You are on page 1of 65

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

1.0 PENGENALAN

Penyampaian pelajaran secara amnya, dan penyampaian pelajaran Bahasa


Melayu secara khususnya, memerlukan perancangan yang rapi oleh perancang-
perancang kurikulum dan juga guru-guru sebagai pelakasana pengajaran berkesan.
Sungguhpun perancangan pada peringkat kurikulum seperti Sukatan Pelajaran ada
dijalankan tetapi perancangan pada peringkat pelaksanaannya selalu diabaikan. Apa
yang dilakukan kebiasaannya adalah pengajaran yang dilakukan mengikut apa yang
telah disediakan oleh buku-buku teks semata-mata tanpa pecahan minda yang bersifat
kritikal.

Adapun yang sepatutnya dilakukan oleh guru-guru adalah persediaan rapi dari
pelbagai segi dalam menghasilkan suatu bentuk pengajaran yang menarik dan
berkesan sama ada kepada kognitif murid mahu pun aspek afektifnya. Persediaan rapi
yang dimaksudkan adalah perancangan pada peringkat pelaksanaan melibatkan
penyediaan rancangan pelajaran. Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan
dalam perkara ini seperti objektif pengajaran, penyediaan aktiviti dan kaedah
pengajaran, bahan bantu mengajar yang digunakan serta akhir sekali adalah alat
penilaian sebagai kayu pengukur keberkesanan objektif pengajaran. Setiap aspek
tersebut perlu dititipkan dalam rancangan pengajaran harian (RPH) dengan sempurna.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dan baik haruslah


dijalankan menerusi aplikasi dan pedagogi yang berkesan. Penyediaan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) adalah merupakan satau rancangan penting dan harus
disediakan oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
seperti mana yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 yang
menyebut bahawa setiap guru haruslah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan
(RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Hal ini bertujuan untuk membantu guru
memikirkan dengan jelas tentang matlamat dan objektif P&P, pemilihan isi pelajaran,
kaedah dan teknik P&P, alat bantu mengajar serta persediaan penilaian.

Kerja Kursus Projek 1


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Dewasa kini, kita sering disuguhkan dengan berita-berita yang kurang


menyenangkan daripada golongan penjaga terhadap corak pendidikan anak-anak
mereka di sekolah. Ramai yang menganggap bahawa guru-guru di sekolah gagal
membawa murid-murid ke alam yang lebih bermakna. Murid-murid gagal
mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah dan guru-guru pula dipersalahkan atas
situasi itu. Maka, sudah tentu guru-guru sepatutnya menjadikan komentar seperti itu
sebagai cabaran kepada diri masing-masing dalam mencipta kelainan sistem
pendidikan di negara ini supaya mendapat penghormatan dan penghargaan daripada
pihak di luar lingkungan medan pendidikan.

Oleh itu, dalam tugasan ini penulis telah merancang sebuah sesi P&P dengan
mendokumentasikan beberapa bahan seperti RPH, Bahan Bantu Mengajar (BBM), Item
penilaian dan sebagainya. Aktiviti yang direncanakan adalah melibatkan kemahiran
bahasa yang paling awal iaitu kemahiran lisan. Kemahiran lisan sangat sesuai menjadi
bahan kajian disebabkan masalah sosial dan budaya masyarakat kini yang tidak
semenggah. Selepas itu akan dihuraikan pula kerelevanan aspek-aspek penyediaan
P&P terhadap aktiviti yang dirancang dalam RPH. Setiap huraian tersebut telah
disokong dengan bukti-bukti rujukan pelbagai bahan sebagai panduan semua.

Berdasarkan soalan tugasan, antara hasil pembelajaran khusus yang bakal


diperoleh daripada tugasan ini ialah pelatih guru dapat menghuraikan tentang
kemahiran-kemahiran bahasa yang merangkumi pendekatan, kaedah, dan teknik
pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. Selain itu, pelajar juga dapat menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian untuk mengajarkan kemahiran-kemahiran bahasa.
Pelajar juga dapat membina menggunakan bahan bantu mengajar bagi kemahiran
bahasa tertentu selain membuat latihan penilaian kemahiran-kemahiran tersebut.
Diharapkan tugasan ini dapat membantu banyak pihak khususnya guru pelatih dalam
menyediakan sebuah perancangan harian yang sistematik dan penuh bermakna.

Kerja Kursus Projek 2


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

2.0 PENULISAN OBEJKTIF

2.1 Definisi Objektif

Berdasarkan Robert F. Mager dalam bukunya, Menyediakan Objektif


Pengajaran, terjemahan Razmah Man (2009), objektif dapat didefinisikan
sebagai himpunan perkataan dan/atau gambar dan gambar rajah yang bertujuan
memberitahu orang lain apa yang ingin pelajar capai. Tambahnya lagi, ia
merupakan hasil pembelajaran yang hendak dicapai, bukan tentang proses
mencapai hasil tersebut. Seterusnya, ia juga khusus dan dapat diukur, bukan
umum dan tidak ketara. Selain itu, objektif pengajaran juga memperkatakan
tentang pelajar, dan bukannya tentang guru.

Manakala menurut R.J Kibler, et. al (1981), objektif pengajaran membawa


maksud pernyataan yang menerangkan apa yang dapat pelajar lakukan setelah
menyempurnakan sesuatu unit pelajaran. Tokoh-tokoh pendidikan memberi
pandangan yang serupa tentang maksud sebenar penyataan objektif ini. Rata-
rata menganggap bahawa objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang
menjelaskan hasil atau produk pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai
oleh pelajar pada akhir unit suatu pelajaran. Hasil pembelajaran tersebut perlulah
dapat diukur atau dilihat supaya guru mudah untuk mengenal pasti
keberkesanan penyataan objektif yang dirancang.

Prof. Dr. Isahak Haron et. al (1982:24) pula beranggapan adalah


mustahak dalam satu-satu pengajaran untuk menyatakan objektif dengan jelas
perkara-perkara yang hendak dicapai. Ini bermakna guru dan murid haruslah
mengetahui sebenarnya apa yang hendak mereka capai. Kesimpulannya,
objektif pengajaran merupakan sebuah pernyataan tentang sesuatu hasil
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid mengikut kriteria dan syarat-syarat
tertentu.

Kerja Kursus Projek 3


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

2.2 Ciri-Ciri Penyataan Objektif

Berdasarkan kajian terhadap ulasan Razmah Man (2009), setiap


penyataan objektif perlulah mengandungi tiga ciri-ciri khusus iaitu perlakuan,
kriteria dan syarat. Ketiga-tiga aspek ini penting dalam membuktikan hasil
pembelajaran yang dicapai oleh setiap murid. Menurutnya lagi, perlakuan ialah
arahan yang menghuraikan apa yang dijangkakan murid dapat lakukan. Objektif
yang baik menyatakan apa yang mesti dibuat murid bagi menunjukkan
penguasaan mereka terhadap objektif ini. Ini memudahkan kerana kehendak
utama objektif itu dapat dilihat dan didengar. Misalnya, jika penyataan objektif
mengkehendaki murid menulis sajak, membaca berita atau berlakon, ini
bermaksud perlakuan tersebut dapat dilihat atau didengar.

Pada bahagian lain kandungan buku tersebut, Razmah Man (2009), juga
menyatakan bahawa terdapat perlakuan yang tidak dapat lihat. Perlakuan
tersebut dikenali sebagai perlakuan yang terselindung. Perlakuan yang tidak
dapat dilihat adalah penting, bagaimanapun penyataan yang menghuraikan
perlakuan terselindung seperti itu tidak pula layak dikatakan sebagai objektif.
Bagi objektif jenis ini, guru perlulah menambahkan petunjuk tingkah laku untuk
menjelaskan bagaimana perlakuan terselindung itu agar boleh dikesan secara
langsung. Petunjuk tingkah laku merupakan sesuatu yang memberitahu kita
secara langsung sama ada perlakuan yang terselindung itu dilakukan sama ada
seperti yang kita hasratkan atau tidak. Misalnya, apabila guru mengharapkan
muridnya dapat mengenal pasti, guru tersebut perlu menambah petunjuk tingkah
laku seperti bulatkan, tunjukkan, hitamkan, gariskan dan lain-lain.

Bagi aspek kriteria pula, Robert Mager (2009:109) menghuraikan bahawa


kriteria perlakuan yang sesuai boleh ditambah dalam penyataan objektif.
Tindakan itu akan memberitahu murid sebaik manakah mereka perlu laksanakan
sesuatu untuk dianggap kecekapan. Dengan menambahkan maklumat tentang

Kerja Kursus Projek 4


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

kayu pengukur yang akan mengukur pencapaian objektif, guru akan


meningkatkan lagi kebergunaan objektif. Tambah beliau, antara kelebihan
tindakan ini ialah murid akan mengetahui sama ada mereka berjaya melepasi
atau mencapai perlakuan yang dijangkakan. Selain itu, dengan menyatakan
aspek kriteria dalam penyataan objektif, guru akan memiliki satu standard untuk
menguji kejayaan pengajaran.

Berdasarkan ulasan Razmah Man (2009), aspek syarat juga dinilai dalam
pembentukan objektif yang tepat dan berkesan. Aspek syarat menghuraikan
tentang syarat yang mempengaruhi perlakuan yang dijangkakan berlaku. Jika
menetapkan perlakuan sahaja, objektif yang ingin dicapai tidak akan berjaya
kerana tidak jelas dan terperinci. Syarat ditekankan supaya dapat menjelaskan
apa yang dihajati agar dapat menyokong perlakuan dan kriteria yang diperlukan.

Kerja Kursus Projek 5


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

2.3 Taksonomi Domain Kognitif

Dalam penyampaian pelajaran Bahasa Melayu, guru perlu menentukan


objektif yang hendak dicapai dalam sesuatu unit pembelajaran. Objektif ini
membantu guru menentukan arah dan mengehadkan isi pelajaran yang hendak
disampaikan. Dalam hubungan pengajaran Bahasa Melayu, terdapat dua unsur
penting yang berkaitan dengan murid-murid yang perlu guru pertimbangkan.

Menurut Lee Shok Mee (1990), unsur yang pertama ialah peringkat
penguasan kemahiran bahasa yang hendak dikuasai oleh murid. Dalam
rancangan pengajaran, peringkat itu digelar ‘fokus utama’. Mafhumnya, guru
perlu mempertimbangkan apakah jenis kemahiran yang ingin diajarkan daripada
kemahiran bahasa yang empat; sama ada kemahiran mendengar, bertutur,
membaca atau menulis.

Manakala unsur yang kedua terpenting ialah peringkat kognitif murid-


murid bersandarkan kemahiran bahasa yang dipelajari. Guru seharusnya bijak
menentukan sama ada murid perlu diberikan penguasan pada peringkat
mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis atau menilai
seperti tata tingkat Taksonomi Bloom, Kamarudin Hj. Husin (1986:69). Jadi, jika
dilukiskan ilustrasinya, akan terhasillah rajah metriks seperti di bawah:

Kerja Kursus Projek 6


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

ARAS HURAIAN

Mengetahui Pengetahuan tentang fakta-fakta khusus. Kebiasaannya,


mengenai konsep sesuatu perkara.

Memahami Kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran,


laporan, rajah, arahan, peraturan dan lain-lain.

Mengaplikasi Kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, rumus,


teori. Contohnya, penghasilan peta minda.

Menganalisis Berupaya menaakul, membanding beza dan menstrukturkan


skop yang luas kepada yang lebih kecil.

Menilai Menentukan darjah kesahan sesuatu perkara atau


permasalahan berdasarkan alasan-alasan tertentu.

Mensintesis Menyampaikan perasaan, idea atau pengalaman hasil


penganalisisan.

2.4 Ketepatan Penulisan Objektif Dalam Rancangan Pengajaran Harian

Kerja Kursus Projek 7


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Objektif yang ditentukan bagi sesuatu pelajaran itu hendaklah sesuai


dengan keadaan murid yang mempelajari kemahiran tersebut. Mungkin peringkat
pengetahuan yang dijadikan objektif bagi sesuatu kemahiran bahasa itu tidak
sampai kepada peringkat yang paling tinggi tetapi bagi sesuatu kemahiran yang
lain pula akan mencapai peringkat pengetahuan yang lebih tinggi pula. Makanya,
oleh sebab proses pembelajaran itu merupakan sesuatu yang abstrak, objektif
unit-unit pelajaran itu perlu dinyatakan tingkah lakunya supaya sekiranya
seseorang itu telah mencapai sesuatu objektif yang diharapkan, kesan
pembelajaran itu akan dapat dilihat.

Berdasarkan kajian terhadap buku tulisan Kamarudin Hj. Husin (1986:69),


apabila seseorang guru itu merancang fokus pembelajaran, perlulah juga
ditekankan mengenai bidang kelangsungan murid bagi mencapai objektif yang
dirangka. Memetik daripada tulisannya, model yang sesuai untuk digunakan oleh
guru bagi menganalisis sistem P&P pendidikan di sekolah adalah Model
Taksonomi Bloom. Menurutnya, model ini berkembang kepada tiga bahagian
iaitu bidang kognitif, afektif (perasaan, emosi dan sikap) serta psikomotor.

Dalam ranting bidang kognitif, terdapat enam (6) tata tingkat atau
pemeringkatan yang dapat dinilai. Pemeringkatan itu bermula dengan aras
pengetahuan, pemahaman, pengaplikasian, penganalisisan, penialain dan
sintesis. Keenam-enam aras ini menjadi kayu pengukur kepada guru dalam
membina soalan kebiasaannya. Namun, guru juga boleh menjadikan model ini
sebagai rujukan sebelum mencipta objektif. Misalnya dalam rancangan
pengajaran harian bagi tugasan ini, guru telah memilih tema keamanan.
Makanya, peristiwa kepayahan dan kesengsaraan hidup di Palestin menjadi inti
kepada pencetusan kognitif murid. Sudah tentu kumpulan murid Tahun Lima
sangat faham tentang isu di Palestin walaupun sedikit.

Sebagai menguji aras sintesis mereka, guru diharapkan dapat


merangsang mereka menyampaikan perasaan atau idea melalui sajak dan

Kerja Kursus Projek 8


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

dekon setelah mempunyai skema baharu dengan membaca artikel khas tentang
kehidupan rakyat Palestin ketika langkah awal P&P. Di akhir pembelajaran pula
murid dapat melalui proses penilaian dengan menilai sejauh mana keamanan
negara dipelihara.

Keduanya adalah aspek afektif. Seperti mana yang diketahui, afektif ini
bersangkutan dengan perasaan dan emosi. Maka, sudah tentu ianya perlu diberi
perhatian oleh guru supaya murid terdidik dengan batin mereka tidak hanya
cuma pandai dengan akaliah sahaja. Menurut Kamarudin Hj Husin dalam buku
yang sama, rangka afektif di peringkat yang paling rendah dikenali sebagai
penerimaan. Seterusnya diikuti dengan gerak balas, menilai, organisasi dan
akhir sekali adalah perwatakan. Setiap aspek ini dapat diperhatikan oleh guru
setelah diajarkan isi pelajaran tertentu. Oleh sebab itu tugasan ini memuatkan
aktiviti lisan bagi mendapatkan luahan rasa murid tentang sesuatu isu berbangkit
supaya guru dapat melihat dengan jelas dampak afektifnya mengikut unit-unit
tertentu.

Selain itu, pada bidang psikomotor pula lebih ditekankan mengenai gerak
balas dan mekanisme yang kompleks tentang sesuatu perkara. Aktiviti dekon
yang dirancang dapat membuktikan sejauh mana aspek psikomotor memberi
kesan yang mendalam tentang hasil pembelajaran. Kesimpulannya, ketiga-tiga
aspek yang dimodelkan oleh Bloom sangat berkait rapat dan saling
bergantungan. Kepentigan ketiga-tiganya diilustrasikan seperti rajah di bawah:

Penulis telah merancang sebuah aktiviti kemahiran lisan sebagai fokus


utama manakala kemahiran menulis merupakan fokus sampingan. Terdapat dua

Kerja Kursus Projek 9


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

objektif pengajaran yang telah dirangka bagi menjelaskan hasil pembelajaran


murid-murid di kelas terbabit. Antara objektif yang terkandung adalah seperti:

1. Mendeklamasikan sajak untuk melahirkan perasaan dengan


menggunakan lima frasa puitis dalam aksi dekon secara berkumpulan.

2. Memilih lima ayat dariapda artikel yang memberikan gambaran tentang


perasaan sedih dan sengsara kehidupan di Palestin serta menyatakan
alasannya.

Bagi objektif pertama, murid dapat mendeklamasikan sajak untuk


melahirkan perasaan dengan menggunakan sekurang-kurangnya lima frasa
puitis dalam aksi dekon secara berkumpulan. Objektif ini nyata bertepatan
dengan fokus utama pengajaran iaitu kemahiran lisan. Kemahiran ini
menghuraikan kebolehan murid meluahkan perasaan dengan menggunakan
bahasa puitis berdasarkan sesuatu tema. Deklamasi sajak merupakan medium
yang berkesan untuk meluahkan perasaan. Sememangnya diakui sajak yang
berisi dan sempurna mampu mempengaruhi pendengar dengan penggunaan
bahasanya yang puitis dan muluk-muluk. Selain itu, pelahiran perasaan murid
juga menjadi lebih bermakna dengan kewujudan aksi lakonan yang menyaingi
deklamasi sajak. Apabila murid meluahkan perasaan dengan bersajak, tidak
semua yang akan berjaya memahami apa yang disampaikan, tetapi dengan
adanya lakonan daripada rakan kumpulan yang lain, sajak itu dilihat sangat
bermakna malah mampu mengapresiasikan tema yang ingin disampaikan.

Berdasarkan kajian terhadap ulasan Robert F. Mager (2009:46), setiap


penyataan objektif perlulah mengandungi tiga ciri-ciri khusus iaitu perlakuan,
kriteria dan syarat. Ketiga-tiga aspek ini penting dalam membuktikan hasil
pembelajaran yang dicapai oleh setiap murid. Bersangkutan dengan objektif

Kerja Kursus Projek 10


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

pengajaran pertama dalam tugasan ini, aspek perlakuan yang jelas dapat dilihat
ialah, mendeklamasikan sajak untuk meluahkan perasaan. Menurut Robert lagi,
perlakuan adalah susuatu yang menghuraikan apa yang dijangka murid dapat
lakukan. Mafhumnya, penulis membayangkan murid akan dapat meluahkan
perasaan dengan mendeklamasikan sajak berkenaan dengan tema yang
ditetapkan agar dapat memberikan kesan yang mendalam kepada rakan sekelas
yang lain.

Apabila menyentuh aspek kriteria pula, Robert Mager (2009:50) membuat


kenyataan bahawa kriteria itu adalah huraian tahap kecekapan yang mesti
dicapai atau dilepasi pelajar. Berdasarkan objektif pengajaran yang pertama itu,
kriteria yang dapat dilihat ialah kecekapan murid dalam menghasilkan sekurang-
kurangnya lima frasa puitis dalam sajak. Sebelum sesi P&P berakhir, guru perlu
memastikan murid dapat membuktikan kemahiran menulis lima frasa puitis. Ini
merupakan kriteria yang perlu dicapai oleh murid dalam membuktikan
keberkesanan objektif P&P yang telah dirangka oleh guru.

Seterusnya, aspek ketiga terpenting ialah syarat dalam penyataan


objektif. Syarat merupakan sesuatu yang menghuraikan syarat yang
mempengaruhi perlakuan yang dijangkakan berlaku. Mafhumnya, syarat
merupakan pelengkap kepada pelaksanaan perlakuan. Sebagai contohnya,
dalam objektif pengajaran pertama tersebut terdapat frasa yang melambangkan
syarat. Misalnya, frasa ‘dalam aksi dekon secara berkumpulan’. Frasa
tersebut menunjukkan ketetapan atau kewajipan syarat bagi proses meluahkan
perasaan dengan cara melakukan aktiviti dekon (deklamasi puisi dan lakonan)
secara berkumpulan. Jadi, jelaslah dapat diketahui bahawa persembahan dekon
merupakan syarat yang membantu kepada pelaksanaan pendeklamasian sajak
untuk melahirkan perasaan kepada rakan yang lain. Kesimpulannya, objektif ini
sangat sesuai dan bertepatan dengan ciri-ciri objektif pengajaran yang
sempurna.

Kerja Kursus Projek 11


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Bagi objektif pengajaran kedua, murid dapat memilih lima ayat daripada
artikel yang memberikan gambaran tentang perasaan sengsara kehidupan
di Palestin serta menyatakan alasannya. Sebenarnya, objektif ini merupakan
cerminan kepada aktiviti untuk fokus sampingan iaitu kemahiran membaca.
Murid akan diminta untuk membaca sebuah artikel tentang kehidupan di
Palestin. Oleh itu, guru membayangkan bahawa murid akan dapat mengenal
pasti beberapa ayat yang memberi kesan sedih dan sebagainya daripada artikel
tersebut.

Seperti mana ulasan terhadap penyataan dalam objektif pertama sebelum


ini, objektif pengajaran kedua ini juga mengandungi tiga aspek atau ciri-ciri
utama dalam penyataan objektif pengajaran. Seperti yang ditekankan oleh
Robert F. Mager (2009:51), aspek perlakuan perlu dinyatakan dalam objektif
supaya guru dapat melihat dengan lebih jelas hasil pembelajaran yang
diinginkan. Misalnya, dalam contoh penyataan objektif kedua ini terdapat frasa
‘memilih dan menyatakan alasan’ pada awal dan akhir penyataan. Ini
bermaksud, guru menghajatkan kebolehan murid dalam memilih ayat-ayat yang
difikirkan mengandungi kesan mendalam daripada hasil pembacaan artikel
terbabit. Selain itu, murid juga dikehendaki memberi alasan atau rasional
pemilihan ayat.

Kedua, aspek kriteria juga dapat dinilai daripada penyataan objektif bagi
fokus sampingan kemahiran menulis tersebut. Frasa ‘sekurang-kurangnya lima
ayat yang memberikan gambaran tentang perasaan sengsara kehidupan di
Palestin’ jelas menunjukkan betapa terperincinya kriteria yang perlu dilepasi
oleh murid. Mafhumnya, murid-murid akan mencatatkan lima ayat yang
dirasakan memberi gambaran perasaan tentang kehidupan di Palestin. Kriteria
ini dilihat sangat sesuai dan bertepatan dengan fokus pengajaran kerana setelah
murid berjaya mengecam beberapa ayat yang melambangkan perasaan, minda
murid akan terjentik untuk meluahkan perasaan dengan menggunakan ayat yang
lebih kurang sama dengan apa yang telah dibaca.

Kerja Kursus Projek 12


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Akhir sekali adalah aspek syarat bagi penyataan objektif kedua.


Berdasarkan penelitian, objektif tersebut menekankan syarat pemilihan ayat
daripada petikan artikel kehidupan di Palestin. Ini bermaksud frasa ‘daripada
artikel’ telah memberikan gambaran yang jelas bahawa pemilihan ayat
hendaklah dilakukan dengan memilih daripada artikel yang disediakan. Oleh itu,
jelaslah bahawa syarat itu merupakan aspek yang menjadi pelengkap kepada
perlakuan murid yang dikehendaki memilih ayat yang memberi kesan mendalam.

Kesimpulannya, kedua-dua objektif tersebut benar-benar menepati ciri-ciri


sebuah objektif pengajaran yang sempurna dan berkesan. Tetapi, perlu
diingatkan bahawa, setiap penyataan objektif itu tidak hanya terhenti setakat itu.
Sebagai seorang guru, penilaian terhadap murid menjadi perkara biasa setelah
sesi P&P. Jadi, bagi mengenal pasti darjah keberkesanan objektif yang dirangka.
Guru perlu menyediakan borang penilaian supaya dapat dijadikan panduan bagi
mengenal pasti kriteria-kriteria yang sepatutnya dicapai oleh murid seperti yang
termaktub dalam penyataan objektif.

3.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK PENGAJARAN

3.1 Definisi Teknik

Kerja Kursus Projek 13


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), teknik adalah kaedah mencipta


sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Selain itu,
maksud lain bagi istilah teknik dalam Kamus Dewan tersebut ialah, pengetahuan
yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri (seperti jentera,
kenderaan, bangunan, dan lain-lain).

Manakala menurut Edward M. Anthony (1997), beliau mendefinisikan


teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana teknik tersebut digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Kesimpulannya, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru


bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk
pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang digunakan.

3.2 Kepentingan Teknik

Kerja Kursus Projek 14


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Mengikut Edward M. Anthony (1996), beliau mendefinisikan teknik


sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk
mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian
bahasa yang tertentu. Penyataan ini jelas merujuk kepada beberapa teknik
yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti teknik latih tubi,
teknik main peranan dan sebagainya.

Antara kepentingan teknik ini ialah digunakan untuk menarik perhatian


murid. Contohnya jika seseorang guru menggunakan teknik lisan, murid akan
dilatih bagaimana untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Justeru secara
tidak langsung, murid-murid ini akan mendengar dan member perhatian akan
apa yang bakal rakan mereka sampaikan. Apabila berlakunya situasi demikian,
maka akan berlakulah sesi soal jawab dan sebagainya. Ini menunjukkan
perhatian murid telah tertarik melalui penggunaan teknik tersebut.

Kepentingan lain ialah, mengekalkan perhatian murid. Umum mengetahui


bahawa pemikiran kanak-kanak lebih cenderung ke arah permainan. Menyedari
hakikat ini, guru boleh menggunakan teknik permainan bahasa dan sebagainya
untuk memastikan fokus murid terhadap pembelajaran tidak terjejas. Hal ini
secara tidak langsung akan membantu guru mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran yang di hasratkan.

Kepentingan yang ketiga ialah dapat menimbulkan rasa ingin tahu.


Perasaan ini mungkin akan wujud jika teknik inkuiri contohnya, digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Murid akan terus mengkaji dan mengkaji untuk
mengetahua apa yang akan terjadi seterusnya. Hal ini secara tidak langsung
akan merangsang pemikiran murid untuk berfikir segala kemungkinan. Secara
tidak langsung murid akan mengaplikasikan kemahiran masa depan di dalam
pembelajaran.
3.3 Teknik Pengajaran Lisan

Kerja Kursus Projek 15


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Pengajaran lisan merupakan gabungan bagi pengajaran kecekapan


kemahiran mendengar dan bertutur. Pengajaran lisan merupakan aspek
kemahiran yang penting untuk diketengahkan oleh guru memandangkan aktiviti
lisan lebih kepada aplikasi pendekatan komunikatif. Menurut Mook Soon Sang
(1994:22), berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum (1979-1980) hampir 40% murid tidak boleh menulis dan membaca,
lebih 50% tidak boleh menulis. Sebaliknya, kemahiran lisan menjadi aspek
kemahiran utama yang dapat dikuasai oleh murid.

Oleh itu, para ilmuwan berpendapat bahawa perlu dipelbagaikan aktiviti


perbincangan dan kerja kelompok. Kemahiran lisan merupakan salah satu aktiviti
yang menepati ciri-ciri tersebut. Pada pendat Mook Soon Sang (1994:23),
penyampaian secara kuliah sekiranya dikekalkan akan cepat membosankan
pelajar kerana mereka tidak dapat berinteraksi baik secara interpersonal
mahupun intrapersonal dengan rakan sebaya dan guru. Jadi, kebebasan dan
kelonggaran pergerakan kadang-kadang perlu diberikan kepada pelajar, ini
memahirkan mereka menggunakan bahasa dan berinteraksi serta menyesuaikan
diri mereka dengan rakan-rakan.

Terdapat pelbagai teknik pengajaran lisan yang direka khas oleh tokoh-
tokoh pendidikan. Antaranya ialah teknik soal-jawab, sumbang saran, bercerita,
lakonan, teater pembaca dan sebagainya. Menurut Abd. Aziz Talib (1993:74)
dam bukunya Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh, teknik
lakonan sering kali digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang
berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama teknik ini digunakan adalah untuk melatih pelajar menggunakan
unsur bahasa, unsur paralinguistik iaitu berkaitan dengan jeda, nada dan intonasi
dan juga bukan linguistik iaitu mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain
dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Tambah beliau lagi, penggunaan teknik ini mampu mendorong serta


merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran

Kerja Kursus Projek 16


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

yang dipelajarinya. Pelajar juga bebas untuk melahirakan perasaan, membuat


penemuan, serta boleh berkongsi sebarang maklumat atau sesuatu perkara.
Lakonan berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini juga berupaya menimbulkan
keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, selain dapat
menyuburkan sahsiah mereka.

Di samping itu, murid akan dapat menjalani latihan lisan dengan banyak.
Hal ini kerana teknik menekankan aspek lisan. Oleh yang demikian, murid
berkemungkinan akan dapat berkomunikasi dengan baik melalui teknik ini
berbanding dengan teknik-teknik lain. Akhirnya, murid akan lebih peka dan
berhati-hati melafazkan sesuatu. Mereka akan berfikir sebelum meluahkan kata-
kata. Hal ini adalah kerana mereka harus menitik beratkan tentang laras sosial
antara mereka dan pendengar.

Kesimpulannya, guru bahasa seharusnya sedar tentang kedudukan dan


kepentingan komunikasi murid dalam pendidikan bahasa. Hal ini bertujuan
mendapatkan maklumat pencapaian pembelajaran murid dan kelemahan serta
kekuatan murid dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru untuk
memperbaiki dan meningkatkan mutu P&P. Pemilihan teknik yang sesuai sangat
mempengaruhi kelangsungan proses pembelajaran.

3.4 Aplikasi Teknik Dan Aktiviti Dalam Rancangan Pengajaran

Kerja Kursus Projek 17


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Jika diteliti Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disediakan,


terdapat beberapa aktiviti yang dirangka bagi mencapai keberkesanan objektif
pengajaran yang dihasilkan. Selain itu, teknik pengajaran juga diambil kira
sebagai pembantu kepada proses pemaham murid. Walau bagaimanapun, guru-
guru seharusnya lebih peka terhadap tahap keupayaan murid supaya aktiviti
yang dirancang bertepatan dengan tahap pemikiran murid atau tahap
kebolehterimaan mereka. Oleh sebab itulah RPH perlu disediakan sesempurna
mungkin tanpa ada masalah yang boleh mengganggu gugat proses Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P) kerana RPH ini menjadi penentu terhadap
keberkesanan fokus utama dan fokus sampingan pengajaran.

Berdasarkan RPH dalam tugasan ini, terdapat dua fokus pengajaran yang
diketengahkan iaitu fokus utama dan fokus sampingan. Fokus utama adalah
fokus yang melibatkan kemahiran lisan. Fokus utama dilaksanakan lebih tinggi
arasnya daripada fokus sampingan dalam pemilihan huraian hasil pembelajaran.
Selain itu, fokus utama juga mengambil masa yang lebih lama berbanding fokus
sampingan. Dalam dokumen RPH itu juga, fokus sampingan yang dipilih ialah
kemahiran membaca. Murid dikehendaki membaca artikel yang diedarkan
sebelum memulakan proses pencetusan perasaan melalui persembahan dekon.

Pendekatan yang digunakan sepanjang sesi P&P ini adalah pendekatan


komunikatif. Pada pandangan Azman Wan Chik, (1989). pendekatan komunikatif
mempunyai beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Hal ini memberi banyak impak kepada pelajar dalam kemahiraan berbahasa
mereka. Salah satu implikasi pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa adalah pendekatan ini membolehkan pelajar
berkomunikasi dengan baik sekali gus mereka dapat menguasai kecekapan
linguistik. Melalui kecekapan linguistik ini, para pelajar memiliki pengetahuan
tentang sesuatuu bahasa yang mereka gunakan itu. Mereka harus menguasai
tentang nahu, struktur bahasa dan tahu bagaimana mahu menggunakannya.

Kerja Kursus Projek 18


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Selain itu, pelajar juga diminta menguasai kecekapan berkomunikasi.


Kecekapan berkomunikasi ini menuntut supaya pelajar memiliki pengetahuan
untuk menggunakan bahasa itu dalam keadaan dan situasi tertentu serta dalam
konteks yang sesuai. Hal ini menunjukkan bahawa mereka akan dapat
menggunakan laras bahasa dengan betul dan tepat. Selain itu, mereka juga
memilih unsure-unsur linguistik yang dimilikinya itu semasa mereka berinteraksi
dan disesuaikan penggunaannya mengikut konteks sesuatu situasi sosial
tertentu.

Menurut Azman Wan Chik, (1989). melalui pendekatan ini juga, pelajar
boleh menggunakan sistem bahasa secara spontan dan fleksibel bagi
menggambarkan fikiran, perasaan, mengemukakan idea, menyatakan pendapat
dan pandangan dan sebagainya. Pelajar akan dapat menyesuaikan
pengguanaan system bahasa secara spontan ini mengikut keadaanyang sesuai,
mengikut konteks dan situasi serta tujuan-tujuan tertentu. Pendekatan ini turut
menyedarkan pelajar bahawa tiap-tiap struktur ayat yang betul itu tidak
semestinya sesuai digunakan tanpa memahami cara penggunaannya
berdasarkan ‘rule of use’. Disamping itu, pelajar akan dapat membetulkan
kesalahan sendiri dengan menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang dipilih
sebagai alternatif dan dianggap sesuai bagi sesuatu tujuan dalam
berkomunikasi.

Tambahan pula, pelajar juga dapat mengembangkan idea disamping


dapat bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Hal ini disebabkan oleh
proses pembelajaran mengikut pendekatan ini menekankan gerakerja
berkumpulan atau berpasangan yang member peluang kepada pelajar untuk
berkomunikasi. Aktiviti sebegini banyak membantu pelajar dalam aktiviti
pembelajaran mereka dimana mereka akan dapat menghilangkan rasa takut dan
malu. Sebaliknya, mereka akan berasa lebih yakin dan berani untuk melibatkan
diri mereka dalam aktiviti yang dijalankan.

Kerja Kursus Projek 19


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Secara perinciannya, aktiviti yang dijalankan diambil kira bermula


daripada set induksi. Menurut S. Nathesan (1999:39), mengendalikan induksi set
dengan cara yang merangsangkan memang memerlukan perancangan yang
teliti dan hal ini mungkin memaksa guru memikirkan induksi set yang agak luar
biasa supaya permulaan pengajaran benar-benar dapat merangsangkan pelajar.
Yang penting, induksi set harus menjadi suatu aktiviti yang bermakna dan sejajar
dengan minat dan pengalaman para pelajar. Hal ini akan mempengaruhi hasil
pembelajaran.

Menurut aktiviti set induksi yang terkandung dalam RPH tugasan, guru
akan menayangkan video kesengsaraan hidup di Palestin. Kemudian, murid
akan dijentik minda mereka dengan pengalaman sedia ada mereka tentang
kesengsaraan rakyat Palestin. Hasilnya, wujudlah sebuah interaksi sosial
sebelum sesi P&P dimulakan. Teknik yang digunakan oleh guru ketika ini ialah
teknik soal jawab. Tujuannya adalah bagi mengaktifkan skema murid selain
meningkatkan minat mereka sebelum mulanya pembelajaran. Teknik ini
dirasakan sesuai kerana bagi mengajarkan aspek kemahiran lisan yang
mengkehendaki mereka meluahkan perasaan, guru perlu membiarkan murid
menyatakan pendapat mereka dengan bebas supaya mereka tidak terikat
dengan isi pelajaran semata-mata.

Selain itu, pelajar akan lebih aktif berfikir menerusi soalan-soalan yang
dikemukakan oleh guru. Di samping itu, teknik ini digunakan adalah untuk
mengesan pengetahuan berbahasa murid serta memberi galakan kepada murid
untuk berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Oleh itu, guru haruslah bijak
mengemukakan soalan yang terancang dan bermutu bagi mewujudkan
pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Seterusnya ialah aktiviti pada langkah pertama. Kebiasaannya langkah


pertama memuatkan aktiviti bagi fokus sampingan hasil pembelajaran. Seperti
yang terkandung dalam RPH tugasan ini, fokus sampingan iaitu kemahiran

Kerja Kursus Projek 20


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

membaca telah dipilih dengan memakan masa sebanyak 15 minit. Aktiviti


membaca skimming dan scanning ini merupakan permulaan kepada proses
pelahiran perasaan murid di akhir pengajaran nanti. Maksudnya, guru akan
mengedarkan aritkel kehidupan di Palestin yang memuatkan pelbagai peristiwa
yang menyayat hati. Dari situ, guru akan meminta murid mengenal pasti ayat-
ayat yang dirasakan dapat memberi kesan kepada perasaan murid supaya
perasaan itu akan dapat diluahkan ketika aksi dekon.

Di samping itu, guru akan menggunakan aktiviti mencatat nota dengan


meminta murid mengisikan borang untuk memilih sekurang-kurangnya lima ayat
yang memberi gambaran tentang pelbagai perasaan setelah membaca artikel
terbabit. Teknik ini sangat sesuai dilaksanakan sebagai proses kelangsungan
menjana perasaan terhadap keganasan yang melanda dunia. Oleh itu, guru
perlu meninjau dengan teliti semasa aktiviti ini dijalankan kerana aktiviti ini sedikit
sebanyak akan memberi kesan kepada yang akan datang.

Kemudiaan, dalam langkah kedua, terdapat aktiviti mempelajari


bahasa puitis. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan berikutan fokus utama
pengajaran adalah murid dapat meluahkan perasaan kepada rakan dengan
menggunakan bahasa yang puitis ketika bersajak. Biarpun mereka sudah
diajarkan sedikit sebanyak tentang bahan sastera, tetapi aktiviti ini dilihat mampu
menambah penguasaan murid tentang ilmu itu dengan pengayaan kosa kata dan
perumpamaan analogi yang baharu. Hasilnya, mereka akan gunakan perkataan
yang melambangkan perasaan itu bagi tujuan aktiviti berikutnya kemudian.

Perkara ini sangat bersesuaian dengan pandangan Prof. Mohd Taib


Osman (1977:42) yang mengatakan perbendaharaan kata yang dikuasai oleh
seseorang penyajak sangat penting bagi membentuk dan melahirkan kekuatan
ekspresi juga menunjukkan ciri khas penyajak. Perbezaan kedaerahan, suku,
agama, pendidikan, jantina dan sebagainya menghasilkan puisi yang berbeza
dan suasana perasaan penyajak.

Kerja Kursus Projek 21


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Yang menariknya adalah teknik yang digunakan ketika melakukan aktiviti


ini ialah permainan bahasa. Teknik ini dilaksanakan dengan permainan
berkomputer atau tutorial yang mengkehendaki murid meneka perkataan yang
menggambarkan perasaan dengan hanya diberikan klu daripada perumpamaan.
Tujuannya ialah murid akan dapat menghasilkan sajak dengan menggunakan
bahasa puitis seperti mana yang terkandung dalam objektif utama pengajaran.

Menurut Azman Wan Chik, (1989:76). Teknik permainan bahasa ini


digunakan oleh guru bagi mengukuhkan pengajaran dan memantapkan lagi
pemahaman murid mengenai topik-topik yang diajarkan. Selain itu, murid juga
dapat mengulang kaji sambil bergembira. Murid juga dapat belajar kaedah cara
berfikir yang baru. Penggunaan teknik ini juga mampu membantu murid
memahami sistem Bahasa Melayu terutamanya dari segi bentuk, makna serta
penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk pengajaran dan
pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu dijalankan secara spontan atau
dijalankan sebagai aktiviti pertandingan. Dalam tugasan ini, aktiviti
pertandingan secara berkumpulan telah dirancangkan. Kutipan markah juga
akan dilakukan bagi mewujudkan persaingan dalam permainan.

Aktiviti lain yang terdapat dalam langkah ini adalah aktiviti menghasilkan
sajak. Sebelum murid diarahkan untuk mencipta beberapa frasa sajak yang
puitis, mereka akan diajarkan dahulu ciri-ciri sajak yang baik. Misalnya, murid
akan diajarkan cara mengemukakan emosi dalam ayat dengan menggunakan
perkataan-perkataan yang baru dipelajari semasa aktiviti permainan bahasa
meneka diksi yang berkaitan tentang perasaan serta analoginya. Setelah itu,
barulah murid akan dilepaskan ke kumpulan masing-masing untuk mencipta
sajak sebelum mempersembahkan aktiviti dekon.

Teknik yang digunakan semasa aktiviti penghasilan sajak ialah


perbincangan dalam kumpulan. Menurut Prof. Mohd Taib Osman (1977:52),
teknik ini merupakan teknik pengajaran yang berbentuk perbincangan dan
dilakukan dalam kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru.

Kerja Kursus Projek 22


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Murid-murid juga aktif menyatakan pendapat dengan bimbingan dan panduan


guru. Penggunaan teknik ini juga dapat mengembangkan daya berfikir dan dan
kemahiran sosial murid. Murid juga akan menjadi lebih berani dan berkeyakinan.
Aktiviti pada langkah kedua ini sebenarnya bersesuaian dengan objektif pertama
dalam penyataan objektif. Murid dijangkakan akan dapat menghasilkan lima
baris frasa sajak untuk dipersembahkan dalam aktiviti dekon. Oleh itu,
perancangan yang dilaksanakan beserta teknik semasa aktivitinya perlu
dititikberatkan kerana itu mampu memberi kesan positif dalam aktivit P&P.

Langkah ketiga bagi sesi P&P ini ialah kemuncak kepada pembelajaran
yang dilalui bermula daripada awalnya. Aktiviti yang dirancang ialah aktiviti fokus
utama pengajaran iaitu murid melahirkan perasaan dengan
mendeklamasikan sajak. Setelah mempelajari pelbagai jenis ayat dan
beberapa perumpamaan yang puitis, murid dikehendaki mengaplikasikannya
untuk menyatakan perasaan kepada rakan sekelas yang lain. Guru juga akan
memberikan borang penilaian penguasaan kemahiran bagi memastikan
keberkesanan isi pelajaran yang diajarkan dari mula langah P&P. Teknik yang
digunakan semasa aktiviti ini ialah teknik dekon. Teknik dekon merupakan
akronim bagi aktiviti deklamasi sajak dan lakonan. Maksudnya, secara
berkumpulan, akan ada murid yang mendeklamasikan sajak sebagai cara
meluahkan perasaan tentang tema yang diberikan, kemudian akan ada juga
rakan kumpulannya yang melakonkan aksi secara bisu di samping
pendeklamator tersebut.

Tujuannya ialah mendorong serta merangsang murid untuk


menghubungkan perasaannya dengan aksi yang ditunjukkan melalui kefahaman
tentang isi sajak beserta emosi yang terkandung dalam sajak. Pelajar juga bebas
untuk melahirkan perasaan, membuat penemuan, serta boleh berkongsi
sebarang maklumat atau sesuatu perkara. Dekon berperanan sebagai ragam
pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Kerja Kursus Projek 23


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Teknik ini juga berupaya menimbulkan keseronokan dan keberkesanan


pembelajaran kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah mereka.

Menurut ulasan Prof. Mohd Taib Osman, (1977:23) dalam bukunya


Pengajaran Bahasa dan Kesusateraan Malaysia, melalui aktiviti seperti dekon
ini, murid juga akan menyedari akan makna sosial dan makna linguistik yang
dihasilkan daripada unsur-unsur paralinguistik seperti isyarat tangan,
menggelengkan kepala, mencemik, mengerling, dan sebagainya.

Unsur-unsur paralinguistik ini boleh berlaku dalam persembahan yang


dijalankan. Selain itu, pembelajaran bahasa akan menjadi lebih bermakna
kerana contoh-contoh sebenar dibawa ke bilik darjah. Murid juga berpeluang
untuk mempengaruhi rakan-rakan bagi menyampaikan makna dengan berkesan
dalam konteks dan situasi tertentu.

Bagi pandangan Prof. Madya Dr. Ishak Ramly (2003:55), aktiviti


demonstrasi dan lakonan sangat sesuai dijalankan semasa menggunakan
pendekatan komunikatif dalam pembelajaran. Tambah beliau, kaedah ini sering
digunakan bagi menghindarkan pelajar daripada menggunakan kaedah atau
teknik pengajaran yang sama sahaja. Guru boleh mengubah gaya persembahan
lakonan pelajar dalam kelas.

Guru juga boleh mengekalkan gaya bahasa yang terkandung dalam


petikan sajak tetapi dengan pengolahan idea asal. Dengan cara ini, guru akan
dapat meningkatkan motivasi murid dan perasaan ingin tahu mereka selain
memanjangkan minat dan keinginan supaya mempeajari sastera. Tetapi,
sekiranya aktiviti ini dijalankan secara pertandingan, pembetulan oleh guru
hanya dilakukan selepas rumusan penilain kemahiran yang telah diajarkan.
Akhir sekali ialah pada langkah penutup. Semasa akhir pengajaran ini,
guru akan mengadakan aktiviti refleksi isi pelajaran dan penilaian terhadap
persembahan murid. Pada aktiviti ini, guru mengimbas kembali apa yang telah

Kerja Kursus Projek 24


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

murid pelajari bagi memperoleh idea tentang keberkesanan P&P pada sesi
tersebut. Murid akan menyatakan pendapat mereka atas apa yang mereka
pelajari. Kesimpulannya, aktiviti dan teknik yang dirangka bagi mencapai objektif
pengajaran dilihat bertepatan dan sesuai dengan fokus utama dan sampingan
yang telah direncanakan.

4.0 BAHAN BANTU MENGAJAR

Kerja Kursus Projek 25


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

4.1 Definisi Bahan Bantu Mengajar

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan


kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-
pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan
lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang
tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981:2), bertajuk “Alatan Mengajar


Dalam Pengajaran Bahasa, ‘alat bantu ‘itu mestilah dianggap sebagai satu
bahagian yang padu dalam proses tersebut dan bertujuan untuk menambah
kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama
murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan


dalam bentuk “cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula
dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.
Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang
disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan
sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan
baik.

David Berlo (1996) mengatakan dalam proses komunikasi itu terdapat


empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaran
sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan.
Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini
pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi,
beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan
proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.

Kerja Kursus Projek 26


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Ngui Kuen Seng (1981) pula mengatakan alat bantu mengajar tidak dapat
ditakrifkan dengan tetap walaupun pada keseluruhan ramai pendidik
mempersetujui bahawa penggunaan alat bantu mengajar dalam P&P adalah
pengalaman yang melibatkan penggunaan penglibatan/ pandangan seseorang.

Kesimpulannya, BBM boleh diertikan sebagai apa jua bentuk bahan yang
digunakan dalam pembelajaran. Bahan ini merupakan aspek penting dalam
pembelajaran, dan membantu proses pembelajaran pelajar menjadi lebih
berhasil dan bermakna.

4.2 Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar

Kerja Kursus Projek 27


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Hari ini dengan bertambahnya pengetahuan teknologi, beberapa alatan


mengajar baharu telah dihasilkan dalam membantu proses pemahaman murid.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sesuatu bahan yang boleh disiapkan
dengan berbagai cara. Contohnya, sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam
bentuk buku, carta atau slaid dan dipancarkan pada skrin.

Berdasarkan pendapat di atas dapat Atan Long (1982:174) menyimpulkan


bahawa alat-alat bantu mengajar boleh dibahagi kepada tiga kategori seperti
berikut:

1. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran,


filem jalur, slaid, projektor overhead, projektor opeque, pita video, radio,
pita rakaman, piring hitam dan lain-lain.
2. Bahan bukan elektronik seperti suara, buku, gambar,carta, model, surat
khabar, papan putih dan lain-lain.
3. Bahan-bahan bercorak pelajaran seperti lakonan,pentomin,lawatan,projek
pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.

Manakala menurut Azman Wan Chik, (1989:20). Dalam bukunya


Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Alatan dan Bahan Bantu, terdapat dua jenis
bahan bantu mengajar iaitu; media elektronik dan media bukan elektronik. Antara
yang tergolong dalam media elektronik ialah radio, televisyen, filem, pita
rakaman, slaid filem, projektor legap, makmal bahasa, dan lain-lain lagi.
Manakala bagi media bukan elektronik adalah seperti buku, kad imbasan, kad
manila, kertas mahjung atau benda-benda wujud lain. Aktiviti seperti lakonan,
pantomin, dekon dan lawatan biasanya menggunakan bahan bantu mengajar
bagi kedua-dua jenis ini.

Bagi pengajaran kemahiran lisan, terdapat BBM yang sesuai untuk


digunakan seperti saranan tokoh pendidik. Berdasarkan pandangan Atan Long
(1982), alat bantu mengajar bagi kemahiran lisan adalah segala kelengkapan
yang digunakan oleh guru untuk membantunya menyampaikan pengajaran di
Kerja Kursus Projek 28
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

bilik darjah. Alatan ini tidaklah terhad kepada buku,teks, papan tulis, gambar dan
rajah sahaja tetapi ia biasanya meliputi segala macam benda yang boleh
membantu dan menyokong pengajaran. Ini termasuklah benda-benda konkrit
yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dirasa, dihidu digunakan dan
sebagainya. Ia merupakan apa sahaja yang boleh dialami oleh murid. Antara
cadangan BBM yang boleh digunakan ialah rakaman perbualan, paparan video,
radio dan pelbagai lagi.

Tambah beliau, pengajaran lisan merupakan satu bentuk komunikasi.


Komunikasi pula bertujuan memberitahu, mempengaruhi dan menghiburkan.
Pada pendapat umum, tujuan utama guru adalah memberitahu, atau lebih tepat
lagi menyampaikan ilmu atau satu himpunan maklumat kepada murid-murid.
Dalam pengajaran seperti ini, pengguanaan alat bantu mengajar adalah sangat
penting.

Hari ini, dengan bertambahnya kemajuan di bidang pengetahuan saintifik,


psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi dan sebagainya, beberapa
peralatan mengajar bentuk baharu dan lama digunakan untuk mempercepatkan
proses pembelajaran.namun demikian peralatan seperti ini tidaklah berupaya
atau boleh mengambil tempat sebagai seorang guru. Alat-alat ini hanyalah
membantu guru-guru membimbing murid-murid dan tidak lebih daripada itu.

4.3 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar

Apabila berkata tentang bahan bantu mengajar (BBM), perlu diingat ianya
merupakan bahagian yang penting dan padu dalam pelaksanaan sesi

Kerja Kursus Projek 29


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dianalogikan seperti sebuah kereta,


seharusnya memiliki enjin sebagai organ yang menggerakkan kereta. Sekiranya
tiada enjin, kereta tersebut tidak mampu bergerak. Samalah juga dengan bahan
bantu mengajar yang bertindak sebagai enjin pembelajaran. Bahan itu perlu
diadakan supaya perjalanan P&P menjadi lancar dan teratur.

Atan Long (1982) berpendapat bahawa BBM diwujudkan bagi mengatasi


masalah-masalah seperti:
1. Masalah kekurangan tenaga pengajar.
2. Masalah kekurangan masa.
3. Masalah P&P dalam kumpulan yang sangat besar.
4. Masalah kebosanan kaedah pengajaran.

Secara perinciannya, alatan mengajar dalam pengajaran dan


pembelajaran, khususnya pengajaran lisan, mempunyai beberapa tujuan. Ia
bukan sahaja berhasrat untuk memberikan rangsangan yang baik dan
berkhidmat sebagai alat untuk membantu menjelaskan penerangan guru tetapi ia
juga bermaksud untuk menjimatkan masa, mempelbagaikan kegiatan dan
memberi keseronokan kepada murid. Di samping itu ia juga dapat menjadikan
suasaana pembelajaran itu menarik dan memikat. Edger Dale dalam bukunya
Audio-Visual Method in Teaching (1963), telah menyenaraikan nilai-nilai penting
tentang penggunaan alat bantu mengajar tersebut. Antara lainnya beliau
menjelaskan:

a) Alat bantu mengajar biasanya merangsangkan minat yang tinggi di


kalangan muri-murid dan minat ini adalah satu faktor yang penting dalam
pembelajaran bahasa.
b) Alat bantu mengajar menyediakan satu dasar yang kukuh untuk
memperkembangkan kefahaman dan corak pemikiran murid-murid. Oleh
itu dapat menggalakkan pembelajaran.

Kerja Kursus Projek 30


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

c) Alat bantu mengajar membekalkan satu dasar yang kukuh untuk


memperkembangkan pembelajaran murid-murid. Ini membolehkan
pembelajaran mereka itu kekal lama.
d) Alat bantu mengajar mampu menyediakan pengalaman-pengalaman yang
tidak dapat diperoleh dengan mudah melalui cara-cara yang lain.oleh itu
ia boleh menolong menjadikan pembelajaran murid itu lebih mendalam
dan pelbagai.
e) Alat bantu mengajar juga boleh membantu murid-murid memaham
sesuatu dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Ini boleh membantu
mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata mereka.
f) Alat bantu mengajar mampu menawarkan pengalaman-pengalaman yang
sebenar dan dengan demikian ia boleh merangsangkan kegiatan murid.
g) Alat bantu mengajar mendorong murid-murid mengkaji dan menyiasat dan
ini boleh menambah dan menggalakkan bacaan sukarela mereka.

4.4 Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Dalam Rancangan Pengajaran

Kerja Kursus Projek 31


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Alat bantu mengajar biasanya akan memberikan pengalaman yang lebih


baik kepada pelajar-pelajar sewaktu menjalani sesuatu pembelajaran itu. Dalam
banyak hal, pengalaman-pengalaman yang dirancang untuk murid-murid itu
hendaklah melalui pengalaman yang paling natural dan asas, iaitu melaui deria-
deria mereka. Dalam proses pembelajaran, segala apa yang kita ketahui, yang
kita percaya, fikirkan dan hayati selalunya bermula daripada satu proses
pengenalan, iaitu mengalami sesuatu itu dengan menggunakan deria.

Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dirangka, terdapat


empat jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang dirancang penggunaannya.
Antaranya ialah video kehidupan di Palestin, muzik instrumental, slaid
gambar peperangan, artikel kehidupan di Palestin dan perisian komputer
permainan bahasa. Setiap BBM tersebut akan diperjelas penggunaannya pada
bahagaian seterusnya nanti.

Norasiah Abd. Hamid (1981), beliau telah menggolongkan alat bantu


mengajar kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan elektronik. Bahan
elektronik seperti video merupakan salah satu BBM yang dirancang
penggunaannya. Video yang digunakan dalam RPH adalah video paparan
kesengsaraan di Palestin. Video ini akan digunakan pada tahap maksimum.
Maksudnya, video ini tidak hanya terbatas pada aktiviti dalam set induksi,
sebaliknya tetap akan dimainkan semula ketika sesi perbincangan murid
menghasilkan sajak. Dalam set induksi, rasional penggunaan video ini adalah
sebagai medium dalam mengembalikan pengetahuan sedia ada murid tentang
negara Palestin.

Selain itu, murid akan berasa sensitif dengan pergolakan yang berlaku di
sana seterusnya dapat membangkitkan perasaan mereka dan mungkin boleh
membantu dalam mencapai objektif pengajaran iaitu meluahkan perasaan
dengan menggunakan bahasa yang puitis melalui aksi dekon. Tambahan pula,
Kerja Kursus Projek 32
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

video juga digunakan ketika langkah kedua iaitu ketika murid dalam
perbincangan kumpulan. Biarpun pemasangan video terbabit bukanlah secara
bertumpu, tetapi video itu dimainkan bertujuan memberi panduan dan gambaran
yang jelas untuk menjana idea murid dalam menghasilkan sajak tentang
keperitan hidup di Palestin.

BBM yang kedua digunakan ialah muzik instrumental. Muzik instrumental


bermaksud muzik yang dimainkan tanpa sebarang lirik mahu pun frasa kosong.
Muzik jenis ini hanya dimuatkan dengan alunan melodi-melodi tertentu. Konteks
penggunaannya adalah jelas mengikut RPH yang dirancang. Muzik ini akan
digunakan ketika murid mempersembahkan aksi dekon. Ketika murid bersajak,
alunan muzik ini yang sesuai dengan iringan sajak murid memberi peluang
kepada mereka meluahkan perasaan dengan cara yang unik.

Di samping itu, bahan bantu yang seterusnya digunakan ialah artikel.


Artikel merupakan bahan bantu bukan elektronik yakni bahan bercetak. Bahan
bantu ini akan digunakan sebagai pemangkin kepada perasaan murid terhadap
isu di Palestin. Artikel mengenai catatan peristiwa kesengsaraan di negara
malang itu juga bersangkutan dengan penyataan objektif. Murid akan diminta
untuk mengenal pasti atau memilih lima ayat daripada artikel tersebut yang
mempunyai gambaran ayat menunjukkan kesengsaraan dan keperitan
kehidupan di sana.

Oleh itu, dengan adanya penggunaan artikel sebegini, sedikit sebanyak


akan menarik minat murid khasnya kerana mereka memperoleh maklumat
baharu sehinggakan dapat mengikuti dan menghayati setiap aspek
pembacaannya. Secara tidak langsung murid-murid memperoleh dua dalam satu
ilmu baharu iaitu pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan itu merujuk kepada

Kerja Kursus Projek 33


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

isi kandungan artikel tersebut iaitu aspek keganasan yang sedang berlaku di
Palestin, manakala kemahiran pula merujuk kepada kebolehan murid membaca
teks bagi memperoleh maklumat penting.

RPH tersebut juga melibatkan BBM seperti gambar. Namun, gambar yang
dirancangkan bukanlah gambar biasa, sebaliknya slaid gambar peristiwa
peperangan. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1986) dalam bukunya Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, gambar merupakan bahan bantu
mengajar yang paling mudah untuk didapatkan.

Tambah beliau, biarpun bahan maujud adalah lebih baik bagi memberi
gambaran yang jelas kepada murid, namun ada kalanya bahan yang ingin
diajarkan itu tidak dapat dibawa. Misalnya, guru yang ingin mengajarkan murid
tentang binatang, sudah pasti tidak mampu membawa binatang liar seperti ular
atau harimau. Makanya, membawa gambar bercetak mahu pun gambar slaid
tentang haiwan tersebut amatlah sesuai. Selain itu, dalam membuat pemilihan
gambar, guru perlu juga memberikan perhatian kepada ketepatan, kesesuaian,
seninya, terangnya agar menarik dan jelas serta bersih.

Sebenarnya, rasional penggunaan slaid gambar ini adalah lebih kurang


sama dengan penggunaan video. Slaid gambar peperangan ini akan
ditayangkan di alat pemancar ketika murid dalam perbincangan kumpulan.
Gambar-gambar tersebut akan ditayangkan secara berselang-seli bersama
video. Melalui tayangan tersebut, murid mungkin dapat menjana idea baru untuk
menghasilkan sajak dengan melihat kepada kebinasaan dan kekejaman yang
berlaku di negara Palestin itu.

Seterusnya ialah penggunaan bahan elektronik iaitu perisian komputer


permainan bahasa. Permainan ini dinamakan teka perkataan. Pelaksanaannya
yang membuka peluang kepada murid untuk mencuba sendiri atau ‘hands on’
sudah tentu akan merangsang minat mereka terhadap pembelajaran. Edgar Dale
(1963), dalam bukunya Audio Visual Method in Teaching, nilai-nilai penting
tentang penggunaan alat bantu mengajar adalah merangsang minat yang tinggi

Kerja Kursus Projek 34


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

dalam kalangan murid-murid kerana minat adalah faktor yang penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Selain itu, bahan bantu juga
berperanan dalam menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan
ketahuan dan corak pemikiran.

Di samping itu, permainan ini juga bersifat interaktif memandangkan


dimainkan secara berkumpulan. Wakil bagi setiap kumpulan akan diminta
memilih beberapa huruf konsonan dan vokal untuk diisi pada ruangan kosong
tersebut. Pemilihan huruf-huruf tersebut membolehkan mereka mendapatkan klu
bagi menjawab soalan tentang istilah perkataan yang melambangkan perasaan
berdasarkan perumpamaan dan analogi yang disediakan. Oleh itu, perisian
permainan bahasa ini sangat bermakna dan mampu memberi kelainan kepada
sistem pendidikan di negara.

Sebenarnya, terdapat pro dan kontra apabila guru-guru menggunakan


bahan bantu mengajar seperti yang diterangkan sejak awal tadi. Perkara ini
harus diselidiki dahulu sebelum memilih BBM. Bagi Kamarudin Hj, Husin
(1986:266), masalah yang perlu difikirkan sebelum menentukan BBM yang ingin
digunakan ketika P&P terbahagi kepada tiga fasa, iaitu masalah pada fasa
sebelum, semasa dan selepas. Kebiasaannya, sebelum guru-guru memilih BBM
yang digunakan, mereka perlulah memikirkan tentang kesan BBM tersebut
terhadap ketiga-tiga fasa itu. Misalnya, pada fasa sebelum, guru-guru perlu
mengenal pasti adakah bahan itu mahal, mudah didapati atau pun masalah
teknikal yang bakal dihadapi. Setelah kesemua persoalan itu terjawab, maka
bolehlah untuk digunakan.

Sementara itu, pada fasa semasa penggunaan BBM, masalah yang


sering dihadapi ialah kerosakan mengejut, kejelasan yang tidak menentu, sistem
audio yang tidak cekap. Selain itu, masalah kepada murid seperti kepekaan
mereka yang Cuma hanya mendengar tetapi tidak berfikir ketika asyik
disuguhkan dengan bahan menarik ketika P&P. Akhir sekali ialah masalah

Kerja Kursus Projek 35


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

selepas menggunakan BBM seperti kerosakan, masalah elektrik atau mungkin


kebinasaan akibat persekitaran semula jadi seperti binatang dan bencana alam.

Kesimpulannya, memilih dan menggunakan bahan pendidikan sebagai


sumber pengajaran dan pembelajaran di sekolah merupakan suatu usaha yang
mencabar. Untuk menghadapi cabaran ini, usaha guru perlulah dilakukan
mengikut panduan dan perancangan yang teliti. Dengan mematuhi cara
demikian sahajalah kemungkinan besar prestasi pengajaran guru dan
pembelajaran murid-murid di sekolah dapat meningkat maju.

5.0 ALAT PENILAIAN

5.1 Definisi Penilaian

Kerja Kursus Projek 36


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Penilaian merupakan satu tugas menentukan nilai, kedudukan, mutu,


keadaan atau ukuran tentang sesuatu berdasarkan criteria-kriteria tertentu atau
membandingkannya dengan yang lain. Penilaian juga merupakan satu proses
menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna. Maklumat
yang diperoleh ini akan digunakan untuk membuat pertimbangan bagi tindakan
selanjutnya.

Stufflebearn (1971), menyatakan bahawa penilaian sebagai “the process


of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision
alternatives”. Hal ini dapat dijelaskan bahawa penilaian adalah proses
mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi
keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Maklumat
yang diperoleh daripada beberapa sumber akan digunakan untuk membuat
pertimbangan nilai (value judgement) atau keputusan terhadap seseorang
individu, objek atau program.

Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang
dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
Melalui penilaian yang dilakukan, jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan”
dengan “apa yang dihasratkan” dapat dikenalpasti dalam sesuatu program
pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan professional iaitu proses yang
membolehkan seseorang membuat keputusan.

Secara ringkasnya, penilaian merupakan satu proses membuat


pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan untuk
memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah
mengajar dan kurikulum. Oleh itu, bagi sesuatu penilaian, objektif pengajaran
perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif
tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti
empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap
penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.
Selain itu, terdapat beberapa prosedur dalam membuat penilaian iaitu
Kerja Kursus Projek 37
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

persediaan ujian, pentadbiran, pemerikaan dan pengukuran, analisi dan


interprestasi dan tindakan.

5.2 Jenis-Jenis Penilaian

Penilaian adalah satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi


mendapatkan maklumat yang berguna untuk menentukan pencapaian sesuatu
objektif pengajaran dan pembelajaran. Menurut Zulkifli Hamid (2005), dua
Kerja Kursus Projek 38
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

bentuk penilaian lisan yang boleh digunakan di sekolah-sekolah adalah penilaian


formatif dan penilaian sumatif.

Tambah beliau lagi, penilaian formatif adalah sejenis penilaian yang


digunakan untuk mengesan perkembangan atau kemajuan tahap pembelajaran
murid dengan serta merta dan dapat mengenal kekuatan serta kelemahan
mereka. Penilaian ini member maklumat berhubung dengan prestasi
pembelajaran murid-murid itu dari semasa ke semasa dan jika terdapat
kelemahan-kelemahan murid pada waktu itu segera diperbetulkan. Penilaian
formatif juga membantu guru-guru mendapatkan maklum balas tentang
pengajaran mereka dan maklumat ini boleh digunakan oleh guru-guru itu untuk
memperbaiki proses pengajarannya. Keputusan penilaian formatif biasanya
tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang
murid dengan murid yang lain, tetapi lebih mengkhusus kepada penilaian
kemajuan atau penilaian progresif. Di sekolah-sekolah rendah, terutamanya
dalam penilaian lisan, penilaian jenis ini hendaklah dijalankan secara tidak
formal. Cara ini dapat mengurangkan perasaan gementar atau rasa takut dalam
kalangan murid-murid terhadap sesuatu penilaian itu.

Menurut Zulkifli Hamid (2005), penilaian sumatif adalah penilaian


pencapaian yang bertujuan mengesan secara menyeluruh tahap kebolehan atau
kecekapan murid di akhir sesuatu pembelajaran. Dalam perkataan lain, ia
bertindak menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai
kemahiran, bahan atau isi pengajaran yang telah diajarkan kepada mereka.
Penilaian jenis ini boleh dijalankan di akhir sesuatu kursus ataupun setelah
tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal-penggal
persekolahan. Penialaian ini berkisar kepada apa yang telah diajarkan sahaja.
Murid-murid diberi markah atau gred supaya dapat dibandingkan pencapaian
keseluruhan mereka itu sendiri.

Zulkifli Hamid (2005:87) berpendapat, dalam pengajaran dan


pembelajaran lisan, kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalamnya boleh

Kerja Kursus Projek 39


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

dinilai secara formal atau tidak formal. Pada peringkat rendah, penilaian lisan
biasanya menekankan kepada penguasaan sesuatu aspek kemahiran tertentu.
Guru-guru diminta bertindak serius dan teliti untuk menilai aspek-aspek tersebut.
Ada baiknya jika guru-guru tadi dapat menguji kemahiran-kemahiran itu secara
berasingan. Pada peringkat yang lebih tinggi, ujian atau penilaian lisan, sama
ada mendengar atau bertutur boleh dijalankan serentak dan dilakukan dalam
bentuk formal.

Kesimpulannya, guru bahasa seharusnya sedar tentang kedudukan dan


kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan
maklumat pencapaian pembelajaran pelajar dan kelemahan serta kekuatan
pelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P).

5.3 Kepentingan Penilaian

Terdapat beberapa tujuan sesuatu penilaian itu dijalankan. Pada amnya,


penilaian memberi guru maklumat tentang perkembangan dan pencapaian murid
tentang pengetahuan, sikap, kebolehan, kadar pencapaian, masalah yang

Kerja Kursus Projek 40


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

dihadapi dalam pembelajaran, keperluan dan kemahiran. Hasil ujian yang telah
dilakukan dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan murid
mereka yang sebenar sebelum memulakan pengajaran. Zulkifli Hamid (2005)
dalam bukunya Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
meringkaskan, antara kepentingan penilaian ialah:

i. Mendapatkan maklum balas.


ii. Berfungsi sebagai penggerak / motivasi.
iii. Menilai prestasi/ pencapaian/ kemajuan murid.
iv. Mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau murid.
v. Membuat klasifikasi.

Manakala bagi pandangan Kamarudin Hj. Husin (1986:106), setelah


setiap unit pelajaran dijalankan, penilaian terhadap pembelajaran dan
pengajaran itu hendaklah dijalankan. Dengan penilaian ini, guru akan mendapat
makluman balas tentang beberapa perkara. Yang pertama, guru dapat
menentukan sama ada objektif yang dinyatakan pada awal pelajaran tadi telah
tercapai atau belum. Sekiranya objektif itu telah tercapai, guru akan berpuas hati
dan bolehlah bergerak kepada pelajaran yang lain. Sebaliknya kalau objektif itu
tidak tercapai disebabkan oleh guru tidak mempergunakan pengetahuan sedia
ada murid-murid dengan meletakkan objektif terlalu tinggi, mungkin isi pelajaran
yang hendak disampaikan terlalu banyak, terlalu susah atau terlalu menjemukan;
mungkin juga kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian
dengan kelas berkenaan. Dengan maklumat-maklumat ini, guru akan dapat
memperbaiki pengajarannya dengan segera dan seterusnya dapat membantu
murid-murid dalam pembelajaran mereka.
5.4 Ketepatan Alat Penilaian Dalam Rancangan Pengajaran

Kebiasaannya, kita menganggap pembinaan item ujian Bahasa Melayu


sebagai perkara mudah. Setelah item ujian ini ditadbirkan barulah timbul
pelbagai masalah, umpamanya salah faham dalam konsep, tiada jawapan atau
Kerja Kursus Projek 41
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

terdapat lebih daripada satu jawapan, pilihan jawapan yang tidak digunakan
langsung, item yang terlalu mudah atau terlalu sukar, item yang bertindan,
arahan yang tidak jelas, rangsangan yang kabur, tidak ada pengkhususan
tugasan dalam bidang yang disoal, dan aitem yang tidak seimbang dengan
pemarkahan serta pelbagai kesilapan yang lain. Kesilapan ini akan menjejaskan
kesahandan kebolehpercayaan bahan ujian.

Menurut Institut Bahasa (1994:333), sebelum membina sesuatu item ujian


kemahiran bahasa, perlulah ditentukan tujuan ujian itu diadakan, apa yang
hendak diuji, jenis dan bentuk item ujian, bagaimana item ujian itu ditadbirkan,
dan juga masa ujian itu dijalankan. Item yang dibina juga hendaklah berasaskan
kemahiran bahasa, objektif dan kandungan pelajaran.

Menurut Abd. Aziz Talib (1993:74), ada tiga perkara penting yang dapat
diuji ketika mengajarkan kemahiran lisan. Antaranya ialah aspek sebutan,
kelancaran dan kefahaman. Dalam hal sebutan, murid-murid perlu menepati unit-
unit penting seperti kejelasan, sebutan mengikut standard bahasa Melayu, nada
yang sesuai, kualiti suara yang menarik, serta keberanian tanpa rasa takut ketika
menyebut sesuatu perkataan, frasa atau klausa. Selain itu, bagi aspek
kelancaran pula guru dapat menilai kebolehan murid-murid bertutur tanpa
tersekat-sekat di samping menilai kesahan jeda mengikut unit makna yang
difikirkan sesuai selain membaca dengan kelajuan yang sesuai mengikut tanda
bacaan yang tepat. Ketiga, aspek kefahaman murid ketika bertutur juga diambil
perhatian. Menurut beliau lagi, kefahaman murid dapat dinilai dengan melihat
keyakinan yang memberi makna petunjuk kefahaman murid. Selain itu, intonasi
dan jeda yang sesuai serta menuturkan mengikut tanda bacaan yang tepat
menjadi bukti murid tersebut dapat menyampaikan isi atau idea yang ingin
disampaikan.

Pada bahagian ini, penulis akan menyenaraikan dengan ringkas aspek


yang perlu dinilai semasa menilai kemahiran lisan serta skema pemarkahannya
menurut pandangan Abd. Aziz Talib (1993:76):

Kerja Kursus Projek 42


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

TAHAP HURAIAN

Cemerlang Tepat, jelas, lancar, berkesan tiada kesalahan sebutan dan


intonasi, yakin dan selesa

Baik Hampir tepat di setiap aspek yang penting.

Sederhana Masih jelas tetapi dengan suara yang mendatar dan agak
membosankan, kesilapan sedikit sahaja.

Lemah Tidak jelas, sedikit kesalahan sebutan, jeda dan intonasi,


kurang dapat difahami apa yang dituturkan.

Sangat Lemah Tidak jelas, tersekat-sekat, gagap, banyak salah sebutan,


intonasi dan jeda, tidak menunjukkan kefahaman,
mengecewakan penilai.

Berdasarkan jadual di atas, dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


ini, penilaian kemahiran lisan dijalankan semasa pengakhiran aktiviti pengajaran
dan pembelajaran iaitu aktiviti dekon. Guru menyediakan borang penilaian dan
diedarkan kepada murid-murid untuk mereka menilai sendiri rakan-rakan mereka
dalam penguasaan kemahiran lisan selain menilai aspek penggunaan bahasa
puitis secara keseluruhannya.

Dalam borang penilaian tersebut, kriteria-kriteria yang dinilai adalah


seperti penghayatan ketika mereka mendeklamasikan sajak yang dihasilkan.
Aspek yang dititikberatkan dalam kriteria ini adalah murid dapat menyampaikan
emosi dengan baik. Seterusnya, kriteria yang kedua adalah penggunaan bahasa
yang puitis dalam penghasilan sajak mereka. Mereka telah didedahkan dengan
perkataan dan bahasa yang puitis oleh guru sebelum mereka mencipta sebuah
sajak. Aspek yang terlibat dalam kriteria ini adalah terdapat penggunaan
perkataan yang melambangkan perasaan dan bertepatan dengan tema dan
perlambangan yang digunakan harus kreatif dan sesuai. Selain itu, kriteria yang

Kerja Kursus Projek 43


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

berikutnya adalah tekanan dan intonasi yang meliputi sebutan yang jelas,
tekanan dan intonasi yang tepat dan hentian jeda tepat dan lancar.

Bagi aspek tekanan dan intonasi, kriteria yang dinilai adalah sama seperti
pandangan Abd. Aziz Talib (1993) seperti dalam jadual yang ditunjukkan. Aspek
sebutan yang jelas, tekanan dan intonasi yang tepat menjadi kayu pengukur
kepada setiap murid dalam memastikan mereka mencapai atau melepasi
kehendak pengajaran kemahiran lisan tersebut. Selain itu, murid juga akan dinilai
berdasarkan aspek hentian sama ada hentian dalam sajak yang dideklamasikan
itu tepat pada daerah hentiannya atau sebaliknya.

Berikutnya, kriteria yang dinilai adalah mengenai kelancaran dan


kehalusan persembahan. Dalam kriteria ini, aspek yang dilihat adalah mengenai
keserasian pendeklamasian sajak dengan lakonan dan kelancaran dan
kesempurnaan persembahan yang dijalankan. Kriteria yang terakhir dinilai dalam
aksi dekon ini adalah berkaitan dengan gaya penyampaian. Aspek yang dilihat
adalah persembahan yang menarik dan keyakinan yang ditunjukkan oleh murid-
murid yang mengadakan persembahan.

Setiap kriteria tersebut mempunyai 5 skor yang berbeza iaitu skor 1, 2, 3,


4 dan 5. Skor 1 merupakan tahap yang paling rendah dan memberi makna
sangat lemah dalam mana-mana kriteria yang dinilai. Seterusnya, skor 2
melambangkan tahap pencapaian murid lemah, skor 3 adalah sederhana, skor 4
baik dan skor 5 sangat baik serta menepati apa yang dihajatkan. Bagi pengredan
pula, bagi kumpulan yang mendapat jumlah markah sekitar julat 21-25 markah,
mereka akan diberikan gred A. Manakala sekiranya mereka mendapat markah
sekitar julat 16-20, grednya adalah B. Bagi gred C pula julat markahnya adalah
sekitar 11-15 dan gred D pula adalah jumlah markah yang lebih rendah daripada
11 markah.

Berdasarkan apa yang dihuraikan mengenai item penilaian bagi menguji


kemahiran yang diajarkan, dapatlah dikatakan bahawa sifat kesahan yang juga
merupakan prinsip penilaian sesuatu kemahiran juga wujud. Selain itu, sifat
Kerja Kursus Projek 44
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

kebolehpercayaan juga dapat dibuktikan dengan sistem pemarkahan yang


sesuai. Menurut Lee Shok Mee. (1990), dalam bukunya Pedagogi 4 (A);
Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan, sifat ini berkaitan dengan kestabilan,
ketekalan, ketahanan dan ketepatan keputusan atau hasil dariada sesuatu
instrument penilaian. Penilaian yang boleh dipercayai akan menunjukkan hasil
atau keputusan yang sama atau sekurang-kurangnya hampir sama walaupun
dikemukan berkali-kali kepada kumpulan yang sama dalam pembolehubah-
pembolehubah lain yang dikawal.

Kesimpulannya, guru seharusnya memandu murid dalam mencapai


objektif yang telah ditetapkan sebelum menilai tahap pencapaian mereka. Lebih-
lebih lagi apabila mengajarkan kemahiran lisan yang melibatkan sastera. Murid-
murid jarang didedahkan dengan kesusasteraan, ini bermakna guru-guru
berperanan dalam memberikan penekanan yang lebih bagi mengelakkan
pelbagai masalah pembelajaran. Menurut pandangan Prof. Madya Dr. Ishak
Ramly (2003:54-55) dalam bukunya Teknik Mengajar Sastera, gaya bacaan
sajak berbeza jika dibandingkan dengan genre sastera lain. Sajak memerlukan
gaya, tekanan, penjedaan, intonasi dan irama yang tersendiri. Guru harus
mendahulukan sesi pengajarannya dengan memberi sedikit perhatian terhadap
teknik deklamasi sajak sebelum mengajarkan proses penghasilannya.

6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun: 5 Sinergi

Bilangan Murid: 36 orang

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tema: Keamanan

Tajuk: Derita Palestin, Derita Kita

Kerja Kursus Projek 45


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.

Aras 3 (i) Melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa puitis berdasarkan


sesuatu tema.

Fokus Sampingan:

7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa
daripada teks sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada
pembaca.

Aras 2 (i) Memilih ayat yang memberikan kesan dalam teks prosa dan puisi dengan
menyatakan alasan.

Objektif:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Mendeklamasikan sajak untuk melahirkan perasaan dengan menggunakan lima


frasa puitis dalam aksi dekon secara berkumpulan.
2. Memilih lima ayat daripada akhbar yang memberikan gambaran tentang
perasaan sengsara kehidupan di Palestin serta menyatakan alasannya.

Sistem Bahasa:

 Tatabahasa:
 Kosa kata: keganasan, peperangan, kebuluran, kematian, kecacatan

Pengisian Kurikulum:

 Ilmu: Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sastera, Sosial, Agama dan Moral.
 Nilai: kasih sayang, bertanggungjawab, rasional
 Kemahiran berfikir: mencirikan

Kerja Kursus Projek 46


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

 Belajar cara belajar: bacaan secara luncuran, perbincangan, membuat nota

Bahan Bantu Mengajar:

 Klip video
 Artikel
 Powerpoint Slideshow untuk permainan bahasa
 Borang penilaian murid

Pengetahuan Sedia Ada:

 Murid pernah membaca artikel mengenai keganasan di Palestin.


 Murid pernah menyaksikan kekejaman Israel di televisyen.
 Murid pernah terbaca sajak-sajak keamanan di televisyen dan radio serta
sebagainya.

ISI PELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN

.
Set Induksi (5 minit)

1. Guru menayangkan video keganasan di PSA: Pernah


Contoh interaksi Palestin. menonton berita.
soal-jawab: 2. Murid diminta menonton video untuk
Ilmu
menghayati penderitaan di Palestin.
G: Pernahkah kewarganegaraan.
kamu mendengar 3. Guru menerangkan serba sedikit mengenai
tentang keperitan isu semasa mengenai keganasan di Nilai - Semangat
hidup di Palestin?
Palestin. patriotik.
M1: Pernah, 4. Guru bersoal jawab mengenai keperitan
cikgu. Dalam KBT
hidup di bumi Palestin.
Kerja Kursus Projek 47
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

berita selalu 5. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran. -Kontekstual


tunjuk.
KP:
G: Ya, apa yang -intrapersonal,
kamu tahu -interpersonal
tentang Palestin?

M2: Palestin kena BCB:


serang dengan Menghubung kait.
Israel, cikgu.

G: Bagus, apa BBM: Video


perasaan kamu kehidupan di
tentang isu ini?
Palestin.
M1: Geram, takut
pun ada, cikgu.

G: Baik, hari ni
kita akan
meluahkan
perasaan melalui
sajak sebagai
tanda cakna kita.

Langkah 1 (10 minit)

1. Guru meminta murid membentuk lima Ilmu


Ayat-ayat yang kumpulan berlima.
Pengetahuan am,
melambangkan 2. Kemudian, murid diberikan keratan artikel
perasaan sedih, sejarah, sosial,
yang sama bagi setiap kumpulan,
pilu dan agama dan moral.
alasannya. bertemakan ‘Kehidupan di Palestin’.
3. Guru menerangkan tujuan membaca iaitu
murid dikehendaki membaca keratan
Contoh: Nilai
petikan artikel terbabit selama 4 minit untuk
Ayat- mengenal pasti lima ayat yang Kasih sayang,

Mereka ditembak melambangkan perasaan sedih. rasional.


secara dekat 4. Guru kemudiaannya mengedarkan borang
sehingga KP:
seperti Lampiran 1 (a) untuk murid
Kerja Kursus Projek 48
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

berderai jasad. mengisikan ruangan jawapan lima ayat -intrapersonal


pilihan.
BCB:
5. Selepas itu, murid dikehendaki memenuhi
Perasaan- Pilu
kolum untuk menyatakan perasaan yang Aplikasi maklumat.
tergambar dan alasannya berdasarkan ayat
Alasan- Ditembak yang dipilih.
dengan kejam. 6. Secara rawak, guru akan memilih murid BBM:
untuk membentangkan ayat dan kata-kata
Keratan artikel
yang menyentuh perasaan mereka.
kehidupan rakyat
di Palestin, borang
isi ruangan
jawapan.

Langkah 2 (15 Minit)

Aktiviti 1

1. Guru menyediakan permainan teka


Kosa kata perkataan yang mengandungi ruang
jawapan yang perlu diisikan dengan Ilmu
( terdapat dalam
permainan perkataan melambangkan perasaan Sastera.
bahasa teka berdasarkan klu analogi perumpamaan.
perkataan) Nilai
2. Guru akan meminta murid menyelesaikan
permainan tersebut dalam bentuk Kerjasama.
Contoh: pertandingan.
BCB: Menjana
3. Setiap kumpulan perlu memilih tiga (3)
Klu: seperti
idea.
disiat sembilu. konsonan dan dua (2) vokal bagi membuka
klu perkataan. KBT:
Jawapan: Pedih.
4. Sekiranya gagal menjawab, peluang akan
Kerja Kursus Projek 49
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

dibukakan kepada kumpulan lain. -Teknologi


5. Jawapan yang betul akan diberikan 5 Maklumat dan
markah. Komunikasi (ICT)
6. Murid juga dikehendaki untuk menyalin
KP: verbal
semula jawapan perkataan yang
linguistik.
melambangkan perasaan serta analoginya
supaya dapat membantu dalam proses
penghasilan sajak.
BBM:

Perisian komputer
permainan bahasa
teka perkataan.

Aktiviti 2

1. Guru menerangkan secara ringkas


mengenai ciri-ciri sajak.
2. Secara berkumpulan, murid diminta
Penghasilan
sajak: berbincang untuk menghasilkan sajak.
3. Setiap kumpulan diberikan tema yang
i.ciri-ciri sajak
sama iaitu ‘Keamanan’.
Bahasa 4. Murid berbincang dan menghasilkan
digunakan
sekurang-kurangnya 5 baris sajak yang
adalah puitis.
mengandungi bahasa puitis seperti yang
Memberi kesan
dipelajari tentang istilah melambangkan
kepada
pendengar dan perasaan melalui perlambangan dan
pembaca. perumpamaan.

ii.bentuk sajak.

Bebas tanpa
terikat dengan
Kerja Kursus Projek 50
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

bilangan
rangkap.

Langkah 3 (20 Minit)

Cara meluahkan 1. Guru menerangkan konsep aktiviti dekon. BBM:

perasaan: 2. Borang penilaian diberikan kepada murid Video keamanan,


untuk menilai persembahan dekon rakan muzik
instrumental,
sekelas.
borang penilaian.
i.Intonasi. 3. Secara berkumpulan murid diminta
KBT:
mendeklamasikan sajak sambil rakan
ii. Sebutan.
kumpulan melakonkan mengikut sajak -interpersonal
-intrapersonal
iii. Penghayatan. yang dideklamasikan.
4. Guru memainkan muzik instrumental yang
bersesuaian dengan perasaan atau emosi
sedih, pilu, marah dan sebagainya serta
menayangkan gambar paparan slaid
KP:
penderitaan di Palestin sebagai bahan
Cara deklamasi rangsangan ketika persembahan. Kinestik, verbal
sajak. linguistik.
5. Selesai semua kumpulan
mempersembahkan sajak, guru Nilai:
mengumpul semula borang penilaian Semangat
i.Bahasa puitis daripada murid. warganegara,
bertanggungjawab.
6. Guru merumuskan secara langsung
ii.Pemilihan
penilaian terhadap kemahiran lisan murid Ilmu:
perkataan.
dalam menyatakan perasaan dan Seni lakon.
penghayatan melalui aktiviti dekon.
7. Guru serta-merta membetulkan kesilapan
yang dilakukan murid semasa aktiviti
sebagai sebuah proses pemulihan untuk
mengelakkan murid mengulanginya.

Kerja Kursus Projek 51


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Penutup (10 Minit) BCB:


merumus
Kosa kata baharu 1. Guru bersoal jawab mengenai ciri-ciri puisi.
Nilai:
2. Guru membuat rumusan mengenai aktiviti
-Emosi Bertanggungjawab
pelajaran serta mengumumkan pemenang
.
Penghasilan bagi kumpulan yang mendapatkan markah
terbaik untuk aktiviti teka perkataan dan Ilmu:
sajak.
Sastera.
persembahan dekon.
3. Guru memuji pencapaian murid dan

Kemahiran Lisan. memberikan ganjaran.


4. Guru meminta murid mencari sajak-sajak
yang bermutu di akhbar, majalah dan
internet sebagai proses pengayaan.

7.0 BAHAN BANTU MENGAJAR

Kerja Kursus Projek 52


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

8.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya, tugasan ini, telah menjelaskan mengenai penyediaan


Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Di samping itu, hasil tugasan ini juga telah
menganalisis dan menjelaskan beberapa hasil pembelajaran kemahiran-kemahiran
bahasa seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Selain itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan
mengaplikasi Pengisian Kurikulum dalam langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan aras pembelajaran kemahiran.
Kemahiran lisan sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada pelajaran bahasa.
Sama ada secara langsung atau tidak, kemahiran ini terpaksa diperkenalkan kepada
kanak-kanak sejak dari darjah permulaan lagi. Aspek lisan merupakan aspek yang
diberi penekanan kepada murid tentang kemahiran interpersonal, yakni membolehkan
murid memulakan, membina dan mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau
dengan orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurusan
bagi tujuan keperluan harian sama seperti dalam contoh aktiviti yang dihuraikan dalam
tugasan projek. Oleh itu, guru perlu menyediakan satu aktiviti khusus yang dapat
Kerja Kursus Projek 53
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

meningkatkan kemahiran lisan murid supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif
dengan persekitaran di samping mengikis perasaan malu dan takut ketika berhadapan
orang luar di alam luar persekolahan.
Secara keseluruhannya dengan melakukan tugasan ini, secara tidak langsung
telah membimbing guru pelatih untuk memahami dengan lebih mendalam lagi
mengenai aplikasi pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Ini adalah satu peluang
kepada guru pelatih untuk membiasakan diri dengan alam kehidupan seorang guru
yang sebenar. Selain itu, guru sepatutnya menjadikan RPH sebagai dokumen rujukan
dalam menghasilkan rancangan pengajaran yang menepati penyataan objektif yang
dihajatkan selain dapat merancang penggunaan BBM yang berkesan dan alat penilaian
yang bersesuaian untuk menguji keberolehan murid. Kajian yang mendalam tentang
pedagogi untuk mencapai hasil pembelajaran sukatan pelajaran harus dipertingkatkan
supaya murid dapat mengadaptasi kemahiran yang sepatutunya mereka kuasai.

9.0 RUJUKAN

9.1 Sumber Buku

Kamarudin Bin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa. Subang Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Prof. Mohd Taib Osman, (1977). Pengajaran Bahasa dan Kesusateraan


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifli Hamid, (2005). Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Nathesan, (1999). Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruddin Hj. Husin, (1988). Pedagogi Bahasa. Selangor Darul Ehsan:


Longman Malaysia Sdn Bhd.

Kerja Kursus Projek 54


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Jamilah Ahmad, (1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR


dan KBSM. Shah Alam, Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik, (1989). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Razmah Man, (2009). Menyediakan Objektif Pengajaran, Kuala Lumpur: Institut


Terjemahan Negara Berhad dan UPSI.

Mat Nor Husin, Normah Abdullah, Marzuki Nyak Abdullah, (1989). Kaedah
Pengajaran Bahasa Malaysia KBSM, Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Prof. Madya Dr. Ishak Ramly, (2003), Teknik Mengajar Sastera, Bentong,
Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.

Lee Shok Mee. (1990), Pedagogi 4 (A); Pengujian dan Penilaian dalam
Pendidikan, Subang jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (1994), Asas Pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran;
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Abd. Aziz Talib (1993:74) dam bukunya Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip,
Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. (2008), Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran,


Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Institut Bahasa. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.2 Sumber Internet

Sharbi Ali. (2005). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.


Diperoleh pada 1 Mac 2010. daripada www.ppk.kpm.my:

Kerja Kursus Projek 55


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22.htm

Ariffin. (16 Mac 2010). Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik.
Diperoleh pada 6 Mac 2010. Daripada dadwayne.blogspot.com:
http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategi-pendekatan-
kaedah.html

10.0 REFLEKSI

10.1 MUHAMMAD AMINUL KHALIL BIN ZAINI

SEBELUM

Selepas mendapat tugasan ini, penulis berasa gementar dan risau kerana
tidak mendapat sebarang gambaran yang jelas mengenai tugasan tersebut.
Namun, setelah mendapat penerangan yang jelas daripada pensyarah, penulis
berasa teruja untuk memulakan tugasan berikutnya.

Sebelum menjalankan tugasan, beberapa fokus utama aktiviti telah


dikenal pasti. Fokus tersebut melibatkan beberapa aspek yang ditekankan dalam
menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Melalui aktiviti yang
dirancang secara berkumpulan, penulis dapat mengetahui juga cara
pelaksanaan dan langkah-langkah pengajaran dalam kelas termasuk
penggunaan sumber bahan pengajaran seperti ICT dan sebagainya.

Selain itu, aspek yang terpenting sebelum tugasan projek dilaksanakn


ialah pengetahuan sedia ada mengenai tajuk tugasan. Rata-rata antara kami
masih tidak begitu mahir dalam kemahiran menyediakan RPH. Jadi, bantuan
Kerja Kursus Projek 56
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

pensyarah serta rakan sangat ditagih. Namun, amali di dalam kelas yang telah
dibentangkan banyak membantu kami.

Antara ancaman yang difikirkan sebelum memulakan tugasan ini ialah


aspek bahan bantu mengajar (BBM). BMM perlu disediakan dalam bentuk yang
berkesan dan bermakna. Oleh itu, pelbagai cara dan kaedah telah difikirkan bagi
menghasilkan BBM yang menarik dan memberi kesan kepada murid-murid.
Selain itu, ancaman mengenai item penilaian juga diambil kira. Namun, perkara-
perkara seperti itu bakal diselesaikan dengan bantuan pensyarah dan rakan
selain maklumat atau nota yang diperoleh di pusat sumber dan internet.

Akhir sekali, sebelum tugasan dilaksanakan, penulis dan beberapa orang


rakan yang lain telah merancang strategi pelaksanaan tugasan ini. Ada dalam
kalangan kami yang sudah mendapatkan beberapa maklumat penting daripada
senior dan sebagainya. Perancangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu
kami melakukan persediaan sebelum tugasan projek dilaksanakan. Jadual kerja
juga dirangka supaya dapat memudahkan perjalanan penyediaan laporan penuh
tugasan.

SELEPAS

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana penulis berjaya menyiapkan tugasan ini


dengan sempurna. Biarpun pada awalnya menjangkakan bahawa tugasan ini
sukar, tetapi akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.
Sebenarnya, di awal mendapat tugasan ini, penulis tidak terbayang sedikit pun
apa yang perlu dilakukan. Tetapi dengan dorongan Puan Zainiyah Bt Mohd Zain,
gambaran itu menjadi jelas sedikit dan membuatkan penulis tidak sabar-sabar
untuk memulakan tugasan.

Penulis telah mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. Biarpun


hanya sedikit sahaja isi yang ditemui, namun tetap bersyukur kerana sekurang-
kurangnya penulis tidak melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Tugasan ini
Kerja Kursus Projek 57
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

banyak mendisiplinkan diri khususnya ketika berada di penghujung tarikh


serahan tugasan.

Selain itu, penulis dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi
menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua.
Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas
dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini.

Sementara itu, secara jujurnya penulis sangat bersyukur kerana


mendapat tugasan ini. Hal ini disebabkan penulis dapat menambah pengetahuan
pedagogi bahasa kerana sebelum ini hanya memahami apa yang di ajar secara
umum. Dengan adanya tugasan seperti ini, ilmu menegenai kemahiran bahasa
serta kandungan yang terdapat dalam sukatan pelajaran dapat dipraktikkan
semasa menjadi guru kelak. Tanpa pengetahuan mengenai semua ini, mungkin
rancangan pengajaran harian sukar untuk dihasilkan.

Kekuatan yang jelas dalam tugasan ini adalah pada tajuknya. Hasil
pembelajaran khusus yang dirangka oleh pihak Jabatan Bahasa memberi
gambaran yang jelas tentang penyediaan RPH. Selain itu, secara tersiratnya,
penilai tugasan ini akan meneliti sejauh manakah tahap kebolehan guru pelatih
menyesuaikan penyataan objektif, BBM, serta item penilaian untuk digunakan
dalam sesi pengajaran berdasarkan dokumen RPH yang telah disediakan.

Sebenarnya, tugasan ini memberi peluang kepada guru pelatih


menambahkan pengetahuan tentang panduan pengajaran yang lebih berkesan
semasa di alam pekerjaan. Selain itu, tugasan ini juga memberi peluang dalam
menggunakan tahap kemahiran masing-masing menghasilkan BBM yang sesuai
dengan hasil pembelajaran. Kelebihannya ialah guru pelatih dapat
mengaplikasikan BBM tersebut pada masa akan datang.

Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa


sahaja yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini.

Kerja Kursus Projek 58


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

10.2 MUHAMMAD IZANI BIN HASHIM

SEBELUM

Tugasan projek pada semester 2 pismp mengkehendaki kami untuk


menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mata pelajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah, sama ada bagi Tahap Satu atau Tahap Dua
persekolahan yang menepati prinsip pembelajaran Bahasa Melayu secara
bersepadu dan penggabungjalinan kemahiran. Rancangan tersebut adalah untuk
tempoh pengajaran dan pembelajaran selama 60 minit.

Kami juga diberi penerangan oleh Puan Zainiyah tentang elemen-elemen


yang perlu dititik beratkan dalam penciptaan Rancangan Pengajaran Harian dan
penulisan esei yang berkaitan. Antaranya adalah kami diminta untuk merancang
objektif pengajaran yang tepat dan ia juga mesti berkaitan dengan pemilihan
teknik dan aktiviti bagi mengajar kemahiran fokus dan kemahiran sampingan
yang dipilih bagi mencapai objektif pembelajaran yang dihasratkan. Selain itu,
kami juga diminta untuk menjelaskan kesesuaian, ketepatan pemilihan dan
keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dan menjelaskan kesesuaian
alat penilaian yang sesuai bagi menilai pencapaian murid-murid berdasarkan
objektif pembelajaran yang dihasratkan.

Kerja Kursus Projek 59


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Terdapat beberapa halangan yang perlu kami tempuhi untuk


melaksanakan tugasan ini, antaranya adalah kami perlu menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah dan menjalani cuti Hari Raya Aidilfitri yang mengambil
masa selama tiga minggu. Sepanjang PBS dan cuti ini adalah termasuk di dalam
tempoh masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja kursus projek ini. Hal
ini merencatkan sedikit proses untuk melaksanakan tugasan ini. Namun kami
mengambil kekangan yang dihadapi ini sebagai satu cabaran yang mampu
mendorong kami untuk menggandakan usaha dalam proses untuk menuntut ilmu
demi menggenggam segulung ijazah kelak.

Pelbagai sumber rujukan telah ditelaah untuk mencari maklumat dan akan
dimasukkan ke dalam kerja kursus projek ini. Antara bahan rujukan yang telah
dirujuk adalah buku-buku yang berkaitan dengan teknik pengajaran kemahiran
Bahasa Melayu, artikel-artikel dan blog-blog di dalam internet. Kami juga
bertemu dengan puan Zainiyah untuk mendapat bimbingan dan cetusan idea
untuk melaksanakan tugasan kerja kursus projek ini. Pelbagai ilmu telah
dicurahkan oleh Puan Zainiyah yang amat berguna untuk menyiapkan tugasan
serta dapat dipraktikkan dalam sesi pengajaran sebenar apabila kami menjalani
praktikal dang bertugas sebagai guru sebenar kelak.

SELEPAS

Kami telah diberikan jangka masa selama enam minggu untuk


melaksanakan tugasan kerja kursus projek ini. Alhamdulillah kami dapat
menyiapkan tugasan ini secara sempurna dengan menepati masa yang
diperutukkan. Banyak ilmu yang telah diperolehi sepanjang proses untuk
menyiapkan tugasan ini. Ilmu-ilmu yang diperolehi ini amat berguna kepada kami
dan akan dipraktikkan setelah mengajar kelak demi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah dan merealisasikan matlamat

Kerja Kursus Projek 60


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

pengajaran Bahasa Melayu untuk melahiran murid yang berketerampilan dalam


berbahasa.

Antara ilmu yang diperolehi adalah dari aspek pemilihan Fokus Utama
dan Fokus Sampingan dan pemilihan objektif yang sesuai dan mempunyai
pertautan dengan Fokus yang telah dipilih. Dalam RPH kami ini, Fokus Utama
yang dipilih adalah dalam golongan kemahiran lisan iaitu :

3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.
Aras 3 (i) Melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa puitis berdasarkan
sesuatu tema.

Bagi fokus sampingan pula adalah terdiri daripada kemahiran membaca iaitu :

7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya
bahasa daripada teks sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan
tertentu kepada pembaca.

Aras 2 (i) Memilih ayat yang memberikan kesan dalam teks prosa dan puisi
dengan menyatakan alasan.

Melalui pemilihan Fokus ini kami telah membuat objektif yang mempunyai
pertautan dengan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Puan Zainiyah.
Objektif tersebut adalah seperti berikut :

Pada akhir pengajaran murid dapat :

1. Mendeklamasikan sajak untuk melahirkan perasaan dengan


menggunakan sekurang-kurangnya lima frasa puitis dalam aksi dekon
secara berkumpulan.
2. Memilih sekurang-kurangnya lima ayat daripada akhbar yang memberikan
gambaran tentang perasaan sengsara kehidupan di Palestin serta
menyatakan alasannya.

Kerja Kursus Projek 61


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Hal ini membolehkan kami mendapat pengetahuan yang berguna untuk


mencipta RPH yang baik beserta dengan Bahan Bantu Mengajar yang mampu
menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas. Dalam pada itu, kami juga
berjaya membina semangat kerja berpasukan dan aspek pengurusan masa
dalam membuat perancangan dan pelaksanaan sesuatu tugasan.

10.3 MUHAMMAD RIDHUAN BIN GHANI

SEBELUM

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek


yang menyediakan pegetahuan dalam merancang dan membina aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pada semester ini, kami diminta menyiapkan
tugasan merancang pengajaran berdasarkan teknik yang telah dipilih.
Rancangan tersebut meliputi penyediaan Rancangan Pengajaran Harian, RPH,
Bahan Bantu Mengajar, BBM dan sebagainya.

Sebelum melaksanakan sepenuhnya tugasan, taklimat dan penerangan


daripada Puan Zainiyah telah saya gunakan sebagai sedikit rujukan untuk
menjadi panduan dalam penyediaan tugasan ini. Secara kasarnya, tugasan ini
kelihatan mudah memandangkan kami telah beberapa kali mengasilkan RPH
untuk diadaptasikan di dalam kelas.

Namun, terdapat beberapa kekangan terutamanya melibatkan bahan


rujukan. Kekurangan sumber seperti buku dan maklumat dari internet juga sedikit
menyukarkan pergerakan tugasan kami. Hal ini secara tidak langsung
merencatkan agenda yang telah dirancang. Alhamdulillah, sewaktu berkunjung

Kerja Kursus Projek 62


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

ke Perpustakaan Negara, nasib menyebelahi kami apabila terdapat beberapa


buku yang telah menjadi panduan utama kami dalam menyiapkan tugasan ini,

Bagi penyediaan RPH pula, seperti yang telah saya nyatakan tadi,
walaupun kami biasa melaluinya, namun merancang untuk menjalankan aktiviti
dengan sebaiknya sedikit sebanyak menyulitkan keadaan. Hal ini kerana
penyediaannya mestilah tepat dengan kehendak objektif yang dihasratkan.
Justeru hasil pembelajaran yang telah kami pilih perlu disepadankan dengan
aras kemampuan murid yang hendak di fokuskan.

Selain itu, waktu senggang antara subjek telah kami gunakan sebaiknya
untuk berbincang mengenai kemahuan dan kehendak soalan. Melalui
perbincangan ini, lahirlah idea-idea yang boleh kami manfaatkan dan aplikasikan
ke dalam tugasan ini nanti. Walaupun kadang-kadang terdapat percanggahan
idea yang mungkin akan mengusutkan lagi keadaan, dengan sifat keguruan yang
ada kami telah mampu menyerapnya untuk di cari jalan penyelesaiannya.

Secara keseluruhan, pandangan mata kasar sebelum meredah sendiri


untuk menyediakan tugasan yang sebenar tidak seindah khabar. Semuanya
mudah pada awalnya. Namun tidak pada akhirnya. Itulah tanggapan yang dapat
saya coretkan sebelum mengemudi bahagian sendiri dalam menyiapkan tugasan
ini. Harapan agar sentuhan dan hasil kerja yang bakal terhasil nanti akan
memberi manfaat dan menjadi rujukan pada masa hadapan.

Terima kasih.

SELEPAS

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan


kurniaNya, kami telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dengan
masa yang telah ditetapkan, tugasan projek ini telah selamat kami serahkan

Kerja Kursus Projek 63


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

pada hari ini, 1 Oktober 2010 setelah melalui beberapa pengubahsuaian


melibatkan bahan pengjaran dan sebagainya.

Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, secara totalnya dapalah saya


katakan bahawa terdapat kekuatan dan kelemahannya sendiri. Mungkin
kekuatan yang ada pada kami merupakan kelemahan pada pihak lain dan
begitulah sebaliknya. Kekuatan kerjasama kumpulan memang tidak saya
nafikan. Pembahagian yang dilakukan ke atas setiap ahli kumpulan
membolehkan setiap ahli menjalankan tanggungjawabnya sendiri.

Namun, terdapat juga kelemahan yang kami tidak dapat elakkan.


Antaranya perhubungan sewaktu menjalankan PBS dan bercuti hari raya.
Dengan kesibukan yang terpaksa di tanggung, kami terpaksa melupakan
seketika masalah tugasan ini sebelum membukanya kembali setelah pulang ke
institut. Hal ini jelas menunjukkan pembaziran masa yang agak panjang dan
mungkin untuk semester seterusnya masa yang di khususkan untuk
menjalankan tugasan tidak akan lagi merangkumi waktu cuti.

Selain itu, kekurangan bahan rujukan seperti semester sebelumnya masih


menghantui kami. Dengan sumber yang terhad tanpa disokong oleh penulis-
penulis sedikit sebanya merencatkan persiapan penulisan ilmiah kami.
Natijahnya kami terpaksa bergerak sendiri ke Perpustakaan Negara dan
sebagainya untuk memastikan penulisan ilmiah kami ini berdasarkan fakta-fakta
yang sebenar. Hal ini kerana tanpa fakta yang sebenar sedikit sebanyak akan
menimbulkan keraguan kepada pihak pembaca nanti.

Dari segi perancangan pengajaran pembelajaran pula iaitu RPH, saya


dapat rasakan aktiviti yang kami jalankan untuk tempoh satu jam itu, akan
member manfaat besar bukan sahaja kepada guru bahkan murid seluruhnya.
Pemilihan teknik yang sesuai dengan tahap kemampuan murid menambahkan
lagi keyakinan kami dalam memastikan hasrat yang terkandung dalam objektif
pembelajaran akan tercapai dengan jayanya.

Kerja Kursus Projek 64


Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Begitu juga dengan “hands on” yang telah kami aplikasikan sewaktu
permainan bahasa dan perbincangan kumpulan, sudah tentu akan member
peluang dan ruang kepada murid untuk mencetuskan dan melahirkan idea-idea
baharu. Dan kami yakin, dengan pemilihan dan penggunaan yang kami
apliksikan ini, akan tercapailah objektif yang kami hasratkan itu.

Akhirnya, tiada kalimah yang mampu menggambarkan kegembiraan dan


kesyukuran melainkan hanya kepada yang Maha Esa. Setelah berhempas pulas
menyiapkan tugasan ini, secara tuntasnya saya amat berpuas hati dengan hasil
kerja kami walaupun mungkin terdapat sedikit sebanyak kecacatan yang tidak
dapat dielakkan. Mungkin hasil kerja kami ini akan menjadi pedoman dan rujukan
di masa hadapan, InsyaAllah. Terima kasih.

11.0 LAMPIRAN

Kerja Kursus Projek 65

You might also like