P. 1
Pendekatan Kepimpinan Situasi

Pendekatan Kepimpinan Situasi

|Views: 671|Likes:
Published by 5_rul

More info:

Published by: 5_rul on Oct 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

Pdet 4101

KEPIMPINAN DIRI & ORGANISASI
:TAJUK

PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI DAN KEBERKESANANNYA DALAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN
:PENSYARAH

PROF. MADYA RAHMAD SUKOR
BIN AB. SAMAD
PELAJAR:

FAIRULNIZA BINTI MOHAMMAD SALLEH

IEB070029
8 APRIL 2010

ISI KANDUNGAN
BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. PERKARA PENGHARGAAN ABSTRAK PENDAHULUAN KEPIMPINAN KEPIMPINAN SITUASI GAYA KEPIMPINAN DALAM PENDEKATAN SECARA SITUASI TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI PERKAITAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN DAN TAHAP PERKEMBANGAN LANGKAH-LANGKAH YANG SESUAI DALAM MENGENDALIKAN KEPIMPINAN SECARA SITUASI KEKUATAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI KELEMAHAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI PERBINCANGAN CADANGAN KESIMPULAN PENUTUP RUJUKAN MUKA SURAT 1 2 2-3 3-5 5-7 8-11 12-13

8.

14-15

9.

16-17

10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

18-19 19-20 21-23 24 25-26 27 28

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirahim… Alhamdulillah selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan di bawah tajuk “Pendekatan Kepimpinan Situasi Dan Keberkesanannya Dalam Kepimpinan Pendidikan” ini dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Rahmad Sukor Bin Ab. Samad merangkap pensyarah dan pembimbing bagi kursus bagi subjek PDET 4101 Kepimpinan Diri dan Organisasi yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada semua kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar, sokongan dan dorongan dalam menyiapkan dan menyempurnakan lagi tugasan ini. Bagi tugasan ini saya telah membincangkan mengenai pendekatan kepimpinan situasi yang digunakan secara meluas dalam kepimpinan pendidikan. Ia meliputi pelbagai aspek antaranya, aspek pemimpin, pengikut dan situasi kepemimpinan. Harapan saya, semoga tugasan seperti ini dapat memberi manfaat yang amat berguna kepada saya dan moga diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini. Semoga apa yang diusahakan ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t. Sekian…

Persoalannya dikatakan kepimpinan berdasarkan pendekatan kepimpinan situasi terutama bagi kepimpinan bilik darjah? . manakala orang yang dipimpin takutkan pemimpin yang gagal membawa halatuju kepimpinan yang mereka harapkan. Kepimpinan kerap dianggap sebagai faktor penting dalam menentukan kejayaan sesebuah institusi. Pemimpin yang efektif adalah mereka yang peka serta dapat mengenali keperluan pengikutnya seterusnya mengadaptasi gaya dan cara kepimpinannya bagi memenuhi setiap keperluan pengikutnya. Di dalam kelas atau bilik darjah guru berperanan sebagai pendidik. kekuatan dalam diri oramg yang dipimpin atau pengikut dan juga kekuatan dalam situasi. Gaya kepimpinan situasi ialah perilaku seorang pemimpin berdasarkan tiga keadaan iaitu kekuatan dalam diri pemimpin. PENDAHULUAN Peranan guru adalah amat penting dalam mendidik anak didiknya. moderator atau fasilitator. Pemimpin takutkan kepimpinannya tidak berkesan.PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI DAN KEBERKESANANNYA DALAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN ABSTRAK Kajian ini membincangkan hubungan perkaitan di antara gaya kepimpinan situasi dengan tahap perkembangan pengikut dan keberkesanannya. Pendekatan kepimpinan situasi bertujuan bagi menyesuaikan gaya atau cara pemimpin dengan kompeten dan komitmen pengikutnya. Apabila disebut kepimpinan ia akan melibatkan dua pihak iaitu orang yang memimpin atau sentiasa disebut pemimpin dan orang yang dipimpin. Pendekatan kepimpinan yang berkesan merupakan kebolehan pemimpin itu sendiri untuk memepengaruhi pengikutnya dengan baik dan berkesan. Guru yang pandai mendidik akan memudahkan pelajar memahami konsep atau sesuatu kemahiran dan sebaliknya. Kedua-dua pihak mempunyai perasaan bimbang dengan posisi masing-masing. dan sekaligus dapat memotivasikan apakah pengikutnya yang untuk terus mencapai berkesan kecemerlangan.

kebolehan untuk memahami pengajaran (ability to understand). Mengurus di sini adalalah berbentuk ‘humanitarian’ dan bukannya pengurusan benda (yang boleh membezakan antara tugas pengurus dan pemimpin).1979). pembinaan visi dan pembinaan jalinan.Model awal tentang amalan pangajaran guru yang berkesan telah dikemukan oleh Caroll (1963). seperti pembinaan hubungan. Apakah penentuan penilaian atau kayu ukur kepada pemimpin pendidikan yang berkesan? Ia boleh dilihat melalui dua perspektif iairu dari sudut kanta global atau dari perspektif Islam. Persoalannya apakah pendekatan yang harus dibawa dalam usaha mempengaruhi orang yang dipimpin? Justeru itu. menyatakan kepimpinan menumpukan kepada isu dan proses perubahan dan pembaharuan. KEPIMPINAN DEFINISI KEPIMPINAN Secara mudah kepimpinan bolehlah diertikan sebagai kebolehan seseorang merancang dan mengurus orang yang dipimpin untuk mencapai matlamat untuk kepentingan bersama. Dalam konteks ini seorang pemimpin hendaklah bijak mempengaruhi tingkah laku orang yang dipimpin untuk menerima kepimpinannya dalam mencapai matlamat (House dan Baetz. Kedua-duanya tidak jauh berbeza kerana pemimpin . Namun Slavin (1994) telah membina model pengajaran berkesan yang baru iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction). timbul pelbagai stail atau gaya kepimpinan bermula daripada selembut-lembut pendekatan seakan-akan pujukan seperti yang didefinisikan oleh Gardner (1990) sehingga kepada pendekatan yang terlalu ‘directive’ seperti stail autokratis. peluang (opportunity) dan pengajaran yang berkualiti (quality of instruction). pengajaran yang berkesan dipengaruhi oleh lima faktor iaitu sikap (attitude). Kotter (1988). insentif (incentive) dan masa (time). ketekunan (perseverance). Mengikutnya. kesesuaian tahap pengajaran (appropriate level of instruction). Cendekiawan barat seperti Yulk (1994) menghuraikan kepimpinan melibatkan proses pengaruh sosial yang mana pengaruhnya adalah daripada seorang individu ke atas individu-individu yang lain dalam menstrukturkan aktiviti dan perhubungan dalam kumpulan atau organisasi mahupun dalam bilik darjah. Disinilah bermulanya kewibawaan pemimpin.

Oleh itu sama ada teori atau model organisasi moden boleh diterima atau ditolak oleh Islam bergantung kepada keperluan komuniti dan boleh disesuaikan denagn prinsip Islam. Pemimpin seharusnya pandai memilih pemusatan. 1976). Antara isu-isu yang perlu difikirkan untuk menilai kepimpinan pendidikan termasuklah: 1. Adakah kepimpinan pendidikan dilaksanankan selaras dengan objektif sistem pendidikan Negara/ Falsafah Pendidikan Kebangsaan? . tetapi gaya manakah yang paling berkesan untuk situasi itu’ (Jain. Inilah yang akan membentuk versatility seseorang individu yang bakal menjadi pemimpin yang berkesan kerana pemimpin yang berjaya harus pandai menyesuaikan diri dengan situasi atau keadaan yang sering berubah-ubah. Islam tidak menentukan secara spesifik model atau corak organisasi. masa dan tempat. peranan pemimpin. Oleh itu. sama ada berpusatkan hubungan dengan pengikut atau berpusatkan tugasan iaitu dengan mengarahkan pengikut (pelajar) menyiapkan tugasan dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan masalah mereka. Selagi ia berniat kepada Allah maka seluruh kepimpinannya adalah ibadah selama mana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Teori Kepimpinan Situasi seterusnya menekankan bahawa pemimpin yang berjaya ialah yang boleh menyesuaikan tingkah laku pemimpin (guru) mengikut kehendak pengikut (pelajar) dan situasi (dalam bilik darjah). timbul telahan bahawa situasi memainkan peranan kerana kepemimpinan bukanlah ‘apakah gaya yang terbaik. faktor situasi kritikal dalam kepimpinan pendidikan seperti persekitaran. mercu kepada kepimpinan ialah niat.berkesan dilihat melalui dua aspek utama iaitu peribadi dan pola tingkah laku. Namun begitu. Ia boleh dibentuk untuk mematuhi keperluan. Pendekatan kepimpinan selain mempunyai ciri-ciri peribaik yang baik. Dari perspektif Islam pula. Ini kerana kajian masih meragui hubungan antara tingkah laku pemimpin dengan keberkesanan kepimpinan yakni yang mana mempengaruhi yang mana. ‘warna’ kakitangan dan sifat-sifat organisasi perlu juga diambil kira. tingkah laku memainkan peranan penting kerana ia mampu mempengaruhi prestasi dan kepuasan bekerja contohnya mengajar atau orang yang dipimpin contohnya pelajar.

Adakah gaya kepimpinan pendidikan mendorong pelajar bersikap positif? 6. Adakah kepimpinan dilaksanakan mengikut kesesuaian semasa? 3. individu perlu mengadaptasi gaya atau cara bagi menghadapi situasi yang berbeza seterusnya boleh menyelesaikan masalah secara bersistematik tanpa salah faham pengikutnya. pemimpin harus mengubah . Adakah kepimpinan menggunakan tenaga pemimpi (guru) dan pengikut (pelajar) secara optimum? KEPIMPINAN SITUASI Pendekatan Kepimpinan Secara Situasi telah diperkenalkan oleh Hersey dan Blanchard (1969). kepimpinan situasi menyarankan.2. Dengan kata lain. kepimpinan terdiri daripada dua dimensi iaitu mengarah dan menyokong secara diplomatik serta bersistematik mengikut keadaan atau situasi. seorang pemimpin perlu menilai pengikut serta tahap kemampuan kepimpinan seoarng pengikut dan komitmen individu itu dalam melaksanakan tugas atau tanggungjawab yang diberikan. khasnya mengenai tumpuan kepada pelajar atau pembahagian tugas antara pelajar? 4. Memandangkan kemahiran individu berbeza dan motivasi berbeza mengikut keadaan dan masa. Adakah pemimpin (guru) mampu menyesuaikan pengikut (pelajar) kepada sebarang perubahan? 8. tingkah laku atau emosi? 7. bagi menjadi seorang pemimpin yang efektif. Adakah kepimpinan membawa kepada kebaikan pengajaran dan pembelajaran atau kepada pelajar dari segi pembangunan diri dan motivasi? 5. Kepimpinan situasi menyarankan. Adakah kepimpinan dilaksanakan secara adil. Adakah stail kepimpinan mendorong peningkatan prestasi pelajar sama ada akademik. Bagi mengetahui keperluan pada sesuatu situasi. Objektif utama teori ini adalah situasi yang berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berlainan dan berbeza.

RAJAH 1. .1: Model Kepimpinan Situasi (SL II) Model kepimpinan situasi ini adalah hasil kajian yang mendalam mengenai model kepimpinan situasi yang diperkenalkan oleh Hersey dan Blanchard (1969).tahap bagi mengarah dan menyokong untuk memenuhi dan mengadaptasi situasi dengan perubahan keperluan pengikutnya. Blanchard (1985) memperkenalkan model Kepimpinan Situasi yang dikenali sebagai Model SL II atau Kepimpinan Situasi II (Situasional Leadership II) seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

gaya kepimpinan dan model kepimpinan yang menggunakan pelbagai jenis gaya kepimpinan yang efektif dalam menghadapi situasi yang berbeza. Gaya kepimpinan situasi ini bergantung kepada kemajuan pemimpin dalam satu tugas dan komiten. Interaksi antara kombinasi ini biasanya diterangkan dalam formula [SL = f (L. F. F ialah Fungsi (Function of) dan L ialah Pemimpin (Leader). Seorang pemimpin mungkin berurusan dengan pengikut yang sama dalam situasi yang berbeza tetapi gaya kepimpinan situasi berbeza. SL ialah Kepimpinan Berkesan dan Cemerlang (Successful Leadership).Dinamik kepimpinan situasi dapat difahami dengan mengasingkan Model SL II kepada dua bahagian iaitu kepada gaya atau cara kepimpinan seorang pemimpin dan tahap perkembangan pengikut. Hersey dan Blanchard kategorikan gaya kepimpinan dan dimensi mengarah dan sokongan yang diberi oleh pemimpin kepada pengikutnaya dan menghasilkan satu interaksi yang positif dan sihat dalam organisasi. formula ini menerangkan kepemimpinan yang cemerlang dan berkesan adalah bergantung kepada fungsi pemimpin. dan gaya kepimpinan situasi ini berbeza dan pelbagai. Dengan itu. . seorang pemimpin juga harus fleksibel bagi mengadaptasi gaya kepimpinannya dengan situasi yang dihadapi. Kepimpinan situasi adalah satu jenis teori kepimpinan. pengikut dan situasi kepemimpinan. Dalam erti kata lain. S].

Tingkah laku sokongan berbeza dengan tingkah laku direktif. . Secara amnya.GAYA KEPIMPINAN DALAM PENDEKATAN SECARA SITUASI RAJAH 1. Ini kerana tingkah laku ini lebih berbentuk komunikasi dua hala dan tindak balas yang diperoleh lebih menunjukkan perhubungan sosial dan sokongan emosi orang lain. rakan sekeliling dan situasi individu itu berada. mendefinisi peranan setiap ahli dan seterusnya menunjukkan cara matlamat itu dapat dicapai . dan memajukan matlamat dan kaedah penilaian.2: Tingkah Laku Kepimpinan Situasi Gaya kepimpinan yang tergolong dalam teori kepimpinan ini adalah tingkah laku direktif (directive) yang membimbing ahli kumpulan dalam mencapai matlamat dengan memberi arahan dengan jelas. ia menjelaskan tingkah laku ini berbentuk komunikasi satu hala dan dan memperlihatkan apakah yang harus dilaksanakan? Bagaimana melaksanakannya? Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakannya?. menetapkan garis masa yang efisyen. Tingkah laku sokongan (supportif) pula merujuk kepada keupayaan bagi menolong atau membantu ahli kumpulan supaya lebih merasa keselesaan pada diri sendiri.

Apabila diteliti secara halus. iaitu apa dan bagaimanakah matlamat dapat dicapai? Serta mengawasi cara pelaksanaan tugasan dengan teliti. Pemimpin situasi juga menentukan tugasan dan tanggungjawab kepada pengikut. Gaya kepimpinan kedua pula adalah gaya bimbingan iaitu ia juga adalah tinggi arahan-tinggi sokongan. seorang pemimpin menerangkan. Gaya kepimpinan ini menunjukkan sokongan yang tinggi dalam hubungan antara pengikut dengan pemimpin serta mempunyai sikap yang tinggi bagi memfokuskan satu tugasan yang diberi. namun segala idea dan cadangan disumbangkan oleh pengikut-pengikutnya. Jelasnya. seorang pemimpin memfokuskan aspek komunikasi dalam mencapai matlamat dan keseimbangan keperluan pengikut. Gaya ini sesuai bagi individu yang kurang kemampuan berdikari semasa menjalankan satu tugasan namun mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi dalam satu tugasan yang diterima. Dalam pendekatan situasi. Pemimpin melibatkan diri bersama-sama pengikutnya dalam pelaksanaan tugasan serta membri sepenuhnya kerjasama demi mencapai matlamat yang dirancang. gaya kepimpinan ini sesuai bagi individu yang berkemampuan melaksanakan tugasan yang diberi atau berdikari tetapi kurang komitmen kerana masih lagi memerlukan arahan dan sokongan disebabkan kurang . Gaya ini lebih memfokuskan mengenai tanggungjawab pada tugasan namun kurang menjurus ke arah meningkatkan hubungan sesama individu.Gaya kepimpinan situasi pula boleh dibahagikan kepada empat kategori dalam tingkah laku directive dan supportive. Keistimewaan dalam membuat keputusan masih di tangan pemimpin dan komunikasi yang wujud adalah komunikasi dua hala yakni seimbang. pemimpin boleh mendengar dan menerima segala idea dan cadangan daripada semua pihak demi mengkaji keberkesanan tugasan yang diberi dari segi aspek kelemahan dan kebaikan. pemimpin selalunya gemar memfokus aspek komunikasi sebagai pencapaian matlamat dan hanya menggunakan peratusan yang sedikit dalam aspek tingkah laku ‘sokongan’. segala peranan dan tugasan yang ditentukan oleh pemimpin. Gaya kepimpinan ini menerangkan. Oleh yang demikian. yang juga dikenal pasti sebagai gaya tinggi arahan-rendah sokongan. Gaya yang pertama adalah mengarah. Kesannya komunikasi dua hala tidak boleh dibentuk kerana ia melibatkan segala keputusan dan arahan dibuat oleh pemimpin.

Gaya pemimpin ini lebih mendengar masalah atau idea. motivasi dan keyakinan dalam diri setiap pengikutnya. namun hanya memerlukan sokongan yang sesuai bagi meningkatkan keyakinan dan motivasi dalam diri. Mereka sentiasa diawasi dan dibimbing dalam permasalahan yang timbul. Pemimpin selalunya membimbing dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan tetapi kuasa membuat keputusan tetap pada pihak pengikutnya. Gaya kepimpinan ini . Gaya ini merujuk kepada keupayaan seorang pemimppin untuk tidak memfokuskan pada matlamat sahaja tetapi lebih menjurus kepada menggunakan tingkah laku ‘sokongan’ yang dapat melahirkan kemahiran dalam kalangan pengikut bagi mencapai matlamat sesuatu tugasan yang diberi. Pengikutnya boleh menetapkan apa dan bagaimana tugasan itu dilaksanakan dan peranan pemimpin itu sendiri. Pelbagai bentuk penghargaan dan pujian harus diberi bagi membentuk keyakinan dalam diri pengikut dan penglibatan daripada pemimpin dalam setiap keputusan yang dibuat perlu bagi menerapkan komitmen yang tinggi. mereka mengambil alih tanggungjawab bagi memastikan tugasan itu dapat disiapkan mengikut kesesuaian situasi dan keperluan mereka. pemimpin boleh melibatkan diri dalam setiap perancangan. Namun begitu.berpengalaman dalam bidang yang diberi. Dengan kata lain. Gaya ini juga sesuai bagi individu yang mempunyai kemampuan yang tinggi dalam menjalankan tanggungjwab pada tugasan tetapi kurang mempunyai keyakinan dan motivasi dalam meningkatkan diri supaya lebih maju dalam bidang yang diceburi. Gaya kepimpinan ini merujuk kepada keupayaan seorang pemimpin yang kurang dalam memberi sokongan sosial dan tanggungjawab pada tugasan dan kurang memberi sokongan. mendapat maklumat daripada pengikutnya dan seterusnya memberikan maklumat balas kesan satu tugasan demi matlamat yang dirancang bolh dicapai. Mereka ini tidak mmerlukan banyak arahan kerana sudah mempunyai kemahiran yang sedia ada atau terlatih. Gaya kepimpinan yang terakhir sekali adalah gaya delegasi atau lebih dikenali sebagai gaya rendah sokongan-rendah arahan. Gaya kepimpinan ketuga adalah gaya sokongan Gaya kepimpinan ini juga dikenali sebagai gaya tinggi sokongan-rendah arahan. keputusan dan tugasan yang diberi disebabkan kuasa mutlak diberikan kepada pengikutnya. member penghargaan.

Penekanan terhadap kerja 8. Kajian Mageswary (2000) menyentuh tentang tingkah laku kepimpinan. Tolenrasi kebebasan 4. Mengikut urutan kepentingan seperti berikut: 1.lebih sesuai bagi individu yang mempunyai kemampuan dan komitmen yang tinggi kerana mereka berupaya melakukan segala tugasan atau tanggungjawab dalam projek dan menerima sedikit kawalan dan sokongan daripada pemimpin. Pertimbangan 3. Strukutur usaha 5. Peranan yang diandaikan 7. Persuasiveness . Integrasi 2. Tolenrasi terhadap perkara yang tidak dijangka 6.

tahap perkembangan pendekatan kepimpinan situasi boleh dikategorikan kepada empat iaitu D1. Tahap D2 pula adalah situasi mengenai pengikut yang mempunyai kemampuan bagi menguasai kemahiran dan melaksanakan tugasan yang diberi. D2. suatu tahap pengikut mempunyai kemampuan yang tinggi dan kepelbagaian komitmen pada tugasan yang diberi. Tahap yang seterusnya adalah tahap D3. Tahap D1 adalah situasi berdasarkan kemampuan dan komitmen pengikut yang rendah. Namun ia masih kurang keyakinan dan motivasi bagi . D3 dan D4. mereka menganggap tugasan yang dipertanggungjawabkan itu adalah baru bagi mereka dan kurang berpengetahuan tanpa tunjuk ajar daripada orang yang berpengalaman. Tahap perkembangan ini juga bertujuan bagi mengenalpasti tahap keberkesanan dalam diri individu sama ada mereka sudah menguasai kemahiran dalam menyelesaikan tugasan khusus dan membangunkan sifat kendiri yang positif. Pengikut yang mempunyai tahap perkembangan yang tinggi berupaya melaksanakan tugasan yang diberi dengan sistematik dan berkesan serta bermotivasi bagi meningkatkan perkembangan kepimpinan dalam diri mereka. Ia lebih fokus mengenai kemampuan dan komitmen pengikut selaras dengan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Pengikut yang berada pada tahap ini mempunyai pengalaman yang luas dan berkeupayaan untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan kepadanya tanpa mengira masalah. Kadangkala. Tahap ini merujuk kepada pengikut yang kurang berupaya menguasai kemahiran khusus yang dipertanggungjawabkan pada tugasan yang diberi serta kurang berkeyakinan dan motivasi diri bagi meningkatknnya. apabila pengikut tidak mempunyai tahap perkembangan yang tinggi. tetapi kurang komitmen dalam melaksanakan tanggungjawabnya kerana sentiasa memerlukan sokongan dan dorongan daripada pihak lain. Sebaliknya. Jika dilihat dengan teliti.TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI Tahap perkembangan yang dimaksudkan adalah tahap perkembangan dalam diri pengikut. mereka berasa diri mereka kurang berkemahiran dan kurang upaya melaksanakan tugasan yang diberi kecuali mereka mempunyai motivasi dan semangat yang tinggi berbuat demikian.

pengikut yang berada pada tahap ini berkemungkinan lebih berkemahiran daripada pemimpin mereka sendiri. . Tahap ini merujuk kepada pengikut yang mempunyai kemampuan dan kebolehan yang tinggi dalam diri mereka. Kadangkala.melaksanakannya seorang diri dan masih memerlukan bantuan dan sokongan daripada pemimpin atau pihak lain. Individu ini berpengalaman dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi dan selesa dengan kebolehan yang ada pada diri mereka untuk melaksanakan tugasan dengan lebih cmerlang. Tahap ini juga merupakan tahap yang paling cemerlang berbanding tahap-tahap lain. Tahap yang terakhir sekali adalah D4.

Kedua-duanya saling berkait rapat antara satu sama lain kerana tanpa mengetahui satu tahap perkembangan pengikutnya.im plem an tasin ya S1 ARAHAN M enyediak an pan dua n sp esif ik D an m eman tau p r ta si es secara d ekat 16 RAJAH 1.Menera n gkan kep ut us an dan M e beri pelua ng unt uk m mem beri penj elasa n S4 DELEGASI .Mengga lak tang gung jawa b mem bua t keput us an d an . .3: Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Tahap Perkembangan Pengikut Gaya kepimpinan (S1-S4) yang dikhususkan kepada pemimpin haruslah selari dengan tahap perkembangan (D1-D4) pengikutnya.PERKAITAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN DAN TAHAP PERKEMBANGAN S3 SOKONGAN Berkon gsi idea dan terlib at da lam m e bu at ke pu tu san m S2 BIMBINGAN .

pemimpin yakni guru juga haruslah meluangkan sedikit masa untuk bersama mendengar segala pandangan dan idea sebelum meninggalkan tugasan. gaya kepimpinan yang betul boleh dibentuk selari dengan tahap perkembangan pengikut supaya hasil tugasan yang lebih efektif dan efisyen diperoleh. guru memberi satu tugasan berbentuk projek kepada pelajar yang kurang berpengalaman untuk melaksanakannya. Apabila diperhatikan secara teliti. Sebagai contoh. Dengan kaedah atau penyelesaian yang dilakukan ini. . kelas dan sekolah. kita sudah menyenaraikan semua arahan dan peraturan tugasan tersebut yang perlu dibuat dan diselesaikan oleh pelajar tersebut. pemimpin yang berjaya perlu menyesuaikan situasi dengan bijak dan bukannya pengikut yang menyesuaikannnya. kita sebagai pemimpin sedang menyesuaikan diri dalam gaya kepimpinan S1. Bagi memperoleh gaya kepimpinan secara situasi yang efektif. Sebagai guru. kumpulan. Tambahana pula.seorang pemimpin sukar menyerahkan tugasan atau tanggungjawab bagi mencapai objektif dan matlamat sebenar organisasi. Walau bagaimanapun. Malahan hubungan komunikasi dua hala juga boleh dieratkan lagi serta keutamaan tahap perkembangan pengikut boleh dibangunkan bagi kepentingan individu. pelajar kurang berpengalamn itu pula berada dalam tahap perkembangan D2. Di mana pelajar tersebut menganggap tugasan yang dan dipertanggungjawabkan itu baru pada mereka serta kurang pengetahuan pengalaman dan juga memerlukan kepada tunjuk ajar daripada orang yang berpengalaman contohnya seperti guru. Manakala. pemimpin haruslah dilatih memimpin dengan bijak dan berkesan dalam melaksanakan pelbagai gaya kepimpinan serta menentukan tahap perkembangan dalam diri setiap pengikutnya.

Langkah yang keempat. yang juga dikenali sebagai ‘tinggi arahan-rendah sokongan’. secara langsung pengikut (pelajar) berasa sungguh selesa belajar dan cuba membangunkan tahap perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Langkah kedua. sokongan dan penghargaan. juga adalah gaya ‘tinggi arahan-tinggi sokongan’. pemimpin yang berjaya dan efektif haruslah mengikuti langkah-langkah yang digariskan ini demi memastikan supaya matlamat dan objektif dapat dicapai. prosedur dan cara pelaksanaanya. Dengan penetapan dan penentuan gaya kepimpinan ini. Pemimpin boleh menentukan sama ada memilih gaya ‘arahan’. Cara penilaian pula haruslah lebih positif dengan banyak memberi motivasi. Hasil pernilaian inilah yang membantu pemimpin menentukan pengikut di bawah arahannya berada pada tahap perkembangan yang bersesuaian dengan mereka. Dengan pendekatan ini. gaya ‘sokongan’ atau dikenali sebagai gaya ‘tinggi sokongan-rendah arahan’ dan gaya ‘delegasi’ atau lebih dikenali sebagai gaya low supportive-low directive. Pemimpin juga perlu mendengar segala idea dan pandangan daripada pengikutnya supaya boleh mengatasi segala kelemahan dan meningkatkan lagi segala kebaikan yang sedia ada. Langkah ini seiring dengan kepimpinan situasi iaitu pemimpin berupaya bagi aplikasi situasi dengan tugasan supaya pengikut boleh memahami tugasan yang dipertanggungjawabkan. pemimpin boleh menyesuaikan kepimpinannya selari denagan tahap perkembangan pengikut.LANGKAH-LANGKAH YANG SESUAI DALAM MENGENDALIKAN KEPIMPINAN SECARA SITUASI Bagi memastikan kepimpinan situasi ini boleh dikendalikan dengan berkesan. Langkah ketiga. Komunikasi yang berkesan iaitu komunikasi dua hala haruslah dipraktikkan supaya boleh mengetahui tahap perkembangan pengikut yang selari dengan gaya kepimpinan yang hendak dilaksanakan. gaya ‘bimbingan’. pemimpin perlu menilai setiap pengikutnya dengan tugasan yang diberi berdasarkan tahap perkembangan (D1-D4). membincangkan situasi atau keadaan bersama pengikut. menentukan gaya kepimpinan dalam setiap tugasan yang diberi. Langkah pertama. Apabila pengikut memahami pendekatan situasi yang . pemimpin perlu membuat gambaran yang menyeluruh mengenai tugasan yang diberi kepada pengikut dari segi arahan.

membuat penyambungan rancangan atau pelan tindakan. Situasi daya kepimpinan ini mudah difahami. Langkah yang kelima pula. bagi memastikan supaya tugasan itu dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun. Situasi gaya kepimpinan menyediakan pendekatan secara terus terang serta mudah digunakan. Pemantauan pula bukannya bertujuan melemahkan semangat dan motivasi pengikut. Situasi ke arah pembinaan semangat kepimpinan adalah salah satu daripada yang paling dikenali dan digunakan secara meluas bagi melatih menjadi pemimpin yang efektif dan berinovasi. Kekuatan yang kedua. pemantauan dan pemurniaan tugasan yang diberikan kepada pengikut demi mencapai matlamat yang dirancang. ia sudah diuji di pasaran global. Tindakan selanjutnya penting bagi pemimpin kerana ia mampu memperlihatkan keberkesanan tugasan di samping pemimpin boleh mengetahui kelancarannya secara terperinci. . Pemimpin yang gemar membuat pembetulan adalah pemimpin yang prihatin pada tanggungjawab yang diberi demi memastikan supaya tiada kelemahan berulang dan boleh menambahbaik lagi peningkatan tugasan. terutamanya kepada para pengamal. munasabah dan mudah diaplikasikan dalam pelbagai keadaan. Kekuatan yang pertama.dilaksanakan oleh pemimpin. ia mampu membantu dalam mencapai matlamat yang dirancang. Pemantauan juga penting supaya pemimpin boleh melihat sama ada tugasan yang dipertanggungjawabkan itu disiapkan sepenuhnya ataupun tidak. Sedangkan ada setengah gaya kepimpinan yang menyediakan pendekatan yang rumit dan cara yang susah bagi menilai daya kepimpinan dalam diri kita. Penyambungan ini merujuk kepada penyambungan rancangan antara pemimpin dan pengikut dalam menjadikan satu rancangan yang berkesan dalam melaksanankan tugasan. KEKUATAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI Pendekatan kepimpinan situasi mempunyai beberapa kekuatan. melakukan tindakan selanjutnya. Langkah yang terakhir. ia sangat praktikal.

Situasi gaya pimpinan menekankan. pendekatan situasi yang dicadangkan adalah kita harus memimpin secara menyokong. Kekuatan terakhir pendekatan kepimpinan situasi.. prinsip yang dicadangkan oleh situasi gaya kepimpinan ini mudah diguanakan dalam berbagai persekitaran termasuklah di tempat kerja. Situasi ini menyediakan atau melengkapkan pemimpin dengan panduan yang berharga supaya boleh mempermudah dan menambah daya pimpinan. situasi gaya pimpinan menentukan secara terus untuk kita sebagai ketua atau pemimpin. Kepimpinan situasi juga mengakui bahawa pengikut bertindak secara berbeza apabila melakukan tugasan yang berbeza dan mereka juga boleh bertindak secara berbeza mengikut peringkat yang berbeza tetapi dalam tugas yang sama. Pemimpin yang efektif adalah mereka yang boleh menukar gaya kepimpinan mereka sendiri berdasarkan keperluan tugasan dan keperluan pengikutnya. . Kekuatan gaya kepimpinan situasi yang ketiga ialah nilai preskriptif. apabila taraf kemampuan kita rendah. Walaupun banyak teori kepimpinan yang dihuraikan mengikut tabiat yang pembawaan. Sebagai contoh. mereka mesti bersedia mempelbagaikan cara mereka berhadapan dengan keperluan situasi. Dalam situasi yang lain pula. Di mana gaya kepimpinan situasi ini memberitahu kita apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan dalam konteks yang pelbagai. bila guru adalah seorang yang cekap tetapi kurang keyakinan. sekolah dan dalam institusi kekeluargaan. pemimpin perlu mencari keperluan orang bawahan atau pengikut dan selepas itu menyesuaikan cara mereka melakukan tugasan mengikut kewajarannya. malahan dipertengahan satu projek. namun kepimpinan situasi pula menggunakan kaedah preskriptif.Tambahan pula. ia menitikberatkan konsep ketua yang fleksibel. Pemimpin tidak sewajarnya memimpin menggunakan satu cara sahaja.

Dalam versi yang baru pula (model SL11). ia masih mempunyai beberapa batasan. Kelemahan kedua kepimpinan situasi adalah ketidakjelasan konsep dalam perkembangan pekerja bawahan atau pengikut.KELEMAHAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI Walaupun kepimpinan situasi ini digunakan secara meluas dalam latihan dan pembangunan gaya kepimpinan. engan dan mampu (tahap 3) dan bersedia dan mampu (tahap 4). pelbagai penglibatan dan kemampuan yang tinggi dalam D3 serta penglibatan yang tinggi dan kemampuan yang tinggi dalam D4. bersedia dan tidak mampu (tahap 2). Tambahan pula. Kelemahan pertama kepimpinan situasi ada beberapa kajian yang dijalankan bagi membuktikan andaian pendekatan ini. mereka tidak menyediakan . Walaupun ramai cerdik pandai berhujah mengenai situasi dalam pendekatan ini. bolehkah kita memastikan ia adalah pendekatan yang sah? Adakah pasti pendekatan ini sememangnya dapat meningkatkan prestasi? Bolehkah pendekatan ini dibandingkan secara yang baik di dalam kesan pada orang bawahan atau pengikut bagi pendekatan kepimpinan yang lain? Susah memberi jawapan yang kukuh bagi soalan ini bila percubaan pendekatan kepimpinan situasi ini tidak menghasilkan sesuatu yang penting. empat tahap kemampuan (kematangan) seperti enggan dan tidak mampu (tahap 1). Pelopor kepimpinan situasi juga tidak menjelaskan asas teori bagi perubahan pada setiap tahap perkembangan. Antara persoalan yang ditimbulkan adalah seperti. Kekurangan asas yang kuat dalam kepimpinan situasi ini meningkatkan keraguan teori asas pendekatan kepimpinan teori ini. tahap perkembangan diterangkan seperti penglibatan yang tinggi dan kemampuan yang rendah dalam D1. penglibatan yang rendah dan sedikit kemampuan dalam D2. Pelopor teori ini tidak menjelaskan secara terperinci cara ‘penglibatan’ digabungkan dengan ‘kemampuan’ bagi membentuk empat tahap nyata perkembangan . Dalam versi model yang terawal. Hersey dan Blanchard (1969) menjelaskan. Berikut adalah beberapa kelemahan dalam gaya kepimpinan situasi dan bantuan bagi menyediakan lebih banyak gambaran keseimbangan keperluan am pendekatan ini dalam mengkaji dan melatih gaya kepimpinan ini. tetapi kebanyakan kajian yang pernah dilakukan ini tidak banyak diedar bagi pengetahuan umum.

adakah pengikut biasanya bermotivasi dan ingin sekali untuk belajar? Kemudian mereka boleh berputus asa dan berangan-angan. Mungkin. Seperti yang dinyatakan oleh Blanchard (1993). bagaimana pelbagai penglibatan dalam model SL11. Seterusnya. ia hadir lebih logik bagi menerangkan penglibatan pengikut seperti ada perkara yang berterusan bergerak dari rendah kepada sederhana dan seterusnya tinggi. Berdasarkan kepada model SL11. Kelemahan yang terakhir kepimpinan situasi adalah dari segi praktikal kerana ia tidak sepenuhnya menyebut isu mengenai orang perseorangan melawan gaya kepimpinan berkumpulan dalam sesuatu organisasi. mereka mungkin mula hilang keyakinan diri dan motivasi.penerangan bagaimana penglibatan dan kemampuan mempengaruhi menerusi tahap perkembangan yang berbeza. penglibatan pengikut dikawal oleh keyakinan dan motivasi. berubah dalam D3 dan meningkat kembali dalam D4. Hubung kait yang terdekat dengan kelemahan tahap perkembangan pengikut adalah mengenai bagaimana penglibatan itu sendiri adalah konsep dalam model ini . Ketidak setujuan yang dikemukakan oleh Blanchard. Dia tidak menjumpai sokongan bagi model bila ia diaplikasi kepada guru yang sederhana pengalaman tetapi matang oleh pengetua masing-masing. Tetapi mengapa begini? Mengapa pengikut menjadi semakin kurang komited? Mengapa ada kelemahan dalam penglibatan pada perkembangan? Kelemahan ketiga pula adalah mengenai bagaimana model dapat serasi dengan cara pemimpin dengan tahap perkembangan pengikut? Bagi menentukan kesahihan teori ini Blachard dan rakannya menjalankan kajian pada guru sekolah tinggi dan pengetua. . Walaupun beliau menemui cara kepimpinan yang dicadangkan oleh model berpadanan untuk hubungan antara pengetua dengan guru baru dan guru yang kurang berpengalaman. Blanchard mencadangkan. menurun dalam D2. kajian lanjutan perlu bagi menentukan bagaimana kemampuan dan penglibatan pemimpin dan pengikut pada setip tahap. penglibatan meningkat dalam D1.

. Dia kelihatan terlibat dalam banyak urusan tetapi tidak memberikan apa-apa sumbangan. Sesunggunhnya terdapat pemimpin yang sangat popular tetapi prestasi pengajarannya tidak memuaskan dan terdapat juga sesetengah guru yang sangat berjaya dan produktif tetapi tidak popular di kalangan guru mahupun pelajar di sekolah. perkembangan dan pembangunan yang bersifat kuantitatif dan kualitatif. Hasil dan keputusan mestilah dicapai dengan cara apa sekalipun. prestasi. Sebelum membincangkan tentang pembaharuan diri dalam kepemimpinan. Terdapat beberapa cara untuk mencerminkan diri. Berikut adalah penerangan ringkas mengenai beberapa kategori pemimpin menurut Managerial Grid: Guru yang digelar “Slave-driver”. Guru yang digelar “The Country Club or Nice Guy Manager”. Dia berpaut pada jawatannya pada hal secara mental dia sudah lama menarik diri dan menjauhi organisasi. Di mana kaedah ini dapat membantu guru sebagai pemimpin dalam memahami pendekatan yang mereka amalkan atau lakukan ke atas pelajar. Dia sangat mementingkan hasildan hamper tiada belas ihsan mengerahkan pelajarnya.PERBINCANGAN Seorang guru seharusnya memimpin pelajar dengan berkesan yakni berupaya membantu pelajar memperkembangkan segala potensi diri agar produktivitinya menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik dan tingkah laku pelajar keseluruhannya. Dia sangat menjaga hati dan perasaan pelajarnya dan hampir tidak kisah tentang hasil. Di mana populariti ini adalah dari segi keselesaan dan keterbukaan guru dalam berinteraksi dengan pelajar. Guru yang digelar “The Zombie”. salah satu daripadanya adalah melalui Managerial Grid. prestasi dan keputusan. Produktiviti pula adalah dari segi pencapaian. Seseorang pemimpin pelajar atau guru yang cemerlang dalam erti kata sebenarnya hendaklah popular dan produktif. Dia ingin disukai dan berkepercayaan jika dia berbaik-baik dengan pelajarnya. Dia tidak membenarkan hal-hal peribadi serta perasaan pelajarnya menjejaskan kecekapan atau kelancaran P&P. Begitu juga tentang hasil dan keputusan bilik darjahnya. Dia seolah-olah tidak kisah tentang hati dan perasaan pelajarnya. guru perlulah mencermin diri dari dua aspek tersebut. mereka akan menjalankan tugas yang diberi.

Dia percaya pelajarnya paling gembira jika pelajaran mereka berjaya. Keberkesanan strategi ini disahkan melalui kajian-kajian yang dibuat oleh Charles (1992) dan Gnagey (1982). Merancang perubahan persekitaran (Planning for environmental changes). ia merupakan satu usaha guru untuk menunjukkan minat yang mendalam dalam aktiviti pelajar apabila pelajar mula menunjukkan tanda-tanda jemu atau kurang tumpuan. Kesediaan guru untuk membantu pelajar mengatasi masalah dalam pembelajaran yakni supaya pelajar tidak cepat berasa kecewa mengalah. Srategi ini dapat memastikan pelajar senantiasa menumpukan perhatian ke atas kerja-kerja yang diberikan dan menghalang daripada perkara-perkara yang tiada kaitan dengan pelajaran. Skop pengurusan bilik darjah adalah terlalu luas dan mencakupi bidang seperti penyusunan perabot. Cara ini digunakan untuk mengekalkan tingkah laku pelajar yang diingini. 1. Dia berusaha bersungguhsungguh untuk mementingkan kesejahteraan pelajar dan prestasi pelajarannya. personaliti sikap. guru sepatutnya bersifat proaktif kepada . memberi penghargaan kepada usahanya dan membuat cadangancadangan untuk kemajuan seterusnya. Di mana guru mempamerkan minat yang mendalam. terganggu dengan suasana bising atau gangguan rakan sekelas dan sebagainya.Guru yang digelar “The Excellent Manager”. Guru mungkin bergerak ke arah pelajar yang terbabit dengan memerhatikan aktivitinya. Mempamerkan minat yang mendalam (Utilizing Interest Boosting) Guru harus sentiasa memupuk minat pelajar di dalam bilik darjah. Menghulurkan bantuan apabila wujud masalah (Offering Hurdle Help). Guru bukan hanya setakat memfokus kepada bidang akademik tetapi juga dengan pembinaan karakter pelajar. 2. Dalam usaha untuk meminimunkan masalah-masalah kepimpinan dan pengurusan bilik darjah. ekspektasi guru dan sebagainya. Dia berjaya mewujudkan semangat berpasukan di kalangan pelajarnya. 3.. Di bawah ini disenaraikan beberapa strategi pengurusan bilik darjah yang dapat diaplikasikan dalam pendekatan kepimpinan situasi dalam bilik darjah.

1981). Guru yang ingin menggunakan strategi ini perlu memilih kiu (cue) yang mudah untuk memulakan satu aktiviti baru atau menyebabkan aktiviti lama (yang lepas) dilakukan dalam bentuk baru. Sebagai contoh. Menukar corak pelaksanaan sesuatu aktiviti. 1981 dan Gnagey. 5. Menstrukturkan semula situasi (Restructuring the situasion).kemungkinan perubahan persekitaran pembelajaran dan menyediakan pelajar untuk menghadapinya. . guru boleh meminta pelajar berdiri dan merenggangkan otot-otot badan sebelum meneruskan pengajarannya. Merancang dan mengubahsuai persekitaran bilik darjah (Planning and modifying the classroom environment). menyediakan sudut bacaan. susunan tempat duduk pelajar yang sesuai. Strategi ini melibatkan penyusunan perabot. Suasana bilik darjah yang ceria dan tersusun dapat meningkatkan produktiviti pelajar dan guru. papan kenyataan yang menarik dan keadaan bilik darjah yang bersih. apabila seorang guru menyedari bahawa para pelajarnya menunjukkan tanda-tanda keraguan atau kebosanan terhadap pelajaran yang disampaikan. 4. Keberkesanan strategi ini disokong melalui hasil –hasil kajian Schmuck dan Schmuk (1979) serta Axelrod (1977). menukar fokus tumpuan atau mencari jalan penyelesaian yang baru amat berkesan dalam menghalang perlakuan yang tidak diigini guru apabila pelajar mula berasa jemu (Charles.

2. Secara teranag dan ikhlas menjemput.CADANGAN Untuk ini kepemimpinan memerlukan: 1. iaitu mempercayai orang lain akan bertindak mengikut lunas yang diharapkan. Iaitu optimis dan mempunyai ekspektasi tinggi terhadap keupayaan orang lain. Penting bagi pemimpin terutamanya bagi guru untuk memahami dirinya sendiri. Penghormatan. menyokong dan membina iklim yang menggalakkan perkembangan maksimum. Mempunyai kepercayaan terhadap integeriti orang lain. Perubahan dan daya sosial yang sentiasa berubah memerlukan guru memimpin dengan stail kepimpinan yang berkesan. iaitu penghormatan terhadap keindividu orang laindan dengan itu tindakan adalah dengan sopan dan tertib dalam semua interaksi. Optimisme. memahami orang lain di sekelilingnya dan bersikap terbuka. menerima dan menggalakkan penyertaan orang lain dalam prosesnya. 4. 3. .

pendekatan ini tersusun bagi mengenalpasti bagaimana pemimpin patut bertindak sekiranya mereka mahu meninggikan lagi keberkesanan kepimpinan. Kepimpinan boleh diukur dalam pendekatan ini melalui penggunaan soalansoalan yang bertujuan bagi memperoleh pandangan individu menilaikan siri situasi yang berkaitan dengan kerja dan tugasan. kelenturan dan keberkesananya. boleh dikatakan pemimpin dan pengikut berkait rapat dan saling memerlukan antara suatu sama lain. Soalansoalan itu boleh membantu pemimpin mngetahui bagaimana mereka boleh merubah gaya kepimpinan supaya menjadi lebih berkesan walaupun menerima pelbagai situasi. Pendekatan ini juga menyarankan model yang mencadangkan bagaimana pemimpin perlu berkelakuan berdasarkan situasi yang khusus. Perkara kedua. Namun pemimpin yang bijak haruslah pandai menilai pengikutnya supaya segala tanggungjawab pada tugasan yang diberi dapat dilengkapkan dan dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Soalan-soalan yang dibekalkan memberi maklumat mengenai kebolehan pemimpin. Ketiga. Terdapat major yang kuat kepada pendekatan kepimpinan situasi. Keempat. Yang utama sekali ia merupakan pendekatan kepada kepimpinan yang dikenali keseluruhan negeri sebagai piawaian bakal pemimpin. Gaya kepimpinan dalam diri pemimpin dan tahap perkembangan pengikut perlu selari dan seimbang supaya boleh mencapai matlamat dan objektif yang dirancang.KESIMPULAN Secara kesimpulannya. pendekatan latihan yang mudah difahami dan diaplikasikan. Pendekatan ini sentiasa memaklumkan kepada pengikut pada tindakan yang perlu dibuat semasa melakukan kerja atau tugasan. Keberkesanan kepimpinan terjadi apabila pemimpin boleh mengkaji dengan lebih teliti tahap perkembangan orang bawah atau pengikut dalam situasi tugasan dan kemudian mempamerkan gaya kepimpinan yang bersangkutan dengan situasi itu. Pendekatan kepimpinan situasi yang begitu meluas digunakan ialah pendekatan preskriptif. kepimpinan secara situasi dapat mengenal dan memberi penekanan bahawa tidak ada yang mempunyai gaya yang terbaik dalam .

Secara tidak langsung. Secara keseluruhannya. Sikap bekerjasama.kepimpinan. kualiti kerja yang cemerlang. Di samping itu. gemilang dan terbilang dapat dicapai seiring dengan tahap kepimpinan yang efektif dan berinovasi. saya mendapati pendekatan kepimpinan situasi penting diaplikasikan bagi mengetahui sejauh mana pemimpin itu boleh mengawal keadaan dan situasi sesebuah organisasi serta mengawal emosi pengikutnya dengan lebih efektif. pemimpin perlukan kelembutan dan mengadaptasi gaya kepimpinan mengikut kehendak dalam situasi. . toleransi dan komunikasi dua hala yang baik menghasil suasana kerja atau suasana bilik darjah yang harmoni dan boleh meningkatkan lagi kualiti tugasan dan prestasi serta semangat dan motivasi pengikut dari masa ke semasa. Pemimpin yang efisyen mampu menarik lebih ramai pengikut bila mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan produktif selari dengan tahap perkembangan setiap pengikutnya.

PENUTUP Kepintaran juga menjeniskan pemimpin kepada dua iaitu kuasa peribadi dan kuasa sosial. Hasrat untuk melahirkan komuniti pemimpin yang unggul untuk menerajui sistem pembelajaran Negara kini dan masa hadapan yang lebih mencabar. keyakinan diri. Ringkasnya. kecekapan diri semakin meningkat. Empat dimensi itu adalah perubahan diri ke arah positif secara signifikan. Pemimpin dari jenis kuasa peribadi ingin menguasai individu lain dan mementingkan status. Memimpin adalah satu tanggungjawab dan sikap orang-orang yang dipimpini mencerminkan keberkesanan kepemimpinan seseorang melalui pemerkasaan. . semangat. kejelekitan seolah-olah satu keluarga dan keseronokan. dorongan kepimpinan. kreatif dan fleksibel. pemimpin yang berkesan harus mempunyai ciri-ciri tertentu seperti integriti. Menurut Bennis dan Nanus (1985) terdapat empat dimensi penting sikap para pelajar yang mencerminkan keberkesanan kepemimpinan guru. Manakala pemimpin dari jenis kuasa social ingin berkuasa untuk mencapai matlamat bersama dan tidak mempunyai kepentingan diri. pengetahuan dalam bidang yang diajar.

24. Ishak Bin Sin (2004). 11. Noh (2004). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gaya-gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam. 14 (1). 4. Abd. 14 (2). 5. Shahril @ Charil (2004). Bhd. 36. Jurnal Institusi Pengetua. 15 (1). Isu dan Trend Kepimpinan Pendidikan. 7. 144-145. 92-95. 9. 3. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Kepimpinan Pendidikan Berkesan. 20. Memimpin Diri Sendiri (Edisi Kemas Kini). Amalan Pengajaran Yang Berkesan: Kajian Di Beberapa Sekolah Menengah Di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Jurnal Pendidikan. Rahman Abd.. Masalah Pendidikan. James Ang (2005). Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Azman Che Omar (2003). Jit Eng. Abdullah Ibrahim. Pengurusan Disiplin Sekolah: Pendekatan Alternatif Menangani Gejala Disiplin Sekolah. 13-15. Haslee Sharil Lim Abdullah & Sidek Mohd. Jurnal Akademik Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Penggunaan Kemahiran Kaunseling ke Arah Kecemerlangan Kepemimpinan Sekolah. Abdul Ghani Abdullah. 5. 29-30.RUJUKAN 1. (2004). 8. Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Abdul Shukor Abdullah. Azmi Bin Zakaria (2004). 27. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. . 2. 10. 14 (2). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan Cemerlang.14. Aziz & Mohammed Zohir (2008). Kepemimpinan Sekolah Dalam Menghadapi Millenium Baru. Bhd. 7. (2004). 6.1 (1). Selangor: PTS Millennia Sdn. Rahimah Haji Ahmad (2001). Amalan-amalan dalam pengurusan dan pendidikan Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->