Professional Documents
Culture Documents
dimana haiwan dan tumbuhan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
Punca daripada masalah ini disebabkan oleh ekosistem haiwan dan tumbuhan itu
terganggu dan juga disebabkan oleh perubahan dari segi suhu secara semula jadi.
Antara jenis gangguan termasuklah kebakaran, banjir, angin atau ribut dan juga
aktiviti manusia.
Adaptasi memberi maksud penyesuaian diri terhadap tekanan persekitaran
untuk membolehkan sesuatu organisma itu akan terus hidup. Terdapat tiga jenis
adaptasi iaitu adaptasi morfologi, adaptasi fisiologi dan adaptasi tingkah laku.
Adaptasi morfologi ini merujuk kepada bentuk fizikal haiwan dan tumbuhan,
manakala adaptasi fisiologi pula merujuk kepada fungsi anggota fizikal atau organ
organisma tersebut. Manakala adaptasi tingkah laku pula merujuk kepada
perubahan tingkah laku organisma tersebut.
Dari segi tumbuhan pula adaptasi morfologi ini boleh dilihat melalui
tumbuhan pemakan serangga. Biasanya tumbuhan ini memiliki daun yang
berbentuk piala dengan permukaan dalam yang licin sehingga dapat
mengelincirkan serangga yang hinggap diatasnya dan dijadikan makanannya.
Dengan enzim yang dimiliki tumbuhan tersebut, serangga itu akan dilumatkan
sehingga tumbuhan itu memperolehi unsur yang diperlukan. Contoh tumbuhan
pemakan serangga ini ialah periuk kera.
Selain daripada itu, boleh dilihat melalui perubahan kelebaran daun.
Dikawasan yang tropika daun tumbuhan ini mempunyai saiz yang besar.
Tujuannya ialah bagi membolehkan tumbuhan tersebut menampung air dengan
banyak serta mudah untuk disejat. Manakala dikawasan seperti gurun pula daun
tumbuhannya lebih kecil dan kebanyakannya tumbuhan yang tidak berdaun seperti
kaktus dan tumbuhan ini juga mempunyai batang yang dikhaskan untuk
menyimpan air. Tujuan utamanya adalah untuk menyimpan air dalam tempoh masa
yang lama.
Adaptasi fisiologi atau penyesuaian fungsi fisiologi fizikal untuk
mempertahankan hidupnya. Kucing, apabila haiwan ini berteduh kadar
metabolisme badan kucing tersebut akan direndahkan supaya kadar kehilangan air
didalam badan berkurangan. Musang juga beradaptasi dengan cara menyemburkan
cairan bagi mengelakkan dirinya daripada musuh. Kelenjar bau yang dimiliki oleh
musang tersebut membolehkan musuh tidak dapat menghidu bau musang tersebut.
Selain daripada itu haiwan seperti sesumpah pula beradaptasi dengan cara
menukarkan warna kulit mengikut keadaan persekitarannya bagi tujuan melindungi
diri daripada musuh.
Terdapat juga spesies katak yang mana mampu beradaptasi dengan
persekitarannya melalui perubahan warna dan juga crri-ciri fizikalnya. Sesetengah
spesies anurans ini mampu mengubah dirinya seperti daun mati bagi mengelak
ancaman daripada musuh. Begitu juga dengan sesetengah spesies ular.
Adaptasi tingkah laku yang mana melibatkan perubahan tingkah laku.
Terdapat beberapa haiwan yang boleh melakukan adaptasi tingkah laku ini.
Sebagai contoh, tupai Virginia yang mana tupai tersebut akan berpura-pura mati
apabila didekati oleh seekor anjing. Manakala, burung unta pula akan memasukkan
kepalanya kedalam tanah apabila haiwan tersebut diancam. Selain daripada itu,
migrasi ikan solmon dimana ikan ini hidup di lautan tapi apabila musim mengawan
ikan ini akan mencari tempat yang sesuai untuk bertelur. Ikan ini walaupun tinggal
di laut tetapi ikan ini akan bertelur di sungai-sungai.
Dari segi tingkah laku tumbuhan pula, cahaya adalah sumber paling penting
dalam menjalankan proses fotosintesis. Terdapat tumbuhan yang tidak mampu
untuk bersaing mendapatkan cahaya matahari akan menyebabkan proses
pembesaran tumbuhan tersebut mempunyai bentuk fizikal yang melengkung. Hal
ini berlaku apabila cahaya matahari hanya terdapat pada satu-satu tempat sahaja
kerana dilindungi oleh pokok-pokok yang lebih tinggi dengan tumbuhan tersebut.