You are on page 1of 14

ISL MINGGU 9

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu secara :

9.2 KONTEKSTUAL

Pengenalan

Menurut John Dewey (1916), pembelajaran kontekstual merupakan satu keadaan di


mana pelajar akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa
yang berlaku di persekitaran. Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir yang tinggi,
pemindahan ilmu pengetahuan, pengumpulan dan penganalisis data, pemecahkan
masalah-masalah tertentu samada secara individu atau berkumpulan. Kontekstual dari
ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven)
bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud
keadaan, situasi dan kejadian.

Pembelajaran konteksual merupakan satu model dinamik dan terbuka. Strategi ini
dapat memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran
bermakna melalui pengalaman dan informasi, dan menggunakan pengalaman serta
informasi demi membina pengetahuan sendiri. Kaedah kontekstual adalah berasaskan
maksud kontekstual itu sendiri, di mana ia mampu membawa pelajar ke matlamat
pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan. Ringkasnya, pembelajaran
kontekstualisme ialah satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan
dengan pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran
jenis ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’
dan ‘minds-on’.

Kepentingan Pembelajaran Kontekstual Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan pengajaran ini mempunyai banyak kepentingan dan faedahnya. Ini


termasuklah faedah kepada murid dan faedah kepada guru sendiri. Pendekatan
kontekstual adalah satu proses yang melibatkan pelbagai bentuk penemuan yang
bersifat kompleks yang menjangkau kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan
tindak balas. Konsep pengajaran ini lebih menumpukan kepada pembelajaran yang
bercirikan penemuan dan pencarian. Ia akan mendorong murid-murid mencari
hubungan dan cara penyelesaian berdasarkan persekitarannya.

Pendekatan kontekstual juga merupakan pendekatan yang menekankan dunia


kehidupan sebenar murid-murid. Ini bermakna, pembelajaran adalah berkisar kepada
konteks kehidupan sebenar dan cara ini sudah tentu akan lebih mudah memberi
kefahaman kepada murid-murid tentang konsep-konsep berkaitan. Selain itu,
pembelajaran ini juga boleh dilaksanakan secara koperatif dan melibatkan penggunaan
bahasa. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini amat menggalakkan interaksi dan
perbincangan sesama murid atau antara murid dan guru. Dengan cara ini proses
pembelajaran murid akan berlaku dengan lebih mudah. Ini sudah tentu dapat
memastikan objektif pelajaran yang telah ditetapkan dalam perancangan pelajaran ini
dapat dicapai dalam sesi praktik yang akan dilaksanakan nanti.

Bagi guru pula, pendekatan pengajaran ini sudah tentu menggalakkan mereka memilih
dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-
pengalaman yang mereka lalui seberapa banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman
yang dilalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil
pembelajaran yang diinginkan. Berdasarkan persekitaran sedemikian, pelajar menemui
perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks
alam yang nyata. Penghayatan konsep diperoleh melalui proses penemuan,
pengukuhan dan menghubungkaitkan.
Proses “REACT” Dalam Pembelajaran Secara Kontekstual

Terdapat satu kaedah pengajaran yang sangat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran
kontekstual. Kaedah pengajaran itu melibatkan lima proses/aktiviti, iaitu
menghubungkait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama, dan memindahkan. Kelima-
lima aktiviti ini diringkaskan sebagai “REACT”.

a) Menghubungkait (Relating):

Aktiviti ini melibatkan proses di mana pelajar menghubungkaitkan pengetahuan baru


dengan pengalaman hidup mereka sendiri. Dalam pembelajaran kontekstual, pelajar
akan dapat menumpukan perhatian kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian.
Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat
baru untuk penyelesaian sesuatu masalah. Contoh semasa di sekolah, pelajar belajar
tentang cara-cara menjaga kebersihan. Semasa pembelajaran tersebut, pelajar
mungkin dapat mengaitkan pengalaman mereka semasa di rumah, di mana pelajar
sering diberitahu oleh ibu bapa supaya membasuh tangan sebelum makan. Menerusi
pengalaman ini pelajar akan dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh mereka di
rumah dengan aktiviti pembelajaran yang sedang berlangsung.

b) Mengalami (Experiencing):

Semasa pembelajaran, pelajar akan sedaya upaya menimba pengalaman melalui


aktviiti eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual.
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti video, naratif, atau aktiviti
berasaskan teks, akan dapat membantu pelajar mengalami sesuatu perkara atau
peristiwa yang dipelajari. Contohnya pelajar dibawa ke bilik tayangan untuk
menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali merawat kecederaan semasa
bermain. Pengalaman ini boleh digunakan semasa mereka berhadapan dengan situasi
sebenar di luar bilik darjah.
c) Mengaplikasi (Applying):

Ia melibatkan proses mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk


digunakan dalam situasi yang lain. Dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan
misalnya, proses aplikasi ini boleh dilakukan dengan memberi peluang kepada pelajar
mengalami sendiri situasi atau perkara sebenar berdasarkan konteks yang dipelajari.
Contohnya, guru mungkin boleh membawa pelajar melawat kantin sekolah dan melihat
sendiri cara mengendalikan makanan dengan betul. Setelah itu, mereka akan diberikan
peluang melakukan latihan praktikal di bilik kemahiran hidup sekolah. Pengalaman ini
sudah tentu akan dapat diaplikasikan pula semasa mereka berada di rumah kelak.

d) Bekerjasama (Cooperating):

Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan


pelajar lain. Ia merupakan satu proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran
konteksual. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar digalakkan
bekerjasama dalam pelbagai peringkat kumpulan untuk memberikan pengalaman
kepada mereka. Contohnya pelajar bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan
amali makmal. Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian,
cadangan dan perbincangan.

e) Memindahkan (Transferring):

Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau
memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan
ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan
diketahui. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan
panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa
yang telah diketahui pelajar. Contoh pelajar mempelajari cara untuk memilih menu
sarapan yang sesuai. Pelajar boleh memindahkan pengetahuan mereka itu dalam
memilih dan menetapkan menu sarapan mereka setiap hari semasa berada di rumah.

Penutup

Pembelajaran secara kontekstual atau melalui pengalaman sebenar merupakan antara


kaedah yang paling berkesan untuk memahami sesuatu konsep. Ini kerana murid pada
umumnya telah mempunyai serta membentuk idea mereka sendiri mengenai suatu
perkara atau fenomena yang berlaku di sekeliling mereka berdasarkan pengalaman
yang pernah dialami. Idea mereka mungkin betul, mungkin tidak tetapi isu yang penting
di sini ialah seseorang guru harus mampu menggunakan kekuatan yang ada pada
murid untuk membantu mereka belajar dengan lebih berkesan. Jadi dalam soalan
pengajaran Pendidikan Kesihatan, murid harus diberi peluang belajar memahami
sesuatu perkara melalui pengalaman sendiri. Setelah mengalami sesuatu perkara itu,
mereka akan dapat membuat rumusan apakah tindakan ke arah kebaikan yang patut
mereka ambil.
ISL MINGGU 9

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu secara :

9.3 PEMBELAJARAN MASTERI

Konsep Pembelajaran Masteri

 Didefinisikan sebagai pembelajaran penguasaan.

Perkataan MASTERI : berasal daripada bahasa Inggeris bererti kepakaran atau


mampu menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap dan lengkap.

 Juga dapat didefinisikan sebagai kepakaran dalam pembelajaran ketika


menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
 Merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk
memastikan murid-murid menguasai apa yang diajar serta mencapai objektif
pelajaran yang ditentukan dengan berkesan.
 Bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap pembelajaran dan
membuat pengubahsuaian begi meningkatkan keberkesanannya.
 Memberi bantuan dan masa yang diperlukan oleh murid-murid mencapai objektif
pelajaran yang ditentukan dengan berkesan.

Strategi pengajaran/pembelajaran terdiri daripada 4 langkah yang berikut :

 Tentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif pembelajaran secara


eksplisit, iaitu berdasarkan hasil perlakuan murid-murid setelah mereka
didedahkan kepada proses pengajaran/pembelajaran. Objektif pembelajaran
eksplisit ini mengandungi unsur-unsur yang boleh diukur dalam proses
penilaian.
 Beri pendedahan kepada murid-murid tentang kaedah dan teknik mengajar
yang berkesan serta penggunaan bahan-bahan pelajaran yang sesuai.
 Lakukan penilaian hasil pembelajaran dengan ujian formatif(diagnostik) dan
ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran untuk menentukan tahap
penguasaan dan pencapaian murid-murid selepas aktiviti P&P.
 Laksanakan aktiviti pemulihan untuk murid-murid yang belum menguasai
kemahiran yang diajarkan sepenuhnya. Berikan aktiviti pengayaan untuk
mereka yang telah mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.
ISL MINGGU 10

Kaedah mengajar Bahasa Melayu

10.1 KAEDAH NATURAL

 Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti


yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional.
 Kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal
atau kepada teori tatabahasa tertentu.
 Menurut Krashen dan Terrell (1983 :9) menyebut pendekatan ini sebagai natural,
psikologikal, fonetik, baharu, diperbaharui (reform), terus, analitik, tiruan
(imitative) , dan sebagainya.
 Kaedah ini Melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan
mesej. Ini bermakna, penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami
mesej dalam bahasa sasaran. Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip
audiolingualis, iaitu sebagai penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat.
 Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara
untuk memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition)
dan pembelajaran (learning).
 Pertama ialah Penguasaan. Cara yang semula jadi, yang terlaksana sama
seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk
kepada cara-cara yang tidak disedarai yang melibatkan perkembangan melalui
pemahaman dan melalui pengguanaan bahasa untuk komunikasi yang
bermakna.
 Kedua ialah Pembelajaran.Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara
sedar tentang bahasa diperkembangkan. Berkesudahan dengan pengetahuan
yang jelas tentang bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan
dalam bentuk lisan.
 Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku
dan pemetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan
yang telah dipelajari
 Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah,
penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa
sasaran.
 Guru berfokus kepada barang-barang yang ada di dalam kelas, dan kandungan
gambar seperti yang dilakukan dalam kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa
tertekan, pelajar tidak diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka
sudah cukup bersedia untuk berbuat demikian.
 Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku
dalam bahasa sasaran. Masa kelas secara total diperuntukkan kepada aktiviti
memberi input untuk penguasaan.
 Guru diminta menerbitkan arus input bahasa yang konstan (tekal), sambil
memberi klue non linguistik untuk membimbing pelajar mentafsir input tersebut.
 Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan natural ialah skedul,
brochures, iklan, peta, buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar.
 Permainan secara umumnya adalah berguna sebagai bahan-bahan bilik darjah.
ISL MINGGU 10

Kaedah mengajar Bahasa Melayu

10.2 KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

Terhasil daripada huraian ahli-ahli tatabahasa tradisional atau klasik.

 Kaedah yang paling awal digunakan dalam pengajaran bahasa.

 Ahli bahasa tradisional lebih mengutamakan penulisan dalam kajian mereka

daripada lisan. Oleh itu, yang terhasil daripada huraian bahasa ini juga
mengutamakan

penulisan daripada lisan.

 Unsur-unsur sebutan tidak dipentingkan. Pengajaran bahasa yang


menggunakan kaedah ini amat terikat dengan penggunaan buku teks.

 Bahan-bahan bahasa yang diajar iaitu bahan bacaan dan terjemahan diambil

daripada buku teks.

 Dalam sesuatu pengajaran bahasa, murid-murid akan dilengkapi dengan satu

senarai kata yang perlu dikuasai.

 Bagi memahami perbendaharaan kata tersebut murid-murid diberi terjemahan

dalam bahasa ibunda.

 Di samping itu, murid-murid juga dilatih untuk membentuk ayat berdasarkan

peraturan-perturan nahu yang telah diajar

 Aktiviti membaca merupakan asas untuk mecerakinkan nahu serta


menterjemahkan bahasa daripada bahasa sasaran kepada bahasa ibunda

ataupun sebaliknya.

 Aktiviti menulis merupakan latihan nahu yang telah diajar serta latihan menulis

tentang bahan-bahan yang dibaca dan diterjemahkan oleh murid-murid.

Kelebihan kaedah tatabahasa terjemahan

 Amat berkesan dalam kelas yang mempunyai murid-murid cerdas yang berminat

untuk menaakul konsep-konsep abstrak.

 Murid-murid tersebut mempunyai kemampuan untuk memahami segala huraian

bahasa yang diajar serta dapat mengingati peraturan-peraturan, bahasa dan

perbendaharaan kata yang diajar.

 Tidak memerlukan persediaan yang teliti dalam menyediakan bahan dan bantu

mengajar kerana hanya melibatkan bahan bacaan sahaja.

 Tegasnya, dalam kaedah ini guru perlu kreatif dalam perancangan dan

pelaksanaan teknik pengajaran.

 Guru hanya perlu menggunakan kapur dan papan hitam bagi menghuraikan

nahu dan perbendaharaan kata.

 Kebanyakan bahan pengjarannya terdiri daripada buku teks.

 Dapat diajar dalam jumlah pelajar yang ramai.


ISL MINGGU 10

Kaedah mengajar Bahasa Melayu

10.3 KAEDAH TERUS

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun
1920-1935.

Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan unruk
melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua.

kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi


kanak-kanak.

Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak
sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid.

Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat


kemahiran bahasa itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan
bahasa yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan.

Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu Perhubungan secara langsung
antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Seterusnya

pengajaran harus dikaitkan dengan pengalamanpengalaman yang telah sedia ada.


Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan
yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-
kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.
Terbentuk pada abad ke 20, sebagai reaksi terhadap kaedah nahu terjemahan.

 Menekankan pengajaran bahasa kedua dan bahasa asing dilaksanakan melalui

penggunaan bahasa sasaran semata-mata.

 Terjemahan dalam bahasa ibunda tidak boleh langsung dalam kaedah ini.

 Kaedah ini beranggap bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan

cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian

melibatkan diri dalam perbualan tersebut.

 Asas pengajaran ini adalah selari dengan cara kanak-kanak mempelajari bahasa

ibunda mereka seperti tanggapan ahli-ahli behavioris.

 Kaedah ini berpendapat, kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka dengan

cara mendengar, meniru serta mengulangi perlakuan bahasa yang mereka

dengari sehingga membentuk satu kelaziman bahasa.


ISL MINGGU 10

Kaedah mengajar Bahasa Melayu

10.4 KAEDAH AJUK HAFAZ

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi.
Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara
menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan. Maknanya diberi dalam ungkapan
biasa dalam bahasa ibunda.

Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat
sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran

itu dalam bahaa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan
persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, dia terus mendengar lagi ayat-ayat
daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar.

Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan
bahagian-bahagiannya.

Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan,
karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutkan
dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu pula menggunakannya
dalam bentuk-bentuk .

You might also like