You are on page 1of 5

Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan bencana alam.

Sudah lebih dari 5 tahun kita digembar-gemburkan dengan urutan kes bencana alam. Cukup
merangkumi semua jenis bencana seperti pemanasan global, gempa bumi, ribut taufan, banjir, dan
yang paling mengejutkan dunia sehingga kini iaitu tsunami. Pelbagai konklusi telah dibuat oleh pakar
meteorologi dan geologi seluruh dunia mengenai persoalan wujudnya bencana alam tersebut. Justeru,
ramai daripada mereka berpandapat bahawa bencana alam yang menghantui kita pada abad kini
berpunca daripada kelalaian manusia terdahulu menjaga amanah tuhan; bumi ini. Berikutan dengan
bencana alam yang sering menimpa kaum manusia seluruh dunia kini, terdapat banyak kesan yang
dapat kita peroleh.

Salah satu bencana alam yang boleh dikatakan paling popular sekarang ialah kes pamanasan global.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia diundang untuk menyertai seminar pemanasan global peringkat
antarabangsa, bukan untuk berbual kosong bahkan bersama-sama membincangkan permasalahan
tersebut dan cuba merungkai idea untuk menyelesaikannya. Secara umum, kita mengetahui bahawa
pemanasan global ini berpunca daripada kesan rumah hijau. Bentuk muka bumi dunia yang kian
ketandusan hutan tidak dapat menyerap kesemua gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh peralatan
bermotor menyebabkan cuaca duniamakin meningkat. Hal ini membawa kita kepada permasalahan
lain iaitu pencairan bongkah ais di kutub utara dan selatan, lalu menyebabkan paras air laut
meningkat. Lantas, bencana lain seperti banjir pula berlaku. Akibat daripada banjir, ramai penduduk
dunia kehilangan tempat tinggal. Mungkin suatu hari nanti jika tiada tindakan diambil dalam masa
terdekat, banyak negeri-negeri seluruh dunia akan lenyap ditenggelami air laut.

Kejadian tanah runtuh di Malaysia daripada dahulu sehingga tidak pernah selesai. Manakan tidak,
pada zaman globalisasi kini manusia lebih mementingkan poket sendiri daripada nyawa ribuan
manusia lain. Dek sifat mementingkan diri sendiri menjurus segelintir manusia ini menoreh lantas
menggondolkan bukit-bukau dan gunung-ganang yang sepatutnya menjadi pasak bumi. Pokok-pokok
serta tunbuhan hijau yang tumbuh meliar di lereng-lereng bukit bukan sekadar hiasan semata-mata,
bahkan tumbuhan tersebut menggalas tanggungjawab mencengkam tanah dan mengelakkan
berlakunya hakisan justeru mengelakkan tanah runtuh. Sudahlah kejadian tanah runtuh itu meragut
nyawa, memusnahkan kediaman, mewujudkan masalah lalu lintas, tanah runtuh juga menyebabkan
haiwan kehilangan habitat semulajadi mereka. Inikah yang kita mahu untuk generasi akan datang?
Melihat dan mengenali haiwan, hanya terdapat di muzium sahaja.
walaupun telah pelbagai jenis bencana alam yang kita alami kini akibat kelalaian manusia terdahulu,
namun ada perkara yang patut kita banggakan yang telah dilakukan oleh manusia pada zaman
sekarang. Mungkin benar peribahasa ‘sudah terhantuk baru terngadah’ mampu membawa keinsafan
dalam diri seseorang insan. Lihatlah disekeliling kita pada hari ini, kerana telah insaf akan kerosakkan
yang dilakukan dahulu, para saintis telah melahirkan idea baharu untuk menyelamatkan dunia seperti
penggunaan air dan elektrik untuk menggantikan penggunaan minyak petrol sebagai peneraju alatan
bermotor. Selain itu, kebanyakkan pendingin hawa telah digantikan dengan bahan mesra alam iaitu
bebas CFC. Perubahan-perubahan tersebut mungkin kelihatan terlalu kecil untuk dibenggakan namun
tanpa kita sedari perkara seperti inilah yang bakal merubah keadaan dunia menjadi lebih baik.

Oleh hal yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa masalah bancana alam ini berlaku akibat
kelalaian dan kecuaian kita sendiri. Oleh itu, sikap saling menuding jari tidak harus ada, malah kita
seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyelasaikan masalah ini. Selain itu,
perkara utama yang amat penting dalam sesuatu permasalahan adalah perlu wujud kesedaran. Dalam
kes ini iaitu bencana alam, kesedaranlah yang menjadi punca manusia berhenti daripada melakukan
kerosakkan dan daripada sinilah tercetusnya idea pembikinan peralatan-peralatan baharu yang
menggunakan bahan mesra alam. Walaupun kita sudah terhantuk baru terngadah untuk berubah
menjadi yang lebih baik namun kita tidak harus berhenti setakat ini sahaja kerana kita pasti tidak
mahu pisang berbuah dua kali.
Antologi Harga Remaja: Sajak Harga Remaja

TEMA:-

 Harapan dan amanat kepada golongan remaja agar mengisi kehidupan remaja dengan
amalan yang sihat. Remaja mestilah mempunyai hala tuju dan matlamat hidup.

PERSOALAN:-

1. Zaman remaja merupakan zaman yang sangat berharga.


2. Remaja harus memanfaatkan usia remaja dengan menuntut ilmu.
3. Remaja mestilah mempunyai pendirian, keberanian dan ketabahan dalam mencari ilmu.
4. Remaja perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam kehidupan mereka.

NILAI:-

1. Tabah > remaja perlu tabah menuntut ilmu.


2. Keberanian > perlu berani berhadapan pelbagai dugaan.
3. Berhati-hati > perlu berhati-hati supaya tidak dikelirukan oleh perasaan cinta pada usia
remaja.
4. Bijak > menggunakan peluang ketika remaja yang serba bertenaga.
5. Rasional > mesti rasional dalam apa-apa jua tindakan.

RANGKAP MAKSUD
1 Keadaan kehidupan remaja yang serba muda dan bertenaga serta bebas
daripada runtunan masalah.
2 Kehidupan remaja yang perlu memilih sama ada memilih untuk leka bercinta
atau berusaha menuntut ilmu.
3 Usia remaja sebenarnya sangat berharga dan tidak boleh dijual beli. Harga
usia remaja ialah keteguhan hati, keberanian menempuh cabaran dan
kegigihan menuntut ilmu.
4 Remaja perlu memenuhi usianya dengan hala tuju hidup yang jelas dan
menjadi insan yang berguna.
 
 
FAEDAH MENABUNG SEJAK KECIL

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik, kita seyogianya
memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang, kita dapat
melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya. Oleh hal yang demikian,
menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Orang yang mengabaikan amalan ini
diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu ada
menjelaskan bahawa “sediakan payung sebelum hujan”.

Dalam marcapada, menabungkan wang dikatakan dapat mendisiplinkan diri kita. kesabaran dan
kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Apabila
menabung, prinsip “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”. Wang tabungan ini dapat mengekang diri
kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan
menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan
rencah untuk mengawal diri daripada memboros.

Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi
kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam “bagai lebah mengumpulkan madu”
demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi
mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan,
pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping
mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna.

Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi
kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang
harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti menabung.
Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa hadapan. Mereka akan
menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat
berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”.

Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Di samping menabung,
kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangan dunia perbankan. Hal ini secara tidak langsung
menjadikan kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. Daripada perspektif
ekonomi, kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan negara
daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak seberapa yang kita
laburkan dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali gus
menstabilkan ekonomi negara.

Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita
sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. “Ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis” merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti
kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan
pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta.
Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru
kepada seantero jagatraya.
Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
.
.
..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif
kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut
hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu
tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat
menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan
untuk mencapai matlamat ini.
.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam
kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat
mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga
masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai
kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik
seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara
kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat
membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana
semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu
lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari
bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar
perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi
mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas
berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin
tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka
terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu
tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau
penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti
mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat
mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat
dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat
membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga
kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita
terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan
persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa
penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar
rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar.
Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta
membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih
terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya
berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan
menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.
Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga.
Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan
menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya
hidup yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu
menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman
moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli
masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan
daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami
boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu
perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat
yang mampu dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi.
Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan
ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup
sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami
bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

You might also like