah duduk antara 4 anggota dan
bersentuhan alat kelamin dengan kelamin,
maka  wajiblah mandi (ghusl).
• Duduk antara 4 anggota adalah bahasa kiasan
yang bererti sedang berlakunya persetubuhan.
DEFINISI NASIKH & MANSUKH
• berasal dari kata naskh. Dari segi etimologi,
kata ini dipakai untuk beberapa pengertian:
pembatalan,
penghapusan, pemindahan dan pengubahan.
Menurut Abu Hasyim,
pengertian majazinya ialah pemindahan atau
pengalihan.
• Menurut para ulama salaf pada umumnya
adalah pembatalan hukum secara global, dan
itu merupakan istilah para ulama mutaakhirin.
• Menurut bahasa, Nasikh bermakna
menghilangkan, memindahkan sesuatu dari
satu tempat ke tempat lain, penggantian, atau
pengubahan. 
• Sesuatu yang menghilangkan disebut Nasikh,
sedang sesuatu yang dihilangkan disebut
mansukh.
• Secara istilah, Nasikh adalah menghapuskan
hukum syara’ dengan kitab syara’ pula atau
menghapuskan hukum syara’ dengan dalil
yang lain.
• Nasikh bermakna menghapus, sedang
mansukh bermakna hukum yang diangkat atau
dihapuskan.
NASIKH & MANSUKH
• Nasikh di dalam Al-Qur’an di bagi menjadi empat :
i. Nasikh Sharih = ayat yang secara jelas menghapus
hukum yang terdapat pada ayat terdahulu. Contoh
hukum berkenaan kiblat (al-Quran) dan ziarah kubur
(hadith)

ii. Nasikh Dhimny = jika terdapat dua nasikh yang


saling bertentangan dan tidak dapat dikompromikan
(inklusif).
iii. Nasikh hilly = penghapusan hukum
sebelumnya secara keseluruhan.

iv. Nasikh Juz’I = penghapusan hukum umum


yang berlaku bagi semua individu dengan
hukum yang hanya berlaku bagi sebahagian
individu, atau penghapusan hukum yang
bersifat muthlaq dengan hukum yang bersifat
muqayyad.
PEMBAHAGIAN NASIKH & MANSUKH
I. NASIKH AL-QURAN DENGAN AL-QURAN
• Contohnya: dua ayat al-Musabarah (sabar teguh
dalam menentang musuh) iaitu firman Allah Ta’ala (al-
Anfal 8:65)
• “Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara
kamu nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus
orang musuh dan jika ada seratus orang (yang
sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan
seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan
orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti”.
• Ayat ini telah dimansuhkan hukumnya dengan firman
Allah (al-Anfal 8:66)
• “Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan
Dia telah mengetahui bahawa padamu ada
kelemahan. Maka jika ada di antaramu seratus
orang yang sabar, nescaya mereka dapat
mengalahkan dua ratus orang, dan jika di
antaramu ada seribu orang (yang sabar), nescaya
mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan
izin Allah dan Allah berserta orang-orang sabar”.
II. NASIKH AL-QURAN DENGAN AS-SUNNAH
III. NASIKH AS-SUNNAH DENGAN AL-QURAN
Contohnya naskh menghadap Baitul Maqdis yang
sabit dengan sunnah dengan menghadap Ka‘bah
yang sabit dengan firman Allah (al-Baqarah
2:144)
“Palingkanlah mukamu ke arah al-Masjid al-
Haram dan di mana saja kamu berada,
palingkahlah mukamu ke arahnya”.
IV. NASIKH AS-SUNNAH DENGAN AS-SUNNAH
Contoh, hadith :
“ Dan aku pernah melarang kamu daripada
minuman yang disimpan dalam bekas-bekas
tertentu. Minumlah dalam apa sahaja bekas
yang kamu suka, cuma jangan minum
minuman yang memabukkan” (mansukh).
• Berkenaan dengan nasikh yang ke empat,
terdapat empat bentuk nasikh :
1. Nasikh hadits mutawatir dengan mutawatir
2. Nasikh hadits ahad dengan hadits
mutawatir
3. Nasikh hadits ahad dengan hadits
mutawatir
4. Nasikh hadits mutawatir dengan hadits
ahad.
BENTUK NASIKH
I. Apa yang dimansuhkan hukumnya dan kekal
lafaznya.
• Bentuk ini banyak terdapat dalam al-Quran.
• Contohnya: dua ayat al-Musabarah
• II. Apa yang dimansuhkan lafaznya dan kekal
hukumnya.
• Contohnya: ayat rejam di mana telah sabit di
dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih
Muslim daripada hadith Ibnu Abbas r.a.
bahawa Umar bin al-Khattab r.a. telah berkata:
• “Di antara ayat yang diturunkan ialah ayat rejam. Kami telah
membacanya, memahaminya dan menghafalnya.
• Rasulullah telah merejam dan kami telah merejam selepas
Baginda wafat.
• Aku khuatir kelak apabila masa berpanjangan bagi manusia, akan
timbul orang yang berkata, “Demi Allah kami tidak mendapati
hukum rejam dalam kitab Allah.”
• Dengan itu mereka akan sesat kerana meninggalkan satu fardhu
yang diturunkan oleh Allah.
• Sesungguhnya dalam kitab Allah rejam adalah benar/hak ke atas
orang yang berzina sesudah berkahwin baik lelaki mahupun
perempuan apabila wujud bukti, atau bunting atau pengakuan.”
III. Apa yang dimansuhkan hukum dan
lafaznya, seperti naskh (pemansuhan) sepuluh
kali susuan yang terdapat dalam hadith 'Aisyah
:
“Dahulu, di antara yang turun daripada al-
Quran ialah “Sepuluh kali susuan yang
diketahui mengharamkan” kemudian ianya
dimansuhkan dengan lima kali susuan yang
diketahui”.
HIKMAH NASIKH DAN MANSUKH
• Hikmah nasikh (pemansuhan) hukum tanpa lafaz ialah
pengekalan pahala tilawah dan peringatan bagi umat ini
akan hikmah naskh (pemansuhan).

• Hikmat nasikh lafaz tanpa hukum ialah sebagai satu ujian


terhadap umat ini di dalam beramal dengan sesuatu
yang tidak mereka dapati lafaznya dalam al-Quran dan
penekanan iman mereka terhadap apa yang Allah
turunkan. Ini bercanggahan dengan keadaan Yahudi yang
cuba menyembunyikan nas rejam dalam Taurat.
• Memberi keutamaan kepada manfaat hamba-
hamba dengan pensyariatan perkara yang
lebih bermanfaat untuk mereka dalam agama
dan dunia.
• Pengubahsuaian Syariat sehinggalah ke tahap
sempurna.
 
• Menguji golongan mukallaf (yang
bertanggungjawab) dalam kesanggupan dan
keredhaan mereka menerima perubahan satu
hukum kepada hukum lain.
• Menguji golongan mukallaf (yang
bertanggungjawab) dalam perlaksanaan
kesyukuran sekiranya al-Naskh itu kepada yang
lebih ringan dan kesabaran sekiranya al-
Naskh itu kepada yang lebih berat.
SEKIAN…

You might also like