You are on page 1of 13

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual


Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa
serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kraftangan telah diterima sebagai hasil asas


daripada masyarakat di Malaysia.Tukang-tukang yang
mahir dalam bidang tertentu akan menghasilkan karya
seni mengikut kreativiti tersendiri. Setiap kraftangan
yang terhasil akan dihiasi dengan ragam hias yang unik
berdasarkan alam sekitar. Namun, setiap ragam hias
berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

Pengenalan kepada seni kraf pula dapat memberi


pendedahan kepada pelajar sekolah sama ada Sekolah
Rendah atau Sekolah Menengah mengenai budaya
dan tradisi rakyat Malaysia. Melalui Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual di Sekolah juga,pelajar
diterapkan dengan unsur-unsur kraf tradisional seperti
songket ,anyaman dan penghasilan karya seni di
Negara kita.

Antara kain tenunan tradisional Melayu seperti


kain tenun Pahang, kain ikat loseng, kain ikat pakan
dan kain limar, kain songketlah merupakan kain yang
paling popular dan masih digunakan oleh masyarakat
Melayu sehingga hari ini.

1.2 Latar belakang kajian


Songket terkenal di Malaysia sejak abad ke 15
yang lampau.Berkembang pesat di pantai timur
terutama di Terengganu dan Kelantan.

Kedatangan seni kraf tenunan berkait rapat


dengan sejarah perdagangan. Di Asia, seni tekstil
dikatakan berkembang dengan pesat setelah
perhubungan dagangan dengan negara luar terjalin.
Manakala di Tanah Melayu, ianya hasil kedatangan
pedagang dari Jawa, Pulau Maluku, Borneo dan Bugis.

Menurut sejarah, kain tenun telah ditemui di


Langgar, Kedah. Kain tenun pada waktu itu tidak
menggunakan motif emas atau songket. Selain
daripada itu, kain tenun juga ditemui ketika zaman Che
Siti Wan Kembang (1610-1677). Perkembangan kain
tenun di Kelantan juga telah ditemui di Kota Kubang
Labu ketika zaman pemerintahan Long Pandak,
manakala tenunan songket bermula di perkampungan
Gerung, Tumpat. Kebiasaannya kain tenunan ini halus
pembuatannya.

Nama “kain songket” berasal daripada teknik


membuat songket, iaitu menyongket atau menyolek
bunga (emas) pada tenunan sutera. Pada amnya
songket terbahagi kepada dua jenis, iaitu tekat tiga dan
tekat lima. Nama tekat itu berkaitan dengan
penggunaan bilangan lembaran benang sutera dan
jarak antara lembaran benang emas yang disongket.
Tekat tiga lebih sukar dan rumit daripada tekat lima dan
hasilnya lebih halus. Penggunaan benang emas yang
dikembar dua yang dilakukan dengan selembar benang
sutera akan menghasilkan tenunan yang lebih bermutu
dari segi teknik dan kesan.

1.3 Matlamat kajian


Untuk mengkomersialkan hasil pembuatan
songket dan pelbagai produk yang dapat
dihasilkan daripadanya untuk diperkenalkan dan
dipasarkan di dalam dan di luar negara.
1.4 Objektif kajian
1.4.1 Memupuk budaya menggemari pakaian

berasaskan songket.
1.4.2 Menanamkan minat untuk menjadi
pengusaha, pembekal dan penjual
bahan produk berasaskan songket.
1.4.3 Melaksanakan penganjuran Hari
Songket SeMalaysia pada bulan
kemerdekaan.
1.4.4 Memperkenalkan songket keperingkat
Antarabangsa.
1.4.5 Memberi pendedahan dan pengalaman
tentang kesenian pembuatan songket
melalui kursus, bengkel dan
sebagainya.

1.5 Skop kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui cara-cara


mempromosikan songket di peringkat tempatan
dan antarabangsa. Promosi songket pada masa
kini tidak meluas dan masih ramai orang tidak
mengenali songket., jadi kertas kerja ini
dihasilkan bertujuan untuk memperkenalkan
songket kepada generasi masa kini dan akan
datang diperingkat tempatan dan Luar Negara.
Diantara pendekatan yang dilaksanakan ialah
dengan mengadakan pameran-pameran kain
songket dan pelbagai produk yang berasaskan
songket seperti pakaian, barang hantaran,
kraftangan, aksesori dan sebagainya.
Pameran tersebut akan diadakan di
peringkat sekolah, universiti, Jabatan-jabatan
dan lain-lain institusi dengan kerjasama
Kementerian Kesenian dan Kebudayaan
Malaysia.

1.6 Kepentingan kajian

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan
2.2 Kajian / penilusan lalu tentang tajuk lalu

3.0 METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Reka bentuk kajian

3.3 Kawasan kajian

Penempatan pembuatan songket amat


popular dikawasan kampung terutamanya di
negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Ia
diwarisi secara turun-menurun dari nenek
moyang mereka. Kelantan merupakan salah
sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai
sejarah penenunan yang awal iaitu pada 1610
s.m. Penenunan songket dikatakan telah
dijalankan semasa pemerintahan Long Pandak
( 1974-1800 ) dan berterusan sehingga zaman
pemerintahan Sultan Mansur ( 1890-
1910 ).Terengganu juga terkenal dengan sejarah
penenunan songket yang dipercayai bermula
awal abad ke 18.
3.4 Persempelan

Mengikut kajian, kebanyakan pengguna yang


memakai songket antara 20 hingga 50 tahun kerana
peringkat umur ini bijak memperagakan songket
dengan pelbagai rekabentuk. Antaranya songket
digunakan dalam majlis-majlis rasmi, majlis
perkahwinan dan lain-lain lagi.

Pada zaman moden ini, bukan sahaja kaum


Melayu memperagakan songket dalam pelbagai
majlis atau acara rasmi tetapi kaum Cina dan India
juga sudah tahu menilai keunikan pembuatan songket
yang tidak dimakan zaman.

Selalunya pemakaian songket dimonopoli oleh


golongan hawa kerana kaum hawa suka kepada
benda yang cantik. Mereka terpukau dengan
pembuatannya yang halus dan setiap corak dan
bunga yang dihasilkan mempunyai nama yang khas
dan ia amat unik.
3.5 Jenis maklumat dan data

Soal selidik kajian tentang songket.

Bil Perkara Skala


1 2 3 4 5
1. Songket sesuai
dipakai oleh semua
orang.
2. Songket cantik di
pakai.
3. Songket digunakan
sebagai perhiasan
hantaran.
4. Bilanagan songket
yang ada
mencukupi.
5. Ramai orang suka
memakai songket.
6. Songket selalu
digunakan dalam
majlis rasmi.
7. Harga songket
berpatutan dan
mampu dimiliki oleh
semua orang.
8. Mengadakan hari
songket satu
Malaysia setiap
tahun.
9. Songket sesuai
untuk semua kaum.
10. Pengusaha songket
di Malaysia telah
mencukupi.

1.Sangat tidak setuju 2.Tidak setuju 3.Tidak pasti


4.Setuju 5.Sangat setuju

* kajian telah dilakukan keatas 20 orang tentang


penggunaan songket.

3.6 Kaedah penganalisisan data.

Kajian telah dijalankan seramai 20 orang tentang


penggunaan songket dan pendapat mereka.
Bil Perkara Skala
1 2 3 4 5 Jumlah
1. Songket sesuai 2 6 10 2 - 20 orang
dipakai oleh
semua orang.
2. Songket cantik di - 2 1 15 2 20 orang
pakai.
3. Songket - 3 5 9 3 20 orang
digunakan
sebagai perhiasan
hantaran.
4. Bilanagan songket 4 3 9 3 1 20 orang
yang ada
mencukupi.
5. Ramai orang suka 4 9 4 2 1 20 orang
memakai songket.
6. Songket selalu - 2 3 13 2 20 orang
digunakan dalam
majlis rasmi.
7. Harga songket 6 8 3 2 1 20 orang
berpatutan dan
mampu dimiliki
oleh semua
orang.
8. Mengadakan hari - 2 3 8 7 20 orang
songket satu
Malaysia setiap
tahun.
9. Songket sesuai 3 4 4 7 2 20 orang
untuk semua
kaum.
10. Pengusaha 4 4 6 3 3 20 orang
songket di
Malaysia telah
mencukupi.
3.6 Kaedah penganalisisan
3.7 Instruman kajian
3.8 Limitasi

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan
4.2 Maklumat responden
4.3 Nyatakan semua dapatan kajian

5.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan dan kesimpulan
5.4 Cadangan
5.5 Cadangan kajian masa depan

You might also like