You are on page 1of 6

KERTAS KERJA CADANGAN

KURSUS IMAM MUDA


(KIM)

Disediakan oleh:

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) ZON 1 SELANGOR


(KUALA SELANGOR, TANJONG KARANG & SABAK BERNAM)
KURSUS IMAM MUDA (KIM)

[01] MUKADDIMAH
Kursus Imam Muda (KIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

Idea asal bermula dari program realiti televisyen yang mendapat sambutan hangat di Astro, Imam Muda.
Rancangan ini memberikan idea dalam konteks latihan dan kursus bagi perlaksanaan untuk melahirkan
lebih ramai generasi muda yang mempunyai keupayaan dan persiapan untuk mengetuai serta memimpin
masyarakat khususnya keluarga dan masyarakat sekitar yang terhampir dengan mereka.

Sebahagian besar dari kita tidak menyedari fungsi sebenar imam di dalam masyarakat. Imam merupakan
satu kedudukan kepimpinan di dalam Islam. Pada kebiasaannya, imam akan diperkaitkan dengan soal
masjid, kematian dan beberapa perkara berhubung keagamaan semata-mata. Namun, pada hakikat
sebenarnya, imam adalah ketua kepada sesebuah komuniti sebagaimana Rasulullah s.a.w. memberikan
contoh dalam hidupnya bagaimana imam itu menjadi tempat rujuk, bersifat adil serta beramanah.

Peranan imam bukan dalam lingkungan masjid sahaja, tetapi suatu tugas agama dan sosial yang dapat
meninggikan taraf masyarakat dari segi pengetahuan, kesihatan dan sebagainya. Mungkin lebih luas lagi
fungsinya ialah menjadi penanggungjawab agama dan sosial setempat yang mesti manjalankan tugas
menyebar luaskan semangat keagamaan serta memenuhi khidmat kemanusian kepada sesiapa yang
memerlukan setakat yang termampu. Oleh sebab itu seorang imam biasanya, dikehendaki memenuhi
syarat-syarat seperti mempunya akhlak yang baik dan boleh dijadikan contoh oleh penduduk setempat
khususnya teman-teman sepermainan jika mereka berada di dalam lingkungan persekolahan. Pakaian
mencerminkan seorang yang berpegang kuat pada agama dan syarat asas ialah lulus atau terjadi dalam
ujian lisan atau tulisan yang dijalankan kepada mereka.

Atas kesedaran dan memahami keperluan itu, kami di ABIM Zon 1 Selangor (Kuala Selangor, Tanjong
Karang, Sabak Bernam) merasakan adalah amat perlu untuk kami menyediakan pengisian terbaik untuk
memastikan peserta memahami serta menghayati peranan imam yang sebenar melalui Kursus Imam
Muda.

[02] OBJEKTIF KURSUS


Kursus Imam Muda (KIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

Selepas mengikuti kursus ini peserta akan dapat;


2.1. Memahami apakah peranan imam di dalam konteks teman-teman persekolahan;
2.2. Mengetahui perkaitan antara konsep imam dan kepimpinan itu dalam berorganisasi;
2.3. Membincangkan ciri-ciri peribadi yang perlu di bangunkan di dalam diri imam muda yang dapat
dijadikan contoh kepada teman-teman serta;
2.4. Mempertingkatkan kemahiran serta keupayaan diri dalam memastikan persediaan dan persiapan
untuk menjadi imam yang juga pemimpin dikalangan pelajar.

[03] BUTIRAN KURSUS


Kursus Imam Muda (KIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

[3.1] PENGANJUR KURSUS


Pihak penganjuran kursus adalah pihak pentadbiran Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang.

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) Cawangan Zon 1 Selangor Gerakan Ilmu dan Bakti [1]
KURSUS IMAM MUDA (KIM)
[3.2] PELAKSANA KURSUS
Atas kepercayaan pihak penganjur, program ini akan dilaksana oleh Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) Zon 1 Selangor (Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam) dan dibantu oleh Persatuan
Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

[3.3] SASARAN PENYERTAAN KURSUS


Penyertaan adalah terdiri daripada 40 orang pelajar terpilih yang bakal memimpin kepimpinan pelajar di
SAM Tanjong Karang pada tahun 2011.

[3.4] JANGKAMASA DAN TARIKH PERLAKSANAAN KURSUS


Jangkamasa perlaksanaan kursus ini adalah selama 3 hari 2 malam bermula jam 4.00 petang 12
November 2010 sehingga jam 3.00 petang 14 November 2010 di SAM Tanjong Karang.

[04] JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS


Kursus Imam Muda (KIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

Penaung : Pengetua SAM Tanjong Karang


Penasihat : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Ketua Penyelaras : Guru-guru yang terlibat dari SAM Tanjong Karang

Jurulatih : ABIM
Fasilitator : ABIM, PKPIM & PEPIAS
AJK Kursus : ABIM, PKPIM & PEPIAS

[05] MODUS OPERANDI KURSUS


Kursus Imam Muda (KIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

[5.1] JADUAL KURSUS [Sila rujuk lampiran A dimukasurat 3]


[5.2] ISI KANDUNGAN KURSUS [Sila rujuk lampiran A dimukasurat 3]
[5.3] PELAN PEMBELAJARAN KURSUS [Sila rujuk lampiran B dimukasurat 4]

[06] KOS PERBELANJAAN KURSUS


Kursus Imam Muda (KIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

Sila merujuk ke lampiran C di mukasurat 5 untuk mendapatkan maklumat penuh kos perbelanjaan
kursus.

[07] HARAPAN
Kursus Imam Muda (KIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zon 1 Selangor

Kami amat-amat berharap, usaha yang dijalankan oleh pihak ABIM bersama pihak penganjur adalah
amalan yang akan diterima Allah s.w.t. di dalam usaha untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup
serta mengembalikan generasi muda ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Semoga Allah permudahkan
setiap urusan dalam mendidik dan memberikan ilmu kepada setiap kelompok masyarakat.

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) Cawangan Zon 1 Selangor Gerakan Ilmu dan Bakti [2]
KURSUS IMAM MUDA (KIM)
LAMPIRAN A

Jadual Kursus Imam Muda (KIM)


Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang
Dengan kerjasama ABIM Cawangan Selangor Zon 1 (Kuala Selangor, Tanjong Karang & Sabak Bernam)

MASA / HARI PERTAMA KEDUA KETIGA


4.00 pagi Bangun dan bersiap diri
4.45 pagi Qiyamullail Bangun dan bersiap diri
Solat Subuh berjemaah, Solat Subuh berjemaah,
5.45 pagi bacaan Al-Ma’thurat bacaan Al-Ma’thurat
dan Halaqah Al-Quran 2 dan tazkirah Subuh 2
Sarapan pagi dan Sarapan pagi dan
7.00 pagi
bersiap diri bersiap diri
8.30 pagi KIM 2 KIM 6
Minum pagi dan solat Minum pagi dan solat
10.15 pagi
sunat Dhuha sunat Dhuha
11.00 pagi KIM 3 KIM 7
Makan tengahari dan Makan tengahari dan
12.30 tengahari
solat Zohor berjemaah solat Zohor berjemaah
Persiapan KIM dan Majlis penutup KIM dan
2.15 petang KIM 4
pendaftaran peserta bersurai
Minum petang, solat Minum petang, solat
4.00 petang Asar berjemaah dan Al- Asar berjemaah dan Al-
Ma’thurat Ma’thurat
5.15 petang Taklimat KIM Riadah petang
Makan malam dan Makan malam dan
6.15 petang
bersiap diri bersiap diri
Solat Maghrib Solat Maghrib
7.15 malam berjemaah dan tazkirah berjemaah dan tazkirah
Maghrib 1 Maghrib 2
8.20 malam Solat Isyak berjemaah Solat Isyak berjemaah
9.00 malam KIM 1 KIM 5
Minum malam dan Minum malam dan
10.30 malam
Halaqah Al-Quran 1 Halaqah Al-Quran 3
12.00 tengah malam Tidur Tidur

Isi Kandungan Kursus Imam Muda (KIM)


Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang
Dengan kerjasama ABIM Cawangan Selangor Zon 1 (Kuala Selangor, Tanjong Karang & Sabak Bernam)

1. Solat berjemaah 5 kali sehari semalam


2. Qiyamullail
3. Solat sunat Dhuha
4. Bacaan Al-Ma’thurat
5. Tazkirah Maghrib dan Subuh
6. Latihan Dalam Kumpulan
7. Perbincangan Dalam Kumpulan
8. Pembentangan Kumpulan
9. Pelan Tindakan Kepimpinan
10. Halaqah Al-Quran

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) Cawangan Zon 1 Selangor Gerakan Ilmu dan Bakti [3]
KURSUS IMAM MUDA (KIM)
LAMPIRAN B

Pelan Pembelajaran Kursus Imam Muda (KIM)


Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang
Dengan kerjasama ABIM Cawangan Selangor Zon 1 (Kuala Selangor, Tanjong Karang & Sabak Bernam)

BIL TAJUK AKTIVITI OBJEKTIF YANG INGIN DICAPAI


 Memperkenalkan fasilitator dan jurulatih;
 Menjelaskan objektif kursus;
01 Taklimat KIM
 Menetapkan matlamat akhir menyertai kursus serta;
 Menerangkan peraturan sepanjang kursus.
 Kemahiran pengucapan awam serta;
 Peserta menyampaikan maklumat dengan berkesan
02 Tazkirah Maghrib 1 dan 2
melalui tajuk-tajuk serta nota-nota yang disediakan oleh
fasilitator.
 Memecahkan benteng perasaan malu antara peserta;
 Membentuk kumpulan peserta;
03 KIM 1  Membina kejelikitan dalam kumpulan;
 Memahami makna kepimpinan serta;
 Menjelaskan tugasan sepanjang 3 hari 2 malam.
 Kemahiran pengucapan awam serta;
 Peserta menyampaikan maklumat dengan berkesan
04 Tazkirah Subuh
melalui tajuk-tajuk serta nota-nota yang disediakan oleh
fasilitator.
 Mencungkil bakat dan potensi sebagai imam;
 Membincangkan ciri-ciri imam yang ideal menurut
05 KIM 2
pandangan peserta serta;
 Memahami konsep imam dalam masyarakat setempat.
 Membincangkan tentang konsep imam dan pengaruhnya
dalam Islam serta;
06 KIM 3
 Menjelaskan ciri-ciri imam muda yang utama perlu
dibangunkan dalam diri peserta.
 Mengatahui kemahiran-kemahiran asas yang perlu ada
sebagai imam muda yang juga berupaya menjadi
07 KIM 4 pemimpin masyarakat serta;
 Melatih penampilan serta perwatakan sebagai seorang
imam muda.
 Memahami konsep amanah dan tanggungjawab serta;
08 KIM 5  Membincangkan tentang bagaimana menjadi khalifah
yang berfungsi dengan peranan yang diberikan.
 Mengaplikasikan kemahiran dan asas utama imam muda
di dalam aktiviti untuk
09 KIM 6
 Menilai kefahaman peserta terhadap apa yang telah
dibincangkan.
 Membuat perbincangan tentang pelan tindakan susulan
yang dapat dilaksana diperingkat sekolah dan diselia oleh
10 KIM 7
pihak ABIM serta;
 Membentangkan hasil perbincangan.
 Menguji dan menilai pencapaian dari sudut bacaan Al-
11 Halaqah Al-Quran Quran, Hafazan serta amalan-amalan fardhu ‘ain untuk
dijadikan contoh kepada rakan-rakan yang lain.

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) Cawangan Zon 1 Selangor Gerakan Ilmu dan Bakti [4]
KURSUS IMAM MUDA (KIM)
LAMPIRAN C

Kos Perbelanjaan Kursus Imam Muda (KIM)


Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang
Dengan kerjasama ABIM Cawangan Selangor Zon 1 (Kuala Selangor, Tanjong Karang & Sabak Bernam)

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bi
Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM) RM
l
1 Pengangkutan fasilitator 2 perjalanan 50.00 100.00
100.00

2 Keperluan Modul KIM


a. Kertas A4 1 10.00 10.00
b. Kertas Mahjong 8 0.80 6.40
c. Marker pen 12 2.00 24.00
d. Pen untuk peserta 40 0.50 20.00
e. Buku nota untuk peserta 40 2.00 80.00
f. Tag nama untuk peserta 40 0.50 20.00
g. Sijil untuk peserta 40 1.50 60.00
h. Bahan aktiviti dalam LDK 7 10.00 70.00
290.40
3 Peti kecemasan 1 150.00 150.00

JUMLAH KESELURUHAN 540.40

*Perkhidmatan fasilitator dan rundingan kursus adalah sebagai sumbangan dan khidmat masyarakat. Setiap apa
sahaja yang kami terima daripada pihak penganjur adalah sebagai sumbangan ikhlas pihak penganjur kepada ABIM.

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) Cawangan Zon 1 Selangor Gerakan Ilmu dan Bakti [5]

You might also like