You are on page 1of 20

KULIAH 3

PERWALIAN NIKAH
Mohd Zamro Muda
Jabatan Syariah, FPI, UKM
PENDAHULUAN
Wali merupakan salah satu rukun
pernikahan
Isu yang menjadi perbahasan ialah bidang
kuasa wali dalam pernikahan
Antara masalah yang berlaku berkenaan
dengan perwalian ialah kahwin lari, akad
nikah dua kali, wali enggan menerima
pilihan anak, kahwin paksa, bapa angkat
mengahwinkan anak angkat dsb
DEFINISI WALI
Perwalian merupakan kelayakan melakukan
akad secara sah & boleh berkuat kuasa tanpa
memerlukan pengesahan orang lain
Wali merupakan sebagai pihak yang diberi
kuasa oleh syarak untuk menguruskan akad
perkahwinan seseorang perempuan sama ada
wali tersebut di bawah kategori wali mujbir
atau bukan mujbir
Atau; wali ialah orang yg layak melakukan akad
perkahwinan seseorang yg sah & berkuat kuasa
tanpa memerlukan pengesahan sesiapa
SUSUNAN WALI
 Susunan wali mengikut tertib ialah:
i. Bapa kandung
ii. Datuk sebelah bapa ke atas
iii. Saudara lelaki seibu sebapa
iv. Saudara lelaki sebapa
v. Anak saudara lelaki seibu sebapa
vi. Anak saudara lelaki sebapa
vii. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
viii.Bapa saudara sebelah bapa sebapa
ix. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu
sebapa ke bawah
Samb…
x. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa
sebapa ke bawah
xi. Bapa saudara seibu sebapa
xii.Bapa saudara bapa sebapa
xiii.Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa
xiv.Anak lelaki bapa saudara sebapa ke
bawah
xv.Bapa saudara datuk seibu sebapa
xvi.Bapa saudara datuk sebapa
xvii.Anak lelaki bapa saudara datuk seibu
sebapa ke bawah
xviii.Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa
ke bawah
Samb…
xix.Muktiq (tuan kpd hamba perempuan yg
dibebaskan)
xx. Sekalian asabah kpd seorang muktiq
xxi.Raja/Sultan/Hakim
 Sekiranya wali pertama tiada, berpindah kpd
wali ke-2 & jika wali ke-2 tiada berpindah kpd
wali ke-3 & begitulah seterusnya
 Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi
wali bagi semua perkahwinan anaknya & jika
bapa tiada krn meninggal dunia maka hak wali
berpindah kpd datuk pengantin perempuan itu;
& jika datuk juga meninggal dunia maka hak
wali itu berpindah kpd saudara lelaki seibu
sebapa kpd pengantin perempuan & begitulah
bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.
Samb…
 Susunan wali spt yg dinyatakan adalah
mengikut pdpt mazhab Shafi’i
 Asas penyusunan wali dlm mazhab Shafi’i ialah
mengikut senarai waris asabah dlm
pembahagian pusaka
 Manakala mengikut Hanafi & Maliki, anak lelaki
& anak lelaki kpd anak lelaki mengambil tempat
pertama & kedua dlm senarai susunan wali
 Sedangkan mengikut pdpt Hanbali, anak lelaki
& anak lelaki kpd anak lelaki mengambil tempat
ketiga & keempat dlm senarai susunan wali
iaitu slps bapa & datuk
KEDUDUKAN WALI DLM AKAD NIKAH

 Mazhab Maliki – nikah tak sah tanpa wali


krn wali merupakan syarat sah nikah
 Mazhab Shafi’i – nikah tak sah tanpa wali
krn wali merupakan salah satu rukun
nikah
 Mazhab Hanafi & Hanbali – wali
merupakan syarat & bukan rukun krn
rukun nikah hanyalah ijab & qabul
(sighah)
Samb…
 Dlm mazhab Shafi’i – jika bapa enggan
mengahwinkan anak gadisnya dgn bakal
suaminya stlh diminta sbyk 3 kali, maka
kuasa perwalian itu pindah kpd wali hakim
 Mazhab Hanafi – wali merupakan syarat sah
nikah bg kanak-kanak & org gila, wali tak
perlu bg perempuan yg telah baligh & berakal
sama ada dia anak dara atau janda
 Al-Shirazi – bapa & datuk boleh kahwinkan
anak daranya tanpa persetujuan anaknya,
tapi hdklah berunding dulu. Oleh itu sunat
mendapat keizinan
Samb…
 Rumusan:
 Maliki, Shafi’i & Hanbali – wali diperlukan
dlm akad nikah. Pernikahan tanpa wali atau
wakilnya adalah batal. Setiap wanita tak
boleh berkahwin dgn sendirinya dlm apa jua
keadaan sama ada kecil, dewasa, berakal
atau gila. Namun bagi janda hendaklah
mendapatkan keizinannya terlebih dahulu
 Hanafi – wali diperlukan bagi wanita yg
masih kecil & gila shj. Bagi wanita dewasa &
berakal berhak pilih siapa shj yg disukai sbg
suami asalkan sekufu. Jika tak sekufu, wali
berhak menentang & memfasakhkan
perkahwinan melalui hakim
JENIS/PEMBAHAGIAN WALI

 Wali Mujbir
 Wali Ghayr Mujbir/Wali Ikhtiyar
 Wali Hakim
WALI MUJBIR
 Wali mujbir ertinya wali yg mempunyai
bidang kuasa mengahwinkan anak/cucu
perempuan yg masih perawan/dara tanpa
meminta izin perempuan itu terlebih dahulu
 Menurut mazhab Shafi’i, wali mujbir itu
terdiri drpd bapa, datuk & seterusnya
sampai ke atas. Manakala wali-wali lain spt
saudara lelaki kandung sebapa, bapa
saudara dsb bukan wali mujbir iaitu tidak
ada bidang kuasa memaksa perempuan
berkahwin
Samb…
 Paksaan (ijbar) wali berasaskan kpd 2
perkara:
(i)Paksaan dgn sbb ada belas kasihan &
mengambil berat tentang masa depan
org yg berada di bawah jagaannya,
khususnya ketika mereka berada dlm
kelalaian
(ii)Paksaan berdasarkan pandangan &
pendapatnya bhw pemilihan yg
dilakukannya itu adalah lbh baik & blh
memberi faedah kpd org di bawah
jagaannya
Samb…
 Antara syarat sah perkahwinan tanpa
keizinan ialah:
(i) Tiada persengketaan yg nyata antara anak
gadis dgn bapa/datuknya
(ii) Si suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu)
dengan anak dara itu
(iii) Si suami itu hendaklah mampu membayar mas
kahwin
(iv) Tiada permusuhan yg nyata antara anak dara
itu dengan si suami
(v) Bapa/datuk itu tidak blh mengahwinkan anak
daranya dengan mas kahwin yg terkurang
menurut nilai mata wang negara itu
Samb…
 Wali Mujbir atau wali-wali yang lain tidak boleh
mengahwinkan perempuan janda kecuali
hendaklah mendapat izin perempuan itu
terlebih dahulu
 Rasulullah saw telah bersabda:
“Perempuan janda diajak bermusyawarah
tentang urusan dirinya, kemudian jika ia diam,
maka itulah izinnya, tetapi jika ia menolak
maka tiada paksa ke atasnya”
 Ini bermakna perempuan janda mempunyai
bidang kuasa menolak perkahwinan yg dibuat
tanpa kebenarannya iaitu dia blh menfasakhkan
perkahwinan itu di Mahkamah Syariah
WALI GHAYR MUJBIR
 Wali ghayr mujbir ialah wali selain dari
bapa & datuk
 Wali ghayr mujbir tak berhak
mengahwinkan perempuan di bawah
jagaannya tanpa keizinannya
WALI HAKIM
 Wali hakim ialah Sultan/ Raja yg beragama Islam
yg bertindak sbg wali kpd pengantin perempuan
yg tidak mempunyai wali
 Oleh krn Sultan/Raja sibuk dgn tugas-tugas
negara maka ia diserahkan kpd qadi/pendaftar
nikah utk bertindak sbg wali hakim
 Dlm Akta UU Keluarga Islam Wilayah
Persekutuan, Seksyen 2(1) Wali Hakim
ditakrifkan sbg wali yg ditauliahkan olh YDPA dlm
hal Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah &
Sarawak atau oleh Raja dlm hal sesuatu negeri
lain utk mengahwinkan perempuan yang tidak
mempunyai wali dari nasab
Samb…
 Sebab-sebab menggunakan wali hakim:
(i)Tidak ada wali nasab
(ii)Anak tidak sah taraf atau anak angkat
(iii)Wali yg ada tidak cukup syarat
(iv)Wali aqrab menunaikan haji atau umrah
(v)Wali enggan
(vi)Wali berada jauh sebanyak 2 marhalah
(vii)Wali ghaib atau hilang yg tak diketahui
sama ada hidup atau mati
(viii)Wali terdekat sendiri yg hendak
berkahwin dgn perempuan di bawah
perwaliannya
WAKALAH WALI (WALI
MEWAKILKAN KPD ORG LAIN)
 Sepakat fuqaha - setiap akad yg dpt dilakukan
olh seseorg yg mempunyai bidang kuasa, maka
akad itu blh juga diwakilkan kpd org lain
misalnya dlm akad nikah, jualbeli, cerai, sewa
menyewa, tuntutan hak & akad yg lain
 Dlm hal akad nikah ini, apabila seseorang wali
aqrab itu berada jauh, tidak dpt hadir pd majlis
akad nikah atau wali itu blh hadir tetapi tidak
mampu utk menjalankan akad nikah itu, maka
wali itu bolehlah mewakilkan kpd orang lain yg
mempunyai kelayakan syar’ie
Samb…
 Orang yg menerima wakil hendaklah
melaksanakan wakalah itu dengan sendirinya
sesuai dgn yg ditentukan semasa membuat
wakalah itu krn org yg menerima wakil tidak
boleh mewakilkan pula kpd orang lain kecuali
dgn izin pemberi wakil atau bila diserahkan
urusan itu kpd wakil sendiri
 Wakil wajib melaksanakan wakalah menurut
apa yang telah ditentukan oleh orang yang
memberi wakil.
 Mengikut amalan di Malaysia, selalunya
wakalah wali dibuat di hadapan qadi/pendaftar
perkahwinan dgn disaksikan olh 2 org saksi

You might also like